khidmat masyarakat tingkatan 4

8
KERTAS KERJA KHIDMAT MASYARAKAT PENDIDIKAN SIVIK DAN KENEGARAAN [PSK] TINGKATAN EMPAT TAHUN 2015 Tema : Malaysia Negara Yang Berdaulat Tajuk : Sekolahku Hijau

Upload: inertiaophelia

Post on 10-Sep-2015

346 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

psk khidmat masyarakat

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

KHIDMAT MASYARAKATPENDIDIKAN SIVIK DAN KENEGARAAN [PSK]

TINGKATAN EMPATTAHUN 2015

Tema: Malaysia Negara Yang BerdaulatTajuk: Sekolahku Hijau

PENGENALAN

Khidmat Masyarakat ialah komponen amali dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Setiap murid dikehendaki menjalani projek tertentu di luar waktu sekurang-kurangnya 10 jam setahun. Projek ini memerlukan murid melibatkan secara aktif terhadap kerja khidmat komuniti sekolah atau komuniti luar sekolah.Melalui Khidmat Masyarakat ini murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari di dalam kelas. Murid juga dapat berasakan dirinya sebahagian daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Dengan ini murid dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana telah memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

OBEJKTIF1. Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah.2. Memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara.3. Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

TEMA 5: Malaysia Negara Berdaulat

Untuk Tingkatan 4, projek yang dicadangkan berdasarkan Tema 5 iaitu Malaysia Negara Berdaulat. Ia menghuraikan unsur patriotik dan kedaulatan negara, sistem pemerintahan serta hak dan tanggungjawab warganegara.

CADANGAN PROJEKProjek adalah berbentuk cadangan meningkatkan kualiti hidup masyarakat Menghijaukan Kawasan Setempat Sekolahku Hijau. Ini sesuai bagi melestarikan kehijauan sekolah bagi mewujudkan suasana yang ideal untuk perkembangan diri warga sekolah. Antara aktiviti yang dirancangkan ialah:i. Membersihkan Taman Landskap sebagai tapak semaian ii. Menanam anak pokok bunga yang bersesuaianiii. Membersihkan kawasan bunga-bungaan yang terdapat di sekolahiv. Memasukan semula pokok-pokok bunga yang lamav. Menanam anak pokok bersebelahan dengan Blok J dan K

Pemilihan Pokok Bunga berpandukan pokok yang senang hidup, cantik , mudah hidup dan penjagaan yang minima seperti pokok puding , pokok bunga kertas dan kelapa renek serta lain-lain yang bersesuaian. Setiap kumpulan bertanggungjawab menjaga pokok dari segi penyiraman dan merumput sehingga akhir tahun.

TARIKH, MASA DAN SASARANTarikh:Ogos hingga Oktober 2014Masa:Di luar waktu P&PSasaran: Semua Pelajar Tingkatan 4

GURU TERLIBATSemua Guru Matapelajaran PSK Tingkatan 4

PELAKSANAAN PROJEKBilPerkaraMasa PelaksanaanAktivitiTindakan

1Mesyuarat Ke-115 Julai 20141. Pembentukan AJK pelaksanaan2. Pembahagian tugasan mengikut kelas / jadual3. Penyelaras

2Mengenal pasti kawasan projek16 - 17 Julai 20141. Mengenalpasti kawasan bunga-bungaan yang perlu dibersihkan dan ditanam baru.2. Mengenalpasti pokok-pokok bunga yang perlu ditukarkan pasu.

Penyelaras

3Mengenalpasti jenis-jenis pokok bunga dan anak pokok yang diperlukan16 17 Julai 20141. Mengenalpasti pokok-pokok bunga yang sesuai ditanam mengikut persekitaran2. Mengenalpasti anak-anak pokok yang sesuai ditanam

Pn. Siti Amnah

4Hantar Laporan 18 Julai 20141. Setiap AJK menghantar laporan masing-masing kepada penyelarasGuru Matapelajaran PSK T4

5Membeli keperluan/ bahan projek22 Julai 20141. Mendapatkan senarai peralatan, bahan dan keperluan daripada setiap AJKPenyelaras

6Projek dimulakanOgos - Oktober1. Pembersihan Taman Landskap (KH)2. Pembersihan kawasan bunga-bungaan di sekitar kawasan sekolah3. Menukarkan pasu bunga yang telah pecah4. Menanam pokok-pokok bunga baru dalam pasu (pasu dicat)5. Menanam anak pokok di sekitar Blok J dan K.Semua Guru MP PSK Tingkatan 4

7Pemantauan oleh GK dan KPOgos - Oktober1. Guru Kanan atau Ketua Panitia akan memantau perkembangan projek dari semasa ke semasa.Guru Kanan KemanusianKetua Panitia PSK

8Penyediaan LaporanPertengahan bulan Oktober1. Setiap kelas diwajibkan menyediakan satu laporan dalam bentuk folio dan perlu dihantar seminggu lepas tamat projek.Guru Matapelajaran PSKPelajar Tingkatan 4

ANGGARAN PERBELANJAAN PROJEKBerikut adalah anggaran perbelanjaan:

BilPerihal BarangKos Seunit (RM) X Bilangan X KelasAnggaranJumlah (RM)Catatan

1Pasu Bunga Tanah Liat:- Diameter 25cmRM 10.00 X 3 X 12RM 360.00Setiap kelas Ting. 4 diberikan 3 anak pokok bunga untuk dijaga

2Anak pokok bungaRM 8.00 X 3 X 12RM 288.00

3Baja NPK Green (1kg)RM 5.00 X 6RM 30.00Digunakan untuk membaja bunga

4Plastik beg semaian:- Tinggi 10cmRM 0.40 X 30RM 12.00Menternak anak pokok bunga

5Anak pokok:- Jenis pokok cadangan: - Pokok bunga tanjung (Mimusops Elengi)RM 90.00 X 6RM 540.006 batang anak pokok bunga ditanam di bahagian belakang Blok J dan K.

6Cat Palaka (Hijau, Kuning, Merah, Biru)- Mengecat pasu bungaRM19.00 X 4RM 76.00

Jumlah BesarRM 1342.00

PENUTUP

Adalah diharapkan program ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat sokongan padu daripada pihak sekolah. Sesungguhnya Khidmat Masyarakat setempat PSK ini adalah bertujuan melahirkan pelajar yang sanggup dan boleh memberi sumbangan serta prihatin tentang keindahan alam sekitar dan menghargai persekitaran yang indah. Di samping itu, penglibatan pelajar ini akan membuat pelajar melihat keistimewaan yang terdapat di sekolah dan menjadi pengalaman baru kepada pelajar. Dengan ini , diharap para pelajar dapat menjadikan program ini sebagai batu loncatan ke arah kemajuan diri dan pemantapan sahsiah diri pelajar.

Disediakan Oleh:Disemak Oleh:

....(En. Rhonnie Anak Karon)( Pn. Winnie Anak Jantai )Penyelaras ProgamKetua Panitia PSKKhidmat MasyarakatSMK LutongTingkatan 4, 2014

Disahkan Oleh:Diluluskan Oleh:

...( Pn. Mary Binti Wahab )(En. Marcus Hugo Matu Lejau)Guru KananPengetua SMK LutongBidang KemanusiaanSMK Lutong.