kkbi sdp waj 3107 2013

5
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM : PISMP NAMA GURU PELATIH : TAJUK KURSUS : WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN SEMESTER : 4 TARIKH MULA 8 Julai 2013 TARIKH HANTAR 19 Ogos 2013 I. Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menghuraikan peranan seni dalam pendidikan 2. Menjelaskan konsep asas dalam seni visual, muzik dan pergerakan sebagai cara menghubungkaitkan pengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Merancang, mereka bentuk dan melaksanakan aktiviti meneroka, mengalami dan mengekspresi yang melibatkan kepekaan deria kanak-kanak. 4. Mengaplikasikan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan dalam pelbagai mata pelajaran yang lain. 5. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni. Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 2, 3, 4 dan 5. II. Objektif Kerja Kursus Projek Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Mengumpul dan memproses maklumat bagi unsur-unsur seni visual, muzik dan pergerakan mengikut Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah 1

Upload: jerung-jambu

Post on 21-Oct-2015

32 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

j

TRANSCRIPT

Page 1: Kkbi Sdp Waj 3107 2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP)

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM : PISMP NAMA GURU PELATIH :

TAJUK KURSUS : WAJ3107

SENI DALAM PENDIDIKAN

SEMESTER : 4

TARIKH MULA 8 Julai 2013 TARIKH HANTAR 19 Ogos 2013

I. Hasil Pembelajaran Kursus

1. Menghuraikan peranan seni dalam pendidikan2. Menjelaskan konsep asas dalam seni visual, muzik dan pergerakan sebagai

cara menghubungkaitkan pengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Merancang, mereka bentuk dan melaksanakan aktiviti meneroka, mengalami dan mengekspresi yang melibatkan kepekaan deria kanak-kanak.

4. Mengaplikasikan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan dalam pelbagai mata pelajaran yang lain.

5. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni.

Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 2, 3, 4 dan 5.

II. Objektif Kerja Kursus Projek

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Mengumpul dan memproses maklumat bagi unsur-unsur seni visual, muzik dan pergerakan mengikut Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah

2. Menghuraikan konsep dan mengaplikasikan teori serta hubungkait seni visual, muzik dan pergerakan dengan mata pelajaran lain melalui penulisan esei

3. Membuat kajian pemerhatian dan maklumat tentang penghasilan wayang kulit.

4. Menghasilkan skrip jalan cerita dan pementasan wayang kulit.5. Menganjurkan persembahan wayang kulit secara berkumpulan.6. Membuat perkaitan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan dalam

persembahan mereka.

1

Page 2: Kkbi Sdp Waj 3107 2013

III. Tugasan Projek (100%)

Bahagian A: Pengumpulan Maklumat (40%)

Menyediakan folio dengan mengumpul dan memproses maklumat yang berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam seni visual, muzik dan pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai mata pelajaran sekolah rendah secara individu. Nota hendaklah disediakan dalam bentuk pengurusan grafik. Pengurusan grafik hendaklah disediakan dengan kombinasi aplikasi manual dan grafik komputer. Pastikan penerapan unsur seni dan prinsip rekaan yang bersesuaian dalam persembahan tugas anda. Tugasan anda hendaklah lebih kurang 20 muka surat tidak termasuk isi kandungan dan bibliografi. (40 markah)

Bahagian B: Penulisan Akademik

Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner menunjukkan sokongan kepentingan seni yang perlu diberi peranan yang lebih penting dalam kurikulum. Ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui kecerdasan yang pelbagai. Bincangkan Intergrasi kecerdasan pelbagai dalam SDP dan perkaitannya dengan subjek major anda.

Esei anda hendaklah dalam lingkungan 1000 patah perkataan tidak termasuk helaian rujukan (20 markah)

Bahagian C: Persembahan

Secara berkumpulan seramai 4 orang, hasilkan persembahan wayang kulit.

Persembahan wayang kulit adalah suatu aktiviti yang boleh disesuaikan di dalam mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan. Aktiviti yang akan dipersembahkan nanti dapat memperlihatkan bahawa seni visual, muzik dan pergerakan boleh disepadukan menjadikan suatu persembahan yang menarik , menghiburkan para audien dan memberi manfaat dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.

Sub Tugasan:

a) Berdasarkan kenyataan di atas, hasilkan boneka wayang kulit secara berkumpulan. Boneka wayang kulit adalah satu permainan tradisional yang boleh berfungsi dan digerakkan. Bahan penghasilannya ialah dengan menggunakan kertas keras seperti kertas ‘mounting board’ atau sebagainya. Anda bebas memilih jenis watak yang disukai seperti watak Hanuman, Sri Rama dan sebagainya. Watak-watak yang dihasilkan perlu disesuaikan dengan jalan cerita yang akan dibentuk secara berkumpulan. Setiap kumpulan perlu menyediakan skrip cerita dan mempersembahkannya kepada audien. Panjang persembahan lebihkurang 20 minit. (40 markah)

2

Page 3: Kkbi Sdp Waj 3107 2013

Panduan Pelaksanaan Projek1. Tugasan ini adalah tugasan individu dan berkumpulan2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:

i. Fon Arialii. Saiz huruf ialah 11iii. Langkau satu setengah baris

4. Amalan plagiat tidak dibenarkan.5. Panjang tugasan lebih kurang 20 muka surat untuk pengurusan grafik dan 1000

patah perkataan untuk penulisan esei.6. Persembahan visual wayang kulit berdasarkan kepada skrip yang dihasilkan

untuk jangkamasa 20 minit.7. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 60%.8. Ujian akhir kursus membawa markah 100 dan wajaran 40%

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1. Format dan organisasi pengurusan grafik perlu jelas dan koheren.Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

2. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan.

3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil maklumat dan sokongan ilmiah.

4. Penulisan esei perlu jelas dan koheren dan menunjukkan kesesuaian teori, konsep dengan subjek major dan menggunakan laras bahasa yang betul dalam penulisan.

5. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi kehendak tugasan.

Kriteria PemarkahanTugasan ini akan dinilai berdasarkan templet garis panduan pemarkahan yang disedia.

Tugasan disediakan oleh Disahkan oleh Ketua Jabatan

___________________________ __________________________

(AZIMAH A. SAMAH) (TN HJ YAHYA B. PANOT)

Tarikh : 14 Jun 2013

3