kesan ekonomi kapitalis

7
Kesan Ekonomi Kapitalis: Ekonomi dan Sosial Category: Sejarah Published on Saturday, 09 August 2014 16:05 Written by Super User Hits: 14 Pengenalan Perbincangan aspek pentadbiran dan politik adalah tidak lengkap tanpa menyentuh aspek ekonomi dan sosial di Tanah Melayu. Malahan dalam banyak aspek ia saling mempengaruhi antara satu sama lain. Perubahan besar dalam bidang politik di negeri-negeri Melayu sejak tahun 1874 sehingga tahun 1900 bukan sahaja memberikan kesan kepada pentadbiran dan pemerintahan tetapi juga membawa kepada perubahan dalam aspek ekonomi. Penjajahan kuasa besar Barat seperti British ke atas Tanah Melayu telah banyak memberi perubahan kepada negeri-negeri Melayu. Pihak British yang mula campurtangan dalam negeri-negeri Melayu pada tahun 1874 telah mula mengubah corak ekonomi di Tanah Melayu. Sebelum tahun 1874 dan juga sebelum kedatangan pihak penjajah Barat tidak banyak berlaku perubahan yang mendadak terhadap negeri-negeri Melayu ini terutamanya dalam bidang ekonomi. Walaupun telah melalui perkembangan dan kegemilangan dalam bidang perdagangan terutamanya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka tetapi sektor ekonomi masih di kawal oleh masyarakat tempatan. Setelah kedatangan pihak penjajah terutamanya pihak British, bermulanya pada tahun 1874 telah banyak berlaku perubahan di negeri-negeri Melayu ini terutamanya dalam aspek ekonomi. Campurtangan British ke atas negeri-negeri Melayu seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah mula mengubah corak ekonomi di Tanah Melayu daripada sektor pertanian tradisional kepada sistem ekonomi yang bercorak komersial dan moden. Pihak British telah mula menjalankan dasar ekonomi bebas dan mengadakan pelbagai peraturan berkaitan dengan ekonomi di negeri-negeri Melayu ini. Pasaran di Tanah Melayu terbuka luas kepada pelabur asing tanpa sebarang halangan dan sekatan British. Selain dominasi British dalam aspek pelaburan di Tanah Melayu banyak pelabur lain yang datang terutamanya dari Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Jepun. Singapura menjadi pusat pelaburan asing AS serta

Upload: nurhidayahmostaffa

Post on 13-Dec-2015

270 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kesan ekonomi kapitalis terhadap tanah melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan Ekonomi Kapitalis

Kesan Ekonomi Kapitalis: Ekonomi dan Sosial

Category: Sejarah

Published on Saturday, 09 August 2014 16:05Written by Super UserHits: 14

Pengenalan

Perbincangan aspek pentadbiran dan politik adalah tidak lengkap tanpa menyentuh aspek ekonomi

dan sosial di Tanah Melayu. Malahan dalam banyak aspek ia saling mempengaruhi antara satu sama

lain. Perubahan besar dalam bidang politik di negeri-negeri Melayu sejak tahun 1874 sehingga tahun

1900 bukan sahaja memberikan kesan kepada pentadbiran dan pemerintahan tetapi juga membawa

kepada perubahan dalam aspek ekonomi. Penjajahan kuasa besar Barat seperti British ke atas Tanah

Melayu telah banyak memberi perubahan kepada negeri-negeri Melayu. Pihak British yang mula

campurtangan dalam negeri-negeri Melayu pada tahun 1874 telah mula mengubah corak ekonomi di

Tanah Melayu. Sebelum tahun 1874 dan juga sebelum kedatangan pihak penjajah Barat tidak banyak

berlaku perubahan yang mendadak terhadap negeri-negeri Melayu ini terutamanya dalam bidang

ekonomi. Walaupun telah melalui perkembangan dan kegemilangan dalam bidang perdagangan

terutamanya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka tetapi sektor ekonomi masih di kawal oleh

masyarakat tempatan.

 Setelah kedatangan pihak penjajah terutamanya pihak British, bermulanya pada tahun 1874 telah

banyak berlaku perubahan di negeri-negeri Melayu ini terutamanya dalam aspek ekonomi.

Campurtangan British ke atas negeri-negeri Melayu seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan

Pahang telah mula mengubah corak ekonomi di Tanah Melayu daripada sektor pertanian tradisional

kepada sistem ekonomi yang bercorak komersial dan moden. Pihak British telah mula menjalankan

dasar ekonomi bebas dan mengadakan  pelbagai peraturan berkaitan dengan ekonomi di negeri-

negeri Melayu ini. Pasaran di Tanah Melayu terbuka luas kepada pelabur asing tanpa sebarang

halangan dan sekatan British. Selain dominasi British dalam aspek pelaburan di Tanah Melayu banyak

pelabur lain yang datang terutamanya dari Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Jepun. Singapura

menjadi pusat pelaburan asing AS serta menyediakan landasan bagi pelaburan di negeri-negeri

Melayu yang dikawal oleh kolonial British.

Page 2: Kesan Ekonomi Kapitalis

British mengamalkan sistem ekonomi pasaran bebas yang mementingkan keuntungan berbanding

kebajikan dan masa depan Tanah Melayu. Selepas tahun 1874 antara langkah awal yang diambil

ialah menukar sistem undang-undang adat kepada sistem perundangan British bagi meningkatkan

perkembangan ekonomi.[ Emily Sadka, The Protected Malay States 1874-1895). Kuat kuasa oleh

JWW Birch ialah menghapuskan amalan pungutan cukai yang dilakukan oleh para pembesar (kecuali

penghulu-penghulu yang dilantik). Tindakan JWW Birch telah menyebabkan pembesar kehilangan

kuasa dan pendapatan. Situasi ini bertentangan dengan nilai tradisi dan adat istiadat Melayu dalam

sistem serah dan juga kerah.[ Dalam tradisi orang Melayu kuasa kutipan cukai membuktikan wujudnya

kuasa seseorang pembesar ke atas rakyat yang dinaungi. Manakala amalan kerah dalam masyarakat

Melayu merupakan tradisi gotong royong yang menjadi satu amalan bermasyarakat. Sistem kerah

hanya diteruskan untuk beberapa tahun selepas campur tangan 1874. Di Perak melalui undang-

undang 1882, kerah hanya boleh dilakukan enam hari dalam setahun dan diberi gaji atau upah

sebanyak 25 sen sehari. Di Selangor pada kuat kuasakan pada tahun 1891. setiap kerahan dibayar

minimum 30 sen sehari. Manakala di Pahang berdasar Regulation V 1889, maksimum tempoh kerah

adalah dua bulan dalam setahun. Akan tetapi  makanan dan elaun mesti disediakan. British turut

mengambil langkah yang tegas dengan  membakar  rumah Raja Ngah dan Tengku Panglima Besar

kerana didapati telah mengutip cukai daripada pelombong.

2.0Pertanian

Seiring dengan perkembangan ekonomi, bidang pertanian turut mengalami perubahan daripada

sistem sara diri yang diamalkan oleh masyarakat Melayu kepada tanaman secara besar-besaran

tanaman komersil. Permintaan untuk hasil pertanian meningkat disebabkan oleh pertambahan

penduduk dan juga permintaan untuk eksport.[ J. Kennedy, A History of Malaya (Third Edition).

Tanaman kopi diperkenalkan pada akhir tahun 1880-an di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan oleh

pelabur-pelabur yang mengalami masalah di Sri Lanka. Walau bagaimanapun tanaman kopi kurang

berjaya di Tanah Melayu berpunca daripada  kejatuhan harga. Keadaan ini menyebabkan ramai yang

mula menanam getah sebagai tanaman alternatif. Sehingga tahun 1900 tanaman getah masih pada

peringkat awal dan memuncak pada tahun 1910. Campur tangan British selepas tahun 1874 telah

membawa masuk beberapa jenis tanaman yang baru ke negeri-negeri Melayu. Malah konsep

pertanian komersil turut  mewarnai system ekonomi pertanian. Walaupun konsep pertanian komersil

dan tanaman baru diperkenalkan, masyarakat Melayu terus dibiarkan oleh British dengan system

ekonomi sara diri yang tidak memungkinkan mereka bersaing dengan syarikat-syarikat gergasi dalam

pertanian komersil.

3.0Jalankeretapi  

Page 3: Kesan Ekonomi Kapitalis

Perkembangan ekonomi telah membawa kepada perkembangan sistem pengangkutan keretapi. Jalan

keretapi dibina bertujuan untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan

perlombongan ke pelabuhan untuk dieksport ke Pulau Pinang dan Singapura.[ Amarjit Kaur, “The

Impact of Railroads on the Malayan Economy, 1874-1941,” dalam Journal Of Asian Studies, Vol. 39,

No. 4, Ogos 1980, hlm. 695] Perkembangan jalan keretapi boleh dibahagikan kepada dua bahagian

iaitu period awal (1874-1896) dan period kedua (1896-1909). Pada period awal jalan keretapi yang

dibina hanya menghubungkan kawasan perlombongan dengan pelabuhan. Antara jalan keretapi yang

terawal dibina ialah pada tahun 1855 yang menghubungkan Taiping ke Port Weld. Seterusnya jalan

keretapi berkembang ke Selangor, Kuala Lumpur, Ipoh dan Port Swettenham. Menjelang tahun 1891

jalan keretapi telah dihubungkan hingga ke Port Dickson. Period kedua perkembangan jalan keretapi

berlaku selepas pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) iaitu semua jalan keretapi

telah dihubungkan di antara satu sama lain.[ J. Kennedy, A History of Malaya (Third Edition)    Selari

dengan perkembangan jalan keretapi, sistem telekomunikasi turut berkembang pesat pada tahun-

tahun 1880-an dan 1890-an. Pertumbuhan infrastruktur ini turut membawa kepada bertambahnya

kakitangan pengurus[ Emily Sadka, The Protected Malay States 1874-1895, hlm. 223] selari dengan

pertumbuhan ekonomi yang membawa limpahan dalam ekonomi dan pentadbiran. 

4.0 Perubahan Sosial

Campur tangan di negeri-negeri Melayu pada tahun 1874 turut menyebabkan wujudnya masyarakat

majmuk terutama di negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. British yang mengamalkan

dasar laissez faire dalam ekonomi telah membawa masuk buruh-buruh dari China dan India untuk

Page 4: Kesan Ekonomi Kapitalis

menjadikan Tanah Melayu sebagai pengeluar bahan mentah terbesar dunia.[ Vejai Balasundram,

Politik Nasionalisme dan Federalisme di Malaysia). Kemasukan buruh dari China dan India penting

disebabkan orang Melayu dikatakan tidak berminat untuk menjadi buruh di lombong-lombong bijih

timah dan ladang-ladang.

4.1 Masyarakat Majmuk

Perkembangan ekonomi telah membawa kepada kewujudan masyarakat majmuk iaitu Melayu, Cina

dan India. Kewujudan masyarakat majmuk dicirikan oleh latar belakang etnik yang berbeza dan

mereka dikenali berdasarkan bidang pekerjaan, lokasi kediaman, agama dan bahasa yang sangat

berbeza.[ Anthony Milner, “Who Created Malaysia’s Plural Society?”, dalam Journal of the Malaysia

Branch of the Royal Asiatic Society, Vol76 Part 2, 2003). Kemasukan buruh dari China dan India

adalah disebabkan keperluan buruh dalam sektor ekonomi berintensifkan tenaga buruh.[ Emily Sadka,

The Protected Malay States 1874-1895). Selain daripada tarikan peluang ekonomi yang besar di

NNMB pengenalan undang-undang British, sistem pendidikan dan infrastruktur turut menyebabkan

peningkatan dalam statistik penduduk di NNMB. Hasilnya menjelang akhir abad ke-19, kewujudan

masyarakat majmuk bukanlah sesuatu yang asing di semua negeri-negeri Melayu. Mereka hidup

terpisah di antara satu sama lain dan tidak wujud perancangan masa hadapan bagi para imigran yang

datang dari China dan India. Walau bagaimanapun terdapat juga kedatangan orang Melayu dari

Sumatera tetapi mereka tidak dianggap sebagai orang asing disebabkan sejarah pergerakan

masyarakat Melayu dan konsep nation state adalah sesuatu yang sangat asing di Asia Tenggara.

[ Wang Gungwu, ed., Nation Building: Five Southeast Asian Histories, (Singapore: ISEAS, 2005).

Ketika British mula melukis sempadan politik di antara negeri-negeri Melayu pada masa yang sama

British turut melukis sempadan di antara kaum-kaum di Malaysia tanpa memikirkan akibat dan kesan

jangka panjang tindakan tersebut.

4.1 Pendidikan

Perkembangan ekonomi turut mempengaruhi peningkatan dalam aspek pendidikan di negeri-negeri

Melayu walaupun dalam masa yang sama wujud dilema dalam soal menjaga adat dan tradisi

masyarakat Melayu. Sekolah Melayu terawal di negeri-negeri Melayu ditubuhkan di Kelang pada tahun

1875, dan di Perak pada tahun 1883.[ Ibid., hlm. 289] Pada awal pertumbuhan sekolah-sekolah

Melayu ia banyak bergantung atas dorongan dan inisiatif pegawai-pegawai di peringkat daerah.

Perkembangan pendidikan di Perak dan Selangor menunjukkan kemajuan yang sangat menggalakkan

pada tahun 1890 apabila jawatan Inspektor Sekolah diwujudkan. Sekolah-sekolah aliran vernacular

Page 5: Kesan Ekonomi Kapitalis

Melayu, Cina dan Tamil telah  diwujudkan di Perak dan Selangor. Pendidikan Inggeris lebih bertumpu

di bandar-bandar utama yang majoritinya diikuti oleh kaum Cina, India dan golongan aristokrat

Melayu. Tahun-tahun 1890-an menyaksikan reaksi masyarakat yang lebih baik terhadap keperluan

pendidikan di setiap mukim. Peningkatan ini disebabkan oleh gabungan pendidikan Melayu pada

sebelah pagi dan pendidikan agama pada sebelah petang.[ Philip Loh Fook Seng, The Malay

States1877-1895) Selain itu faktor kehadiran guru-guru pelawat dan terlatih, pensturkturan kelas

mengikut gred dan sistem peperiksaan, dan silibus mata pelajaran mula diperkenalkan. Meskipun

pendidikan pada tahap ini hanya darjah IV tetapi sekurang-kurangnya perubahan ini memberi tekanan

yang lebih besar selepas tahun 1900.

5.0 Kesihatan

Selain ekonomi yang bergerak begitu pantas, Tanah Melayu turut menghadapi ancaman  masalah

kesihatan. Pada abad ke-19, penyakit-penyakit yang dikenal pasti menimbulkan kes kematian seperti

malaria, disenteri, demam cacar dan kolera.[ Emily Sadka, The Protected Malay States 1874-1895,

hlm. 316] Rekod menunjukkan serangan penyakit-penyakit ini telah meragut banyak nyawa misalnya

di Perak dan Selangor kadar kematian adalah antara 13.4% hingga 16.5% antara tahun 1886 hingga

1895.

Hospital kerajaan yang pertama di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dibuka di Taiping pada tahun

1878. Manakala pada tahun 1884 klinik-klinik telah dibuka di Tanjung Malim, Batu Gajah, Gopeng,

Kerian, dan Kuala Kangsar. Terdapat juga hospital milik persendirian masyarakat Cina seperti Hospital

Tai Wah (1895) dan Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur. Menjelang tahun 1896, Perak mempunyai

15 buah hospital, Selangor 14, Negeri Sembilan tiga dan dua buah di Pahang.

            Institusi penyelidikan perubatan turut didirikan bagi mengawal merebaknya penyakit malaria

dan beri-beri. Untuk tujuan itu institusi penyelidikan perubatan telah didirikan di Kuala Lumpur pada

tahun 1900.[ J. Kennedy, A History of Malaya (Third Edition).

Pertumbuhan ekonomi moden yang berlaku pada tahun-tahun 1870-an dan 1890-an bukan sahaja

membawa masuk imigran dari China dan India ke Tanah Melayu tetapi turut membawa perubahan

dalam bidang kerja penduduk misalnya wujud pekerjaan yang berkait dengan urusan jalan keretapi,

jalan raya, pos, kerani pejabat, guru dan sebagainya.[ Emily Sadka, The Protected Malay States 1874-

1895)  Malah pertambahan populasi akibat perkembangan ekonomi di Ipoh, Taiping dan Kuala

Lumpur turut menimbulkan masalah perbandaran seperti bekalan air, kebersihan,  dan kesesakan

rumah yang membawa kepada keperluan pembentukan Kerajaan Tempatan[ J. Kennedy, A History of

Malaya (Third Edition)  bagi mengurus institusi perbandaran yang mula berkembang di Tanah Melayu.

Kesimpulan

Page 6: Kesan Ekonomi Kapitalis

Perubahan yang dialami begitu menyeluruh dalam aspek politik dan pentadbiran, ekonomi dan sosial.

Walaupun terdapat pengenalan tanaman baru dan system ekonomi moden tetapi  jelas system

ekonomi yang wujud adalah dalam bentuk dualisme ekonomi iaitu orang Melayu terus kekal dalam

amalan ekonomi tradisional sara diri berbanding dengan pihak British dan kaum Cina yang

didedahkan dengan ekonomi moden dan pasaran dunia. Begitu juga dengan pendedahan dalam

aspek pendidikan. Perkembangan pendidikan moden dalam masyarakat Melayu selepas tahun 1874

sangat perlahan. Perkembangan ini disebabkan oleh sikap masyarakat Melayu yang kurang menitik

beratkan pendidikan, di samping sikap tidak serius pihak British dalam membangunkan pendidikan

dalam kalangan orang Melayu.  Kesan campur tangan 1874 ini dapat dilihat selepas Perang Dunia

Kedua apabila kewujudan masyarakat majmuk menjadi satu beban kepada pemerintah. Masalah

timbul dalam usaha  membentuk sebuah Negara bangsa disebabkan semua kaum hidup secara

terpisah dan berbeza bila diukur dari sudut agama, kepercayaan, kebudayaan, adat, bahasa, kegiatan

ekonomi dan petempatan. Jelas pada kita matlamat ekonomi British di Tanah Melayu telah menjadi

beban dalam pembentukan Negara bangsa yang akhirnya terpaksa ditanggung oleh pemerintah

Tanah Melayu dan Malaysia kemudiannya