kesantunan berbahasa (1)

11
Kesantunan Bahasa TAJUK 4 KESANTUNAN BERBAHASA SINOPSIS Tajuk 5 menjelaskan perihal kesantunan berbahasa dalam Bahasa Melayu kepada pelajar, iaitu konsep dan kategori kesantunan berbahasa. Selain itu, aplikasi kesantunan berbahasa dalam lisan dan penulisan. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat : 1. menjelaskan konsep dan kategori kesantunan erbahasa; 2. mengaitkan kesantunan berbahasa dalam lisan dan penulisan KERANGKA TAJUK KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA BAHASA SAPAAN BAHASA TUBUH KESANTUNAN BERBAHASA DALAM LISAN KESANTUNAN BERBAHASA DALAM PENULISAN

Upload: faridah-abdullah

Post on 15-Apr-2017

345 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesantunan berbahasa (1)

Kesantunan Bahasa

TAJUK 4 KESANTUNAN BERBAHASA

SINOPSIS

Tajuk 5 menjelaskan perihal kesantunan berbahasa dalam Bahasa Melayu kepada pelajar, iaitu konsep dan kategori kesantunan berbahasa. Selain itu, aplikasi kesantunan berbahasa dalam lisan dan penulisan.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat :

1. menjelaskan konsep dan kategori kesantunan erbahasa;

2. mengaitkan kesantunan berbahasa dalam lisan dan penulisan

KERANGKA TAJUK

KONSEP

KESANTUNAN BERBAHASA

BAHASA SAPAAN BAHASA TUBUH

KESANTUNAN BERBAHASA DALAMLISAN

KESANTUNAN BERBAHASA DALAM PENULISAN

Page 2: Kesantunan berbahasa (1)

Kesantunan Bahasa

(a) Amat Juhari Moin (1972) : Kesantunan berbahasa bererti kesopanan dan kehalusan dalam penggunaan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan kepada orang yang dihormati, orang yang setaraf atau orang yang lebih rendah kedudukannya daripada kita.

(b) Asmah Hj. Omar (1988) : Penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran,kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar.

(b) Kesantunan juga bermakna timbang rasa yang diberikan kepada pihak yang mendengar apa-apa yang diperkatakan atau terhadap apa-apa yang ditulis.

KESIMPULAN :

APAKAH MAKSUD KESANTUNAN BERBAHASA?

Penggunaan kata-kata yang sesuai, tidak menimbulkan konflik dan sentiasa menjaga air muka pendengar . Ini bererti bahawa pentakrifan makna kesantunan hanya berfokus kepada penjagaan muka peserta sewaktu berlangsungnya perbualan dengan menggunakan strategi berbahasa yang mampu mengekalkan keharmonian suasana perbualan.

Page 3: Kesantunan berbahasa (1)

Kesantunan Bahasa

BAHASA SAPAAN

Dalam komunikasi seharian, seseorang itu akan menggunakan perbendaharaan kata tertentu dan berbeza-beza semasa berkomunikasi dengan orang lain. Penggunaan perbendaharaan kata yang salah, samaada disengajakan,ataupun tidak boleh mengakibatkan terjadinya salah faham, pertengkaran ataupun menjatuhkan air muka kawan yang dilawan bercakap.

Kata ganti diri dan sapaan dalam keluarga

Secara umum kata ganti diri terbahagi kepada tiga, iaitu kata ganti diri pertama (tunggal dan jamak), kata ganti diri kedua (tunggal dan jamak) dan kata ganti diri ketiga (tunggal dan jamak). Manakala sapaan dalamkeluarga biasanya berbeza mengikut daerah.

Kata ganti diri dan sapaan dalam masyarakat

Penggunaan kata ganti diri dan sapaan dalam masyarakat adalah berdasarkan pangkat atau status seseorang.

Protokol dan panggilan hormat

Penggunaan bahasa sapaan ini merupakan tatasusila dan panggilan hormat yang melibatkan seseorang individu.

Kesantunan terbahagi

kepada bahasa sapaan dan

bahasa tubuh

Page 4: Kesantunan berbahasa (1)

Kesantunan Bahasa

Kata sapaan juga berfungsi untuk memperlihatkan kesopanan seseorang dalam menggunakan bahasa tersebut.

Situasi formal dan tidak formal mempunyai sistem sapaannya tersendiri dan setiappenutur tidaksewajarnya mencampuradukkan penggunaan kata tersebut sesuka hati.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu bersopan santun atau berbudi bahasa.

BENTUK SAPAAN-PANGKAT/STATUS

Gelaran atau pergaulan tak sengaja (formal) Gelaran Warisan Gelaran Kurniaan Kerajaan Gelaran Kurnian Ikhtisas Gelaran Keagamaan

Gelaran atau pergaulan tak sengaja (formal)

Kata Ganti Diri/Sapaan

Orang yang ditujukan

Tuan Orang yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada penutur (dari segi status pekerjaan)

Dirujuk kepada orang yang menjadi Pengerusi Majlis Digunakan bersama-sama nama/jenis jawatan. Misalnya :

Pengetua Orang menjawat jawatan kadi, imam, doktor. Misalnya : Tuan

Hakim Digunakan sebagai rujukan hormat kepada hadirin lelaki dalam

sesuatu upacara rasmi. Misalnya : Tuan-tuan sekalian Pemilik harta. MIsalnya : tuan rumah, tuan tanah, tuan kedai Orang yang bergelar seperti Haji, Profesor. Misalnya : Tuan Haji

Abdul Karim

Encik Orang lelaki yang mempunyai status yang lebih tinggi daripada penutur

Orang lelaki yang baru dikenali dan difikirkan mempunyai kedudukan yang lebih mempunyai penutur

Puan Orang perempuan yang sudah berkahwin Orang perempuan yang memegang jawatan. Misalnya : Puan

Pengetua Rujukan kepada hadirin wanita dalam sesuatu upacara rasmi.

Misalnya : Puan-puan sekalian.

Page 5: Kesantunan berbahasa (1)

Kesantunan Bahasa

Cik Orang perempuan yang belum berkahwin Orang perempuan yang berjawatan lebih tinggi daripada penutur

Saudara (lelaki)Saudari(perempuan)

Orang yang baru dikenali Kakitangan bawahan atau yang setaraf dengan penutur Sebagai rujukan kepada hadirin dalam sesuatu majlis Digunakan dalam mesyuarat/perdebatan

Gelaran Warisan

Gelaran Bahasa Sapaan

Tengku, Raja Engku Megat Syed Wan Nik Abang (Sarawak) Aabang (Brunei) Dayangku (Brunei)

Tengku/Engkau Engkau Megat Syed Wan Nik Abang Awang Dayangku

Gelaran Kurniaan Kerajaan

Gelaran Bahasa Sapaan

Tun Toh Puan Tan Sri Puan Sri Datin Paduka

Gelaran ini tidak perlu diberikan rujukan Tuan, Puan, Encik atau Cik kecuali

mereka yang mempunyai gelaran lain seperti Doktor, Tengku atau Haji. MIsalnya, Tun Dr. Ismail, Tan Sri Tengku Ahmad

Page 6: Kesantunan berbahasa (1)

Kesantunan Bahasa

Gelaran Kurniaan Ikhtisas

Gelaran Bahasa Sapaan

Profesor Doktor Cikgu Ustaz

Bentuk anggilan serupa dengan gelaran ikhtisas yang ada pada mereka. MIsalnya seorang guru agama dipanggil ustaz

Kata sapaan tuan/puan boleh diletakkan sebelum gelaran profesor dan doktor. Misalnya Tuan Doktor atau Puan Profesor

Gelaran Keagamaan

Gelaran Bahasa Sapaan

Haji Hajah Imam Lebai

Tuan Haji/Pak Haji Osman Puan Hajah/Mak Hajah Aishah Tuan Imam Pak Lebai

Penggunaan Kata Ganti Diri dalam Bahasa Diraja

Diri Kata Ganti Diri Pengguna Orang yang dilawan bercakap

Orang yang diperkatakan

Diri 1 Beta

Patik

Raja

Rakyat dan keluarga diraja

Rakyat

Raja

Diri 2 Tuanku Raja dan keluarga diraja

Raja

Diri 3 Patik

Tuanku

Baginda

Duli Tuanku

Raja dan keluarga diraja

Rakyat dan keluarga diraja

Rakyat dan keluarga diraja

Rakyat dan keluarga diraja

Raja

Sesiapa sahaja

Sesiapa sahaja

Sesiapa sahaja

Raja dan keluarga diraja

Raja

Raja

Raja

Page 7: Kesantunan berbahasa (1)

Kesantunan Bahasa

BAHASA TUBUH

Bahasa tubuh ialah bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat tangan, air muka, dan gerakan badan. Bahasa ini sangat penting kerana dapat menyampaikan mesej yang sukar dilahirkan melalui pertuturan atau tulisan. Komunikasi melalui bahasa tubuh ini mampu menggambarkan emosi, personaliti, tujuan, dan status sosial seseorang individu. Selain itu, komunikasi lisan yang disepadukan dengan bahasa tubuh akan lebih berkesan kerana dapat menterjemahkan maksud yang hendak disampaikan dengan jelas.

Dengan membaca bahasa tubuhnya, kita dapat mengetahui sama apa-apa yang diperkatakan diterima dengan positif atau negatif.

(a) Gerakan Anggota Badan

Gerakaan aanggota badan yang berlaku dalam komunikasi tanpa lisan mempunyai makna tertentu. Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan mesej dalam komunikasi yang dihasilkan. Bisanya, pergerakan anggota badan membawa makna sejagat yang digahami oleh semua orang.

(b) Gerakan Mata Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi tanpa lisan. Misalnya :

Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat Mata dan dahi berkerut menunjukkan minat tetapi tidak percaya Mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta Tidak memandang mata menunjukkan berminat tetapi malu atau ridak

tenteram perasaannya

(c) Gerakan Tangan

Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami oleh kebanyakan orang tanpa mengira latar belakang kebudayaan. Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku. Misalnya :

Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan maksud

Maksud yang disampaikan boleh berbeza kerana dipengaruhi oleh budaya

Page 8: Kesantunan berbahasa (1)

Kesantunan Bahasa

Terdapat juga maksud sejagat seperrti meletakkan jari telunjuk di depan mulut yang bermakna diam atau tolong senyap

Isyarat gerakan tangan digunakan bersama-sama ucapan lisan dan tujuannya adalah untuk membantu atau mengukuhkan ucapan lisan seseorang

Secara sedar atau tidak, setiap kali seseorang itu bercakap, ia akan menggunakan tangan untuk menggambarkan sesuatu yang ingin disampaikannya itu.

(d) Mimik Muka

Riak muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemahkan maknanya dalam komunikasi tanpa lisan. Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang. Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas terhadap seseorang. Misalnya :

Melalui pengamatan air muka orang yang berinteraksi dengan kita akan memudahkan kita mengetahui banyak maksud yang tersurat dan tersirat

Mengetahui keperibadian seseorang Mengesan perasaan sebenar seseorang dengan mengamati air mukanya Menentukan jalinan komunikasi yang dilalui. Untuk membentuk jalinan

komunikasi yang mesra, tunjukkanlah air muka yang jernih.

BIBLIOGRAFI

A. Aziz Deraman (1974). Masyarakat dan kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur : Cahaya Pantai (M) Sdn. Bhd.

Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (1995). Bahasa Melayu komunikasi berkesan dan pengucapan umum, Petaling Jaya : Longman Sdn. Bhd.

Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt & Ab. Rahim Selamat (1997). Bahasa Melayu komunikasi 2 : Komunikasi retorika. Petaling Jaya : Longman Sdn. Bhd.

Page 9: Kesantunan berbahasa (1)

Kesantunan Bahasa

Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (1998). Bahasa Melayu komunikasi, Petaling Jaya : Longman Sdn. Bhd.

Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (2005). Siri Pendidikan Tinggi : Bahasa Kebangsaan, Tanjong Malim : Penerbitan UPSI

Amat Juhari Moain (1989). Sistem panggilan dalam bahasa Melayu : Suatu analisis sosiolinguistik, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Abdullah Hassan, Aripin Said dan Ainon Mohd. (2007). Pantun dan gurindam untuk majlis rasmi dan perkahwinan, Batu Caves : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Asmah Haji Omar (2007). Kesantunan bahasa dalam pengurusan pentadbiran dan media, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamaruddin Haji Husin. (1996). Laras bahasa. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ruminah Hj. Sabran (1993). Kecekapan Berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia untuk Pelatih Maktab Perguruan, Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.