proposal kajian khalayak facebook - copy

Upload: -

Post on 17-Jul-2015

225 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

DIPLOMA PENGAJIAN MEDIA ISLAM

KAJIAN KHALAYAK

TAJUK : PENGGUNAAN FACEBOOK DI KALANGAN MAHASISWA KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH(KIPSAS)

OLEH :MOHAMMAD TARMIMIE BIN MAZLAN(PID10226) MOHD SABARUDDIN BIN WAHID(PID10) AIZUDDIN BIN AHMAD NASRI(PID10183) WAHINUR AKHBAR BIN SAADUN(PID10011) ATIFAH BINTI MAT SALEH(PID10) NURHIDAYU BINTI (PID10)

PENSYARAH CIK JUWAIRIAH BINTI HASSAN

Abstract Facebook merupakan salah laman web sosial yang sangat popular pada masa sekarang Memang tidak dinafikan terdapatnya laman web sosial yang lain seperti Frendster , Tagged , Myspace , Hi5 dan banyak lagi , namun populariti facebook dikalangan pengguna pada masa kini diseluruh dunia menyebabkan pengguna laman laman web social lain terbelakang malah ada yang mengatakan zaman sekarang merupakan zaman Revolusi Facebook .

PENGENALAN

Pengguna Facebook di malaysia adalah 11,761,060 juta daripada lebih kurang 30 juta orang . Pengguna Facebook di Malaysia mewakili 1.58% pengguna di Malaysia berdasarkan laman web https ://checkfacebook.com . 53.6% pengguna dimlaysia terdiri daripada lelaki dan selebihnya adalad perempuan . Kebanyakan pengguna Facebook di Malaysia ialah belia umur diantara 18-24 tahun yang mewakili 34.2% daripada keseluruhan pengguna Facebook di Malaysia , dan ia merupakan pengguna majoriti di Malaysia . Kajian ini dilakukan bagi mengkaji sejauh mana penggunaan Facebook dikalangan mahasiswa KIPSAS . KIPSAS merupakan institusi pendidikan yang terkenal di Pahang dan merupakan kolej dibawah Kerajaan Negeri Pahang yang pada awalnya bagi melahirkan ulama-ulama muda dan ustaz-ustaz muda .Kajian ini turut memberi gambaran dan menjawap persoalan sejauh mana kesan fenomena facebook yang melanda dunia terhadap mahasiswa KIPSAS . Selain itu , kajian ini didasarkan berasaskan 3 objektif yang telah digariskan seperti pada Bab 1 . Diharapkan kajian ini akan merungkaikan rahsia facebook dalam kalagan mahasiswa KIPSAS

ISI KANDUNGAN

PERKARA Halaman Tajuk Abstrak Pengenalan Isi Kandungan Senarai Jadual Senarai Rajah

MUKASURAT

BAB 1 : PENDAHULUAN 1.1 Masalah Kajian 1.2 Objektif Kajian 1.3 Soalan Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Metodologi Kajian BAB 2 : KAJIAN KESUSASTERAAN MENGENALI FACEBOOK ( FB ) 2.1 Pengenalan Facebook 2.2 Laman web hebahan 2.3 Profile 2.4 News Feed 2.5 Wall 2.6 Aplikasi Facebook 2.7 Data dan Fakta facebook

BAB 3 : FACEBOOK DAN LAMAN SOSIAL LAIN 3.1 Revolusi Facebook 3.2 Youtube Facebook 3.3 AddThis Facebook 3.4 Twitter -Facebook BAB 4 : LAPORAN DAN ANALISIS KAJIAN 4.1 : Analisis responden 4.2 Analisis mengikut soalan BAB 5 : PENUTUP BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

SENARAI JADUAL a. Jadual 4.1.1 : Jumlah responden mengikut jabatan. b. Jadual 4.2.1 : Responden yang mempunyai facebook. c. Jadual 4.2.2 : Jumlah akaun yang diaktifkan . d. Jadual 4.2.3 : Faktor yang mempengaruhi untuk mengaktifkan facebook. e. Jadual 4.2.4 : Faktor yang melayari faebook. f. Jadual 4.2.5 : Jumlah rakan dalam facebook. g. Jadual 4.2.6 : Durasi membuka facebook. h. Jadual 4.2.7 : Faktor penyebab cendenrung menggunakan facebook. i. Jadual 4.2.8 : Kekerapan membuka facebook . j. Jadual 4.2.9 : Waktu membuka facebook . k. Jadual 4.2.10 : Lokasi melayari facebook . SENARAI RAJAH a. Rajah 4.1.2 Graf bilangan responden mengikut diploma. b. Rajah 4.1.3 : Pecahan responden mengikut jantina . c. Rajah 4.2.1 Peratusan responden yang mempunyai facebook. d. Rajah 4.2.2 Peratusan jumlah yang diaktifkan . e. Rajah 4.2.3 : Perutusan faktor yang mempengaruhi untuk mengaktifkan facebook . f. Rajah 4.2.4 : Peratusan faktor melayari facebook . g. Rajah 4.2.5 : Peratus kawan dalam akaun facebook . h. Rajah 4.2.6 : Peratusan durasi membuka facebook mengikut durasi . i. Rajah 4.2.7 : Peratusan faktor penyebab untuk menggunakan facebook . j. Rajah 4.2.8 : Peratusan membuka facebook . k. Rajah 4.2.9 : Peratusan waktu untuk membuka facebook . l. Rajah 4.2.10 : Peratusan lokasi melayari laman web facebook .

BAB 1 : PENDAHULUAN

1.1 : MASALAH KAJIAN

Terdapat beberapa masalah yang dihadapi ketika sesi kajian khalayak ini diadakan . Antaranya ialah segelintir responden yang terdiri daripada mahasiswa KIPSAS tidak memberi kerjasama yang baik semasa kajian diadakan . Selain itu , mahasiswa tidak berada didalam bilik masing masing bagi menudahkan proses kajian ini diadakan . Namun , kajian ini dapat diselesaikan dalam jangka masa singkat Terdapat juga permasalahan ketika proses analisis dari prospek boring soal selidik dimana terdapat maklumat demografi pada borang soal selidik yang tidak diisi dengan maklumat yang betul seperti diploma , tahun dan semester kajian dan jantina . Ia menyukarkan proses analisis dan borang soal selidik ini dikira rosak . Selain itu , terdapat juga responden yang menjawap halaman hadapan sahaja dan tidak menjawap halaman belakang dan borang soalselidik ini turut dikira rosak .

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian penggunaan Facebook di kalangan mahasiswa KIPSAS ini adalah bertujuan untuk : a. Mengkaji pengaruh Facebook dikalangan Mahasiswa KIPSAS b. Mengkaji Sambutan penggunaan Facebook di kalangan Mahasiswa KIPSAS c. Mengkaji Faktor penggunaan Facebook di kalangan Mahasiswa KIPSAS

1.3 SOALAN KAJIAN 1. Adakah anda mempunyai Facebook(FB) ? Ya Tidak 2. Berapa akaun FB yang and aaktifkan?sekiranya lebih dari satu ,kenapa? Satu Lebih dari satu ,sebab 3. Apakah faktor yang mempengaruhi anda untuk mengaktifkan facebook ? Kawan-kawan Media Massa Lain-lain , nyatakan 4. Apakah faktor anda melayari FB? Mengisi masalapang Mencari kawan Berdakwah Lain-lain , nyatakan.. 5. Berapakah rakan yang terdapat dalam akaun FB anda? 100 kebawah 500 kebawah 1000 kebawah 1000 keatas 6. Berapakah lama anda membuka FB untuk satusesi? 10 minit kebawah 30 minit kebawah 1 jam kebawah Lebih 1 jam 7. Faktor penyebab anda cenderung untuk menggunakan FB? Isi masa terluang Boring

Cari kenalan Lain-lain , nyatakan. 8. Kekerapan anda membuka FB ? Hari Minggu Bulan Setahun 9. Waktu anda membuka FB? Pagi Petang Malam 10. Dimanakah anda melayari FB? Rumah Asrama Perpustakaan Lain-lain , nyatakan......

1.4 SKOP KAJIAN

Skop kajian ini adalah meliputi seramai 300 mahasiswa Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan . Pengajian di KIPSAS tebahagi kepada tiga sekolah pengajian iaitu Sekolah Pengajian Islam (SPI) , Sekolah Pengajian Pengurusan (SPP) dan Sekolah Pengajian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (STMK) . SPI terdiri daripada enam diploma iaitu Diploma Pengajian Islam Pengkhususan Dakwah Dan Pengurusan , Diploma Pengajian Islam Pengkhususan Syariah dan Undang Undang , Diploma Pengajian Islam Pengkhususan Bahasa Arab dan Tamadun Islam , Diploma Bahasa Arab Komunikasi , Diploma Pengajian Media Islam dan Diploma Pengurusan Muamalat .

SPP pula terdiri daripada lima diploma iaitu Diploma Perakaunan , Diploma Kewangan dan Perbankan , Diploma Pengajian Perniagaan , Diploma Pengurusan Pemasaran dan diploma Pengurusan Kewangan Islam . STMK pula terdiri dari dua diploma sahaja iaitu Diploma Pembangunan Perisian (Internet dan Multimedia ) dan DiplomaTeknologi Maklumat dan Rangkain . Jadi responden responden akan terdiri daripada sekolah sekolah pengajian dan diploma diploma yang dinyatakan diatas .

1.5 METODOLOGI KAJIAN

Untuk Kajian Penggunaan Facebook dikalangan Mahasiswa KIPSAS , tiga metodologi kajian digunakan . Method kajian yang pertama ialah pemerhatian (observasi ) . Pemerhatian ini kami lakukan secara tidak langsung ketika berada di kalangan mahasiswa KIPSAS tanpa mereka sedari . Hasil pemerhatian ini merupakan pemacu bagi kami untuk meneruskan kajian ini Method kajian yang kedua ialah soal selidik . Bagi method ini responden diminta untuk mengisi borang soal selidik yang kami sediakan . Borang soal selidik mengandungi cuma sepuluh soalan dan hanya memerlukan responden untuk menanda pada borang yang berkenaan sahaja. Method kajian yang ketiga ialah temuramah ( interview ) .Temuramah ini kami jalankan secara berasingan untuk mahasiswa lelaki dan perempuan . Mereka dikehendaki untuk

menjawap lima soalan yang telah disediakan . Temuramah ini menggunakan perakam audio untuk merakam temuramah sekaligus maklumat bagi kajian ini . Method ini lebih mesra

responden dimana responden boleh memberikan respon mengikut cara mereka sendiri dan sudah semestinya maklumat lebih telus dan tepat .

BAB 2:

KAJIAN LITERATURE(FACEBOOK)

2.1 PENGENALAN FACEBOOK

Mark Zuckerberg, pengasas FACEBOOK adalah anak muda yang menguruskan syarikat gergasi yang setaraf dengan General Motors. Sewaktu berusia 24 tahun, Zuckerberg

disenaraikan sebagai jutawan termuda oleh majalah Forbes dengan jumlah kekayaannya dianggarkan berjumlah USD 1.5 juta. Zuckerberg mula menempa kejayaan dari saat beliau mencipta laman web facebook yang kini menjadi laman web keenam paling ramai dikunjungi. Laman web ini dirancang secara sederhana, mudah digunakan dan yang paling penting, mempunyai elemen seduktif. Setiap hari, hampir 70 juta pengguna login untuk melihat profil rakan-rakan mereka dan membuat posting maklumat diri mereka sendiri seperti nombor telefon, data peribadi dan sebagainya. Zuckerberg dan para pekerjanya bertungkus-lumus seharian bagi menjejaki data pengguna yang berpotensi mengiklankan diri mereka di laman web sosial FACEBOOK. Bilangan pengguna yang mencecah anggaran 15 0000 orang sehari , menjadikan Zuckerberg menerima jolokan generasi Bill Gates, seorang tokoh teknologi maklumat yang juga drop-out dari Harvard. Kedua-dua mereka mengubah cara hidup masyarakat dan kini hidup mereka dilimpahi kemewahan dan kekuasaan. Mark Zuckerberg boleh dikatakan sebagai Bill Gates yang kedua,kata bekas Presiden Harvard, Lawrance Summers.

Mark Zuckerberg di hadapan pejabatnya di Palo Alto, California.

Malah, Mark Zuckerberg juga sama seperti Bill Gates pada awal pembangunan kariernya, yang dituduh mencuri idea bisnes daripada pihak lain. Dalam satu tuntutan mahkamah, salah seorang hakim menyifatkan kes ini sebagai `pertikaian sedarah. Tiga mahasiswa Harvard mendakwa Zuckerberg mencuri idea mereka selepas mengupah Zuckerberg untuk mencipta laman social networking untuk mereka. Ketika memberikan kenyataan, salah seorang daripada tiga mahasiswa itu, Divya Narendra mengatakan bahawa mereka ditipu secara terang-terangan.

Selaian itu, Aaron Greenspan yang juga rakan sekelas Zuckerberg, turut mengumpulkan petisyen bagi mendapatkan hak tanda dagang (copyright) Facebook. Greenspan juga mendakwa yang beliau adalah pencipta laman web FACEBOOK secara dalam talian atau online beberapa bulan sebelum Zuckerberg memulakannya. Greenspan mengukuhkan dakwaannya dengan ratusan e-mel bukti bahawa dia ada berhubung dengan Zuckerberg. Dalam autobiografinya, Greenspan turut menyatakan Zuckerberg sebagai seorang yang naif, berbeza dengan karekter Bill Gates yang bijak, suka bersaing dan bercita-cita tinggi.

2.2. LAMAN WEB HEBAHAN

Bagi sesiapa yang belum mengenali FACEBOOK, mereka perlu tahu yang laman web itu menjadi rebutan mahasiswa Harvard. Kita mesti membuka akaun keahlian yang sangat mudah dilakukan dan percuma bagi meneroka laman web FACEBOOK. Syarat menjadi ahli FACEBOOK ialah berumur tidak kurang darpada 13 tahun. Bagi ahli yang berusia 13 hingga 18 tahun, mereka harus mendaftar di bawah senarai sekolah. Sebelum mendaftar dalam FACEBOOK, ahli baru mesti mempunyai akaun e-mel yang sah dan aktif digunakan. Profile FACEBOOK akan dimiliki hanya dengan membuka akaun dan memasukkan beberapa maklumat seperti maklumat diri, pekerjaan, nama sekolah ataupun institusi pengajian dan tempat tinggal. Kita boleh mencari rakan melalui FACEBOOK dengan pelagai cara. Antaranya adalah mengakses dan bergabung dengan jaringan yang dibahagikan kepada empat kategori, iaitu daerah, atau negara, institusi pengajian, tempat kerja, dan sekolah. Selepas menyertai jaringan itu, kita dapat melihat senarai ahli yang berdaftar dan seterusnya mencari rakan-rakan yang dikenali. Melalui FACEBOOK, kita dapat mencari rakan berdasarkan jantina, status, hubungan, pandangan politik dan kriteria lain. Melalui FACEBOOK juga, kita dapat mencari rakan dengan menggunakan e-mel yang berasaskan laman web yang kita miliki (contohnya e-mel yahoo.com, gmail.com dan sebagainya). Bagi mendapatkan rakan melalui cara ini, kita perlu memberikan alamat dan password e-mel kita kepada FACEBOOK. FACEBOOK kemudiannya menggunakan satu program yang mampu melakukan pencarian melalui daftar alamat e-mel sesorang. Alamat e-mel itu seterusnya dibandingkan dengan daftar ahli FACEBOOK yang ada dalam database laman itu. Sekiranya FACEBOOK dapat mencari e-mel yang sepadan, kita diberi pilihan bagi menjemput individu itu menjadi salah seorang rakan dalam Profile FACEBOOK kita. Melalui Facebook juga, kita dapat mencari individu. Isi nama individu itu di dalam kotak carian dan FACEBOOK akan menyenaraikan profil yang sepadan dengan nama dicari. Bagi mengenali FACEBOOK dengan lebih lanjut, teruskan pembacaan mengenai bahagian laman sosial networking yang paling popular ini.

2.3 PROFILE

Profile ialah halaman yang boleh dilihat oleh semua ahli FACEBOOK apabila mereka ingin melihat profil kita. Profile memaparkan mengenai maklumat kita termasuk perkara-perkara yang kita sukai. FACEBOOK juga dapat memadankan kita dengan individu lain yang mungkin kita ingin hubungi. Padanan ini berdasarkan maklumat tempat kerja, sekolah ataupun kawasan tempat tinggal yang sama. Bagi memudahkan kita mendapat rakan baru ataupun menghubungi kembali rakan lama, FACEBOOK mengumpulkan maklumat mengenai diri kita dan orang lain bagi mencipta jaringan perhubungan yang lebih efektif. Kita dapat menemui bekas rakan sekelas ataupun rakan sekerja yang mempunyai akaun FACEOOK. Begitu juga sebaliknya, ahli FACEBOOK yang lain juga dapat melihat profil kita. Kita juga memilih sama ada menolak permintaan menjadi rakan kita ataupun membuat Privacy Settings (tetapan privasi) supaya pengguna lain tidak dapat menemui Profile kita. Namun begitu, hal ini mengubah tujuan sebenar laman web social networking (jaringan sosial). Antara bahagian Profile yang dapat diubah termasuk: Menu Photo (foto) pada Profile yang boleh diupload Menu Friends (rakan) yang menyenaraikan ahli FACEBOOK yang dijadikan sebagai rakan. Bahagian yang memaparkan maklumat peribadi yang dibenarkan bagi dilihat oleh orang lain. Maklumat ini termasuk tarikh lahir tempat kerja, Institusi pengajian dan minat kita. Mini-Feed yang membolehkan rakan kita mengetahui paparan mengenai setiap perubahan yang kita lakukan pada profile sendiri. Apabila kita mengubah gambar profile ataupun menambah rakan, mini-feed memaparkan berita mengenainya. Bahagian komentar yang dikenali sebagai wall atau dinding, iaitu ruang bagi rakan ataupun ahli lain menulis mesej kepada kita.

Apabila kita mengunjungi Profile rakan ataupun ahli lain yang belum dimodifikasi, kita dapat melihat maklumat dan bahagian yang sama seperti milik kita. Namun begitu, di bahagian bawah gambar Profile mereka, kita boleh boleh melihat beberapa pilihan seperti: Pesanan segera, dalam bentuk aplikasi Facebook IM client (IM: Instant Messenger, mengirim pesanan dengan kadar segera). Menghantar pesanan kepada orang lain, yang mirip seperti e-mel. Pilihan bagi menambah ahli lain sebagai rakan kita. Semasa ahli itu login ke akaun Facebooknya, dia dapat melihat permintaan kita bagi menjadi rakannya dan dia boleh memutuskan sama ada ingin menerima, menolak, ataupun mengabaikan permintaan itu.

Apabila login ke akaun Facebook, halaman homepage peribadi kita akan terpapar. Layout laman web itu merangkumi laman web News Feed yang membolehkan kita mengetahui semua aktiviti rakan-rakan kita pada Profile mereka. Terdapat juga ruangan Updates Status yang mengandungi pemberitahuan menerima mesej, undangan acara (event) dan maklumat mengenai aplikasi yang digunakan oleh rakan yang mungkin kita juga boleh cuba. Melalui homepage Facebook, kita juga dapat memberitahurakan mengenai perasaan ataupun aktiviti yang sedang kita lakukan. Selain itu, terdapat link yang membolehkan kita menjemput orang lain menyertai Facebook. Pemilik bisnes, artis dan tokoh-tokoh terkenal juga dapat membina Profile Facebook yang khusus. Namun begitu, kita mungkin tidak dapat menjadi Friends pemilik akaun tetapi hanya didaftar sebagai Fans. Di samping itu, kita dapat menguruskan Profile Facebook menggunakan pelbagai aplikasi yang disediakan dan ada di antaranya dihasilkan oleh ahli Facebook sendiri.

2.4 NEWS FEED

Pada 6 september 2006, Ruchi Sanghvi (Pengurus Produksi Facebook) mengumumkan satu ciri baru, iaitu News Feed. Sebelum ini, ketika login ke Facebook, pengguna dapat melihat Profile yang diubah sendiri. Namun begitu, dengan adanya News Feed, pengguna dapat melihat kegiatan rakan mereka yang dikemaskinikan secara terus menerus. News Feed mengandungi maklumat ringkas mengenai perubahan Profile, acara yang berlangsung dan peringatan tarikh lahir. Perbualan antara Wall rakan kita dengan rakannya yang lain juga dapat dilihat melalui News Feed. Salah satu daripada bahagian News Feed ialah Mini-Feed yang mempamerkan kegiatan pengguna pada profilnya. Tidak seperti News-Feed, pengguna dapat meluputkan maklumat aktiviti di Mini-Feed supaya pengunjung Profile tidak dapat melihatnya.

News Feed Di peringkat awal, ciri News Feed mendapat kritikan daripada pengguna Facebook Mereka mengatakan News Feed terlalu sesak dan dipenuhi dengan maklumat yang tidak penting. Namun begitu, ada pengguna lain yang merasakan News Feed memudahkan mereka mengtahui aktiviti seperti perubahan status perhubungan, kegiatan dan perbualan pengguna lain. Disebabkan ketidakpuas hati pengguna, Mark Zuckerberg memohon maaf kerana lamanya tidak menyediakan ciri-ciri privasi mengikut keinginana pemilik akaun. Oleh sebab itu, kini para pengguna dapat mengawal apa sahaja jenis maklumat yang dapat dilihat secara automatik oleh

rakan yang lain. Pengguna juga dapat menghalang rakan-rakan daripada melihat pembaharuan maklumat terutamanya yang berkaitan dengan kegiatan peribadi. Bagaimanapun, beberapa aktiviti yang lain masih dapat dilihat. Pada masa hadapan, Facebook mungkin membolehkan pengguna memngawal kekerapan ahli lain dalam melihat maklumat dan membataskan pada rakan-rakan sahaja.

2.5 WALL (DINDING)

Menu Wall atau Dinding terdapat di setiap halaman Profile pengguna. Menu ini membolehkan rakan kita menghantar pesanan ringkas ke Profile kita berserta catatan masa pesanan itu ditulis. Sesiapa sahaja dapat membaca pesanan pada Wall apabila melihat Profile lengkap kita. Setiap maklumat mengenai pesanan pada Wall rakan kita juga pastinya terpapar pada News Feed kita serta rakan-rakan yang lain, dan sebaliknya. Lazimnya, pengguna menggunakan Wall rakan mereka mereka bagi menulis pesanan ringkas yang bersifat peribadi pula selalunya dihantar dalam bentuk Pesanan (Message) dan diterima di ruangan Inbox. Pesanan seperti ini dapat dibaca oleh pengirim dan penerima sahaja. Pada Julai 2007, Pengguna Facebook dapat menghantar lampiran seperti gambar dan video pada Wall. Sebelum ini, pesanan berbentuk teks sahaja yang dapat dihantar di ruangan Wall. Dalam `New Facebook atau penampilan baru Facebook, ruangan Wall digantikan dengan News Feed peribadi dalam format streaming mengenai pemilik akaun. Format baru ini membolehkan rakan-rakan memberikan komen secara berterusan.

2.6 APLIKASI FACEBOOK

Aplikasi dalam Facebook berbeza dengan laman social networking yang lain. Antara aplikasi yang ada dalam Facebook ialah foto (photos), video, kumpulan (Group) acara (Events), pasar (Marketplace), kiriman (Posting), catatan (Notes), dan hadiah (Gifts). Semua aplikasi ini dibangunkan oleh Facebook bagi semua ahlinya. Yang berikut ialah huraian mengenai setiap aplikasi itu.

2.6.1 FOTO (PHOTOS) Photos ialah aplikasi yang paling popular di Facebook yang membolehkan kita upload seberapa banyak foto yang diinginkan. Sekiranya kita memiliki foto yang terdapat ahli Facebook yang lain, kita boleh meletakkan tag atau kata kunci pad nama ahli itu. Apabila kita meletakkan tag, foto itu akan muncul di dalam album kita dan juga pada Profile ahli itu.

Aplikasi Foto

Dalam bulan Mac 2008, Facebook mencatatkan: 1.7 juta pengguna foto 2.2 juta ahli diletakkan tag pada foto mereka. 160 GB sudah digunakan bagi memuatkan foto dengan baki tersedia sebanyak 60 GB lagi. Lebih 60 juta foto diupload pada setiap minggu yang menggunakan memori sebanyak 5GB. Lebih 3 juta foto diakses pada setiap hari. Lebih 100 ribu foto diakses setiap masa pada setiap waktu puncak.

2.6.2 VIDEO Aplikasi video di Facebook hampir sama dengan perkhidmatan YouTube. Setiap ahli Facebook dapat mengupload video dalam hampr semua format. Bagaimanapun, saiz fail video mesti kurang daripada 100 MB ataupun tidak lebih daripada 20 minit. Format setiap video akan diubah sendiri dalam format flash (.flv).

2.6.3 CUIT (POKE) Poke ialah aplikasi yang menunjukkan seolah-olah kita mencuit ataupun mengusik rakan-rakan secara maya. Apabila kita membuat poke kepada ahli lain, Facebook mengirimkan pesanan dan

menyatakan kepadanya yang dia dicuit. Kebanyakkan pengguna menggunakannya sebagai satu cara merayu., tetapi yang sebenarnya cara ini tidak memberikan apa-apa maksud. Poke hanya satu cara berinteraksi secara suka-suka.

Aplikasi Poke

2.6.4 KUMPULAN (GROUP)

Antara Topik Group Aplikasi kumpulan membolehkan kita bergabung dengan ahli lain yang mempunyai minat yang sama. Kita juga boleh membuat kumpulan sendiri. Aplikasi ini sesuai bagi tujuan perbincangan,

pengumuman, aktiviti, dan sebagainya. Aplikasi ini juga digunakan bagi menggabungkan sejumlah pengguna secara online, bertukar-tukar maklumat dan berbincang mengenai topik yang diingini. Biasanya aplikasi ini digunakan oleh kelab, syarikat, dan organisasi, kemasyarakatan yang melibatkan orang awam, karyawan, pemegang saham, pelanggan, dan dan sebagainya. Aplikasi ini biasanya merangkumi ahli yang bergabung, berita terkini, panel perbincangan, Wall, foto, mesej, dan video yang boleh dikomen.

2.6.5 ACARA (EVENTS) Menu acara membolehkan kita menjemput rakan supaya menyertai perjumpaan ataupun acara lain yang dirancang. Dalam aplikasi ini, kita perlu menyatakan nama acara, kata kunci, penganjur, jenis acara, keterangan, waktu mula dan selesai, lokasi dan senarai tetamu yang diundang. Acara boleh dijalankan secara terbuka, tertutup ataupun rahsia. Ketika menyusun menu acara, pengguna boleh memilih bagi membenarkan rakan mengupload foto, video ataupun membuat kiriman lain.

Mencipta Acara

2.6.6 PASAR (MARKETPLACE) Aplikasi ini ialah sistem jual beli secara online seperti e-bay dan Craigslist. Ciri ini membolehkan ahli berhubung dengan orang lain yang inigin membeli ataupun menjual barangan. Semua transaksi antara ahli berlaku secara langsung dan Facebook bertindak sebagai penyelaras tetapi tidak terlibat dalam aktiviti jualan.

Aplikasi Marketplace Aplikasi ini mula diperkenalkan pada Mei 2007 dengan pelbagai kategori jualan seperti perumahan, iklan jawatan kosong dan sebagainya. Pengguna boleh menyertakan ciri barang yang dijual ataupn barang yang dicari 2.6.7 KIRIMAN (POST

Aplikasi Kiriman

Aplikasi ini dapat digunakan bagi mengirim video, lagu , foto dan sebagainya yang ada di laman lain ke laman Profile kita. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan hanya memasukkan URL atau alamat laman web ke ruangan kiriman Facebook. Selepas itu, thumbnail atau gambar kecil muncul pada Profile Facebook kita dalam bentuk hyperlink. Rakan-rakan kita juga dapat terus mengunjungi laman web dengan hanya mengklik pada thumbnail itu.

2.6.8 CATATAN (NOTES) Aplikasi nota berfungsi sama ada seperti buku catatan harian dan kita dapat menulis nota, meletakkan foto atau menyertakan fail lain pada laman web ini. Sebarang nota yang dibuat disini dapat ada dibaca dalam oleh rakan-rakan yang

jaringan.

Antara Aplikasi Catatan

2.6.9 HADIAH (GIFTS) Melalui aplikasi ini, kita dapat mengirim hadiah sebenar kepada ahli lain dalam bentuk ikon kecil. Terdapat banyak pilihan hadiah hasil ciptaan Susan Kare yang dicipta bagi sistem komputer Macintosh asli. Pemberian hadiah pertama adalah percuma tetapi pemberian

seterusnya dikenakan bayaran sebanyak USD 1 dan perlu dibayar melalui kad kredit (Facebook tidak menerima banyara melalui PayPal). Facebook kemudiannya menyumbangkan hasil penjualan hadiah itu kepada organisasi amal. Di samping itu, kita boleh memilih sama ada memberikan hadiah secara peribadi ataupun umum dan boleh menyertakan pesanan bersama dengan hadiah yang dipilih. Aplikasi ini diperkenalkan pada Febuari 2007. Hadiah yang diberikan secara umum tentunya muncul di Wall pertama berserta pesanannya. Berlainan pula dengan hadiah yang diberikan secara peribadi yang nama pengirim dan pesanannya tidak dapat dilihat oleh pengguna lain. Semua hadiah yang diterima, ditampal pada `kotak hadiah yang terletak di sebelah kanan atas Wall. Hadiah ditandakan dengan nama depan pengirim (bagi hadiah secara umum). Namun begitu, kita juga boleh mengirim dengan merahsiakan nama melalui tanda Anonymous. Dalam keadaan ini, pengguna lain yang dapat melihat Profile penerima hadiah, juga dapat melihat hadiahnya tetapi hanya penerima hadiah sahaja dapat membaca pesanannya.

Pelbagai hadiah yang ditawarkan di Facebook

Pada November 2008, Facebook mengubah konsep USD1 bagi setiap hadiah kepada konsep pembayaran mikro, iaitu dengan 100 poin yang bersamaan dengan nilai USD1. Melalui poin itu, Facebook mengembangkan jenis hadiah yang sedia ada pada masa hadapan. Facebook juga kerap membangunkan aplikasi baru daripada ahlinya. Semakin mendalami Facebook, kita dapat mencari ratusan aplikasi yang menarik pada laman ini. Kebanyakan aplikasi baru juga dicipta sendiri oleh ahli Facebook.

Kebanyakkan laman web social networking memberikan akses yang terhad bagi pengguna dalam Application Programming Interface (API) yang membolehkan pengguna mengembangkan aplikasi dengan hosting laman web itu sebagai pihak ketiga. Namun begitu, sebahagiannya tidak menonjolkan aktiviti ciptaan penggunanya. Dalam Facebook, aplikasi yang dicipta oleh pihak ketiga dapat memberikan perubahan yang drastik pada laman web, termasuk pada Profile kita. Kita dapat mengubah Profile yang sederhana menjadi lama web yang menarik dengan video, ulasan produk dan permaianan sebenar. Namun yang demikian, Profile kita juga beroperasi menjadi sesak sekiranya terlalu banyak aplikasi diaktifkan. Aplikasi yang terlalu banyak juga menyebabkan laman web susah ditemui dan pengunjung gagal menemui navigasi laman web.

2.7 DATA DAN FAKTA FACEBOOK

Walaupun syarikat Facebook bermula sebagai sebuah projek sekumpulan mahasiswa Harvard, namun kini syarikat ini beribu pejabat di Palo Alto, California selain di New York. Facebook kini mempunyai lebih dari 350 pekerja yang menerima pelbagai insentif menarik seperti: Faedah perubatan, rawatn pergigian dan penjagaan kesihatan tanpa had. Tabung pencen daripada sebahagian gaji bakal pesara. Pelepasan hiburan selama empat minggu dan lapan hari aktiviti hiburan syarikat setiap tahun. Sarapan, makan tengah hari, dan makan malam percuma setiap hari. Khidmat cucian pakaian dan layanan dobi. Piliha memiliki sebuah IBM Thinkpad ataupun Apple MacBook Pro.

Populariti Facebook semakin meningkat dari semasa ke semasa dan syarikat ini mendakwa mereka memilih lebih 57 juta ahli aktif (pengguna yang login dalam masa 30 hari terakhir). Sejak Januari 2007, pendaftar Facebook setiap hari adalah seramai 250 ribu orang. Facebook

turut menyatakan jumlah pengguna aktif bertambah dua kali ganda setiap enam bulan. Pemilik akaun Facebook terbesar adalah dari Amerika, diikuti Kanada dan Britain. Facebook juga mendakwa mereka adalah laman web nombor satu antara laman web yang menyediakan layanan pertukaran gambar di internet selain menduduki tempat kedua, ketiga dan keempat pada waktu puncak. Andainya dilihat pada jumlah foto, boleh dikatakan Facebook menerima lebih 14 juta foto yang diupload setiap hari. Jumlah ini di jangka terus meningkat kerana tiada had jumlah foto yang boleh diupload oleh ahli Facebook. Sejak Jun 2007, ketika pertama kali Facebook membenarkan pencipta aplikasi memuatkan aplikasi dan program di Facebook, lebih 7000 program dan aplikasi dimasukkan dalam platformya. Setiap hari, pencipta aplikasi memperkenalkan lebih 100 aplikasi yang berbeza. Facebook mengatakan lebih 80 peratus ahlinya menggunakan sekurang-kurangnya satu aplikasi ciptaan pihak ketiga ini. Facebook memerlukan memori penyimpanan yang sangat besar sama ada secara fizikal ataupun digital kerana populariti dan pengguna yang mengaksesnya sangat ramai Menurut salah seorang pekerja Facebook, syarikat ini bergantung pada lebih 200 server memcached bagi proses operasi dn masih banyak bagi aktiviti pembangunan. Memcached ialah singkatan kepada memory caching, iaitu kaedah penyimpanan data sementara. Server memcached menyimpan sementara maklumat dalam memori server, seterusnya mengurangkan tugas database bagi mencari maklumat. Facebook juga menggunakan server standard bagi operasi dan pemantauan semasa server Facebook turut menyewa satu ruang besar bagi penyimpanan server. Pada 2007, Facebok menandatangani satu perjanjian bersama dengan Dupont Fabros Technology (DTF) bagi menyewa 100 ribu kaki persegi pusat penyimpanan di Ashburn, Virginia. Bagaimanakah cara Facebook membiayai kesemua ini? Penghasilan beberapa pendapatan melalui jualan iklan pada web membolehkan mereka memperoleh sebahagian pembiayaannya. Bagaimanapun, sebahagian besar dananya datang adalah daripada pelabur swasta. Menurut Facebook, mereka menerima dana lebih USD40 juta sejak Facebook dilancarkan pada 2004.

Pejabat Facebook

BAB 3 : REVOLUSI FACEBOOK , YOU TUBE , ADDTHIS DAN TWITTER

3.1 REVOLUSI FACEBOOK

Facebook bukan sekadar berdiri di atas kemampuanya dan berevolusi sendiri, tetapi Facebook juga merangsang perubahan total kepada aplikasi-aplikasi lain yang sedia ada. Pengenlan facebook ke dunia internet merevolusikan penggunaan apalikasi lain yang diperkenalkan sebelum ini. Aplikasi laman social dan ejin carian lain telah mengintegrasikan system yang sedia ada supaya pengguna facebook secara langsung menggunakan system mereka. Konsep jiran maya dalam pembangunan aplikasi di dunia internet adalah solan yang perlu dijawab oleh pembangun system. Teorinya, aplikasi yang sedia ada perlu dijawab oleh pembangun sistem. Teorinya, aplikasi yang sedia ada perlu berkembang jika ia mahu kelihatan relevan kepada pengguna baru dan pengguna sedia ada.

Yahoo-Facebook

Enjin carian Yahoo melakukan perubahan besar-besaran ke atas feature (paparan) mereka. Mereka menambah aplikasi sosial dalam paparan utama yahoo dan Facebook adalah salah satu apalikasi sosial yang disenaraikan bagi memudahkan pengguna sedia ada.

ENJIN CARIAN YAHOO

Andainya kita sedang mencari informasi individu menggunakan Yahoo, isikan teks carian pada kotak dan klik butang Web Search. Yahoo memberi semua hasil cariaan daripada teks yang dimasukkan daripada blog, laman web, forum komuniti dan beberapa sumber lain. Pengguna Yahoo dapat menapis hasil carian mereka dengan memfokuskan kepada laman tertentu.

Isikan teks cariaan pada kotak dan klik butang Web Search.

Klik pada fungsi di sebelah kiri hasil cariaan Yahoo. Ia mengasingkan semua hasil cariaan. Sejumlah 43,000 hasil cariaan perkataan yang tersenarai akan berkurangan. Hasil carian melalui Facebook menunjukkan hanya ada 32 pautan atau klik yang dikesan oleh Yahoo. System Facebook juga diintegrasikan terus kepada hasil carian. Kita dapat menambah rakan, menghantar mesej dan melihat senarai rakan individu yang ditemui melalui hasil cariaan Yahoo.

3.2 Youtube Facebook

YouTube mempengaruhi gelagat pembelian pelanggan. Ia member kesan kepada emosi pembeli, mencetuskan keinginan dan mendorong lebih banyak jualan dari satu siaran video yang tidak melebihi sepuluh minit. Hari ini, YouTube mempunyai 70 kakitangan. Bermula daripada gabungan idea Chad Hurley, Steven Chen dan Jawed Karim. YouTube sendiri diperkenalakan kepada khalayak dengan tujuan akhirnya, iaitu mencipta peluang kepada pengguna.

Bermula pada 15 Febuari 2005, ketiga-tiga mereka bekerjasama menggabungkan tiga kemahiran yang berbeza. Pada Disember 2005, YouTube diperkenalkan dalam dunia internet kepada seluruh dunia secara rasmi. Ia memperkenalkan satu perkhidmatan percuma iaitu membuat turun, menonton dan berkongsi video. Semua ini dilakukan oleh mereka yang mengunjungi YouTube. YouTube dikategorikan sebagai salah satu daripada sepuluh laman web yang berkembang paling pesat dalam dunia internet. Ini menarik perhatian Google sehingga YouTube dibeli pada harga US$ 1.65 dalam bentuk saham.

Aplikasi Facebook dalam cariaan YouTube.

Dilihat dari konteks perniagaan, kaji selidik mengesahkan bakal pelanggan akan menonton video jualan di internet. Menurut buku buat Duit dengan YouTube, pada tahun 2006, DoubleClik menjalankan kajian ini dan dapatan mereka menunjukkan dua pertiga bahgiaan video jualan ditonton oleh pengguna internet, Pelayar internet menekan butang play pada video jualan dua kali ganda berbanding iklan berbentuk imej dan perkataan, Kadar pengguna internet menekan butang play pada video jualan adalah empat hingga lima kali lebih tinggi berbanding iklan dalam bentuk imej dan perkataan dan peratusan tinggi . Pengguna internet memberi respon kepada iklan dalam bentuk video. Ini dilihat melalui gelagat mereka menggunakan mouse dan panel kawalan pada video jualan itu. Keadaan ini mendorong kepada pengenalan fungsi Facebook pada YouTube. Aplikasi Facebook pada YouTube dapat digunakan seperti berikut.

Aplikasi Facebook pada YouTube.

Carian kata kunci dilakukan pada laman web video YouTube dan hasil carian akan tersenarai. YouTube akan menyenaraikan video yang mempunyai kata kunci itu.

Pada video pilihan yang tertera di YouTube, aplikasi share yang terletak di bawah video memberi kita senarai aplikasi sosial lain yang diintegrasi bersama system YouTube. Fungsi Share ini disenaraikan bersama-sama fungsi lain seperti favourite, share dan flag.

YouTube juga memudahkan para pengguna menghebahkan sebarang aktiviti mereka di YouTube. Mereka memperkenalkan fungsi Autoshare bagi memudahkan informasi itu diupload. Ini termasuk aktiviti memuat turun video dan melanggan atau Subscribe pada video di YouTube. Fungsi Autoshare di bawah video pilihan. Bagi mengaktifkan fungsi Autoshare, klik butang itu dan kita akan dibawa ke pop-up lain. My account akan muncul selepas itu dan pilih sharing dalam senarai yang diberikan.

3.3 AddThis- Facebook

AddThis adalah aplikasi tambahan yang membantu menaikkan jumlah pengunjung laman web dan blig melalui kaedah perkongsian informasi. Informasi pada laman web dan blog disebarkan melalui fungsi aplikasi sosial lain. Facebook adalah salah satu daripada aplikasi sosial yang tersenarai di AddThis. AddThis berfungsi pada laman web, system blog Wordpress, Blogger, Typepad, Tumbir, e-mail dan laman sosial MySpace. Satu ikon khas dinamakan Share diberikan kepada pengguna bagi diletakkan pada laman web dan blog. Dengan mengklik ikon itu, pengguna dapat berkongsi informasi laman web dan blog kepada sosial lain. Sebagaimana fungsi share pada YouTube, kaedah penggunaan adalah sama. Perbezaannya adalah, pengguna perlu meletakkan kod HTML pada laman web dan blog. Pada laman web AddThis, klik Get Your Button. Kemudian isikan senarai pilihan yang diberikan. Kemudian, pilih bentuk ikon yang ingin dipaparkan., Masukkan laman web atau blog yang berkaitan. Selepas itu, kita diberi dua pilihan, sama ada ingin mendapatkan kod bagi diupload pada laman web dan blog ataupun mahu mendapatkan laporan analtikal daripada AddThis. Kemudian klik Get the Code. AddThis akan menunjukkan langkah demi langkah bagi memudahkan pengguna. Setiap aplikasi mempunyai arahan yang berbeza. Sebagai contoh, AddThis membantu pengguna Blogger meletakkan kod itu pada bahagian sidebar mereka. Kedudukan ikon share akan berada di sebelah kanan pada bahagian sidebar blog pengguna. Bagi pengguna ikon share pada laman web, kod HTML yang diberi perlu disalin dan diletak pada laman web pada kedudukan yang dirasakan sesuai oleh pengguna.

3.4 Twitter- FacebookTwitter adalah aplikasi sosial paling ringkas dan menjadi kegilaan pengguna. Ia adalah akses komunikasi ringkas menggunakan teks semata-mata dalam jumlah aksara yang terhad iaitu 140 aksara. Mereka yang mendaftar ke akaun Twitter berpeluang mengikut informasi terkini daripada rakan twitter yang lain. Twitter bertindak sebagai alat komunikasi ringkas yang melibatkan apa jua topik. Ia bermula dengan pertayaan, Apa yang sedang kita lakukan? Sebagai pencetus kepada dialog maya melalui Twitter. Aplikasi ini dibangunkan sebagai cara menapis maklumat. Aplikasi Facebook diintegrasi bersama Twitter. Apabila pengguna Twitter mengemaskini status mereka, ia secara automatic terpapar pada status di akaun Facebook. Tetapi ketika ini, fungsi status Twitter hanya boleh diaktifkan melalui Facebook page. Ia boleh diaktifkan dengan mengklik Ads and Page yang terletak pada bahagiaan bawah Profile. Fungsi Facebook Page biasanya digunakan bagi mengumpul pengguna Facebook yang mewakili pertubuhan, perniagaan, kelab, ataupun persatuan. Melalui fungsi Facebook Page, pengendali mudah menghantar sebarang maklumat hanya dengan satu klik sahaja menggunakan fungsi Send and Update to Fans dan tidak ada had jumlah individu yang mentertai Facebook Page.

BAB 4 : LAPORAN DAN ANALISIS

4.1 : ANALISIS RESPONDEN Seramai 279 responden yang terdiri daripada mahasiswa KIPSAS dapat kita lihat pecahan mengikut diploma berdasarkan jadual 4.1 dibawah .DIPLOMA LELAKI PEREMPUAN JUMLAH RESPONDEN PERATUS INTERNET DAN MULTIMEDIA 10 5 15 5.38 PENGURUSAN MUAMALAT 5 0 5 1.79 BAHASA ARAB KOMUNIKASI 4 1 5 1.79 BAHASA ARAB TAMADUN ISLAM 2 3 5 1.79 KEWANGAN DAN PERBANKAN 7 8 15 5.38 PENGURUSAN PERNIAGAAN 11 7 18 6.45 PENGURUSAN KEWANGAN ISLAM 9 10 19 6.81 PENGURUSAN PEMASARAN 2 3 5 1.79 PERAKAUNAN 9 1 10 3.58 PENGAJIAN MEDIA ISLAM 6 6 12 4.30 SYARIAH DAN UNDANG - UNDANG 56 31 87 31.18 DAKWAH DAN PENGURUSAN 55 28 83 29.75 JUMLAH 176 103 279 100.00 PERATUSAN 63.08 36.92 100

JADUAL 4.1.1: JUMLAH RESPONDEN MENGIKUT JABATAN

Sales5% 2% 30% 2% 2% 5%

INTERNET DAN MULTIMEDIA PENGURUSAN MUAMALAT BAHASA ARAB KOMUNIKASI BAHASA ARAB TAMADUN ISLAM KEWANGAN DAN PERBANKAN 6% 7% PENGURUSAN PERNIAGAAN PENGURUSAN KEWANGAN ISLAM PENGURUSAN PEMASARAN PERAKAUNAN PENGAJIAN MEDIA ISLAM SYARIAH DAN UNDANG UNDANG DAKWAH DAN PENGURUSAN

2% 4% SYARIAH DAN UNDANG UNDANG, 31% 4%

RAJAH 4.1.2 : GRAF BILANGAN RESPONDEN MENGIKUT DIPLOMA

GRAF PECAHAN RESPONDEN MENGIKUT JANTINA

37%LELAKI PEREMPUAN

63%

RAJAH 4.1.3 : PECAHAN RESPONDEN MENGIKUT JANTINA

Berdasarkan rajah 4.1.2 , kebanyakan responden terdiri daripada Diploma Syariah dan Undang-undang dan Diploma Dakwah dan Pengurusan . Diploma Syariah dan Undang-Undang mewakili 31% daripada keseluruhan responden dan 30% bagi Diploma Dakwah dan Pengurusan . Peratusan responden paling kecil adalah bagi Diploma Pengurusan Muamalat , Diploma Bahasa Arab Komunikasi , Diploma Bahasa Arab dan Tamadun Islam dan Diploma Pengurusan Muamalat yang hanya mewakili 2% daripada keseluruhan responden masing masing . Jumlah responden kebanyakan terdiri daripada Diploma Syariah dan Undang-Undang dan Diploma Dakwah dan Pengurusan kerana kedua dua diploma ini mempunyai antara mahasiswa yang paling ramai di KIPSAS . Berdasarkan rajah 4.1.3 pula dapt dilihat 63% responden terdiri daripada mahasiswa manakala 37% terdiri daripada mahasiswi . Melalui carta pai ini boleh dibuat kesimpulan awal bahawa mahasiswa lebih banyak mennggunakan Facebook berbanding dengan mahasiswi .

4.2 ANALISIS MENGIKUT SOALAN SOALAN 1 : FACEBOOK

SOALAN 1 ADA FB TIADA FB JUMLAH BILANGAN RESPONSEN 268 11 279 PERATUSAN 96.06 3.94 100.00

JADUAL 4.2.1 : RESPONDEN YANG MEMPUNYAI FACEBOOK

PERATUSAN RESPONDEN YANG MEMPUNYAI FACEBOOK

3.94

ADA FB TIADA FB

96.06RAJAH 4.2.1 : PERATUSAN RESPONDEN YANG MEMPUNYAI FACEBOOK Berdasarkan rajah diatas , kebanyakan mahasiswa KIPSAS yang mewakili 96.06% peratus mempunyai akaun Facebook berbanding 3.94% yang tidak mempunyai akaun facebook . Peratus diatas menunjukkan bahawa hampir semua mahasiswa KIPSAS mempunyai facebook adalah benar bukan sekadar dongengan semata-mata . Peratusan ini juga menunjukkan fenomena facebook yang terjadi diseluruh dunia , tempias turut berada di KIPSAS.

SOALAN 2 :JUMLAH AKAUN YANG DIAKTIFKAN

SOALAN 2 1 AKAUN LEBIH DARI 1 JUMLAH JUMLAH 240 28 268 PERATUSAN 89.55 10.45 100

JADUAL 4.2.2 : JUMLAH AKAUAN YANG DIAKTIFKAN

10%

1 AKAUN LEBIH DARI SATU

90%RAJAH 4.2.2 : PERATUSAN JUMLAH AKAUN YANG DIAKTIFKAN Rajah diatas menunjukkan kebanyakan mahasiswa KIPSAS mempunyai hanya 1 akaun facebook , yang mewakili 90% daripada keseluruhan responden selebihnya iaitu 10% yang mempunyai lebih dari satu akaun . Kebanyakkan yang mempunyai lebih dari satu akaun kerana satu akaun dikhaskan untuk umum dan akaun lain dikhaskan untuk peribadi dimana ia lebih tertutup.

SOALAN 3 :FAKTOR YANG MEMPENGARUHI UNTUK MENGAKTIFKAN FB

SOALAN 3 KAWAN-KAWAN MEDIA MASSA LAIN-LAIN KAWAN + MEDIA MEDIA + LAIN KAWAN + LAIN SEMUA JUMLAH JUMLAH RESPONDEN 123 80 34 23 3 3 2 268 PERATUSAN 45.90 29.85 12.69 8.58 1.12 1.12 0.75 100.00

JADUAL 4.2.3 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI UNTUK MENGAKTIFKAN FACEBOOK

1% 8% 1% 1% KAWAN-KAWAN MEDIA MASSA 13% 46% KAWAN-KAWAN + MEDIA MASSA MEDIA MASSA DAN LAIN-LAIN KAWAN-KAWAN DAN LAIN-LAIN 30% SEMUA LAIN-LAIN

RAJAH 4.2.3 :PERATUSAN FAKTOR YANG MEMENGARUHI UNTUK MENGAKTIFKAN FACEBOOK Berdasarkan rajah diatas . kebanyakkan mahasiswa KIPSAS mengaktifkan akaun facebook disebabkan oleh pengaruh kawan yang mewakili sebanyak 46% . Jadi disini kita boleh lihat peranan kawan-kawan amat penting bagi menjebakkan mahasiswa KIPSAS untuk mengaktifkan facebook yang mempunyai kebaikkan dan tidak kurang dengan keburukkanya .

SOALAN 4 :APAKAH FAKTOR MELAYARI FACEBOOK

SOALAN 4 MASA LAPANG MENCARI KAWAN BERDAKWAH LAIN-LAIN LAPANG + KAWAN JUMLAH 108 40 40 21 13 PERUTUSAN 40.30 14.93 14.93 7.84 4.85

KAWAN + DAKWAH 7 2.61

DAKWAH + LAIN LAPANG + DAKWAH + KAWAN LAPANG +DAKWAH LAPANG + DAKWAH + LAIN LAPANG + LAIN 2 20 11 1 1 0.75 7.46 4.10 0.37 0.37

KAWAN +DAKWAH + LAIN SEMUA 1 4 0.37 1.49

JADUAL 4.2.4 : FAKTOR MELAYARI FACEBOOK

0% 1% 4% 1% 5% 8% 8%

0% 2%

MASA LAPANG MENCARI KAWAN BERDAKWAH LAIN-LAIN LAPANG + KAWAN

41%

DAKWAH + LAIN LAPANG +DAKWAH + KAWAN LAPANG + DAKWAH LAPANG + DAKWAH + LAIN

15% 15%

LAPANG + LAIN KAWAN +DAKWAH + LAIN SEMUA

RAJAH 4.2.4 :PERATUSAN FAKTOR MELAYARI FACEBOOK

SOALAN 5 : JUMLAH RAKAN DIDALAM AKAUN FACEBOOK

SOALAN 5 100 KEBAWAH 500 KEBAWAH 1000 KEBAWAH 1000 KEATAS JUMLAH JUMLAH 34 87 71 76 268 PERATUSAN 12.69 32.46 26.49 28.36 100

JADUAL 4.2.5 : JUMLAH RAKAN DALAM AKAUN FACEBOOK

13% 28%100 KEBAWAH 500 KEBAWAH 100O KEBAWAH

32%

1000 KEATAS

27%RAJAH 4.2.5 :PERATUS KAWAN DALAM AKAUN FACEBOOK Rajah diatas menunjukkan bahawa kebanyakkan Mahasiswa KIPSAS mempunyai rakan dalam akaun facebook bersamaan 500 ataupun kurang daripada 500 . Namun begitu peratusan mahasiswa yamg mempunyai rakan 1000 kebawah dan 1000 keatas masing-masing mewakili 27% peratus dan 28% . Jika kedua dua peratusan ini digabung ia akan membentukan lebih dari 50% . Jadi dapat dinafikan bahawa kebanyakan mahasiswa KIPSAS mempunyai rakan 500 kebawah .

SOALAN 6 :DURASI MEMBUKA FACEBOOK UNTUK SATU SESI

SOALAN 6 10 MINIT 30 MINIT 1 JAM LEBIH 1 JAM JUMLAH JUMLAH RESPONDEN 59 65 71 73 268 PERATUSAN 22.01 24.25 26.49 27.24 100.00

JADUAL 4.2 6 : DURASI MEMBUKA FACEBOOK UNTUK SATU SESI

Sales27% 22%10 MINIT 30 MINIT 1 JAM LEBIH 1 JAM

24% 27%RAJAH 4.2.6 : PERATUSAN DURASI MEMBUKA FACEBOOK MENGIKUT DURASI Berdasarkan rajah dan jadual diatas . kebanyakkan mahasiswa KIPSAS menghabiskan 1jam keatas untuk melayari facebook berbanding mahasiswa yang melayari facebook dalam jangka masa 10 minit kebawah yang hanya mewakili 22% . Berdasarkan hasil pemerhatian , kebanyakkan yang melayari facebook 10 minit kebawah disebabkan hanya ingin memeriksa mesej dan tidak tertarik dengan lama web ini .

SOALAN 7 :FAKTOR PENYEBAB CENDERUNG MENGGUNAKAN FACEBOOK

SOALAN 7 MASA LAPANGBORING CARI KENALAN LAIN-LAIN MASA LAPANG + BORING BORING + KENALAN JUMLAH 85 103 29 22 9 3 PERATUSAN 31.72 38.43 10.82 8.21 3.36 1.12

MASA LAPANG + BORING +CARI KENALAN MASA LAPANG + LAIN - LAIN MASA LAPANG + CARI KENALAN 11 4 3 4.10 1.49 1.12

CARI KENALAN + LAIN -LAIN MASA LAPANG + BORING + LAIN-LAIN SEMUA 2 1 3 0.75 0.37 1.12

JADUAL 4.2.7 : FAKTOR PENYEBAB CENDERUNG UNTUK MENGGUNAKAN FACEBOOKMASA LAPANG

1% 1% 1% 3% 1% 4%

0% 1%

BORING CARI KENALAN LAIN-LAIN MASA LAPANG + BORING

8%

31%

BORING + KENALAN MASA LAPANG + BORING +CARI KENALAN MASA LAPANG + LAIN -LAIN MASA LAPANG + CARI KENALAN CARI KENALAN + LAIN-LAIN

11%

38%

MASA LAPANG + BORING +LAIN LAIN SEMUA

RAJAH 4.2.7 : PERATUSAN FAKTOR PENYEBAB UNTUK MENGGUNAKAN FB

SOALAN 8 : KEKERAPAN MEMBUKA FACEBOOKSOALAN 8 HARI MINGGU BULAN TAHUN HARI + MINGGU MINGGU + BULAN JUMLAH 143 95 18 7 4 1 PERATUSAN 53.36 35.45 6.72 2.61 1.49 0.37

JADUAL 4.2.8 : KEKERAPAN MEMBUKA FACEBOOK

2% 3% 7% 0%

HARI MINGGU BULAN

53% 35%

TAHUN HARI + MINGGU MINGGU + BULAN

RAJAH 4.2.8 : PERATUSAN KEKERAPAN MEMBUKA FACEBOOK Kekerapan mahasiswa KIPSAS membuka faebook boleh kita lihat diatas . Kebanyakkan mahasiswa KIPSAS melayari facebook setiap hari paling kurang pun sekali sehari . Tetapi terdapat juga mahasiswa yang membuka facebook hingga 4 kali sehari , Ia mewakili 53% . Terdapat juga mahasiswa yang membuka akaun facebook sekali sebulan malah ada yang setahun sekali yang mewakili 0.37 % .

SOALAN 9: WAKTU MEMBUKA FACEBOOKSOALAN 9 PAGI PETANG MALAM PAGI + PETANG PETANG+ MALAM SEMUA JUMLAH 9 31 175 2 11 40 PERATUSAN 3.36 11.57 65.30 0.75 4.10 14.93

JADUAL 4.2.9 : WAKTU MEMBUKA FACEBOOK

15% 4% 1%

3%

12%PAGI PETANG MALAM PAGI + PETANG PETANG + MALAM SEMUA

65%RAJAH 4.2.9 : PERATUSAN WAKTU MEMBUKA FACEBOOK Mahasiswa KIPSAS majority membuka facebook pada waktu malam berdasarkan rajah diatas . Ia mewakili sebanyak 65% yang melebihi 50% peratus . Dapat dilihat , mahasiswa perlu membahagikan masa untuk belajar dan melayari facebook dengan baik agar tidak member kesan terhadap pelajaran . Peratusan paling rendah ialah 1% dimana mahasiswa membuka facebook pada waktu pagi dan petang . Ia mewakili kelompok mahasiswa yang sangat kecil .

SOALAN 10 : LOKASI MELAYARI LAMAN WEB FACEBOOKSOALAN 10 RUMAH ASRAMA PERPUSTAKAAN LAIN-LAIN RUMAH + ASRAMA RUMAH + LAIN-LAIN JUMLAH 32 159 1 19 47 1 PERATUSAN 11.94 59.33 0.37 7.09 17.54 0.37

RUMAH + ASRAMA + PERPUSTAKAANRUMAH + ASRAMA + LAIN-LAIN ASRAMA +PERPUSTAKAAN +LAIN-LAIN 3 5 1 1.12 1.87 0.37

JADUAL 4.2.10 : LOKASI MELAYARI LAMAN WEB FACEBOOK

0%18%

12%RUMAH

7% 1%

ASRAMA PERPUSTAKAAN LAIN-LAIN RUMAH + ASRAMA RUMAH +LAIN-LAIN

62%RAJAH 4.2.10 : PERATUSAN LOKASI MALAYARI LAM WEB FACEBOOK Lokasi untuk melayari facebook mestilah mempunyai perkhidmatan internet yang tetap . Berdasarkan rajah diatas , 62% mahasiswa KIPSAS melayari facebook diasrama . Ini adalah disebabkan asrama kampus mempunyai perkhidmatan internet yang tetap . Berbanding rumah , tidak semua pelajar mampu untuk membeli perkhidmatan internet kerana kos yang mahal .

BAB 5 : KESIMPULAN

Berdasarkan Kajian Penggunaan Facebook dikalangan pelajar KIPSAS terdapat bayak perkara yang dapat dirumuskan daripada analisis kajian ini . Paling utama ialah 96.06% Mahasiswa KIPSAS mempunyai facebook dan boleh dirumuskanhampir 100% ada facebook Cuma sebilangan sahaja yang tidak mempunyai facebook . Dari peratusan itu , Cuma 10% yang mempunyai lebih dari satu akaun manakala 90% hanya mempunyai satu akaun. Faktor penyebab utama mereka mengaktifkan facebook adalah disebabkan oleh pengaruh kawan-kawan disekitar yang mewakili 45.90% . Kawan merupakan pengaruh yang kuat bukan sahaja untuk facebook malah bermacam macam lagi . Melayari facebook dikalangan mahasiswa KIPSAS adalah disebabkan bagi mengisi masa terluang dan lapang mereka . Ini bagi mengelak mereka dari melakukan aktiviti yang tidak mendatangkan manfaat kepada mereka . Kebanyakan pengguna facebook dalam kalangan mahasiswa KIPSAS mempunyai rakan facebook bersamaan 500 atau kurang daripada 500 . Mereka menghabiskan lebih daripada sejam untuk melayari facebook setiap hari malahan ada yang melayari sehingga 4 kali sehari . Waktu utama bagi mahasiswa ini melayari laman web itu adalah waktu malam dimana malam mahasiswa tiada kuliah dan itulah masa paling senggang . Lokasi popular untuk melayari Facebook ini adlah di asrama KIPSAS kerana terdapatnya perkhidmatan internet yang tetap . Jadi dapat saya simpulkan disini , facebook merupakan antara aktiviti yang wajib bagi mahasiswa KIPSAS dimana ia merupakan salah satu untuk mencari kenalan yang baik tidak mengira lokasi mahupun tempat .

BIBLIOGRAFI Tony hendroyono . 14 September 2009 . Cerita Betul Facebook. PTS Consultants Sdn. Bhd Ahmad Fadzli Fauzi, Hanifah Sazali. 23 Apr 2009. Internet Marketing dengan Facebook, Myspace dan Twitter. PTS Consultants Sdn. Bhd. Yudhi Herwibowo. 5 Feb 2010. Di Sebalik Tabir YouTube. PTS Consultants Sdn. Bhd. Laman Web : https://www.checkfacebook.com