memahami budaya melayu dan cina dalam cerpen...

23
MEMAHAMI BUDAYA MELAYU DAN CINA DALAM CERPEN-CERPEN AZIZI HAJI ABDULLAH DAN YUEN LI FUNG Shahrun Nizal Mohd Nor MUKADIMAH Kajian silang budaya atau cross cultural studies merupakan asalnya merupakan kaedah asalnya yang digunakan dalam disiplin antropologi dan sosiologi dengan tujuan untuk meneliti persamaan dan perbezaan sesuatu budaya masyarakat di dunia. Kini kajian silang budaya juga digunakan sebagai salah satu kaedah dalam bidang sastera bandingan untuk mengesani unsur-unsur kesedaran budaya masyarakat di seluruh dunia (Jelani Harun: 2007). Istilah lain yang sinonim dengan “kajian silang budaya ialah “kajian lintas budaya” dan “kajian rentas budaya”. Antara prinsip umum kajian silang budaya ini seperti yang dighariskan oleh Douwe Fokkema dalam eseinya, “Towards A Methodology in Intercultural Studies” ialah perbandingan hasil sastera karya yang berasal daripada budaya masyarakat yang berbeza. Dalam hal ini, kajian terhadap budaya masyarakat yang berbeza itu lazimnya merentasi geogafi dan sempadan politik sesebuah negara. Namun, kajian silang budaya juga dapat dilakukan tanpa perlu merentasi sempadan geografi atau politik terhadap masyarakat berbilang bangsa seperti di Malaysia dengan meneliti karya sastera dua bangsa daripada budaya yang berbeza. Pemahaman tentang definisi dan konsep istilah “budaya” dan “kebudayaan” bagi seseorang peneliti sastera adalah penting, khususnya yang melakukan penelitian dengan menggunakan Teori Budaya atau melakukan kajian silang budaya dalam disiplin sastera

Upload: others

Post on 19-Oct-2020

32 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • MEMAHAMI BUDAYA MELAYU DAN CINA DALAM CERPEN-CERPEN AZIZI HAJI ABDULLAH DAN YUEN LI FUNG

    Shahrun Nizal Mohd Nor

    MUKADIMAH

    Kajian silang budaya atau cross cultural studies merupakan asalnya merupakan kaedah

    asalnya yang digunakan dalam disiplin antropologi dan sosiologi dengan tujuan untuk

    meneliti persamaan dan perbezaan sesuatu budaya masyarakat di dunia. Kini kajian

    silang budaya juga digunakan sebagai salah satu kaedah dalam bidang sastera

    bandingan untuk mengesani unsur-unsur kesedaran budaya masyarakat di seluruh

    dunia (Jelani Harun: 2007). Istilah lain yang sinonim dengan “kajian silang budaya ialah

    “kajian lintas budaya” dan “kajian rentas budaya”.

    Antara prinsip umum kajian silang budaya ini seperti yang dighariskan oleh Douwe

    Fokkema dalam eseinya, “Towards A Methodology in Intercultural Studies” ialah

    perbandingan hasil sastera karya yang berasal daripada budaya masyarakat yang

    berbeza. Dalam hal ini, kajian terhadap budaya masyarakat yang berbeza itu lazimnya

    merentasi geogafi dan sempadan politik sesebuah negara. Namun, kajian silang budaya

    juga dapat dilakukan tanpa perlu merentasi sempadan geografi atau politik terhadap

    masyarakat berbilang bangsa seperti di Malaysia dengan meneliti karya sastera dua

    bangsa daripada budaya yang berbeza.

    Pemahaman tentang definisi dan konsep istilah “budaya” dan “kebudayaan” bagi

    seseorang peneliti sastera adalah penting, khususnya yang melakukan penelitian dengan

    menggunakan Teori Budaya atau melakukan kajian silang budaya dalam disiplin sastera

  • bandingan. Pemahaman terhadap konsep tersebut akan memandu seseorang peneliti

    sastera atau komparatis menentukan arah tuju penelitian mereka agar tidak terpesong

    jauh daripada tujuan sebenar penelitian mereka. “Budaya” secara umum bermaksud

    tamadun, peradaban atau akal budi yang meliputi cara berfikir dan berkelakuan.

    “Kebudayaan” pula merupakan keseluruhan cara hidup serta segala hasil kegiatan dan

    penciptaan yang berupa material dan kerohanian sesuatu masyarakat. Menurut E.B.

    Taylor, kebudayaan meliputi satu keseluruhan yang kompleks mengandungi ilmu

    pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan hal-

    hal lain serta kebiasaannya yang diamalkan oleh manusia dalam sifatnya sebagai

    anggota sesuatu masyarakat (Asmad, 1990). Menurut Hanapi Dollah (1997b), tugas

    penyelidik yang menggunakan takrifan di atas hanyalah mengatur bahagian atau

    aspeknya sahaja. Oleh itu, sering kali monograf atau buku tentang budaya mengatur

    babnya berdasarkan aspek seperti ekonomi, kepercayaan, politik, kekeluargaan dan

    seterusnya, setelah memerhatikan perlakuan anggota masyarakat dalam aktiviti

    berkenaan.

    Dalam dekad 90-an, budaya dikatakan telah menjadi suatu disiplin ilmu tersendiri

    dan tidak lagi menjadi sebahagian daripada disiplin ilmu antropologi dan arkeologi

    (Hanapi Dollah, 1997b). Dewasa ini kajian budaya tidak lagi melihat budaya dalam

    pengertian yang awal, sebaliknya membahaskan tentang bentuk, simbolik dan makna,

    proses pengeluaranya, hegemoni, kuasa dan pengetahuan. Menurut Barker (2004),

    kajian budaya adalah arena interdisiplin iaitu perspektif daripada disiplin yang berlainan

    secara selektif dan diambil dalam rangka mengkaji hubungan antara kebudayaan dan

  • kekuasaan, keperluan perubahan dan respretensi terhadap kelompok masyarakat yang

    terpinggir meliputi ras, gender dan kelas.

    TUMPUAN KAJIAN

    Tulisan ini menumpukan kajian terhadap kumpulan cerpen Istiqamah karya Azizi Haji

    Abdullah dan Anakkau Harapanku karya Yuen Li Fung. Istiqamah mengandungi 14 buah

    cerpen yang pernah terbit dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

    antara tahun 1976 hingga 1986. Walaupun banyak lagi kumpulan cerpen yang dihasilkan

    oleh Azizi, yang terdahulu, mahupun yang lebih mutakhir, untuk menjadikan kajian ini

    seimbang, maka Istiqamah dipilih daripada sekian banyak karya Azizi Haj Abdullah.

    Untuk tujuan penelitian yang seimbang, maka, hanya enam buah cerpen Azizi Haji

    Abdullah dalam Istiqamah iaitu “Kerana Kasihkan Mak, Maka Pak Pun Bercerai” (1976),

    “Tersungkap” (1977), “Kegigihan” (1978), “Sial Akar Pecah Lima” (1979), “Keng, Cucu

    dan Tuk” (1980) dan “Tergelecek” (1980). Rasional pemilihan enam daripada 14 buah

    cerpen dalam Istiqamah ini adalah kerana tahun penghasilan cerpen-cerpen tersebut

    hampir dengan tahun penghasilan cerpen-cerpen Yuen Li Fung.

    Anakku Harapanku pula hanya mengandungi enam buah cerpen yang asalnya

    ditulis dalam bahasa Cina pada tahun 1978 dan 1979. Kesemua cerpen tersebut pernah

    memenangi Hadiah Penciptaan Cerpen, Tabung Percetakan Hasil-hasil Kesusasteraan,

    Pergabungan Persatuan-persatuan Hokkien bagi tahun 1979. Cerpen-cerpen Yuen Li

    Fung dalam kumpulan cerpen tersebut ialah “Wang, Ku Sayangi Juga” (1979), “Kasino

  • (1978), “Jerat di Merata-rata Tempat (1979), “Dering Fon yang Terlewat” (1979), “Anakku,

    Harapanku” (1978) dan Cikgu Harun (1978). Walaupun sebelum ini ada usaha

    penterjemahan karya sastera dalam bahasa Cina ke dalam bahasa Melayu dilakukan,

    namun usaha itu dilakukan secara terecer, sedangkan penterjemahan dalam bentuk

    kumpulan cerpen oleh seorang penulis boleh dikatakan tidak ada.

    BUDAYA MATERIAL : MAKANAN DAN PAKAIAN

    Sesuatu bangsa mempunyai identitinya sendiri. Identiti ini boleh dilihat sama melalui akal

    budi atau material yang terdapat masyarakat tersebut. Material yang dapat

    menggambarkan identiti mereka diwarisi dan digunakan sejak turun temurun. Material

    atau benda termasuklah peralatan senjata, alat muzik, pakaian dan peralatan harian

    yangdigunakan dalam kehidupan. Salah satu contoh yang paling mudah, senjata keris

    akan dikaitkan dengan bangsa Melayu, manakala pedang samurai akan dikaitkan dengan

    bangsa Jepun. Selain itu peralatan, benda-benda yang wujud secara tidak kekal seperti

    makanan juga termasuk dalam budaya material ini kerana benda tersebut sudah menjadi

    ikon budaya masyarakat tersebut. Contohnya, nasi lemak adalah budaya Melayu

    manakala sushi adalah budaya Jepun.

    Cerpen-cerpen Azizi Haji Abdullah memaparkan latar masyarakat di kampung.

    Hasil daripada penelitian, semua watak yang ditonjolkan adalah berbangsa Melayu dan

    beragama Islam. Tidak banyak budaya benda yang benar-benar dapat diidentitikan

    bersifat kemelayuan kerana material yang dipaparkan juga terdapat dalam masyarakat

    lain secara universal. Contohnya, kerbau digunakan untuk membajak dalam cerpen

  • “Tersungkup”. Di Negara-negara lain, khususnya di Asia Tenggara seperti Indonesia,

    Thai dan Kemboja, kerbau juga digunakan untuk menenggala bendang.

    Barangkali, dari segi pakaian, mungkin kain pelikat boleh menggambarkan identiti

    kemelayuan. Walaupun kain pelikat berasal dari India, dan dipakai oleh masyarakat lain

    di India, Bangladesh, Indonesia dan Myanmar, budaya memakai pelikat sinonim di

    kepada masyarakat Melayu yang beragama Islam khususnya digunakan semasa

    bersolat di masjid atau sebagai kain pakaian seharian masyarakat kampong, khususnya

    warga tua. Lihat petikan cerpen “Kegigihan” yang menyokong pandangan ini:

    Pak kejapkan kain pelikat buruk di pinggang. Seluar Pak berwarna kecoklatan bekas rendam air bakau...

    (Yuen Li Fung: 1980 : 31)

    Dalam satu lagi cerpen iaitu “Tersungkup”, Azizi ada juga memaparkan sejenis

    makanan tradisi iaitu “tahi minyak” yang diperbuat daripada minyak kelapa. Ketika

    cerpen itu ditulis kira-kira 31 tahun yang lalu, ternyata makanan tersebut masih menjadi

    pilihan masyarakat kampung. “Tahi minyak” pada masa sekarang mungkin hanya

    dikenali oleh generasi tua dan tidak dikenali oleh sebahagian besar generasi muda

    Melayu kerana perubahan corak hidup dahulu dan kini yang jauh berbeza.

    Selesai Mak titik bedak sejuk. Mak tanak minyak kelapa pula. Santannya sudah lama mak takung dalam pasu. Setengah jam Mat terhidu tahi minyak. Sedapnya. Malam nanti boleh Mat makan dengan adik-adik...

    (ibid:12)

  • Dalam cerpen-cerpen yang ditulis oleh Yuen Li Fung pula, memang ada budaya

    benda yang dipaparkan, sesuai dengan latar masyarakat dalam cerpen-cerpennya.

    Apabila dikaitkan dengan penulis, tidaklah menghairankan kerana Yuen Li Fung adalah

    seorang yang berbangsa Cina, bukannya berbangsa lain. Oleh itu, dia memaparkan

    budaya benda yang wujud dalam masyarakatrnya. Antara benda yang menjadi ikon

    bangsa Cina yang terdapat dalam cerpen-cerpennya ialah colok, kuih pau, peralatan judi

    mahjong, Berikut adalah contoh yang relevan dengan perbincangan ini, yang dipetik

    daripada cerpen “ Jerat di Merata-rata Tempat”:

    Kak Ah Kui turun ke tingkat bawah. Dia membeli beberapa biji kuih pau dan makanan-makanan lain dari restoran dan membawakannya balik ke rumah. Anaknya sudah lama tidak makan makanan-makanan demikian, oleh itu dia segera mencapaikan sebiji kuih pau lalu makan dengan gelojoh.

    (ibid: 82)

    Begitu juga dengan contoh petikan daripada cerpen “ Dering Fon yang Terlewat”:

    Setelah habis membekal, Puan Tua Ku menyalakan kayu colok dan lilin, memimpin Chiang menyembahyangkan dewa langit dan arwah-arwah nenek moyang mereka, memohon tuhan memberkatkan Chiang selamat berjalan dan sihat badannya..

    (ibid: 100)

  • Kuih pau mungkin telah begitu sinonim dengan Cina. Walaupun kini, orang-orang

    Melayu juga berkebolehan membuat kuih pau, namun asal usul kuih pau itu menjadi milik

    orang Cina, sepertimana nasi lemak yang sinonim dengan bangsa Melayu. Dalam

    cerpen “Anakku, Harapanku”, Yuen Li Fung memperkenalkan pembaca dengan satu lagi

    kuih tradisional Cina iaitu ‘Ciau tzi’. Berikut petikan cerpen tersebut:

    “Wei, Chien Min, saya dengar awak pun tak luluskah?” Tzi Kui menghabiskan sebiji ‘Ciau tzi’ (sejenis makanan orang-orang Tionghua), lalu bertanya Wu Chien Min dengan tiba-tiba. Nampaknya, dia tidak berapa percaya.

    (ibid:139)

    Pembaca yang bukan berbangsa Cina juga dapat mengetahui esdikit tentang

    perubatan Cina untuk mengubat penyakit tertentu melalui cerpen yang dihasilkan oleh

    Yuen Liu Fung. Dalam cerpen “Cikgu Harun”, ubat tradisional Cina digunakan untuk

    mengubati anak Cikgu Harun yang mengidap penyakit demam kepialu setelah ubat-ubat

    hospital yang digunakan ,masih belum dapat meredakan penyakit itu.

    Ada sebilangan wanita yang lebih tua telah memutuskan dengan berdasarkan pengalaman mereka, bahawa penyakit yang diidapinya itu ialah “Rambutan Babi” (Demam kepialu). Maka mereka bercadang menggunakan air bulu ayam untuk memandikannya. Baru sekali sahaja dia dimandikan demikian, demannya telah turun….

    (ibid: 179)

  • Binatang juga dianggap sebagai benda. Babi merupakan binatang yang dianggap

    sinonim dengan masyarakat Cina, walaupun sesetengah masyarakat di dunia juga

    memakan babi. Haiwan ini merupakan antara binatang yang sering dijadikan makanan

    oleh mereka. Daging babi dijadikan salah satu hidangan wajib semasa melakukan

    pemujaan kepada dewa-dewa. Dalam cerpen “Cikgu Harun”, watak ‘aku’ membuat

    pengakuan bahawa makanan yang dihantar kepada Cikgu Harun yang beragama Islam

    langsung tidak mengandungi daging babi yang menjadi makanan tradisi bangsa Cina:

    “Cikgu, jangan takut. Lauk-pauk yang kami masak malam ini semuanya tidak dibubuh daging babi.” Saya menegas.

    (ibid: 173)

    Bagi orang Cina, babi binatang yang mulia hingga dijadikan lambang tahun dalam

    zodiak Cina. Ini berbeza dengan persepsi Melayu terhadap babi jelas itu menjijikkan dan

    perlu dielakkan, malah menjadi larangan pula untuk menyebutkan perkataan ini kerana

    ia bermaksud makian. Dalam cerpen “Jerat Di Merata-rata Tempat”, Yuen Li Fung

    bersahaja menggunakan bintang ini sebagai perumpamaan :

    Anaknya masih lena tidur seperti seekor babi. Maka dia pun menuju ke tepi katil, menolak anaknya dengan sekuat-kuatnya, “Ah Siang! Cepat bangun!”

    (ibid: 49)

  • KEPERCAYAAN

    Dalam cerpen yang dihasilkan oleh kedua-dua orang pengarang ini, sememangnya

    terserlah pemaparan kepercayaan yang dianuti oleh watal-watak dalam cerpen yang

    mereka hasilkan. Azizi Haji Abdullah, sebagai seorang Melayu yang beragama Islam

    sememangnya memaparkan watak-watak yang beragama Islam dalam cerpen-

    cerpennya. Akidah watak-wataknya ini ialah mengakui Allah sebagai Tuhan,

    melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangannya-Nya. Bagi

    umat Islam, segala perbuatan yang baik akan diberikan pahala manakala perbuatan

    maksiat akan mendapat dosa.

    Melayu di Malaysia secara tradisinya beragama Islam, sejak dianuti oleh

    pemerintah dan rakyat Kesultanan Melayu Melaka sejak kurun ke-14 lagi. Oleh itu,

    Melayu dan Islam memang tidak boleh dipisahkan. Sungguhpun begitu, bukanlah semua

    perbuatan dan perilaku wataknya menggambarkan praktik keislaman mereka yang

    sebenar. Ada juga yang melakukan perbuatan yang dilarang oleh agama Islam.

    Sungguhpun begitu, akidah mereka tetap kukuh dengan mempercayai lima perkara

    dalam Rukun Iman.

    Melayu Islam dalam cerpen-cerpen Azizi Haji Abdullah dipaparkan melalui amalan

    mereka seperti melakukan ibadat yang difardukan oleh Allah seperti menunaikan solat

    serta amalan-amalan lain . Amalan solat ini dipaparkan dalam kebanyakan cerpennya,

    seperti solat Jumaat dalam cerpen “Kerana Kasihkan Mak, Maka Pak Pun Bercerai”.

    Watak Pak dalam cerpen ini menunaikan solat di masjid. Watak Pak dalam cerpen

    “Kegigihan” melakukan solat dan berdoa sebelum turun ke laut. Malah, dalam perahu

    ketika di laut, Pak tetap menunaikan solat yang diwajibkan ke atas umat Islam.

  • “Lima puluh mata kail habis Pak Lepaskan. Kemudian Pak mencangkung di tepi dan mengambil wuduk, Pak suruh aku betulkan haluan menghadap kiblat. Pak sembahyang dalam olak-alik perahu. Pak sujud ketika cunggang-cunggit dilambung ombak besar, ombak kecil.

    (Azizi Haji Abdullah, 1988:32)

    Budaya Melayu dikatakan terbina daripada gabungan unsur Hinduisme, animisme

    dan Islamdengan animisme merupakan warisan asl budaya Melayu (Hanapi Dollah,

    1997a). Dalam masyarakat Melayu tradisi, institusi perbomohon masih diyakini.

    Terdapat juga segelintir dalam kelompok masyarakat Melayu yang mempercayai

    kebolehan bomoh dan kewujudan kuasa ghaib seperti penunggu dan hantu.

    Kepercayaan ini masih diyakini oleh sebilangan orang, walaupun kepercayaan sebegini

    boleh menghakis keimanan seseorang Muslim yang sepatutnya meyakini bahawa hanya

    Allah sahaja yang berkuasa melakukan sesuatu, bukannya makhluk lain. Inilah

    gambaran budaya dalam masyarakat Melayu yang ditonjolkan dalam cerpen

    ‘’Tergelecek”.

    Tuk Man berperanan sebagai bomoh yang mempunyai kepakaran mencari

    barang-barang yang hilang. Tuk Man yang memelihara cucunya, Hamid mempercayai

    kekuasaan makhluk ghaib yang menyebabkan kematian ayah dan ibu Hamid:

    ......Damid kematian ayah akibat diserang sakit pinggang, kata doktor. Tapi Tuk Man sendiri yakin ayah Damid mati kerana terkena sumpahan hantu pokok tembusu besar di kaki bukit.

    Waktu itu Damid baru setahun tiga bulan. Kemudian, emak Damid pula meninggal dunia akibat patukan ular tedung sela sewaktu mencari

  • kayu api di kaki bukit juga. Tuk Man percaya, ular itu penunggu pokok tembusu juga.

    (ibid :71)

    Tuk Man meyakini bahawa kehilangan anak Hamid kerana disorok oleh hantu

    hutan Kampung Hilir. Sebagai bomoh, Tuk Man merasakan bahawa usaha mencari

    budak hilang itu menjadi kewajibannya setelah pertolongannya dipinta. Baginya,

    kehilangan budak itu hanya akan dapat diselesaikan melalui jampi serapahnya. Namun,

    semasa dia dan Damid mahu menyeberangi sungai dengan titi buluh sungai ketika hujan

    lebat dan sungai mengalir deras, Damid tergelincir dibawa arus sungai. Tuk Man yang

    berusaha menjejaki Damid pula ditimpa nasib yang sama apabila dibawa arus akibat

    tergelincir. Cerpen Azizi ini secara sinis menafikan kehebatan bomoh dan mengangkat

    kekuasaan Allah apabila Tuk Man yang dianggap handal menundukkan hantu jembalang

    tewas dengan kekuatan alam ciptaan Tuhan.

    Bagi masyarakat Cina, agama dan kepercayaan hanyalah dianggap amalan

    budaya mereka sahaja. Dari segi agama, sebahagian besar orang Cina menganut agama

    Buddha, Toisme, Konfusianisme dan kepercayaan nenek moyang mereka. Agama dan

    kepercayaan yang menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Cina secara ikut-

    ikutan, terutamanya bagi generasi muda. Ada juga pandangan yang mengatakan bahawa

    kebudayaan Cina dibentuk oleh beberapa orang hali fikir sepanjang sejarah

    perkembangan bangsa itu (Wang Gungwu, 1978). Menurut Ann Wan Seng (1994b),

    kebanyakan orang Cina hanya mengikut agama yang diwariskan kepada mereka, seolah-

    olah agama itu tidak berfungsi dan cuma mempunyai makna dalam perayaan tertentu.

    Itulah sebabnya orang Cina mudah menganuti agama dan kepercayaan lain yang sesuai

    mengikut keyakinan mereka.

  • Dalam sastera Mahua, cerpen yang menyentuh tema agama dan kepercayaan

    amat kurang. Hal ini demikian kerana agama tidak pernah menduduki taraf tertinggi

    dalam kebudayaan Cina. Malah, kepelbagaian agama dan kepercayaan anggota

    masyarakat Cina menyebabkan penulis Mahua lebih berhati-hati dalam mengungkapkan

    persoalan agama dalam karya mereka dan untuk mengelakkan salah faham dalam

    kalangan anggota masyarakat. Penulis Mahua lebih menekankan permasalahan politik,

    ekonomi, kebudayaan dan pendidikan Cina (Chong Fah Hing, 2006).

    Latar masyarakat yang digambar dalam cerpen-cerpen Yuen Li Fung adalah

    masyarakat Cina. Oleh itu, sebagai orang Cina, tentulah Yuen Li Fung mahir dengan

    budaya masyarakatnya. Cerpen-cerpen Yuen Li Fang pula sedikit sebanyak ada

    memaparkan agama dan kepercayaan masyarakat Cina. Antaranya, kepercayaan

    terhadap dewa-dewa yang berkuasa. Dalam cerpen “Jerat di Merata-rata Tempat” pula,

    salah satu watak dalam cerpen itu iaitu Kepala Besar Chang menyatakan;

    “.....Minggu lalu saya dah meminta satu nombor, iaitu 9085 dari dewa Kali ini ia terkena nombor dua..

    (Yuen Li Fung, 1980: 72)

    Dalam cerpen yang sama, nama seorang dewa dalam ajaran Taoisme

    juga disebut dalam dialog berikut yang dituturkan oleh Kepala Besar Chang.

    “Alamak! Awak ini salah makan apa-apa ubatkah? Memanglah awak ni, seperti anjing menggigit Li Tung Ping (seorang dewa Tauisme yang amak baik hatinya), tidak tahu menghargai hati baik orang.’....

    (ibid: 56)

  • Selain memuja dewa-dewa, sebahagian masyarakat Cina juga percaya terhadap

    semangat roh nenek moyang mereka. Oleh itu, untuk mendapatkan keberkataan dalam

    kehidupan mereka, maka roh nenek moyang mereka juga dipuja bersama-sama dewa

    yang mereka yakini. Ini digambarkan melalui amalan keluarga Chaing yang melakukan

    pemujaan agar Chiang yang akan melanjutkan pelajaran keluar negeri sentiasa aman

    sejahtera.

    Setelah habis membekal, Puan Tua Ku menyalakan kayu colok dan lilin, memimpin Chiang menyembahyangkan dewa langit dan arwah-arwah nenek moyang mereka, memohon tuhan memberkatkan Chiang selamat berjalan dan sihat badannya.

    (ibid: 100)

    Dalam masyarakat Cina, azimat merupakan kertas-kertas yang ditulis dengan

    mantera dan doa dan diperoleh dari tokong atau kuil. Kanak-kanak dan remaja dikatakan

    mmepunyai jiwa dan semangat yang lemah, maka mereka dipakaikan azimat yang

    dipakaikan di leher. Walaupun, azimat diberikan pengertian menurut kepercayaan

    agama, tetapi sebenarnyaia lebih kepada manifestasi terhadap perasaan, emosi dan

    tingkah laku orang Cina (Ann Wan Seng, 1994a). Antaranya ialah Dewa Langit Sembilan.

    Dalam suatu babak dalam cerpen “Dering Fon yang Terlewat”, nenek kepada Chiang

    memberikan kertas azimat kepada Chiang yang akan bertolak ke England bagi

    melanjutkan pelajaran agar cucunya itu sentiasa berada dalam keadaan yang baik:

    Oh ya, di sini ada sehelai kertas azimat. Saya memintanya daripada Dewa Langit Sembilan. Kau bawakannya didamping kau. Dewi akan memberkatkan kaupandai-pandai belajar.”

    (Ibid: 99)

  • AKAL BUDI

    Akal budi sesuatu masyarakat dapat mengambarkan budaya yang mereka amalkan.

    Akal budi berkaitan dengan hal-hal yang berkaitan denganpengetahuan, falsafah

    kehidupan, pemikiran, nilai dan norma yang dipegang oleh sesuatu masyarakat. Akal

    budi Melayu tidak dapat dipisahkan dengan Islam kerana falsafah, nilai yang dipegang

    oleh orang-orang Melayu selaras dengan ajaran Islam. Islam dalam kehidupan

    masyarakat Melayu cukup penting, sehinggakan ajaran Islam dimanifestasikan dalam

    budaya masyarakat Melayu. Sebelum kedatangan Islam, orang Melayu menganut agama

    Hindu dan animisme. Walaupun budaya Melayu yang dipengaruhi Hindu dan animisme

    masih wujud tetapi lebih didominasikan oleh pengaruh Islam. Hal ini demikian kerana

    Islam bukan sahaja mengubah cara hidup penganutnya secara fizikal, bahkan juga

    mengubah cara hidup yang meliputi segala hal dalam kehidupan. Islam merupakan cara

    hidup dan hakikatnya melahirkan kebudayaan Islam.

    Dalam cerpen-cerpen Azizi Haji Abdullah, nuasa Islamik tetap terserlah walaupun

    tema cerpen-cerpennya bukanlah menjurus terhadap tema keagamaan secara

    langsung. Lewat cerpen “Kerana Kasihkan Mak, Maka Pak Pun Bercerai”, pembaca akan

    dapat menanggapi beberapa akal budi Melayu yang selaras dengan Islam. Amalan

    kenduri perkahwinan yang diadakan bagi meraikan perkahwinan Pak dengan isteri

    mudanya selaras dengan ajaran Islam yang mahu agar perkara baik ini dihebahkan

    kepada masyarakat agar tidak berlakunya fitnah, walaupun ia tidak wajib diadakan. Ini

    tentulah berbeza dengan majlis perkahwinan agama lain yang juga mengadakan majlis

    jamuan makan, tetapi hanya sekadar tradisi untuk meraikan pengantin.

  • Orang Melayu, walaupun dalam keadaan tertentu bersikap emosional, tetapi dapat

    bertindak rasional tepat pada masanya. Dalam keadaan marah, seseorang Melayu itu

    mungkin terdorong untuk melakukan perbuatan atau perlakuan yang dianggap kurang

    sopan, biadap atau kurang ajar. Tetapi apabila berhadapan dengan satu lagi nilai yang

    dipegang oleh orang Melayu beragama Islam iaitu menghormati dan menyayangi orang

    yang lebih tua, dan menghormati status kekeluargaan, maka mereka akur dengan nilai

    yang dipegang oleh bangsanya yang aku dengan ajaran Islam.

    Dalam cerpen “Kerana Kasihkan Mak, Maka Pak Pun Bercerai”, pada mulanya

    ‘aku’ begitu marah apabila mendapati bapanya berpoligami walaupun ibu tirinya itu

    dicadangkan oleh ibunya sendiri. Dia marah sebenarnya kerana kasihan dan sayangkan

    ibunya. Apabila didesak oleh ibunya agar bersalam dengan ibu tirinya, ‘aku’ akhirnya

    menjadi lembut hati, malah mencium tangan dan tidak langsung menghamburkan kata-

    kata kesat kepada ibu tirinya. Ini kerana ‘aku’ menghormati orang tuanya sendiri serta

    menghormati status kekeluargaannya dengan ibu tirinya. Nilai itu selari dengan ajaran

    Islam yang mengkehendaki penganutnya menghormati ibu dan bapa.

    Dalam cerpen “Kegigihan”, watak ‘aku’ begitu marah dan menghamburkan kata-

    kata yang mungkin boleh menyinggung perasaan bapanya kerana tidak setuju dengan

    tindakan bapanya yang keluar menangkap ikan di laut walaupun usianya sudah tua, tujuh

    puluh empat tahun. Dalam masyarakat Melayu, kurang ajar terhadap ibu dan bapa

    dianggap sebagai menderhaka. Namun, kemarahannya itu adalah kerana dia

    menyayangi bapanya tidak mahu perkara buruk berlaku terhadap bapanya itu. Malah,

    bapanya sendiri tidak pernah menganggap ‘aku’ sebagai anak derhaka. Apabila diajak

    oleh bapanya pada suatu hari untuk turun ke laut menangkap ikan, ‘aku’ menyangupinya.

  • Dia sanggup menemani bapanya kerana dia dia menghormati bapanya dan dapat

    memastikan keselamatan bapanya. Malah, ‘aku’ menghantar bapanya ke hospital

    apabila mendapati bapanya cedera disengat ikan sembilang. Ini tergambar melalui

    petikan di bawah:

    “Aku adalah anak. Setiap perintah wajib diturut. Dan ini juga doaku setiap kali aku di tengah laut jika bersama Pak.

    (Azizi Haji Abdullah, 1988 : 34)

    Nilai hidup menghormati orang yang lebih tua menjadi paparan budaya Melayu

    yang juga ditonjolkan oleh Azizi melalui cerpen-cerpennya melalui hubungan erat antara

    cucu dan datuknya. Dalam cerpen, ‘’Sila Akar Pecah Lima”, ‘’Tergelecek”, ‘’Keng, Cucu

    dan Tuk”, watak-watak cucu akur mematuhi perintah datuknya,manifestasi daripada nilai

    menghormati orang tua. Dalam cerpen ‘’Sial Akar Pecah Lima’’, Hamid akur dengan

    perintah datuknya yang tidak membenarkannya pulang ke rumah selepas menunaikan

    solat maghrib dan perlu menunggu sehingga solat isyak dilakukan. Dalam cerpen ’’Keng,

    Cucu dan Tuk”, Cucu akur dengan arahan Tuk yang mengajaknya ke kebun, manakala

    dalam cerpen “Tergelecek”, Damid akur dengan arahan datuknya yang memintanya

    menemani datuknya ke Kampung Hulu walaupun ketka itu dia sedang meraut buluh..

    Bagi masyarakat Cina, mereka percaya kepada nasib baik dan nasib buruk. Dalam

    cerpen “Jerat Ada di Merata-rata”, Yuen Li Fung ada menurunkan suatu bidalan Cina

    yang menggambarkan keyakinan mereka terhadap nasib:

    Kalau ada nasib, walau bagaimanapun mesti boleh dapat: kalau nasib tak ada, maka janganlah kita mengejar-ngejarkan.

    (Yuen Li Fung, 1980: 72- 73)

  • Manifestasi terhadap keyakinan terhadap nasib menyebabkan mereka

    menjadikan perbuatan berjudi itu sebagai suatu budaya walaupun dari sudut keagamaan

    mereka khususnya agama Budhha dan ajaran Konfucius, perbuatan berjudi itu adalah

    perbuatan yang terlarang. Mereka sanggup memperjudikan nasib yang belum pasti

    memihak kepada mereka. Ini digambarkan melalui cerpen “Kasino” dan “Jerat Ada di

    Merata-rata Tempat” tentang kisah perjudian watak-wataknya. Lebih dari itu, dinyatakan

    juga bahawa ada perjudian yang memang sudah dikenal dan dicipta dalam masyarakat

    Cina iaitu permainan mahjong.

    Amalan berjudi nombor ekor yang menjadi kegemaran orang Cina pula adalah

    manifestasi terhadap ketaksuban mereka terhadap nombor. Nombor dikatakan dapat

    menentukan nasib seseorang sama ada menjadi kaya atau miskin. Apabila ada

    kenderaan kemalangan, nombor pendaftaran kenderaan itu akan digunakan untuk

    menikam nombor ekor. Malah, mereka juga percaya bahawa nombor yang diperoleh

    daripada mimpi akan memberikan tuah dalam kehidupan mereka. Hal ini ada dipaparkan

    dalam cerpen “ Jerat Ada di Merata-rata Tempat”.

    ‘’Ah! BXX 7304. Semalam saya bermimpi nombor hadiah pertama ialah 7403. Alangkah itu hampir-hampir sama?”

    Maka mayat penunggang beca yang dasyat itu pun menjadi semakin samar dalam otaknya. Sebaliknya, nombor lori itu pula menjadi semakin jelas.

    (ibid: 61)

    Satu lagi budaya yang diterapkan dalam pemikiran masyarakat Cina ialah makan

    untuk hidup, bukannya hidup untuk makan yang bermaksud, bekerja kuat untuk

  • mendapatkan kekayaan (Ann Wan Seng, 1994a). Dalam erti kata lain, mereka tidaklah

    bekerja semata-mata untuk memenuhi keperluan diri dan keluarga sahaja. Hal ini berkait

    rapat dengan kepercayaan mereka bahawa kehidupan mereka di alam selepas kematian

    mereka adalah sama dengan kehidupan di dunia. Jika mereka kaya di dunia, mereka

    juga kaya di alam selepas mati. Malah dikatakan bahawa wang cukup penting bagi orang

    Cina hingga dianggap sebagai tuhan kedua mereka.

    Hal ini digambarkan dalam cerpen “Anakku Harapanku” tentang persoalan

    kesukaran untuk mendapat pekerjaan yang dapat memberikan kesenangan walaupun

    mempunyai kelulusan yang baik. Jika mereka bekerja dengan jawatan yang rendah,

    maka pendapatannya tentulah rendah. Sedangkan, orang Cina dahulu (di China) akan

    mendapat kemewahan segera sekiranya dia lulus dengan pangkat ‘Chuang Yuen’ iaitu

    tempat pertama dalam peperiksaan nasional. Hal ini menyebabkan mereka dianggap

    sebagai insan yang gagal dalam masyarakat. Petikan di bawah memaparkan siksp

    tersebut:

    Cubalah kau teka berapakah berapakah gajinya? Ha! Seratus dua puluh ringgit saja. Makan tiga kali sehari pun ditanggung sendiri. Kata majikannya walaupun dia mempunyai Sijil MCE Kelas pertama, akan tetapi dia tidak biasa dengan bahan-bahan ganti kereta. Oleh itu dia hanya boleh bermula dengan menjadi seorang pelatih.

    (ibid: 129)

    Oleh itu, bangsa Cina akan terus berusaha bagi mencapai kekayaan, sepertimana

    yang dilakukan oleh Wang Huai Lern yang merupakan seorang jutawan yang memiliki

    kekayaan yang mengatasi keperluan dia dan keluarganya melalui usaha dan

  • kegigihannya. Oleh sebab itulah, dia amat kesal apabila anak lelaki tunggalnya, Tzi Kui

    bersikap negatif dan tidak mahu memajukan diri.

    Akal budi masyarakat Cina juga dapat diteliti dalam cerpen-cerpen Yuen Li Fung

    melalui bidalan dan pepatah Cina yang diselitkan oleh pengarang dalam cerpen-

    cerpennya. Bidalan dan pepatah Cina itu hakikatnya menggambarkan akal budi mereka

    dalam melakukan sesuatu perbuatan dan tindakan dalam kehidupan sehari-hari. Berikut

    adalah antara bidalan dan pepatah tersebut beserta maksudnya:

    Bil. Bidalan/Pepatah Maksud Cerpen

    1. Busuk dahulu, baik

    kemudian. (ibid: 63)

    Melakukan perundingan dahulu

    agar tidak timbul perselisihan

    pada kemudian hari.

    ‘’Jerat Ada di

    Merata-rata

    Tempat”

    2. Bagi suami isteri yang

    miskin, segala hal pun

    sial juga. (ibid: 65)

    Kehidupan keluarga yang

    miskin dan hanya

    berpendapatan rendah akan

    menyebabkan banyak kesulitan

    timbul dalam kehidupan.

    ‘’Jerat Ada di

    Merata-rata

    Tempat”

    3. Seperti orang bisu

    memakan biji buah

    tangkin. (ibid: 74)

    Menyimpan segala kepedihan

    dan kesedihan di dalam hati.

    ‘’Jerat Ada di

    Merata-rata

    Tempat”

    4. Kalau nak orang tak

    tau, maka sendiri

    janganlah bikin.

    (ibid:79)

    Jangan melakukan perbuatan

    tidak baik untuk mengelakkan

    maruah diri tercemar.

    ‘’Jerat Ada di

    Merata-rata

    Tempat”

    5. Kalau bukit hijau masih

    ada, janganlah takut

    Berusaha selagi peluang masih

    ada.

    ‘’Anakku

    Harapanku”

  • tak ada kayu api. (ibid:

    140)

    6. Menarik kuda di pinggir

    jurang. (ibid: 147)

    Menginsafi kesalahan lalu dan

    kembali ke landasan yang betul.

    ‘’Anakku

    Harapanku”

    7. Kalau lembu tu tak mau

    minum air, ia tak kan

    menundukkan

    kepalanya. (ibid: 151)

    Orang yang berpendirian tidak

    akan melakukan perbuatan

    yang tidak disukainya.

    ‘’Anakku

    Harapanku”

    Berdasarkan maksud maksud bidalan dan pepatah di atas, ternyata masyarakat

    Cina mempunyai falsafah yang ditanam dalam pemikiran mereka sebagai panduan yang

    boleh membawa mereka ke arah kehidupan yang sejahtera. Mereka memahami bahawa

    sesuatu masalah itu akan dapat diselesaikan jika menggunakan akal fikiran secara

    bijaksana.

    RUMUSAN

    Cerpen-cerpen yang dihasilkan oleh kedua-dua orang cerpenis ini tidak mempengaruhi

    atau dipengaruhi antara satu dengan yang lain. Cerpen Azizi mungkin lebih banyak

    mempunyai persamaan dengan cerpen-cerpen atau novel-novel yang dihasilkan oleh

    Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad dari pelbagai segi seperti mempamerkan budaya

    masyarakat kampung, melalui tema, latar, watak dan perwatakan yang dibinanya.

    Persamaan ini wujud kerana Azizi dan Shahnon berasal dari negeri yang sama iaitu

    Kedah dan dibesarkan dalam suasana desa. Cerpen-cerpen Yuen Li Fung, lebih

  • konvensional dengan gaya bahasa langsung, berbanding cerpen-cerpen Azizi yang lebih

    dinamik dan menggunakan bahasa yang lebih berseni.

    Hakikatnya, penghasilan cerpen-cerpen oleh kedua-dua orang cerpenis ini

    dipengaruhi oleh suasana masyarakat mereka sendiri. Azizi banyak memaparkan budaya

    masyarakat Melayu kelas bawahan, khususnya masyarakat kampung, sedangkan Yuen

    Li Fung lebih banyak memaparkan budaya masyarakat kelas menengah Cina yang

    kebanyakannya tinggal di pekan atau di bandar-bandar besar. Hanya dalam cerpen

    ‘’Cikgu Harun”, Yuen Li Fung mengangkat latar masyarakat di kampung Cina. Kehidupan

    di kampung Cina tentulah berbeza dengan kehidupan di kampung Melayu tradisi, kerana

    kampung Cina. i Keperluan asas di kampung Cina adalah lebih baik daripada kampung

    tradisi Melayu seperti wujudnya sekolah.

    Azizi dan Yuen Li Fung, kedua-duanya adalah pendidik. Ketika cerpen-cerpen

    yang diteliti ini dikaji, Azizi masih bertugas guru agama di Kedah. Yuen Li Fung pula

    berpengalaman sebagai guru dan pentadbir di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di

    Selangor. Namun begitu, Azizi dalam enam buah cerpen yang dikaji langsung tidak

    memaparkan budaya kehidupan dalam bidang pendidikan, sebaliknya cenderung

    memaparkan budaya masyarakat kampung yang sebati dengan latar belakang

    kehidupannya sedangkan Yuen Li Fung secara jelas memaparkan budaya hidup guru

    melalui cerpen ”Cikgu Harun” dan mengangkat isu pendidikan dalam cerpen ‘’Anakku,

    Harapanku” dan ‘’Dering Fon yang Terlewat”’.

    Berdasarkan penelitian terhadap cerpen-cerpen Azizi Haji Abdullah dan Yuen Li

    Fung, ada aspek budaya yang bersifat universal dan dikongsi bersama, khususnya yang

    berkaitan dengan akal budi bangsa tersebut, khususnya nilai-nilai positif yang terdapat

  • dalam kedua-dua masyarakat tersebut. Cerpen-cerpen Azizi Haji Abdullah mungkin

    mengandungi banyak falsafah dan nilai kehidupan masyarakat Melayu, tetapi tidak

    dinyatakn secara langsung. Sebaliknya, akal budi orang Cina selain ditinjau melaui

    perlakuan watak-watak dalam cerpen tersebut, dikenal pasti juga melalui pepatah dan

    bidalan lama Cina yang dimasukkan secara langsung oleh Yuen Li Fung dalam cerpen-

    cerpennya.

    Dalam disiplin kesusasteraan bandingan, penterjemahan merupakan kaedah yang

    dapat menggalakkan lagi kajian perbandingan sastera, walaupun penterjemahan akan

    menyebabkan keaslian karya itu sedikit terjejas. Penterjemahan kumpulan cerpen

    Anakku, Harapanku sedikit sebanyak dapat memberikan pengetahuan baharu kepada

    pembaca berbangsa lain untuk mengetahui budaya yang diamalkan oleh bangsa

    tersebut. Dalam konteks kesusasteraan Malaysia, usaha karya-karya berbahasa Melayu

    diterjemahkan ke dalam bahasa kaum lain di negara ini seperti Cina, India, dan bahasa-

    bahasa lain boleh diperbahaskan kerana bahasa Melayu merupakan bahasa

    kebangsaan negara ini. Selepas negara ini mencapai kemerdekaan sejak 51 tahun yang

    lalu, adalah mustahil untuk mengatakan bahawa sebahagian rakyat negara ini,

    khususnya bangsa bukan Melayu tidak memahami dan menguasai bahasa kebangsaan

    dan seterusnya menikmati karya sastera Melayu secara langsung, tanpa memerlukan

    penterjemahan.