dr rahim sudin

6
29 RAHIM SUDIN BIODATA Dr Rahim Sudin dilahirkan di Balai Panjang, Melaka pada 1 Disember 1957. Beliau merupakan anak ketujuh daripada 10 orang adik-beradik. Rahim mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bachang (1964– 1969), Sekolah Tun Mutahir, Batu Berendam Melaka (1970–1972) sebelum mendapat tawaran ke Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur (1973–1975). Selepas mengikuti kursus Matrikulasi Rahim meneruskan pelajaran di UKM dalam bidangan Kimia (1976–1981) dan memulakan perkhidmatan sebagai Pegawai Penyelidik di Institut Penyelidikan Perhutanan (FRI) di Kepong pada 22 April 1981 sebaik-baik sahaja menamatkan pengajian. Rahim mendirikan rumah tangga dengan Salamah Selamat pada 1982 dan dikurniakan lima orang cahaya mata. Bersama-bersama keluarga di hari raya

Upload: dokhanh

Post on 28-Jan-2017

252 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dr Rahim Sudin

29

RAHIM SUDIN

BIODATA

Dr Rahim Sudin dilahirkan di Balai Panjang, Melaka pada 1 Disember 1957. Beliau merupakan anak ketujuh daripada 10 orang adik-beradik. Rahim mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bachang (1964–1969), Sekolah Tun Mutahir, Batu Berendam Melaka (1970–1972) sebelum mendapat tawaran ke Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur (1973–1975). Selepas mengikuti kursus Matrikulasi Rahim meneruskan pelajaran di UKM dalam bidangan Kimia (1976–1981) dan memulakan perkhidmatan sebagai Pegawai Penyelidik di Institut Penyelidikan Perhutanan (FRI) di Kepong pada 22 April 1981 sebaik-baik sahaja menamatkan pengajian. Rahim mendirikan rumah tangga dengan Salamah Selamat pada 1982 dan dikurniakan lima orang cahaya mata.

Bersama-bersama keluarga di hari raya

Page 2: Dr Rahim Sudin

30

PERKHIDMATAN

Sebagai pegawai penyelidik di Cawangan Kimia Kayu ketika itu, Rahim ditugaskan untuk menjalankan penyelidikan di Seksyen Panel Berasaskan Kayu, Cawangan Kimia Kayu yang diketuai oleh En Wong Wing Chong sebagai Penolong Pengarah. Beliau ditugaskan untuk mempelopori bidang penyelidikan papan serpai ikatan simen. Sebelum itu, seksyen ini telah memulakan penyelidikan dalam bidang pengeluaran papan lapis, papan blok, papan serpai dan papan gentian. Antara Pegawai Penyelidik di Seksyen ini termasuklah Chew Lian Teck yang dibantu oleh Wong Chong Ngok dan Ong Cheng Lee (sebagai Penolong Pegawai Penyelidik) serta Jaaffar Ahmad, Muhammad Deraman, Saimin Basir dan Jalali Hj Salleh (sebagai Pembantu Penyelidik). Pada ketika itu Penyelidikan Panel Berasaskan Kayu, Pulpa dan Kertas dan Ekstraktif Kayu dilaksanakan secara berkongsi di bangunan Kimia Lama (Blok D 6). Pada tahun 1985, penyelidikan Panel Berasaskan Kayu berpindah ke Bangunan Kimia Baru (Blok D8) dan Bengkel Komposit Kayu sesuai dengan perubahan FRIM sebagai sebuah badan berkanun.

Pada tahun 1986, Rahim melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana di Universiti Sains Malaysia dan merupakan antara kumpulan perintis Pegawai Penyelidik FRIM yang melanjutkan ijazah lanjutan secara separuh masa di universiti tempatan. Ini adalah untuk menyahut cabaran

Bersama-bersama keluarga semasa cuti-cuti Malaysia

Page 3: Dr Rahim Sudin

31

Ketua Pengarah ketika itu (Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor) yang menggesa semua Pegawai Penyelidik FRIM melanjutkan pelajaran sehingga kepada ijazah kedoktoran. Rahim berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana melalui tesis penyelidikan ’Ciri-ciri Papan Serpai Ikatan Simen Menggunakan Sisa Kelapa Sawit’ pada tahun 1991.

Pada tahun 1993, Rahim berjaya mendapatkan Fellowship dari Food and Agriculture Organization (FAO) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat PhD di University of Sheffi eld, United Kingdom secara split programme. Perbincangan awal dengan penyelia dibuat di Sheffi eld, manakala kerja-kerja penyelidikan dijalankan di FRIM dan seterusnya penulisan tesis dan perbincangan dengan penyelia di Sheffi eld. Rahim berjaya mendapatkan ijazah PhD pada tahun 1997. Sekembalinya ke Malaysia, Rahim telah menumpukan penyelidikan kepada komposit-komposit kayu yang lain seperti papan gipsum, papan serpai, papan strand berorientasi (OSB), papan gentian berketumpatan sederhana (MDF) dan komposit polimer kayu (WPC). Kesemua penyelidikan ini menjurus kepada penggunaan semula sisa-sisa kayu, bahan sampingan pertanian seperti kayu getah, sisa kelapa sawit serta spesies hutan ladang dan kurang digunakan untuk diproses dan dijadikan produk bernilai tambah. Hasil penyelidikan beliau berjaya mendapat dua paten iaitu MY 122487-A (Lami-OSB : Board and Method for its Production) dan MY 1397078-A (Fibre Reinforced Cement).

Di sepanjang kariernya, Rahim berjaya menerima pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa sebagai pengiktirafan kepada sumbangan beliau dalam penyelidikan yang telah dilaksanakan. Pada tahun 2000, Rahim merupakan salah seorang daripada tujuh pemenang dari seluruh dunia yang telah dipilih untuk menerima Anugerah Outstanding Doctoral Research Award (ODRA) bagi thesis PhD beliau yang bertajuk Development, Properties and Durability of Oil Palm Fibre Cement Composites sempena persidangan IUFRO di Kuala Lumpur. Kecemerlangan Rahim dalam bidang penyelidikan berkembang pada tahun 2000 sehingga 2004 apabila hasil penyelidikan beliau memenangi pelbagai Anugerah Pingat Emas di pameran Ekspo Sains dan Teknologi Malaysia 2003, Gold Medal Award di International Invention Design and Technology Exhibition (ITEX 2003) dan Anugerah Pertama Inovasi Kerjasama dengan Pihak Industri anjuran MAMPU pada tahun 2003 melalui penyelidikan ’Development of First Lightweight Oil Palm Fibre Reinforced Cement Composites’ bersama-sama dengan Brunsfi eld dan IJM Corporation Sdn Bhd. Penyelidikan Rahim juga telah mendapat Anugerah Pingat Emas di Pameran 32nd International Exhibition of Inventions, New Techniques and Products of Geneva, Switzerland pada April 2004.

Page 4: Dr Rahim Sudin

32

Rahim merupakan pemenang pertama Anugerah Tokoh Pekerja Terbaik FRIM kategori Pengurusan dan Profesional yang diperkenalkan pada tahun 2004. Pada tahun berikutnya Rahim telah dicalonkan oleh FRIM untuk pemilihan Tokoh Pekerja peringkat kebangsaan. Pencalonannya telah disenarai pendek di kalangan 200 pekerja daripada pelbagai sektor swasta dan kerajaan dari seluruh negara untuk dinilai oleh Panel Juri Profesional dari Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Hasilnya Rahim telah terpilih sebagai Tokoh Pekerja Lelaki Peringkat Kebangsaan 2005 sempena sambutan Hari Pekerja pada tahun berkenaan dan menerima Anugerah tersebut daripada Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Sehingga kini, Rahim merupakan satu-satunya penjawat awam FRIM yang telah mendapat pengiktirafan Tokoh Pekerja Peringkat Kebangsaan.

Rahim telah dilantik untuk mengetuai Unit Ujian Komposit Kayu pada tahun 1997 setelah kembali menamatkan pengajian PhD. Pada ketika itu, industri panel berasaskan kayu Malaysia menghadapi cabaran global untuk bersaing dengan pengeluar dari luar negara. Bagi memastikan produk dari Malaysia mempunyai daya saing di peringkat antarabangsa, Unit Ujian Komposit Kayu (WCTL) telah mempertingkatkan keupayaannya bagi memenuhi keperluan pelanggan. Antara langkah yang telah diambil adalah untuk ujian yang dijalankan di WCTL mendapat pengiktirafan standard antarabangsa (ISO) dan juga Institut Kimia Malaysia Excellance Laboratory Award. Di bawah kepimpinannya, WCTL telah berjaya mendapatkan pensijilan ISO 9001:2000 pada tahun 2001, Akreditasi ISO/IEC 17025 pada tahun 2003, dan IKM Excellence Laboratory Award pada tahun 2004. Pensijilan dan Akreditasi berkenaan dikekalkan sehingga kini. Pada tahun 2005, Rahim dilantik sebagai Pengarah Program Pembinaan dan Perlindungan Kayu.

SUMBANGAN SOSIAL

Rahim terlibat secara aktif dalam aktiviti kemasyarakatan semenjak berkhidmat di FRIM pada tahun 1981 terutamanya bagi aktiviti Sukan dan Persatuan. Beliau telah diberi kepercayaan untuk menyandang hampir semua jawatan di dalam Kelab FRIM sebagai pemain, ahli jawatankuasa (AJK), Juruaudit Dalaman, Penolong Bendahari, Bendahari Kehormat, Setiausaha Kehormat sehingga Naib Yang Dipertua sehingga kini. Pada masa yang sama Rahim juga melibatkan diri sebagai AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Kepong (FRIM), Naib Yang Dipertua (NYDP) dan Yang Dipertua (YDP) dari tahun 1990-an sehingga 2010. Rahim juga telah menjadi AJK Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kepong dari tahun 2006 hingga sekarang. Selain itu, Rahim juga terlibat secara aktif dalam aktiviti masyarakat setempat beliau tinggal dan

Page 5: Dr Rahim Sudin

33

Dr Rahim menerima Anugerah Tokoh Pekerja Lelaki Kebangsaan 2005 daripada Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (Kini Tun)

memegang jawatan AJK dan Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Menjalara (Sektor 62) semenjak 2005. Di FRIM, Rahim juga terlibat secara aktif dalam Majlis Bersama Jabatan (MBJ). Beliau telah diberi kepercayaan untuk menerajui MBJ Pekerja dari tahun 2000–2004 bagi menangani isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan pekerja untuk dirundingkan dengan pihak majikan.

PRINSIP HIDUP DAN PESANAN KEPADA WARGA FRIM

Kata Rahim, ”Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah.” Semuanya memerlukan usaha yang gigih dan keikhlasan untuk melakukan yang terbaik. Insya-Allah, ganjaran akan diperoleh dengan keizinan-Nya juga.

KENANGAN DI FRIM

Suka apabila hasil kerja kita dihargai dan mendapat pengiktirafan dari pihak majikan, Kementerian mahupun kerajaan Malaysia.

Duka apabila pernah dimarahi oleh bos (Ketua Jabatan) apabila tidak dapat menyiapkan tesis dalam masa yang ditetapkan. Ini menjadi azimat kepada Rahim untuk menyelesaikan pengajian walau apapun yang terjadi.

Page 6: Dr Rahim Sudin

34

ULASAN KETUA PENGARAH

Dr Rahim Sudin yang saya kenali tidak pernah menolak sebarang tugasan yang diarahkan, hasilnya beliau berjaya menempatkan dirinya sebagai seorang penyelidik yang prolifi k dan disegani. Seorang yang sentiasa “cool” dan “steady” merupakan antara kualiti peribadi Dr Rahim yang sangat disenangi ramai, termasuklah saya.

Saya ucapkan syabas dan teruskan perjuanganmu, Dr Rahim!