komunikasi

3
Komunikasi juga memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia untuk meminta orang lain berubah atau meminta pertolongan daripada orang lain dan kemahiran ini memerlukan ssorang itu menguasai kemahiran berkomunikasi dengan baik. Kesilapan dalam komunikasi boleh mengancam atau menggugat perhubungan negara bangsa. Kesilapan ini merangkumi aspek makna, kaedah atau cara mesej dihantar, tafsiran penerima, kefahaman antara penghantar dan menerima dan kesediaan penerima untuk mencerap mesej. Ini adalah kerana komunikasi seperti senjata yang mempunyai dua mata. Jika salah di tafsir atau dihantar, ia akan memberi maksud yang berbeza. Perkara ini menjadi lebih serius jika ia berlaku dalam sesebuah organisasi dan dilakukan oleh pemimpin. Sebagai alat kawalan Organisasi mempunyai kuasa hierarki, panduan dan tatacara yang perlu dipatuhi oleh pekerja Komunikasi membantu mengawal tingkah laku ahli-ahli Contoh: Proses komunikasi wujud sebagai alat kawalan apabila pekerja terpaksa merujuk kepada senarai tugas yang telah ditetapkan oleh organisasi semasa dia membuat bantahan tentang tugasnya 2. Tujuan sosialisasi Melalui komunikasi, ahli organisasi dapat berinteraksi antara satu sama lain Perasaan kekitaan dan semangat kerjasama akan dipupuk di kalangan ahli organisasi Secara tidak langsung, kecekapan dan keberkesanan kerja ahli dapat dipertingkatkan 3. Sebagai dorongan Komunikasi membantu pengurus menjelaskan kepada pekerja tindakan yang harus diambil, prestasi yang perlu ditunjuk dan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi

Upload: rosni-salleh

Post on 08-Nov-2015

20 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Komunikasi

TRANSCRIPT

Komunikasi juga memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia untuk meminta orang lain berubah atau meminta pertolongan daripada orang lain dan kemahiran ini memerlukan ssorang itu menguasai kemahiran berkomunikasi dengan baik.

Kesilapan dalam komunikasi boleh mengancam atau menggugat perhubungan negara bangsa. Kesilapan ini merangkumi aspek makna, kaedah atau cara mesej dihantar, tafsiran penerima, kefahaman antara penghantar dan menerima dan kesediaan penerima untuk mencerap mesej. Ini adalah kerana komunikasi seperti senjata yang mempunyai dua mata. Jika salah di tafsir atau dihantar, ia akan memberi maksud yang berbeza. Perkara ini menjadi lebih serius jika ia berlaku dalam sesebuah organisasi dan dilakukan oleh pemimpin.

Sebagai alat kawalan Organisasi mempunyai kuasa hierarki, panduan dan tatacara yang perlu dipatuhi oleh pekerja Komunikasi membantu mengawal tingkah laku ahli-ahli Contoh: Proses komunikasi wujud sebagai alat kawalan apabila pekerja terpaksa merujuk kepada senarai tugas yang telah ditetapkan oleh organisasi semasa dia membuat bantahan tentang tugasnya 2. Tujuan sosialisasi Melalui komunikasi, ahli organisasi dapat berinteraksi antara satu sama lain Perasaan kekitaan dan semangat kerjasama akan dipupuk di kalangan ahli organisasi Secara tidak langsung, kecekapan dan keberkesanan kerja ahli dapat dipertingkatkan 3. Sebagai dorongan Komunikasi membantu pengurus menjelaskan kepada pekerja tindakan yang harus diambil, prestasi yang perlu ditunjuk dan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi Maklum balas ini akan membantu meningkatkan prestasi pekerja Secara tidak langsung, dorongan akan membawa kepada perkembangan organisasi ke arah mencapai matlamat 4. Hubungan kerja Semua aktiviti kerja sama ada secara formal atau tidak formal dilaksanakan dengan interaksi antara individu, bahagian, jabatan dan lain-lain Interaksi tersebut boleh dijalankan melalui komunikasi bertulis atau lisan Contoh: Pekerja mengetahui perubahan dasar organisasi di papan kenyataan melalui notis 5. Membentuk disiplin kerja Tatacara, peraturan dan kaedah kerja merupakan elemen disiplin yang mesti diikuti oleh ahli organisasi Contoh: Kerja seharian pekerja dapat dijalankan dengan lebih terancang melalui fail meja dan manual tatacara kerja yang disediakan Keadaan ini menjamin keberkesanan dan kelancaran kerja 116 TAJUK ENAM 6. Membantu proses pengambilan pekerja Proses mengambil pekerja baru melibatkan komunikasi dari peringkat awal hingga ke akhir Melalui komunikasi bertulis seperti pengiklanan permohonan kerja oleh calon dapat dilakukan melalui borang permohonan jawatan Melalui komunikasi lisan, calon-calon akan ditemuduga, dipilih dan ditawarkan jawatan 7. Membantu dari segi latihan Komunikasi digunakan sebagai media untuk melatih ahli organisasi dari peringkat atasan hingga bawahan Latihan yang diberi seperti latihan sambil bekerja, kursus jangka pendek, arahan kerja dan lain-lain yang melibatkan proses komunikasi Dengan itu, keberkesanan dan kelicinan dalam latihan dapat diwujudkan 8. Membantu penilaian prestasi Komunikasi membantu pengurus membuat anggaran tentang pampasan seperti kenaikan pangkat atau gaji yang perlu diberi kepada pekerja Ini kerana pekerja akan diberi penilaian tentang prestasi melalui komunikasi seperti bimbingan, latihan dan pembaikan Keadaan ini dapat mengekalkan dan memperbaiki prestasi pekerja 9. Membantu penyelesaian masalah Sekiranya timbul masalah, komunikasi yang wujud melalui dialog, mesyuarat khas, kaunseling lain-lain membantu penyelesaian masalah Alternatif yang terbaik hanya akan diperoleh setelah komunikasi yang baik dilaksanakan Keadaan ini mewujudkan keharmonian dalam organisasi