komen pdp

1
1. Perkara pokok yang harus diperbetulkan sebelum pengajaran yang dirancang dapat dilaksanakan adalah penulisan objektif. Kita semua maklum bahawa pernyataan objektif haruslah eksplisit, tepat, selaras dengan sukatan/HSP atau dokumen standard dan sesuai dengan kebolehan murid. Oleh itu, setiap pernyataan objektif harus mengandungi empat komponen iaitu tingkah laku (yang dapat diperhatikan), isi kandungan, kriteria (pencapaian minimum murid) dan syarat. 2. Ada sebilangan guru pelatih yang keliru antara objektif dengan aktiviti dan juga penilaian. Aktiviti dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai objektif, bukannya aktiviti itu dijadikan sebagai objektif. Begitu juga dengan penilaian tidak harus dijadikan sebagai objektif sehingga tidak dinyatakan isi kandungan yang perlu dikuasai oleh murid selepas sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Strategi 1. Walaupun guru pelatih memilih pendekatan konstruktivisme, tetapi aktiviti yang disediakan lebih berpusatkan guru iaitu guru memberikan penerangan atau penjelasan semasa fasa penstrukturan semula. Sepatutnya aktiviti yang dirancang untuk fasa penstrukturan semula haruslah berpusatkan murid iaitu murid dapat membina idea mereka sendiri setelah melaksanakan aktiviti yang dirancang oleh guru. 2. Teknik penyoalan juga menjadi satu halangan untuk mempertingkatkan keberkesanan proses PdP. Kerap kali soalan yang ditanya adalah pada aras rendah dan tidak bersifat KBAT. Murid hanya diberi peluang menjawab satu atau dua perkataan sahaja tanpa perlu berfikir panjang. Kebanyakan guru pelatih tidak menggalakkan murid memberikan jawapan panjang (menghuraikan atau menerangkan atau mempertahankan jawapan mereka). Juga, guru pelatih harus tidak menggalakkan jawapan murid secara beramai-ramai. Nilai Murni dan KBKK 1. Penerapan nilai-nilai murni dan juga elemen kemahiran berfikir haruslah dinyatakan dengan jelas dalam langkah-langkah pengajaran supaya pengajaran nilai murni dan KBKK dapat dilaksanakan secara eksplisit. Murid harus sedar bahawa mereka sedang mengamalkan nilai-nilai murni dan kemahiran berfikir yang sedang mereka kuasai semasa proses PdP. 2. Sekiranya ini tidak dilakukan maka guru kerap kali terlupa untuk menerapkan nilai murni dalam pengajaran. Murid juga tidak sedar bahawa alat-alat berfikir yang mereka gunakan semasa di dalam kelas dapat diguna pakai dalam situasi luar sekolah dan dalam kehidupan seharian. 3. Teknik menyoal haruslah diperbaiki supaya murid diberi peluang yang banyak untuk berfikir pada aras tinggi (menganalisis, mensintesis dan menilai) dengan menggunakan kata soal/arahan seperti 'huraikan lagi', 'jelaskan kenapa kamu berpendapat demikian', 'berikan contoh-contoh yang sesuai', 'bagaimana kamu melakukannya', 'justifikasikan jawapan kamu' dsbnya. Guru tidak harus selesa dengan jawapan murid yang pendek. Begitu juga amalan jawapan murid secara beramai-ramai yang kadang kalanya menyebabkan isu 'kelas bising'. Penilaian 1. Kerap kali guru pelatih tidak memberi penekanan yang sewajarnya kepada aspek penilaian semasa PdP berlaku, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu elemen 'baharu' yang masih menjadi 'kebaharuan' kepada guru pelatih. Rata- rata guru pelatih terlalu bergantung kepada buku-buku Pentaksiran PBS yang dapat dibeli di kedai-kedai buku. Adakah setiap 'tingkah laku' murid dapat dinilai atas kertas? Kita tidak harus lupa bahawa pentaksiran bukan sahaja dibuat secara formal tetapi juga secara tidak formal melalui kaedah pemerhatian, rekod anekdot ataupun senarai semak. 2. Amalan menyediakan JSU juga menjadi satu masalah dalam kalangan guru pelatih kerana kebanyakan mereka terikut-ikut dengan budaya yang mencedok soalan atau kertas ujian daripada buku yang dibeli dari kedai. Saya nasihatkan kepada semua guru pelatih supaya belajar menguasai kemahiran menyediakan JSU supaya kualiti soalan ujian adalah terjamin dari segi kesahan dan juga kebolehpercayaan.

Upload: salleh1

Post on 04-Sep-2015

232 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

1. Perkara pokok yang harus diperbetulkan sebelum pengajaran yang dirancang dapat dilaksanakan adalah penulisan objektif. Kita semua maklum bahawa pernyataan objektif haruslah eksplisit, tepat, selaras dengan sukatan/HSP atau dokumen standard dan sesuai dengan kebolehan murid. Oleh itu, setiap pernyataan objektif harus mengandungi empat komponen iaitu tingkah laku (yang dapat diperhatikan), isi kandungan, kriteria (pencapaian minimum murid) dan syarat.

2. Ada sebilangan guru pelatih yang keliru antara objektif dengan aktiviti dan juga penilaian. Aktiviti dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai objektif, bukannya aktiviti itu dijadikan sebagai objektif. Begitu juga dengan penilaian tidak harus dijadikan sebagai objektif sehingga tidak dinyatakan isi kandungan yang perlu dikuasai oleh murid selepas sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Strategi

1. Walaupun guru pelatih memilih pendekatan konstruktivisme, tetapi aktiviti yang disediakan lebih berpusatkan guru iaitu guru memberikan penerangan atau penjelasan semasa fasa penstrukturan semula. Sepatutnya aktiviti yang dirancang untuk fasa penstrukturan semula haruslah berpusatkan murid iaitu murid dapat membina idea mereka sendiri setelah melaksanakan aktiviti yang dirancang oleh guru.

2. Teknik penyoalan juga menjadi satu halangan untuk mempertingkatkan keberkesanan proses PdP. Kerap kali soalan yang ditanya adalah pada aras rendah dan tidak bersifat KBAT. Murid hanya diberi peluang menjawab satu atau dua perkataan sahaja tanpa perlu berfikir panjang. Kebanyakan guru pelatih tidak menggalakkan murid memberikan jawapan panjang (menghuraikan atau menerangkan atau mempertahankan jawapan mereka). Juga, guru pelatih harus tidak menggalakkan jawapan murid secara beramai-ramai.

Nilai Murni dan KBKK

1. Penerapan nilai-nilai murni dan juga elemen kemahiran berfikir haruslah dinyatakan dengan jelas dalam langkah-langkah pengajaran supaya pengajaran nilai murni dan KBKK dapat dilaksanakan secara eksplisit. Murid harus sedar bahawa mereka sedang mengamalkan nilai-nilai murni dan kemahiran berfikir yang sedang mereka kuasai semasa proses PdP.

2. Sekiranya ini tidak dilakukan maka guru kerap kali terlupa untuk menerapkan nilai murni dalam pengajaran. Murid juga tidak sedar bahawa alat-alat berfikir yang mereka gunakan semasa di dalam kelas dapat diguna pakai dalam situasi luar sekolah dan dalam kehidupan seharian.

3. Teknik menyoal haruslah diperbaiki supaya murid diberi peluang yang banyak untuk berfikir pada aras tinggi (menganalisis, mensintesis dan menilai) dengan menggunakan kata soal/arahan seperti 'huraikan lagi', 'jelaskan kenapa kamu berpendapat demikian', 'berikan contoh-contoh yang sesuai', 'bagaimana kamu melakukannya', 'justifikasikan jawapan kamu' dsbnya. Guru tidak harus selesa dengan jawapan murid yang pendek. Begitu juga amalan jawapan murid secara beramai-ramai yang kadang kalanya menyebabkan isu 'kelas bising'.

Penilaian1. Kerap kali guru pelatih tidak memberi penekanan yang sewajarnya kepada aspek penilaian semasa PdP berlaku, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu elemen 'baharu' yang masih menjadi 'kebaharuan' kepada guru pelatih. Rata-rata guru pelatih terlalu bergantung kepada buku-buku Pentaksiran PBS yang dapat dibeli di kedai-kedai buku. Adakah setiap 'tingkah laku' murid dapat dinilai atas kertas? Kita tidak harus lupa bahawa pentaksiran bukan sahaja dibuat secara formal tetapi juga secara tidak formal melalui kaedah pemerhatian, rekod anekdot ataupun senarai semak.

2. Amalan menyediakan JSU juga menjadi satu masalah dalam kalangan guru pelatih kerana kebanyakan mereka terikut-ikut dengan budaya yang mencedok soalan atau kertas ujian daripada buku yang dibeli dari kedai. Saya nasihatkan kepada semua guru pelatih supaya belajar menguasai kemahiran menyediakan JSU supaya kualiti soalan ujian adalah terjamin dari segi kesahan dan juga kebolehpercayaan.