konsep budaya

18
EDU3063: KEBUDAYAAN DAN PEMBELAJARAN 2015 1.0 PENGHARGAAN Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkan kerja kursus bagi subjek EDU3063 dengan jayanya. Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail kerana memberi peluang kepada saya untuk menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan kami mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan saya. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Pn. Norma yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini . Selain itu juga, saya mengucapkan terima kasih kepada puan kerana memberi kepercayaan kepada saya dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan serta dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat saya menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan- rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus ini. 1

Upload: ahmad-fadhil-ramza

Post on 17-Jan-2016

25 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

konsep kebudayaan di Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: KONSEP BUDAYA

EDU3063: KEBUDAYAAN DAN PEMBELAJARAN 2015

1.0 PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya

menyiapkan kerja kursus bagi subjek EDU3063 dengan jayanya. Pertama sekali saya

mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’

Razali Ismail kerana memberi peluang kepada saya untuk menghasilkan kerja kursus

ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan kami

mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan saya.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Pn. Norma yang telah banyak

memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya dari awal lagi sejak

tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini . Selain itu

juga, saya mengucapkan terima kasih kepada puan kerana memberi kepercayaan

kepada saya dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan

serta dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa

sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat saya menghasilkan tugasan ini

dengan sempurna seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih juga

kepada rakan- rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan

tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu saya menyiapkan kerja

kursus ini.

Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan ini dapat

menambahkan ilmu pengetahuan saya sebagai seorang bakal guru disamping dapat

menjadi bakal guru yang bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang

cemerlang. Selain itu juga, harapan saya agar dapat memberi manfaat kepada diri saya

sendiri terutamanya serta kepada pembaca agar kita sama-sama menjadi pendidik

yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam

proses pembelajaran malah dalam kepada masyarakat setempat khususnya.

1

Page 2: KONSEP BUDAYA

EDU3063: KEBUDAYAAN DAN PEMBELAJARAN 2015

2.0 PENGENALAN

Pernyataan Menteri Pelajaran Malaysia Dato Seri Hishamuddin tentang pentingnya

kesamarataan dalam memberikan kemudahan pendidikan kepada semua rakyat Malaysia

menggambarkan pentingnya misi pembangunan modal insan yang seimbang. Apa yang penting

ialah kemajuan negara hendaklah disertai oleh kemajuan dalam semua aspek termasuklah

pendidikan dalam kalangan rakyat. Tanpa mengira di mana mereka berada, kemajuan dan

pembangunan perlulah dinikmati dan dikuasai secara bersama.

Pendidikan merupakan suatu aspek yang sangat penting kepada pembangunan negara.

Hal ini, pendidikan merupakan penyalur kepada modal insan negara. Kecemerlangan

pendidikan akan menjamin kecemerlangan dalam sesebuah negara. Justeru itu pembangunan

pendidikan perlulah mengambil kira semua aspek tanpa mengira di mana lokasi sesebuah

sekolah berada.Satu permasalahan yang sentiasa menjadi pokok perbincangan utama ialah

kecemerlangan pendidikan antara bandar dan luar bandar. Didapati bahawa jurang pendidikan

antara sekolah bandar dan luar bandar masih ketara terutamanya daripada aspek kemudahan-

kemudahan asas dan sumber pendidikan.

Ketidaksamaan peluang dalam pendidikan pula bermaksud sekatan hak seseorang

untuk mengembangkan potensinya. Konsep ketidaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan,

pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok terhadap anggota atau

kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. Rakyat

bawahan atau marhain, golongan pembesar, dan golongan istana menerima sistem pendidikan

yang berbeza. Diteruskan lagi pada zaman penjajah. Golongan pembesar mewariskan

kecerdikan sebaliknya anak petani dan orang kampung terus ketinggalan.

Tugasan ini akan menghuraikan konsep budaya dan kepelbagaian kelompok di

Malaysia, ketaksaman peluang pendidikan dari segi kelas social, jantina, kumpulan

minority dan kumpulan berkeperluan khas serta isu-isu ketaksamaan peluang

pendidikan di Malaysia.

2

Page 3: KONSEP BUDAYA

EDU3063: KEBUDAYAAN DAN PEMBELAJARAN 2015

3.0 KONSEP BUDAYA DAN KEPELBAGAIAN KELOMPOK DI MALAYSIA

Perkataan budaya merupakan cantuman antara dua perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu budhi

dan daya. Perkataan budhi yang dipinjam dari bahasa Sanskrit membawa maksud kecergasan

fikiran dan akal. Manakala perkataan daya pula merupakan perkataan asal dari bahasa Melayu

Polynesia yang membawa maksud kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika dicantum

kedua-dua perkataan tersebut, budaya menurut Nik Safiah membawa maksud tenaga fikiran,

usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa. Menurut Kamus Dewan (2005), budaya bererti

kemajuan fikiran, akal budi dan berkelakuan. Kesimpulannya, budaya boleh didefinisikan

sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu.

Manakala, konsep kepelbagaian kelompok merangkumi etnik, ras, minoriti, masyarakat

dan kelompok. Etnik menurut Maciver (1981) adalah merupakan suatu kesatuan berdasarkan

kesedaran minat dan nonvoluntary. Etnik terbahagi kepada tiga iaitu etniksiti, etnosentrisme dan

diskriminasi. Etniksiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik. Manakala,

etnosentrisme merupakan sikap atau kepercayaan bahawa budaya etnik mereka adalah lebih

baik dan tinggi daripada budaya kelompok etnik yang lain. Yang terakhir, diskriminasi pula

merujuk kepadapandangan, pemikiran dan kepercayaan negetif sekelompok etnik terhadapa

kelompok etnik yang lain.

Seterusnya, ras merujuk kepada kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari

segi fizikal. Cirri-ciri fizikal tersebut ditentukan oleh baka yang diwarisi dari satu generasi ke

generasi yang lain. Satu konsep penting berkait dengan ras adalah raisme. Raisme terbahagi

kepada dua tahap, iaitu individu dan institusi. Pada tahap individu, raisme merujuk kepada

kepercayaan manakala pada tahap institusi melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat

diskriminasi.

Dalam pada itu, minoriti merujuk kepada bilangan penduduk atau statistiknya. Criteria

yang digunakan untukmengkategorikannya adalah ras etnik dan ras. Masyarakat menurut

Roureck dan Warren (1979) adalah satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan

tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif serta merasakan mereka hidup bersama.

Kelompok merupakan sekumpulan manusia yang memiliki kesedaran yang sama tentang

keanggotaan ahlinya, sering berinteraksi dan dibentuk oleh masyarakat. Terdapat dua jenis

kelompok, iaitu kelompok asas dan kelompok sekunder. Kelompok asas adalah merupakan

kelompok yang mempunyai hubungan yang erat dan rapat antara ahli. Manakala kelompok

sekunder merupakan bersifat tidak berkekalan.

3

Page 4: KONSEP BUDAYA

EDU3063: KEBUDAYAAN DAN PEMBELAJARAN 2015

4.0 UNSUR-UNSUR PEWUJUDAN KETAKSAMAAN DALAM PENDIDIKAN

Menurut Noran Fauziah Yaakub ketaksamaan bermaksud keadaan di mana manusia tidak

memperoleh ganjaran sosial yang sama. Perbezaan semula jadi seperti sahsiah, kecondongan

yang berlainan, perbezaan darjat atau taraf seperti keupayaan mental, bakat dan kekuatan

bergantung kepada penilaian sesuatu masyarakat. Penilaian boleh diwarisi dari satu generasi

ke genarasi yang lain yang memberi kesan langsung kepada peluang-peluang pendidikan.

Terdapat beberapa faktor yang seringkali menyebabkan ketaksamarataan peluang pendidikan

ini berlaku dalam kehidupan kita pada masa kini. Antaranya adalah kelas social, jantina,

kumpulan minority dan kumpulan berkeperluan khas.

Kelas sosial dapat dikaitkan dengan kedudukan sesuatu kelompok masyarakat.

Kelompok ini boleh dikatakan sebagai satu golongan individu yang mempunyai kedudukan yang

sama dari segi politik, kuasa, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan ataupu hubungan

dengan punca-punca pengeluaran. Menurut Meighan (1986), kelas sosial menggambarkan

perbezaan cara hidup atau pendapatan dalam sesuatu bangsa yang sama. Dari segi ekonomi,

keluarga yang kaya dan berada lebih berupaya untuk menghantar anak mereka melanjutkan

pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

Sebaliknya keluarga yang miskin tidak mampu untuk menghantar anak mereka untuk

menanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi. Keluarga yang mempunyai status ekonomi

yang kukuh dapat menyediakan pelbagai kemudahan kepada anak-anak mereka seperti

kemudahan mengakses maklumat. Namun bagi keluarga yang mempunyai status pendapatan

yang kurang mereka tidak mempu meneydiakan perkara tersebut malah hanya bergantung

kepada kemudahan yang hanya terdapat disekolah sahaja. Oleh itu, jelaslah bahawa kelas

sosial juga merupakan salah satu unsur wujudnya ketaksamaan dalam pendidikan.

Seterusnya adalah unsur jantina. Kebanyakan ibu bapa dari pelbagai masyarakat

percaya bahawa anak lelaki mereka berupaya mencapai kejayaan dibandingkan dengan anak

perempuan. Oleh itu, mereka lebih mengutamakan anak lelaki daripada anak perempuan. Bagi

anak perempuan pula, mereka diharapkan untuk tinggal di rumah bagi membantu membuat

kerja rumah. Ibu bapa beranggapan bahawa anak perampuan tidak perlu mendapat pendidikan

yang tinggi kerana akhirnya mereka akan berumah tangga. Aminah Ahmad (2000), menyatakan

penglibatan wanita dalam pendidikan sangat menggalakkan tetapi masih wujud segregasi

mengikut gender dalam pendidikan di peringkat menengah, terutama di sekolah vokasional dan

4

Page 5: KONSEP BUDAYA

EDU3063: KEBUDAYAAN DAN PEMBELAJARAN 2015

teknik dan juga di institusi pengajian tinggi, khususnya di politenik. Dalam kajian

Shamsulbahriah (1989), berdasarkan data sekunder kajian beliau mendapati wujud

ketaksamaan gender dalam proses pembangunan ekonomi negara Malaysia.

Murid perempuan dan lelaki masing-masing memilih mata pelajaran yang bersifat

keperempuanan dan kelakian. Ketika zaman penjajah peluang diberi kepada lelaki manakala

golongan perempuan dinafikan peluang untuk menerima pendidikan. Kedua-dua jantina

mempunyai perbezaan dari segi status, cita-cita, perlakuan dan ciri-ciri fizikal yang jelas. Selain

itu peluang pekerjaan yang ada selepas tamat belajar juga dikeluarkan mengikut gender

sedangkan pencapaian masing-masing adalah berbeza. Hal ini adalah kerana pencapaian

akademik pelajar perempuan adalah jauh lebih baik daripada pelajar lelaki. Oleh yang demikian,

bagi mengimbangkan ketaksaman peluang pendidikan dalam kalangan lelaki dan perempuan

amalan pedagogi harus berubah. Perubahan proses pengajaran dan pembelajaran perlu

berlaku dengan berkesan dan refleks terhadap jantina di dalam bilik darjah. Pada masa yang

sama, guru juga perlu mengambil kira faktor jantina ketika melaksanakan pengajaran dalam

kelas bagi memastikan objektif pembelajaran dapat dcapai.

Dalam pada itu, kumpulan minoriti juga merupakan salah satu unsur yang mewujudkan

ketaksamaan peluang pendidikan. Kumpulan minoriti merupakan suatu kumpulan etnik dalam

sesebuah masyarakat yang mempunyai jumlah ahli yang kecil. Faktor geografi mempengaruhi

budaya sesebuah kumpulan seperti masyarakat pendalaman kaum Asli, Kadazan, Murut dan

Iban. Mereka hanya menerima pendidikan tidak formal sahaja melalui keturunan atau warisan

daripada ibu bapa mereka. Kumpulan minoriti juga boleh dikatakan bersifat negatif di sekolah

adalah yang sering suka ponteng kelas, ponteng sekolah, pembuli, suka merokok, budaya

lepak dan gengsterisme. Manakala, kumpulan minoriti yang bersifat positif pula adalah

kumpulan ulat buku, suka mencari maklumat di internet, cenderung kepada keagamaan,

menghias sekolah dan sebagainya.

Disamping itu, kumpulan minoriti juga berlaku di kawasan sekolah tertentu. Contohnya,

di Sekolah Jenis Cina dan tamil, kumpulan minoriti terdiri daripada orang Melayu. Manakala, di

Sekolah Kebangsaan pula kumpulan minoriti terdiri daripada orang Cina dan Tamil. Oleh itu,

kumpulan minoriti ini perlu diberi perhatian supaya mereka tidak terus tercicir dalam arus

pendidikan. Perhatian juga harus diberikan agar kumpulan minoriti tidak akan terus

5

Page 6: KONSEP BUDAYA

EDU3063: KEBUDAYAAN DAN PEMBELAJARAN 2015

mendominasi situasi dan terus dikhuatiri akan membentuk satu situasi yang membantutkan

suasana pembelajaran di sekolah.

Selain itu, unsur seterusnya adalah kumpulan berkeperluan khas. Murid berkeperluan

khas mengikut Dr Chua Tee Tee (1982) merupakan satu program pendidikan yang

dirancangkan khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa dari segi intelek, jasmani dan

sosial atau emosi. Antaranya, murid yang menghadapi penyakit autism, sndrom down, masalah

pembelajaran disleksia, lewat perkembangan cerebral palsy, kecacatan pendengaran dan

penglihatan, pintar cerdas dan kecelaruan tingkah laku. Dari segi ketaksamaan peluang

pendidikan, memang wujud kekurangan peluang untuk mereka belajar. Namun pada masa kini,

kumpulan tersebut berpeluang mendapat pendidikan dari peringkah rendah sehingga ke

universiti. Sebelum kemerdekaan, kerajan tidak melibatkan diri secara langsung dalam

menyediakan kemudahan kepada kumpulan pendidikan khas. Namun setelah mencapai

kemerdekaan, kerajan telah memberikan perhatian dan memainkan peranan yang aktif dalam

membangunkan kumpulan tersebut dalam pendidikan. Pada masa yang sama, tenaga mahir

juga turut diperbanyakan bagi mengajar kumpulan tersebut.

Secara keseluruhannya, Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha merapatkan

jurang ketaksamaan peluang pendidikan kumpulan berkeperluan khas dengan Program

Pendidikan Khas, Kelas Inklusif selain menambah Sekolah Pendidikan Khas seperti yang

termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 dan perkara tersebut telah dikemukakan dalam Country

Report Malaysia, 2000. Di samping itu, intervensi awal melalui program Kia2M, program

pemulihan khas, program Gerak Gempur bagi 3M PROTIM dapat menangani masalah

pembelajaran yang dihadapi oleh murid pada peringkat awal persekolahan.

6

Page 7: KONSEP BUDAYA

EDU3063: KEBUDAYAAN DAN PEMBELAJARAN 2015

5.0 ISU-ISU KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

Malaysia pada hari ini telah diduduki oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga

ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa,

agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh

perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya.

Namun terdapat isu-isu ketaksamaan dalam pendidikan terutama sekali dalam kemudahan

infrakstruktur dan kekurangan tenaga pengajar professional ICT.

Sepertimana yang telah kita ketahui, kemudahan infrakstruktur merupakan salah satu

daripada isu ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia. Hal ini demikian, walaupun telah

banyak pembangunan yang telah di lakukan oleh kerajaan Malaysia bagi meningkatkan taraf

infrakstruktur sekolah namun terdapat banyak ketaksamaan yang berlaku terutama bagi

sekolah bandar dan sekolah pedalaman. Kemudahan infrakstruktur ini meliputi bilik darjah,

makmal komputer, makmal sains dan bperpustakaan. Kemudahan-kemudahan ini amat penting

bagi memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan

berkesan bagi mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.

Sebagai contoh, penggunaan akses kendiri seperti jaringan internet atau penggunaan

TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak mampu untuk dijalankan oleh semua

sekolah. Hanya sekolah yang terdapat di bandar dan pinggir bandar sahaja yang mampu untuk

menggunakan kemudahan tersebut. Namun, sekiranya kemudahan tersebut terdapat disekolah

pedalaman ianya hanya menjadi gajah putih kerana jarang digunakan oleh guru yang mengajar.

Kemudahan elektrik juga amat sukar didapati oleh sekolah yang berada di pedalaman. Namun

sekiranya ada penggunaan tersebut amat terhad. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya

gangguan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebaliknya, berbeza dengan

kemudahan elektrik yang terdapat disekolah bandar. Mereka dapat menikmati kemudahan

tersebut tanpa mengira had penggunaannya.

Dalam pada itu, kemudahan yang lain seperti perpustakaan juga amat menyedihkan.

Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya ketaksamaan peluang pendidikan di Negara kita.

Perpustakan merupakan gedung ilmu yang dapat menjadi tempat untuk pelajar membuat

rujukan dan mendapatkan sebarang maklumat. Namun begitu, keadaan ini tidak seperti yang

disangkakan kerana kebanyakan perpustakaan tidak memnyediakan buku rujuakn yang banyak

malah bahan rujukan yang terdapat di perpustakaan juga tidak relevan mengikut peredaran

7

Page 8: KONSEP BUDAYA

EDU3063: KEBUDAYAAN DAN PEMBELAJARAN 2015

masa bagi sekolah yang berada di pedalaman. Keadaan ini amat berbeza dengan perpustakan

yang terdapat di sekolah bandar atau pinggir bandar. Selain itu, keadaan bilik darjah juga amat

berbeza sama sekali antara sekolah bandar dan pedalaman. Kebanyakan bilik darjah di bandar

amat konduksif dan selamat digunakan berbanding dengan bilik darjah yang terdapat di sekoalh

pedalaman. Keadaan ini telah menyebabkan wujudnya ketaksamaan peluang pendidikan.

Seiring dunia semasa, Malaysia tidak ketinggalan dalam menerapkan ilmu ICT

dalam setiap kehidupan masyarakat masa kini. Tambahan pula, ilmu ICT semakin berkembang

di negara maju dan juga negara sedang membangun. ICT juga digunakan secara meluas dalam

pelbagai bidang sama ada dari segi ekonomi, sosial, pentadbiran mahupun pendidikan. Oleh

yang demikian, warga pendidik perlu mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran seiring dengan perkembangan ICT pada masa kini. Warga kementerian pelajaran

juga telah berusaha dalam melakukan anjakan paradigma bagi membudayakan kepelbagaian

teknologi pendidikan meliputi penggunaan ICT.

          Oleh yang demikian, para pendidik seharusnya memberikan perhatian yang serius  

terhadap perkembangan teknologi di sekolah bagi mempergiatkan penggunaan teknologi dan

ICT di sekolah. Namun begitu, kebanyakan guru-guru di negara ini masih kurang mahir dalam

penggunaan ICT. Generasi yang lahir sebelum era 1970-an dikatakan kurang mahir berbanding

generasi yang lahir selepas era 1990-an dalam penggunaan ICT. Kekurangan guru profesional

ini telah menyebabkan jurang digital yang sangat ketara antara sekolah kawasan luar bandar

dan sekolah di kawasan bandar. Hal ini disebabkan kebanyakan guru profesional tidak sudi

ditempatkan di kawasan luar bandar. Hal ini mengakibatkan kekurangan guru mahir ICT di

kawasan luar bandar. Ternyata keadaan ini mangakibatkan masalah buta ICT dalam kalangan

pelajar luar bandar.         

            Selain itu juga, masalah kekurangan guru profesional juga adalah disebabkan oleh

insfrastruktur ICT yang kurang lengkap terutamanya di kawasan luar bandar. Kekurangan

bahan ICT menjadikan guru kurang mahir dalam penggunaan ICT  dan tidak dapat

mempraktikkannya di dalam kelas. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Ahamad berkata

dapatan kajian mengenai pembudayaan ICT dalam kalangan pengguna memerlukan

pengurusan perubahan yang sistematik dan terarah. Tambahan pula, kita tidak dapat

membudayakan ICT jika kemudahan serta bahan pengajaran dan pembelajaran tidak lengkap.

Akhirnya hal ini telah mewujudkan jurang digital yang ketara antara kawasan luar bandar dan

kawasan bandar.

8

Page 9: KONSEP BUDAYA

EDU3063: KEBUDAYAAN DAN PEMBELAJARAN 2015

6.0 PERBEZAAN PELUANG PENDIDIKAN BAGI KAWASAN PEDALAMAN DENGAN

KAWASAN BANDAR ATAU PINGGIR BANDAR

Melalui temu bual yang telah saya lakukan bersama seorang guru yang berjawatan Penolong

Kanan Sk Redang, Kota Bharu Kelantan terdapat banyak perbezaan peluang pendidikan yang

terdapat bagi kanak-kanak pedalaman dengan pelajar di bandar. Antara perbezaan peluang

pendidikan bagi kanak-kanak di bandar dengan luar bandar yang paling ketara adalah

perbezaan prasarana dari segi penggunan Teknologi Maklumat dalam Pendidikan pada masa

kini. Menurut Pn Hanizan, beliau berpendapat bahawa perbezaan tersebut telah lama berlaku

walaupun pihak kerajaan telah lama berusaha untuk mengurangkan perbezaan tersebut dalam

penggunaan TMK dalam pendidikan antara sekolah bandar dengan sekolah pedalaman.

Hal ini demikian, kebanyakan sekolah di pedalaman tidak mempunyai jaringan internet

yang baik untuk mencari maklumat yang diperlukan. Malah, masih terdapat sekolah tidak

mempunyai kemudahan makmal komputer yang membolehkan pelajar untuk mengakses

maklumat yang diperlukan. Keadaan ini amat berbeza sama sekali dengan sekolah yang

terdapat di bandar. Sepertimana yang kita ketahui, kebanyakan sekolah di bandar mempunyai

pelbagai kemudahan yang dapat membantu guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dengan berkesan dan bermakna.

Dalam pada itu, menurut Pn. Hanizan juga peluang pendidikan bagi kawasan pedalam

amat berbeza sama sekali dengan pelajar yang berada di bandar. Hal ini demikian, beliau

menyatakan bahawa pelajar yang berada di kawasan pedalaman hanya menggunakan bahan

yang disediakan oleh pihak sekolah sahaja. Keadaan tersebut amat berbeza dengan pelajar

yang berada di bandar mereka mampu untuk membeli bahan rujukan tambahan untuk

mendapatkan pelbagai maklumat terhadap sesuatu sesi pengajaran yang telah dilalui. Oelh itu,

faktor sosioekonomi juga menjadi salah satu unsure yang mewujudkan perbezaan peluang

pendidikan dalam kalangan pelajar di Malaysia.

Selain itu, menurut Pn Hanizan lagi kemudahan pusat sumber juga menjadi salah satu

mewujudkan perbezaan peluang pendidikan kanak-kanak yang menetap di kawasan

pedalaman dan bandar atau pinggir bandar. Hal ini demikian, kemudahan yang terdapat di

kawasan pedalaman amat terhad malah masih ada sekolah ynag hanya mempunyai pusat

sumber tetapi tidak mempunyai bahan rujukan yang relevan mengikut peredaran masa. Namun

begitu, bagi sekolah yang terdapat di kawasan bandar dan pinggir bandar mempunyai banyak

9

Page 10: KONSEP BUDAYA

EDU3063: KEBUDAYAAN DAN PEMBELAJARAN 2015

kemudahan bahan rujukan yang jauh lebih baik dan relevan mengikut peredaran masa bagi

mendapatkan maklumat yang diinginkan. Keadaan tersebut membolehkan pelajar yang berada

di bandar selesa menggunakan kemudahan yang terdapat di sekolah.

Seterusnya, melalui temu bual yang telah dijalankan juga, Pn Hanizan juga turut

menyentuh perkara yang berkaitan kemudahan bahan bantu mengajar. Menurut beliau,

penggunaan bahan bantu mengajar amat penting bagi memastikan setiap isi pengajaran yang

ingin disampaikan oleh guru dapat diterima dengan berkesan oleh pelajar. Namun penggunaan

tersebut amat terhad bagi sekolah pedalaman. Hal ini demikian, guru tidak mampu untuk

menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai disebabkan oleh kekurangan bahan yang

diperlukan bagi menyediakan bahan bantu mengajar yang dikehendaki. Berbeza pula bagi guru

yang berada di kawsan bandar atau pinggir bandar. Mereka mudah untuk mendapatkan bahan

yang diperlukan bagi menyediakan bahan bantu mengajar malah terdapat sekolah ynag

menyediakan bilik bahan bantu mengajar bagi memastikan bahan bantu mengajar yang telah

digunakan dapat disimpan dan digunakan pada masa yang akan datang. Keadaan ini telah

menyebabkan perbezaan peluang pendidikan bagi kanak-kanak di kawasan bandar atau pinggir

bandar dengan kawsan pedalaman.

Dalam pada itu, melalui temu bual yang saya jalankan juga, Pn Hanizan juga turut

menekankan tentang susun atur bilik darjah. Menurut pengalaman yang telah beliau lalui,

kebanyakan sekolah yang berada di pedalaman mempunyai susun atur bilik darjah yang tidak

konduksif. Kebanyakan bilik darjah yang wujud tidak mempunyai banyak kemudahan seperti

sudut pembelajaran, pustaka mini dan tempat perbincangan. Keadaan tersebut menjadikan

kelas yang ada kurang konduksif untuk digunakan. Namun, berbeza pula dengan sekolah yang

berada di bandar dan pimggir bandar yang mempunyai pelbagai kemudahan di dalam bilik

darjah yang membolehkan pelajar berasa selamat dan selesa untuk menjalankan proses

pengajaran dan pembelajaran sama ada bersama guru mahupun secara kendiri.

10

Page 11: KONSEP BUDAYA

EDU3063: KEBUDAYAAN DAN PEMBELAJARAN 2015

7.0 KESIMPULAN

Keseluruhannya, sistem pendidikan negara kita mengalami perubahan kepadapendekatan yang

lebih bertepatan dengan keperluan setempat. Perubahan  ini memberi kesan langsung terhadap

perkembangan pendidikan yang selaras dengan era globalisasi yang  melibatkan semua

peringkat sekolah seperti sekolah rendah, menengah dan juga institusi tinggi. Apa yang pasti,

jurang pendidikan masih berlaku dan akan dapat dikurangkan dengan penyediaan asas secara

berterusan dan pada masa yang sama, kementerian perlu merancang untuk melonjak sistem

pendidikan ke tahap yang lebih tinggi supaya masalah ini dapat diatasi. Hal ini demikan kerana

kemajuan sesebuah negara sama ada dari segi teknologi ataupun ekonomi amat bergantung

kepada generasi muda yang mempunyai keseimbangan dari aspek intelek, jasmani, rohani dan

emosi.

Oleh itu, halangan-halangan melahirkan modal insan yang berdaya maju perlu

dikenalpastikan supaya pendekatan yang betul dapat dilaksanakan. Oleh itu, bantuan

Persekolahan yang disediakan oleh Kementerian Pelajar Malaysia mampu memenuhi matlamat

dalam memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama

untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan aktiviti kokurikulum. Di samping

itu, kejayaan dalam merapatkan jurang pendidikan boleh dicapai melalui usaha dan komitmen

berterusan daripada semua pihak, terutamanya pegawai pelaksana, ibu bapa, badan bukan

kerajaan, kumpulan masyarakat, dan penderma. Tambahan pula, semua pihak pelaksana

haruslah mengambil perhatian dan komitmen yang tinggi bukan sahaja dalam proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid, tetapi juga dalam aspek kebajikan dan keperluan

sosial murid terutamanya di kawasan pedalaman.

11

Page 12: KONSEP BUDAYA

EDU3063: KEBUDAYAAN DAN PEMBELAJARAN 2015

8.0 RUJUKAN

8.1 JURNAL

Jamilah Hj Ahmad & Niranjala Weerakkody. (2011). Komunikasi Budaya Silang, Kompetensi, Pengajaran dan Pembelajaran: Satu Analisis. Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1): 45-53

Chew Fong Peng. (2006). PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA MELALUI PENDIDIKAN SASTERA. Jurna/ Pengajian Melayu, Ji/id (17): 136-146

8.2 BUKU

Noriati A. Rashid .et.al. 2014. Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar

Sdn. Bhd

Sufean Hussin. 2002. Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Shamsul Amri Baharudddin. 2012. Modul Hubungan Etnik. Kuala Lumpur: Attin Press Sdn. Bhd

8.3 INTERNET

http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html - dilihat

pada 03/03/2015

http://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/bab-4-ketaksamaan-peluang-

pendidikan.html - dilihat pada 04/03/2015

12

Page 13: KONSEP BUDAYA

EDU3063: KEBUDAYAAN DAN PEMBELAJARAN 2015

LAMPIRAN

13