kesantunan berbahasa tonggak kesantunan bahasa · pdf fileisi kempen budi bahasa dan nilai...

1
Bil: 35 RABU, 18 APRIL 2007 BUKU BAHARU DALAM PASARAN Pengarang: Asmah Haji Omar Harga: RM15.00 (kulit lembut) RM20.00 (kulit keras) Buku yang diterbitkan dalam Siri Kesantunan Bahasa ini disusun dengan berlatarkan semangat untuk membantu kerajaan meng- isi Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni, dengan penekanan khu- sus kepada aspek kesantunan bahasa, khususnya bahasa tulisan dalam urusan pejabat, syarikat dan media yang melibatkan bahasa dalam surat-menyurat, mesyuarat, pemberitaan institusi, laporan akhbar dan berbagai- bagai jenis iklan. Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan oleh penjawat awam dan swasta serta institusi terbabit. BH PILIH L1 18 emel MUNSYI Semoga purata rakyat Malaysia kini membaca lebih daripada 2 buah buku setahun. Banyak kegiatan membaca bulan April ini. Kesantunan Berbahasa Tonggak Tamadun Bangsa Oleh Basirah Arifin “M asyarakat kita se- dang menghadapi krisis pembudayaan bahasa Melayu dalam komunika- si, apatah lagi komunikasi yang bersifat rasmi. Kian ketara ialah pengabaian sejumlah anggota masyarakat pelbagai lapisan terhadap bahasa sebagai unsur teras kebudayaan dan tamadun.” Demikian ditegaskan oleh tokoh bahasa, Profesor Dr. Haji Awang Sariyan ketika membentang- kan kertas utama yang bertajuk Melestarikan Bahasa Melayu dalam Komunikasi dalam Se- minar Kesantunan Berbahasa Peringkat Kebangsaan pada 28 hingga 29 Mac 2007 di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu. Tegas beliau, “krisis pembu- dayaan bahasa Melayu dapat diperhatikan dalam dua bentuk, iaitu, krisis pembudayaan dalam hal taraf dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu, dan krisis pem- budayaan tentang mutu penggu- naan bahasa Melayu dalam pel- bagai ranah seperti pentadbiran, media massa, pendidikan dan di tempat awam. Pelestarian baha- sa Melayu dari sudut taraf dan fungsinya serta penggunaannya penting untuk menyuburkan amalan komunikasi yang baik dan berkesan, sekali gus dapat mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa tonggak tamadun bangsa.” Seminar anjuran Institut Perguruan Sultan Mizan, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur dan Kerajaan Negeri Te- rengganu ini bertujuan untuk menghayati dan menerapkan bentuk serta strategi komunikasi yang bersopan dan beretika bagi mengatasi kepincangan aspek penghayatan nilai serta adab ke- sopanan dan kesantunan berba- hasa yang semakin diabaikan dalam kalangan masyarakat. Di samping itu, seminar ini diharap- kan dapat memberikan input dan maklumat baharu kepada para ilmuwan dan pentadbir sekolah agar dapat menerapkan aspek kesantunan berbahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sekali gus memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa komunikasi dan bahasa perpaduan. Seminar yang dihadiri oleh 200 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah, pegawai kerajaan, guru, bakal pendidik, penggiat bahasa dan masyarakat umum ini telah dirasmikan oleh Pengarah Institut Perguruan Sultan Mizan, Tuan Haji Nik Arif Raja Yusof. Dalam uca- pan perasmiannya, beliau me- negaskan bahawa “penerapan kesantunan dan budi bahasa dalam komunikasi amat penting untuk membentuk generasi yang berkualiti dan berkeperibadian tinggi. Oleh itu, beliau berharap agar seminar ini dapat menye- marakkan rasa cinta terhadap bahasa kebangsaan, mengang- kat martabat bahasa Melayu dan menyuntik semangat para peser- ta agar terus menjadikan budaya santun berbahasa sebagai ama- lan.” Seminar ini berjaya menarik tumpuan peserta melalui pem- bentangan kertas kerja oleh tokoh-tokoh tersohor seperti Bapak H. Tenas Affendi dengan tajuk kertas kerja Kesantunan Berbahasa dalam Konteks Sosial. Dalam kertas kerjanya beliau mengajak peserta menghayati nilai-nilai kesantunan yang ter- kandung dalam pantun dan ung- kapan adat Melayu. Di samping Bapak H. Tenas Affendi, turut membentangkan kertas kerja ialah Y. Bhg. Datuk Haji A. Aziz Deraman, Prof. Madya Dr. Ahmad Mahmood Musanif (UPM), Tuan Haji Mohd Samsudin Mahmod dan Dr. Robiah Kulop Hamzah (Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia). Rumusan yang dicapai dari- pada pembentangan enam kertas kerja dalam seminar ini ialah kesantunan berbahasa dalam komunikasi perlu dipupuk dari semasa ke semasa agar dapat melahirkan masyarakat atau modal insan yang berkaliber dan berkualiti, selari dengan cabaran globalisasi demi kepentingan agama, bangsa dan negara. (Dari kiri) Haji Mohamad Yussop Ishak, Pengarah DBP Wilayah Timur, Tuan Haji Nik Arif Raja Yusof, Pengarah Institut Perguruan Sultan Mizan dan Timbalannya, Tuan Haji Zainuddin Muhammad. KESANTUNAN BAHASA DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN MEDIA Berkongsi Ilmu Dengan Dr. Margaret Read Mac Donald 9 "Seronok Membaca": Meningkatkan Minat Membaca Kanak-kanak 10 PEMBERITAHUAN Galeri Ilmu Koperasi DBP yang terletak di aras bawah Menara DBP menawarkan diskaun kepa- da setiap pengunjung. Waktu urus niaga Isnin hingga Jumaat 7.30 pagi hingga 5.00 petang Sabtu, Hari Kelepasan Am 9.00 pagi hingga 3.00 petang Pertanyaan Sila hubungi 03-2143 3504/3505 atau faks 03-2148 7887. KHIDMAT NASIHAT BAHASA DBP Dewan Bahasa dan Pustaka menawar- kan Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) untuk menyelesaikan masalah bahasa yang merangkumi aspek ejaan Rumi dan Jawi, kata dan istilah, laras dan gaya bahasa, bahasa Melayu dalam visual iklan, penamaan prasarana, premis, pertubuhan, tempat awam dan lain- lain, penyemakan bahasa dalam doku- men rasmi dan teks terjemahan. Waktu Perkhidmatan: Hari Isnin – Khamis 7.30 pagi -1.00 tengah hari 2.00 petang – 5.30 petang Hari Jumaat 7.30 pagi – 12.15 tengah hari 2.45 petang – 5.30 petang KNB boleh dihubungi melalui talian tele- fon 03-2148 1960/ 5887/ 5905/ 2139/ 1011, faksimile 03-2142 2029 atau layari laman web: http://www.dbp.gov.my.

Upload: vuongngoc

Post on 02-Feb-2018

259 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesantunan Berbahasa Tonggak Kesantunan Bahasa · PDF fileisi Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni, dengan penekanan khu- ... kandung dalam pantun dan ung-kapan adat Melayu. Di samping

Bil: 35 RABU, 18 APRIL 2007

BUKUBAHARUDALAMPASARAN

Pengarang: Asmah Haji Omar Harga: RM15.00 (kulit lembut)RM20.00 (kulit keras)

Buku yang diterbitkan dalam Siri Kesantunan Bahasa ini disusun dengan berlatarkan semangat untuk membantu kerajaan meng-isi Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni, dengan penekanan khu-sus kepada aspek kesantunan bahasa, khususnya bahasa tulisan dalam urusan pejabat, syarikat dan media yang melibatkan bahasa dalam surat-menyurat, mesyuarat, pemberitaan institusi, laporan akhbar dan berbagai-bagai jenis iklan.

Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan oleh penjawat awam dan swasta serta institusi terbabit.

BH PILIH L1 18 emel

MUNSYI

Semoga purata rakyat Malaysiakini membaca lebih daripada

2 buah buku setahun.

Banyak kegiatan membacabulan April ini.

Kesantunan Berbahasa Tonggak Tamadun Bangsa

Oleh Basirah Arifin

“M asyarakat kita se-dang menghadapi krisis pembudayaan

bahasa Melayu dalam komunika-si, apatah lagi komunikasi yang bersifat rasmi. Kian ketara ialah pengabaian sejumlah anggota masyarakat pelbagai lapisan terhadap bahasa sebagai unsur teras kebudayaan dan tamadun.” Demikian ditegaskan oleh tokoh bahasa, Profesor Dr. Haji Awang Sariyan ketika membentang-kan kertas utama yang bertajuk Melestarikan Bahasa Melayu dalam Komunikasi dalam Se-minar Kesantunan Berbahasa Peringkat Kebangsaan pada 28 hingga 29 Mac 2007 di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu.

Tegas beliau, “krisis pembu-dayaan bahasa Melayu dapat diperhatikan dalam dua bentuk, iaitu, krisis pembudayaan dalam hal taraf dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu, dan krisis pem-budayaan tentang mutu penggu-naan bahasa Melayu dalam pel-bagai ranah seperti pentadbiran, media massa, pendidikan dan di tempat awam. Pelestarian baha-sa Melayu dari sudut taraf dan fungsinya serta penggunaannya penting untuk menyuburkan amalan komunikasi yang baik dan berkesan, sekali gus dapat mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa tonggak tamadun bangsa.”

Seminar anjuran Institut Perguruan Sultan Mizan, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur dan Kerajaan Negeri Te-rengganu ini bertujuan untuk menghayati dan menerapkan bentuk serta strategi komunikasi yang bersopan dan beretika bagi mengatasi kepincangan aspek penghayatan nilai serta adab ke-sopanan dan kesantunan berba-hasa yang semakin diabaikan dalam kalangan masyarakat. Di samping itu, seminar ini diharap-kan dapat memberikan input dan maklumat baharu kepada para ilmuwan dan pentadbir sekolah agar dapat menerapkan aspek

kesantunan berbahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sekali gus memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa komunikasi dan bahasa perpaduan.

Seminar yang dihadiri oleh 200 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah, pegawai kerajaan, guru, bakal pendidik, penggiat bahasa dan masyarakat umum ini telah dirasmikan oleh Pengarah Institut Perguruan Sultan Mizan, Tuan Haji Nik Arif Raja Yusof. Dalam uca-pan perasmiannya, beliau me-negaskan bahawa “penerapan kesantunan dan budi bahasa dalam komunikasi amat penting untuk membentuk generasi yang berkualiti dan berkeperibadian tinggi. Oleh itu, beliau berharap agar seminar ini dapat menye-marakkan rasa cinta terhadap bahasa kebangsaan, mengang-kat martabat bahasa Melayu dan menyuntik semangat para peser-

ta agar terus menjadikan budaya santun berbahasa sebagai ama-lan.”

Seminar ini berjaya menarik tumpuan peserta melalui pem-bentangan kertas kerja oleh tokoh-tokoh tersohor seperti Bapak H. Tenas Affendi dengan tajuk kertas kerja Kesantunan Berbahasa dalam Konteks Sosial. Dalam kertas kerjanya beliau mengajak peserta menghayati nilai-nilai kesantunan yang ter-kandung dalam pantun dan ung-kapan adat Melayu. Di samping Bapak H. Tenas Affendi, turut membentangkan kertas kerja ialah Y. Bhg. Datuk Haji A. Aziz Deraman, Prof. Madya Dr. Ahmad Mahmood Musanif (UPM), Tuan Haji Mohd Samsudin Mahmod dan Dr. Robiah Kulop Hamzah (Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia).

Rumusan yang dicapai dari-pada pembentangan enam kertas kerja dalam seminar ini ialah

kesantunan berbahasa dalam komunikasi perlu dipupuk dari semasa ke semasa agar dapat melahirkan masyarakat atau modal insan yang berkaliber dan berkualiti, selari dengan cabaran globalisasi demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

(Dari kiri) Haji Mohamad Yussop Ishak, Pengarah DBP Wilayah Timur, Tuan Haji Nik Arif Raja Yusof, Pengarah Institut Perguruan Sultan Mizan dan Timbalannya, Tuan Haji Zainuddin Muhammad.

Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan PentadBiran

dan media

Berkongsi IlmuDengan Dr.Margaret ReadMac Donald

9"Seronok Membaca": Meningkatkan Minat Membaca Kanak-kanak

10

PEMBERITAHUAN

Galeri Ilmu Koperasi DBP yang terletak di aras bawah Menara DBP menawarkan diskaun kepa-da setiap pengunjung.

Waktu urus niaga Isnin hingga Jumaat

7.30 pagi hingga 5.00 petang Sabtu, Hari Kelepasan Am

9.00 pagi hingga 3.00 petang

Pertanyaan Sila hubungi 03-2143 3504/3505 atau faks 03-2148 7887.

KHIDMAT NASIHAT BAHASA DBP

Dewan Bahasa dan Pustaka menawar-kan Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) untuk menyelesaikan masalah bahasa yang merangkumi aspek ejaan Rumi dan Jawi, kata dan istilah, laras dan gaya bahasa, bahasa Melayu dalam visual iklan, penamaan prasarana, premis, pertubuhan, tempat awam dan lain-lain, penyemakan bahasa dalam doku-men rasmi dan teks terjemahan.

Waktu Perkhidmatan: Hari Isnin – Khamis

7.30 pagi -1.00 tengah hari2.00 petang – 5.30 petang

Hari Jumaat7.30 pagi – 12.15 tengah hari2.45 petang – 5.30 petang

KNB boleh dihubungi melalui talian tele-fon 03-2148 1960/ 5887/ 5905/ 2139/ 1011, faksimile 03-2142 2029 atau layari laman web: http://www.dbp.gov.my.