1.0 pengenalan - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/00-shofian... ·...

23
1 KEPERLUAN KOPERASI PATUH SYARIAH PADA MASA KINI Shofian bin Ahmad Jabatan Syariah, FPI UKM. 1.0 PENGENALAN Koperasi adalah satu bentuk organisasi yang telah dilakukan oleh masyarakat sejak lama dahulu. Dari segi sejarahnya, penubuhan institusi koperasi dicatat bermula sejak kurun ke 18 di Eropah iaitu ketika zaman Revolusi Perindustrian. Revolusi Perindustrian yang dipelopori oleh sistem ekonomi kapitalis, telah menyebabkan pelbagai masalah kepada ekonomi dan masyarakat ketika itu. Antaranya mewujudkan jurang pendapatan yang tinggi dalam masyarakat, meningkatkan jumlah penganguran, merendahkan tingkat dan kualiti kehidupan mereka dan sebagainya. Bahkan lebih buruk lagi, golongan yang lemah seperti kanak-kanak dan wanita, turut diekploitasi tenaga mereka untuk kepentingan ekonomi Kapitalis. Bertitik tolak diatas permasalahan tersebut, maka R. Owen (1771-1885) telah memikirkan satu bentuk baharu dalam ekonomi yang dibina atas dasar tolong menolong sesama ahli untuk membaiki dan meningkatkan tahap kehidupan ekonomi dan sosial mereka. Cara tersebut dikenali sebagai ekonomi koperasi yang mengumpul didalamnya golongan pekerja yang berpendapatan rendah untuk bersatu menghadapi kepincangan- kepincangan yang terhasil daripada sistem ekonomi kapitalis tersebut. Perlu diingatkan bahawa ekonomi koperasi bukanlah suatu sistem baharu untuk menggantikan sistem kapitalis. Sebaliknya ia hanya bertujuan melengkapkan beberapa bahagian dalam sistem ekonomi kapitalis yang dikenalpasti sebagai punca kepada masalah ini. Sistem Kapitalis tidak dapat menangani masalah ini kerana berpegang dengan prinsip mereka sendiri iaitu mengutamakan hak dan kepentingan pemodal berbanding pengguna dan memaksimumkan keuntungan menjadi matlamat utama mereka. Justeru dengan wujudnya ekonomi koperasi, ia dapat menjaga kebajikan ekonomi para anggota- anggota yang bernaung dibawahnya. Sejarah koperasi di Malaysia telah bermula semenjak sebelum merdeka lagi. Pada ketika itu masyarakat melayu yang rata-ratanya adalah miskin dan berkerja

Upload: vodien

Post on 31-Jan-2018

229 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1.0 PENGENALAN - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/00-Shofian... · tenaga mereka untuk kepentingan ekonomi Kapitalis. ... sesama ahli untuk membaiki

1

KEPERLUAN KOPERASI PATUH SYARIAH PADA MASA KINI

Shofian bin Ahmad

Jabatan Syariah, FPI UKM.

1.0 PENGENALAN

Koperasi adalah satu bentuk organisasi yang telah dilakukan oleh masyarakat sejak

lama dahulu. Dari segi sejarahnya, penubuhan institusi koperasi dicatat bermula sejak

kurun ke 18 di Eropah iaitu ketika zaman Revolusi Perindustrian. Revolusi

Perindustrian yang dipelopori oleh sistem ekonomi kapitalis, telah menyebabkan

pelbagai masalah kepada ekonomi dan masyarakat ketika itu. Antaranya mewujudkan

jurang pendapatan yang tinggi dalam masyarakat, meningkatkan jumlah penganguran,

merendahkan tingkat dan kualiti kehidupan mereka dan sebagainya. Bahkan lebih

buruk lagi, golongan yang lemah seperti kanak-kanak dan wanita, turut diekploitasi

tenaga mereka untuk kepentingan ekonomi Kapitalis.

Bertitik tolak diatas permasalahan tersebut, maka R. Owen (1771-1885) telah

memikirkan satu bentuk baharu dalam ekonomi yang dibina atas dasar tolong menolong

sesama ahli untuk membaiki dan meningkatkan tahap kehidupan ekonomi dan sosial

mereka. Cara tersebut dikenali sebagai ekonomi koperasi yang mengumpul didalamnya

golongan pekerja yang berpendapatan rendah untuk bersatu menghadapi kepincangan-

kepincangan yang terhasil daripada sistem ekonomi kapitalis tersebut. Perlu diingatkan

bahawa ekonomi koperasi bukanlah suatu sistem baharu untuk menggantikan sistem

kapitalis. Sebaliknya ia hanya bertujuan melengkapkan beberapa bahagian dalam

sistem ekonomi kapitalis yang dikenalpasti sebagai punca kepada masalah ini. Sistem

Kapitalis tidak dapat menangani masalah ini kerana berpegang dengan prinsip mereka

sendiri iaitu mengutamakan hak dan kepentingan pemodal berbanding pengguna dan

memaksimumkan keuntungan menjadi matlamat utama mereka. Justeru dengan

wujudnya ekonomi koperasi, ia dapat menjaga kebajikan ekonomi para anggota-

anggota yang bernaung dibawahnya.

Sejarah koperasi di Malaysia telah bermula semenjak sebelum merdeka lagi.

Pada ketika itu masyarakat melayu yang rata-ratanya adalah miskin dan berkerja

Page 2: 1.0 PENGENALAN - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/00-Shofian... · tenaga mereka untuk kepentingan ekonomi Kapitalis. ... sesama ahli untuk membaiki

2

sebagai petani dan pekebun. Ramai diantara mereka yang terlibat dengan masalah

hutang dengan pemiutang dan ceti. Hasil-hasil pertanian mereka akan dijual dengan

harga yang rendah kepada pemuitang. Manakala kadar faedah hutang yang dikenakan

pula agak tinggi kepada mereka. Oleh yangn demikian pihak Inggeris ketika itu telah

memikir dan mencadangkan penubuhan syarikat berkerjasama untuk membantu

golongan petani dan pekebun yang tertindas ini. Para ahli yang menyertai syarikat

kerjasama tersebut akan diberi kemudahan untuk membuat pinjaman dengan kadar

faedah yang lebih rendah. Namun sistem pinjaman yang dijalankan oleh syarikat

berkerjasama ketika itu masih tertakluk dengan sistem faedah atau riba yang

diperkenalkan oleh pihak Inggeris. Reaksi kebanyakan masyarakat melayu Islam ketika

itu yang berpegang kuat dengan ajaran agama telah menolak sistem faedah kerana ia

haram disisi agama. Walaupun sebenarnya masyarakat melayu ketika itu terlibat

dengan jualbeli janji yang dikatakan mempunyai helah kepada riba, namun mereka

tetap tidak boleh menerima sistem riba yang diharamkan dengan jelas dalam agama.

Justeru pada 22 Jun 1922, satu pertemuan dikalangan alim ulama ketika itu telah

diadakan di atas anjuran DYMM Sultan Perak. Dalam pertemuan tersebut telah

memutuskan bahawa diharuskan menyertai syarikat berkerjasama dan membuat

pinjaman dengannya walaupun menggunakan mekanisme faedah/ riba. Alasan

keharusan dibuat kerana mereka menimbangkan antara dua keburukan iaitu keburukan

berhutang dengan pemiutang dan ceti dengan kadar faedah yang tinggi dan menindas

dan keburukan berhutang dengan syarikat berkerjasama dengan kadar faedah yang

rendah. Selaras dengan kaedah fiqh, apabila terpaksa menghadapi dua keburukan, maka

dipilih keburukan yang lebih ringan. Walau bagaimanapun tidak dinafikan padangan

yang mengharuskan ini turut menerima tentangan yang hebat daripada tokoh-tokoh

ulama yang berpegang dengan ilmu tradisi pengajian Islam. Namun setelah berlalu satu

tempoh yang lama, pandangan-pandangan yang menetang keputusan mengharuskan

pinjaman berfaedah tersebut telah mulai reda dan boleh diterima setelah melihat

kebaikan dan faedah yang bawa oleh syarikat berkerjasama ini. Justeru dalam tahun

1930-an dapat dilihat pertambahan ahli-ahli syarikat kerjasama secara drastik.

Pada masakini pandangan masyarakat terhadap keharusan berhutang secara

faedah telah berubah dan berbeza lagi dengan pandangan oleh alim ulama suatu ketika

dahulu. Hal ini bersesuaian dengan maksud kaedah fiqh iaitu “berubah sesuatu hukum

dengan sebab berubah masa dan tempat”. Perubahan paradigma ini kerana

Page 3: 1.0 PENGENALAN - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/00-Shofian... · tenaga mereka untuk kepentingan ekonomi Kapitalis. ... sesama ahli untuk membaiki

3

perkembangan pesat telah berlaku dalam sistem ekonomi dan kewangan Islam di

Malaysia, berbanding masa dahulu. Dimana banyak institusi kewangan yang patuh

syariat telah ditubuhkan. Beberapa akta berkaitan juga telah digubal untuk menyokong

dan melancarkan operasi kewangan Islam tersebut. Justeru pandangan tentang

keharusan terlibat dengan faedah telah mula berubah. Bahkan masyarakat Islam hari ini

mahukan suatu organisasi yang jelas mematuhi hukum syarak dari segi organisasinya

dan operasinya atau yang dikenali sebagai patuh syariah.

Salah satu institusi yang terkait disini ialah institusi koperasi. Menurut mantan

Menteri Kewangan Kedua Malaysia iaitu Tan Sri Nor Mohamaed Yakop, institusi

kewangan bukan bank seperti koperasi, menjadi tonggak penting dalam Sistem

Kewangan Islam di Malaysia pada masakini. Tambahan pula aset Koperasi Islam di

Malaysia bernilai berbilion ringgit perlu dibangunkan dengan sewajarnya untuk

menjadi penyokong bagi Sistem Perbankan dan Kewangan Islam di Malaysia.

Justeru pembentangan ini akan menghuraikan apakah konsep koperasi dalam Islam,

bagaimanakah konsep patuh syariah dalam koperasi serta kenapakah koperasi masakini

perlu untuk memperoleh status patuh syariah.

2.0 KOPERASI DALAM ISLAM

2.1 Definisi Koperasi

Perkataan asal koperasi adalah gabungan daripada dua perkataan dari Bahasa Inggeris

“Co” dan “Operation” yang membawa erti bersama-sama bekerja. Kamus Dewan

mentakrifkan koperasi sebagai: i) Syarikat Kerjasama ii) kerja-sama, perihal bantu

membantu; berkoperasi ialah berusaha dengan cara bekerjasama (bantu membantu).

Dalam Bahasa Arab koperasi diterjemahkan sebagai al-ta’awun atau al-

ta’awuniah yang membawa maksud sama seperti diatas iaitu tolong menolong dan

saling bekerjasama untuk sesuatu tujuan.

Beberapa sarjana telah memberikan pentakrifan kepada istilah koperasi yang

hampir sama maksudnya, antaranya:

Zainal Abidin Hashim mentakrifkannya sebagai sesebuah organisasi perniagaan atau

perusahaan yang ditubuh, dimodali dan diuruskan oleh ahli-ahlinya untuk menyediakan

perkhidmatan yang diperlukan, ke arah meningkatkan dan memajukan taraf

sosioekonomi ahli-ahlinya. Ia merupakan gabungan usaha sekumpulan individu secara

Page 4: 1.0 PENGENALAN - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/00-Shofian... · tenaga mereka untuk kepentingan ekonomi Kapitalis. ... sesama ahli untuk membaiki

4

bersama-sama, sukarela, cara kawalan yang demokrasi dan menerima ganjaran

berasaskan sejauh mana mereka terlibat dalam organisasi tersebut.

Syed Abdullah Abu Bakar al-Kherid menjelaskan, kebiasaannya koperasi

adalah satu pertubuhan yang dianggotai oleh sekumpulan manusia yang kurang

berpendapatan. Mereka dengan sukarelanya bermuafakat untuk menghasilkan

kehendak ekonomi yang sama menerusi penyertaan mereka kedalam koperasi tersebut.

Ungku Aziz pula menggambarkan koperasi sebagai satu bentuk organisisi

dimana para ahlinya bergiat menguruskan pengeluaran, penggunaan, pemasaran,

simpanan, pinjaman dan sebagainya dengan tujuan menolong satu sama lain tanpa

tujuan mencari keuntungan perseorangan.

Akta Koperasi 1948 (Akta 287) telah mendefinisikan koperasi sebagai “sesuatu

syarikat (pertubuhan) yang terdiri daripada orang-orang individu sahaja yang

mempunyai tujuan menggalakkan kepentingan ekonomi ahli-ahlinya mengikut prinsip

bekerjasama (prinsip-prinsip koperasi)”.

2.2 Koperasi dalam Islam

Dalam Islam tidak terdapat satu definisi yang khusus berkaitan koperasi. Koperasi tidak

sama dengan dengan konsep syirkah/ musyarakah mahupun mudarabah, sehingga ia

boleh didefinisi berdasarkan konsep-konsep tersebut. Walau bagaimanapun, konsep

koperasi atau berkerjasama atau ta’awun sememangnya telah diterima sebagai nilai

baik yang digalakkan oleh Islam. Justeru, secara prinsipnya, amalan koperasi adalah

suatu amalan yang diterima oleh Islam selagi mana ia tidak bercampur dengan perkara-

perkara yang menyalahi hukum syarak dan membawa kepada perbalahan.

Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah (5:2);

...وتعاونوا على البر والتقوى وال تعاونوا على االثم والعدوان...

“… dan hendaklah kamu berkerjasama untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan

janganlah kamu berkerjasama pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan...”

Al-Qurtubi dalam mentafsir ayat ini menjelaskan bahawa ta’awun iaitu berkerjasama

atas suatu perkara yang baik (birr wa taqwa) merupakan satu perintah Allah kepada

manusia. Berdasarkan konsep ini, orang yang pandai perlu berkerjasama menolong

Page 5: 1.0 PENGENALAN - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/00-Shofian... · tenaga mereka untuk kepentingan ekonomi Kapitalis. ... sesama ahli untuk membaiki

5

orang yang tidak pandai, orang kaya menolong orang miskin, orang yang kuat

menolong orang yang lemah dan sebagainya.

Bahkan konsep kerjasama ini juga telah dijadikan Allah sebagai sunnahNya

atau sistem kepada alam ini. Lihatlah sistem cekerawala dan planet-planet yang saling

lengkap melengkapi dalam melaksanakan fungsi dan peranan masing-masing, sistem

tubuh badan manusia yang saling bekerjasama antara satu sama lain untuk

membolehkan ia berfungsi dengan baik dan betul. Begitulah sifat ta’awun ini menjadi

sunnah atau sistem yang akhirnya boleh melahirkan kebaikan kepada semua. Namun

syarat berkerja sama atau ta’awun tersebut mestilah berasas kebaikan dan taqwa.

Dalam operasi sesebuah koperasi, gambaran sifat kerjasama ini

tergambar melalui usaha para ahli/ anggotanya yang saling menyokong

perniagaan atau perusahaan yang dijalankan oleh koperasi yang dianggotai

mereka. Para ahli akan bersama-sama memberi sumbangan, membuat penjualan

serta pembelian melalui koperasi dan sebagainya. Keuntungan yang terhasil

daripada perniagaan ini pula akan dikongsi bersama para ahlinya.

2.3 Contoh-Contoh Amalan Koperasi Dalam Masyarakat Arab Sebelum Islam

Masyarakat Arab sebelum kebangkitan nabi SAW telahpun terkenal dengan sikap

berkerjasama dan tolong menolong ini. Bahkan bangsa Arab yang terkenal dengan sifat

kekabilahannya, sentiasa mengutamakan kebajikan dan survival kabilahnya. Meraka

juga terkenal dengan sikap pemurah dan baik hati dalam melayan tetamu dan orang

asing yang bertandang kedalam kabilah mereka. Setelah kedatangan Islam, asas ini

diperkuatkan lagi oleh baginda SAW dalam pelbagai bidang termasuk ibadat,

kemasyarakatan dan perekonomian.

Beberapa contoh amalan koperasi atau sifat kerjasama yang terdapat dalam

masyarakat Arab dan menjadi budaya mereka sejak dahulu lagi ialah seperti: aqilah,

qasamah dan kafalah.

Aqilah

Bermaksud ikatan (iqal) atau perjanjian yang dibentuk diantara anggota kabilah yang

bertujuan menyediakan jaminan kewangan kepada anggota tersebut dalam keadaan

yang tertentu. Contohnya jika seseorang anggota kabilah tersebut disabitkan dengan

kesalahan membunuh tanpa sengaja, maka hukuman yang dikenakan kepadanya adalah

Page 6: 1.0 PENGENALAN - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/00-Shofian... · tenaga mereka untuk kepentingan ekonomi Kapitalis. ... sesama ahli untuk membaiki

6

bayaran diyat kepada keluarga mangsa. Biasanya nilai diyat yang dikenakan adalah

besar seperti 100 ekor unta dan sebagainya, kerana ia berkaitan kehilangan nyawa. Nilai

yang besar ini tentunya sukar jika mahu ditanggung oleh seseorang individu. Justeru

ketua kabilah telah mengambil tindakan pro-aktif dengan mewujudkan satu tabung

yang akan disumbang bayarannya oleh setiap anggota kabilah sebagai jaminan kepada

mereka jika terlibat dengan bayaran seperti diyat tersebut. Amalan seperti Aqilah ini

telah digunakan secara meluas oleh pengendali-pengendali takaful dalam membentuk

asas produk mereka.

Qasamah

Bermaksud sumpah. Amalan ini hanya dilakukan apabila terdapat seorang anggota

kabilah lain yang ditemui mati terbunuh dalam kabilah mereka. Tetapi mereka tidak

dapat mengenalpasti pembunuhnya setelah mereka berusaha menyiasat secara

bersungguh sungguh. Ekoran itu semua anggota kabilah tersebut diminta bersumpah

untuk membersih dan menafikan diri daripada terlibat. Jika semua mereka telah

bersumpah bererti pembunuhnya tidak dapat dikenalpasti. Namun bagi menghormati

nilai nyawa yang telah terbunuh, maka semua anggota kabilah tersebut dikehendaki

membayar sejumlah wang sepertimana diyat kepada keluarga mangsa tersebut.

Kafalah

Kafalah pula bermaksud jaminan. Biasanya ia dikaitan dengan jaminan masyarakat

atau turut dikenali juga sebagai takaful itima’i. Kafalah juga adalah sejenis kontrak

yang diterima dalam muamalat Islam iaitu kontrak jaminan (guarantee). Terdapat

banyak banyak hadith yang berkaitan jaminan sama ada jaminan masyarakat mahupun

kontrak kafalah.

2.4 Jenis-Jenis Koperasi

Terdapat pelbagai jenis koperasi yang menjalankan pelbagai aktiviti mereka. Secara

umum jenis-jenis koperasi tersebut boleh dibahagikan kepada dua kategori umum iaitu:

i) berdasarkan bentuk aktivitinya, dan ii) berdasarkan keanggotaannya.

Page 7: 1.0 PENGENALAN - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/00-Shofian... · tenaga mereka untuk kepentingan ekonomi Kapitalis. ... sesama ahli untuk membaiki

7

Koperasi yang berdasarkan aktivitinya pula boleh dibagaikan kepada beberapa jenis

lagi. Antaranya: Koperasi Simpan Pinjam, Koperasi Serbaguna, Koperasi Pengguna,

Koperasi Pengeluar dan lain-lain

Manakala koperasi yang berdasrkan jenis keanggotaannya pula boleh

dibahagikan kepada, Koperasi Pegawai Kerajaan, Koperasi Usahawan Desa, Koperasi

Peladang, Koperasi Pasar, Koperasi Sekolah dan lain-lain lagi

Kadangkala koperasi juga dibahagikan mengikut kluster iaitu koperasi kluster

besar dan koperasi kluster sederhana. Pembahagian mengikut kluster ini adalah

berdasarkan jumlah anggota, modal syer anggota serta jumlah aest dan perolehannya.

Dalam hal ini Bank Kerjasama Rakyat merupakan koperasi dalam kluster besar teratas

dari segi kedudukannya.

3.0 KONSEP PATUH SYARIAH

Jika sebelum ini, istilah patuh syariah hanya digunakan oleh industri bank dan takaful

sahaja. Tetapi kini istilah tersebut telah diperluaskan penggunaannya kepada sektor-

sektor lain termasuk perhotelan, pelancungan, kesihatan, pengangkutan dan

sebagainya. Justeru terdapat sesetengah syarikat mendakwa mereka sebagai hotel patuh

syariah, pelancungan patuh syariah, hospitak patuh syariah, penerbangan patuh syariah

dan bermacam-macam syarikat lain yang patuh syariah. Pengukuran aspek patuh

syariah yang dibuat antara industry-industri tersebut adalah berbeza-beza mengikut

aktiviti asas perniagaan mereka. Sebagai contoh, penentuan aspek patuh syariah oleh

syarikat perhotelan tentulah tidak sama dengan penentuan yang digunakan terhadap

syarikat pengangkutan dan sebagainya. Walau bagaimanapun untuk tujuan

perbincangan disini, kertas kerja ini akan membincangkan konsep patuh syariah kepada

organisasi koperasi yang merupakan salah satu bentuk institusi kewangan bukan bank

pada masa kini.

Sememangnya amat sukar untuk meletakkan satu definisi yang standard bagi

menggambarkan maksud patuh syariah dalam semua aspek. Walau bagaimanapun

secara umumnya ia boleh difahami sebagai “satu status yang diberikan oleh pihak

tertentu kepada sesebuah organisasi yang menjalankan aktiviti yang sesuai dengan

hukum Islam”.

Page 8: 1.0 PENGENALAN - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/00-Shofian... · tenaga mereka untuk kepentingan ekonomi Kapitalis. ... sesama ahli untuk membaiki

8

Berdasarkan definisi tersebut status patuh syariah boleh diberikan diberikan kepada

institusi berikut:

i- Institusi yang menjalankan kegiatan yang jelas dibenarkan oleh syarak.

seperti perniagaan barangan, perladangan, pengangkutan, dan sebagainya.

Aktiviti yang jelas bertentang dengan Islam seperti yang disenaraikan oleh

Majlis Penasihat Syariah BNM seperti perkhidmatan kewangan yang

berteraskan riba (faedah), perjudian dan pertaruhan, pengeluaran atau

penjualan barangan yang tidak halal atau barangan yang berkaitan, insurans

konvensional, aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan Syariah dan

sebagainya. Bahkan pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan

tembakau atau barangan yang berkaitan dengannya juga diahnggap sebagai

tidak patuh syariah.

ii- Juga, organisasi yang menjalankan aktiviti bercampur antara halal dan

haram, seperti sebuah organsasi induk yang menjalankan aktiviti pertanian/

perladangan (halal), tetapi terdapat subsidiari dibawahnya yang terlibat

dengan aktiviti riba (haram). Bagi organisasi yang menjalankan aktiviti

bercampur seperti ini, MPS mempertimbangkan dua kriteria tambahan

untuk memperoleh status patuh syariah, iaitu :

a. pandangan masyarakat umum tentang imej syarikat berkenaan mestilah baik;

dan

b. aktiviti teras syarikat mempunyai kepentingan dan maslahah (kebaikan secara

umum) kepada umat Islam dan Negara, manakala unsur yang tidak selaras

dengan Syariah adalah amat kecil dan melibatkan perkara ‘umum balwa

(perkara terlarang yang sukar dielakkan), ‘uruf (amalan kebiasaan) atau hak-

hak masyarakat bukan Islam yang diperakui oleh Islam.

4.0 PATUH SYARIAH VS BERASASKAN SYARIAH

Terdapat sesetengah pengkaji yang membezakan antara patuh syariah (shariah

compliant) dan berasaskan syariah (shariah based). Mereka membezakan “patuh

syariah” hanyalah satu ukuran minimum bagi menentukan atau mengukur sesuatu

operasi dan produk agar menepati dengan hukum syarak. Sebaliknya “berasaskan

syariah” adalah lebih konservatif. Ini bermakna, dalam konsep berasaskan

syariah, elemen haram dan kekaburan/ syubhat tidak boleh menyelinap masuk

Page 9: 1.0 PENGENALAN - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/00-Shofian... · tenaga mereka untuk kepentingan ekonomi Kapitalis. ... sesama ahli untuk membaiki

9

sama sekali dalam dalam produk tersebut. Dengan kata lain konsep berasakan

syariah adalah ukuran yang paling sempurna bagi menentukan sesuatu operasi

atau produk tersebut bertepatan dengan hukum syarak. Manakala konsep patuh

syariah masih membenarkan percampuran antara aktiviti halal dan aktiviti haram

dengan syarat-syarat yang telah dinyatakan seperti diatas.

Sebenarnya tidak ada perbezaan signifikan antara patuh Syariah dan

berasaskan Syariah. Perkara yang penting ialah produk itu sendiri mematuhi

peraturan dan prinsip muamalat Islam, seperti menghindari riba, gharar, maysir

dan bahan-bahan yang dilarang penggunaannya seperti arak, babi, dadah dan

seumpamanya. Termasuk juga perkara-perkara yang dilarang kerana wujud unsur

syubhat/ kesamaran hukum tentangnya. Semua larang-larangan ini perlulah

dipantau supaya memastikan ia tidak boleh berada dalam mana-mana produk

yang mendapat status patuh syariah.

Walau bagaimanapun prinsip pematuhan syariah yang diamalkan dalam

pengurusan kewangan oleh institusi kewangan Islam masakini, membenarkan

sedikit elemen yang tidak patuh syariah sebagai satu kelonggaran untuk

mendapat status patuh syariah khususnya bagi syarikat bercampur. Namun

kewujudan eleman yang tidak patuh syariah tersebut mestilah kecil dan terkawal

serta mempunyai justifikasi tertentu yang diterima oleh syarak seperti maslahat

(kepentingan pihak umum) dan umum balwa (keadaan buruk yang tidak boleh

dielakkan). Walau bagaimanapun, dakwaan maslahat atau umum balwa tersebut

mestilah berbentuk jelas dan tidak boleh melebihi tanda aras tertentu yang telah

ditetapkan oleh MPS BNM.

5.0 TANDA ARAS PATUH SYARIAH DALAM AKTIVITI BERCAMPUR

Syarikat bercampur didefinisikan oleh MPS BNM sebagai sebuah syarikat yang aktiviti

utamanya terdiri daripada aktiviti yang dibenarkan Syariah, namun terdapat juga

aktiviti sampingan yang haram tetapi nisbahnya kecil.

Hukum syarikat bercampur tidak disepakati oleh para sarjana Islam. Pandangan

mereka boleh dibahagikan kepada dua, iaitu:

1- Pandangan yang tidak mengharuskan terlibat dalam syarikat bercampur.

Pandangan ini menjadikan dalil al-Quran surah al-Baqarah 278-280 dan Ali

Page 10: 1.0 PENGENALAN - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/00-Shofian... · tenaga mereka untuk kepentingan ekonomi Kapitalis. ... sesama ahli untuk membaiki

10

Imran: 130 serta lain-lain hadis berkaitan pengharaman riba sebagai hujah

mereka.

2- Pandangan yang mengharuskan bermuamalat dengan syarikat bercampur

selama mana kegiatan asasinya bukan berkaitan haram seperti riba. Antara

sandaran yang digunakan ialah pendapat al-Ghazali yang bermaksud “Jika

bercampur benda halal yang tidak terbatas dengan benda haram yang tidak

terbatas, seperti mana harta-harta yang ada pada masa kini, maka tidak haram

mengambil sesuatu daripadanya walaupun ia mengandungi benda-benda halal

dan haram itu, melainkan ada bukti yang menunjukkan benda-benda itu haram.

Kalau tidak ada pada benda itu sesuatu tanda yang menunjukkan ianya haram,

meninggalkannya adalah warak’ dan mengambilnya adalah halal yang tidak

akan menjadi fasiq memakannya”. Berdasarkan kepada pandangan al-Ghazali

mengenai percampuran antara halal dan haram percampuran yang berlaku di

syarikat-syarikat tersebut masih tertakluk kepada penentuan keterbatasan dan

penentuan adakah yang halal mengatasi yang haram atau sebaliknya

Dalam hal ini MPS BNM telah memutuskan bahawa syarikat bercampur yang elemen

haramnya sedikit dan tidak melebihi tanda aras yang telah ditetapkan MPS boleh

dimasukan dalam senarai sekuriti patuh syariah. MPS berhujah dengan umum balwa

dan gharar yasir perlu diambil kira dalam membuat justifikasi terhadap sesebuah

syarikat bercampur yang aktiviti utamanya adalah halal

Untuk penentuan percampuran sumbangan yang dibolehkan daripada aktiviti

yang selaras dan tidak selaras dengan Syariah kepada perolehan dan keuntungan

sebelum cukai sesebuah syarikat, MPS telah menetapkan beberapa tanda aras tertentu

berdasarkan ijtihad mereka. Sekiranya sumbangan daripada aktiviti yang tidak selaras

melebihi tanda aras yang telah ditetapkan, maka sekuriti syarikat tersebut akan

diklasifikasikan sebagai tidak patuh Syariah.

Tanda aras tersebut boleh dibahagikan kepada dua tanda iaitu 5% dan 20%:

Tanda aras 5%

Secara umumnya tanda aras 5% ini diguna pakai bagi aktiviti bercampur yang

mempunyai unsur yang jelas pengharamannya, seperti: riba, gharar, maysir, babi, arak

dan tembakau/ rokok.

Page 11: 1.0 PENGENALAN - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/00-Shofian... · tenaga mereka untuk kepentingan ekonomi Kapitalis. ... sesama ahli untuk membaiki

11

Bagi perniagaan/aktiviti yang mempunyai unsur yang jelas pengharamannya seperti

diatas, sumbangan daripada perniagaan/aktiviti tidak patuh Syariah kepada perolehan

keseluruhan dan keuntungan sebelum cukai sesebuah syarikat mestilah tidak lebih

daripada 5%.

Tanda aras 20%

Tanda aras 20% ini diguna pakai bagi perniagaan yang aktiviti bercampur yang pada

asasnya tidak mempunyai masalah. dari segi hukum syarak seperti perhotelan dan

rumah peranginan yang menyediakan kemudahan penginapan kepada masyarakat.

Namun kemungkinan boleh terdapat unsur lain yang boleh menjejaskan status patuh

Syariah kerana kebanyakan sektor seperti ini turut menyediakan penjualan arak dan

aktiviti yang tidak bermoral dari segi Syarak. Begitu juga dengan jual-beli saham dan

pembrokeran saham kerana berkemungkinan terdapat saham tidak menepati kehendak

syarak. Demikian juga sewaan daripada aktiviti-aktiviti tidak patuh Syariah seperti

menyewa alat/ kelengkapan hiburan yang digunakan untuk tujuan melalaikan.

Status “patuh Syariah” yang dimiliki oleh sesebuah organisasi bukan hak

mutlak mereka atau untuk dimiliki oleh organisasi untuk selama-lamanya. Tetapi ia

akan sentiasa dipantau dan diaudit bagi memastikan ia menepati dengan standard

syariah. Berkemungkinan ia boleh bertukar menjadi “tidak patuh Syariah” jika ia tidak

mematuhi hukum syarak.

6.0 KOPERASI PATUH SYARIAH

Seperti yang telah dijelaskan tentang konsep patuh syariah, untuk menjadikan sesebuah

koperasi patuh syariah, dua aspek berikut perlulah dipastikan iaitu:

i- Asas organisisi dan aktiviti yang selaras dengan prinsip syariah

ii- Menghindari aktiviti yang dilarang oleh Syarak

6.1 Asas organisasi dan aktiviti yang selaras dengan prinsip syariah

Page 12: 1.0 PENGENALAN - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/00-Shofian... · tenaga mereka untuk kepentingan ekonomi Kapitalis. ... sesama ahli untuk membaiki

12

Dari segi prinsip

Secara prnsipnya, konsep koperasi tidak bercanggah dengan ajaran Islam seperti mana

yang telah dijelaskan. Prinsip koperasi seperti mana yang telah diperuntukkan dalam

Seksyen 2 Akta Koperasi 1993 (Akta 502), terdiri daripada enam prinsip asas yang

bertepatan dengan ajaran Islam. Prinsip-prinsip tersebut adalah:

i. Keanggotaan sukarela dan terbuka

ii. Pengurusan yang demokratik

iii. Pulangan terhad keatas modak yang disumbangkan oleh peserta

iv. Pembahagian keuntungan yang saksama

v. Menggalakkan pendidikan koperasi

vi. Kerjasama aktif dikalangan koperasi-koperasi berdaftar

Jika diteliti, matlamat prinsip-prinsip ini diadakan adalah bertujuan untuk mewujudkan

identiti sebuah organisisi yang bersifat kerjasama sesama ahlinya dan menjalankan

pengurusan yang demoktarik serta adil. Prinsip-prinsip sebegini adalah sah disisi Islam,

selama mana ia tidak mencampur adukkan dengan perkara-perkara lain yang dilarang

seperti riba, penindasan, penipuan dan lain-lain aktiviti yang diharamkan oleh hukum.

Dari segi bentuk akad atau takyif syarikat koperasi

Para sarjana Islam mempunyai beberapa pandangan. Sebahagian mereka berpendapat

koperasi yang berjalan sekarang ini terangkum di dalam konsep syarikat al-Inan yang

diterima pengharusannya oleh seluruh ahli perundangan Islam. Jika dilihat syarat-syarat

syarikat al-Inan, seperti yang dijelaskan di bawah maka ia sama seperti syarat dalam

koperasi.

Pertama: Modal terkumpul dari saham anggota digunakan di dalam perniagaan

atau pelaburan yang dipersetujui oleh semua anggota. Anggota telah dijelaskan

cara bagaimana wang modal koperasi dilaburkan. Apabila seseorang

menyertainya maka bererti dia menyetujui cara-cara yang ditentukan itu.

Kedua: Persetujuan setiap anggota bagi pengurusan syarikat dan persetujuan

mewakilkan kepada beberapa anggota syarikat tertentu bagi melaksanakan

aktivitinya. Sekiranya persetujuan ini tidak diperolehi maka tidak sah mana-

mana anggota di dalam syarikat mengurus harta/saham anggota lain. Di dalam

koperasi, pentadbirannya dijalankan oleh Jemaah Lembaga Pengarah yang

dilakukan di dalam Mesyuarat Agung Koperasi membawa erti setiap anggota

Page 13: 1.0 PENGENALAN - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/00-Shofian... · tenaga mereka untuk kepentingan ekonomi Kapitalis. ... sesama ahli untuk membaiki

13

telah mewakilkan haknya kepada Lembaga Pengarah yang dipilih itu untuk

menguruskannya.

Ketiga: Pembahagian keuntungan dan tanggungan kerugian adalah berdasarkan

kepada modal saham. Cara yang sama juga dipraktikkan di dalam koperasi.

Hanya sedikit berbeza di dalam amalan koperasi jika dibanding dengan

pembahagian keuntungan di dalam syarikat biasa; pertama: keuntungan hanya

diberi dengan kadar tidak melebihi 10% daripada keuntungan koperasi dan

kedua: jika seseorang anggota menarik diri, dia hanya diberi kembali wang

sahamnya dengan tambahan keuntungan sebenar bagi tahun berkenaan sahaja

dan tidak diberi keuntungan dari nilai harga koperasi keseluruhannya

Namun sebahagian sarjana lain melihat akad koperasi tidak menyamai dengan akad

syirkah ataupun musyarakah seperti mana yang dibincangkan dalam fiqh. Ini kerana

akad syirkah terutamanya syirkah al-inan adalah berbeza dengan akad koperasi dari

tiga sudut, iaitu:

i- Jumlah minimum peserta akad koperasi sebagaimana yang ditetapkan oleh Akta

Koperasi 1993 (Akta 502) adalah seramai 100 orang. Sedangkan dalam akad

syirkah hanya diperlukan sekurang-kurangnya 2 orang sahaja.

ii- Sebahagian besar rakan kongsi tidak aktif dalam perniagaan koperasi kerana

pengurusan koperasi hanya dibenarkan kepada antara 6 hingga 15 orang ahli

koperasi sahaja seperti yang diperuntukkan dalam akta.

iii- Bentuk perniagaan koperasi pula bukanlah atas nama rakan kongsi, tetapi atas

nama pertubuhan perbadanan koperasi tersebut.

Justeru menurut Syeikh Abd Rahman Isa berpendapat, konsep syarikat koperasi

sepertimana yang diperkatakan oleh ahli perundangan moden hari ini tidak mempunyai

persamaan dengan akad syirkah yang dibincangkan oleh para fuqaha terdahulu iaitu

syirkah al-inan, al-mufawadah, al-abdan dan al-wujuh. Namun menurut beliau, jika

syarikat-syarikat moden tersebut diwujud untuk menjalankan kegiatan perniagaan yang

tidak terlibat dengan riba atau lain-lain perolehan haram, dalam masa yang sama juga

ia dikawal oleh undang-undang untuk memastikan ia tidak berlaku zalim dan

penindasan serta dapat menjamin hak-hak pemegang sahamnya, maka syarikat yang

seperti itu adalah halal tanpa sebarang keraguan.

Page 14: 1.0 PENGENALAN - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/00-Shofian... · tenaga mereka untuk kepentingan ekonomi Kapitalis. ... sesama ahli untuk membaiki

14

Mengenai penetapan had jumlah minimum ahli dalam syarikat koperasi, ia tidak boleh

dianggap sebagai bertentangan dengan syarak. Bahkan penetapan had minimum oleh

undang-undang tersebut boleh dilihat sebagai satu yang positif dan memenuhi

kehendak siyasah pemerintah untuk menjamin maslahah. Oleh yang demikian

penubuhan syarikat koperasi adalah sah dari segi hukum Islam. Cuma ia bukanlah

berasaskan syirkah yang dibincangkan oleh fuqaha terdahulu. Sebaliknya ia adalah satu

bentuk syarikat yang baharu dan tidak bertentang dengan Islam.

Dari segi had umur menyertai koperasi

Kelayakan menjadi ahli koperasi sepertimana yang ditetapkan dalam Akta Koperasi

1993, Seksyen 26, mestilah telah mencapai umur 18 tahun. Kebenaran juga diberikan

kepada kanak-kanak berusia 12 tahun untuk menjadi ahli koperasi sekolah. Perkara ini

mungkin menimbulkan persoalan dari segi hukum jika kanak-kanak yang berumur 12

tersebut belum baligh ketika itu. Sepertimana yang dibincangkan oleh fuqaha, urusan

kanak-kanak yang belum baligh adalah di bawah urusan walinya. Oleh yang demikian

jika kanak-kanak tersebut belum baligh mereka harus mendapat persetujuan daripada

wali mereka terlebih dahulu untuk menjadikan penyertaan mereka sebagai ahli koperasi

sekolah dianggap sah dari segi hukum Islam. Perkara yang sedemikian iaitu

memperoleh keizinan wali/ penjaga bagi kana-kanak haruslah dinyatakan dengan jelas

dalam seksyen 26 akta berkenaan supaya ia menjadi lebih patuh kepada hukum syarak.

Manakala seksyen 27 akta berkenaan memperuntukan orang yang tidak layak

menyertai koperasi ialah orang yang tidak upaya dari segi mental, bankrup, dan telah

melakukan kesalahan dibawah akta koperasi.

Peruntukan ini adalah selaras dengan hukum Islam. Ketidakupayaan dari segi mental

menurut Islam boleh terjadi dengan sebab di bawah umur iaitu belum baligh mahupun

yang dewasa iaitu telah baligh. Bagi mereka yang belum baligh ia dikenali dengan

beberapa istilah/ peringkat seperti sabiy dan mumayyiz. Manakala bagi mereka yang

telah baligh pula ketidak upayaan mental dikenali dengan beberapa istilah lain seperti

majnun, ma’tuh, safih, ghaflah dan marad al-mawt. Golongan bankrupt pula diletakkan

di bawah ketidakupayaan harta/ material, kerana semua harta orang bankrup adalah

untuk tujuan bayaran hutangnya. Manakala melakukan kesalahan dibawah akta

koperasi pula dibuat selaras dengan konsep siyasah syariyyah oleh pihak pemerintah.

Page 15: 1.0 PENGENALAN - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/00-Shofian... · tenaga mereka untuk kepentingan ekonomi Kapitalis. ... sesama ahli untuk membaiki

15

Dari segi kaedah pelaburan dan pinjaman

Pindaan peratuturan baharu koperasi 1995 telah memberi kebenaran kepada pengendali

koperasi untuk membuat pelaburan dan pinjaman yang sesuai selagi tidak melanggar

syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan. Ini bermakna tidak terdapat halangan

kepada koperasi untuk menggunakan prinsip muamalah Islam dalam menjalankan

pelaburan dan memberi perkhidmataan pembiayaan kepada anggotanya. Dengan itu

koperasi boleh memilih untuk melaburkan lebihan kewangannya ke dalam mana-mana

institusi kewangan yang sesuai dengan dengan matlamat mereka. Mereka boleh

memilih untuk melabur dalam sistem kewangan Islam yang patuh syariah dengan

menggunakan prinsip pelaburan seperti musharakah dan mudarabah yang berbentuk

perkongsian keuntungan dengan kadar yang telah ditetapkan ketika kontrak.

Manakala bagi pinjaman pula, pihak koperasi boleh menggunakan prinsip-prinsip

pembiayaan hutang yang terdapat dalam IKI seperti BBA, ijarah, bai’ inah, tawarruq

dan lain-lain yang bersesuaian dengan matlamat koperasi.

Pengeluaran zakat

Selain itu diantara ciri-ciri koperasi yang patuh syariah juga ialah komitmen untuk

mengeluarkan zakat daripada aktiviti perniagaannya. Para fuqaha menetapkan bahawa

syarikat yang menjalankan perniagaan seperti koperasi perlu juga membayar zakat

kerana wujud shaksiyyah i’tibariyyah (legal entity). Justeru koperasi yang patuh syariah

hendaklah mengeluarkan zakat perniagaan mereka.

Terdapat dua kaedah pengiraan zakat perniagaan yang diamalkan iaitu model

berkembang (growth model) dan modal kerja (working capital). Dalam kaedah model

berkembang, modal dicampur dengan keuntungan dan dikeluarkan kadar 2.5%

daripadanya. Manakala kaedah modal kerja pula mengambilkira kedudukan harta

semasa dalam pengiraan zakat. Justeru akan terdapat pelarasan iaitu dengan

mencampur atau menolak beberapa perkara dalam pengiraan jumlah zakatnya. Dengan

kata lain kaedah modal kerja ini lebih detil dan teliti dalam pengiraan zakat, manakala

kaedah model berkembang pula lebih bersifat mudah dan memberi maslahat kepada

penerima zakat.

Page 16: 1.0 PENGENALAN - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/00-Shofian... · tenaga mereka untuk kepentingan ekonomi Kapitalis. ... sesama ahli untuk membaiki

16

Secara amalannya koperasi yang bergerak atas nama Islam memang telah membuat

pembayaran zakat masing-masing. Namun untuk menjadikannya lebih bertanggung

jawab dari segi perundangan, maka pindaan akta koperasi perlu dilakukan terhadap

seksyen 2 iaitu dalam mendefinisikan wang lebihan sebagai … “wang yang melebihi

amaun yang diperlukan oleh sesebuah koperasi berdaftar bagi kegunaan segera sebagai

modal kerja bagi perniagaannya dan selepas pembayaran zakat…” Pindaan seperti ini

adalah selaras dan mengikut amalan yang terdapat dalam perbankan Islam, dimana

Akta Bank Islam 1993 menerusi seksyen 15 (1) dan (2) menjelaskan “sebelum sesuatu

dividen diishtiharkan, bank hendaklah memindahkan sejumlah wang daripada

keuntungan bersih ke dalam tabung rizab pada setiap tahun setelah ditolak dari

pembayaran zakat…”

Panel penasihat syariah

Selain itu juga untuk menjadikan sesebuah koperasi patuh syariah, pihak Jabatan

Pembangunan Koperasi perlulah melantik Panel Penasihat Syariah yang berperanan

memantau kegiatan mana-mana koperasi yang berdaftar di bawahnya dalam

menjalankan aktiviti dan pelaburan secara Islam. Secara teorinya koperasi tidak perlu

mempunyai panel penasihat syariahnya yang tersendiri. Ini kerana pewujudan panel

penasihat syariah sendiri melibatkan kos dan tidak semua koperasi mampu menyerap

kos tersebut. Lebih-lebih lagi bagi koperasi yang bersaiz kecil. Faktor lain dibimbangi

dengan banyaknya Panel Penasihat Syariah pada setiap koperasi boleh menyebabkan

pelbagai pandangan dan hukum yang berbeza yang dikeluarkan bagi sesuatu produk.

Keadaan ini tentulah menimbulkan kecelaruan dan mengurangkan kepercayaan orang

ramai, khasnya para ahli terhadap status patuh syariah di koperasi berkenaan. Justeru

untuk masa ini hanya dicadangkan pewujudan Panel Penasihat Syariah tersebut

diperingkat Pusat sahaja iaitu di Jabatan Pembangunan Koperasi.

Disamping itu, Panel Penasihat Syariah ini juga boleh berperanan sebagai mengesah

dan meluluskan mana-mana produk yang hendak ditawarkan oleh koperasi secara

Islam. Ini akan menjadikan kepercayaan para ahli lebih tinggi tentang kesahan produk

tersebut dari sudut hukum Islam dan status patuh syariah.

Bagi melaksanakan hasrat ini, tiga cadangan berikut boleh dipertimbangkan (Ahmad

Hidayat Buang 2004):

Page 17: 1.0 PENGENALAN - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/00-Shofian... · tenaga mereka untuk kepentingan ekonomi Kapitalis. ... sesama ahli untuk membaiki

17

i- Menggunasama fungsi majlis penasihat syariah di bank Negara Malaysia

untuk menyelia dan menasihati koperasi-koperasi Islam dalam menjalankan

perniagaan dan pelaburan yang selaras dengan hukum Islam

ii- Melantik perunding-perunding syariah luar yang bebas dan berkelayakan

untuk menyelia dan menasihati koperasi-koperasi Islam dalam aktivitinya.

iii- Menubuhkan jawatankuasa tetap penasihat syariah di bawah ketua pendaftar

koperasi. Dalam hal ini panel penasihat syariah tersebut akan diletakkan

dibawah pengawasan ketua pendaftar koperasi.

6.2 Menghindari aktiviti yang dilarang oleh Islam

Diantara ciri-ciri yang boleh dijadikan panduan bagi menentukan sesebuah organisasi

seperti koperasi yang dianggap tidak patuh syariah adalah seperti berikut:

I. Membuat marketing (promosi) menggunakan imej dan gambar orang yang

membuka aurat. Hukum menutup aurat adalah wajib bagi lelaki dan wanita

Islam yang telah baligh. Meskipun terdapat perselisihan pendapat fukaha

tentang batasan aurat, namun mereka bersepakat bahawa hukum menutup aurat

adalah wajib. Justeru meninggalkan sesuatu yang wajib adalah tidak mematuhi

hukum syarak.

II. Melabur dalam pelaburan yang tidak patuh syariah. Pelaburan yang tidak patuh

syariah bukan sekadar kerana aktiviti syarikat yang dilabur itu dan produknya

yang haram seperti arak dan babi, tetapi juga kerana sistem pulangannya yang

menjamin duit pelabur iaitu sistem riba. Konsep pelaburan dalam Islam adalah

satu perkongsian dalam modal/usaha dan juga perkongsian dalam hasilnya sama

ada untung atau rugi. Oleh kerana untung atau rugi adalah suatu yang belum

pasti dalam pelaburan, maka jaminan terhadap keuntungan menjadikannya

tidak mengikut hukum pelaburan Islam yang sebenar sama ada musharakah

atau mudarabah. Dengan wujudnya jaminan keuntungan tetap yang dijanjikan,

menjadikannya ia tidak berbeza dengan hutang yang dijanjikan pulangan tetap

oleh satu pihak terhadap pihak lain. Hukum nya adalah riba yang diharamkan.

III. Menggunakan akaun bank konvensional sebagai simpanan atau menerima

bayaran dari pelanggan adalah tidak patuh syariah. Pada masakini telah terdapat

banyak kemudahan simpanan secara Islam yang boleh dipilih seperti Wadiáh,

Mudarabah dan sebagainya. Justeru adalah dianggap tidak perlu untuk

menyimpan dalam simpanan konvensional yang terdedak dengan riba. Selain

Page 18: 1.0 PENGENALAN - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/00-Shofian... · tenaga mereka untuk kepentingan ekonomi Kapitalis. ... sesama ahli untuk membaiki

18

memastikan simpanan yang patuh syariah, membuat caruman bagi

mendapatkan perlindungan insurans konvensional juga menjadikan sesebuah

syarikat tidak patuh syariah. Pada masa kini terdapat banyak kemudahan

insuran secara Islam atau dikenali sebagai takaful yang menggunakan konsep

tertentu bertepatan dengan hukum syarak.

IV. Membuat representasi palsu. Para fukaha telah membincangkan beberapa

bentuk transaksi yang menyerupai representasi palsu spt tadlis, taghrir dan

ghabn. Tadlis adalah sejenis transaksi dimana satu pihak menyembunyi fakta

sebenar kepada pihak lain dengan tujuan menipunya. Taghrir pula adalah satu

pihak memujuk memperdayakan pihak lain secara perkataan atau perbuatan

sehingga pihak tersebut memasuki kontrak bukan dengan pilihan bebasnya.

Manakala ghabn pula adalah suatu bentuk penipuan dengan cara meletakkan

harga yang melebihi harga pasaran. Semua jenis pemalsuan tersebut termasuk

dalam makna gharar yang menyebabkan ketidakpastian dalam berkontrak.

Justeru para fuqaha membahagikan aspek-aspek yang boleh berlaku gharar

kepada empat, iaitu: harga, kuantiti, kualiti dan waktu/masa.

V. Menghindari daripada perkara-perkara syubhat. Syubhat didefinisikan sebagai

perkara yang tidak jelas halal dan haramnya dikalangan para mujtahid. Terdapat

hadis yang sahih lagi jelas supaya manusia menghindari syubhat kerana

dibimbangi terjatuh kedalam haram. Syubhat boleh berlaku kerana: 1. Dalil

yang tidak jelas tentangnya, atau 2. Pemakaian dalil yang tidak sesuai dengan

maqasid syarak (seperti helah). Bukan semua helah membawa kepada syubhat.

Sesetengah helah dibenarkan apabila ia menepati dengan kehendak syarak.

Contoh penggunaan kaedah bay al-inah sebagai helah kepada riba adalah

dibenarkan oleh sesetengah fukaha. Helah didefinisikan sebagi dalihan atau

alasan untuk mengubah sesuatu hukum asal. Jika dalihan tersebut menepati

dengan konsep syarak maka dalihan tersebut boleh diterima dari segi hukum,

sekalipun terdapat pandangan yang kontrak dengannya. Namun jika dalihan

tersebut tidak mempunyai asas syarak, maka ia dianggap sebagai helah yang

tercela. Inilah helah yang tidak dibenarkan dalam Islam. Contohnya mengaburi

pembeli/ pengguna dengan iklan atau bahan yang tidak betul, menipu dan

sebagainya.

VI. Membenarkan mana-mana pihak luar mengiklan produk tidak syariah di laman

web/ akaun facebook/ forum/ blog mereka. Ini kerana membenarkan

Page 19: 1.0 PENGENALAN - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/00-Shofian... · tenaga mereka untuk kepentingan ekonomi Kapitalis. ... sesama ahli untuk membaiki

19

pengiklanan seperti produk arak, bermakna syarikat tersebut juga bersubahat

dalam menyebarkan budaya minum arak di kalangan masyarakat. Dalam hal ini

nabi SAW melaknat 10 golongan yang terlibat dengan arak iaitu: peminum,

penghidang, penjual, pembeli, pemerah (pembuat), peminta perah (pengedar),

peminta arak, penuang arak, pembawa dan pemakan harganya.

VII. Menekan pekerja dan tidak menjaga kebajikan mereka. Para pekerja ada hak

untuk berehat pada masanya, balik rumah, kesihatan dan sebagainya.

Memelihara kebajikan para pekerja bawahan juga adalah suatu tuntutan Islam.

Islam menggesa supaya berlaku adil bahkan juga berlaku ihsan dengan manusia.

Al-Quran juga menggalakkan syura dalam membuat sesuatu keputusan penting.

Sikap tidak memelihara kebajikan mereka adalah suatu yang zalim dan ia

bukanlah suatu yang diterima dalam Islam. Justeru pemberian status patuh

syariah juga mestilah mengambilkira perkara sebegini.

VIII. Tidak menjelaskan dengan jelas syarat-syarat atau ciri-ciri barang jualan atau

sebagainya sehingga menyebabkan pihak pembeli atau agen tersilap dan

terkhilaf dalam membuat transaksi dikenali sebagai khata’. Contohnya pembeli

membeli sebentuk cincin dengan anggapannya ia diperbuat daripada emas. Oleh

kerana penjela tidak menerangkan kepadanya bahawa cincin tersebut bukanlah

emas, maka berlaku khata’ keatas pembeli. Sekalipun khata’ ini sekilas pandang

adalah kesilapan dari pihak pembeli, ia boleh dihindari jika penjual mengambil

langkah pro aktif dengan menjelaskan bahan sebenarnya. Justeru Islam

memberikan hak kepada pembeli yang tersilap untuk memfasakhkan akad

beliannya yang dilakukan secara salah tadi, kerana kesilapan tersebut juga turut

disumbangkan oleh penjual. Apa yang pasti perbuatan penjual yang tidak

menjelaskan sifat barang yang dijual telah menyusahkan pembeli di kemudian

hari kerana penjelasan yang tidak diberi sebelum pembelian atau pendaftaran

berlaku. Sekalipun pembeli boleh meneliti dan mengetahui barang tersebut

secara langsung, tetapi kemungkinan mereka tersalah. Justeru penjual

kadangkala perlu juga menerangkan kepada pembeli barang jualannya,

sekalipun pembeli telah maklum mengenainya.

IX. Memburuk-burukkan produk lain, bagi menunjukkan produknya sahaja yang

hebat. Islam membenarkan persiangan yang sihat bukannya persaingan bebas

yang dibawa oleh sistem Kapitalis. Justeru membuat perbandingan secara

umum adalah lebih baik berbanding menyebut nama pesaing yang

Page 20: 1.0 PENGENALAN - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/00-Shofian... · tenaga mereka untuk kepentingan ekonomi Kapitalis. ... sesama ahli untuk membaiki

20

dibandingkan. Perbandingan hendaklah dibuat secara adil dan jujur iaitu

mengikut adab dan akhlak yang dianjurkan oleh Syarak.

7.0 KEPERLUAN TERHADAP KOPERASI PATUH SYARIAH DIMALAYSIA

DALAM KONTEKS MASAKINI

Diantara beberapa faktor yang utama kenapa masyarakat hari ini amat memerlukan

kepada sebuah koperasi yang menjalankan aktiviti yang selaras dengan hukum syarak,

adalah:

1- Kewajiban untuk menerapkan hukum syarak kedalam aktiviti koperasi. Amar

makruf dan nahi mungkar adalah dua kewajiban utama kepada umat Islam untuk

ditegakkan dalam kehidupannya. Apatah lagi perkembangan yang berlaku dalam

Sistem Kewangan Islam di Malaysia mutakhir ini, mengukuhkan lagi justifikasi

umat Islam untuk perlu terus menyokong perkembangannya dan berusaha

membebaskan diri mereka daripada aktiviti-aktiviti yang diharamkan oleh syarak

seperti riba, gharar, maysir dan sebagainya. Allah SWT telah memberi banyak

peringatan dan ancaman dalam al-Quran kepada mereka yang terlibat dengan

amalan riba dan lain-lain amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Dalam

konteks yang lain, terdapat hadith daripada Baginda SAW yang bermaksud:

mencari yang halal adalah fardu/wajib.

2- Mengambil peluang kedudukan Malaysia yang telah terkenal sebagai model

Negara Islam dan hub kewangan Islam serantau. Pelbagai kejayaan telah dicapai

oleh Negara Malaysia dalam sektor perbankan, takaful dan pasaran wang Islam.

Bahkan industri kewangan Islam Islam juga turut berkembang dinegara-negara lain

yang bukan Islam sekalipun. Ini menunjukkan hukum syariat amat releven dan

ampuh dalam memenuhi keperluan semua manusia tanpa mengira agama, masa

dan tempat. Justeru dengan perkembangan dan pengiktiran Malaysia sebagai hub

kewangan Islam serantau ini, amatlah wajar diperluaskan pengiktirafan ini kepada

institusi lain bukan bank seperti koperasi untuk sama-sama menonjolkan diri dalam

sektor ini.

3- Mempermudahkan anggota koperasi untuk memperoleh modal usaha secara yang

lebih inovatif dan pelbagai. Jika sebelum ini cara memperoleh modal hanyalah

dengan hutang yang melibatkan riba sahaja, namun dengan memperkenalkan

Page 21: 1.0 PENGENALAN - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/00-Shofian... · tenaga mereka untuk kepentingan ekonomi Kapitalis. ... sesama ahli untuk membaiki

21

pembiyaan secara Islam banyak kaedah-kaedah lain yang boleh digunakan untuk

membiayai para ahli, sama ada secara pembiayaan ekuiti mahupun secara

pembiayaan hutang. Kedua-dua bentuk kaedah pembiayaan tersebut menggunakan

konsep-konsep kontrak tertentu yang dibenarkan dalam syariat. Sudah pasti ia

menekankan aspek-aspek yang murni yang dibawa dalam ajaran Islam seperti

aspek kerelaan, kejelasan, saling bantu-membantu dan lain-lain. Aspek-aspek

positif sebegini akhirnya boleh memberi kebaikan kepada kedua belah pihak.

4- Menghindarkan anggota koperasi dari putaran ganas sistem konvensional ribawi.

Riba bukan sahaja merosakkan harta dan ekonomi sesebuah Negara, bahkan ia juga

boleh merosakkan cara pemikiran dan juga usaha masyarakat. Riba dianggap

perosak dalam diam, dimana para pengamalnya akan terus leka dengan keuntungan

mudah secara riba. Sehingga akhirnya ia telah menjadi wabak dan mengganggu

sistem ekonomi dunia dengan pelbagai masalah seperti inflasi, peningkatan kos,

penganguran dan sebagainya.

5- IMPLIKASI HUKUM TIDAK PATUH SYARIAH

Hukum mencari yang halal dan patuh syariah adalah wajib dan dianggap jihad. Kerana

teribat dengan aktiviti yang tidak patuh syariah seperti riba adalah haram. Apatah lagi

telah terdapat pelbagai kemudahan yang patuh syariah dan diitawarkan kepada

pengguna pada masakini. Justeru melibatkan diri dengan aktiviti yang tidak patuh

syariah bukanlah lagi pilihan antara keburukan yang paling ringan sepertimana suatu

masa dahulu iaitu diperingkat awal perkembangan koperasi. Sebaliknya para peserta

yang terlibat dengan organisasi yang menjalankan aktiviti tidak patuh syariah perlu

berusaha dan berazam untuk membebaskan diri dari aktiviti yang tidak patuh syariah.

Dalam hal ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-87, Majlis Kebangsaaan bagi Hal

Ehwal Islam pada 23-25 Jun 2009 menjelaskan:

“...harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba,

gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah

haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu

dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:

Page 22: 1.0 PENGENALAN - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/00-Shofian... · tenaga mereka untuk kepentingan ekonomi Kapitalis. ... sesama ahli untuk membaiki

22

1. Diserahkan kepada Baitulmal untuk maslahah- maslahah umum umat Islam

seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan,

tandas dan seumpamanya;

2. Diserahkan kepada golongan fakir miskin; atau

3. Jika harta tersebut merupakan harta rompakan, curi dan seumpamanya,

maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika

pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta

tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak

dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut

hendaklah diserahkan kepada Baitulmal”

Menurut al-Qaradawi, sesuatu harta yang tidak patuh syariah tidak boleh dimiliki,

sebaliknya ia menjadi milik umum seperti dibelanjakan kepada perkara-perkara

kebajikan seperti membantu anak-anak yatim, perkembangan dakwah Islam,

pembinaan masjid dan pusat Islam, penyediaan para pendakwah, penerbitan kitab-kitab

agama dan seumpamanya yang bersifat kebajikan.

Bagi orang-orang Islam yang telah terlibat dengan aktiviti pelaburan tidak patuh

syariah dan memperoleh keuntungan daripadanya, mereka perlu melepaskan pelaburan

tersebut serta menyalurkan keuntungan yang terhasil sepanjang tempoh pelaburan yang

tidak patuh syariah kepada badan-badan kebajikan. Walau bagaimanapun, para pelabur

dibenarkan untuk terus memegang pelaburan dalam sekuriti tidak patuh Syariah

sekiranya harga pasaran sekuriti tersebut adalah bawah kos pembelian asal. Dalam

tempoh pegangan itu, pelabur juga dibenarkan untuk menerima dividen sehingga

jumlah keseluruhan dividen yang diterima dan nilai pasaran sekuriti tidak patuh Syariah

tersebut menyamai kos pembelian asalnya. Pada ketika itu, mereka perlu segera

melepaskan pemegangan mereka terhadap elaburan yang tidak patuh syariah tersebut.

8.0 PENUTUP

Secara umumnya koperasi adalah sebuah pertubuhan yang selaras dengan Islam dari

segi konsep dan penubuhannya. Amalan berkoperasi telah lama wujud dalam

masyarakat Arab sebelum Islam, dan disuburkan setelah kedatangan syariat Islam oleh

nabi Muhammad SAW. Justeru secara teorinya tiada masalah untuk sesebuah koperasi

memperoleh status patuh syariah dengan syarat aktiviti-aktiviti yang dijalankan

Page 23: 1.0 PENGENALAN - ukmsyariah.orgukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/00-Shofian... · tenaga mereka untuk kepentingan ekonomi Kapitalis. ... sesama ahli untuk membaiki

23

olehnya bertepatan dengan hukum syarak, disamping melaksanakan kewajiban-

kewajipan yang diperintah oleh syarak seperti berzakat dan sebagainya.

Kewujudan koperasi patuh syariah dapat menyokong perkembangan sektor

kewangan dan perbankan Islam masakini. Walaupun saiz dan modal koperasi lebih

kecil berbanding IKI, namun ia mampu memberi sumbangan yang signifikan kepada

perkembangan kewangan Islam kerana bilangannya yang banyak.

Namun apa yang penting koperasi yang berteraskan Islam haruslah berani

mengemukakan produk-produk semasa yang inovatif dan selari dengan hukum syarak.

Dalam hal ini, dua perkara perlu dilakukan oleh koperasi:

Pertama: meneliti semula semua produk yang sedia ada agar ia sesuai dengan

kehendak syarak. Misalnya pinjaman peribadi dan pinjaman pengguna di

koperasi, yang dilakukan dengan berasaskan faedah (riba). Pinjaman tersebut

perlu diganti dengan mekanisme kontrak yang sesuai dengan syarak seperti

kontrak murabahah bagi pinjaman pengguna dan kontrak al-inah bagi pinjaman

peribadi.

Kedua: berinovasi dalam mengemukakan produk-produk baharu yang

diperlukan oleh anggota koperasi. Koperasi patuh syariah pada masa kini perlu

lebih berani menawarkan produk-produm pembiayaan yang diperlukan oleh

ahlinya seperti produk al-rahn, al-sarf, musyarakah, mudarabah dan lain-lain

walau bagaimanapun produk-produk ini mestilah dipastikan selari dan patuh

dengan hukum Syarak.

Amat penting bagi sesebuah koperasi untuk memperoleh status patuh syariah bukan

sekadar untuk mendapatkan keuntungan duniawi, tetapi lebih penting dari itu adalah

untuk mendapat keredaan Allah dalam setiap usaha dan aktiviti yang dijalankan. Seperti

mafhum hadith SAW “mencari yang halal adalah fardu”.