klinik 1

Upload: syahrizal-fx

Post on 08-Jan-2016

46 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

for

TRANSCRIPT

Klinik 1

Pada pagi itu Kamal tergopah-gapah untuk ke sekolah kerana terlewat bangun. Oleh itu dia tidak sempat bersarapan. Selepas bersalam dengan ibu, dia terus berjalan kaki menuju ke rumah Kumar yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Mereka telah bercadang untuk pergi bermandi di sungai. Oleh itu mereka telah menuju ke sebatang sungai yang terletak jauh dari rumah mereka. Mereka menukar pakaian lalu bermandi di sungai itu. Setelah puas bermandi, mereka berasa lapar. Dengan itu mereka mencuri buah rambutan di sebuah dusun buah-buahan yang berhampiran dengan sungai itu. Apabila sampai waktu tengahari, Kamal dan Kumar pulang ke rumah bersama kawan-kawan lain yang balik dari sekolah.

Pengajaran

1. Kita tidak boleh menipu ibu bapa.2. Ponteng sekolah akan merugikan diri sendiri3. Jangan melakukan kerja yang tidak berfaedah.4. Tertinggal dalam pelajaran akan merugikan kita.5. Jangan mencuri harta benda orang.6. Masa depan akan menjadi gelap jika tertinggal dalam pelajaran.

Contoh jawapan

Sebagai seorang murid yang bertanggungjawab mestilah bangun awal untuk pergi ke sekolah. Menipu ibu bapa adalah perbuatan yang tidak baik. Jika ponteng sekolah kita akan tertinggal dalam pelajaran. Masa depan kita akan menjadi gelap jika kita tidak mementingkan pelajaran. Mencuri harta benda orang lain adalah amalan yang tidak baik. Perbuatan sedemikian akan mencemarkan nama baik keluarga.

KLINIK 2

TEMA : KELUARGA

Esok Hari Raya Aidil Fitri akan menjelang. Aku sekeluarga sibuk melakukan persiapan akhir untuk menyambut kedatangannya. Sejak pagi lagi, ibu tidak menang tangan menyediakan pelbagai juadah. Aku dan kakak turut membantu ibu di dapur. Kali ini ib memasak ketupat, rendang daging, gulai ayam dan kuah kacang. Ibu turut menyediakan makanan kegemaranku iaitu lontong.

Di belakang rumah ayah dan abang sedang sibuk mengacau dodol. Tahun ini merupakan tahun kedua kami menyediakan dodol sebagai juadah hari raya. Adik-adikku pula bersorak riang sambil bermain bunga api di halaman rumah.

Baik-baik bermain bunga api itu! jerit ibu yang turut menjenguk keluar tingkap. Dalam kesibukan di dapur, ibu tetap bimbang akan keselamatan ketiga-tiga orang adikku itu. Selepas membantu ibu akau beralih ke ruang tamu pula. Aku menyusun kad-kad ucapan hari raya yang telah diterima daripada sanak-saudara dan rakan-taulan yang kusayangi Kad-kad itu aku gantungkan pada ranting pokok yang diletakkan di dalam pasu bunga.

Aku tidak sabar menanti hari esok kerana selepas menunaikan solat hari raya kami sekeluarga akan bertolak pulang ke kampung ayah. Aku mula merasakan keseronokan berhari raya bersama dengan sanak saudara di kampung.

Contoh jawapan

Sikap suka membantu keluarga yang merupakan sikap yang terpuji. Ini kerana dengan bantu-membantu dapat meringankan beban keluarga dan seterusnya menambah kasih-sayang. Selain itu akiviti bergotong-royong dalam keluarga juga baik, memandangkan banyak kerja dapat disiapkan dengan segera. Bermain bunga api pula, boleh mendatangkan kecederaan dan merupakan satu kesalahan. Menghantar kad-kad ucapan hari raya dapat mengeratkan tali silaturahim dan kasih sayang selain kad-kad yang diterima dapat menghias rumah dengan cantik. .Berziarah merupaka amalan yang baik kerana dapat mengeratkan hubungan sanak-saudara yang jauh.

KLINIK 3

Pada hari minggu, keluarga Faridah sibuk dengan aktiviti masing-masing. Ibubapanya menghadiri satu majlis perkahwinan. Mereka berpesan kepada Faridah agar menjaga adik-adiknya yang seramai tiga orang di rumah. Di rumah, Faridah terpaksa mengemas rumah, memasak, menyiram pokok bunga, memandikan adik-adik dan memberi mereka makan. Faridah melakukan semua pekerjaan itu dengan penuh rasa tanggungjawab. Adik-adiknya sangat patuh kepada arahan kakak mereka. Ketiga-tiga adik Faridah juga rajin menolong meringankan beban Faridah. Faridah mengucapkan terima kasih kepada adik-adiknya kerana sudi meringankan tanggungjawabnya pada hari itu. Dia bersyukur kerana dikurniakan dengan ibubapa yang baik dan adik-adik yang ringan tulang.

JAWAPAN

1. Menurut/ patuh arahan ibu bapa.2. Rajin membantu dan ringan tulang3. Pandai menguruskan rumah4. Bertanggungjawab terhadap semua pekerjaan yang diamanahkan.5. Budaya mengucapkan terima kasih.6. Bersyukur.

KLINIK 4

Izzat seorang anak yang baik. Dia sentiasa mendengar kata ibu bapanya. Dia juga tidak pernah meninggikan suara apabila bercakap dengan orang tuanya. Adam, adiknya pula suka bergaduh dengan Ali, jiran mereka. Izzat selalu memberi nasihat kepada Adam supaya jangan berbuat demikian. Selain itu, Izzat juga sering menegur sikap Adam yang selalu terlupa membasuh tangan sebelum makan dan suka membeli makanan dan minuman di warong yang kotor. Sikap Adam yang menggemari makanan manis, berminyak dan tidak berkhasiat juga tidak disenangi oleh Izzat. Dia selalu mengingatkan adik kesayangannya itu supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang.

JAWAPAN

1. Menghormati ibu bapa/ orang lain2. Menghormati orang lain/ kawan-kawan.3. Kasih saying memberi nasihat / teguran4. Menjaga kebersihan makanan5. Menjaga kesihatan dengan makan makanan seimbang/ berkhasiat

KLINIK 5

Tema : Murid yang bersikap negative

Jamil murid Tahun 4 Hijau. Setiap hari dia datang ke sekolah dengan pakaian yang kotor dan tidak kemas. Setiap hari dia sampai ke sekolah setelah loceng berbunyi. Apabila ditegur oleh guru kelas, dia asyik memberi pelbagai alasan. Semasa guru-guru mengajar, dia tidak menumpukan perhatian malah mengganggu murid-murid yang lain. Latihan yang diberi oleh guru tidak disiapkan. Murid-murid dalam kelasnya selalu mengadu barang-barang mereka hilang. Apabila disiasat, Jamil tidak pernah mengakui bahawa dia yang melakukannya. Dia juga berani melawan guru. Walaupun beberapa kali telah didenda oleh guru disiplin. Murid-murid dalam kelasnya tidak suka berkawan dengannya. Mereka takut pada Jamil.

JAWAPAN

1. Kita perlu menepati masa2. Mesti memberi tumpuan terhadap pelajaran3. Tidak mengganggu dan membenci orang lain4. Mesti bersikap jujur dan amanah5. Mesti menghormati guru

KLINIK 6

Ibu menyuruh Melati ke kedai Pak Naim untu membeli tepung dan gula. Dengan marah Melati menunggang basikal ke kedai Pak Naim. Dia menunggang basikal sambil melepaskan sebelah tangan. Setibanya di kedai, dia pun membeli tepung dan gula. Dia juga membeli gula-gula dan aiskrim. Selepas dia habis makan aiskrim dan gula-gula, dia pun terus menunggang basikal ke rumahnya. Dalam perjalanan ke rumah, dia singgah sebentar di tepi sungai yang berhampiran lalu bermain-main selama beberapa jam.Kemudian,barulah dia pulang ke rumah. Sesampai di rumah dia menyerahkan tepung dan gula kepada ibunya. Wang bakinya tidak dipulangkan. Apabila ibu bertanya akan wang bakinya, dia memberikan alasan wangnya hilang lalu lari ke rumah jirannya semula.

JAWAPAN

1. Menghormati ibu2. Berhati-hati / mementingkan keselamatan3. Menghargai masa4. Perlu jujur dan amanah5. Bercakap benar /

1 comments|December2PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA "DARI" DAN "DARIPADA"Kita sering terkeliru bilakah kata sendi nama "dari" dan "daripada" sesuai digunakan. Saya paparkan sedikit info mengenainya.

Secara mudahnya,kata sendi nama"dari"digunakan untuk menyatakan tempat,masa dan arah.

Anda boleh juga menggunakan formula ATM (A=arah)(T=tempat)(M=masa)

Contoh penggunaan kata sendi namadari:

1. Cikgu Ahmad Rafie berasaldariBukit Merah, sebuah lokasi yang terkenal dengan industri ikan arowana. - (Tempat)

2.Daripagi tadi lagi ibu masih belum menjamah walaupun sesuap nasi. - (Masa)

3.Darisitu menuju ke sini mengambil masa lebih kurang lima belas minit. - (Arah)

Kata sendi nama'daripada'pula digunakan untuk menyatakan orang,perbandingan dan asal kejadian.

Contoh penggunaan kata sendi nama"daripada":

1. Kasut itu diperbuatdaripadacampuran getah dan plastik. - (asal-usul)

2. Muhammad menerima kiriman baju rayadaripadatunangnya, Erma. - (orang)

3. Walaupun badannya kecil, Hasif mempunyai pemikiran yang lebih matang daripada kakaknya, Zaleha. - (Perbandingan)0 comments|December2TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN C1. Baca sekali untuk memahami petikan secara umum.2. Baca sekali lagi dan gariskan perkataan atau ayat yang mempunyai nilai murni atau pengajaran.3. Senarai semua nilai murni atau pengajaran untuk dibuat ulasan.4. Gunakan penanda wacana bagi setiap nilai murni atau pengajaran yang diulas.5. Pastikan tiada nilai murni atau pengajaran yang diulas berulang-ulang.6. Setiap nilai murni atau pengajaran perlu disertai dengan huraian yang baik.7. Pastikan tiada kesilapan tatabahasa apabila membina ayat.8. Elakkan menggunakan ayat yang terlalu panjang.9. Jawapan yang bersifat positif.Mulakan ayat seperti berikut:

i. Kita mestilah.........................................ii. Kita sepatutnya....................................iii. Kita seharusnya...................................iv. Kita dikehendaki.................................v. Kita sewajarnya .....................................

CONTOH PENULISAN:

1. Nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas, antaranya kita mestilah..............

2. Selain itu, kita sepatutnya......................................................

3. Seterusnya, kita seharusnya .....................................................

4. Kita juga dikehendaki............................................................

5. Akhir sekali kita sewajarnya ....................................................

Setiap Nilai Murni perlu dihuraikan dalam ayat lengkap. Sebagai contoh, perhatikan rumusan berikut:

Nilai murni yang dapat diambil dari petikan di atas antaranya, kita mestilah mematuhi peraturan walaupun di mana juapun kita berada. Selain itu kita juga sepatutnya melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab. Seterusnya,kita juga seharusnya perihatin dengan keadaan dan masalah yang berlaku di sekeliling kita. Kita juga dikehendaki berterus-terang tentang masalah yang dihadapi agar pihak-pihak berwajib dapat menghulurkan bantuan. Akhir sekali, Kita sewajarnya memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan.

(Bilangan perkataan lebih kurang 55-60 patah )0 comments|December2PENGGUNAAN NILAI MURNI DALAM PENULISANContoh Keterangan /Ayat Yang Dipadankan Dengan Nilai Murni

CONTOH PENGGUNAAN NILAI MURNI DALAM PENULISAN

Lihat nilai murni yang terdapat dalam ayat di bawah. Kemudian lihat ayat yang dibina daripada nilai murni tersebut .

1. Pada waktu rehat, kami beratur untuk membeli makanan di kantin.Nilai Murni:mematuhi peraturan.Ayat:Kita mestilah mematuhi peraturan walaupun di mana-mana.

2. Pengawas sibuk menjalankan tugas masing masing.Nilai Murni:bertanggungjawabAyat:Kita sepatutnya melaksanakan tugas yang diberikan dengan rasa tanggungjawab.

3. Seorang pengawas lelaki yang kebetulan berada di situ mendekati budak itu.Mengapakah adik menangis? tanya pengawas itu.Nilai Murni:perihatinAyat:Kita seharusnya perihatin dengan keadaan dan masalah yang berlaku di sekeliling kita.

4. Makanan saya terjatuh ke lantai. Seorang murid telah terlanggar saya. Saya sangat lapardan saya tidak ada duit lagi untuk membeli untuk membeli makanan, jawab budak itu sambil menangis.Nilai Murni:berterus-terang.Ayat:Kita dikehendaki berterus-terang tentang masalah yang dihadapi agar pihak-pihak berwajib dapat menghulurkan bantuan.

5. Abang ada duit. Abang akan membelikan makanan dan minuman untuk kamu. Mari ikut abang. kata pengawas itu.Nilai Murni:memberi pertolongan.Ayat:Kita sewajarnya memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan.3 comments|December1LATIHAN TATABAHASA TAHUN 5 (Soalan dalam buku teks).

Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan, iaituA,BdanCatau empat pilihanjawapan, iaituA,B,CdanD. Antaranya ada satu sahaja jawapan yang betul.Pilih ayat yang betul.

1. I Saya berasal daripada Kajang, Awak pula? II Ayah akan bermesyuarat di Johor Bahru pada minggu depan. III Oleh sebab hari hujan, adik tidak dapat bermain di luar. IV Setengah kanak-kanak sangat takut untuk mendapatkan rawatan pergigian. A I dan II sahajaBII dan III sahaja C I, II dan III sahajaDI, II, III dan IV

2. I Pelbagai juadah disediakan di majlis berbuka itu. II Sebahagian daripada peserta kursus itu berbangsa Cina. III Sila serahkan buku ini ke Cikgu Musalmah dengan segera. IV Semua guru-guru diwajibkan memakai pakaian batik pada setiap awal bulan. AI dan II sahaja BI, III dan IV sahaja CI, II, dan IV sahaja DI, II, III dan IV

3. I Aduh, luka di kakiku berdarah semula! II Eh, buku-buku ini bukan kepunyaan saya! III Cis, awak hendak ke mana tergesa-gesa ini? IV Wah, banyak sungguh simpanan awak di dalam bank! AI dan II sahajaBI, II dan III sahaja CI, II, dan IV sahajaDI, II, III dan IV

4. I Buatlah mana-mana yang kamu suka asalkan tidak mengganggu saya. II Ayah mengirimkan sejambak bunga kepada ibu melalui pembantu pejabatnya. III Surat yang berkajang-kajang itu ditulis oleh kakak kepada tunangannya di luar negara. IV Restoran Seri Anjung menyediakan berbagai-bagai juadah untuk dinikmati oleh para pengunjung. AI dan III sahaja BII dan IV sahaja CII, III, dan IV sahaja DI, II, III dan IV

5. I Murali lebih tinggi daripada adik-beradiknya yang lain. II Ibu sangat rindu akan abang yang berada di luar negara. III Daripada kamu asyik bermain lebih baik mengulang kaji pelajaran. IV Saya dan abang tiba di sekolah lebih awal daripada murid-murid yang lain. AI, III dan IV sahaja BI, II dan III sahaja CI, II, dan IV sahaja DI, II, III dan IV

6. Berapakah harga robot ini? ______nya canggih dan berteknologi tinggi, Tanya Adam kepada lelaki itu. ABuatBBuatan CPembuat DPembuatan

7. Pelbagai jenis kereta solar telah ______ sempena Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Peringkat Kebangsaan 2005. Abertanding Bditandingi Cmenandingi Ddipertandingkan

8. Ada ______ yang mengatakan bahawa Aidil Hakim akan mengetuai perbarisan sempena sambutan Hari Kemerdekaan nanti. Aura-uraBusul-usul Cdesas-desus

9. Pakaian pengemis yang diberkas oleh pegawai Majlis Perbandaran Jitra itu_______ . Acorat-coretBkusut-masai Ccompang-camping

10. Sambutan Malam Kemerdekaan yang diadakan di sekolah saya berlangsung dalam suasana ______ . Ahuru-hara Bhingar-bingar Cgilang-gemilangDterang-benderang

11. Peserta perbarisan yang pengsan itu ______ dengan tandu. AdipapahBdiusung Cdikendong

12. Amirul ______ ke hadapan apabila namanya disebut oleh pengacara majlis. Amuncul Bterpa Cterbit Dtampil

13. Majlis diteruskan dengan ______ Encik Sofian naik ke pentas untuk menyampaikan ucapan, kata pengacara majlis. Amengajak Bmenampilkan CmengundangDmempersilakan

14. Penunggang motosikal yang ______ di bawah kereta itu telah disahkan meninggal dunia. Aterkepit Btersungkur Cterselit Dterperosok

15. Sikap tolong-menolong yang ______ oleh penduduk kampung mendapat pujian daripada wakil rakyat. ApertunjukanBpenunjukan CditunjukkanDmenunjukkan

16. Proses ______ produk berasaskan bahan mentah itu mengambil masa selamaAkeluaranBpengeluaran CmengeluariDdikeluarkan

17. Walaupun hidup Pak Itam dan Mak Kiah ibarat ______ , namun, mereka tidak pernah mengharapkan bantuan orang lain. Ajauh bau bunga, dekat bau tahi Benggang sama enggang, pipit sama pipit Ckais pagi makan pagi, kais petang makan petang Dberat mata memandang, berat lagi bahu memikul

18. Janganlah kamu bimbang sekiranya kamu tidak bersalah, bak kata pepatah______ , pujuk Rima kepada Raimi. Akalah jadi arang, menang jadi abu Bbiar putih tulang, jangan putih mata Cberani kerana benar, takut kerana salah

19. Hati-hati apabila berkata-kata supaya tidak menyusahkan diri sendiri, bak kata pepatah ______ , kata ibu. Adi mana ada kemahuan, di situ ada jalan Bdi mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Cingat sebelum kena, berjimat sebelum habis Dkerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa

20. Ayah selalu menasihati abang supaya tidak bergaul dengan budak-budak nakal di kampung ini. Malangnya, abang menerima teguran itu sekadar ______. Amasuk telinga kanan, keluar telinga kiri Bdiam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat Cbuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali Dbanyak udang banyak garam,banyak orang banyak ragam

21. Ibu ______ dulang minuman ke ruang tamu lalu mempersilakan tetamunya minum. AmenatangBmenjinjing Cmemegang

22. Kami dapat menyaksikan demonstrasi ______ tikar mengkuang semasa melawat ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Amenekat Bmenenun Cmenganyam Dmenyusun

23. Pilih ayat yang betul. I. Hai! Apa khabar! II. Wah, pergi engkau dari sini! III. Syabas, kamu berjaya akhirnya! IV. Amboi, cantiknya pakaian kamu ini! AI dan II sahaja BIII dan IV sahaja CI, III dan IV sahaja DI, II, III dan IV

24. Pilih ayat yang betul. I. Aduh, senaknya perutku ini! II. Eh, mengapa kamu tidak masuk! III. Aduhai, malang sungguh nasib Pak Kaduk! IV. Wah, pandainya sahabat kamu berbahasa Tamil! AI dan II sahaja BIII dan IV sahaja CI, III dan IV sahajaDI, II, III dan IV

25. Walaupun Pak Harun penat menguruskan kolam ternakan ikannya, dia tidak ______ mengeluh. AharusBmahu CpernahDhendak

26. Usahanya yang tidak mengenal erti jemu selama ini ______ membuahkan hasil yang lumayan. Atelah Bdapat Cpernah Dhendak

27. Pekerja-pekerja di ladang ternakan rusa itu ______ bekerja walaupun hari telah beransur senja. Atelah Bbelum Csudah Dmasih

28. Saya bercita-cita ______ melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Pertanian di Universiti Putra Malaysia. Atelah Bpernah Chendak Dsedang

29. Bardin cuba ______ untuk keluar dari hutan setelah tersesat. Amati kutuBmati akal Ccari jalanDjalan tengah

30. Ayah selalu menasihati kami agar tidak ______ apabila telah berjaya kelak. Alupa diri Bpatah hati Cbusuk hati Dpatah kandar

31. Kita janganlah mengikut ______ supaya tidak menyesal pada kemudian hari. Adarah raja Bdarah muda Cdarah manis

32. Tuan Haji Zainal itu seorang hartawan yang ______. Beliau selalu menghulurkan bantuan. Akeras hatiBberat hati Cpanas hatiDmurah hati

33. Puan Roslin ______ kerana selalu membantu orang lain. Suaminya pula lebih dikenali sebagai ______ kerana sikap kedekutnya. Aisi hati isi perutBbaik hati tangkai jering Chati batu batu loncatan Dringan tangan tangkai jering

34. Biasanya, orang yang ______ akan disenangi oleh sesiapa pun, manakala orang yang ______ akan dibenci. Airi hati senang hatiBbaik hati hidung tinggi Cberat tulang ... ringan tulang Dmulut murai kera sumbang

35. Walaupun hidup ______ , Mak Cik Eton tidak pernah menyusahkan sesiapa. Amakan suap Bsebatang kara Csehelai sepinggang Dsetahun jagung

36. Hamid dan Lim rakan karib. Mereka ______ kerana tidak pernah berenggang. Abagai kertas dengan dakwatBbagai tikus membaiki labu Cbagai isi dengan kuku

37. Apabila kita membeli sesuatu barangan, pastikan terdapat tanda harga dan______ barangan yang dibeli daripada pihak penjual. Adijamin Bterjamin CjaminanDpenjamin

38. Kita perlu berbelanja secara ______ dan tidak mengikut perasaan. Aberada Bberkurangan Cberpandangan Dberjimat cermat

39. Kita hendaklah merancang setiap pembelian terlebih dahulu supaya tidak berlakunya ______. ApembazirBdibazirkan CpembaziranDmembazirkan

40. Peniaga ______ mempromosi barangan mereka untuk menarik perhatian pengguna. AbersaingBbertanding Cberkeinginan Dberharapan

41. Sebagai pengguna yang bijak, kita mestilah berjimat cermat semasa berbelanja. ______ yang melebihi pendapatan akan memudaratkan pengguna. ABelanjaanBBelanjawan CPerbelanjaan

42. Saya ingin sentiasa sihat dan cergas . ___ __ __ , saya perlu bersenam dan mengamalkan pemakanan seimbang. AOleh sebab ituBDi samping itu CNamun begitu DSemenjak itu43. Penyakit demam denggi telah menjadi wabak utama di negara kita. _______ , orang ramai masih kurang kesedaran tentang bahaya penyakit ini. ATambahan pula BLebih-lebih lagi CNamun demikian DDalam pada itu

44. Pencapaian sukan di Malaysia semakin meningkat. _______ , pihak kerajaan sangat menitikberatkan kebajikan para atletnya. ASemenjak itu BTambahan pula CBagaimanapun DSungguhpun demikian

45. Amalan bersukan akan menjadikan badan kita sihat. _______ , bersukan juga dapat mengisi masa lapang dan mengelakkan kita daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah. ASelain ituBBagaimanapun CLantaran itu

46. Kerja untuk membaik pulih kompleks sukan itu sedang dijalankan. _______ , kos pembiayaannya yang besar telah merumitkan keadaan. ADengan itu BSelanjutnya CTambahan lagi DWalau bagaimanapun

47. Gejala sosial semakin berleluasa di negara kita. _______ , didikan agama kepada anak-anak mestilah diterapkan sejak kecil. AOleh itu BSebaliknya CTambahan pula DWalaupun demikian

48. Saya tidak pernah menjejakkan kaki ke Pusat Dagangan Dunia Putra. _______ , saya akan ke sana sempena Pameran Buku Antarabangsa. AAkhirnya BJusteru CWalaupun begitu

49. ______ kaum menyertai gotong-royong yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Desa Harmoni. ASegalaBPelbagai CSeluruh

50 Sikap prihatin _ __ __ _ masyarakat telah berjaya menumakan kegiatan pembuangan sisa toksik di kampung tersebut. Asegala Bseparuh Csegelintir Dmasing-masing

51. ______ kamu buang tin-tin minuman itu di merata-rata tempat, lebih baik kamu bawa ke pusat kitar semula kampung kita ini, nasihat Mak Lijah kepada anaknya. ADariBPada CDaripada52. Kempen kesedaran ______ kebersihan dan pencemaran alam sedang giat dijalankan di seluruh negara. AakanBterhadap Ctentang

53. Sejak ______ pagi tadi ______ sekarang, mereka membersihkan kawasan balairaya itu. Apada keBdari pada Cke sehingga Ddari hingga

54. ______ penduduk kampung diminta membawa peralatan gotong-royong ______. ASetiap seluruhBSeluruh sekalian CSemua masing-masing DBeberapa masing-masing

55. Ceramah itu telah disampaikan ______ seorang doktor ______ Hospital Selayang. Aoleh dari Bkepada di Coleh daripada Ddari daripada

56. ______ pandangan pegawai daerah, ceramah itu sangat sesuai ______ penduduk kampung. APada denganBBagi terhadap CPada untuk DUntuk kepada57. ______ tunjukkan saya jalan yang paling dekat untuk ke Masjid Negara, pinta pelancong itu kepada Amir. ASilaBMari CJangan DTolong

58. ______ letak kotak itu di atas meja. Letakkannya di lantai, kata ayah kepada Shamsul. ASilaBJangan CTolong

59. ______ kumpulkan buku terpakai yang telah kamu bawa di sini, pinta Cikgu Aziz kepada murid-muridnya. ASila BMinta CHarap DJemput

60. Kami akan mengadakan Majlis Jamuan Perpaduan di balai raya. ______lah beramai-ramai ke majlis ini, kata Azizah kepada kawan-kawannya. ASilaBHarap CTolong

61. Kami menunjukkan arah yang betul ______ pelancong asing tersebut. ApadaBkepada Cdaripada

62. Haikal menyampaikan pesanan ______ ayahnya ______ Jawatankuasa Persatuan Penduduk Desa Harmoni. Adari pada Boleh dengan Cdari kepada Ddaripada kepada

63. Ayah membeli sebuah beg bimbit yang diperbuat ______ kulit. AdaripadaBdengan Cpada

64. Kelas 5 Mawar memenangi Pertandingan Kelas Ceria kerana murid-muridnya ______ menghias dan membersihkan kelas mereka. ArajinBcekap Ccepat

65. Cikgu berharap agar kamu menjalankan tugas dengan penuh bertanggungjawab.Pastikan kelas kita sentiasa ______ , kata Cikgu Zalina kepada kami. AsuciBbersih Cindah

66. Persekitaran sekolah yang indah dapat memberikan keselesaan dan ketenangan ______ belajar. AbiarpunBsementara Csemasa

67. Kawasan yang indah dan bersih di sekolah tidak akan wujud __ __ __ kita bersama-sama menjaganya. AbahkanBpadahal Csedangkan Dmelainkan

68. _____ yang mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan itu, kata Amir kepada kawan-kawannya sambil menunjuk ke arah Saiful. ADia BAnda CKami DMereka

69. Bapa Fah mi, Encik Harun ialah pensyarah di Univers iti Putra Ma laysia. ______ seorang yang berdedikasi dan sangat dihormati oleh pelajarnya. ADiaBKita CBeliau DMereka

70. Nenek berharap agar ______ sentiasa menghormati orang yang lebih tua, pesan Puan Mariam kepada cucu-cucunya. Akita Banda Ckamu

71. Abang melayari internet untuk mencari maklumat bagi meny iapka n kerja yang diberikan oleh guru ______. Adia Bnya Cbeliau Dmereka

72. Fahmi akan menyertai Kem Motivasi Jati Diri. Awal -awal lagi _ __ ___ telah menyediakan peralatan untuk dibawa bersama-sama. Adia Bsaya Ckita Dkami

73. Ampun tuanku, _ _____ datang mengadap, kata Hang Tuah kepada Sultan Melaka. Ahamba Bpatik Cbeta

74. Semasa menyanyikan lagu kebangsaan, ______ hendaklah berdiri tegak, kata ketua pengawas kepada murid-murid. Akami Bmereka Ckita