documentkk

10
PENGENALAN Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pendidikan (KPM). Pendidikan Malaysia boleh didapatkan dari sekolah tanggungan kerajaan, s swasta atau secara sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi seko dan sekolah menengah. Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam kurikulum dan aspek lai pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya ditentukan oleh kem Terdapat peperiksaan piawai yang merupakan ciri yang biasa bagi negara seperti di Singapura dan "hina. Pendidikan Malaysia terdiri daripada beberapa peringka iaitu Prasekolah, Pendidkan #endah, Pendidikan Menengah dan Pengajian Tinggi. $anya pendidikan di sekolah rendah diwajibkan dalam undangundang. %leh itu, pengabaian keperluan pendidikan selepas sekolah rendah tidak melanggar undangundang. Sekolah rendah dan sekolah menengah diuruskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tetap yang berkenaan dengan pengajian tinggi diuruskan oleh Kementerian Pengajian Tin Malaysia yang ditubuhkan pada tahun &'' . Sejak tahun &'' , kerajaan memperkenalkan penggunaan bahasa *nggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran yang berkenaan dengan Sains dan Matematik. Pendidkan prasekolah menerima kemasukan kanakkanak dari umur empat hingg enam tahun. Pengajian tadika bukan merupakan pengajian wajib dalam pendidikan Malaysia. +amun begitu, penubuhan tadika oleh pihak swasta amat menggala Setakat ini, sebahagian besar Sekolah Kebangsaan mempunyai kelas prasekolah. +amun kemasukan ke kelas ini dibuka kepada anakanak dari keluarga berpendapatan rend Selain itu, pendidikan rendah bermula dari tahun hingga tahun -, dan me kemasukan kanakkanak berumur hingga & tahun. /ahasa Melayu dan bahasa *nggeris merupakan mata pelajaran wajib dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Sekolah rendah awam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis, iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekol Kebangsaan. Kurikulum di keduadua jenis sekolah rendah adalah sama. Perbe1aa dua jenis ini ialah bahasa pengantar yang digunakan. /ahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. /ahasa Tamil atau bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah 0enis Kebangsaan. Pada akhir tahun persekolahan sekolah rendah, ujian awam diadakan bagi menilai prestasi muridmurid. 2jian awam padaperingkat sekolah rendahdinamakan2jianPenilaian Sekolah#endah (2PS#).

Upload: ryn-zulfan

Post on 02-Nov-2015

245 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Sekolah

TRANSCRIPT

PENGENALANSistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pendidikan Malaysia boleh didapatkan dari sekolah tanggungan kerajaan, sekolah swasta atau secara sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam kurikulum dan aspek lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya ditentukan oleh kementerian. Terdapat peperiksaan piawai yang merupakan ciri yang biasa bagi negara-negara Asia seperti di Singapura dan China. Pendidikan Malaysia terdiri daripada beberapa peringkat iaitu Prasekolah, Pendidkan Rendah, Pendidikan Menengah dan Pengajian Tinggi. Hanya pendidikan di sekolah rendah diwajibkan dalam undang-undang. Oleh itu, pengabaian keperluan pendidikan selepas sekolah rendah tidak melanggar undang-undang. Sekolah rendah dan sekolah menengah diuruskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi dasar yang berkenaan dengan pengajian tinggi diuruskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2004. Sejak tahun 2003, kerajaan memperkenalkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran yang berkenaan dengan Sains dan Matematik.Pendidkan prasekolah menerima kemasukan kanak-kanak dari umur empat hingga enam tahun. Pengajian tadika bukan merupakan pengajian wajib dalam pendidikan Malaysia. Namun begitu, penubuhan tadika oleh pihak swasta amat menggalakkan. Setakat ini, sebahagian besar Sekolah Kebangsaan mempunyai kelas prasekolah. Namun kemasukan ke kelas ini dibuka kepada anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah.Selain itu, pendidikan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima kemasukan kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Sekolah rendah awam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis, iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Kurikulum di kedua-dua jenis sekolah rendah adalah sama. Perbezaan antara dua jenis ini ialah bahasa pengantar yang digunakan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Bahasa Tamil atau bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah Jenis Kebangsaan. Pada akhir tahun persekolahan sekolah rendah, ujian awam diadakan bagi menilai prestasi murid-murid. Ujian awam pada peringkat sekolah rendah dinamakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pelajar yang telah menduduki UPSR, dibenarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah.Sekolah menengah awam boleh dilihat sebagai pelanjutan skolah rendah. Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran selain Sains (Biologi, Fizik dan Kimia) dan Matematik (termasuk Matematik Tambahan). Para pelajar perlu belajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Seperti di sekolah rendah, setiap tingkatan mengambil masa selama satu tahun. Pada akhir Tingkatan Tiga, para pelajar akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR). Berdasarkan pencapaian PMR, mereka akan dikategorikan kepada Aliran Sains atau Aliran Sastera. Aliran sains akan menjadi pilihan ramai. Pelajar dari Aliran Sains dibenarkan untuk keluar dari aliran Sains lalu menyertai Aliran Sastera tetapi sebaliknya tidak dibenarkan. Pelajar-pelajar yang tidak mendapat keputusan yang memuaskan pula boleh memilih untuk menjalani pengkhususan vokasional di sekolah teknik. Pada akhir Tingkatan Lima, para pelajar perlu menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum menamatkan pelajaran di peringkat menengah. SPM adalah berdasarkan peperiksaan School Certificate United Kingdom lama sebelum menjadi peperiksaan Tahap O General Certificate of Education (Kelulusan Umum Pelajaran) yang menjadi GSCE (General Certificate Of Secondary School / Kelulusan Umum Sekolah Menengah). Sejak tahun 2006, para pelajar turut menduduki kertas GCE Tahap O bagi bahasa Inggeris selain kertas SPM Bahasa Inggeris biasa. Keputusan Lain ini adalah berdasarkan markah penulisan karangan bahasa Inggeris SPM diadakan di bawah pengawasan pegawai dari peperiksaan Tahap O British. Walaupun keputusan ini bukan sebahagian daripada SPM, keputusan ini akan dinyatakan pada kertas keputusan. Selepas SPM, para pelajar dapat membuat pilihan sama ada belajar dalam Tingkatan 6, Matrikulasi, Pengajian Diploma di pelbagai institute pendidikan seperti Politeknik. Jika mereka melanjutkan pelajaran dalam Tingkatan Enam, mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Tingkatan 6 yang terdiri daripada Tingkatan 6 Atas dan Bawah mengambil masa selama dua tahun. STPM dianggap lebih susah dari pada A-Level kerana merangkumi skop yang lebih mendalam dan luas. Walaupun STPM biasanya diduduki bagi mereka yang ingin belajar di university awam di Malaysia, STPM turut diakui di peringkat antarabangsa. Selain itu, para pelajar boleh memohon kebenaran untuk mengikuti program matrikulasi yang mengambil masa selama satu atau dua tahun. Pada suatu ketika dahulu, matrikulasi hanya mengambil masa selama satu tahun. Sejak tahun 2006, 30 peratus daripada semua pelajar matrikulasi diberikan program yang mengambil masa selama dua tahun. 90 peratus daripada tempat matrikulasi adalah di simpan untuk bumiputera. Program matrikulasi tidak seketat dengan STPM. Ramai berpendapat bahawa program ini lebih mudah daripada STPM, dan dikatakan untuk membantubumiputera belajar di universiti dengan mudah. Matrikulasi diperkenalkan selepas kuota emasukan universiti awam yang berdasarkan kaum dimansuhkan. Sesetengah pelajar menerima pendidikan prauniversiti di kolej persendirian. Mereka mungkin memilih diploma, A-Level, Program Matrikulasi Kanada atau kursus yang sama dari negara lain. Kerajaan mendakwa bahawa kemasukan university adalah berdasarkan meritokrasitetapi terdapat terlalu banyak program prauniversiti yang berlainan tanpa piawai yang boleh dibandingkan.Di samping itu, peringkat pengajian tinggi pula, banyak subsidi diberi oleh kerajaan untuk menanggung pendidikan di universiti-universiti awam tempatan. Pemohon memerlukan kelayakan STPM, matrikulasi atau diploma yang diiktiraf, serta kelulusan-kelulusan lain yang setara yang diiktiraf Kerajaan. Keputusan yang baik dalam peperiksaan tidak menjamin kemasukan ke universiti awam. Hal ini demikian kerana, tempat pengajian bagi sesetengah program adalah terhad dan adalah mustahil untuk university awam menerima semua pelajar-pelajar yang mendapat A dalam STPM. Oleh itu, adalah penting bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat dari pihak sekolah ketika mengisi borang permohonan.Menurut Wikipedia ( http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan.com ), pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam: pemberian pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan. Salah satu matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi.Mengikut secara logik, pendidikan bermula sejak dalam kandungan sehingga mati. Pendidikan sangat penting di masa yang akan datang dan membantu dalam mencari pekerjaan. Pendidikan mungkin bermula sebelum lahir seperti diharapkan oleh sesetengah penjaga yang memainkan muzik dan membaca kepada bayi dalam kandungan dengan harapan ia akan berkesan (mengajar) bayi mereka sebelum kelahiran. Sesetengah yang lain, pergelutan dan kejayaan kehidupan seharian adalah lebih bererti daripada persekolahan rasmi. Seperti kata Mark Twain : Saya tidak pernah mengizinkan persekolahan menjejaskan pendidikan saya. Ahli keluarga mempunyai kesan pembelajaran yang paling mendalam --sering kali lebih mendalam dari yang disedari mereka walaupun pengajaran ahli keluarga berlaku secara tidak rasmi. Kini, computer banyak memainkan peranan yang penting dalam pendidikan, sama ada sebagai alat bantu mengajar atau pun melalui pendidikan atas talian.Kesimpulannya, pendidikan amat penting dalam kehidupan seharian kita. Setiap masyarakat boleh mempelajari ilmu tanpa ada diskriminasi disebabkan oleh jantina, bangsa dan warna kulit. Malaysia amat menekankan pendidikan kepada semua rakyatnya kerana ia mendatangkan pelbagai kebaikan kepada setiap individu, keluarga, masyarakat dan negara. Masyarakat yang berpendidikan juga menjamin negara untuk mencapai negara maju pada tahun 2020 yang akan mendatang dalam masa beberapa tahun sahaja lagi.

1.0 SEJARAH PENUBUHAN SMK TAWAU IISekolah Menengah Kebangsaan Tawau II telah ditubuhkan pada Januari 1996 sebagai cawangan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau dan pada mulanya menumpang di Sekolah Menengah Teknik, Tawau. Pada masa ini, kelas rintis sebanyak lapan kelas dengan bilangan guru sebanyak lapan orang memulakan sesi persekolahan pada waktu petang.Pada awal penubuhan SMK Tawau II (cawangan) yang ditempatkan di SM Teknik Tawau ini, pentadbiran sekolah diselia oleh Encik Ahmad Abdul Salam selama lebih kurang enam bulan. Pada Jun 1996, sekolah ini berpindah ke Sekolah Kebangsaan Tawau II, yang kini dikenali sebagai SK Taman Tawau, dan ketika itu sekolah ini di bawah pentadbiran Encik Wong Chang Ming. Bagaimanapun selepas 3 bulan, beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengetua dan ditempatkan di sebuah sekolah di Kota Kinabalu. Murid tingkatan tiga pada tahun 1998 merupakan calon kumpulan pertama yang mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Januari 1999 sekali lagi sekolah ini berpindah ke salah sebuah bangunan SMK Tawau. Pada 25 Januari 1999, Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau (Cawangan) telah dipisahkan daripada SMK Tawau dan inilah detik permulaan penubuhan dengan diberi nama baharu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau II. Pentadbiran pada masa ini diketuai oleh Encik Hayadi Guliling selaku pengetua pertama. Bilangan pelajar pada masa itu hanyalah 88 pelajar tingkatan satu yang terdiri daripada 49 orang pelajar lelaki dan 39 pelajar perempuan dengan bilangan guru seramai 9 orang. Pelajar-pelajar hanya ditempatkan di 2 kelas di salah sebuah bangunan projek kilat di SMK Tawau dengan statusnya sebagai sekolah menumpang, sehinggalah berpindah semula ke Sekolah Kebangsaan Tawau II (SK Taman Tawau) pada 3 Ogos 1999 sehingga kini. Pada tahun 2007, kelas tingkatan 4 sebanyak 2 kelas telah dibuka dengan menawarkan aliran Sains Sosial. Calon SPM pertama pada tahun 2008 telah mencatat sejarah dengan pencapaian kelulusan 100 peratus.Pada 23 Mei 2009, SMK Tawau II telah terlibat dalam kebakaran yang bermula pada jam 1 petang. Kebakaran berpunca dari perkampungan bersebelahan sekolah tersebut yang telah mengakibatkan beberapa buah rumah terbakar. Selain itu, pusat sumber, surau, bilik akses dan bilik gerakan juga turut terbakar. Pada waktu kejadian, pelajar-pelajar SMK Tawau II sedang menjalani peperiksaan semester pertama manakala murid-murid tahun 6 SK Taman Tawau pula menjalani Program Kecemerlangan UPSR.2.0 PERKEMBANGAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAWAU II2.1 Perkembangan dari Segi Pentadbiran

Pengetua pertama yang berkhidmat di SMK Tawau II ialah Encik Hayadi bin Guliling iaitu bermula pada 25 Januari 1999 sehingga Jun 1999. Namun begitu, Encik Ahmad bin Abdul Salam memangku jawatan Pengetua setelah Encik Hayadi melanjutkan pelajaran di Institut Aminudin Baki. Seterusnya, Encik Ahmad bin Budin dilantik sebagai Pengetua SMK Tawau II yang berkhidmat pada September 1999 hingga Disember 2001. Puan Engku Juana binti Engku Alias dilantik sebagai Pemangku Pengetua pada Januari 2002 sehingga Mei 2003 menggantikan Encik Ahmad bin Budin yang dilantik menjawat jawatan Pegawai Pendidikan Daerah Kunak.

Setelah Puan Engku Juana bertukar ke Terengganu, Encik Abdul Majis bin Sapirin memangku jawatan Pengetua bermula Mei 2003 hingga 11 Oktober 2003. Seterusnya, buat pertama kalinya sekolah ini menerima Pengetua perempuan, Puan Natrah binti Samat yang berkhidmat pada 11 Oktober 2003 hingga 1 November 2004. Encik Abdul Majis sekali lagi memangku jawatan pengetua bermula 2 November 2004 hingga 14 Jun 2005, setelah Puan Natrah bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Arau, Perlis. Seterusnya, SMK Tawau II menerima Pengetua baharu, Encik Mohd Isa bin Hasan yang mula berkhidmat pada 14 Jun 2005 sehingga Julai 2010. Pada Ogos 2010, sekali lagi SMK Tawau II diterajui oleh seorang Pengetua perempuan iaitu Puan Norliza binti Mustapa yang berkhidmat sehingga kini.

2.2 Kemudahan Infrastruktur Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau II telah banyak mengalami perubahan sejak dari penubuhannya pada tahun 1996. Pada tahun 1996, SMK Tawau II hanya menumpang dan berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain. Pelajar-pelajar yang bersekolah di sekolah tersebut juga sedikit. Tetapi, setelah SMK Tawau II mendapat tempat untuk berada tetap di SK Taman Tawau, pelbagai perubahan telah berlaku daripada kemudahan infarstrukturnya. Pada tahun 2007, kelas kabin telah dibina untuk menampung pelajar yang semakin ramai untuk bersekolah di sekolah tersebut. Blok kabin yang lebih dikenali sebagai Kelas Kabin itu telah dibina dan memuatkan 4 kelas yang terletak bersebelahan dengan blok kilat yang sememangnya sudah dibina sebelum blok kabin tersebut dibina. Pada tahun 2009, SMK Tawau II telah terlibat dengan kejadian kebakaran yang menyebab kemusnahan yang teruk. Bilik guru, pusat akses, bilik gerakan, makmal sains, pusat sumber dan tandas lelaki telah terjejas akibat daripada kebakaran tersebut. Bermula dari situlah SMK Tawau II terus berkembang dari segi infrastrukturnya. Semua tempat yang terjejas telah dibaiki dan dipindahkan ke tempat baharu. Bilik guru, makmal sains, bilik gerakan dan pusat akses telah diperbaiki manakala tandas lelaki, pusat sumber dan surau telah dipindahkan ke tempat baharu. Surau telah dibina di kawasan yang terletak di antara Blok Kabin. Tandas lelaki pula dipindahkan berdekatan dengan Blok Kilat dan Pusat Sumber dipindahkan ke tempat baharu iaitu di hadapan Blok Kilat tetapi selepas beberapa tahun, Pusat Sumber dipindahkan semula ke tempat asal pusat sumber itu selepas kerosakan yang dihadapi telah dibaikpulih sepenuhnya. Manakala, bekas tempat baharu Pusat Sumber telah dijadikan Koperasi Sekolah. Pada masa ini, SMK Tawau II mempunyai 10 buah kelas yang menempatkan pelajar sidang pagi dan petang dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Pelbagai perubahan telah berlaku secara tidak langsung untuk mencantikkan lagi SMK Tawau II walaupun memegang status sekolah kecil di kawasan bandar.

3.0 PENCAPAIAN SMK TAWAU II 3.1 SMK Tawau II Cipta Sejarah Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada Tahun 2012 Pencapaian tiga pelajar SMK Tawau II memperolehi 9 A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 yang telah diumumkan bukan hanya membanggakan warga sekolah itu tetapi turut mencipta rekod baharu pencapaiannya. Pengetua berkata kedudukan sekolah itu juga meningkat kerana pada tahun sebelumnya SMK Tawau II menduduki tangga keenam terbawah di antara semua sekolah di Tawau, namun pada tahun 2012 mereka telah melonjak ke tangga ketujuh terbaik di daerah ini. Selain itu, rekod tertinggi dalam PMR sekolah itu dicatatkan pada tahun 2009 apabila mencapai 70.1 peratus dengan pemerolehan GPS sebanyak 2.85 mata, tetapi pada tahun 2012 mereka mencatatkan kelulusan 72.97 peratus dan GPS 2.68 mata. Kedua-dua pencapaian itu sekali gus menunjukkan SMK Tawau II telah berjaya melepasi sasaran atau Indeks Penunjuk Prestasi (KPI) yang telah ditetapkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Tawau. 3.2 Tawaran Baru untuk Pengetua Kali Pertama 2012 Tawaran Baru kepada Pengetua dan Guru Besar telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 untuk semua Pengetua dan Guru Besar yang telah berada di sesebuah sekolah yang dinilai sekurang-kurangnya bagi tempoh enam bulan, Prestasi Pengetua dan Guru Besar diukur berdasarkan kombinasi skor awam dan skor PKS-SKPM 2003. Tawaran ini merupakan satu usaha baharu kerajaan untuk memberi ganjaran kepada Pengetua DAN Guru Besar yang berupaya meningkatkan kecemerlangan sekolah berdasarkan satu kontrak perjanjian Baiah antara Pengetuadan Guru Besar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Menerusi Tawaran Baru Kepada Pengetua, pencapaian prestasi Pengetua diukur berdasarkan dua kategori, iaitu : Sekolah yang melepasi sasaran 88.00 peratus Skor Komposit (SK) dan ke atas, atau sekolah yang berjaya melonjakkan kedudukan sebanyak sekurangnya 300 anak tangga daripada sebelumnya.

Dalam PMR 2012, Gred Purata Sekolah (GPS) telah meningkat daripada 2.93 kepada 2.68 manakala GPS SPM melonjak daripada 5.99 kepada 4.77. oleh itu, SMK Tawau II tersenarai sebagai calon bagi kategori Lonjakan Perdana (LP), kerana telah melonjak sebanyak 504 anak tangga. Puan Pengetua telah membentangkan mengenai profil sekolah serta program sekolah sepanjang 2012 yang menyumbang kearah peningkatan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Pihak Nazir telah melakukan pencerapan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu terhadap Puan Pengetua di kelas 3 Delima. SMK Tawau II telah berjaya mendapat Anugerah Tawaran Baru Pengetua buat kali pertama pada tahun 2012. Majlis penganugerahan tersebut diadakan pada 13 Jun 2013 di Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. Puan Norliza binti Mustafa telah menerima anugerah tersebut daripada YB Dato Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan II.

Kejayaan ini bukan hanya terpancar di wajah pelajar sahaja malah pada pengurusan sekolah serta semua guru dan kakitangan.

PENUTUPSaya berharap dengan hasil kajian saya berkenaan SMK Tawau II ini akan dapat membuka mata orang ramai tentang kewujudan sekolah ini walaupun kedudukan geografinya yang terpencil dan jarang diketahui umum . Walaupun memegang status sekolah kecil yang berada di kawasan bandar tetatpi sekolah ini telah banyak melahirkan ramai pelajar cemerlang dan sekolah ini telah mencapai pelbagai kejayaan . Sekolah ini juga telah banyak berubah dari segi pembangunan walaupun kecil tetapi masih dapat menyediakan kemudahan kepada para pelajar dan juga para guru . Semoga dengan kajian saya yang tidak seberapa ini dapat mengurangkan pandangan serong orang ramai tentang sekolah kecil yang dikatakan tidak selesa dan kurang mendapat kejayaan jika menyekolahkan anak-anak mereka di sekolah ini tetapi telah sekolah ini telah membuktikan bahawa sekolah kecil juga boleh bertanding dengan sekolah-sekolah besar yang lain yang terletak dikawasan bandar.