transformasi ekonomi mula menampakkan kesan-kesan yang positif

13
Transformasi ekonomi mula menampakkan kesan Oleh Mohd. Ayop Abd Razid SALAH satu ukuran penting bagi mengukur kemajuan sesebuah negara ialah pertumbuhan dan pencapaian ekonominya. Biasanya, pencapaian ekonomi sesebuah negara diukur melalui pendapatan negara. Ia adalah satu ukuran nilai wang bagi barang-barang dan perkhidmatan dalam sesebuah negara melalui pencapaian seluruh kegiatan ekonomi dalam sesuatu tahun. Konsep ini juga dikenali sebagai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Keseluruhannya, pertumbuhan dan pencapaian ekonomi Malaysia berada pada landasan yang positif pada 2010. Ia ekoran pemulihan ekonomi global yang kembali kukuh dan disokong oleh beberapa faktor. Antaranya ialah rangsangan fiskal yang mapan dan dasar monetari akomodatif di seluruh negara. Selain itu, pertumbuhan yang kukuh di rantau Asia, terutama China dan India serta ekonomi Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan negara-negara pengeluar minyak turut mempengaruhi pertumbuhan global. Pada tahun lalu, KDNK negara kita mencapai sasaran 7.0 peratus. Ia menepati apa yang dijangkakan oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). Pada suku pertama, KDNK negara ialah 10.1 peratus, suku kedua 8.9 peratus dan suku ketiga 5.3 peratus. Pada keseluruhannya, pertumbuhan domestik dengan perbelanjaan sektor swasta yang meningkat telah menjadi unsur utama pencapaian ekonomi negara. Permintaan domestik tahun lalu dianggarkan meningkat sebanyak lima peratus. Walaupun permintaan luar negara berada dalam aliran yang lembap tetapi kesan peningkatan pertumbuhan domestik menyebabkan pertumbuhan ekonomi kita terus berkembang. Semua sektor ekonomi negara tumbuh positif kecuali sektor perlombongan. Fakta lain yang menunjukkan ekonomi kita berada pada kedudukan yang positif ialah peningkatan simpanan rizab negara. Dari Januari hingga 15 November 2010, jumlah rizab negara kita adalah AS$105.8 bilion (RM326.455 bilion). Ketika krisis kewangan 1997/98, rizab negara hanya berjumlah AS$420 bilion (RM63 bilion). Demikian juga mata wang kita mencatat prestasi terbaik yang mana ringgit mengakhiri 2010 dengan ditutup pada RM3.0880 berbanding satu dolar AS. Selain itu, Pelaburan Asing Langsung (FDI) yang jatuh teruk sebanyak 81 peratus pada 2009 mula kembali berkembang secara positif. Pada 2009, FDI kita hanya bernilai RM5 bilion sahaja tetapi ia mula meningkat pada tahun lalu di mana FDI bagi Januari hingga September adalah RM17.1 bilion. FDI bagi suku pertama ialah RM5.1 bilion, suku kedua RM5.9 bilion dan suku ketiga RM6.2 bilion. Adalah dijangkakan keseluruhan aliran masuk FDI untuk tahun lalu mencecah RM20 bilion.

Upload: sofin85247

Post on 12-Aug-2015

167 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

transformasi dalam ekonom menunjukkan unjuran positif

TRANSCRIPT

Page 1: Transformasi Ekonomi Mula Menampakkan Kesan-kesan yang positif

Transformasi ekonomi mula menampakkan kesanOleh Mohd. Ayop Abd Razid

SALAH satu ukuran penting bagi mengukur kemajuan sesebuah negara ialah pertumbuhan dan pencapaian ekonominya. Biasanya, pencapaian ekonomi sesebuah negara diukur melalui pendapatan negara.

Ia adalah satu ukuran nilai wang bagi barang-barang dan perkhidmatan dalam sesebuah negara melalui pencapaian seluruh kegiatan ekonomi dalam sesuatu tahun. Konsep ini juga dikenali sebagai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Keseluruhannya, pertumbuhan dan pencapaian ekonomi Malaysia berada pada landasan yang positif pada 2010. Ia ekoran pemulihan ekonomi global yang kembali kukuh dan disokong oleh beberapa faktor. Antaranya ialah rangsangan fiskal yang mapan dan dasar monetari akomodatif di seluruh negara.

Selain itu, pertumbuhan yang kukuh di rantau Asia, terutama China dan India serta ekonomi Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan negara-negara pengeluar minyak turut mempengaruhi pertumbuhan global.

Pada tahun lalu, KDNK negara kita mencapai sasaran 7.0 peratus. Ia menepati apa yang dijangkakan oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). Pada suku pertama, KDNK negara ialah 10.1 peratus, suku kedua 8.9 peratus dan suku ketiga 5.3 peratus. Pada keseluruhannya, pertumbuhan domestik dengan perbelanjaan sektor swasta yang meningkat telah menjadi unsur utama pencapaian ekonomi negara. Permintaan domestik tahun lalu dianggarkan meningkat sebanyak lima peratus.

Walaupun permintaan luar negara berada dalam aliran yang lembap tetapi kesan peningkatan pertumbuhan domestik menyebabkan pertumbuhan ekonomi kita terus berkembang.

Semua sektor ekonomi negara tumbuh positif kecuali sektor perlombongan. Fakta lain yang menunjukkan ekonomi kita berada pada kedudukan yang positif ialah peningkatan simpanan rizab negara.

Dari Januari hingga 15 November 2010, jumlah rizab negara kita adalah AS$105.8 bilion (RM326.455 bilion). Ketika krisis kewangan 1997/98, rizab negara hanya berjumlah AS$420 bilion (RM63 bilion).

Demikian juga mata wang kita mencatat prestasi terbaik yang mana ringgit mengakhiri 2010 dengan ditutup pada RM3.0880 berbanding satu dolar AS. Selain itu, Pelaburan Asing Langsung (FDI) yang jatuh teruk sebanyak 81 peratus pada 2009 mula kembali berkembang secara positif.

Pada 2009, FDI kita hanya bernilai RM5 bilion sahaja tetapi ia mula meningkat pada tahun lalu di mana FDI bagi Januari hingga September adalah RM17.1 bilion. FDI bagi suku pertama ialah RM5.1 bilion, suku kedua RM5.9 bilion dan suku ketiga RM6.2 bilion. Adalah dijangkakan keseluruhan aliran masuk FDI untuk tahun lalu mencecah RM20 bilion.

Peningkatan masuk FDI membuktikan bahawa beberapa dasar baru yang diperkenalkan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak seperti dasar liberalisasi, Model Baru Ekonomi (MBE), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) mula memberikan kesan positif terhadap pelaburan asing.

Tahun lalu sahaja, FDI global melebihi paras AS$1.2 trilion. Apa yang perlu ialah kerajaan haruslah berusaha lebih gigih untuk menarik lebih banyak aliran masuk modal asing pada tahun ini supaya senario persaingan menarik kemasukan FDI di kalangan negara-negara ASEAN akan lebih memihak kepada kita.

Page 2: Transformasi Ekonomi Mula Menampakkan Kesan-kesan yang positif

Sungguhpun begitu, kerajaan harus berhati-hati, mengawal dan mengurusnya dengan baik kerana pengalaman negara sebelum ini menunjukkan bahawa pergantungan keterlaluan terhadap FDI dalam pembentukan kasar domestik, terutama dalam pelaburan sektor pembuatan telah mengehadkan kemajuan keusahawanan domestik (Jomo K.S., 2010).

Usaha kerajaan untuk mengalih tumpuan daripada sektor pembuatan kepada sektor perkhidmatan serta pelancongan dijangka melonjak momentum pertumbuhan ekonomi negara. Demikian juga iltizam kerajaan melaksanakan Projek Permulaan (ETP) baru di bawah ETP akan banyak membantu pertumbuhan dan pencapaian ekonomi negara. Kita yakin ETP yang berasaskan 12 bidang ekonomi utama (baru) akan berjaya melonjakkan prestasi ekonomi negara.

Namun, kita harus faham bahawa setiap perubahan dalam pembangunan ekonomi negara yang melibatkan transformasi dari bentuk sedia ada kepada bentuk ekonomi baru memerlukan sekurang-kurangnya lima peringkat penting iaitu persediaan, pelancaran, pelaksanaan (penetapan perkembangan), kematangan dan lepas kematangan. Inilah yang sedang dilalui oleh program transformasi ekonomi yang diperkenalkan oleh Najib. Peringkat persediaan dan pelancaran ETP telah pun dilakukan. Kita kini berada dalam peringkat pelaksanaan.

Pada hemat saya, dalam proses ETP dan MBE mencapai kematangannya maka kerajaan masih harus bergantung kepada ekonomi sedia ada seperti FDI dan sektor pembuatan.

Namun, pergantungan terhadap sektor ini semakin dikecilkan, manakala pergantungan kepada bentuk-bentuk ekonomi baru seperti yang dirangka di bawah ETP terus diperhebat dan diperkukuhkan.

Pelaksanaan pelbagai projek dalam RMK-10 dan PTE akan merancakkan lagi beberapa sektor penting negara seperti sektor kewangan dan insurans, pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan. Sektor pembinaan yang mengalami kelesuan beberapa tahun lalu dijangka kembali rancak apabila pelaksanaan pelbagai projek seperti yang disenaraikan dalam Bajet 2011, RMK-10 dan ETP mula dilaksanakan.

Selain itu, usaha membangun modal insan berkualiti terutama dalam menjayakan budaya inovasi dan kreativiti dalam penghasilan barangan dan perkhidmatan akan turut memberi kesan positif pertumbuhan ekonomi negara.

Dalam konteks ini, penubuhan Talent Corporation (perbadanan bakat) pada 1 Januari lalu dilihat mampu meningkatkan kemahiran tenaga kerja atau modal insan negara. Pada masa kini, negara mempunyai hanya 25 peratus tenaga pekerja mahir.

Justeru, diharapkan perbadanan bakat itu akan benar-benar dapat mencapai misinya untuk melahirkan lebih banyak tenaga kerja berpengetahuan tinggi. Ini penting kerana ia sekali gus akan dapat meningkatkan daya saing negara serta daya produktiviti negara. Kesan daripada peningkatan daya produktiviti itu nanti akan membolehkan syarikat-syarikat membayar gaji yang lebih tinggi setanding dengan peningkatan daya produktiviti yang dihasilkan.

Ia sekali gus akan memberikan harapan kepada kita untuk mencapai negara berpendapatan tinggi, iaitu daripada AS$7000 (RM24,500) kepada AS$15000 (RM52,500) menjelang tahun 2020.

Kesimpulannya, pelaksanaan ETP telah menunjukkan kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Selain itu, GTP, penglibatan sektor swasta yang semakin meningkat, pembangunan modal insan yang telah mula dilaksanakan serta kesediaan rakyat untuk menerima dasar-dasar pembaharuan ekonomi akan dapat melonjakkan pencapaian negara ke arah negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020 nanti.

Penulis ialah Ketua Unit Penerbitan di Jabatan

Hal Ehwal Khas (Jasa), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

Page 3: Transformasi Ekonomi Mula Menampakkan Kesan-kesan yang positif

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm#ixzz2MMmXOeF4 © Utusan Melayu (M) Bhd 

Kedai Rakyat 1Malaysia - Inisiatif Membantu Rakyat

Source: Utusan Malaysia - 30 December 2011

INISIATIF MEMBANTU RAKYAT - KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA (KR1M)

Kenaikan harga barangan makanan di peringkat global telah memberikan kesan secara langsung kepada negara-negara membangun di mana rakyat negara-negara berkenaan mulai merasakan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat. Ini ditambah lagi dengan sikap segelintir peniaga yang mengambil peluang untuk menaikkan harga barangan terutamanya produk makanan atas alasan kekurangan bekalan demi mengaut keuntungan berlebihan.

Malaysia juga tidak terkecuali menghadapi fenomena ini di mana suatu langkah inisiatif segera telah diambil Kerajaan bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang beroperasi berlandaskan konsep pasar mini “mesra bajet” yang menyediakan pelbagai barangan keperluan asas pada harga yang rendah dan mampu milik. Inisiatif ini telah diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak di atas keprihatinan beliau terhadap golongan berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar selaras dengan slogan “Rakyat Didahulukan” yang juga telah dicetuskan oleh beliau sendiri.

KR1M mensasarkan kumpulan pengguna yang mempunyai bajet yang terhad serta keperluan yang paling asas. Matlamat utama KR1M bukanlah untuk mengaut keuntungan, sebaliknya untuk meringankan beban tanggungan perbelanjaan golongan tersebut. Namun demikian KR1M tidak menghadkan kepada sebarang kumpulan pengguna, maka sesiapa sahaja boleh melangkah masuk ke KR1M dan mendapatkan produk 1Malaysia. Kewujudan KR1M juga bakal menjadi medium kepada Kerajaan dalam mengawal harga dan mengurangkan monopoli produk atau barangan yang telah sekian lama didominasi oleh pengeluar syarikat multinasional. Ini dapat mengawal syarikat multinasional dari menaikkan harga tanpa sebab yang munasabah. Matlamat utama KR1M akan

Page 4: Transformasi Ekonomi Mula Menampakkan Kesan-kesan yang positif

menyediakan perkhidmatan kepada segmen pelanggan yang serupa seperti pasar raya besar, pasar mini dan lain-lain tetapi penumpuan utama adalah terhadap pengguna yang memerlukan barangan

keperluan asas pada perbelanjaan yang terhad.

LANGKAH TEPAT ATASI KENAIKAN HARGA BARANG

Menerusi Bajet 2012, Kerajaan telah memberi fokus kepada kebajikan sosial dan sekaligus memberikan impak kepada perbelanjaan industri swasta yang mana selama ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi. Perlaksanaan penurunan cukai korporat, cukai barangan dan perkhidmatan, ternyata lebih bertujuan membantu isi rumah menangani kenaikan kos sara hidup selain merangsang perbelanjaan pengguna. Biarpun tumpuan kepada kebajikan sosial dijangka memberikan kesan kecil kepada pasaran tetapi ia bakal semarakkan oleh kesan perlaksanaan projek-projek Program Transformasi Ekonomi yang sedang dilakukan.

Sekiranya Kerajaan tidak mengambil sebarang langkah untuk mengawal kenaikan harga barang, Rakyat akan berhadapan dengan cabaran dan permasalahan apabila harga barangan dan komoditi global meningkat sekaligus membebankan rakyat sebagai pengguna akhir. Pengukuhan ekonomi domestik merupakan benteng utama bagi mengurangkan impak kemelesetan ekonomi global.

Kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia dilihat bertepatan dengan kehendak masyarakat bagi menolong mereka yang kurang mampu mendapatkan barangan keperluan harian dengan harga rendah tetapi tetap berkualiti. Pada masa hadapan, akan lebih banyak lokasi-lokasi baru berdekatan kediaman penduduk akan dipilih untuk pembukaan cawangan baru KR1M kerana ianya akan diperluaskan ke seluruh Negara. Sehingga kini, matlamat untuk membuka 25 buah KR1M sebelum penghujung tahun 2011 telahpun tercapai mengikut sasaran dan rakyat kini sedang menikmati faedah daripada pembukaan kedai KR1M ini. Malah, kemudahan untuk memperolehi produk-produk KR1M ini telah diperluaskan ke kawasan-kawasan bandar dan di luar bandar menerusi kedai-kedai runcit milik persendirian yang sedia ada ekoran daripada desakan permintaan yang tinggi daripada rakyat yang berpendapatan rendah yang mahukan lebih banyak produk-produk KR1M di pasaran.

Page 5: Transformasi Ekonomi Mula Menampakkan Kesan-kesan yang positif

PRODUK 1MALAYSIA YANG DIJUAL DI KR1M

Produk 1Malaysia yang dijual di KR1M merupakan produk generik. Produk-produk ini tidak mempunyai kos pengiklanan, hanya menggunakan label dan corak asas, serta dikeluarkan oleh pembekal dan pengilang tempatan. Haslinya, KR1M berjaya menjimatkan kos pengiklanan seterusnya menurunkan harga produk sebanyak 30%-40% lebih rendah daripada jenama popular yang lain yang kebanyakannya ialah produk keluaran luar negara.

Harga produk-produk KR1M sentiasa dipantau oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNKK) malahan produk-produk ini juga akan diperiksa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menentukan ianya mematuhi Akta-Akta yang berhubungan. Sehingga kini terdapat 250 jenis barangan yang dijual di KR1M yang merangkumi produk makanan, barangan keperluan harian, barangan dapur, rempah ratus serta produk sejuk beku dan lain-lain lagi. Pihak pengurusan KR1M sentiasa menambahkan kepelbagaian produk yang dijual bagi membantu pengguna untuk membuat pilihan yang bijak dalam membeli barangan keperluan mereka.

Penjenamaan produk di bawah jenama Kedai Rakyat 1Malaysia telah membawa rahmat kepada barangan keluaran Industri Kecil Dan Sederhana (IKS). Kesemua produk ini adalah hasil keluaran pembekal dan usahawan tempatan dari Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Ini merupakan satu lagi inisiatif kerajaan bagi membantu syarikat-syarikat PKS untuk mengembangkan lagi sayap perniagaan mereka ke pasaran yang lebih luas. Pendekatan ini umpama serampang dua mata kerana kewujudan KR1M bukan sahaja membantu pengusaha PKS memasarkan produk mereka dalam kuantiti yang lebih banyak, malah memberi pengguna manfaat dan keuntungan dari penawaran harga rendah produk tempatan yang dihasilkan di dalam Negara sendiri.

PENGGUNA MENGAKUI HARGA RENDAH

Kehidupan di bandar yang semakin menghimpit pada hari ini telah mampu diredakan apabila kerajaan mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia yang menjanjikan harga yang lebih rendah dan mampu dibeli berbanding harga pasaran produk jenama antarabangsa.

Tinjauan dan temu ramah yang dilakukan oleh pihak media terhadap orang ramai sebelum ini, rata-ratanya menyuarakan pendapat yang sama iaitu kegembiraan dan sokongan terhadap bantuan kerajaan melalui penubuhan KR1M yang membantu mereka mendapatkan barangan asas pada harga yang rendah berdekatan dengan kediaman mereka. Pengguna mengakui mereka perlu berhemah dalam berbelanja dan bijak mengurus perniagaan. Mereka yang berada dalam golongan

Page 6: Transformasi Ekonomi Mula Menampakkan Kesan-kesan yang positif

pertengahan turut terkena tempias dengan harga barangan yang semakin naik dari tahun ke tahun. Jadi setiap bulan mereka harus merancang perbelanjaan agar tidak melebihi bajet bulanan.

PELUANG BERNIAGA

Kerajaan membuka peluang kepada orang ramai untuk mengusahakan perniagaan KR1M setelah mendapat maklum balas positif dari orang ramai semenjak cawangan pertama yang dibuka di Kelana Jaya pada 22 Jun 2011. Ini sekaligus menepis dakwaan sesetengah pihak yang memutar belitkan fakta bahawa pengurusan KR1M dimonopoli kumpulan tertentu, sebaliknya semua pihak diberikan ruang yang sama untuk mengusahakannya. Peluang ini membolehkan pengusaha memilih sama ada mahu menjual produk 1Malaysia tetapi dengan menggunakan nama kedai yang sama ataupun membuka sebuah kedai yang baharu dan menggunakan nama Kedai Rakyat 1Malaysia.

PERUNCIT BOLEH MENJUAL PRODUK 1MALAYSIA

Terdapat lebih daripada 470 rangkaian kedai perniagaan runcit di seluruh Negara yang juga telah memulakan langkah menjual produk 1Malaysia di kedai perniagaan mereka. Pihak peruncit yang terbabit antaranya terdiri daripada pengusaha kedai runcit yang terlibat dalam program TUKAR, D’Mart, PERNAMA dan FAMA.

Kini, orang ramai sudah boleh mendapatkan produk-produk 1Malaysia bukan sahaja daripada rangkaian Kedai Rakyat 1Malaysia, tetapi juga di kedai-kedai runcit, kedai serbaneka di stesen-stesen minyak seperti Shell, Esso, Caltex dan Petronas yang telah mula menjual produk 1Malaysia apabila menyedari prospek masa hadapan untuk penjualan produk 1Malaysia yang semakin diterima oleh pengguna.

MYDIN SEBAGAI PENGENDALI KR1M

Perlantikan syarikat peruncitan dan pemborongan tempatan iaitu Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) selaku pengendali Kedai Rakyat 1Malaysia adalah amat bertepatan sekali. Pengalaman dan penglibatan syarikat milik anak watan ini selama 54 tahun dalam bidang peruncitan telah memenuhi segala ciri-ciri yang dicari.

Dalam konteks ini MYDIN berperanan dalam memastikan bahawa setiap KR1M beroperasi dengan jayanya sejajar dengan matlamat dan inisiatif kerajaan dalam membantu Rakyat. Pemilikan rangkaian rantaian pembekalan yang ekstensif dalam industri peruncitan memberikan kelebihan kepada pihak MYDIN kerana ia bukan sahaja dapat membantu dalam memantapkan aspek operasi malahan mengekalkan kos operasi pada kadar yang sangat minimum.

Selaku pengendali KR1M, MYDIN perlu bijak dalam menguruskan kos-kos yang terlibat seperti kerja-kerja pengubahsuaian kedai, latihan dan pengambilan kakitangan, pengurusan sistem Point Of Sales (POS) dan pembekalan barangan yang bersesuaian. Satu perkara yang pasti, MYDIN akan mengekalkan harga yang rendah bagi produk-produk KR1M ini dan ini adalah merupakan program tanggungjawab sosial korporatnya kepada Rakyat Malaysia.

Page 7: Transformasi Ekonomi Mula Menampakkan Kesan-kesan yang positif

KR1M UNTUK RAKYAT

Malaysia sudah lama mengamalkan konsep Negara berkebajikan di mana dasar kebajikan terhadap rakyat telah dilaksanakan seperti wujudnya bantuan kepada nelayan, peladang dan klinik komuniti. Semua usaha itu dilakukan untuk membantu rakyat berpendapatan rendah menangani kos sara hidup yang tinggi. Penubuhan KR1M adalah bukti bahawa Kerajaan adalah serius dan bertanggungjawab untuk membantu rakyat secara keseluruhannya.

GTP Bawa Hasil Ketara Kepada Seluruh Rakyat, Kata Najib

April 2nd, 2012 by Najib Razak

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) — Program Transformasi Kerajaan (GTP) membawa banyak manfaat kepada rakyat di seluruh negara, manakala kesannya terhadap negara pula, sungguh mengagumkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam nada rendah hati tetapi penuh gembira, Najib berkata GTP sekali lagi membuahkan hasil seperti yang diharapkan apabila kesemua tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) memberi kesan positif terhadap kehidupan rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau kedudukan sosio-ekonomi mereka, di samping menepati ideal yang terkandung dalam 1Malaysia.

Page 8: Transformasi Ekonomi Mula Menampakkan Kesan-kesan yang positif

“Pada 2011, GTP sekali lagi menepati janjinya untuk membawa transformasi. Kita mencatat pencapaian kukuh dalam semua bidang, malah dalam sesetengah kes, bukan sekadar mencapai sasaran yang ditetapkan, tetapi melebihi matlamat serta kejayaan asal yang ingin dicapai GTP.

“Ringkasnya, pada 2011, jentera kerajaan mengekalkan momentumnya, bergerak dengan lebih lancar, pantas dan lebih cekap dalam menyampaikan hasil ketara kepada pihak yang ada kepentingan – rakyat Malaysia,” katanya dalam prakata Laporan Tahunan GTP 2011 terbitan Jabatan Perdana Menteri.

Tujuh NKRA berkenaan ialah Mengurangkan Jenayah, Memerangi Rasuah, Menambah Baik Pencapaian Pelajar, Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah Berpendapatan Rendah, Menambah Baik Infrastruktur Asas Luar Bandar, Menambah Baik Pengangkutan Awam Bandar dan Menangani Kenaikan Kos Sara Hidup.

Najib berkata GTP membawa kehidupan yang lebih baik untuk rakyat di bandar dan luar bandar, dengan kadar serta kemantapan yang kukuh.

“Pencapaian pada 2011 juga mencerminkan bahawa hasil yang dikecapi pada tahun sebelumnya bukan suatu kebetulan. Malah, ia membuktikan keberkesanan perancangan strategik dan kesungguhan kerajaan untuk mencapai sasaran serta hasil yang diharapkan untuk rakyat,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata dalam semangat penuh ketelusan, kebertanggungjawaban dan membuat pembentangan yang tidak bersifat berat sebelah, laporan GTP ini menghidangkan secara telus tentang pencapaian dan kelemahan, pengajaran penting yang dipelajari serta perancangan kerajaan dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.

Sejajar dengan itu, beliau mengalu-alukan maklum balas, kritikan membina dan syor daripada orang ramai tentang cara untuk menambah baik usaha yang perlu dilaksanakan melalui GTP apabila kerajaan memperhalusi sasarannya ke arah mencapai hasil yang lebih baik pada 2012 dan tahun-tahun berikutnya.

Beliau berkata ketika memberi pandangannya tentang kemajuan GTP, sebuah panel bebas yang dianggotai pakar antarabangsa menegaskan bahawa program itu membawa kebaikan dan memacu transformasi sebenar seperti yang diharapkan oleh rakyat.

Katanya GTP mencapai sesuatu yang dianggap mustahil apabila idea untuk mewujudkan perubahan dalam tempoh yang singkat sebelum ini dianggap tidak mungkin dapat dicapai.

“Dan, ia dicapai tanpa melibatkan belanjawan yang terlalu besar atau sumber yang mahal. Sebaliknya, ia adalah hasil daripada kesungguhan dan komitmen perkhidmatan awam, yang disokong pelan tindakan yang tepat, matlamat yang berorientasikan hasil serta fokus yang bertumpu kepada rakyat untuk membawa perubahan,” katanya.

Perdana Menteri berkata GTP mendapat pujian para pakar yang dihormati dalam bidang tertentu dan pemimpin negara membangun serta maju kerana keterangkumannya yang menyeluruh, pendekatan yang tidak bersifat konvensional dan kesan transformasi yang dihasilkannya.

“Mereka juga memuji cara kerja-kerja awal GTP yang meningkatkan keberkesanan perkhidmatan awam, hingga boleh dijadikan subjek dalam kajian kes.

“Di samping memberi manfaat kepada rakyat, GTP mengubah cara kerajaan bekerja dengan berkesan – menjadikan kami lebih telus, bertanggungjawab, cekap dan berorietasikan perkhidmatan. Apabila saya menyebut pada 2011 bahawa era “kerajaan

Page 9: Transformasi Ekonomi Mula Menampakkan Kesan-kesan yang positif

paling tahu” sudah berakhir, saya menyatakannya dengan penuh kesedaran tentang perkara itu,” kata beliau.

Najib berkata GTP menjadi bukti tentang betapa perlunya kerajaan mengamalkan budaya mesra rakyat, berfungsi sebagai sebuah organisasi yang proaktif serta mengutamakan kepentingan rakyat.

Katanya secara menyeluruh, GTP merupakan sebuah rancangan yang meliputi tempoh sembilan tahun dan terbahagi kepada tiga ambang masa, yang masing-masing meliputi tiga tahun, manakala ketika ini, Malaysia masih berada di ambang pertamanya (2010-2012) dan oleh itu, segala usaha perlu disempurnakan sebelum 2020.

Perdana Menteri berkata walaupun beliau menjangka laluan yang akan ditempuhi amat mencabar berikutan suasana ekonomi dunia yang penuh bergelora, namun momentum untuk mencapai kejayaan besar akan terus terpelihara dan tidak menggugat cita-cita Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju yang harmoni, makmur serta berpendapatan tinggi menjelang 2020.

“Dalam kita meneruskan perlumbaan ini dengan penuh berhemah dan melakar kejayaan kukuh serta bersatu-padu melalui 1Malaysia, kami akan pastikan, secara menyeluruh, Malaysia akan melepasi garis penamat perlumbaan itu,” katanya.

Sumber : Bernama

Tags: Community, Development, GTP, Welfare

RANCANGAN MALAYSIA KE-10 - "RANCANGAN KEMAKMURAN EKONOMI DAN KEADILAN SOSIAL"

Sebanyak RM230 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan di bawah RMK10

Intipati Rancangan Malaysia ke-10

Page 10: Transformasi Ekonomi Mula Menampakkan Kesan-kesan yang positif

Rancangan Malaysia ke-10 dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di

Dewan Rakyat, pada 10 Jun 2010, yang bertemakan "Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan

Sosial".

RMK10 memperuntukkan sejumlah RM290 bilion, yang dibahagikan mengikut nisbah 60/40

untuk pembangunan fizikal dan bukan fizikal.

RMK10 (2011-2015) amat kritikal bagi meneruskan kesinambungan prakarsa nasional ke arah

merialisasikan Wawasan 2020 menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

Fakta-fakta penting RMKe-10

- memperuntukkan RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan bagi tempoh lima tahun tersebut.

- daripada jumlah itu, 55 peratus diagihkan kepada sektor ekonomi, 30 peratus kepada sektor sosial, 10

peratus kepada sektor keselamatan dan lima peratus untuk pentadbiran am.

- RMKe-10 merupakan satu daripada empat tiang utama di bawah pentadbiran Datuk Sei Najib Tun

Razak. Tiga lagi tiang tonggak itu ialah:

Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,

Program Transformasi Kerajaan (GTP)

Model Baru Ekonomi (MBE).

10 Premis Utama RMKe-10

Pertama: Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.

Kedua: Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena

antarabangsa.

Ketiga: Mentransformasikan negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.

Keempat: Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi.

Kelima: Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.

Keenam: Memastikan peluang yang saksama dan melindungo golongan mudah terjejas.

Ketujuh: Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif

Kelapan: Menyokong perkongsian pintar yang efektif

Kesembilan: Menghargai khazanah alam sekitar

Kesepuluh: Kerajaan umpama syarikat berdaya saing.

5 TERAS STRATEGIK Pertama RMK10:

Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan

metodologi NKRA.

Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.

Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.

Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.

Page 11: Transformasi Ekonomi Mula Menampakkan Kesan-kesan yang positif

Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.

5 inisiatif strategik memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera:

Pertama: Meningkatkan pemilihan ekuiti Bumiputera melalui penginstitusian

Kedua: Mempertingkatkan pemilikan hartanah Bumiputera

Ketiga: Menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan

melalui pelbagai agensi pembangunan Bumiputera

Keempat: Membangunkan guna tenaga profesioanal Bumiputera secara lebih tuntas.

Kelima: Menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau

pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera.

Sumber : mstar.com.my, malaysiakini.com, bernama.com