kesan pelaksanaan fpk terhadap sikap guru

14
1.1 Pengenalan Falsafah, kokurikulum dan pedagogi, merupakan elemen-elemen yang menjadi sebahagian penting dalam membentuk kredeabiliti dan personaliti seorang guru yang baik. Kemajuan sesuatu tamadun, peradaban, budaya ilmu sesuatu negara bergantung kepada sesuatu sistem pendidikan negara tersebut. Perkara ini disokong kuat oleh Mohd Razali Kamarudin (1998), yang menyatakan kemajuan sesuatu sistem pendidikan sesebuah negara sering dikaitkan dengan ketepatan falsafah pendididkan. Oleh yang demikian, Malaysia juga menyokong satu falsafah yang dinamakan sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang juga dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara yang dilaksanakan pada tahun 1989. Antara intipati falsafah tersebut, pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Dalam merealisasikan falsafah tersebut, guru merupakan ejen arkitek membina masyarakat berminda kelas pertama. Sesungguhnya profession perguruan merupakan kerjaya yang mulia di mata 1

Upload: julep-ace

Post on 22-Nov-2015

40 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

IPG Falsafah Pendidikan Di Malaysia Assignment

TRANSCRIPT

1.1Pengenalan

Falsafah, kokurikulum dan pedagogi, merupakan elemen-elemen yang menjadi sebahagian penting dalam membentuk kredeabiliti dan personaliti seorang guru yang baik. Kemajuan sesuatu tamadun, peradaban, budaya ilmu sesuatu negara bergantung kepada sesuatu sistem pendidikan negara tersebut. Perkara ini disokong kuat oleh Mohd Razali Kamarudin (1998), yang menyatakan kemajuan sesuatu sistem pendidikan sesebuah negara sering dikaitkan dengan ketepatan falsafah pendididkan. Oleh yang demikian, Malaysia juga menyokong satu falsafah yang dinamakan sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang juga dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara yang dilaksanakan pada tahun 1989.

Antara intipati falsafah tersebut, pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Dalam merealisasikan falsafah tersebut, guru merupakan ejen arkitek membina masyarakat berminda kelas pertama. Sesungguhnya profession perguruan merupakan kerjaya yang mulia di mata masyarakat. Guru berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masalah juga masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan Tuhan. Pendidik merupakan ejen kepada tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan leluhuran peribadi. Istilah profesion keguruan (teaching profession) menurut The Chambers Dictionary (1994) bermaksud bidang pekerjaan yang berkaitan dengan pemindahan dan pembinaan ilmu, seni, kemahiran dan nilai kepada seseorang dengan cara kuliah, tunjuk ajar, teladan, nasihat, indoktrinasi, amali, bekerja bersama, berhujah dan berdiskusi sehingga terpahat dalam minda, pekerti dan perlakuan orang itu perkara yang dikehendaki.

1.2Kesan Pelaksanaan FPK Terhadap Sikap Guru

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia. Dengan adanya FPK, sistem pendidikan negara akan menganjakkan diri ke kedudukan yang lebih depan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK mempunyai tujuan dan matlamat pendidikan yang jelas kepada individu dan negara iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu. Pendidikan juga secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Maka, FPK ini telah memberi pelbagai implikasi kepada institusi pendidikan, pendidik dan kurikulum. Terutamanya pendidik, guru, mempunyai peranan yang penting untuk mendidik murid agar mereka berguna dan berbakti kepada negara. Oleh itu, implikasi FPK terhadap sikap guru berpengaruh besar kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Implikasi ini membantu guru menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran mereka denan murid-murid. Dengan ini, terdapat beberapa implikasi yang dapat saya simpulkan daripada pelaksanaan FPK kepada sikap guru.

Dengan FPK, guru lebih sanggup berubah serta menjadi lebih bermatlamat dan lebih fokus kepada tugas sejajar dengan elemen dan dasar Falsafah Pendidikan Negara. Ini meliputi perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Demi merealisasikan FPK, guru mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai dan lebih berkesan untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan serta berakhlak mulia. Perancangan pengajaran Clarke dan Cutler (1990), menyatakan bahawa keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan, pelaksanaan dan penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Contohnya, guru menggunakan pelbagai teknik pengajaran agar memastikan semua murid yang berlainan tahap kognitif dapat mendapat ilmu yang disampaikan oleh guru. Hal ini kerana semua murid tidak sama, perkembangan otak meraka tidak sama. Terdapat yang lebih cepat, terdapat juga yang lebih lambat. Oleh itu, guru tidak boleh menggunakan strategi yang sama untuk mengajar mereka. Penggunaan pelbagai pengajaran akan menjamin keberkesanan pengajaran serta pencapaian objektifnya secara optimum. Pada masa yang sama, guru juga membuat penilaian dan menghargai perbezaan setiap individu kerana setiap perbezaan itulah yang akan menentukan cara setiap individu itu belajar sehingga memberi pengalaman pembelajaran kepada setiap pelajar yang mempunyai kepelbagaian dalam proses pembelajaran. Sikap guru yang sanggup dan ingin berubah ini akan menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya membina insan yang cerdik pandai.

FPK juga menjadikan guru mempunyai iltizam yang tinggi terhadap tugas mereka masing-masing. Guru-guru berusaha menjadikan sendiri lebih baik agar dapat mencapai tujuan dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Secara tidak langsung, guru yang bertanggungjawab atas profesion mereka dapat melahirkan rakyat yang bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara yang selaras dengan matlamat FPK. Selain pendidikan, guru juga bertindak sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor. Menurut Pullias, Ear V (1962) dalam bukunya A teacher is many things yang menyatakan bahawa guru adalah segala-galanya. Guru yang mengamalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukan sahaja bertindak sebagai penyampai ilmu tetapi juga bertindak sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor bagi meningkatkan kualiti pendidikan. Tokoh pendidik, pemikir Muslim tersohor, Iman Al Ghazali dalam ihya Ulum al-Din juga menekankan bahawa pendidikan ialah usaha untuk menanam perangai baik supaya mereka dapat menilai antara yang benar dan yang salah. Di sini jelas menunjukkan guru yang mengamalkan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukan sahaja berperanan menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi dipertanggungjawabkan untuk membentuk keperibadian dan tingkahlaku murid sama ada di bilik darjah ataupun di luar bilik darjah. Oleh itu, jelaslah dapat kita lihat, tanggungjawab seseorang guru amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran berlandaskan FPK.

Salah satu matlamat FPK adalah ingin menjadikan profesion guru sebagai pekerjaan profesional dan pilihan kepada orang ramai. Guru yang mengamalkan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, guru juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan. Jika seseorang guru tidak pakar dalam sesebuah bidang, maka pekerjaan guru tidaklah boleh dijadikan pekerjaan yang profesional. Mok Soon Sang (2007), menegaskan bahawa guru hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran menggunakan internet untuk memperolehi maklumat tentang perkembangan terhadap pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing murid-murid menggunakan internet sebagai satu proses pembelajaran. Oleh itu, untuk pakar dalam sesebuah bidang, guru harus selalu menambah ilmu pengetahuan sendiri. Confucius pernah berkata, ilmu itu tidak terbatas dan seperti lautan yang luas. Walaupun Confucius amat berpengetahuan tetapi beliau tetap terus belajar kerana beliau tahu pengetahuan itu tidak dapat dipelajari habis. Sikap belajar sepanjang hayat dapat membantu guru menambah ilmu pengetahuan mereka, tidak kiralah menambah ilmu melalui bacaan ataupun melancong, ia dapat diperoleh melalui pelbagai cara. Seseorang pendidik mempunyai ciri-ciri keperibadian, keintelektualan dan ketrampilan yang tinggi jika mempunyai sikap ingin belajar sepanjang hayat. Secara peribadinya seseorang guru itu menjadi seorang yang didorong oleh keinginan untuk mencapai matlamat (mission-driven) dan yang cintakan profesionnya yang dunianya ialah sekolah dan pelajar, kecintannya ialah ilmu, kegembiraannya ialah kejayaan pelajar dan kesedihannya ialah kegagalan pelajar mempelajari ilmu yang disampaikan. Lantaran itu, seseorang guru itu membuat yang terbaik, sentiasa bersikap positif dan berkeyakinan dalam apa-apa yang dilakukan. Dalam pelaksanaan FPK, ia menggalak guru-guru tidak berhenti mengejar ilmu pengetahuan. Menurut Abdul Malek Samsuri (2000), sebagai seorang pendidik yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat seperti yang dinyatakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berperanan untuk meningkatkan profesionalisme perguruan dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Guru yang berpengetahuan luas dapat mengajar murid-murid dengan pengetahuan tambahan dan menjadi pendidik serta pembimbing murid dalam proses pembelajaran mereka. Oleh itu, pelaksanaan FPK ini menggalakkan guru untuk belajar sepanjang hayat dan tidak berhenti. Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengamalkan pendekatan berpusatkan pelajar dengan kaedah berguru. Minat, bakat, kebolehan dan potensi murid dikenalpasti disuburkan dan dikembangkan hingga ke tahap dunia tetapi dalam acuan pendidikan Malaysia (sumber: Pendidik Mac 2007, Ms 60). Sehubungan dengan itu, FPK memberi implikasi kepada guru untuk bersikap kasih sayang dan bertindak sebagai pembimbing dalam mengenal pasti bakat, kekuatan, minat serta kelemahan murid-muridnya. Guru mempunyai sikap kasih sayang kepada semua murid-muridnya. Ramai guru berkata bahawa mereka lebih suka sekiranya pelajar mereka semuanya rajin, pandai, gigih, tekun dan berdisiplin. Mereka tidak sanggup terima kenyataan bahawa tidak semua pelajar begitu. Mereka akan mengabaikan pelajar yang bermasalah dan yang belajar lebih lambat. Pelajar ini tidak dipedulikan sebab berasa mereka sukar dibentuk. Tetapi dengan pelaksanaan FPK, guru mengambil berat semua murid yang beliau ajar, tidak kira pandai atau tidak, guru akan berusaha untuk mengajar dan tidak berat sebelah. Sikap guru yang tidak berat sebelah dan adil semasa berada dalam kelas menggalakkan semua murid menyertai dalam aktiviti dalam sekolah dan kelas. Kebanyakan ibu bapa sekarang sangat sibuk dan tidak mempunyai masa memberi kasih sayang yang mencukupi kepada anak-anak. Oleh itu, jika guru dapat memberi kasih sayang yang tidak dapat diberi oleh ibu bapa kepada murid, pastinya murid-murid akan memberi tumpuan sepenuhnya semasa pengajaran dan pembelajaran serta membantu perkembangan murid memiliki sahsiah yang baik. Menurut Abdul Malek Samsuri (2007), pendidik yang mengamalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sentiasa menunjukkan minat dan rela mengorbankan masa dan tenaga secara berterusan dalam menghasilkan usaha yang berkualiti kerana FPK terima semua pelajar yang ada dan menjangkakan kejayaan untuk setiap pelajar ini. Menurut Malek Samsuri (2007), ramai pelajar gagal kerana guru mereka telah meramalkan kegagalan mereka. Guru bukan sekadar memberikan maklumat dan penerangan semata-mata, mereka juga perlu mempengaruhi pelajar dari segi budaya, pemikiran dan tingkah laku. Ucapan dan pandangan guru yang dilontarkan kepada murid akan memberi kesan yang sangat besar dalam hidup murid tersebut. Oleh itu, hal ini jelas menunjukkan guru akan menghayati kepuasan dan kegembiraan dalam profesion guru ini hanya dengan memberikan yang terbaik sahaja kepada murid-murid.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan salah satu reformasi terbesar negara Malaysia dalam melaksanakan falsafah pendidikan negara yang berteraskan konsep insan. Konsep insan berintikan peididikan di Malaysia bertujuan untuk melahirkan murid yang cemerlang, berintelek dan bertakwa. Sehubungan dengan itu, nilai-nilai agama dalam pembelajaran dan pendidikan di dalam bilik darjah penting untuk merealisasikan FPK. Dengan pelaksanaan FPK, guru bersikap kesederhanaan dan keterbukaan terhadap semua agama. Malaysia merupakan negara yang bebas agama dan terdiri daripada pelbagai bangsa. Oleh itu, guru bersikap keterbukaan agar dapat mengajar murid yang terdiri daripada pelbagai budaya dan kepercayaan. Guru mengajar nilai-nilai murni yang baik kepada murid-murid berdasarkan kepercayaan mereka masing-masing. Hal ini kerana tiada agama yang mengajar seseorang untuk menjadi jahat, semua agama ingin membantu manusia menjadi insan yang baik dan cemerlang. Selain mengajar murid-murid, guru juga menunjukkan nilai-nilai budi pekerti seperti amanah, jujur, dan takwa kepada murid-muridnya agar menjadi teladan kepada mereka. Jika guru tersebut tidak menjadi contoh kepada murid-murid, maka murid tidak akan melaksanakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari. Hal ini kerana murid akan menganggap nilai-nilai itu tidak penting kerana guru sendiri tidak menunjukkan nilai tersebut. Seorang guru juga mengajar dan memperkenalkan agama-agama yang terdapat di Malaysia kepada semua murid agar mereka memahami budaya dan kepercayaan masing-masing lalu membentuk masyarakat yang keterbukaan dan kesederhanaan. Kesederhaan bermaksud bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan, atau perlakuan. Di Malaysia, topic agama adalah topic yang sangat sensitif. Semua orang perlu bertanggungjawab atas kata yang dikeluarkan oleh sendiri. Oleh itu, guru juga bertanggungjawab untuk mendidik murid agar tidak bersikap keterlaluan. Dengan guru-guru yang kesederhaan dan keterbukaan, dapatlah merealisasikan FPK menekankan pembentukan insan yang harmonis dan sejahtera.

FPK ingin mewujudkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Untuk mencapai keseimbangan ini, murid harus yakin kepada diri sendiri. Oleh itu, guru juga menjadi yakin untuk mendidik murid-murid yang menjadi tiang negara. Dalam pengajaran seseorang guru, mesti terdapat murid yang nakal dan menimbulkan masalah. Kebanyakan masalah disiplin yang timbul di dalam bilik darjah adalah disebabkan sikap kurang yakin guru sendiri. Contohnya murid mengacau murid yang lain semasa dalam proses PdP dan juga murid yang selalu melanggar peraturan sekolah. Guru yang mempunyai keyakinan tidak akan berasa takut apabila berhadapan dengan masalah-masalah ini. Guru yang yakin membuat keputusan dan tindakan yang sepatutnya berdasarkan keadaan. Manakala murid akan menghormati guru yang boleh mengambil tindakan dengan tegas. Selain itu, guru yang menunjukkan keyakinan dapat mempengaruhi murid yang kurang beryakinan. Contohnya murid yang pendiam dan tidak berani bercakap di depan murid. Murid-murid ini kekurangan yakin untuk mengekspresikan diri. Guru merupakan pembimbing yang memberi galakkan dan sokongkan kepada murid-murid agar mereka berani bercakap dan meluahkan perasaan mereka. Dengan adanya keyakinan, murid dapat menyertai pelbagai pertandingan seperti syarahan, pidato, dan sebagainya. Di samping itu, murid-murid akan berani bertanya di dalam kelas dan dapat menjawab soalan yang dikemukakan kepada mereka di depan mata semua rakan. Keyakinan ini membolehkan seseorang mengatasi segala halangan dalam hidup untuk mencapai kejayaan. Ini bermaksud lebih keyakinan terhadap diri, lebih terbukalah kejayaan seseorang untuk pada masa hadapan. Dengan ini, jelaslah keyakinan diri guru dapat menyakinkan murid-murid di sekolah. FPK yang menjadikan guru lebih yakin untuk mengajar dan menjadi contoh teladan yang baik kepada murid agar mereka dapat yakin terhadap diri sendiri apabila melakukan sesuatu perkara.

Pelaksanaan FPK juga menjadikan guru seorang yang sabar. FPK memerlukan kerjasama antara seluruh warganegara Malaysia untuk menjayakan dan mencapai matlamatnya. Tetapi ia tidak boleh dicapai dalam tempoh masa yang pendek kerana ia memerlukan usaha yang berterusan untuk mendidik generasi yang akan datang untuk direalisasikan. Oleh itu, guru sabar mengajar dan mendidik murid agar mereka seimbang dari segi JERIS untuk membantu mewujudkan negara yang aman, damai dan harmonis. Guru sabar semasa mengajar. Umpamanya, terdapat pelbagai murid di dalam sebuah kelas. Ada yang pencapaian tinggi ada yang pencapaian rendah, ada yang belajar lebih lambat ada yang belajar lebih cepat. Kesabaran guru dapat memberi dorongan kepada murid untuk belajar dengan lebih rajin dan berusaha. Murid selalunya akan berputus asa jika berhadapan dengan masalah. Guru yang sabar menggalakkan murid akan menyakinkan murid agar mereka berani menghadapi masalah dan berusaha mencari cara untuk menyelesaikan masalah. Selain itu, guru yang sabar menunjukkan guru tersebut boleh mengawal perasaan dirinya dan tidak mudah menjadi marah dalam apa jua keadaan. Guru yang mudah menunjukkan kemarahannya tidak akan dapat menjalin hubungan yang erat dengan murid-muridya. Hal ini demikian murid-murid berasa takut untuk bercakap dengan guru kerana takut guru akan menjadi marah. Akibatnya, jika guru tiada kesabaran akan menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Secara langsungnya, murid belajar kesabaran daripada guru yang sabar. Dengan ini, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan lancar dengan guru yang mengajar dengan sabar.

Tambahan pula, dengan pelaksanaan FPK, guru menjadi lebih komitmen terhadap profesion perguruan dan berusaha sehingga mencapai kecermelangan. Guru-guru melaksanakan tugasnya dengan sempurna dan dengan sedaya upaya. Mereka mahir dalam pedagogi, mahir dalam interaksi interpersonal dan interaksi intrapersonal, tahu ilmu mengurus diri, menguru masa dan mengurus manusia. Tahu pelbagai disiplin ilmu dan isu semasa. Matang dalam membuat keputusan dan melaksanakan keputusan. Kemahiran-kemahiran ini menjadi penentu kejayaan seseorang guru dan menunjukkan guru tersebut komited terhadap profesion perguruan. Berbandingan pekerjaan swasta yang mempunyai saingan yang hebat, semua orang selalu berfikir untuk memberi idea yang baru kepada syarikat agar dapat menaik pangkat dengan cepat. Selain itu, kerja-kerja di syarikat swasta sangat rumit dan akan bertemu dengan orang yang berlainan perwatakan yang memerlukan pelbagai cara komunikasi dengan mereka. Sebaliknya, guru-guru hanya mengajar murid-murid yang semuanya masih sekeping kertas yang belum diconteng. Mereka semuanya jahil dan mempunyai keinginan untuk belajar dengan guru. Oleh itu, tugas guru adalah untuk membentuk murid-murid dengan ilmu pengetahuan dan sahsiah yang cemerlang. Apabila guru cekap melaksanakan kurikulum secara berkesan dan bermakna, murid dapat memperoleh ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh guru dengan lebih mudah. Hal ini mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Guru menyebarkan ilmu, membentuk nilai, mengamalkan budaya ilmu, mengamalkan kemahiran profesional, dan membuat penilaian pengajaran. Guru yang komited melibatkan diri sebagai pengamal refleksi dan budaya penyelidikan dengan secara aktif. Membuat refleksi membantu guru mempertingkatkan lagi pengajaran guru, membaiki yang lemah dan meningkatkan yang baik. Dengan ini, setiap proses pengajaran dan pembelajaran akan menunjukkan peningkatan dengan pencapaian setiap murid. Sehubungan dengan itu, jelas dilihat Falsafah Pendidikan Kebangsaan membentuk guru yang komited terhadap pekerjaan sendiri dan terus melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Melalui pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah memberi pelbagai implikasi terhadap sikap guru dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Sikap-sikap guru ini harus dikekalkan agar dapat murid-murid yang dididik menjadi insan yang berkualiti dan boleh berbakti kepada negara. Sungguhpun begitu, seorang guru haruslah berbalik kepada tujuan utama profesion perguruan itu sendiri. Ini dapat dilakukan dengan mengetahui, memahami dan menghayati isi kandungan kod etika perguruan yang telah digariskan. Perkara ini penting bagi memastikan para guru boleh menjalankan tanggungjawabnya secara lebih berfokus dan kolektif demi memartabatkan profesion perguruan dan membantu murid mencapai keseimbangan dalam lima aspek utama yang termasuk di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu jasmani, emosi, rohani,intelek dan sosial (JERIS). Guru mempunyai peranan yang berat untuk melaksanakan kerja dengan baik. Oleh itu, guru harus terus berusaha sehingga mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia.1