amanat tahun 2009 khaled nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/amanat_2009.pdf ·...

48

Upload: leque

Post on 31-Jan-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN
Page 2: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

a m a n a t t a h u n 2 0 0 9

Page 3: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

M E N E R A J U K E G E M I L A N G A N I L M U

Page 4: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

““Mohamed Khaled Nordin

Sewaktu saya mula dilantik

menerajui Kementerian Pengajian Tinggi

hampir 9 bulan yang lalu, saya tidak

membayangkan bahawa saya diberi

tanggungjawab yang mudah.

4 | Amanat Tahun 2009

Page 5: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

5Amanat Tahun 2009 |

1. Terlebih dahulu sukalah saya melahirkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan

limpah kurnia dan izin-Nya maka dapat kita berkumpul bersama-sama di Majlis Amanat Tahun 2009 pada pagi

ini. Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak Urusetia atas usaha menggerak dan

menjayakan majlis kita pada pagi ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada semua di atas kesudian

meluangkan masa untuk sama-sama hadir pada pagi ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

selamat menyambut Tahun Baru; Tahun 2009 Masihi bersamaan Tahun 1430 Hijrah.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

2. Sewaktu saya mula dilantik menerajui Kementerian Pengajian Tinggi hampir 9 bulan yang lalu, saya tidak

membayangkan bahawa saya diberi tanggungjawab yang mudah. Ketika itu KPT baru mencecah usia 4 tahun

dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) baru 6 bulan dilancarkan.

Ini bermakna Fasa I PSPTN – Perletakan Asas (2007 – 2010) baru sahaja bermula. Maka, sudah tentu menjadi

tanggungjawab saya memastikan pengajian tinggi negara diletakkan pada landasan yang kukuh bagi

memasuki fasa-fasa berikutnya menuju;

• Fasa II - Peningkatan dan Pemerkasaan (2011 – 2015);

• Fasa III - Kecemerlangan (2016 – 2020); dan

• Fasa IV - Kegemilangan & Kelestarian (Melangkaui 2020).

Page 6: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

Mohamed Khaled Nordin

Bagi menjayakan sesuatu perancangan,

pendekatan kita haruslah lebih menyeluruh dan

disertai mekanisma pemantauan yang teratur

dan berkesan.

“ “Pelaksanaan PSPTN hanya

akan berlaku dengan komitmen dan

dedikasi yang tinggi daripada Naib-Naib

Canselor semua universiti.

““

6 | Amanat Tahun 2009

Page 7: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

7Amanat Tahun 2009 |

3. Dalam ucapan saya yang pertama di KPT, saya telah melahirkan tekad untuk meneruskan apa yang telah dirancang

oleh pemimpin terdahulu; iaitu memastikan pelaksanaan PSPTN berjalan mengikut jadual dan mencapai sasaran yang telah

ditetapkan. Pelaksanaan PSPTN hanya akan berlaku dengan komitmen dan dedikasi yang tinggi daripada Naib-Naib

Canselor semua universiti. Sementara agenda Apex khusus untuk Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai Universiti Apex,

universiti-universiti lain diharap dapat mengikut jejak langkah USM di mana sesuai, dalam membangunkan universiti

mereka. USM juga diminta berusaha untuk membabitkan universiti-universiti lain dalam strategi kecemerlangan mereka

supaya proses pembelajaran berterusan dapat berlaku dan USM berkongsi ’best practices’ dengan universiti-universiti lain,

terutama sekali universiti yang baru mula bertapak, supaya universiti-universiti tersebut dapat mengorak langkah untuk

lebih maju.

4. Di samping itu, Naib-naib Canselor perlu menggembleng kekuatan dan keupayaan universiti mereka dalam

menggerak dan menjayakan agenda-agenda yang telah dilancarkan; seperti MyBrain15, dan juga pelan-pelan tindakan

yang digariskan dalam buku Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara. Usaha dan kerjasama dari semua universiti amat

penting memandangkan bahawa kejayaan PSPTN bergantung bukan sahaja kepada penelitian dan perbincangan

mengenai agenda-agenda tertentu, tetapi lebih dari itu adalah pelaksanaan agenda-agenda berkenaan di peringkat

universiti.

Page 8: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

8 | Amanat Tahun 2009

Tuan-tuan dan Puan-puan,

5. Bagi menjayakan sesuatu perancangan, pendekatan kita haruslah lebih menyeluruh dan disertai mekanisma

pemantauan yang teratur dan berkesan. Pemantauan (monitoring) perlu dilihat sebagai suatu cara (mean) untuk mengubah

sikap (to change behaviour) dan bukan hanya pengumpulan data dan pelaporan semata-mata. Ini selaras dengan falsafah

dan semangat PSPTN - “A transformation that requires a drastic change in mindsets that will revolutionize the nation’s higher

education”. Pendekatan ini perlu kerana walaupun outcome itu penting, kita juga harus memberi perhatian kepada proses.

Ini akan membantu kita memahami mana-mana tindakan yang berjalan dan mana yang tidak, di mana Kementerian boleh

membantu universiti bagi membawa mereka ke hadapan dan di mana Kementerian boleh menyemak semula polisi-polisi

dan hubungannya dengan agensi-agensi lain.

Selain daripada memberikan angka, kita akan dapat mengenalpasti kenapa projek-projek tertentu berjaya dan kenapa

projek yang lain gagal. Kita akan dapat mengenal pasti amalan terbaik, mengenal pasti pelan-pelan yang langsung tidak

berjalan dan pelan-pelan yang tidak akan berjalan dalam persekitaran tertentu. Dengan itu, kita tidak perlu re-invent the

wheel dan dapat menawarkan proses kerja yang efisyen dan efektif.

Page 9: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

9Amanat Tahun 2009 |

Page 10: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

10 | Amanat Tahun 2009

Page 11: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

11Amanat Tahun 2009 |

6. Memandangkan inisiatif/agenda PSPTN begitu kompleks dan teknologi maklumat menyediakan penyelesaian

terbaik, kaedah pemantauan PSPTN akan menggunakan sistem pemantauan berasaskan web. Pejabat Pengurusan Program

(PMO) sedang membangunkan ePMO bagi memantau pelaksanaan 18 agenda kritikal di semua 20 IPTA. Sistem ini akan

membolehkan iPMO (Institutional PMO) di semua IPTA memasukkan data dan maklumat yang diperlukan melalui web,

kemudian dijana dalam berbagai format di PMO dan seterusnya dicapai oleh berbagai pihak berkepentingan (stakeholders)

pada masa sebenar. Selain daripada itu, penggunaan sistem berasaskan web akan membolehkan isu-isu tentang

pelaksanaan projek-projek dan agenda tertentu dikemukakan oleh iPMO di universiti untuk ditangani bersama dan oleh

pihak yang bertanggungjawab. Saya mahu isu-isu dibincang secara objektif dan diselesaikan secara bersepakat melalui

perkongsian ilmu. Penyelesaian isu amat penting dan kritikal kerana jika isu-isu berbangkit dibiarkan begitu saja, masalah

asas akan tetap wujud, dan sampai bila pun kita tidak akan dapat mencapai objektif agenda yang berkaitan. Dalam

kalangan IPTA, mungkin perkongsian antara satu sama lain bukan sesuatu yang mudah dilakukan kerana semua mahu

berada pada kedudukan nombor satu. Walaubagaimanapun, kita mesti sedar, secara keseluruhannya, kita mahu IPTA

Malaysia menjadi pilihan pertama dunia. Untuk itu, kesepakatan dan perkongsian adalah perlu, sebagaimana perlunya kita

kepada persaingan yang sihat.

Page 12: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

12 | Amanat Tahun 2009

Tuan-tuan dan Puan-puan,

7. Senario ekonomi 2009 dijangka tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, berasaskan kepada kelembapan

ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia. Kita di peringkat KPT juga perlu bersedia

dengan kesan yang akan dilalui daripada keadaan ini dan bagaimana kita perlu bertindak. Walaupun

pertumbuhan ekonomi diramal turun, kita berterima kasih kepada kerajaan kerana dalam Bajet 2009, KPT

diberi peruntukan berjumlah RM14.1 bilion iaitu kenaikan sebanyak RM1.9 bilion atau 15% berbanding

peruntukan 2008. Walaubagaimanapun, kita perlu berbelanja secara berhemah, berjimat-cermat, dan

mengurangkan pembaziran. Saya berharap, semua program dan projek-projek pembangunan Kementerian

dapat dilaksanakan mengikut jadual. Peringatan ini diberi kerana prestasi perbelanjaan projek-projek

pembangunan 2008 IPTA dan JPPKK masih lagi berada pada tahap yang rendah.

8. Dalam masa yang sama saya juga berharap IPTA negara kita, khususnya bagi menghadapi Rancangan

Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) dapat memberi perhatian kepada soal pembangunan intellectual infrastructure

dan bukan physical infrastructure semata-mata. Kita bukan sahaja berpendapat adalah mencukupi negara

hanya mempunyai 20 buah IPTA, tetapi perlu dilihat keperluan pembangunan fizikal universiti berasaskan

kepada perkongsian sumber secara bersama antara universiti (shared resources among universities) dan

mengoptima sumber dalaman universiti (optimising resourses within universities). Dalam menghadapi

kegawatan ekonomi ini, IPT perlu teruskan usaha mengambil ahli akademik berkualiti tinggi dan berbakat

(high quality talented faculty members). Kehadiran mereka akan memperkukuh dan menyumbang dalam

meningkatkan kecemerlangan universiti. Walaupun kita berhadapan dengan keadaan ekonomi hari ini,

kerajaan tetap memberi jaminan menyediakan peluang belajar di pengajian tinggi khususnya dari segi tempat

dalam IPTA sebanyak lebih 140,000 dan pembiayaan iaitu sebanyak RM 2.6 billion kepada lebih 165,000 orang

pelajar.

Page 13: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

13Amanat Tahun 2009 |

Page 14: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN
Page 15: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

15Amanat Tahun 2009 |

AUTONOMI | KEPIMPINAN | AKADEMIA | PENGAJARAN

& PEMBELAJARAN | PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN

(R&D) | PENGANTARABANGSAAN | KEBOLEHPASARAN

GRADUAN | APEX | MYBRAIN15 | PEMBELAJARAN

SEPANJANG HAYAT | AUDIT AKADEMIK | PEMBIAYAAN

PELAJAR (PTPTN) | IPTS | TABUNG PEMBANGUNAN

MODAL INSAN | SISTEM PENYAMPAIAN KPT |

PEMBANGUNAN HOLISTIK PELAJAR | POLITEKNIK &

KOLEJ KOMUNITI | AKADEMIA - INDUSTRI

AGENDA KRIT IKAL

Page 16: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

1. AUTONOMI

9. Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah dipinda pada tahun lepas akan dikuatkuasakan pada bulan Februari

ini. Kesan pindaan ini akan membawa perubahan kepada persekitaran IPT negara khususnya autonomi. Prinsip asas di

sebalik autonomi ialah bahawa IPT akan beroperasi dengan lebih baik sekiranya mereka dapat menentukan nasib mereka

sendiri. Mereka mempunyai inisiatif untuk berubah sekiranya mereka boleh mendapat faedah secara langsung daripada

tindakan mereka. Mereka boleh berusaha dan mengaut keuntungan, atau mereka boleh berdiam diri dan membiarkan

sahaja pesaing mereka memintas mereka. Sekiranya IPTA diberikan autonomi untuk bertindak balas kepada matlamat-

matlamat PSPTN mengikut cara mereka, besar kemungkinan mereka akan memilih cara yang berlainan dalam mencapai

matlamat yang sama, dan sebahagiannya akan lebih inovatif berbanding yang lain. Satu daripada persoalan besar yang

dihadapi kerajaan ialah bagaimana untuk mengimbangi autonomi yang diperlukan oleh IPTA dengan akauntabiliti yang

dituntut oleh negara. Bagaimana hasil, output dan outcome dipantau sementara akauntabiliti terus digalakkan. Kita mesti

sedar bahawa autonomi membawa bersamanya akauntabiliti. Lebih besar autonomi bermakna lebih besar akauntabiliti.

Walaubagaimanapun, sementara kawalan langsung dilonggarkan, sebagai balasan, kerajaan akan menuntut penyeliaan

dan pelaporan yang kompleks. Pelaksanaan autonomi kepada universiti sudah pasti akan seiring dengan akauntabiliti yang

akan diukur melalui KPI masing-masing.

16 | Amanat Tahun 2009

Page 17: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

17Amanat Tahun 2009 |

2. KEPIMPINAN

10. Menjadi pemimpin sebuah universiti tidak pernah mudah - dengan stakeholders yang berbagai dan berpengaruh,

perubahan global yang tidak menentu, tekanan daripada berbagai arah, dan persaingan yang sentiasa meningkat untuk

menghasilkan penyelidikan, serta mengeluarkan pelajar terbaik dan fakulti terbaik, tanggungjawab pemimpin universiti

amat mencabar. Kajian menunjukkan bahawa dalam persekitaran semasa yang kompleks, mengekalkan cara dan

pendekatan kepimpinan yang biasa digunakan tidak memadai untuk seorang pemimpin universiti. Pentadbir universiti

mestilah berupaya mengatasi cabaran dengan mewujudkan hubungan yang positif dan berpengaruh dalam iklim

organisasi yang sihat yang menggalakkan optimism, inovasi dan kerja berpasukan.

11. Kaedah pelantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor yang dibuat berdasarkan perakuan Jawatankuasa

Carian (Search/Select Committee) merupakan langkah menambahbaik untuk memberikan ketelusan dan objektiviti dari segi

proses pemilihan, di samping memastikan pemilihan calon yang benar-benar sesuai dan layak. Calon dilantik berdasarkan

kriteria yang diterima universal yang perlu ada dalam seseorang pemimpin organisasi akademik, termasuklah kepimpinan

dan kesarjanaan seseorang calon. Calon mestilah mempunyai visi dan misi akademik, yang bukan hanya akan menjadi

pengurus universiti tetapi juga ketua, yang akan membawa pengikutnya bersama-sama menuju kejayaan.

12. Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kemahiran

kepimpinan pengurusan tertinggi universiti. Menjadi harapan saya juga supaya AKEPT tidak hanya menumpukan perhatian

kepada latihan kepimpinan, tetapi juga turut mengendalikan program-program latihan dalam Pengajaran & Pembelajaran

dan juga latihan pembangunan sahsiah tenaga akademik muda. Kaedah latihan perlu disemak dari masa ke semasa dan

analisis keberkesanan latihan perlu dilakukan bagi memastikan matlamat latihan tercapai.

Page 18: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

18 | Amanat Tahun 2009

Page 19: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

19Amanat Tahun 2009 |

3. AKADEMIA

13. Persekitaran yang kondusif amat penting bagi merangsang ahli akademik untuk lebih kreatif dan inovatif. Bagi

menyokong perkembangan profesionalisme di kalangan akademik, KPT telah dan dari masa ke semasa menambah baik

skim perkhidmatan pensyarah universiti. Selain berpeluang mendapat kenaikan pangkat tanpa tertakluk kepada

kekosongan jawatan hingga ke Gred Khas A, pensyarah juga dibenar menjalankan kerja-kerja perundingan dan mendapat

perkongsian royalti daripada pengkomersilan hasil penyelidikan sehingga 80%. Walaupun tertakluk kepada umur persaraan

58 tahun pada masa ini, mereka dibenar menyambung perkhidmatan secara kontrak sehingga berumur 65 tahun. IPTA juga

dibenar melantik pensyarah secara kontrak (contract for service) berdasarkan keperluan kepakaran dengan imbuhan yang

kompetitif. Sehubungan itu, tiada sebab yang kukuh yang boleh menghalang kakitangan akademik daripada memberikan

perkhidmatan yang sebaik mungkin.

14. Bagi terus memperkasakan IPT saya juga mahu tindakan segera diambil bagi mengisi kekosongan jawatan

pensyarah. Mengikut statistik terdapat 28,377 jawatan pensyarah termasuk guru bahasa di kesemua IPTA. Sehingga kini

23,977 jawatan telah diisi dan bakinya 4,411 masih kosong. Justeru saya minta Kementerian menyegerakan pengambilan

ke jawatan pensyarah ini. Saya percaya semua pihak terutamanya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan memberi

kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian untuk melaksanakan penambahbaikan terhadap skim perkhidmatan

pensyarah ini.

Page 20: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

20 | Amanat Tahun 2009

4. PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

15. Perubahan pesat dalam urusan keilmuan serta tuntutan masyarakat yang kian mendesak telah menggesa supaya

pendidikan yang ditawarkan di universiti lebih terbuka dan liberal;

Pertama; terbuka dari segi keluasan kursus yang ditawarkan. Kursus-kursus baru yang lebih bersifat futuristic, relevan

dengan persekitaran dan cabaran yang sentiasa berubah, perlu difikirkan. Perlu diingatkan bahawa dalam merangka

kursus-kursus baru, yang penting bukanlah melihat kursus apa yang diperlukan hari ini, tetapi kursus apa yang perlu

diwujudkan hari ini yang dapat memberi nilai tambah kepada para graduan pada masa hadapan. Dalam persekitaran yang

mengalami perubahan berterusan, perkara yang relevan hari ini boleh tiba-tiba menjadi tidak relevan keesokan harinya. Di

samping itu, pembangunan kurikulum mestilah juga mengambil kira input daripada industri. Ini penting bagi memastikan

apa yang dibekalkan (supply) dapat memenuhi kehendak permintaan (demand).

Kedua; terbuka dari segi kaedah pengajaran itu sendiri. Bagi sesetengah kursus, pembelajaran yang terlalu

bergantung kepada kuliah mungkin tidak lagi sesuai. Kaedah-kaedah lain yang lebih berpusatkan pelajar (student-centered)

atau berasaskan masalah (problem-based) perlu diterapkan ke dalam proses pembelajaran supaya para pelajar dapat

mempertingkatkan daya pemikiran dan memperkukuhkan keupayaan untuk menjadi lebih inovatif. Pihak Kementerian

akan membuat kajian perbandingan kaedah tersebut di setiap IPTA bagi memastikan 100% program melaksanakan

pelbagai kaedah P&P mengikut keperluan bidang masing-masing menjelang bulan Disember 2010.

Page 21: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

Perubahan pesat dalam urusan

keilmuan serta tuntutan masyarakat yang

kian mendesak telah menggesa supaya

pendidikan yang ditawarkan di universiti

lebih terbuka dan liberal;

““21Amanat Tahun 2009 |

Page 22: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

22 | Amanat Tahun 2009

Page 23: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

23Amanat Tahun 2009 |

5. PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN (R&D)

16. IPT memainkan peranan utama dalam menggerakkan aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan

(R&D&C) di negara ini. Ahli akademik dalam pelbagai bidang kepakaran merupakan peneraju kepada penerokaan idea,

konsep atau teori baru yang menjadi tunjang kepada penemuan baru, perkembangan ilmu dan ciptaan yang canggih dan

terkini. Terdapat hubungan yang signifikan di antara pertumbuhan ekonomi dan kegiatan R&D pengajian tinggi. Malah

perbelanjaan untuk kegiatan R&D muncul sebagai faktor yang paling berkesan untuk meningkatkan pertumbuhan KDNK.

Sekurang-kurangnya RM1.7 bilion telah diperuntukkan oleh kerajaan dalam RMK-9 untuk menggalakkan aktiviti R&D

dengan matlamat menyumbang sekurang-kurangnya 1.5% daripada KDNK pada tahun 2010 berbanding 0.5% pada masa

ini.

17. Walau bagaimanapun, perkembangan terkini menunjukkan bahawa kegiatan R&D di Malaysia masih belum

mencapai tahap yang memuaskan. Sehingga 31 Disember 2008, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di

bawah Science Fund, sebanyak RM50.4 juta telah diagihkan kepada para penyelidik universiti bagi membiayai 243 projek

berbanding RM164.2 juta bagi membiayai 791 projek pada tahun 2007. Manakala di bawah Techno Fund pula, IPTA telah

menerima peruntukan sebanyak RM8.14 juta pada tahun 2008 dan berbanding RM6.4 juta pada tahun 2007.

18. Bagi menggalakkan kegiatan R&D, universiti-universiti perlu menentukan agenda penyelidikan mereka sendiri dan

perlu mengkhusus dalam bidang yang mereka fikir sesuai. Pembiayaan tidak harus ditujukan hanya kepada bidang di mana

Malaysia mempunyai kekuatan dan menjadi juara di peringkat antarabangsa. Di mana sesebuah universiti mempunyai

kepakaran di dalam sesuatu bidang tertentu, mereka harus menggunakan kepakaran tersebut tanpa mengambil kira sama

ada ianya merupakan bidang yang menjadi kekuatan negara atau tidak. Dana penyelidikan tidak menjadi isu. Isunya

bagaimana universiti menggunakan sepenuhnya dana sedia ada untuk memaksimakan faedah kepada masyarakat,

termasuk komuniti perniagaan.

Page 24: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

24 | Amanat Tahun 2009

6. PENGANTARABANGSAAN

19. Dalam keadaan ekonomi global yang tidak stabil pada tahun ini, kemampuan Malaysia untuk menarik pelajar

antarabangsa melanjutkan pengajian di negara ini mungkin menjadi lebih sukar kerana masalah kemerosotan ekonomi

juga berlaku di Negara-negara lain. Walau bagaimanapun, tren menunjukkan bahawa bilangan mereka yang melanjutkan

pengajian meningkat pada masa ekonomi dilanda krisis. Kesempatan ini perlu digunakan untuk mempromosikan

pengajian tinggi negara dengan mengetengahkan kelebihan Malaysia seperti kos yuran dan kehidupan yang lebih murah,

prasarana yang mencukupi serta berkualiti dan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan selamat. Dengan

bilangan pelajar antarabangsa kira-kira seramai 70,000 pada tahun 2008, sasaran seramai 80,000 orang menjelang tahun

2010 boleh dicapai.

20. Pada masa yang sama, usaha perlu dipertingkatkan bagi mendapatkan lebih banyak pengiktirafan luar negara bagi

menambah nilai (value-added) ijazah yang diperolehi setelah tamat pengajian di IPT Malaysia ; dalam konteks menjawat

jawatan dalam sektor awam di negara asal atau negara-negara lain dan pada masa yang sama mendapat pengiktirafan

daripada industri tempatan mahupun luar negara. Lebih banyak mutual recognition agreement (MRA) perlu diadakan

dengan negara-negara yang mempunyai universiti-universiti yang terkemuka di dunia dalam usaha mendapat faedah

bersama dan ke arah menggalakkan kolaborasi yang berterusan antara kedua-dua negara khususnya dari segi program

kerjasama dan pemindahan kredit (credit transfer).

Page 25: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

25Amanat Tahun 2009 |

Page 26: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

26 | Amanat Tahun 2009

Page 27: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

27Amanat Tahun 2009 |

7. KEBOLEHPASARAN GRADUAN

21. Pada masa ekonomi bergerak dengan perlahan dan syarikat-syarikat mula memberhentikan pekerja, pekerjaan-

pekerjaan baru juga diwujudkan. Dalam pasaran tenaga kerja pada hari ini, pekerja-pekerja mahir yang diperlukan untuk

mengisi keperluan tenaga kerja semasa dan juga baru sentiasa tidak mencukupi. Ini bermakna kekurangan pekerja mahir

akan berterusan sehinggalah ekonomi pulih dan syarikat-syarikat mula mengambil pekerja semula. Tren terkini juga

menunjukkan banyak syarikat melatih semula pekerja mereka yang sedia ada atau menawarkan latihan tertentu bagi

menarik pekerja baru. Dengan kemahiran-kemahiran baru, pekerja boleh dipindahkan untuk tugas-tugas yang berbeza

bagi mengelakkan daripada diberhentikan. Persekitaran ini menuntut kita supaya menghasilkan graduan yang bukan

sahaja berketrampilan dan dinamis dalam bidang pengkhususan masing-masing, malah graduan yang mempunyai

kecerdasan intelektual, berwibawa dan berupaya memenuhi kehendak pasaran.

22. Program-program seperti training, internship dan entrepreneurship hendaklah terus dipergiatkan. Dialog bersama

industri juga perlu diteruskan bagi mendapatkan maklumbalas berkaitan dengan kualiti graduan yang dikeluarkan dan

juga untuk mengetahui samada kurikulum yang diajar di universiti masih relevan. Modul Asas Pembudayaan

Keusahawanan perlu dilaksanakan di IPTA bagi menerapkan nilai dan perubahan minda graduan ke arah semangat

berdikari dan budaya keusahawanan. Melalui kemahiran ini, graduan bukan sahaja mampu bekerja sendiri, malah turut

dapat merebut peluang perniagaan dan seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada orang lain. Selain itu, beberapa

langkah lain yang dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan termasuklah ;

i) Memasukkan elemen kebolehpasaran di dalam kurikulum (Embedding employability in the curriculum) menerusi

pembaharuan Sistem Pembelajaran dan Pengajaran (Curriculum Design);

ii) Meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui Aktiviti Ko-Kurikulum (Enhancing students employability through

the co-curriculum); dan

iii) Melibatkan majikan di dalam penambahbaikan kurikulum (Engaging employers in the curriculum).

Page 28: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

28 | Amanat Tahun 2009

8. APEX

23. Pemilihan Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai Universiti Apex yang diumumkan pada 3 September 2008 telah

melengkapkan inisiatif Apex untuk melonjakkan dengan cepat pembangunan institusi bagi meningkatkan prestasi dan

daya saing di peringkat antarabangsa dan mencapai kedudukan antara yang terbaik di dunia. Adalah diharapkan dalam

masa 5 tahun, USM berada antara 100 universiti terbaik dunia dan pada 2020 dan seterusnya ia berada dalam senarai 50

universiti terbaik dunia. Bagi memantapkan sistem governan dan memastikan universiti ditadbir dengan lebih cekap dan

berkesan, USM akan diberikan autonomi di dalam 7 bidang yang dikenal pasti ; antaranya Perundangan, Pengurusan

Sumber manusia, Kewangan dan Kemasukan Pelajar. Pelaksanaan autonomi kepada USM akan seiring dengan akauntabiliti

yang akan diukur melalui KPI yang ditetapkan.

9. MYBRAIN15

24. Inisiatif MyBrain15 telah dilancarkan pada 25 September 2008 dengan matlamat untuk melahirkan bilangan

pemegang ijazah Ph.D yang secukupnya sebagai pemacu kepada inovasi yang akan memandu masa depan ekonomi

negara untuk berdaya saing. Sehingga bulan September 2008, terdapat seramai 11, 820 pelajar sedang mengikuti

pengajian di peringkat Ph.D di IPTA ; masing-masing terdiri daripada 6,726 pelajar tempatan dan 5,094 pelajar

antarabangsa. Bagi mencapai sasaran menghasilkan seramai 60,000 pemegang ijazah Ph.D dalam masa 15 tahun, IPTA telah

diminta supaya mengambil tindakan bagi menangani isu-isu penting yang berkaitan dengan pengajian Ph.D ; seperti isu

kemasukan pelajar, sokongan penyelidikan, tarikan kerjaya, isu penyeliaan dan isu tempoh penamatan pengajian. Selain itu,

IPTA juga diminta untuk mewujudkan mod program Ph.D bukan-konvensional, seperti program penyelidikan gunaan

berdasarkan industri, mewajibkan nisbah penyelia : pelajar Ph.D kepada 1 : 5, mengambil pelajar cemerlang dari seluruh

pelusuk dunia untuk pengajian Ph.D di IPT Malaysia dan mengambil Profesor tersohor dunia sebagai staf universiti untuk

menarik lebih ramai pelajar terbaik dunia mengikuti pengajian Ph.D di Malaysia.

Page 29: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

29Amanat Tahun 2009 |

Page 30: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

30 | Amanat Tahun 2009

10. PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

25. Pendidikan pra-sekolah, rendah, menengah, tinggi, vokasional dan latihan selamanya amat penting. Tetapi

pendidikan asas semata-mata tidak memadai. Kemahiran manusia mesti diperbaharui dengan berterusan bagi

membolehkan mereka menghadapi cabaran-cabaran yang sentiasa berubah. Pada masa kini, pembelajaran sepanjang

hayat menjadi kunci kepada pekerjaan dan perkembangan serta memberi peluang kepada semua untuk melibatkan diri

dalam masyarakat. Bilangan mereka yang meninggalkan sekolah lebih awal yang semakin meningkat, penyertaan yang

rendah dalam pembelajaran sepanjang hayat di kalangan pekerja berusia dan pekerja berkemahiran rendah menjadi

perhatian serius di kebanyakan negara. Apatah lagi, pasaran buruh masa depan dalam ekonomi berasaskan pengetahuan

memerlukan tahap kemahiran yang tinggi.

26. Bagi menghadapi cabaran tersebut dan memastikan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) menjadi satu gaya hidup

masyarakat Malaysia, langkah-langkah berikut perlu diberi perhatian ;

i) Meningkatkan mekanisme dan prasarana untuk memudahkan PSH sebagai alat menambah pelbagai ilmu dan

kemahiran mengikut minat dan kehendak dalam memperkaya kualiti hidup individu.

ii) Meningkatkan kesedaran dan penyertaan di kalangan orang awam supaya dapat memanfaatkan potensi diri

melalui PSH agar dapat menghasilkan impak positif dari segi produktiviti, daya saing dan kebolehpasaran melalui

peningkatan promosi PSH.

iii) Memelihara kesinambungan dan pengiktirafan PSH.

iv) Menyediakan sokongan pembiayaan yang sewajarnya bagi membudayakan PSH agar lebih ramai penduduk

mendapat manfaat daripada kursus-kursus pendek yang ditawarkan.

Page 31: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

31Amanat Tahun 2009 |

Page 32: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

32 | Amanat Tahun 2009

Page 33: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

33Amanat Tahun 2009 |

11. AUDIT AKADEMIK

27. Audit akademik, sepertimana penilaian program tradisional adalah satu proses penilaian keserakanan (peer review)

termasuklah kajian sendiri (self-study) dan lawatan tapak oleh rakan-rakan daripada luar institusi. Tidak seperti pendekatan

penilaian program tradisional, proses ini menekankan suatu cerminan / gambaran sendiri (self-reflection) dan

penambahbaikan sendiri (self-improvement) berbanding pematuhan kepada standard yang telah ditentukan. Tujuan audit

akademik adalah untuk menggalakkan institusi menilai “proses-proses kualiti pendidikan” mereka – iaitu aktiviti utama

yang perlu mereka hasilkan, jamin dan tingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajarannya secara berkala. Audit menuntut

institusi menguruskan tanggungjawab mereka dengan menggunakan sumber yang sedia ada, berusaha menyediakan

suatu pendidikan yang berkualiti untuk kepentingan disiplin pengajian dan pembelajaran pelajar.

28. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang diberikan tanggungjawab menjamin dan meningkatkan kualiti pengajian

IPTA, IPTS serta Politeknik dan Kolej Komuniti, perlu memastikan supaya ;

i) audit prestasi akademik dijalankan ke atas semua IPT bertaraf universiti dan kolej universiti bagi mengukur “tahap

kesihatan” IPT di Malaysia.

ii) penerangan diberikan kepada semua IPT mengenai sistem jaminan kualiti yang baru dibangunkan iaitu Code of

Practice for Institutional Audit (COPIA) dan Code of Practice for Programme Accreditation (COPPA).

iii) IPT dipelawa untuk mengakredit sendiri (swaakreditasi) program-program mereka dan menganugerahkan status

swaakreditasi (self-acreditation) kepada IPT yang layak dan berkemampuan.

iv) instrumen SETARA diperkemas dan dimantapkan dalam SETARA 2009 dan diperluaskan untuk merangkumi

universiti dan kolej universiti swasta.

Page 34: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

34 | Amanat Tahun 2009

12. PEMBIAYAAN PELAJAR (PTPTN)

29. Untuk menjamin akses kepada pendidikan tertiari, penyaluran bantuan kewangan perlu diteruskan. Bagi tempoh

Januari hingga Oktober 2008, sejumlah 147,441 pinjaman telah diluluskan iaitu peningkatan sebanyak 12% berbanding

tahun sebelumnya (131,880 pinjaman) bagi tempoh yang sama. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pinjaman yang telah

diluluskan ialah sebanyak 1,257,532. Sehingga Oktober 2008, jumlah keseluruhan bayaran balik pinjaman yang telah

diterima ialah sebanyak RM975.71 juta iaitu peningkatan sebanyak 54% atau RM341.86 juta berbanding tempoh yang

sama pada tahun sebelumnya. Bagi tahun 2008, sasaran 55% pinjaman dibayar balik telah berjaya dicapai. Usaha perlu

ditingkatkan bagi memastikan sekurang-kurangnya 80% pinjaman dibayar balik menjelang tahun 2010.

Page 35: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

35Amanat Tahun 2009 |

13. IPTS

30. Kerajaan telah membuat keputusan bahawa tidak akan meluluskan sebarang cadangan penubuhan universiti awam

yang baru. Justeru, IPTS perlu mengambil peluang ini untuk menampung permintaan bagi meneruskan pengajian di

kalangan pelajar, khususnya para pelajar dari luar negara.

Pihak Kementerian juga perlu menyedari hakikat bahawa sektor pengajian tinggi swasta mempunyai potensi yang besar

bagi meransang pertumbuhan ekonomi negara melalui aktivitinya iaitu peningkatan ekuiti dan aksesibiliti pasaran tempat

pengajian tinggi, khususnya kepada pasaran pelajar antarabangsa. Ini merupakan satu langkah yang bukan sahaja akan

menguntungkan sektor pengajian tinggi swasta itu sendiri, malah akan turut membantu merangsang ekonomi negara

melalui pengaliran wang tunai masuk ke dalam negara dan juga peningkatan peluang – peluang pekerjaan di sektor

swasta dan industri sokongan lain bagi menampung keperluan kemasukan pelajar antarabangsa.

Oleh yang demikian, saya amat komited untuk memastikan pengukuhan sektor pengajian tinggi swasta dapat

dilaksanakan dengan jayanya. Dari sudut kementerian, satu kajian menyeluruh sedang dijalankan bagi mengkaji semula

syarat – syarat penubuhan, penaiktarafan, kadar yuran pengajian serta pengukuhan penguatkuasaan bagi sektor pengajian

tinggi swasta. Langkah ini adalah bertujuan untuk membantu serta menyediakan pemudah cara bagi sektor swasta di

dalam usaha mereka untuk meningkatkan kualiti, ekuiti serta mutu perkhidmatan mereka. Melalui kajian semula ini, adalah

menjadi harapan saya agar sektor pengajian tinggi swasta akan terus berkembang, kompetitif serta mampu menyediakan

perkhidmatan pengajian tinggi yang berkualiti serta diiktiraf di peringkat serantau.

Page 36: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

36 | Amanat Tahun 2009

14. TABUNG PEMBANGUNAN MODAL INSAN

31. Menyedari kepentingan modal insan yang berkualiti amat penting dalam pembangunan negara, kementerian

sentiasa berusaha untuk meningkatkan akses kepada semua lapisan masyarakat di negara ini untuk memperolehi peluang

pengajian tinggi. Pelbagai bentuk kemudahan pembiayaan seperti biasiswa, pinjaman dan bantuan kewangan disediakan

oleh KPT pelbagai agensi sama ada agensi kerajaan, syarikat GLC mahupun badan-badan korporat.

32. Kementerian akan memperkenalkan program Biasiswa Pelajar Cemerlang mulai pengambilan tahun 2009. Pelajar-

pelajar yang terpilih mengikuti program ini akan dijadikan pelapis (feeder) bagi pusat-pusat kecemerlangan IPTA sebagai

usaha Kementerian unuk meningkatkan pusat-pusat kecemerlangan ini mencapai taraf dunia. Kumpulan sasar adalah

terdiri daripada pelajar lepasan Asasi/Matrikulasi dan STPM. Pelajar-pelajar ini akan berpeluang untuk mendapat

pendedahan di universiti-universiti terkemuka luar negara jika mereka berjaya mengekalkan kecemerlangan di sepanjang

tempoh pengajian mereka.

33. Kelembapan ekonomi dunia yang dijangka berterusan pada tahun 2009 tidak akan menjejaskan usaha kementerian

dalam meneruskan tajaan tenaga yang berkelayakan mengikuti pengajian di peringkat Ph.D. Kementerian akan terus

melaksanakan program ini dengan sumber peruntukan yang diluluskan bagi mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian

Tinggi Negara (PSPTN) iaitu 75% tenaga pengajar IPTA berkelayakan Ph.D pada tahun 2020 dan objektif di bawah

MyBrain15 untuk mencapai sasaran 60,000 individu berkelayakan Ph.D menjelang tahun 2023. Strategi dan insentif

tertentu perlu dikaji bagi memastikan kedua-dua sasaran ini dapat dicapai.

Page 37: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

37Amanat Tahun 2009 |

Page 38: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

38 | Amanat Tahun 2009

15. SISTEM PENYAMPAIAN KPT

34. KPT akan terus menyokong pembangunan IPT dengan memastikan persekitaran yang lebih kondusif diwujudkan

untuk perkembangan dan kecemerlangan pengajian tinggi. Transformasi KPT yang dilancarkan pada 13 Jun 2008

merupakan asas kepada usaha untuk mengukuhkan sistem penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi. Selaras dengan

peralihan fungsi KPT daripada kawal selia undang-undang (regulator) kepada pemudah cara (facilitator), KPT telah

menyediakan prosedur kerja yang lebih fleksibel dengan menurunkan kuasa untuk mengurangkan karenah birokrasi, dan

memantapkan dasar dan perundangan supaya pengajian tinggi dapat berkembang maju selari dengan matlamat negara.

Amalan tadbir urus yang baik diterapkan di semua peringkat organisasi di bawah KPT. Proses penambahbaikan secara

berterusan dijadikan pegangan. Nilai-nilai murni seperti amanah, benar, bijaksana, adil, telus dan bersyukur dijadikan nilai

induk warga KPT di samping budaya nilai korporat seperti profesionalisme, semangat kerja berpasukan dan berorientasikan

pelanggan.

35. Bagi membantu sistem penyampaian yang cekap dan berkesan, inovasi dalam pentadbiran merupakan aspek yang

perlu juga diberi perhatian. Sehubungan itu, saya ingin mencadangkan supaya satu Pusat Sehenti (one-stop center)

diwujudkan bagi membolehkan pakar-pakar dan sarjana yang telah bersara atau diberhentikan akibat krisis ekonomi

mendaftar dan memberikan maklumat.

Page 39: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

39Amanat Tahun 2009 |

16. PEMBANGUNAN HOLISTIK PELAJAR

36. Dalam era yang semakin mencabar, pelajar perlu dibekalkan dengan pelbagai kemahiran untuk mendapatkan

peluang pekerjaan dan survival apabila bergraduat kelak. Untuk mencapai maksud tersebut, pelajar perlu terlibat secara

aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan kehidupan kampus. Usaha ini bertujuan untuk membekalkan pelajar bukan hanya

kemahiran akademik tetapi juga kemahiran insaniah yang amat penting bagi mereka setelah tamat pengajian kelak. Pada

masa sekarang, Kementerian sedang dalam usaha untuk mengkreditkan penglibatan pelajar dalam kurikulum tambahan

bagi memastikan setiap pelajar menguasai sekurang-kurangnya ciri-ciri minimum kemahiran insaniah. Sebanyak 8 bidang

telah dikenalpasti untuk dilaksanakan iaitu Kepimpinan, Debat, Sukan, Daya Usaha dan Inovasi, Kebudayaan,

Kesukarelawan, Keusahawanan dan Khidmat Komuniti. Program yang dirangka ini akan melibatkan Pelajar Malaysia di IPTA

dan IPTS, Pelajar Malaysia di Luar Negara dan Pelajar Antarabangsa yang melanjutkan pengajian di IPTA dan IPTS tempatan.

Page 40: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

40 | Amanat Tahun 2009

17. POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI

37. Dalam usaha memperkasakan pembelajaran sepanjang hayat, Kolej-kolej Komuniti perlu dijenamakan semula.

Tumpuan bukan sahaja harus diberikan kepada usaha melatih pekerja mahir, tetapi juga usaha melatih semula (retrain)

pekerja-pekerja yang diberhentikan. Kementerian Sumber Manusia mengunjurkan seramai 4,749 pekerja akan

diberhentikan oleh 102 majikan dalam tempoh suku pertama 2009. Terkini, kira-kira 45,000 pekerja dari pelbagai sektor

perkilangan mungkin kehilangan pekerjaan apabila kebanyakan kilang akan memberhentikan sementara pekerja

menjelang perayaan Tahun Baru Cina hujung bulan ini. Manakala unjuran Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) pula

menganggarkan seramai 200,000 hingga 400,000 pekerja diancam kemungkinan diberhenti kerja pada 2009.

38. Kursus-kursus pendek perlu dipertingkatkan. Selaras dengan peranan Kolej Komuniti sebagai ejen pembangunan

komuniti, komuniti setempat perlu sentiasa dipastikan agar mendapat akses kepada peluang dan kemudahan yang

disediakan. Ruang dan peluang juga perlu dibuka kepada pelajar-pelajar lepasan Politeknik dan Kolej Komuniti

melanjutkan pengajian di peringkat ijazah dan diploma di IPT.

Page 41: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

41Amanat Tahun 2009 |

Page 42: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

42 | Amanat Tahun 2009

18. AKADEMIA - INDUSTRI

39. Akademia - Industri merupakan agenda terbaru dan ke - 18 yang saya minta supaya dijadikan sebagai agenda kritikal

di dalam PSPTN. Ini memandangkan bahawa idea institusi-institusi pengajian dan penyelidikan universiti mampu

melonjakkan pembangunan industri dan teknologi masih lagi baru di Malaysia. Kerjasama akademia - industri adalah satu

proses interaktif di mana usaha-usaha teknologi dan saintifik daripada IPT diterjemahkan ke dalam realiti-realiti ekonomi

yang produktif di bawah pengurusan yang berkesan. Hubungan akademia - industri bukan sekadar memberi - menerima

teknologi, tetapi lebih interaktif, kolaboratif dan participatif, saling menghormati peranan dan sumbangan masing-masing

demi menghasilkan penyelidikan - pengeluaran yang bersepadu.

Adalah diharapkan daripada kerjasama sebegini, industri akan mendapat faedah;

i) penyelidikan dibiayai bersama dengan hasil dimanfaatkan bersama,

ii) mendapat akses kepada kontak akademik,

iii) menerokai bidang penyelidikan yang baru, dan

iv) meningkatkan imej dan kapasiti pembelajaran.

Manakala di kalangan ahli akademik, mereka akan dapat ;

i) menambah peluang untuk latihan doktoral,

ii) menerokai projek-projek penyelidikan baru yang relevan dengan masalah sesuatu sektor industri atau syarikat, dan

iii) mengukuhkan hubungan mereka dengan lebih banyak syarikat.

40. Majlis Perundingan Akademia - Industri boleh dijadikan platform bagi membincangkan isu-isu kolaborasi

universiti - industri. Maklumat daripada dialog ini dijadikan asas dalam merancang program yang akan memberi manfaat

kepada universiti dan industri.

Page 43: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

43Amanat Tahun 2009 |

Page 44: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

44 | Amanat Tahun 2009

Page 45: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

45Amanat Tahun 2009 |

Tuan-tuan dan Puan-puan,

41. Pada pandangan saya, banyak juga yang telah kita capai dalam masa setahun yang lalu ; meliputi

pentadbiran dan perkhidmatan, pembangunan fizikal dan pembangunan pelajar, kualiti mahupun citra kita

sebagai sebuah Kementerian yang bertanggungjawab membangunkan modal insan negara. Dengan melangkah

ke hadapan, kita tidak boleh bergerak dengan perlahan sementara pesaing kita di rantau ini bergerak pada

kelajuan yang tinggi dalam pembaharuan pendidikan tinggi mereka. Saya khuatir sekiranya tindakan kita terlalu

perlahan, kita bukan sahaja akan ketinggalan jauh, malah menjadi tidak relevan lagi. Kita akan dicemuh dan

kewibawaan kita akan tergugat.

42. Tuan-tuan dan puan-puan adalah bahagian penting dalam pembangunan pengajian tinggi negara. Citra

kita bukan sahaja bergantung kepada pencapaian masa lalu, tetapi juga perancangan masa depan. Kementerian

memerlukan pegawai yang penuh keterlibatan dan mempunyai visi yang boleh merancang masa depan.

Tanggungjawab kita sekarang ialah untuk membebaskan pemikiran daripada belenggu masa silam supaya kita

dapat menerajui kegemilangan ilmu seterusnya membina suatu bangsa Malaysia yang disegani dunia.

Sekian, terima kasih.

Page 46: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin

Dilahirkan pada 30 November 1958, beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Muar dan English College

Johor Bahru. Dato’ Seri Khaled telah melanjutkan pengajian tinggi di dalam bidang undang-undang di Universiti Malaya.

Kerjaya politik beliau bermula sebagai Setiausha Politik kepada Dato’ Shahrir Samad, Menteri Wilayah Persekutuan pada

tahun 1983. Apabila Dato’ Shahrir, meninggalkan Kabinet pada tahun 1987, beliau menceburi bidang guaman dan turut

bergiat sebagai ahli perniagaan. Namun demikian, beliau kekal aktif di bidang politik.

Setelah menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru pada awal 90an, beliau terpilih sebagai Ketua

UMNO Bahagian Johor Bahru pada tahun 1995. Apabila Dato’ Shahrir kembali ke pangkuan UMNO pada tahun 1998,

beliau menyerahkan kembali jawatan berkenaan kepadanya dan beliau bertindak sebagai Timbalan Ketua UMNO

Bahagian. Kini beliau merupakan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, berikutan persempadanan semula kawasan

pilihanraya pada tahun 2004.

Di peringkat UMNO Pusat, Dato’ Seri Khaled pernah menyertai Exco Pergerakan Pemuda UMNO pada tahun 1993 sehingga

2000. Sejak 2004, beliau merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri

Johor. Pada tahun 1990, beliau telah terpilih sebagai Ahli Parlimen Johor Bahru dan kekal selama 3 penggal berturut-turut

sehinggalah beralih ke kerusi Parlimen Pasir Gudang pada pilihanraya umum 2004. Pada tahun 1999, beliau telah dilantik

menganggotai pentadbiran sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya.

Selepas pilihanraya umum ke-10 pada tahun 2004, beliau telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan

Koperasi. Dalam usaha gigih meningkatkan kapasiti masyarakat perniagaan dan perindustrian Bumiputra (MPPB), beliau

telah memperkenalkan usaha-usaha bagi memastikan program-program keusahawanan lebih mudah dicapai oleh

golongan sasar. Beliau turut memberi fokus ke arah pembangunan usahawan-usahawan Bumiputra di peringkat

pertengahan. Antara program yang berjaya termasuklah Program Peruncitan Bumiputra, Program HalmArt, Program Gerak

Usahawan serta penubuhan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). Selain dari itu, beliau telah meletakkan asas kukuh

bagi gerakan koperasi dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Pada tahun 2008, beliau telah berpindah sebagai Menteri Pengajian Tinggi. Dalam tempoh yang singkat, beliau telah

melaksanakan pelbagai inisiatif dan dasar dalam meningkatkan kapasiti pembinaan modal insan negara. Antara usaha

beliau termasuklah pewujudan universiti apex, pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti dan pembangunan

aggresif kolej-kolej komuniti. Salah satu agenda utama beliau di KPT adalah memastikan graduan memenuhi kehendak

pasaran kerja dan pembudayaan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan di kalangan graduan.

Sepanjang perkhidmatan kerajaan, beliau sentiasa diamanahkan bagi membawa perubahan dan menyelesaikan isu bagi

pelbagai golongan sasar terutamanya di kalangan Bumiputra. Beliau mempunyai tanggungjawab utama bagi

meningkatkan dayasaing negara sama ada di dalam bidang ekonomi serta ilmu.

46 | Amanat Tahun 2009

Page 47: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN

47Amanat Tahun 2009 |

Page 48: Amanat Tahun 2009 Khaled Nordin - econ.upm.edu.myecon.upm.edu.my/2007/pdf/Amanat_2009.pdf · ekonomi global kesan daripada krisis ekonomi dan kewangan dunia.Kita di ... PEMBANGUNAN