kesan kemasukan pengaruh luar ke dalam masyarakat di asia tenggara

21
PENGENALAN Seperti yang kita ketahui Asia Tenggara pernah dikuasai oleh pelbagai pengaruh dari luar antaranya ialah dari orang Inggeris, China dan India di mana telah berjaya merubah dan melakukan transformasi terhadap segala sudut dalam pentadbiran iaitu dari segi politik, ekonomi, dan sosial. Terdapat perubahan yang menuju ke arah kebaikan dan juga yang sebaliknya. Pada mulanya kuasa asing ini tidak menunjukkan minat yang mendalam terhadap Asia Tenggara disebabkan dalam proses untuk mendapatkan kepercayaan dan dalam proses untuk mengenali kekuatan yang dimiliki oleh Asia Tenggara. Seterusnya kuasa asing mulai bertindak agresif dengan menguasai bidang pentadbiran seperti memeperkenalkan sistem Residen di Tanah Melayu. Selain itu kuasa asing dari China dan India telah mempengaruhi masyarakat di tempat itu dengan berlakunya pembahagian kepercayaan agama sebagai contohnya, Burmese Buddhists’ , Hindu India dan Muslim ataupun masyarakat tempatan yang menganuti kepercayaan ibunda. 1 Selain itu, di Myanmar misalnya telah mengharamkan persatuan Buddha sangha yang mempunyai fahaman tersendiri iaitu , a One Nation, One Race, One Religion yang akan menjadi panduan digunapakai terhadap penduduk minoriti di sesebuah kawasan. 2 Kuasa asing di Vietnam iaitu missionari dari Perancis pada abad ke-16 telah membawa agama Katolik kepada beberapa Vietnam yang berhijrah ke Ayuthia namun akhirnya telah dihalau oleh kuasa Siam dan missionary Perancis dimasukkan ke dalam penjara. 3 Kuasa asing ini kebanyakkannya 1 Thant Myint-U, The Making Of Modern Burma(United Kingdom: Cambridge University Press, 2001), Hlmn 245. 2 Zunetta Liddel, No Room To Move: Legal Constraints On Civil Society In Burma”, In Straightening Civil Society In Burma. Possibilities and dilemmas for international NGO s, edited by Burma center Netherlands(BCN) & Transnational institute (TNI) (Thailand: Silkworm Books, 1999), hlmn 66-67. 3 Christoper E. Goscha, La Presence Vietnamienne Au Royaume Du Siam Du Xviie Au Xixe Si cle: Vers Une Perspective Peninsulaire , In Nguyen The Anh And Alain Forest, è Eds, Relations Entre Societies Et Etats: Gueree Et Paix En Asie Du Sud-Est, Paris: Editions I harmattan, 1998. 1

Upload: nuramirah

Post on 14-Sep-2015

74 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

PENGENALAN Seperti yang kita ketahui Asia Tenggara pernah dikuasai oleh pelbagai pengaruh dari luar antaranya ialah dari orang Inggeris, China dan India di mana telah berjaya merubah dan melakukan transformasi terhadap segala sudut dalam pentadbiran iaitu dari segi politik, ekonomi, dan sosial. Terdapat perubahan yang menuju ke arah kebaikan dan juga yang sebaliknya. Pada mulanya kuasa asing ini tidak menunjukkan minat yang mendalam terhadap Asia Tenggara disebabkan dalam proses untuk mendapatkan kepercayaan dan dalam proses untuk mengenali kekuatan yang dimiliki oleh Asia Tenggara. Seterusnya kuasa asing mulai bertindak agresif dengan menguasai bidang pentadbiran seperti memeperkenalkan sistem Residen di Tanah Melayu. Selain itu kuasa asing dari China dan India telah mempengaruhi masyarakat di tempat itu dengan berlakunya pembahagian kepercayaan agama sebagai contohnya, Burmese Buddhists, Hindu India dan Muslim ataupun masyarakat tempatan yang menganuti kepercayaan ibunda.[footnoteRef:1] Selain itu, di Myanmar misalnya telah mengharamkan persatuan Buddha sangha yang mempunyai fahaman tersendiri iaitu , a One Nation, One Race, One Religion yang akan menjadi panduan digunapakai terhadap penduduk minoriti di sesebuah kawasan.[footnoteRef:2] Kuasa asing di Vietnam iaitu missionari dari Perancis pada abad ke-16 telah membawa agama Katolik kepada beberapa Vietnam yang berhijrah ke Ayuthia namun akhirnya telah dihalau oleh kuasa Siam dan missionary Perancis dimasukkan ke dalam penjara.[footnoteRef:3] Kuasa asing ini kebanyakkannya datang ke Asia Tenggara untuk mengaut keuntungan hasil bumi terhadap negara yang dijajah, untuk kepentingan masing-masing. [1: Thant Myint-U, The Making Of Modern Burma(United Kingdom: Cambridge University Press, 2001), Hlmn 245.] [2: Zunetta Liddel, No Room To Move: Legal Constraints On Civil Society In Burma, In Straightening Civil Society In Burma. Possibilities and dilemmas for international NGOs, edited by Burma center Netherlands(BCN) & Transnational institute (TNI) (Thailand: Silkworm Books, 1999), hlmn 66-67.] [3: Christoper E. Goscha, La Presence Vietnamienne Au Royaume Du Siam Du Xviie Au Xixe Sicle: Vers Une Perspective Peninsulaire, In Nguyen The Anh And Alain Forest, Eds, Relations Entre Societies Et Etats: Gueree Et Paix En Asie Du Sud-Est, Paris: Editions Iharmattan, 1998.]

2. 0 KESAN EKONOMIDasar BelandaPada abad ke-17, negeri-negeri di Asia Tenggara telah terpengaruh dengan dasar ekonomi yang diperkenalkan oleh Belanda sampaikan menghentikan peranan dagangan aktif. Belanda memperkenalkan dasar tesebut untuk tujuan menubuhkan sistem monopoli Belanda terhadap proses jual beli rempah dan bijih timah di seluruh Nusantara. Untuk memastikan dasar tersebut tercapai, Syarikat Hindia Timur Belanda(VOC) telah menguasai kawasan Betawi pada tahun 1619 dan mengawal pelabuhan-pelabuhan utama di Jawa dan pulau-pulau. Belanda telah memperkenalkan beberapa dasar yang dilaksanakan dengan penuh tipu muslihat, antaranya ialah Dasar Kultur, Dasar Liberal dan Dasar Etika.Sistem kuntur merupakan sistem tanaman paksa yang diperkenalkan oleh Gabenor Van Den Bosch pada tahun 1830 yang dilakukan di Jawa. Tanaman seperti kopi, tebu dan tembakau dibolot oleh Belanda supaya dapat membangunkan ekonomi Belanda. Bukan itu sahaja, orang Cina juga turut serta bersubahat dengan Belanda. Golongan liberal yang di Belanda telah menolak sistem Belanda tersebut sehinggalah tergubalnya undang-undang yang mewajidkan segala urusan tanah jajahan hendaklah dilaporkan kepada parlimen. Tidak lama kemudiannya, Belanda telah mengubah sistemnya dan menukarkan sistem Kultur yang bebas.Dasar liberal telah membuka peluang kepada pelabur Belanda untuk melabur. Undang-undang pertanian 1870 telah dikeluarkan oleh Belanda, dimana pengusaha dibenarkan memajak tanah kawasan Indonesia namun Belanda tetap menyimpan niat mewujudkan sebuah Syarikat untuk memonopoli ekonomi Indonesia. Dasar liberal diperkenalkan untuk menjaga kebajikan penduduk namun ternyata semua itu gagal kerana sikap pemodal-pemodal yang mengeksploitasi ekonomi dan kebajikan rakyat yang tidak terjaga. Memandangkan sistem Liberal telah gagal, sistem Etika pun diperkenalkan dan ternyata hasilnya tidak sia-sia kerana melalui sistem Etika lah ekonomi Belanda dapat mencapai kemajuan.VOC telah menubuhkan monopoli rempah pada tahun 1918. Kejayaan Belanda menguasai hasil pengeluaran utama Asia Tenggara itu bererti tamatnya sistem perdagangan bebas diamalkan di rantau itu dan hilangnya persaingan antara Belanda dengan para pedagang Asia dan barat yang lain seperti Arab dan India.[footnoteRef:4] Apabila kedudukanya semakin merosot, para penanam dan pekerja telah mengalami kerugian apatah lagi mereka terpaksa menanggung harga barang mereka sendiri. [4: Kobkua Suwannathat-Pian. 1997. Asia Tenggara: Hubungan Tradisional Serantau. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn.136]

BADAN KEWANGANBelanda merupakan negara yang membawa banyak perubahaan ekonomi Asia Tenggara. Belanda telah menubuhkan sebuah bank yang diberi nama Bank Jawa dimana Belanda sendiri melabur. Johanes de Boscho dilantik menjadi Gebenor Jeneral oleh Raja William. Gebenor Jeneral Johanes de Boscho ditugaskan untuk memikirkan jalan penyelesaian meningkatkan kewangan Belanda dengan mengeksploitasi penduduk mengisi. Bukan itu sahaja, selepas kemasukan pengaruh luar, insuran telah diperkenalkan kepada masyarakat. Hal ini bertujuan untuk mendapat perlindungan sekiranya ada berlaku sesuatu, contohnya insuran kapal.

PERKEMBANGAN PERUSAHAAN BIJIH TIMAHKemasukan pengaruh luar telah menyebabkan peningkatkan perusahaan bijih timah. Hal ini dapat dilihat di Tanah Melayu selepas kemasukan pengaruh negara China dan British. Pada abad ke 19, pengeluaran bijih timah dilakukan secara kecil-kecilan pada mulanya apatah lagi negeri Perak merupakan pengeluar bijih timah yang terutama dan terbesar ketika itu. Sebelum datangnya pengaruh luar,masyarakat melayu di Tanah Melayu menggunakan kaedah untuk melombang bijih timah adalah melampan, mendulang yang mengambil proses yang agak lama dan meletihkan.[footnoteRef:5] Namun keadaan berubah selepas kedatangan pengaruh China, kaedah perlombangan telah digantikan dengan kaedah penggunaan yang lebih efektif iaitu kapal Korek dan Pam Kelikir. Secara tidak langsung, ia telah meningkatkan lagi peningkatan pengeluaran bijih timah. [5: Dr.Sivarajan PHD dan S.Malar Arasi. 2013. Sejarah Sosial Ekonomi Sehingga 1970. Selangor Darul Ehsan. Penerbitan Multimedia.hlmn. 23]

Bukan itu sahaja, orang Cina juga telah memperkenalkan penggunaan stim. Hal ini kerana, penggunaan teknologi itu dapat mencepatkan lagi proses perlombangan bijih timah dan hasil yang banyak. Hal ini dapat dibuktikan apabila pengeluaran bijih timah pada tahun 1850 adalah 6500 tan telah bertambah kepada 5000 tan pada tahun 1904 dan terus meningkat kepada 77 tan pada tahun 1937. Peningkatan jualan bijih timah juga disebabkan oleh kedatangan buruh Cina yang semakin ramai datang ke Tanah Melayu. Kebiasaanya, para saudagar akan mendapatkan bijih timah di tempat galian di kawasan pendalaman kemudiannya bijih timah akan dileburkan untuk dijadikan jongkang yang akan dihantar ke hilir-hilir dan diperdagangkan di pelabuhan Melaka dan tempat lain. Permintaan negara British di Great British terus meningkat bahkan telah menguasai pasaran bijih timah. Kerajaan Great British terus berusaha untuk mewujudkan suasana yang menyenangkan dalam perlembangan kedua-dua pihak iaitu Eropah dan Asia. Bijih timah mendapat permintaan yang tinggi untuk perindustrian makanan. Walaupun usaha telah dijalankan, terutama dalam bentuk undang-undang perlombangan tetapi dari segi penguatkuasaan diberikan kepada orang Eropah.[footnoteRef:6] [6: Dr.Mohd Rais Bin Abdul Karim. 1999. Malaysia Kita, Institusi Tadbiran Awam Negara (INTAN). Hlmn.380.]

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI BARUSelepas kemasukan pengaruh luar, kesan ekonomi yang dapat dilihat ialah perkembangan teknologi baru. Perkembangan teknologi yang dimaksudkan ialah kepakaran dalam membuat kapal yang lebih berteknologi. Kapal yang mempunyai keluasan yang besar dan lebih tahan lasak untuk menghadapi lautan yang tidak menentu. Bukan itu sahaja, penggunaan kompas, peta perjalanan lautan yang lebih tepat dan ilmu terhadap pergerakkan angin dan pengairan. Kemudahan yang ada pada kapal inilah yang memudahkan para penggembara untuk mengembara dan memudahkan meluaskan kuasa ke atas negara asia tenggara.Bukan itu sahaja, pengenalan kaedah dan teknik penanaman juga merupakan kesan ekonomi selepas kemasukan pengaruh luar. Ianya dapat membantu meningkatkan lagi pengeluaran tanaman untuk pengusahaan gula. Tanaman tebu sangat terkenal di Thailand dan merupakan tanaman utma negara tersebut. Pada mulanya ekonomi Thailand yang berdasarkan tebu ini telah jatuh tetapi mampu diselamatkan oleh penjajah barat dengan memperkenalkan kaedah dan teknik yang baru.

DASAR TUTUP PINTUSelepas Sepanyol menguasai Filipina, Filipina sukar untuk mengembangkan ekonominya. Hal ini berpunca dari dasar yang diamalkan oleh sepanyol iaitu dasar tutup pintu pada abad ke-16 hingga ke-18. Dasar yang diamalkan oleh Sepanyol ini telah menghalang sesiapa sahaja pedagang untuk singgap di Filipina. Pada tahun 1828, Sepanyol telah mengistiharkan bahawa para pedagang dilarang untuk menjalankan perniagaan di kedai runcit dan tidak dibenarkan untuk memasuki wilayah Sepanyol. Sepanyol melakukan pengistiharan hanya untuk menguatkan lagi kedudukan ekonomi negara mereka.Walaupun telah pelbagai dilakukan untuk menggubal undang-undang untuk menghalang kemasukan orang asing ke Filipina namun tidak berjaya dilakukan. Hal ini kerana, ekonomi dibuka semula pada tahun 1834. Amerika Syarikat telah masuk campur tangan dalam perdagangan dengan mengaut banyak keuntungan dari pedagangan tersebut.

PENINGKATAN TANAMAN GETAHPembukaan kawasan ladang getah telah disumbangkan oleh kemasukan orang India yang tinggal di kebanyakkannya estet-estet dan kawasan perusahaan kelapa sawit. Sehinggalah menjelang pertengahan abad ke-19;apabila pembukaan ladang- ladang getah di Tanah Melayu telah berlaku yang sememangnya merupakan tanaman yang semakin popular pada ketika itu, telah merancakkan lagi pertambahan jumlah imigran India di Tanah Melayu[footnoteRef:7] [7: Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia, 1800-1963.Hlm.176]

Pada tahun 1897, sebanyak 345 ekar tanah getah telah dibuka di Tanah Melayu malah pada tahun 1940 kawasan ladang getah dibuka meningkat kepada 3.5 juta ekar. Bukan itu sahaja, disebabkan peningkatan getah yang meningkat maka ia telah menambahkan penggunaan getah asli. Permintaan getah mendapat permintaan yang tinggi kerana perkembangan industri pembuataan kereta dan barang-barang elektrik di Eropah sedang pesat ketika itu. Gedung agensi yang berkuasa di Singapura mempunyai hubungan perdagangan yang luas, kelengkapan yang cukup umtuk mewujudkan perhubungan di antara Tanah Melayu dengan pelabur-pelabur di Britain[footnoteRef:8]. [8: Dr.Mohd Rais Bin Abdul Karim,Malaysia Kita,Intitusi Tadbiran Awan Negara ( INTAN ), 1999.hlm.383]

KESAN SOSIAL PERHUBUNGAN Antara kesan kemasukan pengaruh luar ialah pembaharuan dari segi pengangkutan dan perhubungan. Seperti Contoh, raja Chulalongkorn telah melakukan pembaharuan dalam pengangkutan dan perhubungan seperti sistem pengangkutan dan sistem komunikasi yang moden. Negeri-negeri di Asia Tenggara telah menubuhkan jabatan pos dan telegraf dan pembentukan jabatan keretapi. Jalan keretapi telah dibina dengan bantuan kewangan luar negeri. Misalnya pembinaan jalan keretapi di antara Bangkok dan korat yang bertujuan untuk pengangkutan barangan. Kawalan kerajaan pusat ke atas kerajaan wilayah menjadi mungkin dan penyatuan nasional semakin berjaya. Secara tidak langsung, sistem perhubungan ini telah membuka mata masyarakat Asia Tenggara dalam mengendalikan jarak perhubungan di satu kawasan dengan kawasan yang lainnya.

PENDIDIKANSelanjutnya, perkembangan birokrasi moden juga adalah akibat sistem pendidikan yang semakin maju.[footnoteRef:9] Tujuan utama sistem pendidikan ini diperkenalkan adalah untuk menyebarkan agama Kristian, mengembangkan budaya luar serta mengajar bahasa luar kepada masyarakat tempatan. Oleh itu, pengajaran agama amat dititikberatkan kerana dasar falsafah pendidikan yang ingin diturunkan kepada masyarakat Asia Tenggara. Di samping itu, mata pelajaran yang diberi penekanan adalah bahasa luar, muzik, budi bahasa, tingkah laku dan kajian tentang buku klasik. Contohnya sekolah Sepanyol pertama didirikan di Filipina adalah sekolah mukim yang telah dibina oleh mubaligh-mubaligh Sepanyol. [9: . Thawatt mokarapong.1987.Sejarah revolusi thai.hlm.57.]

VOC (Vereenigde Oost-Indische Compagnie) adalah suatu perusahaan dagang yang mempunyai tujuan komersial dengan mencari keuntungan secara besar-besaran untuk kepentingan Belanda. Namun pada abad 17 dan 18 di pengaruh dari negara luar telah merubah segala kegiatan yang berkenaan kepada bidang pendidikan dan pengajaran dilaksanakan oleh lembaga-lembaga keagamaan, sedangkan pemerintah tidak ikut campur tangan langsung dalam penyelenggaraannya sehingga gereja mempunyai kebebasan yang besar dalam bidang pendidikan.Penyelenggaraan pendidikan dan pengajaran masih dilakukan dalam kalangan agama, tapi mereka merupakan pegawai-pegawai VOC.VOC sangat memerlukan tenaga-tenaga pembantu yang murah dari penduduk tempatan, sehingga penduduk tempatan tersebut perlu diberikan pendidikan untuk menjalankan tugas yang diinginkan. Contohnya Belanda (VOC) tersebut juga menyebarkan agama Kristian-Protestan nya dan sekolah-sekolah juga didirikan atas pola tersebut.[footnoteRef:10] [10: Edi Sedyawati.2006.Budaya Indonesia: Kajian Arkeologi, Seni dan Sejarah.Hlm.11-16.]

Seterusnya dari aspek pendidikan ialah. Pemerintah tempatan telah mencuba untuk mengusahakan untuk mengadakan pendidikan moden untuk rakyat, bagi membina beberapa buah sekolah di seluruh negara, dan memulakan sistem sekolah wajib dan menubuhkan university serta member biasiswa kepada pelajar-pelajar yang pintar untuk belajar ke luar negeri. Antara mata pelajaran yang diperkenalkan ialah sejarah, dan geografi . Dari saat itu kepentingan pendidikan sebagai syarat memasuki perkhidmatan kerajaan diperkenalkan.[footnoteRef:11] Oleh itu birokrasi moden dan generasi baru telah pun berkembang bersama-sama dengan semangat patriotik dan idea moden yang dapat betul-betul memahami perbezaan antara naungan dan negara, dan kesetiaan pada bangsa lebih daripada takhta sebenar. [11: Ibid.hlm.64.]

KEAGAMAANAntara sumbangan atau kesan yang dibawa oleh pengaruh luar yang meresap ke Asia Tengara di mana orang Eropah yang pertama datang ke timur dan membawa bersama budaya dan agama yang baru. Mubaligh mereka telah menyebarkan ajaran Kristian di India, Melaka, kepulauan Maluku, Makau dan Jepun. Di antara mubaligh yang terkenal pada masa itu yang bertujuan untuk menyebarkan ajaran Kristian ialah St. Francis Xavier. Dia tiba di Melaka dari Goa pada tahun 1545 dan mengembara di serata rantau Asia seperti Jepun, India dan Amboyna hanya untuk menyebarkan ajaran Kristian ke kawasan Asia Tengggra. Dia merupakan orang pertama yang membina sekolah yang dinamakan Kolej St. Paul di Melaka pada tahun 1548 untuk pelajar dari pelbagai bangsa agar para pelajar dapat diserapkan ilmu keagamaan tentang Kristian. St Francis Xavier meninggal dunia di pulau Sanchan di kawasan perairan China pada bulan Disember tahun 1552. Jenazahnya telah di bawa ke Melaka dan seterusnya ke Goa, di mana ia masih disimpan sehinggalah ke hari ini. Seterusnya dari segi sosial kerajaan Funan turut menerima beberapa pembaharuan daripada aspek agama dan kepercayaan. Kerajaan ini telah menerima pengaruh dan perluasan daripada India dan China. Bahasa pertuturan dan komunikasi dalam kalangan masyarakat juga dilihat telah berlaku sedikit percampuran akibat pengaruh yang kuat daripada China dan India pada masa tersebut.. Kesannya pengaruh daripada India dan China dapat dilihat melalui sistem tulisan yang digunakan, seni bina bangunan dan sebagainya. Peranan pemerintah iaitu Raja Funan sangat besar dalam penyebaran kebudayaan yang sesuai untuk diamalkan oleh masyarakat. Perkembangan kebudayaan dalam kerajaan Funan ini juga secara tidak langsung mempunyai hubung kait dengan pengaruh India dan China.

SISTEM TULISANAntara perkara lain yang turut penting dalam aspek sosial terhadap perkembangan kerajaan Asia Tenggara adalah sistem tulisan dan bahasa yang digunakan. Sistem tulisan dan bahasa yang diterima oleh masyarakat Asia Tenggara turut dikatikan dengan konsep Indianization selepas kedatangan pengaruh luar yang meluas. Pada abad kedua, nama dan tajuk dalam bahasa Sanskrit digunakan bagi penghasilan sesebuah utusan.[footnoteRef:12] Hal ini secara tidak langsung telah bermulanya pengaruh bahasa Sanskrit di kerajaan Asia Tenggara sehingga tersebar meluas kepada masyarakatnya. Menurut catatan Kang Tai pula, kerajaan Asia Tenggara mempunyai pelbagai buku dan arkib. Tulisan yang digunakan bagi penghasilan naskah tersebut menyerupai tulisan orang Hu yang menetap di bahagian tengah Asia yang menggunakan tulisan India iaitu tulisan dan bahasa Sanskrit.[footnoteRef:13] Keadaan ini membawa kepada ke arah tulisan dan bahasa Sanskrit menjadi antara kebudayaan yang penting di Asia Tenggara. [12: L. N. Shaffer. 1996. Maritime Southeast Asia To 1500. M. E.Sharpe Armonk. New York London, England. Hlm. 25-26] [13: D. G. E Hall. 1979. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. Hlm. 37, 43-44. ]

KESAN DARI ASPEK POLITIKSebelum kedatangan pengaruh Barat, negara-negara di Asia Tenggara mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Namun, setelah kuasa-kuasa Barat menguasai Asia Tenggara, sistem birokrasi Barat telah diperkenalkan untuk menggantikan sisitem pemerintahan beraja. Antara ciri umum yang terdapat dalam sistem Birokrasi Barat ialah penubuhan kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan, perlantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan, perlaksanaan pentadbiran melaui biro ( jabatan ), pelantikan pegawai Barat sebagai ketua Biro dan juga pengenalan undang-undang Barat.[footnoteRef:14] [14: http://sejarahsmkstteresa.blogspot.com/2011/04/ciri-ciri-umum-sistem-birokrasi-barat.html]

Sebelum kedatangan Sepanyol, Filipina terdiri daripada daerah-daerah kecil yang dikenali sebagai barangay dimana diperintah oleh golongan datu.[footnoteRef:15] Di selatan kepulauan Filipina pula, wujud kerajaan-kerajaan Islam. Setelah berjaya menguasai Filipina, Sepanyol kemudiannya memperkenalkan sistem pentadbiran pusat dimana Gabenor Jeneral sebagai peemerintah tertinggi. Kemudian, akan dibantu oleh ketua Datuk Bandar sebagai pentadbir wilayah dan dibawahnya pula ialah Gabenor Kecil yang merupakan pentadbir bandar. Penjajahan bangsa Eropah ke Asia Tenggara termasuk penjajahan Sepanyol (1565-1876) atas Filipina tentunya bukan hanya bertujuan memperoleh kemenangan secara ekonomi dan perluasan kekuasaan, melainkan juga mempunyai misi menyebarkan agama kristian ( Gold, Glory, Gospel ).[footnoteRef:16] Sementara di peringkat tempatan pula, dilaksanakan Sistem Encomienda dimana diketuai oleh Encomiendero dan dibantu oleh Encomienda ( gabungan barangay-barangay). Penyatuan barangay ini telah menyebabkan berlakunya kemerosotan terhadap sistem pemerintahan tradisional dan pengaruh golongan datu. [15: http://ruhibidizuan.wordpress.com/bab-1/nota-3/] [16: Cesar A. Majul.(1989). Dinamika Islam di Filipina. LP3ES. Hlmn 13.]

Sebelum kedatangan Belanda, Indonesia terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang berasingan seperti kerajaan Mataram dan kerajaan Bantam di Jawa. Kerajaan tersebut diketuai oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar. Pada peringkat pemerintahan tempatan pula, pentadbiran diketuai oleh pembesar daerah. Setelah menguasai Indonesia, Belanda kemudiannya membahagikan pentadbiran kepada dua pentadbiran iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan. Berikut merupakan perubahan yang diperkenalkan oleh kuasa Barat dalam pentadbiran tempatan Indonesia ;Ciri ciriPerubahan

Pentadbiran PusatDiketuai oleh Gabenor Jeneral.

Pentadbiran TempatanDikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda.

Penubuhan Jabatan KerajaanAntaranya Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian.

Penubuhan Dewan TempatanSebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa perundangan.

Penubuhan VolksraadMerupakan Majlis Rakyat yang dianggap sebagai satu langkah ke arah kemerdekaan. Penubuhannya hasil desakan Sarekat Islam.

Sebelum kedatangan British, Burma mengamalkan sisitem pemerintahan beraja di bawah Dinasti Konbaung. Raja merupakan penanung kepada sami Buddha. Raja-raja konbaung dipercayai mempunyai daulat yang tinggi.[footnoteRef:17] Kemenangan British dalam Perang-Inggeris Burma III telah membolehkan British menguasai seluruh Burma. Penguasaan British terhadap Burma telah menyebabkan Dinasti Konbaung berakhir, institusi raja tersingkir dan jawatan pembesar tradisional pada peringkat pusat terhapus. Keadaan ini telah menjadikan British sebagai pemerintah tertinggi Burma. Pengenalan Akta Kampung, Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889 telah melenyapkan terus pentadbiran tradisional. Pentadbiran daigrah diambil alih oleh Myo-ok ( pegawai bandaran ) dan sistem undang-undang Barat diperkenalkan. Pengaruh golongan agama merosot berikutan fungsi raja sebagai penaung sami Buddha telah diambil alih oleh undang-undang Barat. Majlis Perundangan telah diperkenalkan. Beberapa jabatan seperti jabatan perhutanan, jabatan kesihatan dan jabatan pelajaran juga ditubuhkan. [17: http://btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/download/a-1.pdf]

Sebelum kedatangan Perancis, negeri-negeri di Indo-China ditadbir oleh kerajaan pusat yang berkuasa mutlak dimana yang memberi kuasa penuh kepada pembesar tempatan. Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin. Golongan mandarin di Vietnam dipengaruhi oleh sistem pentadbiran Tanah Besar China. Golongan ini dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan China. Selepas dikuasai Perancis, pentadbiran di Indo-China diketuai oleh seorang Gabenor Jeneral yang bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris. Perancis juga telah membentuk sebuah kerajaan pusat pentadbiran dengan menubuhkan Union Indochinoise. Semua rang undang-undang di Indo-China diluluskan oleh Parlimen Perancis. Walaupun begitu, pentadbiran kerajaan tempatan tidak dicampuri oleh kerajaan pusat tetapi mereka perlu membayar cukai dan menyediakan kerahan tenaga. Sebelum kedatangan Portugis, Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Namun, setelah penaklukan Portugis di Melaka, ianya telah meruntuhkan institusi raja di Melaka. Semasa pemerintahan Belanda pula, institusi raja ini terus terhapus. Kemudiannya semasa pemerintahan British, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura telah digabungkan menjadi Negeri-Negeri Selat (NNS). Gabenor merupakan pemerintah tertinggi NNS dan beliau dibantu oleh residen kaunselor bagi ketiga-tiga negeri tersebut. Pentadbiran di peringkat kampung pula, peranan penghulu masih dikekalkan.Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ( NNMB ) iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan, Briish telah memperkenalkan Sistem Residen. Di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor pula, British memperkenalkan Sistem Penasihat. Residen dan penasihat British ini diletakkan di bawah Gabenor NNS. Tugas utama residen dan penasihat British adalah untuk menasihati Sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Selain itu, British turut memperkenalkan pelbagai perubahan seperti sistem kehakiman Barat, pelaksanaan sistem pengutipan cukai, pembahagian negeri kepada beberapa daerah dan penubuhan balai polis. Walaupun stuktur pentadbiran di Negeri-Negeri Melayu tidak berubah, namun peranan raja dan pembesar Melayu telah terjejas.Di Thailand, birokrasi Barat telah diperkenalkan sendiri oleh Raja Mongkot dan Raja Chulalongkorn. Raja Mongkot telah melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan di samping melatih pegawai-pegawai tempatan. Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis dibawa dari Britian. Penasihat kastam dan ketenteraan pula masing-masing dari Amerika Syarikat dan Perancis. Raja Chulalongkorn telah memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri. Juruaudit dari Britian telah dilantik untuk berkhidmat dalam perbendaharaan negara. Pada tahun 1932, sistem raja berperlembagaan yang diamalkan di Barat telah diperkenalkan bagi menggantikan sistem raja berkuasa mutlak. Perubahan ini telah mengurangkan pengaruh pembesar tradisional dan institusi raja. Selain itu, penentangan yang dilakukan oleh masyarakat pribumi juga merupakan salah satu kesan penjajahan dari aspek politik. Terdapat banyak penentangan yang dilakukan oleh masyarakat tempatan apabila kuasa Barat mula masuk campur dalam hal ehwal politik tempatan. Di Indonesia misalnya, pemberontakan demi pemberontakan telah tercetus. Penentangan terhadap Belanda yang paling berkesan ialah Perang Kawa dimana berlaku antara tahun 1825 hingga 1830. Perang ini berlaku disebabkan oleh timbulnya perasaan tidak puas hati masyarakat tempatan terhadap dasar-dasar Van Der Capellan seperti perbatalan kontrak sewa tanah, pengenaan cukai, perasaan tersinggung Dipo Negoro dan lain-lain lagi.Sementara di China pula, telah tercetusnya Pemberontakan Boxer yang berlaku antara 1899 hingga 1900. Pemberontakan ini bertujuan untuk mengusir keluar orang asing dan membunuh orang Cina yang memeluk agama Kristian. Pemberontakan ini meletus akibat perasaan tidak puas hati orang Cina dengan kuasa Barat yang telah mencerobohkan negara Cina sejak pertengahan abad ke 19 lagi. Ini ditambah dengan kekalahan Cina dalam Perang Candu 1 dan 2. Selain itu, kedatangan pengaruh Barat ini juga telah mengurangkan permintaan terhadap barangan tempatan.Manakala, di India pula, disebabkan berlakunya pembahagian wilayah India oleh British pada abad ke-19 telah menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat. Perasaan tidak puas hati semakin bertambah apabila Gabenor Jeneral India telah melaksanakan pembaharuan dalam bidang sosial, politik dan kebudayaan dan telah menyebabkan tercetusnya Dahagi India pada 1857. Dahagi India merupakan pemberontakan tentera atau sepoi menetang pemerintahan di India.Di samping itu, aspek pemerintahan dan pentadbiran yang dahulunya ditadbir oleh orang tempatan telah diambil alih oleh penasihat dan pentadbir British. Perubahan dalam bidang pentadbiran ini adalah selari dengan pengenalan sistem perundangan Barat sesuai dengan anggapan mereka bahawa sistem masyarakat peribumi adalah ketinggalan zaman dan tidak sesuai digunakan lagi. Ini dapat dilihat apabila banyak negara Asia Tenggara diperintah melaui secara langsung oleh pihak penjajah melalui sistem birokrasi yang dimonopoli oleh orang Barat. Bagi meningkatkan soal-soal agama dan adat istiadat, pemimpin tempatan dilantik semata-mata bertujuan bahwa penjajah Barat masih lagi memerlukan dan menghargai kepimpinan mereka. Wujud juga persaingan antara kuasa-kuasa Barat dalan usaha mereka mendapatkan kawasan tanah jajahan baru lantas persaingan ini dapat diselesaikan dengan menetapkan kawasan pengaruh masing-masing supaya tidak tercetus peperangan di Asia Tenggara.

KESIMPULAN Secara keseluruhannya kedatangan pengaruh asing ke Asia Tenggara telah menyebabkan perubahan yang drastik terhadap negara yang dijajah. Sebagai contoh kesan pengaruh Hinddu-Buddha dari segi politik ialah wujudnya kuasa dan hukuman yang berbeza terhadap masyarakat menurut kelas yang diwakili. Seterusnya kesan pengaruh Cina pula, telah menyebarkan ajaran Confusius iaitu merupakan sistem etika yang telah diserap dalam pentadbiran di Asia Tenggara. Apabila revolusi bermula di Vietnam, hua memberitahu generasi muda, bahawa kepimpinan mestilah bermula daripada dalam negara sendiri. Tidak seperti raja Vietnam sebelumnya, nguyen anh telah mengembara jauh hingga ke gulf di siam[footnoteRef:18], untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mencari bantuan, tentera serta idea daripada kawasan serantau, penguasa antarabangsa, para pedagang, para misionnari, lanun dan mereka yang cekap dalam menggunakan senjata api.[footnoteRef:19] Kedatangan orang Inggeris iaitu British misalnya telah menyebarkan agama Kristian di Tanah Melayu. Seterusnya British juga telah membina balai polis, hospital, sekolah, jalan raya, telegraf serta jalan raya yang digunakan bagi memudahkan perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain. Namun kedatangan mereka ke Asia Tenggara menyebabkan masyarakat tempatan tidak bebas serta terikat dengan kuasa yang di atas mereka, di mana mereka terpaksa membayar cukai, menyerahkan hasil kepada pihak atasan dan sering dikerah tenaga untuk melakukan sesuatu perkerjaan. Kita harus memandang dari dua sudut yang berbeza iaitu kesan negitif dan positif yang diperolehi daripada kesan kedatangan orang asing ke Asia Tenggara, iaitu apa yang baik diteruskan serta ditingkatkan lagi dan yang kurang baik ditinggalkan ataupun diperbaiki. [18: An interesting comparison in the thai case would be taksin. ] [19: On Gia Longs Activities In The Gulf Of Siam, See Ta-Chi Dai-Truongs Excellent Study, A Study Of Civil War In Viet Nam (1771-1802),Saigon: Vansu Hoc, Pp. 116-26.]

BIBLIOGRAFICesar A. Majul.(1989). Dinamika Islam Filipina. LP3ES.Cikgu Hj. Yasmin. (2011). Ciri-ciri Umum Sistem Birokrasi Barat. Diperoleh pada April 14, 2014 daripada http://sejarahsmkstteresa.blogspot.com/2011/04/ciri-ciri-umum-sistem-birokrasi-barat.htmlChristoper E. Goscha, 1998. La Presence Vietnamienne Au Royaume Du Siam Du Xviie Au Xixe Sicle: Vers Une Perspective Peninsulaire, In Nguyen The Anh And Alain Forest, Eds, Relations Entre Societies Et Etats: Gueree Et Paix En Asie Du Sud-Est, Paris: Editions Iharmattan. Dr.Sivarajan PHD dan S.Malar Arasi. 2013. Sejarah Sosial Ekonomi Sehingga 1970. Selangor Darul Ehsan. Penerbitan Multimedia. Dr.Mohd Rais Bin Abdul Karim. 1999. Malaysia Kita, Institusi Tadbiran Awam Negara (INTAN).Edi Sedyawati.2006.Budaya Indonesia: Kajian Arkeologi, Seni dan Sejarah.Hairudin Tajudin. (2010). Kesan Penjajahan Sepanyol dan Amerika ke atas Filipina. Diperoleh pada April 14,2014 daripada http://jauhnyamatahari.blogspot.com/2010/10/kesan-penjajahan-sepanyol-dan-amerika.html( Tiada nama penulis). (2012). Sejarah Tingkatan Lima. Diperoleh pada April 14,2014 daripada http://ruhibidizuan.wordpress.com/bab-1/nota-3/Kobkua Suwannathat-Pian. 1997. Asia Tenggara: Hubungan Tradisional Serantau. Kuala Lumpur.L. N. Shaffer. 1996. Maritime Southeast Asia To 1500. M. E.Sharpe Armonk. New York London, England. Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia, 1800-1963. On Gia Longs Activities In The Gulf Of Siam, See Ta-Chi Dai-Truongs Excellent Study, A Study Of Civil War In Viet Nam (1771-1802),Saigon: Vansu Hoc, Pp. 116-26.Thant Myint-U, 2001. The Making Of Modern Burma(United Kingdom: Cambridge University Press,).Thawatt mokarapong.1987.Sejarah revolusi thai.Zunetta Liddel, 1999. No Room To Move: Legal Constraints On Civil Society In Burma, In Straightening Civil Society In Burma. Possibilities and dilemmas for international NGOs, edited by Burma center Netherlands(BCN) & Transnational institute (TNI) (Thailand: Silkworm Books,

19