kk mte3112

5
Hasil Pembelajaran Kursus : 1. Mengenal pasti kebolehan, kesukaran, kesilapan dan keperluan pembelajaran pelajar dalam Matematik. 2. Merancang aktiviti yang sesuai untuk pemulihan, pengayaan dan murid berkeperluan khas apabila diperlukan. 3. Mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang diperoleh dalam merancang, mentadbir, menganalisis dan mentafsir pentaksiran. 4. Mengintegrasikan teknologi dalam pentaksiran. Objektif Projek: Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Menghasilkan satu instrumen pentaksiran dalam matematik sekolah rendah dengan menggunakan teknologi maklumat. 2. Membuat analisis keputusan pelajar dan mentafsir skor mereka. TAJUK PROGRAM : PPG MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH NAMA PELAJAR: ______________________________ NAMA & KOD KURSUS : AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK (MTE3112) SEMESTER : 6 (Ambilan Januari 2011) TARIKH MULA : 27 JAN 2014 TARIKH HANTAR : 8 MAC 2014 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) TUGASAN PROJEK

Upload: masazlinz

Post on 20-Oct-2015

24 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

HUH

TRANSCRIPT

Page 1: Kk Mte3112

Hasil Pembelajaran Kursus :

1. Mengenal pasti kebolehan, kesukaran, kesilapan dan keperluan pembelajaran pelajar dalam Matematik.

2. Merancang aktiviti yang sesuai untuk pemulihan, pengayaan dan murid berkeperluan khas apabila diperlukan.

3. Mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang diperoleh dalam merancang, mentadbir, menganalisis dan mentafsir pentaksiran.

4. Mengintegrasikan teknologi dalam pentaksiran.

Objektif Projek:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Menghasilkan satu instrumen pentaksiran dalam matematik sekolah rendah dengan menggunakan teknologi maklumat.

2. Membuat analisis keputusan pelajar dan mentafsir skor mereka.

3. Merancang dan menjalankan aktiviti pengayaan atau pemulihan bagi murid-murid lemah atau berkeperluan khas.

4. Menulis refleksi tentang hasil aktiviti pengayaan atau pemulihan dan cadangan penambahbaikan.

TAJUK PROGRAM : PPG MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH

NAMA PELAJAR:

________________________________

NAMA & KOD KURSUS : AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK (MTE3112)

SEMESTER : 6 (Ambilan Januari 2011)

TARIKH MULA : 27 JAN 2014 TARIKH HANTAR : 8 MAC 2014

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

TUGASAN PROJEK

Page 2: Kk Mte3112

Tugasan Projek.

Dalam dunia pendidikan, pentaksiran yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi akan membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat. Oleh itu, amat penting bagi seseorang guru itu mahir tentang pentaksiran dalam pendidikan yang berlaku di sekolah.

Tugasan 1 (40%)

a. Dengan mengaplikasikan teknologi maklumat, anda dikehendaki menghasilkan satu pentaksiran dalam matematik sekolah rendah.

b. Seterusnya anda dikehendaki membuat analisis untuk mengenal pasti kebolehan, kesukaran dan kesilapan murid.

*Nota: Anda perlu menerangkan dengan jelas setiap langkah mulai dari -merancang-mentadbir-menyemak & memoderasi skrip-menganalisis dan-mentafsir hasil pentaksiran

Tugasan 2 (40%)

Rancangkan satu aktiviti pemulihan yang sesuai untuk membantu murid-murid yang lemah @ yang berkeperluan khas.

Nota: Anda perlu menerangkan dengan jelas setiap berikut:-merancang aktiviti-langkah-langkah aktiviti-bahan untuk menjalankan aktiviti-bukti perjalanan aktiviti-hasil aktiviti

Tugasan 3 (20%)

Tuliskan satu refleksi tentang hasil yang didapati selepas menjalankan aktiviti pengayaan @ pemulihan dan cara-cara untuk memperbaiki keadaan atau penambahbaikan yang boleh dilakukan seterusnya.

Page 3: Kk Mte3112

Panduan Tugasan

1. Tugasan ini hendaklah dijalankan secara individu.

2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:

2.1 Muka depan yang mengandungi maklumat lengkap Nama pelajarNombor Kad pengenalanKod dan nama kursusProgram dan Kumpulan/ unitTahun / semester

2.2 Fon Arial saiz 12

2.3 Langkau satu setengah (1½) baris

2.4 Rujukan format APA (setiap sumber dan rujukan perlu dinyatakan)

3. Panjang tugasan adalah lebih kurang 3000 perkataan. Anda boleh menggunakan ilustrasi @ gambarajah untuk menjelaskan huraian anda.

4. Rujukan dan lampiran tidak termasuk dalam pengiraan perkataan.

5. Amalan plagiat tidak dibenarkan dan pelajar yang berbuat demikian akan disingkir.

6. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

7. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%.

Tugasan disediakan oleh

MUHAMAD B. DORAMAN/ FARIDA BINTI MOHAMAD DAHARI / ONG CHWEE KONG Pensyarah Jabatan Matematik/ Sains

Disemak oleh

DR. FAIZAH BT. MOHD. GHAZALIPakar Bidang (SME) Jabatan Matematik

Di sahkan oleh

ZALENA BT. ABD. RAZAKKetua Jabatan Matematik

IPG Kampus Perempuan Melayu, MelakaTarikh: 21 /1 / 2014

Page 4: Kk Mte3112