kesan keganasan antarabangsa

2
KESAN-KESAN KEGANASAN ANTARABANGSA Keganasan bererti penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti pengeboman, pembunuhan, dan penculikan untuk mendapatkan tuntutan politik daripada sesuatu pihak. Keganasan antarabangsa mencetuskan kebimbangan di seluruh dunia. Perbuatan ini mungkin disebabkan oleh pertentangan ideologi politik, kegawatan ekonomi, atau pihak pemerintah. Keganasan tidak membawa sebarang faedah selain mengheret negara yang terbabit ke pinggir kehancuran. Selain itu, nyawa yang tidak berdosa turut menjadi korban. Kini, dunia tidak lagi selamat dihuni. Namun begitu, apakah kesan- kesan keganasan antarabangsa? Antara kesannya ialah keselamatan rakyat tidak terjamin. Pergolakan politik akan menyebabkan rakyat melakukan keganasan. Selain itu, ucapan yang berapi-api oleh pemimpin akan membakar perasaan penyokongnya yang juga berkemungkinan akan melakukan keganasan. Penyokong juga akan mengadakan tunjuk perasaan dalam bentuk ganas atau liar disebabkan hasutan daripada pemimpin. Mereka ini akan melakukan apa sahaja seperti melakukan rusuhan, merosakkan harta benda awam serta melakukan pembunuhan terhadap pihak yang didendam atau rakyat yang tidak bersalah. Keadaan ini mengancam keselamatan rakyat dan juga negara. Rakyat tidak dapat tidur walau sepicing pun. Selain itu, ekonomi negara akan runtuh. Keyakinan pelabur dapat ditambat apabila sesebuah negara mempunyai keadaan politik yang stabil. Apabila keadaan politik tidak stabil, ia akan menyebabkan pelabur tidak berani untuk menanam modal di negara terbabit. Tambahan, pelabur akan menarik pelaburan mereka keluar dari negara terbabit. Akibatnya, kerancakan ekonomi negara tersebut akan terjejas dengan teruk. Di samping itu, keganasan ini turut menjejaskan ekonomi dunia. Sebagai contoh, serangan pengganas terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat menyebabkan harga saham seluruh dunia jatuh. Hal ini menjejaskan ekonomi banyak negara, bak kata pepatah kerana nila setitik, habis susu sebelangga. Seterusnya, industri pelancongan akan terjejas akibat keganasan antarabangsa. Perbuatan merampas kapal terbang dan mengebom bangunan oleh pengganas menyebabkan banyak orang tidak berani makan angin ke luar negara. Mereka juga tidak akan melancong ke negara-negara yang dilanda pergolakan politik yang rakyatnya sentiasa mengadakan tunjuk perasaan berbentuk ganas. Sebagai akibatnya, bilangan pelancong yang melancong ke luar negara berkurang. Ekonomi negara-negara yang bergantung pada pelancongan teruk terjejas.Malah, tiada seorang pun yang sanggup membiarkan nyawa di hujung pedang dengan makan angin di negara yang diancam keganasan. Sebagai contoh, keganasan yang berterusan di wilayah selatan Thailand di Yala, Pattani, Narathiwat dan Songkhla. Di samping itu, penerbangan antarabangsa juga terjejas dan hal ini menyebabkan banyak syarikat penerbangan mengalami kerugian besar atau terpaksa gulung tikar.

Upload: geelatif

Post on 20-Jun-2015

5.851 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESAN keganasan antarabangsa

KESAN-KESAN KEGANASAN ANTARABANGSA

Keganasan bererti penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti pengeboman, pembunuhan, dan penculikan untuk mendapatkan tuntutan politik daripada sesuatu pihak. Keganasan antarabangsa mencetuskan kebimbangan di seluruh dunia. Perbuatan ini mungkin disebabkan oleh pertentangan ideologi politik, kegawatan ekonomi, atau pihak pemerintah. Keganasan tidak membawa sebarang faedah selain mengheret negara yang terbabit ke pinggir kehancuran. Selain itu, nyawa yang tidak berdosa turut menjadi korban. Kini, dunia tidak lagi selamat dihuni. Namun begitu, apakah kesan-kesan keganasan antarabangsa?

Antara kesannya ialah keselamatan rakyat tidak terjamin. Pergolakan politik akan menyebabkan rakyat melakukan keganasan. Selain itu, ucapan yang berapi-api oleh pemimpin akan membakar perasaan penyokongnya yang juga berkemungkinan akan melakukan keganasan. Penyokong juga akan mengadakan tunjuk perasaan dalam bentuk ganas atau liar disebabkan hasutan daripada pemimpin. Mereka ini akan melakukan apa sahaja seperti melakukan rusuhan, merosakkan harta benda awam serta melakukan pembunuhan terhadap pihak yang didendam atau rakyat yang tidak bersalah. Keadaan ini mengancam keselamatan rakyat dan juga negara. Rakyat tidak dapat tidur walau sepicing pun.

Selain itu, ekonomi negara akan runtuh. Keyakinan pelabur dapat ditambat apabila sesebuah negara mempunyai keadaan politik yang stabil. Apabila keadaan politik tidak stabil, ia akan menyebabkan pelabur tidak berani untuk menanam modal di negara terbabit. Tambahan, pelabur akan menarik pelaburan mereka keluar dari negara terbabit. Akibatnya, kerancakan ekonomi negara tersebut akan terjejas dengan teruk. Di samping itu, keganasan ini turut menjejaskan ekonomi dunia. Sebagai contoh, serangan pengganas terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat menyebabkan harga saham seluruh dunia jatuh. Hal ini menjejaskan ekonomi banyak negara, bak kata pepatah kerana nila setitik, habis susu sebelangga.

Seterusnya, industri pelancongan akan terjejas akibat keganasan antarabangsa. Perbuatan merampas kapal terbang dan mengebom bangunan oleh pengganas menyebabkan banyak orang tidak berani makan angin ke luar negara. Mereka juga tidak akan melancong ke negara-negara yang dilanda pergolakan politik yang rakyatnya sentiasa mengadakan tunjuk perasaan berbentuk ganas. Sebagai akibatnya, bilangan pelancong yang melancong ke luar negara berkurang. Ekonomi negara-negara yang bergantung pada pelancongan teruk terjejas.Malah, tiada seorang pun yang sanggup membiarkan nyawa di hujung pedang dengan makan angin di negara yang diancam keganasan. Sebagai contoh, keganasan yang berterusan di wilayah selatan Thailand di Yala, Pattani, Narathiwat dan Songkhla. Di samping itu, penerbangan antarabangsa juga terjejas dan hal ini menyebabkan banyak syarikat penerbangan mengalami kerugian besar atau terpaksa gulung tikar.

Di samping itu, keganasan antarabangsa turut menyebabkan pembangunan negara terjejas. Pemimpin sesebuah negara kini lebih menumpukan pembangunan negaranya. Namun, apabila keganasan berlaku, tumpuan mereka lebih kepada masalah tersebut. Akibatnya, para pemimpin ini tidak dapat melaksanakan projek pembangunan negara walaupun cebisan belas muncul di penjuru hati kemanusiaannya. Selain itu, prasarana untuk rakyat turut diabaikan. Kerajaan tidak dapat membina bangunan baharu lantaran bangunan sedia ada musnah akibat dibom. Jalan raya yang rosak turut tidak dapat dibaiki.

Secara tuntasnya, rakyat sesebuah negara harus sedar bahawa keganasan hanya memberi impak negatif kepada rakyat dan negara terbabit. Selain itu, sikap tamak kerana ingin menguasai kuasa dan kekayaan harus dielakkan. Di samping itu, rakyat harus sabar dan tidak harus bertindak kejam bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Pemimpin juga harus bijak mengatur strategi bagi memastikan pergolakan politik terhindar. Hal ini demikian dapat mengelakkan negara dari terlibat dalam sebarang keganasan antarabangsa. Sedarlah, keganasan yang berlaku memberi banyak keburukan kepada pihak yang terlibat. Oleh itu, elakkanlah negara dari terlibat dalam sebarang keganasan. Keamanan Negara Tanggungjawab Bersama!