kk bml 3053-morfologi 2

Upload: perodua1962

Post on 05-Oct-2015

12 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

g

TRANSCRIPT

PERBANDINGAN GOLONGAN KATA NAMA ANTARA TATABAHASA DEWAN (1996) DAN NAHU MELAYU MUTAKHIR (1982)Pengenalan Bahasa Melayu ialah satu bahasa yang tersohor dan terkenal di Asia Tenggara. Dengan pengangkatan martabat bahasa Melayu melalui bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi malahan bahasa pengantar pendidikan menunjukkan betapa gagah perkasanya bahasa ini.

Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya. Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hukum bahasa yang menentukan bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Terdapat ramai sarjana Melayu yang mengiatkan diri dalam penulisan tatabahasa. Sejarah penulisan tatabahasa Melayu dimulai dengan Raja Ali Haji Bustan al-Katibin (1857), Zainal Abidin Ahmad (Zaba) Pelita Bahasa Penggal 1 (1940) Asmah Hj. Omar An Introduction to Malay Grammar (1969), Nahu Melayu Mutakhir (1982) dan Nahu Kemas Kini (2008) Arbak Othman Tatabahasa Bahasa Malaysia (1981), Nahu Bahasa Melayu (1986) Abdullah Hassan The Morphology of Malay (1974), Penerbitan Kata (1986) dan Morfologi (2006) Asraf Hj. Wahab Petunjuk Tatabahasa (2007) Nik Safiah Karim dan et. al Tatabahasa Dewan (1991), Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) dan Zaharani Ahmad Nahu Praktis (2007), yang banyak membantu persuratan Melayu berkembang yang mana seterusnya berkesinambungan kepada sarjana-sarjana Melayu yang lain

Namun begitu, perbincangan tugasan kerja kursus saya akan menjurus kepada perbandingan golongan kata nama antara Tatabahasa Dewan (Nik Safiah Karim et.al. 1996) dan Nahu Melayu Mutakhir (Asmah Haji Omar).Konsep Golongan Kata Bahasa MelayuNik Safiah Karim et.al. (1996) menggolongkan perkataan Bahasa Melayu berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik. Namun begitu, ahli-ahli bahasa lain pula membahagikannya berdasarkan pemahaman masing-masing (Ali Mahmood et.al. 2010) seperti berikut:

a. Golongan Kata Menurut Marsden (1812):

b. Golongan Kata Menurut Winstedt (1927)

Rajah 2: Golongan Kata Menurut Winstedt (1927) c. Golongan Kata Menurut Asmah (1968):

Rajah 3: Golongan Kata Menurut Asmah (1968)

d. Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996):

Rajah.4: Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996)Berdasarkan rajah-rajah di atas, menunjukkan bahawa golongan kata mengalami banyak perubahan,sejak Marsden (1812):hinggalah kini.Sepertimana yang dijelskan tadi, bahawa golongan kata menurut Tatabahasa Dewan (1996).menggolongkan perkataan Bahasa Melayu berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik namun, ahli-ahli bahasa lain pula membahagikannya berdasarkan pemahaman masing-masing. Oleh itu, penggolongan yang sedemikian didapati lebih selaras dengan status perkataaan satu bentuk bebas yang menjadi unsur binaan sintaksis iaitu frasa, klausa dan ayat. Binaan sintaksis bermaksud konstruksi yang dibentuk oleh perkataan yang dapat berfungsi sebagai ayat ataupun sebagai konstituen dalam ayat iaitu klausa dan frasa. Dengan hal demikian, perkataan dari sudut binaan sintaksis ialah bentuk yang minimum yang boleh menjadi unsur bagi setiap konstruksi sintaksis iaitu ayat, klausa dan frasa. Ayat dan frasa mengandungi 2 konstituen utama iaitu frasa subjek dan frasa prediket. Frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. Frasa prediket pula dibentuk oleh 4 jenis frasa iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK),frasa adjektif(FA) dan frasa sendi nama(FS). Frasa-frasa ini disebut frasa utama.Manakalamenurut Asmah Haji Omar( Nahu Melayu Mutakhir)kata boleh dimasukkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan ciri-ciri sintagmatik dan paradigmatiknya. Ciri sintagmatik sesuatu kata itu memperlihatkan:

1. Fungsi kata itu dalam struktur tertentu

2. Hubungannya dengan kata-kata lain dalam struktur yang sama.Misalnya, Ali boleh berfungsi sebagai subjek dan juga objek ayat disamping dapat berhubung secara langsung dengan kata kerja yang mengikuti atau mendahuluinya. Contohnya,

1. Ali memanggil Ahmad.

2. Ahmad tidak mendengar Ali.

Dalam hubungan paradigmatik, Ali boleh digantikan dengan kata nama lain, bapa, abang, saya, dia dan sebagainya. Dari itu, kita katakan Ali, bapa, abang, saya dan dia, memasuki satu golongan. Dalam penggunaan bahasa, adakalanya sesuatu kata nama itu dapat digantikan dengan kata nama sahaja dan ada kalanya tidak. Contoh di atas menunjukkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan antara kata-kata yang boleh menempati fungsi yang sama dalam ayat. Kata ganti nama adalah kata yang berdiri di tempat kata nama. Kata ganti nama boleh berfungsi pada subjek dan objek ayat. Kata ganti nama ialah kata-kata yang menggantikan, menanyakan serta menunjukkan kata nama atau frasa nama di dalam ayat .Ciri-Ciri Golongan Kata Nama Golongan Kata Nama menurut Tatabahasa Dewan (1996). merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti kepada binaan frasa nama dan lazimnya perkataan ini menamakan orang, tempat atau benda. Golongan kata nama ini boleh dibahagikan pula kepada sub golongan berdasarkan ciri-ciri semantik.

Menurut Asmah Hj. Omar (1986)pula, kata nama(nominals) terbahagi dua iaitu nama(nouns) dan kata ganti nama. Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada tiga subgolongan iaitu ganti nama diri, ganti nama penunjuk dan ganti nama tanya. Kata ganti nama diri menurut Asmah Hj. Omar (1995), adalah kata yang dapat menggantikan kata nama manusia.Ganti nama diri pula dibahagikan kepada tiga subgolongan iaitu pertama, kedua dan ketiga.Jenis/Bentuk/Golongan.Tatabahasa Dewan (1996).menyatakan jenis-jenis golongan kata nama dapat dipecahkan kepada subgolongan berdasarkan ciri-ciri semantik perkataannya iaitu :

Kata nama khas

Kata nama am

Kata ganti nama

Kata Nama Khas

Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama. Tatabahasa Dewan (1996) menyatakan, kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar dalam tulisan. Kata nama khas pula dibahagikan kepada dua, iaitu nama khas hidup dan nama khas tidak hidup. Nama khas hidup dibahagikan kepada dua, iaitu manusia dan bukan manusia.

Rajah 5:.Kata Nama KhasKata Nama Am Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu (i) hidup atau tidak hidup, (ii) manusia atau bukan manusia, (iii) Institusi atau bukan institusi, (iv) konkrit atau abstrak dan (v) berbilang atau tak berbilang seperti berikut;

Rajah 6:.Kata Nama AmKata Ganti Nama Menurut Tatabahasa Dewan (1996) kata ganti nama sebagai perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama dibahagikan kepada dua golongan kecil, iaitu (i) Kata ganti nama diri; dan (ii) kata ganti nama tunjuk.

Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tanya. Seterusnya, kata ganti nama diri orang dibahagikan kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga. Penggolongan kata ganti nama ditunjukkan seperti berikut:

Rajah 7: Kata Ganti Nama

Perbandingan /Dapatan/PerbincanganGolongan Kata NamaNik Safiah Asmah Haji Omar

Sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep.

Kata nama dipecahkan seperti berikut :

Kata Nama KhasKata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Terbahagi kepada dua iaitu :

Kata Nama Khas Hidup- -Manusia : Nina, Hani

-Bukan manusia: Lassie,Putih.

a. Kata Nama Khas Tak HidupContohnya : Kuala Lumpur, Proton Saga, Pasir Mas, Brunei, Gunung Jerai, Kata Nama AmKata nama am ialah perkataan yang merujuk benda atau perkara yang umum sifatnya. Kata nama am terbahagi kepada dua jenis, iaitu

a. i. Kata nama am konkrit (yang membawa konsep kebendaan)

Contohnya : tangan, pekerja, rumah, kereta, sungai, kambing, lautanii. Kata nama am abstrak (yang membawa konsep mujarad atau bukan kebendaan)

Contohnya : mimpi, roh, idaman, kedamaian, perpaduan serapanKata Ganti NamaKata ganti nama terbahagi kepada dua iaitu :

a.kata ganti nama tunjuk- kata ganti nama tunjuk umumcontohnya : ini, itu- kata ganti nama tunjuk tempatcontohnya : sini, situb. kata ganti nama diri- kata ganti nama diri tanyacontohnya : siapa, apa, mana- kata ganti nama diri orangManakala kata ganti nama diri orang terbahagi kepada

a. kata ganti nama diri orang pertamacontohnya : saya, aku, beta, kita, patik, kamib. kata ganti nama diri orang keduacontohnya : saudara, kamu, awak, kau, engkau, andac. kata ganti nama diri orang ketigacontohnya : ia, dia, beliau, mereka-nya

Kata benda yang berfungsi pada subjek dan objek ayat. Ia merujuk pada sesuatu yang bernyawa,tak bernyawa,konkrit dan abstrak. Ia dipecahkan :

Kata Nama Khas dan Am.i. Kata nama khas adalah nama orang,badan-badan tertentu,undang-undang,tempat,bangsa dan bahasa. Dalam tulisan huruf pertamanya huruf besar. Contoh, Tabung Haji, Sungai Siput.

ii. Kata nama am kata yang tidak merujuk kepada nama-nama secara khas dan tidak ditulis dengan huruf besar. Contoh,kertas,pensel,kaawan.Kata Nama Bernyawa Dan Tak Bernyawai.Kata nama bernyawa.Contoh, polis ,lembu, pokok ii. Kata nama tak bernyawa.Contoh, meja ,kerusi, bukuKata nama manusia dan bukan manusia.

i. Kata nama manusia terdiri daripada kata nama khas dan am.

ii. Kata nama bukan manusia terdiri daripada kata nama am.

Kata Nama Konkrit dan Abstrak i. Kata nama konkrit ialah benda yang boleh dilihat,sentuh,hidu, dengar .Contoh, air, angin,wangianii. Kata nama abstrak kata nama yang tak dapat dilihat,hidu,sentuh, dengar. Contoh fikiran,perasaan,kebahagian.

Kata Nama Berhitungan dan Tak Berhintungan.i. Dihitung dengan/tanpa penjodoh bilangan. Contoh, pensel,kereta ,baju.ii. Dihitung hanya menggunakan kata ukuran seperti kilo,kati,ela.Kata Nama Institusi dan Bukan Institusi.i.Institusi. Contoh ke sekolah, ke kementerian.ii. Bukan institusi. Contoh kepada sekolah, kepada kementerianKata Nama UkuranContoh, orang ekor,pokok, kuntumKata Nama WaktuContoh, pagi, siang, malam.Kata Nama TempatContoh, hulu,hilir,pinggir,seberang.Kata Nama Warna.Contoh, biru,merah,hijauKata Nama Kumpulan ( Hipernim)Contoh, buah ( epal,limau,kelapa)Kata Nama Bangsa dan Bahasai.Bangsa- Melayu,Cina, India.

ii. Bahasa- bahasa Malaysia, bahasa Iban.

Kata Nama Gelarani. Gelaran kekeluargaan- Pak Ali,abang, Anjang.ii. Gelaran pergaulan- Encik,Puan, Cik.

iii. Gelaran pergaulan tak sengaja-Tuan,Hajiiv. Gelaran warisan- Raja,Wan,Tengku.

v. Gelaran kurniaan- Datuk,Tun,Datinvi. Gelaran keagamaan- Haji, Hajahvii. Gelaran olokan- Si Badul, Si Luncai.

viii. Gelaran kegerunan- Sang Belang,Sang Bedal.ix.Gabungan gelaran- Pak Haji,Cik Nik.

ixx. Rujukan kehormat- Yang Maha Mulia.

Kata Ganti NamaKata ganti nama ialah kata yang berdiri di tempat kata nama. Terbahagi kepada :

i. Kata Ganti Nama Diri

ii. Kata Ganti Nama Tunjuk

iii. Kata Ganti Nama Tanya.

Kata Ganti Nama Diri.i. Ganti nama diri manusia (diri pertama,kedua, ketiga)

ii. Konteks sosiolinguistik-meliputi taraf social seseorang.

iii. Ganti nama bahasa diraja-beta,patik,tuanku.

iv. Ganti nama biasa

- Hormat-saya,tuan,puan.-Neutral- saya,anda, saudari-Kasar/intim- dia,aku,kamu.

v. Konteks nahu.- diperinci menurut bentuk dan fungsinya.

vi. Ganti nama kendiri- sendiri,kendiri.

vii. Ganti nama diri bukan manusia- ia,ianya.

viii.Bentuk klisis(lemah)- ku,kau,mu.

Ganti Nama Tunjuk.

- ini, ituGanti Nama Tanya.

- apa,siapa,mana,berapa?Kata Bilangan- Termaktub ciri jumlah di dalamnya

i. Kata bilangan kardinal.

- Kata nombor ( kata yang melambangkan nombor).Contoh,setengah,sesuku,sebelas ,dua.

- Kata kuantiti ( Jumlah yang tidak nyata) Contohnya, segenap,sekalian,separuh,suku.

ii. Kata bilangan ordinal.( kata yang melambangkan urutan dalam jumlah)Contoh, pertama,kedua,ketiga.

Golongan kata nama, seperti yang telah diterangkan dalam Tatabahasa Dewan, merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep. Golongan kata nama pula dipecahkan kepada subgolongan berdasarkan ciri-ciri semantik perkataannya, iaitu seperti yang berikut; Kata nama khas

Kata nama

Kata nama am

Kata ganti nama

Maksud ciri-ciri semantik kata nama ialah makna yang didukung oleh setiap perkataan yang tergolong dalam kata nama. Dengan berdasarkan makna demikian seluruh kata nama dapat dipecahkan kepada tiga subgolongan, iaitu kata nama khas, kata nama am, dan kata ganti nama. Manakala Asmah Haji Omar pula mengkelaskan kepada kata nama(nominals) dan ganti nama(pronouns). Ganti nama pula dipecahkan kepada tiga subgolongan iaitu penunjuk,tanya dan diri pertama, kedua dan ketiga

Kata Nama Khas

Tatabahasa Dewan menggolongkan kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu kata nama khas hidup dan kata khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia. Pembahagian kata nama khas boleh diterangkan melalui rajah berikut:

Kata nama khas hidup

(a)Manusia

NinaAhmadTun Abdul Razak

RubiHamidP.Ramlee

HaniJamilSultan Mahmud Shah

(b)Bukan manusia

Tompok

Ananas comosus (nanas hijau)

Si Belang

Vanda Diana ( sejenis orkid)

Sang Lamri

Nymphaea stellata (teratai kecil/telepok)Kata nama khas tak hidup

Kuala Lumpur

Kapal Diraja Malaysia

Pasir Mas

Sri Andalas

Ahli Mangku Negara

Daya Bumi

Gunung Kinabalu

Wisma Pahlawan

Proton Saga

Planet Marikh

Kata nama am pula ialah perkataan yang merujuk benda atau perkara yang umum sifatnya. Kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata nama am konkrit dan kata nama am abstrak, seperti rajah berikut:

Konkrit

Kata nama am

abstrak

Kata nama am konkrit

Kata nama am konkrit ialah jenis kata nama yang membawa konsep kebendaan. Contohnya:

Tangan

pekerja

Rumah

pelabuhan

Kambing

ketua

Sungai

jambatan

Lautan

kereta

Kata nama am abstrak

Kata nama am abstrak ialah jenis kata nama yang membawa konsep mujarad atau bukan kebendaan. Contohnya:

Mimpi

kedamaian

Roh

idaman

Idaman

kemerdekaan

Kehendak

perpaduan

Serapan

penyalahgunaanGolongan kata nama Asmah Haji Omar pula dibahagikan kepada 2 iaitu kata nama(nominals) dan ganti nama(pronouns) penunjuk,tanya dan diri pertama,diri kedua dan ketiga.

Selain itu, Asmah Haji Omar juga mengkelaskan kata nama khas secara terperinci iaitu adalah untuk nama orang, badan-badan tertentu, undang-undang, tempat, bangsa dan bahasa. Manakala Nik Safiah pula mengkelaskan kepada dua bahagian sahaja, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup.

Begitu juga untuk nama binatang, Asmah Haji Omar lebih terperinci. Contoh, perkataan Sang Belang sebagai gelaran kegerunan. Contoh lain berkaitan gelaran kekeluargaan seperti Pak Ali sebagai nama khas, manakala perkataan abang dirujuk sebagai kata nama am, walaupun dalam golongan gelaran yang sama. Nik Safiah pula mengkelaskan perkataan Sang Belang sebagai kata nama khas bukan manusia, manakala untuk gelaran kekeluargaan seperti Pak Ali sebagai kata nama khas, dan abang sebagai kata nama am.Pada pendapat saya, pengkelasan yang di buat oleh Nik Safiah lebih mudah kerana secara umumnya, murid-murid/pelajar terutama sekolah rendah, tahu membezakan antara benda yang hidup atau tak hidup. Namun begitu, terdapat persamaan antara kedua sarjana melayu tersebut berkaitan kata nama khas, iaitu dalam tulisan, huruf pertamanya /berpangkalkan huruf besar.Kata Ganti NamaTunjukMenurut Asmah Hj Omar , ganti nama penunjuk adalah ganti nama yang dengan jelas menunjuk kepada rujukan berdasarkan ukuran jarak. Bagi Tatabahasa Dewan pula, kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk itu.Oleh itu, kata ganti nama tunjuk ialah kata ganti nama yang digunakan atau yang berfungsi untuk menggantikan benda atau tempat yang ditunjuk. Kata ini merujuk pada yang dekat dengan orang yang bercakap, manakala, itu merujuk pada yang jauh. Kata ganti tunjuk ini dan itu yang bertugas sebagai penentu dalam frasa nama tidak boleh diletakkan di hadapan kata nama. Misalnya;

Ini beg.

Ini kereta. Selain berfungsi sebagai kata tunjuk, ini dan itu juga dapat berfungsi sebagai subjek ayat, predikat ayat, penutup frasa nama dan objek kata kerja. Misalnya:(1)Ini/iturumahpanjang.(subjek)(2)Pen awak ini/itu. (predikat)(3)Peniaga ini/itu dari Kedah. (penutup frasa nama)(4) Ahmad menghadiahkan ini/itu kepada Siti. ( objek kata kerja)Selain ini dan itu, ada kata ganti nama tunjuk yang lain yang digunakan untuk menunjukkan tempat iaitu sini (tempat yang dekat), situ (tempat yang agak jauh), dan sana (tempat yang jauh). Menurut Tatabahasa Dewan, kata ganti nama diri tanya ialah perkataan yang merujuk kepada benda atau orang dalam bentuk tanya. Tatabahasa Dewan menyatakan ada tiga kata ganti nama diri tanya iaitu, apa ( merujuk kepada benda atau perkara), siapa (merujuk kepada orang), mana (merujuk kepada benda atau orang). diri.Rujukan Diri

Sebelum ini,telah dinyatakan bahawa rujukan dinyatakan melalui penggunaan ganti nama diri. Disamping itu, ganti nama diri juga dipakai untuk menyatakan hubungan antara orang yang bercakap,orang yang dilawan bercakap dengan orang atau benda yang dicakapkan. Dalam tatabahasa ,kata ganti nama yang menunjukkan orang yang bercakap itu disebut kata ganti nama orang yang pertama, kata ganti nama yang menunjukkan orang yang dilawan bercakap itu disebut kata ganti nama orang kedua; sedangkan orang atau benda yang dicakapkan itu disebut kata ganti nama orang ketiga.Pembahagian ganti nama diri dalam Tatabahasa Dewan hanya kepada dua golongan ,iaitu kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tanya. Kata ganti nama diri orang merujuk pada ganti nama diri orang pertama seperti aku, saya,beta,patik kami dan kita; kata ganti nama diri kedua seperti anda,engkau,awak,kamu dan saudara, manakala kata ganti nama orang ketiga ialah,ia,dia,beliau,mereka dan nya.Kata ganti nama diri tanya merujuk pada orang iaitu siapa; benda atau perkara iaitu apa dan benda dan orang iaitu mana.Asmah Haji Omar membahagikan ganti nama diri kepada tiga iaitu diri pertama,diri kedua dan diri ketiga. Tiap-tiap diri itu mempunyai bentuk mufrad(tunggal) dan jamak(ramai). Untuk diri pertama, saya,patik ,beta, aku dan ku, adalah berbentuk mufrad, manakala kami dan kita berbentuk jamak. Untuk diri kedua iaitu tuan, puan, anda, kamu, engkau,saudara dan kau berbentuk mufrad, manakala tuan-tuan,puan-puan, anda dan kamu semua berbentuk jamak.Untuk diri ketiga iaitu ia, dia, -nya berbentuk mufrad dan mereka berbentuk jamak.Ganti nama ia menurut Asmah haji Omar,sudah tidak digunakan dalam fungsi merujuk orang ketiga mufrad. Ditempatnya. Digunakan dia. Dalam bahasa melayu masa kini, ganti nama ia hanya terdapat dalam bahasa kesusasteraan.

Ganti nama tanya menurut Asmah Haji Omar ialah kata yang menggantikan kata nama dalam pertanyaan. Ganti nama tanya mempunyai dua ciri khas, iaitu ciri ganti nama dan ciri pertanyaan. Dengan ciri ganti nama, kata dalam subgolongan ini boleh menggantikan kata nama atau kata bilangan. Dengan ciri pertanyaan, kata-kata ini digunakan dalam pertanyaan. Contoh ganti nama tanya mengikut Asmah Haji Omar ialah perkataan apa yang menggantikan kata nama bukan manusia(iaitu binatang) dan kata nama tak bernyawa, siapa yang menggantikan kata nama manusia,(yang)mana menggantikan semua kata nama dan berapa yang menggantikan kata bilangan. Mengikut Asmah lagi,ciri pertanyaan pada ganti nama tanya gugur apabila kata-kata yang berkenaan digunakan dalam ayat berlapis. Contoh;1) Saya akui apa yang disyarahkannya itu betul.2) Kami tidak kenal siapa orang itu.3) Terlalu banyak barangnya sampai tidak tahu (yang) mana yang hendak dipilih.4) Bapa tidak mengatakan berapa yang mesti dibeli.Daripada contoh di atas, jelaslah mengikut Asmah Haji Omar, ganti nama tanya tidak semestinya digunakan dalam bentuk tanya.Ia boleh terdapat pada ayat berlapis tanpa menggunakan tanda soal atau tanya.Rujukan PenunjukRujukan penunjuk dinyatakan melalui penggunaan ganti nama penunjuk. Kata ganti nama tunjuk menurut Tatabahasa Dewan ialah kata nama yang berfungsi menunjuk sesuatu perkara atau benda. Terdapat hanya dua kata ganti nama tunjuk, iaitu ini untuk menunjuk pada yang dekat dan itu untuk menunjuk pada yang jauh.Asmah Haji Omar juga sependapat dengan menyatakan bahawa ganti nama penunjuk adalah ganti nama yang menunjuk kepada rujukan berdasarkan ukuran jarak. Contoh yang diberi juga sama iaitu ini untuk menunjuk pada yang dekat dengan orang yang bercakap dan itu jauh darinya. Selain daripada itu, menurut Asmah Haji Omar, ganti nama ini dan itu boleh berfungsi pada subjek dan objek. Contoh;

1) Ini kerbau.2) Jangan ambil itu.

Ganti nama penunjuk ini dan itu, juga bertugas sebagai penutup frasa, maksudnya sesuatu frasa nama boleh ditambahkan secara terus menerus dengan kata nama atau sifat, tetapi penokokan ini tidak dapat diteruskan setelah diberi ini dan itu. Contoh;

1) Zarina anak mak Cik Bedah peniaga kain batik cap bunga itu.

Selain itu, ini dan itu juga boleh berfungsi sebagai penentu belakang yang hadir sesudah kata nama. Contohnya:

1) Jambatan lama ini akan dirobohkan pada minggu hadapan.2) Rancangan itu terpaksa dibatalkan kerana kurang mendapat sambutan.

Kata Ganti Nama Tak TentuKata ganti tak tentu ialah perkataan-perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama benda, nama orang, dan nama tempat yang tidak dapat disebut dengan tepat. Manakala Asmah Hj Omar (1986) pula,tidak mengakui adanya kata ganti tak tentu. Menurutnya, kata ganti tak tentu sebenarnya adalah kata ganti tanya yang sudah digugurkan ciri pertanyaanya dalam ayat berlapis.. Dalam Tatabahasa Dewan ,kata apa-apa, siapa-siapa, dan mana-mana adalah termasuk dalam golongan kata ganti nama diri tanya. Oleh itu, jika dilihat daripada semua pandangan, kata ganti nama tak tentu merupakan kata ganti yang merujuk kepada sesuatu benda atau perkara dan juga seseorang dengan tidak tentu. Kesimpulan

Penggolongan kata merupakan satu proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama. Penggolongan kata penting kerana dapat meletakkan gatra tertentu dalam ayat. Perkataan dalam bahasa Melayu bersifat berubah-ubah seperti chameleon iaitu perubahan mengikut fungsinya dalam ayat.Justeru itu saya perlu mempelajari konsep penggolongan kata dengan betul agar boleh membezakan mengikut kelas kata tersebut. Dalam menggolongkan kata, Tatabahasa Dewan dan Asmah Haji Omar menggunakan empat kriteria dalam linguistik iaitu morfologi,sintaksis,semantik dan fonologi.Walaupun terdapat perbezaan dalam golongan kata utama antara Tatabahasa Dewan dan Asmah Haji Omar .namun teknik mengkelasannya masih sama iaitu menggunakan empat kriteria utama. Kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kelas kata tugas dalam Tatabahasa Dewan tetapi Asmah Haji Omar mengolongkannya sebagai golongan kata utama. Manakala Asmah mengkelaskan kata nama di bawah subgolongan benda berbanding Tatabahasa Dewan yang menggolongkannya sebagai golongan utama. Selain itu, kata sifat dan kata kerja berada di bawah subgolongan karyaan oleh Asmah manakala Tatabahasa Dewan menggolongkannya di bawah golongan utama. Saya berpendapat bahawa buku Nahu Melayu Mutakhir merupakan hasil kajian yang mendalam tentang golongan kata. Sesuatu bidang ilmu boleh dikaji dan diolah dari berbagai-bagai sudut fikiran ,yang dalam itu sendiri ditunjangi oleh teori dan pendekatan. Asmah Haji Omar melihat bahasa secara eklektik. Dengan pendekatan seperti itu, maka cara pemaparan butir-butir bahasa bersifat maksimalis dan dengan demikian memberi kemungkinan menerangkan setiap butir yang berlaku dalam bahasa berdasarkan teori utama dan teori tunjangan yang diterapkan. Buku Tatabahasa Dewan pula adalah hasil olahan yang menunjang kehendak siahatmerakamkan sistem bahasa Melayu yang merupakan salah satu korpus utama bahasa Melayu dan menjadi pegangan oleh Kementerian Pelajaran. RujukanAsmah Hj Omar (1986). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj Omar (1993). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Nik Safiah et. al (2008) Tatabahasa Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.HBML 4803 : Perbandingan Tatabahasa Melayu ,Fakulti Pendidikan Dan Bahasa ,Open University Malaysia 2009Sumber Internet: http://journalarticle.ukm.my/1234/1/1.pdfhttp://books.google.com.my/books?id=ts_twE1_WXcC&pg=PA49&lpg=PA49&dq=asmah+haji+omar,kata+nama&source=bl&ots=bLjWojnSmb&sig=ofN5bECqEaiA-U-oAihS8j1qNcg&hl=en&sa=X&ei=nJtoUuWfIMjKrAeOmYH4BQ&safe=on&redir_esc=y#v=onepage&q=asmah%20haji%20omar%2Ckata%20nama&f=falseLaman Sesawang: Http://id.wikipedia.org/wiki/Infiks (Tajuk : Infiks, Sufiks, Afiks)

Laman Sesawang: Http://www.wilta.org/ber_prefix.htm. -13.8.2008, (Tajuk: Prefiks)

Laman Sesawang: Http://staff.iiu.edu.my/mascitah/pengaplikasian.doc. -13.8.2008, (Tajuk: Pengaplikasian Morfologi Bahasa Melayu

Sumber Jurnal:

http://mazlie-aqashah.blogspot.com/2009/09/kata-ganti-nama.htmlhttp://cikgeebm.blogspot.com/2013/02/morfologi.htmlhttp://www.slideshare.net/ghazali76/penggolongan-kataPERBANDINGAN UTAMA GOLONGAN KATANIK SAFIAH et.al (2008)ASMAH HAJI OMAR(2009)

KATA NAMA

BENDA

i. Kata Nama

ii. Kata Ganti Nama

iii. Kata Bilangan

Golongan Kata NamaNik Safiah Asmah Haji Omar

Sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep.

Kata nama dipecahkan seperti berikut :

Kata Nama KhasKata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Terbahagi kepada dua iaitu :

Kata Nama Khas Hidup- -Manusia : Nina, Hani

-Bukan manusia: Lassie,Putih.

a. Kata Nama Khas Tak HidupContohnya : Kuala Lumpur, Proton Saga, Pasir Mas, Brunei, Gunung Jerai, Kata Nama AmKata nama am ialah perkataan yang merujuk benda atau perkara yang umum sifatnya. Kata nama am terbahagi kepada dua jenis, iaitu

a. i. Kata nama am konkrit (yang membawa konsep kebendaan)

Contohnya : tangan, pekerja, rumah, kereta, sungai, kambing, lautanii. Kata nama am abstrak (yang membawa konsep mujarab atau bukan kebendaan)

Contohnya : mimpi, roh, idaman, kedamaian, perpaduan serapanKata Ganti NamaKata ganti nama terbahagi kepada dua iaitu :

a. kata ganti nama tunjuk- kata ganti nama tunjuk umumcontohnya : ini, itu- kata ganti nama tunjuk tempatcontohnya : sini, situb. kata ganti nama diri- kata ganti nama diri tanyacontohnya : siapa, apa, mana- kata ganti nama diri orangManakala kata ganti nama diri orang terbahagi kepada

a. kata ganti nama diri orang pertamacontohnya : saya, aku, beta, kita, patik, kamib. kata ganti nama diri orang keduacontohnya : saudara, kamu, awak, kau, engkau, andac. kata ganti nama diri orang ketigacontohnya : ia, dia, beliau, mereka-nya

Kata benda yang berfungsi pada subjek dan objek ayat. Ia merujuk pada sesuatu yang bernyawa,tak bernyawa,konkrit dan abstrak. Ia dipecahkan :

Kata Nama Khas dan Am.i. Kata nama khas adalah nama orang,badan-badan tertentu,undang-undang,tempat,bangsa dan bahasa. Dalam tulisan huruf pertamanya huruf besar. Contoh, Tabung Haji, Sungai Siput.

ii. Kata nama am kata yang tidak merujuk kepada nama-nama secara khas dan tidak ditulis dengan huruf besar. Contoh,kertas,pensel,kaawan.

Kata Nama Bernyawa Dan Tak Bernyawai.Kata nama bernyawa.Contoh, polis ,lembu, pokok ii. Kata nama tak bernyawa.Contoh, meja ,kerusi, bukuKata nama manusia dan bukan manusia.

i. Kata nama manusia terdiri daripada kata nama khas dan am.

ii. Kata nama bukan manusia terdiri daripada kata nama am.

Kata Nama Konkrit dan Abstrak i. Kata nama konkrit ialah benda yang boleh dilihat,sentuh,hidu, dengar .Contoh, air, angin,wangianii. Kata nama abstrak kata nama yang tak dapat dilihat,hidu,sentuh, dengar. Contoh fikiran,perasaan,kebahagian.

Kata Nama Berhitungan dan Tak Berhintungan.i. Dihitung dengan/tanpa penjodoh bilangan. Contoh, pensel,kereta ,baju.ii. Dihitung hanya menggunakan kata ukuran seperti kilo,kati,ela.Kata Nama Institusi dan Bukan Institusi.i.Institusi. Contoh ke sekolah, ke kementerian.ii. Bukan institusi. Contoh kepada sekolah, kepada kementerianKata Nama UkuranContoh, orang ekor,pokok, kuntumKata Nama WaktuContoh, pagi, siang, malam.Kata Nama TempatContoh, hulu,hilir,pinggir,seberang.Kata Nama Warna.Contoh, biru,merah,hijauKata Nama Kumpulan ( Hipernim)Contoh, buah ( epal,limau,kelapa)Kata Nama Bangsa dan Bahasai.Bangsa- Melayu,Cina, India.

ii. Bahasa- bahasa Malaysia, bahasa Iban.

Kata Nama Gelarani. Gelaran kekeluargaan- Pak Ali,abang, Anjang.ii. Gelaran pergaulan- Encik,Puan, Cik.

iii. Gelaran pergaulan tak sengaja-Tuan,Hajiiv. Gelaran warisan- Raja,Wan,Tengku.

v. Gelaran kurniaan- Datuk,Tun,Datinvi. Gelaran keagamaan- Haji, Hajahvii. Gelaran olokan- Si Badul, Si Luncai.

viii. Gelaran kegerunan- Sang Belang,Sang Bedal.ix.Gabungan gelaran- Pak Haji,Cik Nik.

ixx. Rujukan kehormat- Yang Maha Mulia.

Kata Ganti NamaKata ganti nama ialah kata yang berdiri di tempat kata nama. Terbahagi kepada :

i. Kata Ganti Nama Diri

ii. Kata Ganti Nama Tunjuk

iii. Kata Ganti Nama Tanya.

Kata Ganti Nama Diri.i. Ganti nama diri manusia (diri pertama,kedua, ketiga)

ii. Konteks sosiolinguistik-meliputi taraf social seseorang.

iii. Ganti nama bahasa diraja-beta,patik,tuanku.

iv. Ganti nama biasa

- Hormat-saya,tuan,puan.-Neutral- saya,anda, saudari-Kasar/intim- dia,aku,kamu.

v. Konteks nahu.- diperinci menurut bentuk dan fungsinya.

vi. Ganti nama kendiri- sendiri,kendiri.

vii. Ganti nama diri bukan manusia- ia,ianya.

viii.Bentuk klisis(lemah)- ku,kau,mu.

Ganti Nama Tunjuk.

- ini, ituGanti Nama Tanya.

- apa,siapa,mana,berapa?Kata Bilangan- Termaktub ciri jumlah di dalamnya

i. Kata bilangan kardinal.

- Kata nombor ( kata yang melambangkan nombor).Contoh,setengah,sesuku,sebelas ,dua.

- Kata kuantiti ( Jumlah yang tidak nyata) Contohnya, segenap,sekalian,separuh,suku.

ii. Kata bilangan ordinal.( kata yang melambangkan urutan dalam jumlah)Contoh, pertama,kedua,ketiga.

Perbandingan Golongan Kata

Tatabahasa DewanAsmah Hj. Omar

Kata Nama

1.Kata Nama Khas

-hidup

i.manusia

ii.bukan manusia

-pangkal huruf besar

2.Kata Nama Am

-hidup

-tidak hidup

-abstrak

-konkrit

3.Kata Ganti Nama

-tunjuk

i)umum

ii)tempat

-diri

i)diri tanya

ii)diri orang

-pertama

-kedua

-ketigaKata Nama

(nominals)

1.Nama (nouns)

2.Ganti Nama

(pronouns)

-.penunjuk

-.tanya

-.diri

i.pertama

ii.kedua

iii.ketiga

RUMUSAN Penggolongan kata merupakan satu proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama. Penggolongan kata penting kerana kita dapat meletakkan gatra tertentu dalam ayat. Perkataan dalam bahasa Melayu bersifat berubah-ubah seperti chameleon iaitu perubahan mengikut fungsinya dalam ayat.Justeru itu kita perlu mempelajari konsep penggolongan kata dengan betul agar boleh membezakan mengikut kelas kata tersebut. Dalam menggolongkan kata, Nik Safiah et.al (2008) dan Asmah Haji Omar (2009) menggunakan empat kriteria dalam linguistik iaitu morfologi,sintaksis,semantik dan fonologi.Walaupun terdapat perbezaan dalam golongan kata utama antara Nik Safiah et.al (2008) dan Asmah Haji Omar (2009),namun teknik mengkelasannya masih sama iaitu menggunakan empat kriteria utama. Kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kelas kata tugas oleh Nik Safiah et.al tetapi Asmah Haji Omar mengolongkanya sebagai golongan kata utama. Manakala Asmah mengkelaskan kata nama di bawah subgolongan benda berbanding Nik Safiah et.al yang menggolongkannya sebagai golongan utama. Selain itu, kata sifat dan kata kerja berada di bawah subgolongan karyaan oleh Asmah manakala Nik Safiah et.al menggolongkannya di bawah golongan utama. Buku Nahu Melayu Mutakhir merupakan hasil kajian yang mendalam tentang golongan kata memandangkan pengunaannya yang pesat pada masa kini. Sesuatu bidang ilmu boleh dikaji dan diolah dari berbagai-bagai sudut fikiran ,yang dalam itu sendiri ditunjangi oleh teori dan pendekatan. Asmah Haji Omar (2009) melihat bahasa secara eklektik. Dengan pendekatan seperti itu, maka cara pemaparan butir-butir bahasa bersifat maksimalis dan dengan demikian memberi kemungkinan menerangkan setiap butir yang berlaku dalam bahasa berdasarkan teori utama dan teori tunjangan yang diterapkan. Buku Tatabahasa Dewan pula merakamkan sistem bahasa Melayu yang merupakan salah satu korpus utama bahasa Melayu dan menjadi pegangan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pelajaran.28