kk persenyawaan luar rahim dan masa depan global

21
SEMINAR FIQH MEDIK 2012 15 MAC 2012 ARTIFICIAL REPRODUCTIVE TECHNIQUE [ART] PERSENYAWAAN LUAR RAHIM DAN MASA DEPAN GLOBAL DISEDIAKAN OLEH: FARAH AISYAH BINTI AHMAD MADIHAH BINTI MD YUSOF ASILAH BINTI ARIPIN NUR HUSNA BINTI ISMAIL NURUL NASUHA BINTI MOHAMAD ZAWAWI AFIFAH BINTI HAMDAN ADILA AZURA BINTI ABDULLAH

Upload: farah-aisyah-ahmad

Post on 01-Dec-2015

1.112 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

IVF dari sudut perubatan dan Fiqh

TRANSCRIPT

Page 1: KK Persenyawaan Luar Rahim Dan Masa Depan Global

SEMINAR FIQH MEDIK 2012

15 MAC 2012

ARTIFICIAL REPRODUCTIVE

TECHNIQUE [ART]

PERSENYAWAAN LUAR RAHIM DAN MASA DEPAN GLOBAL

DISEDIAKAN OLEH:

FARAH AISYAH BINTI AHMAD MADIHAH BINTI MD YUSOF

ASILAH BINTI ARIPIN NUR HUSNA BINTI ISMAIL

NURUL NASUHA BINTI MOHAMAD ZAWAWI AFIFAH BINTI HAMDAN

ADILA AZURA BINTI ABDULLAH

Page 2: KK Persenyawaan Luar Rahim Dan Masa Depan Global

PENDAHULUAN

Fitrah manusia pasti menginginkan kebahagiaan. Kebahagiaan bagi sepasang

suami isteri ialah kurniaan anak, sebagai penyejuk mata dan penawar hati. Dalam Islam

sendiri, antara matlamat perkahwinan adalah untuk meramaikan umat Nabi Muhammad

SAW, sebagaimana yang tercatit dalam hadis Rasulullah SAW:

Anas Ibnu Malik Radliyallaahu 'anhu berkata:

Rasulullah SAW memerintahkan kami berkeluarga dan sangat melarang kami

membujang. Baginda bersabda: “Nikahilah perempuan yang subur dan penyayang,

sebab dengan jumlahmu yang banyak, aku akan berbangga di hadapan para Nabi pada

hari kiamat.”1

Namun, realiti kehidupan di dunia milik Allah SWT, akan ada yang diuji olehNya

sebagai ukuran keimanan, yakni dengan masalah ketidaksuburan.

Seiring dengan peredaran zaman, kemajuan dan kemodenan dalam bidang

perubatan juga tidak ketinggalan. Pelbagai kajian telah dilakukan oleh para saintis,

maka muncul pelbagai alternatif baru bagi meyelesaikan masalah ketidaksuburan.

Alternatif ini dikenali sebagai Assisted Reproductive Technology (ART) iaitu Teknologi

Bantuan Pembiakan.

Kertas kerja ini mengupas isu yang berkaitan dengan salah satu teknik daripada

ART yang banyak digunakan oleh pasangan yang menghadapi masalah ketidaksuburan

iaitu In Vitro Fertilization (IVF) atau Persenyawaan Luar Rahim atau lebih dikenali

sebagai Bayi Tabung Uji.

Islam adalah agama yang syumul, mengambil berat setiap inci perkara dalam

kehidupan, begitu juga dalam sudut perubatan moden. Isu ini bukanlah perkara baru

dalam perbahasan, namun berapa ramai daripada kalangan kita yang cakna akan

perkara ini terutamanya dari sudut Fiqh Perubatan?

APA ITU KETIDAKSUBURAN?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, subur membawa maksud berupaya

menjalani persenyawaan (antara benih lelaki dengan benih perempuan).

Ketidaksuburan pula diertikan sebagai keadaan tidak subur, yakni tidak mampu

melahirkan anak.

Merujuk kepada buku Blueprints Obstetric & Gynecology edisi kelima

menyatakan infertility iaitu ketidaksuburan bermaksud kegagalan pasangan untuk

Sunan al Nasai 1

Page 3: KK Persenyawaan Luar Rahim Dan Masa Depan Global

memperoleh zuriat selepas 12 bulan mencuba melalui persetubuhan yang selamat dan

natural.2

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Dr Hamid Arshat, pakar sakit puan

terkenal di Malaysia, kes-kes ketidaksuburan, 35% adalah disebabkan penyakit atau

kecacatan pada zakar dan sperma oleh suami, 35% lagi ialah oleh penyakit dan

kecacatan di organ peranakan isteri, 5% pula kedua-dua sama-sama menyumbang

kepada masalah ketidaksuburan di dalam perkahwinan mereka. 20% lagi tidak diketahui

puncanya serta 5 % lagi mandul dan disahkan gagal untuk menghasilkan cahayamata

akibat tiada sperma dan juga mengalami kerosakan yang berkekalan pada organ

peranakan.3

Seiring peredaran zaman, maka terciptalah pelbagai teknik dan kaedah bagi

menyelesaikan masalah kesuburan ini. Buktinya di United States, pada tahun 2001, 1.2

juta wanita telah menggunakan bantuan perubatan untuk membolehkan mereka hamil

dan 10 peratus wanita telah menerima rawatan kesuburan sepanjang hidup mereka.

KETIDAKSUBURAN DALAM ISLAM

Terdapat beberapa senario kes yang digambarkan di dalam Al-Quran yang

membantu kita untuk mendapatkan gambaran yang betul tentang masalah

ketidaksuburan.

Dalam Al-Quran diceritakan kisah Nabi Zakaria AS tetap setia dan memberi

sokongan kepada isterinya. Dalam surah 21:89-90, Allah berfirman:

"Dan (ingatlah kisah) Zakaria, ketika dia berdoa kepada Tuhannya:"Ya Tuhanku,

janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah ahli

waris yang terbaik". Maka Kami kabulkan (doa)nya, dan Kami anugerahkan kepadanya

Yahya, dan Kami jadikan isterinya (dapat mengandung). Sungguh, mereka selalu

bersegera dalam (mengerjakan) kebaikan, dan mereka berdoa kepada Kami dengan

penuh harap dan cemas. Dan mereka orang-orang yang khusyuk kepada Kami.”4

Sebagai qudwah yang ditonjolkan oleh Nabi Zakaria AS, setiap permasalahan

yang berlaku, memerlukan kita untuk bergantung kepada Allah swt, Tuhan Yang Maha

Berkuasa. Baginda sendiri, walaupun seorang Nabi, tidak henti-henti berdoa memohon

kepada Allah SWT supaya dikurniakan cahaya mata untuk mewarisi perjuangan

mentauhidkan Allah.

, Aaron B Caughey, Philadelphia:Luppincott Williams & . Tamara L. Callahan5-Blueprint Obstetric & Gynaecology Ed Ke 2

Wilkins (LWW), 2009. 96.html-informasi-uji-tabung-http://www.hamidarshat.com/bayi 3

90-Anbiya’ ayat 89-Surah Al 4

Page 4: KK Persenyawaan Luar Rahim Dan Masa Depan Global

Cukup untuk kita petik satu hadis, Rasulullah SAW bersabda:

“Setiap penyakit pasti ada penawarnya.”5

Inilah satu prinsip penting yang diajar oleh Rasulullah SAW iaitu kita sebagai

orang mukmin tidak boleh berputus asa apabila ditimpa penyakit. Carilah penawarnya

kerana setiap penyakit itu pasti ada ubatnya.

Manusia perlulah berusaha mencari alternatif terbaik untuk mengatasi masalah

kesuburan. Namun begitu terdapat beberapa kes ketidaksuburan tidak dapat dirawat

walaupun pelbagai alternatif dan teknologi terkini telah dicuba. Semua ini ialah

ketentuan Allah swt.

Seperti firman Allah swt dalam surah Asy-Syura 42: 49-50;

"Milik Allah-lah kerajaan langit dan bumi; Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki,

memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki, dan memberikan anak

lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan jenis laki-laki dan

perempuan, dan menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Dia Maha Mengetahui

dan Mahakuasa.”6

DEFINISI

In-Vitro Fertilization (IVF) merupakan antara teknologi yang tidak asing lagi yang

dilakukan bagi mengatasi masalah kesuburan. IVF atau Persenyawaan Luar Rahim

adalah asas bagi Teknologi Pembiakan Gesaan (Basic Assisted Reproduction

Technique). Secara asasnya, teori IVF adalah persenyawaan berlaku dalam vitro (kaca).

Sperma lelaki dan ovum (telur) perempuan dicampurkan dalam satu piring makmal

dalam persekitaran yang sesuai. Setelah disenyawakan, embrio yang terhasil akan

dipindahkan ke dalam rahim.7 Kaedah IVF ini merupakan kaedah persenyawaan antara

ovum dan sperma yang berlaku di dalam tabung uji, bertentangan dengan normal, di

mana persenyawaan seharusnya berlaku di dalam tiub fallopian wanita.

Penggunaan teknologi IVF ini juga turut membawa kepada beberapa

permasalahan lain. Seiring dengan perkembangan teknologi dunia, di mana kaedah-

kaedah baharu pula diperkenalkan dalam mengatasi masalah kesuburan dan menjamin

Hadith Sahih Muslim 5

50-Syura ayat 49-Surah Asy 6 7. Kertas Kerja Bayi Tabung Uji menurut Perspektif Sains oleh Ahmad Shuib Yahaya. Program Thaqafah Online

Perubatan 2005.

Page 5: KK Persenyawaan Luar Rahim Dan Masa Depan Global

kualiti keturunan seperti kaedah Pembekuan Embrio, yang mana embrio dibekukan

untuk tujuan penggunaan akan datang, GIFT atau Gamete Intrafallopian Transfer

(Pemindahan Gamet Ke Dalam Salur Rahim) iaitu pemindahan hasil campuran sperma

dan ovum ke dalam salur rahim tanpa persenyawaan, ZIFT atau Zygote Intrafallopian

Transfer (Pemindahan Zigot Ke Dalam Salur Rahim) juga dikenali sebagai PROST

(Pronuclear Stage Transfer), terdapat juga kaedah TET (Tubal Embyo Transfer) iaitu

pemindahan Embrio ke dalam salur rahim, teknologi IUI (Intrauterine Insemination) iaitu

permanian beradas yang mana air mani disalurkan ke dalam tubuh wanita tanpa melalui

kaedah biasa iaitu persetubuhan, kaedah PGD (Preimplantation Genetic Disorder) iaitu

mengenal pasti keadaan bayi terlebih dahulu sebelum kehamilan berlaku, dan yang

terakhir kaedah ibu tumpang yang kini mendapat sambutan terutama di negara Barat

dimana sperma dan ovum milik pasangan suami isteri diimplankan pada dinding rahim

wanita lain8. Tidak dinafikan dengan kewujudan Teknologi Pembiakan Gesaan ini

membawa banyak kebaikan dalam institusi kekeluargaan, namun hadir bersamanya

kemudaratan yang perlu diberi perhatian.

Teknologi-teknologi baharu ini bukan sahaja berbeza menurut fitrah asal

kejadian manusia, tetapi turut mewujudkan persoalan-persoalan dalam menentukan

nasab dan keturunan, pemilikan harta pusaka, persoalan wali dalam pernikahan,

hubungan kekeluargaan dan sebagainya. Ringkas kata, teknologi-teknologi ini memberi

kesan kepada masa hadapan populasi dunia, di mana sekiranya diaplikasi secara

berleluasa, akan menyebabkan kekeliruan dalam pelbagai isu. Justeru, diharap dengan

penyediaan kertas kerja ini, IVF dan masa depan global memberi sedikit penjelasan

terhadap isu penggunaan teknologi IVF sekaligus membantu menyelamatkan generasi

masa depan.

SEJARAH IVF

Bermulanya kajian tentang IVF ini bukanlah mengambil jangka masa yang

pendek dan usaha yang enteng, namun memerlukan tempoh masa yang panjang dan

usaha yang berterusan. Hakikatnya, IVF bermula daripada kajian keatas haiwan iaitu

pada tahun 1959 oleh seorang Doktor di Boston, United States (US), Dr.Shang. Beliau

telah melaksanakan kajian keatas seekor arnab dengan menggunakan sperma dan telur

arnab, kemudian dimasukkan ke dalam rahim arnab .Kejayaan seterusnya direkod pada

tahun 1968 keatas seekor tikus.

Rentetan daripada itu, kajian keatas manusia dilakukan. Sudah berkali-kali

percubaan yang dilakukan keatas manusia, namun gagal.

Sehingga tahun 1976 hasil usaha Dr. Robert Edwards, seorang wanita telah

berjaya hamil, malangnya wanita tersebut menanggung risiko tinggi apabila kehamilan

berlaku diluar rahim (kelahiran ektopik) iaitu embrio tertempel pada tiub fallopian

Page 6: KK Persenyawaan Luar Rahim Dan Masa Depan Global

(saluran rahim). Oleh sebab itu, pembedahan terpaksa dilakukan untuk memotong tiub

berkenaan.

Walaubagaimanapun, usaha Dr. Robert Edwards tidak ternoktah dek kegagalan

itu. Beliau meneruskan usaha dan bersatu tenaga bersama Dr.Patrick Steptoe. Maka

tercatatlah satu sejarah dunia pada tanggal 25 Julai 1978, di Oldham Gen Hospital,

England. Pada hari tersebut, lahirnya seorang bayi tabung uji pertama di dunia; Louise

Brown selepas hampir seratus kali percubaan menemui kegagalan.

Kejayaan ini bukanlah pengakhiran, namun sebagai satu permulaan dan

pencetusan kepada kajian untuk teknik penyelesaian bagi masalah kesuburan. Selepas

detik kelahiran Louise Brown, pelbagai teknik baru berkaitan IVF diperkenalkan dan

tumbuhnya pusat-pusat rawatan dan klinik-klinik yang menawarkan kaedah ini kepada

mana-mana pasangan yang mengalami masalah kesuburan. Bermula dari itu, hampir

lebih sejuta kelahiran melalui teknik moden ini telah direkodkan.9

PROSEDUR IVF

Pertama sekali, ujian kesihatan perlu dijalani terlebih dahulu di pusat perubatan yang

menawarkan perkhidmatan bayi tabung uji ini. Ujian kesihatan ini bertujuan bagi

mengenalpasti kitaran haid, kitaran ovulasi, keadaan rahim, respon tubuh badan

terhadap beberapa jenis dadah bagi membolehkan doktor menjadualkan prosedur yang

sebaiknya mengikut kiraan yang dilakukan.

Stimulasi

Seterusnya, persediaan bagi membolehkan doktor mengeluarkan ovum daripada

rahim akan dilakukan. Doktor akan memberi beberapa jenis dadah bagi membolehkan

penghasilan folikel yang banyak, supaya dapat meningkatkan kemungkinan untuk

menghasilkan ovum yang banyak. Hal ini penting untuk menghasilkan ovum yang

berkualiti bagi proses persenyawaan. Mengikut siri Lupron, 14 suntikan akan diberikan

untuk merangsang ovulasi dan suntikan pada peringkat akhir adalah bagi menjadikan

ovum matang dan siap untuk diovulasi.

Pengeluaran Ovum

Selepas jumlah ovum yang diperlukan berjaya diperolehi, prosedur bagi

mengeluarkan ovum dari faraj akan dilakukan. Bagi menjalankan proses ini ubat pelali

akan diberikan supaya kesakitan tidak dirasai. Ovum yang telah diekstrak akan disimpan

di dalam bekas khas yang terdiri daripada medium cecair kultur dan disimpan di dalam

inkubator pada suhu badan. Prosedur ini hanya memakan masa 15-30 minit, dan jadual

untuk pemindahan embrio akan ditentukan kemudiannya.

9 In Vitro Fertilization and Embryo Transfer. J.D Biggers, United States of America: Churchill Livingstone, 1984.

Page 7: KK Persenyawaan Luar Rahim Dan Masa Depan Global

Persenyawaan

Ovum dan sperma akan disenyawakan di dalam makmal. Lebih kurang 100,000

sperma akan diletakkan bersama dengan satu ovum. Persenyawaan ovum dan sperma

ini akan didokumentasikan dan embrio yang terhasil akan disimpan di dalam tabung uji

dan diletakkan di dalam inkubator. Peringkat awal persenyawaan ialah dengan

terhasilnya dua nukleus dan ovum yang telah disenyawakan ini dinamakan zigot.

Pemindahan embrio

Ovum mengambil masa lebih kurang 18 jam untuk disenyawakan dan dalam tempoh

16-18 jam kemudiannya, ovum yang telah disenyawakan akan membahagi menjadi dua

sel, dan seterusnya empat sel. Selepas 48 jam setelah ovum diekstrak, embrio akan

terbentuk dan sedia untuk dipindahkan ke dalam rahim. Setelah pemindahan berjaya

dilakukan, janin yang terbentuk akan membesar di dalam rahim seperti kehamilan

normal.10

Hubungan antara anak dan ibu bapanya.

Secara fitrahnya kaedah kelahiran bayi bermula dengan pertemuan 2 anggota

sulit pasangan suami isteri ketika melakukan hubungan kelamin.Lantas, berlakulah

kaedah persenyawaan antara benih si suami (sperma) dan benih si isteri (ovum) dan

seterusnya membesar menjadi embrio. Oleh sebab inilah anak yang dilahirkan itu

mempunyai hubungan dan ikatan yang sangat erat dengan kedua ibu bapanya.

Hubungan anak dengan bapanya merupakan hubungan kejadian manusia

melalui air mani si bapa dan pewarisan ( صلة التكولن وانلتنلة ل) begitu juga dengan ibunya,

anak tersebut mempunyai hubungan kejadian manusia melalui ovum (telur) si ibu.

Bahkan, ada satu lagi hubungan antara anak dan ibunya iaitu hubungan ketika

mengandungkan anak dan penjagaan yang bersumberkan daripada rahim si ibu (صلة ا

.(لتحملانلتنالدة

Oleh sebab ini, sekiranya sperma bukan milik si bapa tetapi milik lelaki lain maka

di sana terputuslah hubungan si anak dengan si bapanya yang merupakan suami

kepada wanita tersebut. Apabila ovum yang bukan milik si ibu yang mengandungkan si

anak, maka di sana terputuslah salah satu daripada dua hubungan antara ibu dan anak.

Secara kesimpulan ringkas, apabila terputus salah satu hubungan tersebut maka si

bapa buka nlah si bapa yang sah terhadap anak itu dan si ibu bukanlah si ibu yang

sah.

Ivfprocedure.org 10

www.advancedfertility.com/ivf procedures.htm www.pulse-hospital.com/ivf-pregnancy-procedure.html

Page 8: KK Persenyawaan Luar Rahim Dan Masa Depan Global

Fasal 1 :Situasi penggunaan kaedah IVF dalam masyarakat

Sebelum dibincangkan permasalahan yang berlaku dalam hal ini maka cantiklah

sekiranya disenaraikan tiga perkara yang sangat penting dalam masalah ini :-

Sperma (air mani) lelaki

Ovum (telur) perempuan

Dinding rahim (tempat berlakunya penempelan) perempuan

Perlu juga diingatkan kembali, bahawa salah satu Maqasid Syari’ah ialah menjaga

keturunan.

Situasi persenyawaan melalui teknologi IVF

1. Persenyawaan air mani daripada pasangan suami isteri dilakukan, selepas itu

dikembalikan embrio tersebut ke dalam rahim si isteri.

2. Persenyawaan air mani daripada pasangan suami isteri dilakukan, selepas itu

embrio tersebut diletakkan ke dalam rahim isteri kedua (kes poligami).

3. Persenyawaan air mani daripada pasangan suami isteri dilakukan, selepas itu

diletakkan ke dalam rahim perempuan lain.

4. Persenyawaan air mani daripada seorang suami dengan air (telur) perempuan asing,

kemudian diletakkan embrio tersebut ke dalam rahim isterinya.

5. Persenyawaan air mani yang dilakukan oleh dua orang ajnabi, kemudian diletakkan

kembali embrio tersebut ke dalam rahim wanita ajnabi tersebut.

6. Persenyawaan air mani yang dilakukan oleh seorang lelaki ajnabi dengan seorang

isteri, kemudian diletakkan embrio tersebut ke dalam rahim perempuan lain.

7. Persenyawaan air mani yang dilakukan oleh seorang lelaki ajnabi dengan seorang

isteri, kemudian diletakkan embrio ke dalam rahim isteri lelaki tersebut.

8. Persenyawaan oleh pasangan bukan suami isteri tetapi embrio diletakkan ke dalam

rahim isterinya.

9. Persenyawaan air mani daripada pasangan bukan suami isteri, kemudian diletakkan

ke dalam rahim perempuan lain. ( Dalam kes ini melibatkan 3 individu yang langsung

tidak mempunyai sebarang hubungan).

Hukum syarak tentang perbincangan ini :

Situasi yang pertama : Hukum persenyawaan air mani daripada pasangan suami isteri

dilakukan, selepas itu dikembalikan embrio tersebut ke dalam rahim si isteri.

Page 9: KK Persenyawaan Luar Rahim Dan Masa Depan Global

Pendapat yang pertama : HARUS mengikut pandangan Majma’ al-Fiqh al-Islami11 .

Harus melakukan kaedah IVF dalam situasi ini dan ini merupakan pandangan

kebanyakan ulama’ masa kini dan juga keputusan Persatuan Kedoktoran Islam.12

Pendapat yang kedua : Tiada keharusan dalam melakukan IVF walaupun dalam situasi

ini, dan pandangan ini adalah pandangan yang mengHARAMkannya.

Pendapat yang paling rajih merupakan pendapat yang pertama. Dalilnya ialah :-

Sesungguhnya jelas di sini pensabitan nasab kepada kedua ibu bapanya (suami

isteri tersebut) kerana sumbernya(sperma dan ovum) datang daripada mereka.

Oleh sebab anak itu mendapat nasabnya maka, dia berhak untuk disabitkan hak

pewarisan dan hak lain-lain sperti anak-anak yang dilahirkan melalui kaedah

normal.

Perbuatan persenyawaan di luar rahim disempurnakan dengan menggunakan air

mani pasangan suami isteri, kemudian di masukkan ke dalam rahim isteri, ini

merupakan gambaran atau ibaratnya sama sahaja seperti melakukan

persetubuhan normal oleh suami isteri, yang anak itu dinasabkan kepada pemilik

sperma dan telur tersebut.13

Memiliki zuriat merupakan salah satu tujuan perkahwinan dalam islam, dan

kaedah IVF merupakan salah satu cara untuk mencapai kepada tujuan tersebut.

Ini merupakan salah satu cara untuk merawat masalah tidak dapat melahirkan

anak (sama ada masalahnya daripada pihak isteri mahupun suami) dengan

syarat sperma dan ovum mestilah daripada pasangan suami isteri yang sah.

Para ilmuan fiqh telah menetapkan keharusan dalam IVF bagi situasi ini dengan syarat

seperti berikut :

Penyempurnaan perbuatan IVF ini adalah dengan kerelaan pasangan suami

isteri dan pada waktu hubungan suami isteri masih kekal(belum bercerai).

Doktor yang melaksanakan kaedah ini perlulah daripada kalangan doktor Muslim

yang boleh dipercayai dalam agama dan ilmu kedoktorannya.14

Mempunyai jaminan yang sangat cukup daripada berlakunya percampuran

nasab.15

Fiqh Tibiyyah Mu’asarah (1/135) 11

Fiqhi tentang IVF (1/135)-Qadaya Tibbiyah Mu’asarah, keputusan al 12 Tantawi, (1/102)-Tantawi, Fatawa Ali at-At 13

Qadaya Tibbiyah Mu’asarah (1/140) 14

a Daurah Islami dalam perkara IVF dan bayi tabung uji pad-Fiqhi al-Islami, Keputusan Mujama’ al-Fiqhi al-Majalah al 15

yang ke-2, 1987 Masihi, (1/328)

Page 10: KK Persenyawaan Luar Rahim Dan Masa Depan Global

Situasi yang kedua : Hukum persenyawaan air mani daripada pasangan suami isteri

dilakukan, selepas itu embrio tersebut diletakkan ke dalam rahim isteri kedua (kes

poligami).

Kebiasaanya keadaan ini berlaku apabila perempuan yang mendermakan telurnya

mengalami masalah kesihatan, seperti rahim lemah atau dengan kehamilan itu akan

menyebabkan dia mendapat masalah kesihatan serta sebab-sebab lain. Untuk

gambaran situasi ini, insyaAllah kita akan bincangkan dalam fasal yang ketiga.

Situasi ketiga – kesembilan:

Dalam situasi berbaki ini, ia melibatkan individu selain suami isteri yang sah. Maka

HARAM melakukannya, dan ia merupakan perbuatan yang diHARAMkan syarak kerana

ia boleh menyebabkan masalah percampuran nasab dan menghilangkan sifat keibuan

yang sebenar. Bahkan ia membawa kepada kerosakan yang sangat besar terhadap

dunia.

Dalil HARAM terhadap baki situasi IVF :

Diriwayatkan oleh Rasulullah S.A.W : “Tidaklah halal bagi sesiapa yang beriman

kepada Allah dan hari akhirat, menyiram benihnya kepada tanaman lelaki lain.”16

Ini untuk mengelakkan berlaku hasil yang merosakkan nasab.

Maka, hadis ini melarang meletakkan air mani dengan cara situasi yang ketiga

hingga yang kesembilan atas dasar takut-takut berlakunya percampuran nasab,

dan tidak diketahui kepada siapa untuk menasabkan anak yang lahir dalam cara

ini.

Hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi dalam sunannya daripada Syatir bin

Syakil daripada ayahnya berkata : “Aku datang kepada Nabi yang mulia, maka

aku berkata, wahai Rasulullah : Ajarkanlah aku perkara yang aku perlu

berlindung daripadanya”, Maka bersabda Rasulullah “Katakanlah : Allah

sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada kejahatan pendengaran,

penglihatan, lisan, hati dan mani.”17

Secara zahirnya hadis ini menyatakan ‘kejahatan mani’ yang memberi maksud

berlindung daripada melakukan persetubuhan yang haram, dan juga ditafsirkan

sebagai penggunaan yang haram iaitu seorang lelaki meletakkan air maninya ke

dalam rahim bukan isterinya dan ini merupakan hakikat dalam gambaran

melakukan IVF kepada mereka yang tidak mempunyai ikatan suami isteri.

Sebarang hubungan antara perempuan dan lelaki yang tidak berlandaskan

hukum syar’ie merupakan hubungan yang sia-sia dan diharamkan oleh syarak.18

Tirmizi : Hadis Hasan-Riwayat Abu Daud, At 16

17 Tirmizi, Jami’ut Tirmizi-At Qadaya Tibiyyah Mu’asarah (1/24) 18

Page 11: KK Persenyawaan Luar Rahim Dan Masa Depan Global

Tidak sah disisi syarak seorang lelaki memasukkan air maninya ke dalam rahim

perempuan yang tidak halal untuknya, dan ini (walaupun dengan cara IVF)

menyerupai kepada perbuatan zina (dari segi hasilملواح لاالتمل ل ) iaitu anak yang

lahir bukan dari ikatan suami isteri yang sah.

Masalah 1 : Hukum Syarak dalam hak pewarisan kepada anak hasil IVF yang

dilakukan selepas kematian suami :

Gambarannya : Telah sempurna persenyawaan luar rahim (tabung uji) dengan benih

suaminya yang telah meninggal dunia sebelum sempat meletakkan embrio tersebut ke

dalam rahim si isteri, namun si isteri tetap meletakkan embrio tersebut ke dalam

rahimnya walaupun setelah kematian suaminya. Bagaimanakah hak pewarisan kepada

anak yang dihasilkan melalui perbuatan ini?

Hukum memasukkan embrio yang telah disenyawakan diluar rahim selepas

kematian suaminya adalah HARAM. Dan perempuan ini boleh dijatuhkan hukuman

ta’zir.

Ini kerana, hubungan perkahwinan antara dia dan suaminya telah berakhir

dengan sebab kematian suaminya. Oleh itu, memasukkan air mani ke dalam rahimnya

waktu ini adalah tidak sah.19

Hukum syarak dalam pewarisan anak yang dilahirkan dengan cara ini adalah

seperti berikut :-

Anak ini HARAM mendapat hak pewarisan kerana ia adalah hasil persenyawaan

selepas kematian suaminya, dan mereka yang bersetuju dengan pandangan ini ialah

daripada kalangan Hanafiah20 dan juga Syafi’iah21.

Ibnu Abidin al-Hanafi menyebut :

”أنهاممااجةىامجةىالتنطءامااتنالسكدخةتامنيازنجهاافيافةجها“22

Dapatlah difahami di sini, persenyawaan pada hukum syarak samalah dengan

hukum bersetubuh, dan seorang lelaki hanya boleh melakukan persetubuhan ketika

hayatnya, bahkan mustahillah sekiranya persetubuhan boleh dilakukan selepas

kematian. Sepertimana yang kita ketahui, dengan persetubuhan inilah terbinanya nasab

terhadap anak yang dilahirkan, akan tetapi dalam hal ini persenyawaan selepas

kematian suami maka di sana tidak terbinalah nasab, penafian nasab anak ini kepada

bapanya (pemilik sperma) memberi makna kepada penafian pewarisan juga.

Para Fuqaha’ telah meletakkan kaedah dalam pewarisan : Jika telah dithabitkan

nasab, maka boleh keatasnya mendapat hak warisan harta23. Kerana inilah anak yang

Qadaya Tibiyyah Mu’asarah, (1/22) 19

‘idah (5/180)Ibnu Abidin, Radda Muhtar ‘ala Darul Muhtar, kitabut talaq, babul 20 zawaj zaujatuhu, (6/530)-Syirbini, Mughnil Muhtaj, Kitabul Li’an, fasal qazaf az-Asy 21

Ibnu Abidin, Radda Muhtar ‘ala Darul Muhtar, kitabut talaq, babul ‘idah (5/180) 22 talak, babul li’an, (7/57)-Mabsut, kitab at-Assirkhusi, al 23

Page 12: KK Persenyawaan Luar Rahim Dan Masa Depan Global

dilahirkan dengan cara ini tidak berhak untuk mendapatkan hak pewarisan di sisi al-

Hanafiah.

Kesimpulannya, anak yang berhak mendapat hak nasab ialah yang lahir dari

hasil persenyawaan luar rahim ketika suami isteri masih hidup. Sekiranya suami

meninggal kemudian si isteri masih melakukan persenyawaan tiadalah ketetapan

nasabnya. Tiada ketetapan nasab memberi makna tiadanya ketetapan pewarisan juga.

Dalil Syariah HARAM mewariskan anak yang lahir dengan cara ini.

Tidaklah dinasabkan anak ini kepada bapanya (pemilik sperma) dan perempuan yang

melakukan perbuatan ini akan menanggung perbuatannya ini di dunia dan akhirat.

Hubungan suami isteri akan terputus dengan sebab kematian suaminya, maka

tiada lagi ikatan perkahwinan antara keduanya selepas kematian salah

seorangnya24.

Perbuatan ini merupakan perkara yang diharamkan, dan perlulah memberi

denda kepada perempuan tersebut atas sebab perbuatannya. (Jika memberi hak

pewarisan ibarat menggalakkan lagi perbuatan haram ini)

Nabi Muhammad S.A.W memberi nasab kepada anak yang dilahirkan daripada

persetubuhan syar’ie, dan menafikannya kepada persetubuhan yang haram

seperti zina. Maka, anak hasil daripada zina tidak berhak kepada bapanya,

bahkan ia berhak dinasabkan kepada ibunya. Hadis Rasulullah S.A.W :

”لتنتداتةفةلشانتةعاجةالتحجة“25

"..penzina (muhsan) tidak lagi layak kepada sesuatu kecuali rejaman batu

sehingga mati"

Persetubuhan juga mustahil dilakukan suaminya dengan rela selepas

kematiannya. Begitu juga dengan persenyawaan(sperma dan ovum) selepas

kematian suaminya.

Syariat Islam sangat menjaga keturunan daripada berlakunya percampuran

nasab atau hilang keturunan. Sesungguhnya cara ini menghilangkan keturunan

dan berlaku percampuran nasab.

Masalah 2 : Hukum IVF dengan menggunakan air mani lelaki yang diambil

sebelum berkahwin.

Gambaran : Seorang lelaki menyimpan spermanya sebelum berkahwin (لنللزلل) dan

kemudian dia berkahwin dengan seorang wanita. Setelah mereka berkahwin, wanita itu

melakukan persenyawaan luar rahim menggunakan sperma (yang diambil sebelum

berkahwin tadi) dan dimasukkan ke dalam rahimnya. Adakah dibenarkan?

Page 13: KK Persenyawaan Luar Rahim Dan Masa Depan Global

Dalil yang tidak membenarkan:

Sebahagian ulama Fuqaha’ Asy-Syafi’iah26, menyatakan HARAM melakukan

persenyawaan dengan sperma yang diambil sebelum aqad. Mereka

mensyaratkan sperma yang diambil selepas berkahwin sahaja boleh digunakan

dan persenyawaan hendaklah dilakukan ketika sah sebagai suami isteri.

Dalil yang membenarkan:

Sperma dan ovum yang digunakan adalah dari orang yang sama, sama ada

belum atau sudah berkahwin. Dengan syarat persenyawaan dilakukan selepas

berkahwin.

Hanya boleh menggunakan kaedah ini ketika wujudnya keperluan mendesak

seperti sakit.

Fasal 2 : Memilih jantina janin

Sepertimana yang kita ketahui, anak merupakan satu anugerah yang sangat

bermakna dalam perkahwinan.Bahkan pemilihan jantina juga sangat

penting.Kebiasaannya kehadiran anak lelaki sangat dinantikan kehadirannya dalam

keluarga kerana dikatakan mempunyai banyak kelebihan.

Sebagai contoh, di zaman arab jahiliyyah dahulu mereka terasa sangat terhina

sekiranya mendapat anak perempuan lalu mereka sanggup membunuh anak tersebut

hidup-hidup. Adat orang cina pula anak lelaki penting untuk mewariskan perniagaan dan

sebagainya.

Oleh sebab ini, wujudlah kepercayaan karut marut dalam masyarakat baik Arab

jahiliyyah mahupun Melayu.Sekiranya tidur dalam tepung anak yang dikandungkan

adalah anak lelaki, dan siapa yang mahukan anak perempuan tidurlah dengan barli dan

banyak lagi kepercayaan.

Hukum syarak dalam pemilihan jantina janin :

Permasalahan ini tidak dibahaskan dalam mazhab-mazhab fiqah dan tidak tercatat

dalam kitab mereka tentang permasalahan ini. Para ulama’ masa kini telas

membahaskan hukumnya :-

Pendapat yang pertama : HARUS memilih jantina janin dalam semua kaedah27

dengan syarat ia tidak membawa kepada kemudaratan terhadap perempuan

tersebut seperti mana hadis Nabi :

”الاضةةانالاضةلة“28

Mughnil Muhtaj, Kitab Ummahatul Aulad, (6/540) Asyarbini, 24

Bukhari, 2421-Bukhari, Sohih al-Al 25 Asyarbini, Mughnil Muhtaj, Kitab Ummahatul Aulad, (6/540) 26

kata Doktor Muhammad Uthman Syabir, Qadaya Tibiyyah Mu’asarah, (2/299)-Kata 27

Page 14: KK Persenyawaan Luar Rahim Dan Masa Depan Global

“tidak mudarat dan tidak memudaratkan”

(*terdapat sebahagian ulama' masa kini yang hanya membenarkan kaedah-kaedah

tertentu sahaja).

Pendapat yang kedua : HARAM memilih jantina janin dalam semua cara29.

Dalil pendapat yang mengharuskan :-

Berdoa untuk mendapat anak lelaki adalah HARUS, (apa yang dibolehkan untuk

kita buat maka dibolehkan untuk berdoa) tetapi syarat berdoa ialah tidak

meminta kepada yang haram. Seperti dalam al-Quran:

“Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku

menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku dan isteriku pula adalah

seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak

lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub dan

jadikanlah dia wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai.” Surah

Maryam : 5 – 6.

Akan wujudnya darurat yang menyebabkan pasangan suami isteri terpanggil

untuk memilih jantina anak. Contohnya seperti wujud penyakit yang hanya

menimpa kepada lelaki mahupun perempuan sahaja pada masa hadapan,

sebagai contoh penyakit genetik yang dibawa oleh kromosome.

Kaedah syar'iah ialah [asal kepada semua perkara adalah harus sehingga

datangnya dalil yang mengharamkannya]. Isu pemilihan jantina ini tidak ada dalil

yang mengharamkannya30, maka hukumnya kekal HARUS.

Ketetapan yang diletakkan hasil ijtihad dalam keharusan memilih jantina janin :-

Sesugguhnya pemilihan jantina merupakan isu yang bahaya, sekiranya tidak dilakukan

mengikut ketetapan, ia akan membawa kepada pelbagai masalah yang merosakkan.

Berikut ketetapan yang telah diletakkan oleh syariah :

Isu pemilihan jantina tidak menjadi isu yang am atau perkara yang biasa dalam

masyarakat, dan tidak dilaksanakan melainkan setelah mengikut ketetapan31.

Adanya penyakit genetik yang memerlukan kepada pemilihan jantina anak

seperti wujudnya penyakit yang dibawa oleh kromosome, jika ia hanya menimpa

anak lelaki sahaja atau sebaliknya.

Ahmad, Musnad, Hadis Hasan 2856 28 Salah seorang yang menyatakan pandangan ini ialah Doktor Rajihul Kardi, Doktor Hamam Sa’id dalam Qadaya 29

Tibiyyah Mu’asarah dan juga Syeikh Abdul Aziz Ali Syeikh. naza’ir (1/131).-ashbahu wan-alSuyuti, -As 30

injab, Doktor Muhammad Asyqar. Mua’sarah nadwatul-Islam wal Musykilat al-Al 31

Page 15: KK Persenyawaan Luar Rahim Dan Masa Depan Global

Wujudnya hajat yang membawa kepada keinginan pemilihan jantina. Seperti

sepasang suami isteri yang hanya dikurniakan anak lelaki dan berhajat untuk

memiliki anak perempuan walaupun seorang atau sebaliknya.

Bebas daripada sebarang pencampuran nasab dan hilangnya nasab32.

Fasal 3 : Ibu Tumpang

Hukum Syarak dalam perbahasan ini terbahagi kepada 2 bahagian :

Pertama : Mengambil sperma suami dan ovum isteri kemudian disenyawakan diluar

rahim kemudian diletakkan embrio tersebut untuk proses penempelan ke dalam rahim

perempuan asing bukan isterinya.

Kedua : Dalam kes poligami, lelaki yang mempunyai isteri lebih daripada seorang, boleh

jadi isteri pertamanya mengalami masalah kesihatan iaitu tidak mampu untuk

mengandungkan janin di dalam rahimnya tetapi mampu menghasilkan telur. Maka

diambil sperma si suami dan ovum isteri pertama untuk disenyawakan di luar rahim,

kemudian diletakkan ke dalam rahim isteri kedua.

Hukum Syarak pada permasalahan pertama: Mengambil air mani suami dan telur

isteri kemudian disenyawakan diluar rahim kemudian diletakkan embryo tersebut untuk

proses penempelan ke dalam rahim perempuan asing bukan isterinya.

Ulama’ sepakat dalam kaedah ini yakni menggunakan perempuan asing sebagai ibu

tumpang secara jelasnya HARAM untuk dilakukan.

Dalil Pengharaman

Firman Allah S.W.T :

“Dan mereka yang menjaga kehormatannya Kecuali kepada isterinya atau

hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.Kemudian, sesiapa

yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang

melampaui batas.” Surah Al-Mukminun : 5-6

Mafhum daripada ayat ini, HARAM meletakkan sebarang benda ke dalam rahim

perempuan lain melainkan kepada isteri sendiri atau hamba sahaya yang dimiliki.

Firman Allah S.W.T :

“Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan

(isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: Anak-anak dan cucu-cicit,

Sowa, (2/299).-Qadaya Tibbiyah Mua’sarah, petikan daripada Doktor Ali As 32

Page 16: KK Persenyawaan Luar Rahim Dan Masa Depan Global

serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal” Surah An-Nahl :

72

Mafhumnya: ibu tumpang bukanlah tergolong sebagai isteri yang menyambung

zuriat keturunan.

Sabda Rasulullah S.A.W :

“Tidaklah halal bagi sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,

menyiram benihnya kepada tanaman lelaki lain”.33 Maka, tidak halal sama sekali

bertemunya sperma dan telur dalam rahim wanita yang bukan isterinya.

Rahim perempuan juga turut terlibat dalam pembentukan janin, yakni memberi

makanan daripada darah rahim wanita ini34.

Dalam situasi ibu tumpang ini, rahim perempuan yang digunakan ini telah

bercampur dengan air mani lelaki ajnabi.35

Konsep ibu tumpang merosakkan makna keibuan. Ini kerana ibu tumpang

tersebut yang memberi makan kepada janin tersebut bahkan dia yang

merasakan kesakitan mengandung. Tetapi selepas dilahirkan, bayi diserahkan

kepada ibunya yang sebenar(pemilik ovum).36

Perbuatan ibu tumpang yang belum berkahwin akan mendatangkan penghinaan

dan kejian daripada manusia dan membawa kesan buruk kepada masyarakat.

Dan boleh jadi perempuan itu mengandungkan anak luar nikah tetapi mengaku

sebagai ibu tumpang untuk menutup kesalahannya. Firman Allah S.W.T :

“Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk

dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa

yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah

mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).”

Surah an-Nur : 19

Adakah perbuatan Ibu Tumpang berhak menerima hukuman zina?

Perbuatan ini merupakan perbuatan yang tidak sama dengan zina37, dan tidak boleh

dilaksanakan hukum hudud terhadap ibu tumpang ini kerana di sana wujudnya

perbezaan antara perbuatan ini dengan zina.

Tirmizi : Hadis Hasan-Riwayat Abu Daud, At 33

Tantawi, (1/103)-Tantawi, Fatwa Ali at-At 34 kata Doktor Badar Mutawalli -a’ul Islam, dipetik daripada kataMua’sarah nadwatul injab fi dh-Islam wal Musykilat al-Al 35

Abdul Basit. Muta’alaqah bin nisa’-Tobiyyah al-Ahkam at-Mansur, al 36

Tantawi, (1/103)-Tantawi, Fatawa Ali at-At 37

Page 17: KK Persenyawaan Luar Rahim Dan Masa Depan Global

Namun, perbuatan ini tetap HARAM, dan orang yang melakukannya berhak menerima

hukuman ta’zir yang ditentukan kadarnya oleh qadi/hakim seperti dipenjara atau bayar

denda. Berikut dinyatakan perbezaan antara dua perbuatan ini :-

ZINA IBU TUMPANG

Maksud : memasukkan zakar ke dalam faraj perempuan ajnabi dan jika bebas daripada sebarang syak wasangka akan dijatuhkan hukuman hudud.

Tidak melibatkan syarat-syarat zina seperti memasukkan zakar ke dalam faraj. Tidak sah untuk meng'qias'kan zina dengan ibu tumpang.

Persenyawaan berlaku di dalam rahim wanita tersebut.

Persenyawaan berlaku di luar rahim. Hanya embrio sahaja dimasukkan ke dalam rahim ibu tumpang.

Diyakini bercampur nasab antara lelaki dan wanita tersebut.

Tidak bercampur nasab kerana sperma dan ovum diyakini dari suami isteri yang sah.

Hukum Syarak pada permasalahan kedua :Dalam kes poligami, lelaki yang

mempunyai isteri lebih daripada seorang, boleh jadi isteri pertamanya mengalami

masalah kesihatan iaitu tidak mampu untuk mengandungkan janin di dalam rahimnya

tetapi mampu menghasilkan telur. Maka diambil sperma si suami dan telur isteri pertama

untuk disenyawakan di luar rahim, kemudian diletakkan ke dalam rahim isteri kedua.

Pandangan ulama’ dalam situasi ini.

Pendapat yang pertama : HARUS menggunakan kaedah ibu tumpang dalam situasi ini.

Pendapat yang kedua : TIDAK HARUS menggunakan ibu tumpang dalam situasi ini.

Setelah meneliti banyak buku serta pandangan daripada ulama’ fuqaha masa kini.

Maka, kami nyatakan keputusan Mesyuarat Panel Kajian Syariah (PKS) JAKIM kali ke-

60 dalam permasalahan ini.

Keputusan Mesyuarat Panel Kajian Syariah (PKS) JAKIM kali ke-60

Mesyuarat JAKIM kali ke-60 yang diadakan pada 3-5 September 2007, telah

membincangkan isu ini dan membuat keputusan seperti berikut :

Menggunakan kaedah ibu tumpang adalah HARAM, walaupun sperma dan ovum

adalah diambil daripada pasangan suami isteri yang sah kerana berlaku

kekeliruan dari segi nasab anak yang dilahirkan.

Kesucian ikatan perkahwinan yang sah TIDAK HARUS dicemari sepanjang

proses bantuan reproduksi atau ART. Pengamalk ART yang beragama Islam

mestilah mengawal dengan penuh tanggungjawab kesucian telur dan sperma

kepada pasangan yang mendapatkan rawatan. Oleh kerana percantuman

sperma dan telur bukan melalui kaedah biasa ia mestilah dilaksankan dalam

linkungan perkahwinan yang sah.

Page 18: KK Persenyawaan Luar Rahim Dan Masa Depan Global

Penglibatan pihak yang ketiga tidak dapat diterima sama sekali sama ada

sumbangan sperma, telur, embrio atau rahim. Amalan di dalam kaedah ART

yang berleluasa yang menggunakan kaedah sperma dan telur yang didermakan

atau menyewa ibu tumpang adalah bertentangan dengan prinsip asas islam

berhubung reproduksi manusia ; dan

Bagi kes poligami, menanam embrio ke dalam rahim salah seorang isteri

sebagai ibu tumpang, sedangkan ovum diperolehi daripada isteri yang lain.

Hukumnya berasaskan kaedah sad az-zara’ik.38

Majma’ al-Fiqh al-Islami pada daurah yang ke-lapan juga telah mengHARAM perbuatan

ini kerana berlaku kemungkinan yang sangat besar yang akan mengakibatkan kepada

penentuan nasab si janin.

Contoh-contoh keraguan :-

Isteri kedua yang menjadikan rahimnya sebagai tempat tempelan kepada benih

suami yang disenyawakan dengan benih madunya, wanita ini berkemungkinan

akan mengandungkan zuriatnya dengan si suami sebelum berlaku tempelan

hasil antara benih suaminya dan madu si isteri tersebut.

Atau boleh berlaku di sana kelahiran anak kembar yang kita tidak dapat pastikan

adakah kedua-duanya anak kepada isteri yang mendermakan rahim atau isteri

yang memberi ovum.

Berkemungkinan benih antara suami isteri pemilik ovum yang ditempelkan pada

rahim isteri yang menderma dinding rahimnya telah mati lalu berlaku

persenyawaan baru antara suami atau isteri yang mendermakan rahimnya.

Jelasnya, keraguan yang cukup besar ini pastinya akan menyebabkan seorang mujtahid

akan mengharamkan setiap cara yang mengakibatkan keraguan ini kerana islam

menitikberatkan masalah nasab seseorang.39

Nasab anak yang dilahirkan melalui kaedah ibu tumpang :

Di sana ulama yang terlibat dalam Muktamarat, Nadwah dan Mujami’ al-Fiqhiah telah

mempunyai pendapat yang berbeza tentang perbahasan penggunaan ibu tumpang bagi

kes poligami, adakah ibu kepada anak itu yang melahirkan anak atau ibu pemilik telur :

Pandangan ulama’ dalam masalah ini :

abatan Kemajuan Islam Kertas Kerja Hukum Menggunakan Kaedah Ibu Tumpang untuk Mendapatkan zuriat, J 38

Malaysia, JAKIM, 2008. Kertas Kerja, Persenyawaan Buatan dan Bayi Tabung Uji oleh Ustaz Hairul Nizam Mat Husin, Master Usul Fiqh 39

Universiti al-Azhar, Mesir, 2006.

Page 19: KK Persenyawaan Luar Rahim Dan Masa Depan Global

Pendapat pertama : Anak itu dinasabkan kepada ibunya yang asal yakni yang

mendermakan telur dan bukannya yang mengandungkan serta melahirkannya.

Dan ini merupakan pandangan sebahagian ulama’ Syafa’iah.

Pendapat kedua : Ibu kandung kepada anak ini adalah ibu yang mengandung

serta melahirkannya. Dan tidak dinasabkan kepada ibu yang mendermakan

telur.

Dalil yang paling rajih adalah pendapat yang pertama, berikut dalilnya :

Telur yang sempurna ditanam membawa semua sifat dan pengkhususan genetik

daripada telur sehingga kepada pembentukan janin. Bahkan rahim perempuan yang

mengandungkan anak itu sama sekali tidak menyumbang kepada sebarang perubahan

sifat dan genetik. Ibu yang mengandungkan anak ini hanya memberikan anak itu

daripada rahimnya makanan dan darah sehinggalah lahirnya anak itu.

Kelahiran secara biasa anak itu terbentuk daripada mani lelaki yang bersetubuh

bercantum dengan telur perempuan yang melahirkan.

PENUTUP

Konklusinya, IVF diharuskan oleh Islam dengan bersyarat dan diharamkan

dengan bersebab untuk menjaga kemaslahatan sejagat. Pensyariatan dalam Islam

bukan bertujuan menghalang tetapi bertujuan untuk mengawal kehidupan manusia agar

tidak melampaui batas dan tidak menyusahkan diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Segala maklumat dan kandungan yang terdapat dalam kertas kerja ini boleh

dijadikan panduan kepada kita semua apabila berhadapan dengan permasalahan yang

berkaitan dengannya pada hari muka. Segala kandungan yang ditulis di dalam kertas

kerja ini berdasarkan sumber-sumber yang sahih dan kajian ilmiah yang meyakinkan.

Hukum-hukum yang dikeluarkan boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada kita

semua. InshaAllah.

Semoga dengan penghasilan kerja ini dapat meningkatkan kefahaman kita

tentang Islam dan Sains. Sesungguhnya Islam itu mudah dan menjaga kemaslahatan

umatnya.

Page 20: KK Persenyawaan Luar Rahim Dan Masa Depan Global

RUJUKAN

Al- Quran dan hadith

J.D Biggers. 1984. In Vitro Fertilization and Embryo Transfer. Alan Trounson, Carl

Wood. United States of America: Churchill Livingstone.

Howard W. Jones Jr. 2002. Assisted Reproductive Technology: Accomplishment and

New Horizons, Christopher J. De Jonge, Christopher L.R Barratt. United Kingdom: The

PressSyndicate of the University of Cambridge .

Joseph G. Schenker 1988. In Vitro Fertilization and other Assisted Reproduction.

Howard W. Jones, Jr., Charlotte Schrader Vol 541 United States of America: The New

York Academy of Sciences.

Catherine M Marin, Alan S. Penzias 2003. Current Obstetric & Gynecologic: Diagnosis &

Treatment. Alan H. DeCherney, Lauren Nathan Ed. Ke 9. United States of America:

Appleton & Lange.

Danial Navot 2004, Textbook of Assisted Reproductive Techniques: Laboratory and

Clinical Perspectives, David K Gardner, Ariel Weissman, Colin M Howles, Zee Shoham

Ed Ke-2, United Kingdom: Taylor & Francais Group.

A Van Steirteghem 2004. Assisted Reproductive Technologies: Quality and Safety. Jan

Gerris, Petra De Sutter. United Kingdom: Taylor & Francais Group.

Hassan Hathout 1988. Islamic Perspectives in O&G. California: The Islamic

Organization of Medical Science.

Tamara L. Callahan, Aaron B Caughey 2009. Blueprint Obstetric & Gynaecology Ed Ke-

5, philadelphia: Lippincott Williams & Wilkins (LWW).

Salim Daya, Robert F. Harrison, Roger D Kampers 2004. Advences in Fertility and

Reproduction Medicine ( International Congress Series 1266) Netherland: Elsevier.

Ahmad Shuib Yahaya 2005. Kertas Kerja Bayi Tabung Uji menurut Perspektif Sains.

Program Thaqafah Online Perubatan 2005.

Dr. Tarik Abdul Man’am, 2010 Risalah dukturah, Ahkam at-Tadkhul at-tibbi fi an-Nutfah

al-basyiriah fi al-Fiqh al-Islamiy. Darul Nafais, Jordan.

Hairul Nizam Mat Husain, 2006.PMRAM, Kertas Kerja Persenyawaan Buatan dan Bayi

Tabung Uji.

Kertas Kerja Hukum Menggunakan Kaedah Ibu Tumpang untuk Mendapatkan Zuriat,

2008, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama

Islam Malaysia.

Page 21: KK Persenyawaan Luar Rahim Dan Masa Depan Global

*NOTA PENTING

Kertas kerja ini mengandungi banyak kelemahan terutamanya dari sudut analisis yang

penting ditinggalkan kerana kekangan muka surat yang diperuntukkan kepada kami.

Dan juga disebabkan kelemahan kumpulan kami sendiri yang terdiri daripada Tahun 1,

Ijazah Usul Fiqh dan sebahagiannya Ijazah Kedoktoran atau Pergigian ketika

menyiapkan kertas kerja ini.

Kertas kerja ini telah disemak oleh salah seorang calon Phd di Universiti Yarmouk.

Sebarang teguran kesalahan dan kesilapan fakta boleh terus berhubung dengan salah

seorang ahli kumpulan kami di alamat emel : [email protected]