kk lawatan ipt

6
SMK KAMPONG SOEHARTO 44010 KUALA KUBU BHARU SELANGOR DARUL EHSAN TEL / FAKS: 03-60461193 KERTAS KERJA LAWATAN PENDIDIKAN DAN PENDEDAHAN KERJAYA KE UNIVERSITI-UNIVERSITI AWAM TAHUN 2015 TARIKH: 05 NOVEMBER 2015 TEMPAT: UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) DAN UNIVERSITI MALAYA (UM) ANJURAN

Upload: epuls3200

Post on 20-Feb-2016

256 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kertas Kerja

TRANSCRIPT

Page 1: Kk Lawatan Ipt

SMK KAMPONG SOEHARTO44010 KUALA KUBU BHARU SELANGOR DARUL EHSAN

TEL / FAKS: 03-60461193

KERTAS KERJA

LAWATAN PENDIDIKAN DAN PENDEDAHAN KERJAYA KE UNIVERSITI-UNIVERSITI AWAM

TAHUN 2015

TARIKH:

05 NOVEMBER 2015

TEMPAT:

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) DANUNIVERSITI MALAYA (UM)

ANJURAN

KELAB PELABURAN BIJAK PNBSMK KG. SOEHARTO

Page 2: Kk Lawatan Ipt

1.0 TAJUK

Lawatan Pendidikan Dan Pendedahan Kerjaya Ke Universiti-Universiti Awam Tahun 2015

2.0 TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar mengenal pasti kursus-kursus yang ditawarkan oleh universiti berkenaan. Selain itu, lawatan ini dapat membantu dan memberi pendedahan kepada pelajar untuk menceburi bidang-bidang kerjaya pada masa akan datang selaras dengan kursus-kursus yang ditawarkan di universiti-universiti tersebut.

3.0 RASIONAL

Aktiviti pembelajaran dan pengajaran (P&P) bukan sahaja boleh berlaku di dalam bilik darjah, tetapi juga boleh diperolehi di luar bilik darjah. Sebagai pendidik, mempelbagaikan aktiviti pembelajaran boleh menimbulkan impak positif dalam jiwa para pelajar. Selain itu, ia dapat menggarap ilmu pengetahuan bukan sahaja daripada pengajaran guru tetapi juga melalui pengalaman yang dimiliki.

4.0 LATAR BELAKANG

Lawatan ini dianjurkan oleh Kelab Pelaburan Bijak PNB (KPBPNB) SMK Kg. Soeharto. Ia dibuka kepada pelajar khususnya pelajar tingkatan 3 yang telah selesai menduduki Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Program ini merupakan salah satu aktiviti wajib yang perlu dilaksanakan oleh KPBPNB setiap tahun untuk mendapatkan markah kelab. Markah penglibatan kelab amat penting bagi memastikan kelab sentiasa aktif dan membantu pelajar menambahkan pengetahuan dan pengalaman yang tidak dapat dimiliki semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas.

5.0 MATLAMAT

Melahirkan pelajar yang berilmu, berdisiplin dan bergiat aktif dalam setiap aktiviti yang dirancang bersesuaian dengan corak pembelajaran yang kondusif.

6.0 OBJEKTIF

6.1 Membina keyakinan diri, mental dan fizikal untuk bersama-sama menjayakan semua aktiviti kelab dengan penuh semangat dan iltizam yang tinggi.

6.2 Menimba pengalaman bermakna melalui aktiviti lawatan.6.3 Menghasilkan sebuah folio yang bersesuaian dengan aktiviti kelab.6.4 Menjalankan aktiviti sampingan di luar kawasan sekolah sebagai satu aktiviti luar bilik

darjah.6.5 Memberi peluang kepada ahli-ahli kelab serta pelajar yang terlibat untuk mengenali dengan

lebih dekat akan peranan dan operasi syarikat-syarikat pelaburan PNB. 6.6 Memberi peluang kepada ahli-ahli kelab serta pelajar terlibat untuk meneroka peluang-

peluang kerjaya dalam bidang pelaburan dan kewangan.

Page 3: Kk Lawatan Ipt

6.7 Menggalak ahli-ahli kelab membina cita-cita dan merancang kursus-kursus yang wajar diikuti selepas tamat persekolahan selari dengan bidang yang ingin diceburi.

7.0 GURU PENYELARAS KELAB

Kelab Pelaburan Bijak PNB SMKKS :En. Saiful Wizani Bin Suhat @ Suhan:En. Azrul Hisham Bin Hamzah:En. Abd. Hadi Bin Jamhari:Pn. Noraini Binti Pinni

8.0 PENGLIBATAN

Guru = 4 orangPelajar = 36 orangJUMLAH = 40 orang

- seperti di lampiran-

9.0 CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM

6.1 TARIKH

05 November 2015

6.2 TEMPAT

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya (UM)

6.3 SASARAN

Pelajar Kelab Pelaburan Bijak PNB SMK Kampong Soeharto serta pelajar PT3 seramai 36 orang

10.0 JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA

Pengerusi - Tn. Hj. Tajudin Bin Yahya (Pengetua)

Naib Pengerusi - En. Zulkafli Bin Sulaiman (GPK Pentadbiran)

En. Mat Amin Bin Mat Ghaus (GPK HEM)

En. Khairuman Bin Hamim (GPK Kokurikulum)

Page 4: Kk Lawatan Ipt

Setiausaha/Bendahari - En. Saiful Wizani Bin Suhat @ Suhan

Penyelaras Program - Pn Nor Aishah Binti Md Zin

Jawatankuasa Disiplin & Keselamatan - En. Azrul Hisham Bin Hamzah

Jawatankuasa Dokumentasi - En Abd Hadi Bin Jamhari

Jawatankuasa Pengangkutan - Pn. Noraini Binti Pinni

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Tambang Bas = RM 800.00Insurans (RM2.50 X 40) = RM 100.00Bahan Folio = RM 200.00 Makan minum = RM 900.00 JUMLAH = RM 2,000.00

9.0 SUMBER KEWANGAN

Sumbangan PNB = RM 2,000.00RM 2,000.00

10.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH MASA CATATAN

05 November 2015

07.00 pagi Berkumpul di SMK Kampong Soeharto

07.30 pagi Bertolak ke Kuala Lumpur

09.30 pagi Dijangka tiba di Universiti Malaya (UM)

11.30 pagi Bergerak Ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

2.00 petang Makan tengahari / Solat

3.00 petang Bergerak Ke Mid Valley Mega Mall Kuala Lumpur

6.30 petangBergerak pulang ke SMK Kampong Soeharto dan dijangka tiba jam 8.30 malam

Page 5: Kk Lawatan Ipt

11.0 PENUTUP

Diharapkan semoga aktiviti yang dirancang terlaksana dengan jayanya dan memberikan impak positif kepada pelajar yang menyertai. Selain dapat menambahkan pengetahuan pendidikan dan kerjaya, pelajar juga dapat menimba pengalaman melalui lawatan yang menyeronokkan ini.

Aktiviti ini memberi peluang secara langsung kepada ahli-ahli kelab dan pelajar-pelajar yang terlibat untuk mengenali dengan lebih lanjut tentang kepelbagaian aktiviti dalam pendidikan dan pendedahan kerjaya. Secara tidak langsung, pelajar-pelajar juga berpeluang memperolehi panduan dan maklumat tentang kerjaya dalam bidang-bidang berkaitan.

SMK KAMPONG SOEHARTO(BEA5062)44010 KUALA KUBU BHARU, SELANGOR

Tel / Faks: 03-60461193

Sila nyatakan rujukan kami Ruj. Kami :SMKKS/HS/02/05/001/Jld. 3( 01 )

apabila menjawab Ruj. Tuan : Tarikh : 21 Mac 2014

05 NOVEMBER 2015

LAWATAN PENDIDIKAN DAN PENDEDAHAN KERJAYA KE UNIVERSITI-UNIVERSITI AWAM TAHUN 2015

Page 6: Kk Lawatan Ipt