kajian laporan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar

16
Kajian Laporan Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar (Tikam Batu) Nama : Uh Guan Hong Tingkatan : 3.3 Nama Guru Mata Pelajaran : Pn.Chong Yok Mooi T. Tangan Murid T. Tangan Guru

Upload: uhguanhong

Post on 15-Jan-2016

406 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

for all form 3 student malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Laporan Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar

Kajian Laporan Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar (Tikam Batu)

Nama : Uh Guan HongTingkatan : 3.3

Nama Guru Mata Pelajaran : Pn.Chong Yok Mooi

T. Tangan Murid T. Tangan Guru

Page 2: Kajian Laporan Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar

Bil Aspek Muka Surat

MarkahDiperolehi

1 . Tajuk Kajian 1 /12 . Senarai Kandungan 2 /13 . Pendahuluan 3 /24 . Objektif Kajian 4 /25 . Kawasan Kajian 5 /66 . Kaedah Kajian 6 /27 . Dapatan 7-11 /248 . Rumusan 12 /29 . Lampiran 13-15 /310. Rujukan 16 /211. Kerjasama - /112. Penilaian Umum - /2

SENARAI KANDUNGAN

Page 3: Kajian Laporan Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar

Bagi memenuhi Pentakfsiran Tingkatan 3 2014, murid Tingkatan 3 dikehendaki menjalankan satu kajian kes atau laporan tentang kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar di suatu kawasan terpilih. Kemudian hasilkan satu laporan (folio) berdasarkan kajian tersebut.

Saya memilih Tikam Batu kerana menepati tema kajian dan kawasan ini merupakan kampung halaman saya. Di kawasan ini terdapat jalan raya yang sibuk dan menjadi laluan utama untuk taman-taman berdekatan.

Saya menyiapkan kajian laporan ini dalam masa lima minggu secara individu seperti yang disyaratkan. Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah kepada saya dan penduduk di kampung halaman saya.

Pendahuluan

Page 4: Kajian Laporan Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar

Objektif Kajian

1. Menghuraikan jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian.

2. Menghuraikan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar di kawasan kajian.

3. Menghuraikan langkah-langkah penjagaan alam sekitar yang kreatif dan inovatif serta boleh dilaksanakan untuk mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar di kawasan kajian.

Page 5: Kajian Laporan Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar

Kawasan kajian saya ialah Tikam Batu yang terletak di daerah Kuala Muda, negeri Kedah, Malaysia. Antara lokasi berhampiran ialah bandar Sungai Petani dan Kuala Muda.

Antara kemudahan di sini ialah Sekolah Kebangsaan Tikam Batu dan Balai Polis Tikam Batu. Ada jalan menuju ke Pantai Merdeka. Beberapa kampung tradisional yang berasaskan sawah padi terdapat di sini. Pada awal penerokaan, aktiviti utama di sini adalah penanaman padi. Pada masa kini, banyak kegiatan ekonomi yang dijalankan di sini.

Page 6: Kajian Laporan Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar

Kaedah Kajian

Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian yang berikut untuk menyiapkan folio ini :

1. Pemerhatian: Saya membuat pemerhatian tentang kegiatan ekonomi di Tikam Batu.

2. Temu bual: Saya menemu bual penduduk di situ dan Penolong Pegawai Daerah, Majlis Daerah Kuala Muda untuk mengumpulkan maklumat tentang Tikam Batu.

Page 7: Kajian Laporan Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar

DapatanBerdasarkan pemerhatian saya, saya mendapati kegiatan ekonomi yang

utama di Tikam Batu ialah perindustrian. Sebahagian penduduk bekerja di kilang Sony, kilang bateri Yuasa, Leader Cable Industry Bhd, Shing King Industries (M) Sdn Bhd dan lain-lain di Kawasan Perindustrian Tikam Batu. Hal ini memberi kesan pencemaran udara dan jerebu. Kesan daripada aktiviti-aktiviti perkilangan, telah menggalakkan pembebasan bahan-bahan seperti karbon monoksida, karbon dioksida, sulfur oksida, hidrokarbon dan lain-lain. Ini telah menyebabkan komposisi ruang udara di persekitaran Gemas tercemar dan teroksida. Pembebasan habuk terampai telah menyebabkan fenomena jerebu terutama ketika udara kering. Ini telah meningkatkan nilai IPU (Indeks Pencemar Udara) di persekitaran Gemas.

Page 8: Kajian Laporan Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar

Saya juga mendapati beberapa kampung tradisional yang berasaskan sawah padi terdapat di sini. Antaranya ialah Kampung Padang Limau, Kampung Permatang Durian, Kampung Padang Tok Chik, Kampung Simpor Besar, Kampong Tambang Simpor, Kampung Teluk Wang Kechil, Kampung Pokok Kabu, Kampung Pantai Kapas, Kampung Kepala Bukit, Kampung Pulau Sepom, Kampung Padang buluh dan Kampung Tanjung Rambai. Kampung Padang Buluh terletak di hujung pekan Tikam Batu yang menghala ke Sungai Petani. Aktiviti utama di sini adalah penanaman padi. Kampung ini terdiri daripada 20 buah rumah yang mempunyai pertanian sendiri. Dalam apa jua bidang pertanian, baja dan racun serangga adalah satu keperluan untuk memastikan tanaman yang dihasilkan lebih berkualiti. Penggunaan baja dan racun serangga yang berlebihan telah membawa kesan pertumbuhan rumpai di kawasan sungai dan terusan yang menjejaskan hidupan air seperti ikan. Sesetengah baja kimia menjadi racun kepada manusia dan binatang ternakan apabila bercampur dengan air.

Page 9: Kajian Laporan Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar

Kegiatan perikanan juga terdapat di Tikam Batu. Kampung Bukit Kecil, Simpor, Tikam Batu mempunyai kolam pembenihan ikan yang dilengkapi dengan 17 buah kolam konkrit bersaiz 20 kaki x 100 kaki x 2 kaki. Kesan menjalankan aktiviti perikanan pertamanya ialah kepupusan fauna dan flora lautan. Kegiatan akuakultur telah menyebabkan kepupusan kawasan paya bakau di tepi pantai.

Page 10: Kajian Laporan Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar

Langkah-langkah penjagaan alam sekitar yang perlu diambil untuk mengurangkan kesan kegiatan ekonomi di Tikam Batu ialah mengadakan kempen. Kempen kesedaran diadakan melalui media massa seperti surat khabar, televisyen dan radio untuk menyedarkan syarikat perindustrian bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Syarikat perlu mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Syarikat perindustrian perlu mengamalkan etika-etika yang betul untuk mengelakkan berlakunya pencemaran alam sekitar. Syarikat tidak harus memikirkan keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan tanggungjawab untuk memelihara alam sekitar.

Selain itu, penguatkuasa undang-undang juga merupakan langkah untuk mengurangkan kesan kegiatan ekonomi di Tikam Batu. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 adalah perundangan yang menyeluruh tentang alam sekitar. Projek yang mungkin menjejas alam sekitar mesti menjalankan EIA(Penilaian Kesan Alam Sekitar). Akta Perikanan 1985 mengawal kegiatan perikanan supaya tidak pupus.

Page 11: Kajian Laporan Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar

Di samping itu, penyelidikan dan pembangunan dapat mengurangkan kesan ekonomi di Tikam Batu. Agensi yang giat menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R & D) seperti SIRIM dan institusi pengajian tinggi tempatan. Universiti Malaya menghasilkan plastik mesra alam daripada minyak kelapa sawit dan bahan semula jadi untuk mengeluarkan bakteria biopolimer yang dikenali sebagai PHA. MPOB menghasilkan kaedah pengeluaran ‘veneer” daripada batang sawit. MARDI (Institusi Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia) mencipta benih dan kaedah baru menanam padi dan buah-buahan.

Akhir sekali, Tikam Batu boleh memperkenalkan satu hukuman kepada perosak alam sekitar terutamanya syarikat perindustrian. Hukuman tersebut ialah sesiapa yang mencemarkan alam sekitar akan didenda makan 20 lada kecil dan tidak boleh minum air sebelum makan semua lada kecil. Jika perosak tidak mahu atau gagal menjalankan hukuman ini, dia perlu membayarkan sebanyak RM200000 kepada Majlis Perbandaran Tikam Batu.

Page 12: Kajian Laporan Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar

Rumusan Selepas menyiapkan kajian ini, saya lebih memahami kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar di Tikam Batu. Selain itu, dalam kajian ini saya juga dapat mengetahui betapa pentingnya langkah penjagaan alam sekitar. Dalam proses mencari maklumat, pengetahuan saya tentang alam sekitar semakin bertambah lagi.

Akhir sekali, saya ingin bersyukur kerana dapat menyiapkan kes kajian ini dengan lancar dalam tempoh masa yang diberikan.

Page 13: Kajian Laporan Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar

LAMPIRAN

Page 14: Kajian Laporan Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Page 15: Kajian Laporan Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Page 16: Kajian Laporan Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar

Rujukan

1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Tikam_Batu

2. http://wikimapia.org/878877/Tikam-Batu