klinik untuk pelarian dibuka di malaysia

3
12/23/2019 KLINIK UNTUK PELARIAN DIBUKA DI MALAYSIA - ALHIJRAH ONLINE https://alhijrahnews.com/klinik-untuk-pelarian-dibuka-di-malaysia/ 1/3 KLINIK UNTUK PELARIAN DIBUKA DI MALAYSIA Posted on 20 December 2019 by Admin Leave a comment Last Updated on December 20, 2019 at 6:11:57 pm 11 KUALA LUMPUR: Qatar Charity dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) semalam melancarkan klinik pertama memberikan khidmat penjagaan kesihatan kepada kelompok pelarian di Malaysia. Majlis perasmian Klinik Kemanusiaan Qatar Fund for Development (QFFD) di Ampang itu dirasmikan Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim; Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus dan Pengarah Qatar Charity di Malaysia, Karam Zeinhom. Klinik itu ditaja sepenuhnya oleh QFFD bagi tempoh tiga tahun membabitkan kerjasama tiga badan kemanusiaan iaitu Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia), Pasukan Tindakan dan Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) dan Malaysian Relief Agency (MRA) dengan sokongan Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).

Upload: others

Post on 01-Nov-2021

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KLINIK UNTUK PELARIAN DIBUKA DI MALAYSIA

12/23/2019 KLINIK UNTUK PELARIAN DIBUKA DI MALAYSIA - ALHIJRAH ONLINE

https://alhijrahnews.com/klinik-untuk-pelarian-dibuka-di-malaysia/ 1/3

KLINIK UNTUK PELARIAN DIBUKA DI MALAYSIA

Posted on 20 December 2019 by Admin Leave a comment

Last Updated on December 20, 2019 at 6:11:57 pm

11

KUALA LUMPUR: Qatar Charity dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) semalam melancarkanklinik pertama memberikan khidmat penjagaan kesihatan kepada kelompok pelarian di Malaysia.

Majlis perasmian Klinik Kemanusiaan Qatar Fund for Development (QFFD) di Ampang itudirasmikan Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim; Presiden MercyMalaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus dan Pengarah Qatar Charity di Malaysia, KaramZeinhom.

Klinik itu ditaja sepenuhnya oleh QFFD bagi tempoh tiga tahun membabitkan kerjasama tiga badankemanusiaan iaitu Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia), Pasukan Tindakandan Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) dan Malaysian Relief Agency (MRA)dengan sokongan Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).

Page 2: KLINIK UNTUK PELARIAN DIBUKA DI MALAYSIA

12/23/2019 KLINIK UNTUK PELARIAN DIBUKA DI MALAYSIA - ALHIJRAH ONLINE

https://alhijrahnews.com/klinik-untuk-pelarian-dibuka-di-malaysia/ 2/3

Klinik terbabit menyediakan khidmat penjagaan kesihatan primer merangkumi rawatanpesakit luar, vaksinasi dan program pendidikan kesihatan dengan matlamat akhirmembolehkan pelarian kembali ke negara asal selepas konflik di negara mereka tamat.

Ia juga bertujuan mengurangkan beban dalam sistem penjagaan kesihatan awam di Malaysia.Ketika ini, terdapat lebih 180,000 pelarian di Malaysia, termasuk dari Myanmar, Syria, Afghanistan,Sri Lanka, Somalia dan negara lain.

“Pembukaan klinik ini membabitkan kerjasama pelbagai pihak, termasuk penerimamanfaat (pelarian) itu sendiri,” kata Dr Ahmad Faizal dalam kenyataan Mercy Malaysia disini, menjelaskan projek itu membabitkan kerjasama pihak kerajaan, pertubuhan bukankerajaan (NGO) tempatan dan agensi antarabangsa.

Che Asmah pula berharap pembukaan klinik itu akan mengurangkan beban dan komplikasi dihospital kerajaan.

Page 3: KLINIK UNTUK PELARIAN DIBUKA DI MALAYSIA

12/23/2019 KLINIK UNTUK PELARIAN DIBUKA DI MALAYSIA - ALHIJRAH ONLINE

https://alhijrahnews.com/klinik-untuk-pelarian-dibuka-di-malaysia/ 3/3

“Dalam jangka masa sederhana dan panjang, kita menyasarkan untuk menangani potensimasalah kesihatan awam seperti penularan penyakit secara efektif. Kami berterima kasihkepada QFFD dan Qatar Charity atas sokongan mereka,” kata Che Asmah.

Empat lagi klinik statik seumpamanya akan dibuka dalam tempoh tiga tahun. Manakala empatklinik bergerak akan dijalankan di kawasan populasi pelarian yang tinggi di Kuala Lumpur,Selangor, Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu. – AlHijrah Online