budaya melayu

22
1.0 KONSEP DAN UNSUR YANG MEMBENTUK KEBUDAYAAN MELAYU DAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 1.1 Konsep kebudayaan Melayu Dari segi etimologi, Melayu ditakrifkan dalam pelbagai maksud dan makna oleh tokoh-tokoh seperti Werndly yang mengatakan Melayu berasal dari perkataan Melaju yang diambil dari perkataan laju, cepat dan deras. Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa masyarakat melayu merupakan satu masyarakat yang bersifat tangkas, dan cerdas. Berlainan pula pendapat yang dikemukakan oleh Van Der Tuuk yang mengatakan perkataan Melayu ini bermaksud penyeberang yang mengatakan Melayu ini menyererang atau menukar agama iaitu dari agama Hindu ke agama Islam. Selain itu, bangsa melayu juga mempunyai pengertian yang tersendiri. Antaranya ialah, lazimnya orang Melayu ini bertutur menggunakan bahasa Melayu, kebudayaan Melayu dan beragama Islam. Selain itu, pengertian yang diberikan oleh UNESCO pula lebih kepada bentuk fizikal masyarakat Melayu itu sendiri. Antaranya, orang Melayu merupakan satu keluarga bahasa yang mempunyai bentuk badan yang hampir sama, berkulit sawo matang, berambut lurus, dan tinggi yang sederhana dan mereka di kawasan asia tenggara. Terdapat dua jenis budaya yang boleh dikenalpasti. 1

Upload: hasnul-asyraf

Post on 27-May-2017

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BUDAYA MELAYU

1.0 KONSEP DAN UNSUR YANG MEMBENTUK KEBUDAYAAN MELAYU DAN

KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

1.1 Konsep kebudayaan Melayu

Dari segi etimologi, Melayu ditakrifkan dalam pelbagai maksud dan makna

oleh tokoh-tokoh seperti Werndly yang mengatakan Melayu berasal dari

perkataan Melaju yang diambil dari perkataan laju, cepat dan deras. Selain itu,

beliau juga mengatakan bahawa masyarakat melayu merupakan satu

masyarakat yang bersifat tangkas, dan cerdas. Berlainan pula pendapat yang

dikemukakan oleh Van Der Tuuk yang mengatakan perkataan Melayu ini

bermaksud penyeberang yang mengatakan Melayu ini menyererang atau

menukar agama iaitu dari agama Hindu ke agama Islam.

Selain itu, bangsa melayu juga mempunyai pengertian yang tersendiri.

Antaranya ialah, lazimnya orang Melayu ini bertutur menggunakan bahasa

Melayu, kebudayaan Melayu dan beragama Islam. Selain itu, pengertian yang

diberikan oleh UNESCO pula lebih kepada bentuk fizikal masyarakat Melayu itu

sendiri. Antaranya, orang Melayu merupakan satu keluarga bahasa yang

mempunyai bentuk badan yang hampir sama, berkulit sawo matang, berambut

lurus, dan tinggi yang sederhana dan mereka di kawasan asia tenggara.

Terdapat dua jenis budaya yang boleh dikenalpasti.

Rajah 1 : Jenis budaya yang boleh dikenalpasti.

1

Budaya

Material Bukan Material

Page 2: BUDAYA MELAYU

Budaya material ialah Kebudayaan material berkaitan dengan semua ciptaan

masyarakat yang nyata dan konkrit. Juga meliputi bahan-bahan fizikal

kebudayaan serta cara-cara penggunaannya. Selain itu, Penemuan-penemuan

yang dihasilkan dari suatu penggalian arkeologi seperti mangkuk tanah liat,

perhiasanan, senjata dan sebagainya. Contoh-contoh lain budaya material ini

ialah barang-barang seperti televisyen, pesawat terbang, stadium olahraga,

pakaian dan sebagainya. Budaya bukan material pula ialah ciptaan-ciptaan

abstrak yang diwarisi dari satu  generasi ke generasi berikutnya. Hal ini termasuk

juga kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Contohnya, cerita dongeng,

cerita rakyat dan lagu atau tarian tradisional.

Rajah 2 : Konsep-konsep yang mempengaruhi pembentukan budaya

Proses pembentukan kebudayaan Melayu juga dipengaruhi oleh konsep-

konsep pembentukan budaya iaitu seperti akomodasi, asimilasi dan akulturasi.

Ketiga-tiga konsep ini menjadi ukuran atau proses kepada sesuatu budaya itu

terjadi.

2

Kebudayaan Melayu

Akomodasi

AsimilasiAkulturasi

Page 3: BUDAYA MELAYU

Rajah 3 : formula yang menunjukkan konsep akomodasi.

Akomodasi ialah satu keadaan yang mana kelompok yang berkonflik

bersetuju untuk menghentikan konflik apabila adanya interaksi secara aman.

Proses melalui konsep akomodasi ini menyebabkan setiap kumpulan etnik

menyedari dan dapat menghormati kumpulan etnik lain. Namun begitu mereka

masih tetap dapat mempertahankan budaya hidup masing-masing.

Rajah 4 : formula yang menunjukkan konsep asimilasi.

Konsep asimilasi pula merupakan satu proses percantuman dan penyatuan

antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok

dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Untuk lebih jelas proses asimilasi ini

ialah A + B + C = D iaitu D mewakili golongan dominan, A, B dan C mewakili

kumpulan etnik minoriti. Contoh yang dapat ditunjukkan ialah di Malaysia,

3

A

B

C

ABC

D

CB A

Page 4: BUDAYA MELAYU

masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh

berlakunya proses asimilasi apabila mereka menerima budaya Melayu.

Rajah 5 : formula yang menunjukkan konsep akulterasi.

Terakhir ialah akulturasi iaitu proses yang terjadi apabila satu kelompok manusia

dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan

asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan

diolah dalam kebudayaan sendiri. Dalam sejarah tamadun manusia, sering

berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan.

Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam meminjam. Contohnya di

Malaysia seperti penggunaan tali leher, angpau, makanan, hiburan dan

sebagainya.

1.2 Unsur kebudayaan Melayu

berdasarkan pendapat tokoh-tokoh pengkaji sejarah, sesebuah kebudayaan

dikaji daripada beberapa unsur kebudayaan untuk kepentingan ilmiah. Antara

unsur tersebut ialah Cultural Universal, Cultural Activities, Trait complexes, Traits

dan Items.

4

i(A) B C i(ABC)

Page 5: BUDAYA MELAYU

Rajah 6 : Unsur kebudayaan melayu

Unsur kebudayaan pertama iaitu Cultural Universal yang bermaksud

kebudayaan sejagat. Unsur ini merupakan unsur yang terbesar dalam sesuatu

kerangka sesuatu masyarakat. Ada tujuh elemen penting dalam unsur ini iaitu

sistem mata pencarian, sistem peralatan, sistem susunan masyarakat sistem

penggunaan bahasa, lisan, tertulis atau sistem kata-kata, sistem bentuk

kesenian, sistem pendidikan dan sistem agama.

Dalam unsur yang kedua iaitu Cultures Activities pula bermaksud kegiatan

kebudayaan setempat yang terdapat dalam kelompok masyarakat tersebut

contohnya bermain permainan tradisional semasa waktu lapang.

Unsur ketiga ialah Trait Complexes yang dikenali sebagai unsur-unsur yang

rumit. Kompleks unsur ini ialah alat yang melengkapi aktiviti kebudayaan.

Contohnya ialah sistem pengolahan tanah, pemilikan tanah dan sebagainya.

Unsur yang keempat ialah traits yang menjadi unsur pelengkap yang lebih

kecil daripada kompleks unsur yang masih boleh diuraikan satu persatu. Untuk

melihat dengan labih jelas sebagai contoh dapat kita melihat dari pengangkutan

iaitu kereta lembu. Unsur pelengkapnya ialah kereta, pemandu dan binatang

penarik kenderaan.

5

Unsur Kebudayaan Melayu

Cultural universal

Cultural activities

Trait complexesTraits

items

Page 6: BUDAYA MELAYU

Unsur yang terakhir ialah items iaitu unsur-unsur yang terkecil yang tidak

boleh diuraikan atau dipecah-pecahkan lagi. Sebagi contoh kita melihat kereta

lembu terdiri daripada lembu itu yang menjadi sumber tenaga kepada kenderaan

tersebut. Binatang memerlukan tenaga untuk menarik kereta tersebut. “Tenaga”

itu merupakan komponen terkecil tersebut.

Unsur dalam sesuatu budaya sangat penting bagi menunjukkan sistem yang

terdapat dalam satu-satu masyrakat. Begitu juga dengan masyarakat Melayu. Ia

juga mempunyai unsur-unsur yang terdapat dalam budaya melayu itu sendiri.

1.3 Konsep kebudayaan Kebangsaan

Penggubalan Kebudayaan Kebangsaan adalah satu perkara yang penting

dalam memimpin satu negara yang mempunyai keunikan yang tersendiri seperti

Malaysia iaitu kaya dengan penduduk berbilang bangsa etnik dan agama dasar.

Dasar ini dapat dijadikan garis panduan dalam menjadikan sesebuah negara

hidup dalam perpaduan yang utuh dan mengekalkan sehingga ke generasi yang

akan datang. Pembangunan budaya harus dilihat sejajar dengan arus

modenisasi ekonomi supaya seimbang dari segi rohani dan jasmani.

Kebudayaang Kebangsaan sesebuah negara yang kuat dapat menghindar dari

pengaruh-pengaruh budaya asing yang negatif dan mengekalkan budaya zaman

berzaman ini sehingga ke generasi akan datang.

Perancangan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara yang kaya dengan

kepelbagaian kaum seperti Malaysia harus dititikberatkan supaya ciri-ciri budaya

yang lahir ialah merupakan cara hidup bangsa Malaysia itu sendiri. Selain itu,

supaya dapat mengekalkan keistimewaan yang terdapat dalam budaya

masyarakat Malaysia itu sendiri. Perancangan Kebudayaan Kebangsaan juga

akan menentukan sifat-sifat yang terbaik, nilai yang mulia serta dominan bagi

pembinaan bangsa Malaysia.pembangunan kebudayaan kebangsaan ini penting

supaya apa yang telah diwarisi sejak zaman berzaman tidak hilang ditelan

zaman malah dikekalkan dan diwarisi menjadi tradisi dan sejarah kepada

generasi akan datang.

Kebudayaan kebangsaan ini bertujuan sebagai satu medium untuk

merapatkan jurang perbezaan antara pelbagai kaum dan etnik di negara

Malaysia. Keunikan yang terdapat dalam Malaysia merupakan satu identiti yang

6

Page 7: BUDAYA MELAYU

dibawa ke persada dunia. Keunikan inilah yang menjadikan malaysia dapat

menempah nama di antara-antara negara luar yang lain. Kebudayaan

kebangsaan inilah dapat menaikkan semangat kenegaraan bukan pekauman

yang ingin ditunjukkan sesama kita sendiri. Dengan pelbagai budaya yang ada ini

dikongsi bersama untuk dipelajari dan letak di dalam hati seiap rakyat Malaysia.

Kesimpulannya, perancangan kebudayaan kebangsaan ini penting dalam

menyeragamkan dan mewujudkan satu organisasi yang menjaga pergerakan

kebudayaan di negara ini.

1.4 Unsur kebudayaan kebangsaan

Terdapat tiga unsur dalam kebudayaan kebangsaan. Unsur-unsur ini

menjadi panduan dalam memastikan perpaduan di Malaysia terpelihara. Antara

unsur-unsurnya ialah kebudayaan Kebangsaan negara ini hendaklah berteraskan

kebudayaan rakyat asal rantau ini, unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan

wajar boleh diterima menjadi unsur-unsur Kebudayaan Kebangsaan dan Islam

merupakan unsur yang penting di dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan

itu.

Rajah 7 : Unsur Kebudayaan kebangsaan

Unsur yang pertama iaitu teras budaya seratau. maksudnya di sini ialah

Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah berteraskan kebudayaan rakyat

7

Unsur Kebudayaan Kebangsaan

Teras budayan serantau

Unsur budaya

luar

Agama Islam

Page 8: BUDAYA MELAYU

setempat rantau ini. “Rantau” membawa maksud alam Melayu, iaitu warisan

tradisi kebudayaan Kepulauan Melayu yang sebahagian besar suku bangsanya

terdiri daripada orang Melayu, Bugis, Jawa, Iban, Minang, Murut, Kadazan dan

lain-lain lagi.

Unsur yang kedua ialah unsur-unsur budaya luar. Contohnya ialah budaya

pedagang-pedagang yang berniaga di tanah Melayu dengan kebudayaan

tempatan. Kemasukan unsur-unsur ini ke dalam kebudayaan tempatan kaum

pribumi terjadi melalui pelbagai proses seperti asimilasi, akomodasi dan

akulturasi. Sebagai contoh, proses asimilasi wujud hasil daripada kekerapan

perhubungan dan pertembungan di antara kebudayaan dan bahasa dari negera

China, India dan Eropah. Begitu juga terdapat pengaruh bahasa Sanskrit,

Portugis, China, Inggeris dan lain-lain dalam bahasa Melayu.

Unsur yang ketiga ialah Islam sebagai unsur pembentukan Kebudayaan

kebangsaan. Ini kerana Islam merupakan agama Persekutuan yang telah lama

tersurat dan diterima oleh Perlembagaan. Segala unsur budaya yang mewarisi

pelbagai warisan budaya rakyat tidaklah menjadi status Kebudayaan

Kebangsaan secara automatis. Ia haruslah terlebih dahulu disesuaikan dengan

ciri-ciri atau nilai universal Islam.

8

Page 9: BUDAYA MELAYU

2.0 KEDUDUKAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN PADA MASA KINI

Kebudayaan kebangsaan telah menjadi milik semua rakyat Malaysia tanpa mengira

kaum, Bahasa dan agama. Kedudukan kebudayaan kebangsaan yang telah kukuh

dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan disebabkan kesepaduan tiga unsur iaitu

kebudayaan yang berteraskan kebudayaan asal rakyat rantau ini, unsur kebudayaan lain

yang sesuai diterima dan Islam sebagai unsur penting dalam pembentukan kebudayaan

kebangsaan.

Maka tahun 1971 dianjurkan Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang akhirnya

merangka Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Dasar ini adalah kesepakatan kita dalam

hal budaya yang ternyata sangat luas ruang litupnya. Budaya melampaui hal-hal

kesenian malah cara hidup pada umumnya termasuk soal bahasa. Walaupun Dasar

Kebudayaan Kebangsaan bukan satu akta, tetapi inilah acuan untuk menerima

sesuatu dari luar yang sesuai dengan norma hidup masyarakat pelbagai kaum negara

ini.

(Utusan Online 23/03/2009)

Jadual 1 : Artikel daripada Utusan Online

Impian orang Melayu ingin membina budaya kebangsaan telah tercapai selepas 13

Mei 1969. Kerajaan menerima usul untuk menubuhkan budaya kebangsaan

sebagaimana mengikut keputusan Kongres Budaya Kebangsaan pada tahun 1970.

Kementerian yang berkaitan ditubuhkan yang bertujuan untuk membina budaya

kebangsaan. Budaya kebangsaan itu dilihat sebagai suatu aspek yang sangat penting

dalam usaha melahirkan perpaduan dalam kalangan bangsa. Pembinaan budaya

kebangsaan ini dapat dianggap sebagai satu lagi kejayaan orang Melayu membina jati

diri sebagai lambang kebangsaan. Prinsip penting dalam pembinaan budaya

kebangsaan itu kepada orang Melayu ialah budaya kebangsaan adalah berasaskan

kepada budaya penduduk asal negara ini dan berteraskan kepada Islam. Prinsip budaya

kebangsaan telah banyak menimbulkan kontroversi, terutama di kalangan orang bukan

Melayu. Walhal, terdapat juga satu lagi prinsip yang membolehkan unsur-unsur budaya

lain, yang bukan Melayu diterima apabila orang ramai menerimanya sebagai rasmi dari

masa ke masa.

9

Page 10: BUDAYA MELAYU

Kerajaan melalui Kementerian Pelancongan dan Kesenian telah berusaha untuk

mewujudkan pelan pembaikan agar kebudayaan Melayu dan kebangsaan tidak akan

terus lupus. Kerajaan melalui badan-badan tertentu, seperti Perbadanan Kraftangan

Malaysia memainkan peranan dalam mendorongkan perkembangan kegiatan seni

tampak tradisi itu. Penghasilan seni itu cuba dipertahankan keasliannya bagi

melambangkan identiti bangsa Melayu. Walaupun terdapat sebahagian hasil seni

tampak tradisi itu telah hilang fungsi di zaman moden, tetapi fungsi barunya sebagai

perhiasan tetap dipertahankan. Oleh itu, keaslian seni tampak tradisi itu dapat dihayati

bersama oleh generasi akan datang.

Perpaduan antara kaum pada masa akan datang hanya dapat dikukuhkan melalui

persefahaman dan tolak ansur antara kaum. Pembentukan masyarakat dan bangsa

Malaysia baharu haruslah berupaya mewujudkan identiti masyarakat yang kukuh,

bersatu padu dan bersefahaman, taat setia, terhindar daripada kemiskinan pemikiran

semangat, tenaga, bermoral dan mempunyai suatu kehidupan kebangsaan yang boleh

dibanggakan. Oleh yang demikian, matlamat pembinaan kebudayaan kebangsaan

memang menepati hasrat dan konsep pembangunan serta kemajuan bangsa di

Malaysia.

10

Page 11: BUDAYA MELAYU

3.0 RAMALAN MASA DEPAN DARIPADA ASPEK PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

Kebudayaan terus kukuh dan utuh kerana Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah Berjaya

dijalankan dan member impak kepada aspek kebudayaan. Maka isu-isu yang

membawakan kepada perbalahan sesama kaum tidak wujud kerana masyarakat

Malaysia majmuk ini telah memahami budaya antara satu sama lain. Sikap tolak ansur

yang dipupuk dalam dasar kebudayaan kebangsaan dilihat satu dasar yang berjaya dan

boleh dicontohi oleh negara-negara majmuk yang lain.Contohnya, Myanmar yang kiri

dilanda krisis perpaduan kaum disebabkan dasar kerajaan komunis Myanmar adalah

untuk menghapuskan etnik yang menjadi daripada wilayahnya. Malaysia akan menjadi

contoh kepada negara-negara lain khususnya dalam pembangunan modul kebudayaan

negara. Hal ini dapat memetik kemungkinan bahawa Malaysia akan dilantik menjadi

perunding damai atau ahli jawatankuasa dalam merangka satu pelan induk budaya atau

perpaduan untuk menyelesaikan masalah perpaduan dalam negara.

Dalam bidang politik, perkara ini turut memberi sumbangan dalam pembentukan

kebudayaan. Parti-parti politik di Malaysia sekarang yang berasaskan kaum contohnya

MCA, MIC, DAP, UMNO, PAS dan sebagainya terus kukuh sehingga sekarang. Banyak

parti-parti yang telah bergabung dan membentuk suatu pakatan besar contohnya

Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Perkara ini mencerminkan bahawa dasar

politik dapat juga menyatukan pelbagai unsur budaya menjadi sebuah kebudayaan

kebangsaan dan bekerjasama dalam membangunkan negara. Hal ini dapat dibuktikan

melalui dasar wasatiyah yang diamalkan dapat difahami oleh semua. Apabila

berlakunya Pilihan Raya, mereka tidak berebut tetapi mengadakan satu mesyuarat

untuk memutuskan calon mana yang lebih layak untuk bertanding di sesuatu kawasan

yang dipertandingkan dan dipersetujui oleh parti-parti yang lain. Apabila calon telah

dipilih, maka rakyat menyokong sebulat suara. Buktinya kemenangan majoriti berpihak

kepada kerajaan sekarang ini yang dipimpin oleh Barisan Nasional. Dalam berkempen,

ahli adun atau ahli parlimen yang dipilih ialah seorang yang memahami budaya pelbagai

kaum di sesuatu tempat yang mempunyai pelbagai latar belakang. Jika berlakunya

masalah perkauman, ahli yang dipilih akan turun padang untuk menyelesaikan masalah.

Dari aspek pendidikan pula, kokurikulum yang digubal dan dijalankan adalah satu

kokurikulum yang menyatakan atau menerapkan tentang kebudayaan. Contohnya,

terdapat suatu tema kebudayaan yang diterapkan dalam sukatan pelajaran yang

memberi pendedahan awal kepada murid-murid tentang kepelbagaian kaum di Malaysia

11

Page 12: BUDAYA MELAYU

dan secara tidak langsung, murid-murid telah mengetahui budaya pelbagai kaum dan

menghormati serta menghayati budaya.

Selain itu, kementerian pula akan dilihat sebagai agen pembangunan kebudayaan

yang relevan. Jika dilihat pada masa kini, kerajaan telah menjalankan aktiviti rumah

terbuka pada setiap perayaan yang disambut, mengadakan pameran kebudayaan untuk

rakyat, kerajaan telah mengadakan pertandingan yang melibatkan budaya. Sebagai

contoh, pertandingan permainan wau adalah budaya Melayu tetapi melibatkan semua

kaum. Pertandingan memasak kuih bulan yang melibatkan semua kaum. Apabila

wujudnya interaksi antara kaum, perpaduan dapat dieratkan. Apabila rakyat dapat

disatukan dalam satu kelompok melalui aktiviti, pameran, kempen dan penglibatkan

rakyat maka satu perpaduan dapat diwujudkan antara meraka. Oleh itu,isu-isu sensitif

dapat dikurangkan dan tidak timbul soalan-soalan yang boleh mencetuskan provokasi.

12

Page 13: BUDAYA MELAYU

4.0 CADANGAN LANGKAH-LANGKAH PENAMBAHBAIKAN

Pelbagai langkah telah dirangka oleh kerajaan bagi mewujudkan satu suasana yang

harmonis, aman dan damai. Maka, wujudlah pelbagai dasar yang menjadi pemangkin

perpaduan yang dikecapi pada zaman kini. Seperti tersedia maklum bahawa

perancangan demi perancangan yang dibuat mungkin mempunyai kelemahan-

kelemahannya tersendiri. Namun begitu, perancangan yang dibuat atau dirangka ini

bermatlamatkan untuk mengatasi masalah persengketaan kaum serta mengekalkan

budaya agar terus kekal dengan keharmonian yang ada pada hari ini. Penambahbaikan

dilakukan dari semasa ke semasa mengikut peredaran waktu dan zaman.

Sebagai contohnya, Dasar Pendidikan terus diubah dan ditambahbaik untuk

memperbaiki kelemahan sedia ada dan memantapkan kurikulum sekaligus

memantapkan perpaduan antara kaum. Kerajaan telah memperkenalkan kurikulum

standard sekolah rendah bagi menggantikan kurikulum bersepadu sekolah rendah.

Dalam kurikulum yang dirangka dan dirancang telah menerapkan pelbagai pemahaman

kebudayaan setiap kaum bagi setiap tahun dan menekankan tentang semangat

perpaduan. Oleh yang demikian, pada hemat saya pelaksanaan Dasar Pelan Pendidikan

2013-2025 masih perlu diperbaiki. Maka, pihak kerajaan haruslah mengambil kira

pandangan serta cadangan penambahbaikan yang dicdangkan oleh pelaksana dasar

iaitu golongan guru. Hal ini kerana dilihat tidak bersikap terbuka dalam menerima kritikan

oleh para pelaksana. Pihak kerajaan disarankan dan dicadangkan untuk menjemput

cendiakawan yang mahir dalam bidang masing-masing untuk turut bersama kerajaan

membincang perkara-perkara atau merangka sesuatu dasar. Perkara ini dilihat satu

jalan terbaik bagi mengelakkan suatu pandangan yang bersifat sehala dari pihak

kerajaan. Jika pandangan ahli cendiakawan ini diambil kira, maka bidang tidak akan

diperjudikan nasibnya. Dengan kata lain, bidang pendidikan ini tidak dipolitikkan atau

diasing daripada politik bagi membendung campur tangan ahli politik yang dilihat hanya

mampu membantut proses pertumbuhan dalam bidang pendidikan.

Selain itu, dasar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan haruslah

meletakkan syarat kepada pemaju untuk menjual rumah kepada pelbagai kaum. Hal ini

baik bagi sosialisasi rakyat. Dengan adanya pelbagai kaum dalam satu taman atau

kampung tersusun, maka rakyat akan berinteraksi antara mereka dan akan dapat

mengenali budaya antara satu sama lain dengan lebih dekat dan rapat. Di samping itu

juga, Program Rukun Tetangga haruslah melibatkan semua lapisan masyarakat tanpa

mengira had umur muda atau tua. Lebih-lebih lagi melibatkan pelbagai kaum harus

13

Page 14: BUDAYA MELAYU

ditekankan. Hal ini kerana program ini banyak didominasi oleh satu kaum sahaja iaitu

kaum Melayu dan kaum-kaum lain dilihat tidak mahu terlibat dan merasa selesa dengan

kedudukannya sekarang. Oleh itu, kerajaan haruslah mewajibkan penglibatan semua

kaum dalam program sebegini. Kadang-kala program yang disusun oleh kerajaan sudah

baik namun pelaksanaannya tidak begitu baik atau mantap.

Kempen harus yang dijalankan oleh kerajaan melalui media massa. Oleh yang

demikian, Kementerian Penerangan dan Komunikasi haruslah memainkan peranan dan

memanfaatkan peluang yang ada secara optimum. Kawalan terhadap media massa

swasta haruslah dilakukan agar tidak memainkan isu sensitif. Penerbit akhbar dan

majalah digalakkan memberi sumbangan kepada usaha memantapkan perpaduan

negara berdasarkan pengamalan etika kewartawanan menerusi sikap bertanggungjawab

dan kepekaan apabila menyentuh dan melapork perkara-perkara yang boleh

menjejaskan perpaduan dan perhubungan antara kaum dan agama. Mereka perlu

memastikan bahawa kegaitan dan laporan media cetak termasuk laporan media cetak

asing dan laporan melalui internet tidak melanggar Akta Cetak, Mesin Cetak dan Akta

Hasutan serta tidak menjejas atau menggugat ketenteraman awam dan keselamatan

negara.

14

Page 15: BUDAYA MELAYU

5.0 REFLEKSI

Syukur kehadrat Illahi kerana dapat untuk saya menyelesaikan tugasan subjek BMM

3114 ini. Dalam proses pelaksanaannya saya dikehendaki menghurai suatu isu berkenaan

kebudayaan negara ini berdasarkan soalan tugasan yang diberi. Soalan yang pertama

adalah berkenaan konsep dan unsur yang membentuk kebudayaan Melayu dan

kebudayaan Kebangsaan. Oleh itu saya telah mencari maklumat yang berkenaan dalam

buku-buku rujukan yang dipinjam. Selain itu, rujukan terus daripada internet juga telah saya

ambil sebagai sandaran hujah penulisan saya. Namun, bahan dan maklumat daripada

internet perlu saya teliti terlebih dahulu bagi memastikan ketulenan dan kesahannya.

Seterusnya penghasilan idea yang kritis terhadap kedudukan kebudayaan

kebangsaan pada masa kini dan ramalan masa depan daripada aspek perpaduan kaum di

Malaysia. Bagi menjawab persoalan tugasan ini saya telah berfikir melalui pembacaan yang

dibuat. Untuk itu, idea yang dihasilkan dicatat dahulu pada sebuah kertas draf. Kemudian

saya bersama beberapa orang rakan telah duduk semeja dan berbincangan mengenai idea-

idea yang dihasilkan. Melalui perbincangan, lebih banyak idea yang dapat dihasilkan dan

dihuraikan secara langsung. Dengan ini, ia dapat membantu saya dalam membuat

penulisan ilmiah dalam tugasan.

Melalui kedudukan kebudayaan yang telah difahami, beberapa langkah

penambahbaikan ditambah sebagai cadangan dalam penulisan. Langkah-langkah yang

difikirkan adalah berpandukan kepada usaha-usaha kerajaan dalam memelihara

kebudayaan dalam negara ini. Oleh itu, pelbagai contoh yang berkaitan usaha kerajaan

telah saya muatkan dalam penulisan ilmiah ini. Sedikit sebanyak dapat membantu pembaca

memahami dan menyedari langkah dan tidakan kerajaan dalam memandang serius perkara

ini. Selain itu saya turut menyelitkan cadangan saya sendiri sebagai usaha saya member

pandangan dan cadangan untuk memelihara budaya Melayu pada zaman yang mencabar

ini.

15

Page 16: BUDAYA MELAYU

BIBLIOGRAFI

Mohd Sohaimi Esa, Dayu Sansalu dan Budi Anto Mohd Tamring (2011).

Hubungan Etnik Kelangsungan Pembinaan Negara Bangsa. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd : Selangor.

Nik Safiah Haji Abdul Karim. (1963). Kajian Kebudayaan Melayu. Kelantan: Pustaka Dian Press.

Rejal Arbee. (Ogos 2007). Mengungguli Semangat Patriotik. DewanMasyarakat, 24-25.

Ruslan Zainuddin ( 2000). Sejarah Malaysia. Penerbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd: Kuala Lumpur.

Shamsul Amri Baharuddin, Prof. Datuk Dr. (2007). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti UiTM (UPENA)

16

Page 17: BUDAYA MELAYU

LAMPIRAN

17