kkbi@rpi pengurusan tingkah laku

7
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH TINGKAH LAKU Nama : Adam Ling Jiun Xun Tarikh Lahir : 17.2.2006 Umur : 8 Tahun Tarikh Mula : 29 September 2014 Tarikh Semak : 10 Oktober 2014 Komponen Pengurusan Tingkah Laku Pengetahuan Sedia Ada Murid pernah dimarahi oleh guru kerana bergerak dan berjalan sesuka hati. Matlamat Jangka Panjang Murid dapat menghormati orang lain dan bersopan santun. Kekuatan / Minat Murid sangat berminat dalam lakonan. Kelemahan / Masalah Yang Dikenal Pasti Murid suka bergerak dan berjalan sesuka dalam sesi pengajaran. Objektif Jangka Pendek Pendekatan Penilaian / Tarikh / Tanggungjawab 1. Murid mendapatkan keizinan daripada guru sebelum bergerak. Guru mempamerkan beberapa ayat tanya kepada murid dan meminta muridnya membaca dengan berulang beberapa kali. 1. Pemerhatian 1.1 Murid meminta keizinan sebelum keluar dan pergi tandas.

Upload: winnie-kho

Post on 16-Nov-2015

731 views

Category:

Documents


34 download

DESCRIPTION

RPI Pengurusan Tingkah Laku

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH TINGKAH LAKUNama : Adam Ling Jiun XunTarikh Lahir : 17.2.2006Umur : 8 Tahun

Tarikh Mula : 29 September 2014 Tarikh Semak : 10 Oktober 2014

Komponen

Pengurusan Tingkah Laku

Pengetahuan Sedia Ada

Murid pernah dimarahi oleh guru kerana bergerak dan berjalan sesuka hati.

Matlamat Jangka Panjang

Murid dapat menghormati orang lain dan bersopan santun.

Kekuatan / Minat

Murid sangat berminat dalam lakonan.

Kelemahan / Masalah Yang Dikenal Pasti

Murid suka bergerak dan berjalan sesuka dalam sesi pengajaran.

Objektif Jangka Pendek

PendekatanPenilaian / Tarikh / Tanggungjawab

1. Murid mendapatkan keizinan daripada guru sebelum bergerak.

Guru mempamerkan beberapa ayat tanya kepada murid dan meminta muridnya membaca dengan berulang beberapa kali.

Guru menggunakan kaedah simulasi. Seorang murid berlakon sebagai guru dan Adam berlakon sebagai murid.1. Guru memberi situasi bahawa murid ingin pergi ke tandas semasa sesi pengajaran.1.1 Murid dikehendaki mengangkat tangan sebelum bertanya kepada guru.1.2 Murid bertanya:Bolehkah saya pergi ke tandas?1.3 Selepas mendapat keizinan, murid baru keluar dari kelas.2. Guru memberi situasi bahawa murid diberitahu untuk berjumpa dengan guru kelas di pejabat semasa sesi pengajaran dijalankan.2.1 Seorang murid memberitahu bahawa Adam diminta untuk berjumpa dengan guru kelas di pejabat guru.2.2 Adam bertanya kepada guru: Cikgu, bolehkah saya keluar untuk berjumpa dengan Cikgu Tan di pejabat?2.3 Selepas mendapat keizinan daripada guru, murid baru pergi pejabat.

3. Jika murid tersebut dapat menunjukkan perbuatan yang betul, dia akan diberi token.1. Pemerhatian1.1 Murid meminta keizinan sebelum keluar dan pergi tandas.1.2 Murid menyebut ayat tanya dengan tepat dan betul.1.3 Murid tidak bergerak sesuka hati semasa sesi pengajaran.2. Kerjasama guru dan Pembantu Pengurusan Murid.2.1 Guru atau pembantu menegur murid jika dia bergerak secara suka hati dalam kelas

2.2 Guru dan pembantu meminta murid bertanya untuk mendapat keizinan sebelum bergerak apabila berada dalam kelas perdana Tarikh penilaian: 29 September - 10 Oktober 2014

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH TINGKAH LAKU

Nama : Louis Wong Lee LinTarikh Lahir : 04.12.2006Umur : 8 Tahun

Tarikh Mula : 1 Oktober 2014 Tarikh Semak : 31 Oktober 2014

Komponen

Pengurusan Tingkah Laku

Pengetahuan Sedia Ada

Murid pernah dimarahi oleh guru kerana membuat bising dalam kelas.

Matlamat Jangka Panjang

Murid dapat mematuhi arahan guru dan peraturan sekolah.

Kekuatan / Minat

Murid sangat berminat dalam lakonan.

Kelemahan / Masalah Yang Dikenal Pasti

Murid banyak bercakap dan bermain dengan rakannya.

Objektif Jangka Pendek

PendekatanPenilaian / Tarikh / Tanggungjawab

1. Murid tidak membuat bising semasa sesi pengajaran.

Pendekatan yang digunakan ialah simulasi.1. Guru memberi situasi bahawa seorang pengawas perpustakaan menegur pelajar yang bercakap dengan kuat dalam perpustakaan.1.1 Dua orang murid sedang bercakap dengan suara yang kuat dalam perpustakaan. Keadaan ini telah mengganggu pelajar lain.1.2 Pengawas memberi teguran kepada pelajar tersebut, Tolong diam semasa berada dalam perpustakaan.1.3 Pelajar tersebut pun kurang bercakap dan merendahkan suara apabila bercakap.2. Guru memberi situasi bahawa seorang pelajar memberi nasihat kepada rakan-rakannya yang membuat bising semasa guru tidak berada dalam kelas.2.1 Beberapa orang murid sedang membuat bising semasa guru keluar untuk menguruskan hal.

2.2 Seorang pelajar memberi nasihat kepada mereka, Tolong diam. Kami sepatutnya menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru, bukan bermain dan membuat bising.2.3 Murid tersebut balik ke tempat masing-masing dan membuat kerja.3. Jika murid tersebut dapat menunjukkan perbuatan yang betul, dia akan diberi token.

1. Pemerhatian1.1 Murid tidak membuat bising dalam kelas.1.2 Murid tidak bermain dan bercakap dengan rakannya dalam sesi pengajaran.1.3 Murid mengubah sikapnya yang banyak bercakap.1.4 Murid menumpukan perhatian kepada pengajaran guru.2. Kerjasama guru dan Pembantu Pengurusan Murid.2.1 Guru dan pembantu menegur sikap murid yang banyak bercakap.

2.2 Guru dan pembantu memisahkan tempat duduk murid dan rakannya.2.3 Guru dan pembantu meminta murid duduk sebelah murid yang berkelakuan baik.Tarikh penilaian: 29 September - 10 Oktober 2014

Cikgu, bolehkah saya pergi ke tandas?

Cikgu, bolehkah saya keluar untuk berjumpa dengan Cikgu Tan di pejabat?

Cikgu, bolehkah saya pergi membuang sampah?

Tandatangan ibu bapa /penjaga :Tarikh Bersidang

Akhir :

.

(Nama :...

Tandatangan Guru :

.

(Nama :...

Tandatangan ibu bapa /penjaga :Tarikh Bersidang

Awal :

.

(Nama :...

Tandatangan Guru :

.

(Nama :...

Tandatangan ibu bapa /penjaga :Tarikh Bersidang

Akhir :

.

(Nama :...

Tandatangan Guru :

.

(Nama :...

Tandatangan ibu bapa /penjaga :Tarikh Bersidang

Awal :

.

(Nama :...

Tandatangan Guru :

.

(Nama :...