digital entreprenuership development handbook: … · komen terhadap produk yang telah digunakan....

13
1 DIGITAL ENTREPRENUERSHIP DEVELOPMENT HANDBOOK: ASAS PERNIAGAAN DUNIA DIGITAL

Upload: dokiet

Post on 15-Jun-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DIGITAL ENTREPRENUERSHIP DEVELOPMENT HANDBOOK: … · komen terhadap produk yang telah digunakan. Ini amat ketara pada komen-komen yang didapati pada pelbagai medium media sosial

1

DIGITAL ENTREPRENUERSHIP DEVELOPMENT

HANDBOOK:

ASAS PERNIAGAAN DUNIA DIGITAL

Page 2: DIGITAL ENTREPRENUERSHIP DEVELOPMENT HANDBOOK: … · komen terhadap produk yang telah digunakan. Ini amat ketara pada komen-komen yang didapati pada pelbagai medium media sosial

2

KANDUNGAN

PENGENALAN 3

PERNIAGAAN DIGITAL UNTUK SEMUA 5

KONSEP KOMUNITI DIGITAL 7

MEMAHAMI KONSEP ASAS PRODUK DAN SERVIS 9

STRUKTUR PERNIAGAAN DIGITAL 11

POTENSI PASARAN DIGITAL DI MALAYSIA 12

KESIMPULAN 13

Page 3: DIGITAL ENTREPRENUERSHIP DEVELOPMENT HANDBOOK: … · komen terhadap produk yang telah digunakan. Ini amat ketara pada komen-komen yang didapati pada pelbagai medium media sosial

3

PENGENALAN

Didalam dunia perniagaan hari ini, senario bagaimana sesuatu

urusniaga dilakukan tidak lagi bersifat “one-way”. Sebelum ujudnya

dunia internet, pemilik perniagaan hanya perlu mewawarkan produk

atau perkhidmatan yang dijual melalui pengiklanan TV, Radio atau

bercetak. Sekiranya iklan tersebut berjaya menarik minat pelanggan

maka kebarangkalian jualannya akan melonjak tinggi. Sungguhpun

produk atau perkhidmatan yang berada dipasaran mungkin tidak

mencapai tahap yang diinginkan oleh pengguna, mereka tetap akan

mendapatkan produk atau perkhidmatan tersebut kerana mereka

kurang pilihan atau tiada alternatif lain.

Ini amat berbeza dengan scenario perniagaan hari ini kerana para

pengguna tidak mudah dipengaruhi oleh iklan-iklan yang berada

diluar sana. Ini adalah kerana kewujudan kemudahan media sosial

dan laman web seperti facebook, instagram, mudah.com dan

sebagainya yang telah merubah corak pembelian para pengguna.

Antara faktor-faktor utama yang telah merubah corak pengguna

adalah:

1. Informasi

i. Pengguna sekarang mempunyai kelebihan dari segi

mendapatkan informasi yang secukupnya sebelum

melakukan sebarang pembelian. Mereka dapat menilai

qualiti dan harga barangan tersebut melalui

perbandingan dengan jenama-jenama lain hanya

dengan melayari dunia internet

2. Feedback (Testimonial)

II. Pembelian para pengguna hari ini sangat dipengaruhi

oleh respon (feedback) pembeli-pembeli dalam bentuk

komen terhadap produk yang telah digunakan. Ini amat

ketara pada komen-komen yang didapati pada pelbagai

medium media sosial didunia digital

Oleh itu sebagai peniaga, kita tidak boleh hanya mempunyai mentaliti

untuk menjadi juru jual sahaja. Kita perlu faham pengguna hari ini

adalah lebih sofistikated berbanding dengan penguna dahulu. Produk

yang dihasilkan perlu memenuhi kehendak pengguna, jika tidak

mereka mampu mempengaruhi jualan anda dengan komen-komen

(feedback) yang negatif secara langsung.

Page 4: DIGITAL ENTREPRENUERSHIP DEVELOPMENT HANDBOOK: … · komen terhadap produk yang telah digunakan. Ini amat ketara pada komen-komen yang didapati pada pelbagai medium media sosial

4

Dunia media sosial juga mewujudkan suatu hubungan terus diantara

pengguna dan penjual melalui applikasi perhubungan digital

(whatapp, wechat, line dan sebagainya), maka para penjual perlu

memastikan tiada berlakunya jurang yang amat besar dengan para

pengguna. Sekiranya hubungan komunikasi ini dapat dilaksanakan

dengan baik, para pengguna akan lebih percaya dan taat (loyal)

kepada jenama para penjual.

Page 5: DIGITAL ENTREPRENUERSHIP DEVELOPMENT HANDBOOK: … · komen terhadap produk yang telah digunakan. Ini amat ketara pada komen-komen yang didapati pada pelbagai medium media sosial

5

PERNIAGAAN DIGITAL UNTUK SEMUA

Jika diperhatikan dengan perkembangan dunia digital masakini telah

mewujudkan suatu “climate” atau suasana perniagaan yang amat

sihat untuk usahawan tempatan. Semakin ramai yang mula berjinak

didalam dunia perniagaan digital.

Perkara ini berlaku kerana:

1. Modal permulaan perniagaan yang tidak terlalu tinggi

memandangkan ianya boleh dilakukan mengikut kemampuan

para usahawan:

i. Boleh dilakukan dari rumah

ii. Tidak memerlukan ramai pekerja

iii. Berniaga pada tahap inventori yang kecil

2. Produk mampu dikenali secara meluas pada kos pengiklanan

yang berpatutan berbanding dengan perbelanjaan yang tinggi

megunakan “mainstream” media seperti TV, Radio dan bahan

percetakan

3. Pemasaran secara digital dapat disasarkan pada

segmen/golongan tertentu memandangkan wujudnya

“database” lengkap yang disediakan oleh pelbagai jenis media

sosial yang berada didunia internet masakini

4. Boleh berniaga tanpa terikat pada masa yang mana para

usahawan boleh berniaga secara “full-time” atau “part-time”

5. Tidak perlu tahap pendidikan yang tinggi untuk memahirkan diri

dalam perniagaan digital memandangkan terdapat pelbagai

kelas-kelas yang menawarkan ilmu perniagaan digital

disamping informasi yang boleh didapati secara online dengan

percuma

6. Prestasi pengiklanan dapat diukur secara lagsung agar para

peniaga dapat melakukan reviu dan juga pembetulan kepada

strategi perniagaan dengan cepat

Page 6: DIGITAL ENTREPRENUERSHIP DEVELOPMENT HANDBOOK: … · komen terhadap produk yang telah digunakan. Ini amat ketara pada komen-komen yang didapati pada pelbagai medium media sosial

6

Tetapi perniagaan melalui dunia digital tidak semestinya menjanjikan

keuntungan malah ada juga yang rugi. Untuk mana-mana

perniagaan, asas-asas utama perniagaan perlu difahami terlebih

dahulu untuk memastikan perniagaan anda dapat diuruskan dengan

cara yang terbaik. Antara asas-asas yang perlu difahami adalah:

1. Kos Produk

i. Memahami kos-kos yang terlibat dalam menghasilkan dan

menjual sesuatu produk. Ini meliputi kos bahan mentah,

kos menyediakan produk, kos pembungkusan, kos

penghantaran dan sebagainya

2. Pengurusan Kewangan

II. Kaedah terbaik untuk menguruskan modal dan hasil

pendapatan agar tiada berlaku kebocoran dan masalah-

masalah yang berkaitan dengan aliran wang (dari segi

pembelian stok, pembayaran kos operasi dan

sebagainya)

3. Pengurusan Inventori

i. Memastikan kadar inventori yang optimum:

ii. Agar inventori tidak terlebih (Overstock) kerana ini akan

mengikat sumber kewangan untuk digunakan kepada

perkara-perkara lain yang penting seperti kos harian atau

dilaburkan kepada sesuatu yang boleh menambahkan

hasil perniagaan

iii. Atau inventori yang kurang (Understock) kerana ini akan

menyebabkan perniaggan tersebut tidak dapat

memenuhi permintaan pembeli

4. Penjenamaan & Pemasaran

i. Memahami kaedah terbaik untuk menjenamakan produk

dan seterusnya melakukan kempen pemasaran yang

paling effektif untuk meningkatkan jualan secara

berterusan

Sungguhpun asas-asas perniagaan tidak ditekankan secara

komprehensif didalam syllabus asas perniagaan digital, anda boleh

melakukan rujukan tambahan agar ianya dapat membantu

perniagaan anda kelak. Sumber-sumber rujukan untuk asas

perniagaan boleh diperolehi secara percuma dari pelbagai penulis-

penulis perniagaan di dunia internet mahupun dari pembelian buku-

buku fisikal asas perniagaan di kedai-kedai buku berdekatan.

Page 7: DIGITAL ENTREPRENUERSHIP DEVELOPMENT HANDBOOK: … · komen terhadap produk yang telah digunakan. Ini amat ketara pada komen-komen yang didapati pada pelbagai medium media sosial

7

KONSEP KOMMUNITI DIGITAL

Didalam dunia media sosial, asas utama yang dikongsi oleh pelbagai

media sosial tersebut adalah kommuniti. Di dunia yang nyata

penglibatan sesesorang individu kepada mana-mana komuniti adalah

agak terhad dan jumlah keahlian kommuniti tersebut mungkin rendah,

Ini berbeza pula dengan dunia digital yang mana ianya

membolehkan seseorang mewujudkan sebuah kommuniti yang sangat

besar dimana ianya meliputi:

1. Kenalan Langsung: Keluarga, saudara-mara, sahabat handai

dan rakan-rakan sepejabat

2. Kenalan Tidak Langsung: Mereka yang mengenali kenalan

langung dan melibatkan diri dalam kommuniti yang diwujudkan

secara online tersebut

3. Bukan Kenalan: Mereka yag mengenali kenalan bukan langsung

dan melibatkan diri dalam kommuniti yang diwujudkan secara

online tersebut

Untuk menjadi sebahagian dari kommuniti dalam dunia digital media

sosial, seseorang hanya perlu “klik” pada profil individu/kommuniti

yang ingin disertai dan kebarangkalian tinggi beliau akan diterima

sebagai ahli didalam kommuniti tersebut. Ini berbeza dialam nyata

yang mana seseorang individu perlu berinteraksi secara langsung

sebelum diterima untuk menjadi sebahagian dari kommuniti tersebut,

Kenalan Langsung

Kenalan Tidak Langsung

Bukan Kenalan Kommuniti

Individu

Page 8: DIGITAL ENTREPRENUERSHIP DEVELOPMENT HANDBOOK: … · komen terhadap produk yang telah digunakan. Ini amat ketara pada komen-komen yang didapati pada pelbagai medium media sosial

8

Kewujudan “multiplier effect” yang mana ahli kommuniti menjadi

semakin ramai disebabkan penambahan kenalan tidak langung dan

bukan kenalan adalah antara sebab utama kenapa kommuniti

tertentu mudah untuk berkembang.

Dengan wujudnya kommuniti yang sangat besar keahliannya,

seseorang individu mampu mengunaknnya sebagai platform untuk

memasarkan produk atau perkhidmatan beliau dengan lebih mudah

kerana telah wujud hubungan (tahap kepercayaan) diantara ahli-ahli

kommuniti dengan individu tersebut apabila mereka memilih untuk

menjadi sebahagian dari ahli komuniti tersebut.

Page 9: DIGITAL ENTREPRENUERSHIP DEVELOPMENT HANDBOOK: … · komen terhadap produk yang telah digunakan. Ini amat ketara pada komen-komen yang didapati pada pelbagai medium media sosial

9

Kelebihan

Produk Pesaing

MEMAHAMI ASAS PRODUK & SERVIS

Disamping memahami konsep perniagaan dunia digital, kita tidak

boleh lupa kepada produk atau servis yang diniagakan. Sungguhpun

anda mungkin mengetahui selok-belok tentang bagaimana

menggunakan medium digital dari applikasi sosial ke website untuk

berniaga tapi ianya tidak mencukupi. Ini adalah kerana pada

dasarnya produk atau servis yang menjadi daya tarikan utama untuk

mempengaruhi pelanggan.

Realitinya terdapat beribu-ribu produk atau servis yang diniagakan di

dunia digital dan apa yang ingin anda jual adalah hanya sebahagian

dari statistik tersebut. Oleh itu bagaimana hendak membezakan

produk atau servis anda berbanding dengan pesaing anda. Untuk

membezakan apa yang anda ingin niagakan, aspek yang paling

utama yang ditekankan adalah “USP” produk atau servis anda.

Unique Selling Proposition atau USP adalah ciri-ciri unik kepada produk

atau servis yang anda akan tekankan untuk mempengaruhi

pelanggan dan sekaligus menghasilkan jualan.

Jika yang dijual adalah minyak angin atau perkhidmatan potong

rumput, mungkin ianya tidak unik. Cuba bayangkan jika minyak angin

yang dijual mempunyai bau straberri atau perkhidmatan potong

rumput disertakan dengan membaja secara percuma, sudah pasti

ianya sekarang menjadi unik. Ini yang dimaksudkan sebagai USP yang

mana ianya sesuatu perkara unik yang akan memberi nilai tambah

kepada produk atau servis yang sedia ada.

? X

Tak Penting

Kelebihan Produk

Anda

Apa Pengguna

Mahu

Mengenali USP Anda

Page 10: DIGITAL ENTREPRENUERSHIP DEVELOPMENT HANDBOOK: … · komen terhadap produk yang telah digunakan. Ini amat ketara pada komen-komen yang didapati pada pelbagai medium media sosial

10

Faktor ini yang perlu diapplikasi ketika menjalankan perniagaan

didunia digital agar pengguna dapat membezakan produk atau sevis

anda dengan pesaing. Oleh itu dalam menghasilkan pengiklanan di

dunia digital, perkara ini perlu ditekankan. Maka pengunaan ayat-

ayat dan visual yang menarik dimana ianya disertakan dengan USP

yang sesuai akan memudahkan pelanggan untuk memilih produk

atau servis anda berbanding dengan apa yang dijual oleh pesaing.

Ditambahkan pula dengan kempen pengiklanan yang konsisten akan

memudahkan pelanggan untuk lebih mengenali jenama anda dan

seterusnya mempercayai jenama anda.

Page 11: DIGITAL ENTREPRENUERSHIP DEVELOPMENT HANDBOOK: … · komen terhadap produk yang telah digunakan. Ini amat ketara pada komen-komen yang didapati pada pelbagai medium media sosial

11

STRUKTUR PERNIAGAAN DIGITAL

Kaedah bagaimana sesuatu perniagaan menjual atau mengedarkan

produk atau perkhidmatan telah berubah dengan kewujudan dunia

digital. Sebelum ini, peniaga perlu melalui berbagai lapisan sistem

pengedaran sebelum produk atau perkhidmatan mereka sampai

kelapisan pengguna. Tetapi dengan adanya medium digital:

1. Sistem pengedaran menjadi mudah kerana peniaga dapat

menjual secara langsung dengan pembeli

2. Margin (Untung bersih) menjadi lebih tinggi kerana kos

pengedaran mampu dikurangkan

3. Potensi untuk meluaskan pasaran lebih mudah kerana lokasi

penjualan tidak dihadkan ke sesuatu kawasan atau tempat

SISTEM PENGEDARAN

OFF-LINE

PENGELUAR/PEMILIK

PEKEDAI

WHOLESALER / AGEN UTAMA

PENGGUNA

AGEN (AFFILIATE, DROPSHIP)

SOCIAL MEDIA & WEBSITE

SISTEM PENGEDARAN

ON-LINE

Page 12: DIGITAL ENTREPRENUERSHIP DEVELOPMENT HANDBOOK: … · komen terhadap produk yang telah digunakan. Ini amat ketara pada komen-komen yang didapati pada pelbagai medium media sosial

12

PENGGUNA INTERNET AKTIF 20.1JUTA

AKAUN SOSIAL MEDIA AKTIF 16.8JUTA

AKAUN MOBILE 41.8JUTA

Sumber: GSMA Intelligence 2015, Internet Live Stats

POTENSI PASARAN DIGITAL DI MALAYSIA

Daripada gambar rajah diatas, jumlah pengguna di dunia digital

Malaysia amat besar sekali yang mana ianya mewakili 66% dari jumlah

penduduk di Malaysia. Daripada bilangan tersebut, 16.8j uta adalah

pengguna aktif media social dan jumlah pemilik akaun mobile adalah

2 kali ganda dari pengguna internet yang aktif. Perkara ini berlaku

kerana kebarangkalian tinggi pengguna internet memiliki lebih dari

dua akaun mobile. Data-data ini jelas menunjukkan potensi untuk

berniaga di dunia digital adalah amat positif. Oleh itu sebagai

usahawan anda perlu mengambil peluang untuk lebih mendalami

POPULASI PENDUDUK: 30.5JUTA

Page 13: DIGITAL ENTREPRENUERSHIP DEVELOPMENT HANDBOOK: … · komen terhadap produk yang telah digunakan. Ini amat ketara pada komen-komen yang didapati pada pelbagai medium media sosial

13

kaedah-kaedah untuk memasarkan produk atau perkhidmatan anda

kepada pelanggan-pelanggan digital yang berpotensi ini

KESIMPULAN

Pendekatan perniagaan di dunia digital secara dasarnya adalah

sama dengan perniagaan off-line. Ini adalah kerana ianya masih

melibatkan peniaga yang akan mempengaruhi pengguna untuk

membeli produk atau perkhidmatan mereka. Cuma apa yang

berbeza adalah kaedah bagaimana penjualan itu berlaku. Didalam

dunia digital, pengguna mempunyai lebih kelebihan dari aspek

memilih apa yang ingin dibelikan kerana pelbagai informasi di alam

maya yang boleh didapati secara percuma membolehkan mereka

untuk mengkaji sesuatu produk dengan lebih teliti sebelum membuat

sebarang pembelian.

Disamping itu dari aspek penjual, mereka mampu untuk

mengetengahkan produk atau servis mereka kepada potensi pasaran

yang lebih besar dan pada kos yang berpatutan. Ini diperkukuhkan

lagi dengan konsep kommuniti yang mana peniaga mampu untuk

menjadikannya sebagai satu alat untuk menyebarkan dan seterusnya

meningkatkan jualan mereka. Disamping itu para penjual perlu lebih

peka kepada psikologi pembeli memandangkan jualan dibuat melalui

perantara applikasi digital dan bukan secara “face to face”. Elemen

“human touch” masih perlu ada dalam berhubung dengan pembeli

yang berpotensi,

Oleh itu untuk memastikan jangka hayat perniagaan digital anda

akan terus berkembang dan berterusan maka anda tidak boleh

bergantung semata-mata kepada teknologi yang sedia ada. Dunia

digital akan sentiasa berubah-ubah dan perubahan ini berlaku

dengan begitu cepat sekali. Anda perlu peka kepada perubahan-

perubahan ini dan menyesuaikan perniagaan anda kepada applikasi-

applikasi terkini untuk memastikan perniagaan anda tidak ketinggalan.