kesan penjajahan inggeris terhadap ekonomi orang melayu

Upload: akubosh

Post on 02-Jun-2018

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Kesan Penjajahan Inggeris Terhadap Ekonomi Orang Melayu

    1/22

    Kesan penjajahan Inggeris terhadap ekonomi orang Melayu.

    Pada tahun 1641 Tanah Melayu merupakan tanah jajahan Belanda dan akhirnya jatuh ke

    tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda1. Kedatangan British ke

    Tanah Melayu memberi banyak perubahan dari segi ekonomi, sosial, politik, pendidikan dan

    sebagainya. Jika ingin dibincangkan, terlalu banyak perubahan dan kesan yang ditinggalkan oleh

    British terhadap Tanah Melayu.

    Tanah Melayu merupakan tanah jajahan yang banyak memberikan keuntungan terhadap

    British. Oleh itu, Dasar Pentadbiran British adalah untuk memungut hasil kekayaan di Tanah

    Melayu. Sebelum kedatangan British, penduduk Tanah Melayu mengamalkan ekonomi

    tradisional. Ekonomi tradisional merupakan aktiviti ekonomi yang bercirikan sara diri. Sebagai

    contoh, aktiviti melombong, bercucuk tanam, memungut hasil hutan dan menternak. Penduduk

    Tanah Melayu menjalankan aktiviti ini hanya untuk sekadar menyara diri dan keluarga dalam

    skala yang kecil. Lebihan-lebihan pengeluaran dari aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh

    penduduk Tanah Melayu akan digunakan untuk tujuan kenduri, zakat, sedekah, hadiah dan

    sebagainya. Jika mereka mengalami kekurangan makanan atau barang harian yang lain seperti

    beras, ayam, lembu atau sebagainya, mereka akan menjalankan sistem barter iaitu menukar

    sesuatu dengan sesuatu antara dua individu atau kumpulan. Teknologi yang digunakan juga

    adalah teknologi mudah iaitu hanya menggunakan tajak, cangkul, tugal, tenggala sebagai

    peralatan untuk penanaman padi. Pengairan padi hanya bersumberkan daripada sungai dan hujan.

    Kesan penjajahan Inggeris terhadap ekonomi orang Melayu ialah perubahan terhadap

    ekonomi perdagangan. Ekonomi tradisional ditukar kepada ekonomi dagangan iaitu yang

    memberi lebih banyak keuntungan terhadap British. Ekonomi dagangan merupakan aktiviti

    ekonomi yang mengeluarkan hasil dengan skala yang besar. Aktiviti yang dijalankan oleh British

    di Tanah Melayu ialah pertanian dan perlombongan bijih timah. Pertanian yang disarankan oleh

    British ialah seperti ubi kayu, gambir, lada hitam, tebu, tembakau, kopi dan getah. Jenis-jenispertanian ini banyak memberi keuntungan kepada British kerana mempunyai permintaan yang

    1(http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/profil-malaysia/7954-ringkasan-sejarah-

    malaysia.html)

    http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/profil-malaysia/7954-ringkasan-sejarah-malaysia.htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/profil-malaysia/7954-ringkasan-sejarah-malaysia.htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/profil-malaysia/7954-ringkasan-sejarah-malaysia.htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/profil-malaysia/7954-ringkasan-sejarah-malaysia.htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/profil-malaysia/7954-ringkasan-sejarah-malaysia.htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/profil-malaysia/7954-ringkasan-sejarah-malaysia.html
  • 8/10/2019 Kesan Penjajahan Inggeris Terhadap Ekonomi Orang Melayu

    2/22

    tinggi oleh negara-negara luar. Bijih timah juga mempunyai permintaan yang tinggi dan

    dipasarkan ke negara China, Jepun dan India. Disebabkan ekonomi dagangan ini ingin hasil

    dalam skala yang besar, oleh itu pihak British memerlukan lebih ramai buruh dan teknologi

    yang canggih. Justeru itu, British membawa masuk imigran Cina dan India untuk dijadikan

    sebagai buruh. Kapal korek juga digunakan dalam melombong bijih timah untuk mendapatkan

    hasil yang lebih banyak.

    Selain itu, kesan penjajahan Inggeris terhadap ekonomi orang Melayu ialah pembentukan

    masyarakat berbilang kaum. Sebelum tahun 1848, Tanah Melayu hanya terdiri daripada

    penduduk dan masyarakat Melayu sahaja. Setelah British membawa masuk imigran Cina dan

    India ke Tanah Melayu sekitar abad ke 19 Masihi dan 20 Masihi telah memberi impak terhadap

    terbentuknya plurality masyarakat2. Terdapat pelbagai faktor berlakunya imigran Cina dan India

    ke Tanah Melayu. Antara faktor lain daripada dasar British yang menggalakkan penghijrahan

    demi keperluan buruh ialah Tanah Melayu merupakan tanah yang kaya dengan sumber alam,

    kemakmuran ekonomi dan juga kestabilan politik. British juga telah membentuk satu Dasar

    Pecah dan Perintah. Dasar ini telah menggariskan pengelasan kaum dari segi sektor aktiviti

    ekonomi bagi setiap kaum. Orang Melayu bekerja dalam sektor nelayan dan petani. Orang India

    pula dikelaskan dalam sektor buruh di kawasan ladang getah. Manakala orang Cina menguasai

    dalam sektor perniagaan dan perlombongan bijih timah. Kesan daripada dasar ini, berlakunya

    Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ngeri yang telah banyak mengorbankan nyawa penduduk di

    Tanah Melayu ini disebabkan ketidakpuasan hati penduduk setiap kaum terhadap pengelasan

    ekonomi yang memberi jurang perbezaan pendapatan yang tinggi setiap kaum. Wujudnya

    plurality masyarakat di Tanah Melayu juga memberi kesan negatif iaitu menyukarkan proses

    pembentukan masyarakat yang bersatu padu dan wujudnya pelbagai bahasa yang menyukarkan

    masyarakat untuk berinteraksi antara sama lain.

    Kesan lain ekoran daripada penjajahan British ke Tanah Melayu ialah terbinanya institusi

    kewangan dan perbankan. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Tanah Melayu menggunakan

    mata wang perak, timah dan juga emas. Mata wang ini digunakan kepada pedagang-pedagang

    yang datang berdagang ke Tanah Melayu terutamanya pedagang daripada Arab. Sebelum British

    2Azhar Abdul Aziz, Mohd Asmadi Yakob. 2014. Sejarah Malaysia Dalam Konteks Hubungan Etnik (hal. 20).

    Selangor. IMTIYAZ Multimedia and Publications.

  • 8/10/2019 Kesan Penjajahan Inggeris Terhadap Ekonomi Orang Melayu

    3/22

    datang menjajah Tanah Melayu, pedagang Eropah telah memperkenalkan mata wang perak

    Sepanyol yang digunakan oleh Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat selama 300

    tahun. Setelah British menjajah dan memerintah Tanah Melayu, mata wang kertas telah

    diperkenalkan3. Lembaga Pesuruhjaya Wang telah ditubuhkan pada tahun 1897 bagi

    mengeluarkan wang kertas. Pada tahun 1906, wang kertas telah sah digunakan untuk pedagang-

    pedagang di Negeri-Negeri Selat sahaja. Ekoran daripada kepesatan ekonomi di Tanah Melayu,

    British telah membina institusi kewangan dan perbankan. Pelabur dapat memajukan industri bijih

    timah dan getah dengan membuat pinjaman daripada bank. Bank juga telah memudahkan proses

    saluran dana daripada luar negara terus ke Tanah Melayu. Bank pertama yang ditubuhkan di

    Tanah Melayu ialah Mercantile Bank pada tahun 1859. Negara Eropah juga telah mewujudkan

    bank mereka di Tanah Melayu pada tahun 1874. Antara bank-bank Eropah ialah Chartered bank,

    Hong Kong and Shanghai dan Algemene Bank Naderland. Bank-bank ini hanya berkhidmat

    kepada pedagang-pedagang Eropah sahaja dan jika warga tempatan ingin mendapat khidmat

    daripada bank ini, mereka perlulah melalui orang tengah. Justeru itu, terbinanya bank tempatan

    pertama di Tanah Melayu pada tahun 1913 di Kuala Lumpur iaitu Kwong Yik Bank dan diikuti

    Bank of Malaya, Ban Hin Lee Bank di Pulau Pinang. Orang Melayu juga telah menubuhkan

    Malay National Banking Corporation Bhd di Kuala Lumpur pada tahun 1947. Tujuan terbinanya

    bank ini bagi memudahkan warga tempatan untuk mendapatkan khidmat bank.

    Insurans mula diperkenalkan sejak ekonomi Tanah Melayu mula berkembang pesat

    sehingga ke antarabangsa. British mula memperkenalkan sistem insurans ke Tanah Melayu

    kerana ianya sangat penting dalam melindungi ekonomi dan barang dagangan serta kapal

    dagangan. Jenis insurans yang terdapat dalam perkhidmatan insurans yang diperkenalkan ialah

    insurans maritim atau dikenali sebagai insurans lautan, insurans nyawa, insurans kemalangan,

    insurans harta dan juga insurans perniagaan. Pengangkutan utama perdagangan di Tanah Melayu

    ialah pengangkutan lautan. Justeru itu, insurans maritim atau lautan amat penting kerana ia

    melindungi barang dagangan serta kapal sepanjang perjalanan barang dagangan tersebut. Pada

    mulanya di Tanah Melayu, semua cawangan dan syarikat insurans adalah dari negara-negara

    luar. Syarikat Royal Insurance Company dari England meletakkan cawangannya di Tanah

    3Nik Hassan Shuhaimi Bin Nik Abdul Rahman, Muhd. Yusof Bin Ibrahim, Muhammad Bukhari Bin Ahmad,

    Rosnanaini Binti Sulaiman. 2010. Buku Teks Sejarah Tingkatan 4. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka,Kementerian Pelajaran Malaysia.

  • 8/10/2019 Kesan Penjajahan Inggeris Terhadap Ekonomi Orang Melayu

    4/22

    Melayu iaitu syarikat Boustead and Company di Pulau Pinang. Syarikat insurans tempatan mula

    ditubuhkan dan berpusat di Singapura dan Pulau Pinang. Antara syarikatnya ialah Straits

    Insurance Limited dan Khean Guan Insurance Limited. Pada peringkat awal, insurans nyawa

    adalah di bawah insurans kebakaran. Ini kerana, kebakaran kerap berlaku di Kuala Lumpur dan

    Ipoh. Justeru itu, insurans nyawa disatukan dengan insurans kebakaran. Undang-undang syarikat

    insurans mula dikemas kini pada tahun 1917 dengan mengasingkan insurans nyawa daripada

    insurans kebakaran. Enakmen-enakmen ini digantikan dengan Ordinan Syarikat Insurans

    Kebakaran dan Ordinan Syarikat Insurans Nyawa pada tahun 1948. Insurans nyawa amat

    penting bagi setiap individu. Kebakaran bukanlah hanya satu faktor yang membahayakan

    keselamatan individu. Justeru itu, insurans nyawa dan kebakaran diasingkan agar penduduk di

    Tanah Melayu dapat membeli insurans secara berasingan.

    Kesan-kesan yang ditinggalkan oleh British atas penjajahan terhadap Tanah Melayu

    dapat meningkatkan ekonomi Tanah Melayu. Akan tetapi, ianya tidak membantu dalam

    meningkatkan kesepaduan rakyat di Tanah Melayu. Antara kesan-kesannya ialah mengubah

    ekonomi ke arah perdagangan, melahirkan masyarakat berbilang kaum, mewujudkan institusi

    kewangan dan perbankan dan juga memperkenalkan sistem perkhidmatan insurans. Kesan

    daripada wujudnya masyarakat berbilang kaum ini lagi menyulitkan proses untuk mewujudkan

    masyarakat yang bersatu padu dan harmoni. Malahan terjadinya tragedi hitam iaitu Peristiwa 16

    Mei 1969. Justeru itu, Tanah Melayu dan sekarang dikenali sebagai negara Malaysia telah

    merancang dan menjalankan pelbagai program atau perancang ke arah Malaysia yang

    mempunyai ekonomi yang mantap serta mempunyai rakyat yang bersatu padu dan hidup dalam

    keadaan yang harmoni.

  • 8/10/2019 Kesan Penjajahan Inggeris Terhadap Ekonomi Orang Melayu

    5/22

    USAHA KERAJAAN DALAM MENINGKATKAN EKONOMI

  • 8/10/2019 Kesan Penjajahan Inggeris Terhadap Ekonomi Orang Melayu

    6/22

    Menurut Kamus Dewan edisi keempat, perkembangan adalah perihal membangun, proses

    membangun4 manakala ekonomi adalah ilmu berkaitan pengeluaran, pengagihan, peggunaan

    barang-barang dan perkhidmatan5. Dasar ekonomi dan politik yang diamalkan oleh pihak British

    menyebabkan pembangunan yang tidak seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar ,dan

    selanjutnya terdapat jurang perbezaan ekonomi kelompok etnik. Perkara ini telah membawa

    kepada ketidakpuasan hati di kalangan kelompok etnik pelbagai kaum yang seterusnya menjurus

    kepada peristiwa berdarah 13 Mei 19696. Banci penduduk 1970 menunjukkan bahawa 49.3 %

    daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis

    kemiskinan .Daripada jumlah semua keluarga miskin, sebanyak 86% berada di kawasan luar

    bandar dan 14% di kawasan bandar.

    Berikutan daripada permasalahan ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan Rancangan

    Pembangunan Lima Tahun dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam usaha meningkatkan

    ekonomi kaum khususnya kaum melayu pada waktu itu. Rancangan pembangunan lima ini pada

    dasarnya telah dilaksanakan oleh pihak British sejak 1950 bagi memperbaiki kedudukan

    ekonomi yang terjejas akibat perang dunia kedua manakala Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah

    dasar yang telah diperkenalkan oleh kerajaan sendiri setelah menyedari kedudukan

    ketidakseimbangan sosial ekonomi berikutan peristiwa 13 Mei 1969.

    Pembangunan ekonomi di Malaysia yang pada mulanya dikawal dan ditadbir oleh kerajaan

    British telah diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia selepas Malaysia mencapai

    kemerdekaan pada tahun 1957. Pada ketika inilah kerajaan dengan secara rasminya telah

    merangka dan melakukan pelbagai rancangan dalam membangunkan ekonomi Malaysia.

    Selepas mencapai kemerdekaan, rancangan pembangunan pertama negara adalah Rancangan

    Lima Tahun Malaya yang Pertama (1956-1960). Rancangan ini memberi tumpuan pada

    pembangunan luar bandar terutama untuk memulihkan perusahaan getah supaya dapat bersaing

    dengan getah tiruan. Dua matlamat utama rancangan ini adalah membangunkan sektor ekonomi

    4Dewan Bahasa dan Pustaka. 2013. Kamus Dewan Edisi Keempat (hal. 1254). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan

    Pustaka.5Dewan Bahasa dan Pustaka. 2013. Kamus Dewan Edisi Keempat (hal 547). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan

    Pustaka.6Syed Mahadzir Syed Ibrahim. 2006. 365 Hari Dalam Sejarah Malaysia Jilid 1 ( Jan-Jun ) (hal. 697). Ampang. Pekan

    Ilmu Publications Sdn Bhd.

  • 8/10/2019 Kesan Penjajahan Inggeris Terhadap Ekonomi Orang Melayu

    7/22

    di luar bandar bagi merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dan

    bandar serta mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar.

    Seterusnya adalah Rancangan Lima Tahun Malaya yang Kedua (1961-1965). Rancangan

    Malaya kedua memberi tumpuan untuk menyediakan lebih banyak kemudahan asas dan

    mempelbagaikan ekonomi di kawasan luar bandar. Rancangan ini bermatlamat untuk

    mengurangkan jurang perbezaan taraf hidup antara kawasan, mewujudkan peluang pekerjaan

    untuk penduduk di luar bandar , menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti kemudahan

    kesihatan pelajaran dan perumahan untuk penduduk di luar bandar serta mempelbagaikan

    kegiatan pertanian dengan menekankan pengeluaran pertanian yang lain sebagai tambahan

    kepada tanaman getah. Rancangan ini pula diganti dengan Rancangan Malaysia (RMk) bermula

    tahun 1966 dan diperbaiki setiap lima tahun.

    Rancangan Malaysia Pertama ( 1966-1970 ) memberi tumpuan pada pembangunan negara

    secara menyeluruh yang meliputi semua bidang ekonomi. Program pembangunan negara melalui

    Rancangan ini berasaskan satu rancangan bersepadu berikutan kemasukan Sabah dan Sarawak ke

    dalam persekutuan Malaysia. Matlamat utama Rancangan Malaysia Pertama adalah untuk

    mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam sektor perindustriaan untuk mengurangkan

    kebergantungan kepada getah dan bijih timah, mengadakan peluang pekerjaan sebagai usaha

    untuk mengurangkan penggangguran, meningkatkan pendapatan dan penggunaan sumber dalam

    rakyat berpendapatan rendah serta mempercepat integrasi dalam kalangan penduduk dan negeri

    di Malaysia7.

    Rancangan Malaysia Kedua ( 1971-1975 ) dilaksanakan untuk memperbaiki kedudukan

    ekonomi yang tidak seimbang antara kawasan dan kaum yang dianggap sebagai punca pencetus

    Peristiwa 13 Mei 1969. Rancangan Malaysia Kedua merupakan siri pertama dalam rancangan

    pembangunan DEB. Matlamat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara yang dilaksanakan

    melalui serampang dua mata antaranya ialah mengurangkan dan seterusnya membasmikemiskinan serta mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia.

    Rancangan Malaysia Ketiga ( 1976-1980 ) merupakan peringkat kedua Dasar Ekonomi Baru

    (DEB). Buat pertama kali rancangan pembangunan wilayah diperkenalkan dalam rancangan

    7Badriyah Haji Salleh. 2007. Jejak-jejak Pembangunan 1957-2007. Kuala Lumpur. Arkib Negara Malaysia.

  • 8/10/2019 Kesan Penjajahan Inggeris Terhadap Ekonomi Orang Melayu

    8/22

    pembangunan negara. Tujuan utama diberikan kepada penanaman getah dan kelapa sawit untuk

    tujuan eksport. Isu perpaduan masih menjadi perhatian utama dalam pembangunan ekonomi.

    Rancangan Malaysia Keempat ( 1981-1985 ) adalah rancangan untuk memperkemas langkah

    dan program yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kedua dan Rancangan Malaysia

    Ketiga untuk mencapai sosioekonomi DEB. Program pembangunan masih diteruskan dengan

    memberi keutamaan kepada sektor perusahaan dan pertanian. Penekanan diberikan kepada

    perusahaan berat berasaskan pelaburan modal dan penggunaan teknologi tinggi serta keperluan

    tenaga pekerja yang mahir.

    Rancangan Malaysia Kelima ( 1986-1990 ) masih meneruskan pembangunan sektor

    pertanian dan dilaksanakan melalui penggunaan tanah dengan lebih cekap, memaksimunkan

    sumber tenaga manusia dan menambahkan peluang latihan kemahiran dalam sektor awam dan

    swasta. Usaha mempercepatkan perkembangan sektor perusahaan diperkenalkan dengan

    meningkatkan peranan sektor swasta dan kecekapan pengurusan dalam kalangan agensi kerajaan

    dan mempergiat perusahaan pembuatan dengan menubuhkan Perusahaan Otomobil Nasional

    Berhad iaitu perusahaan membuat kereta nasional negara.

    Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) digubal untuk mengekalkan pembangunan dan

    menguruskan kejayaan ekonomi negara supaya pembangunan seimbang dapat dicapai selaras

    dengan objektif yang ditetapkan oleh Dasar Pembangunan Nasional.

    Rancangan Malaysia Ketujuh ( 1996-2000 ) digubal seiring dengan hasrat negara menyokong

    dan mengekalkan proses pembangunan. Teras RMK 7 adalah untuk meningkatkan pertumbuhan

    potensi keluaran, memesatkan peralihan struktur dan pembangunan seimbang. Tumpuan

    Rancangan adalah untuk meningkatkan produk dan kecekapan, terutama melalui pemberian

    insentif kepada sektor swasta.

    Rancangan Malaysia Kelapan ( 2001-2005 ) merupakan rancangan pembangunan pertamadalam Rangka Rancangan Jangka Panjang. Dasar Wawasan Negara yang terkandung dalam

    RRJP3 berperanan menentukan arah pembangunan negara dalam dekad pertama abad ke 21.

    Rancangan ini menekankan unsur kaum, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang

    seimbang masih menjadi strategi utama Dasar Wawasan Negara. Rancangan Malaysia Kelapan

    menggabungkan strategi, program dan projek yang dirangka bagi mencapai objektif Dasar

  • 8/10/2019 Kesan Penjajahan Inggeris Terhadap Ekonomi Orang Melayu

    9/22

    Wawasan Negara, iaitu menjamin pertumbuhan mapan dan pengukuhkan daya tahan ekonomi

    negara serta mewujudkan masyarakat yang bersatu dan saksama. Dasar Wawasan Negara

    menggabungkan teras dan dua dasar pembangunan terdahulu, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan

    Dasar Pembangunan Nasional dengan objektif utamanya untuk mencapai perpaduan nasional.

    Rancangan Malaysia Kesembilan merupakan fasa kedua pelaksanaan Wawasan 2020.

    Penekanan diberikan kepada pembangunan insaniah yang melibatkan penggunaan secara

    optimum pembangunan fizikal yang telah disediakan. Rancangan ini menggariskan enam

    cabaran iaitu meningkatkan prestasi dan kemampuan Malaysia, mengukuhkan daya saing dan

    daya tahan ekonomi negara dan meningkatkan kegiatan inovasi, meningkatkan daya pengeluaran

    dan tahap pengetahuan dalam ekonomi, membangunkan sumber manusia, memperhebat langkah

    pembasmian kemiskinan serta menyediakan kemudahan dan perkhidmatan berkualiti tinggi

    melalui sistem yang cekap dan berkesan.

  • 8/10/2019 Kesan Penjajahan Inggeris Terhadap Ekonomi Orang Melayu

    10/22

    KESAN RANCANGAN LIMA TAHUN TERHADAP SOSIOEKONOMI

    Usaha kerajaan dalam meningkatkan ekonomi serta keluar daripada belenggu dasar

    ekonomi yang telah dipraktikkan oleh pihak British yang telah menyebabkan jurang ekonomi

    yang besar di antara kaum di Tanah Melayu sedikit sebanyak membuahkan hasil. Antara kesan

    daripada rancangan yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan adalah ekonomi di antara kaum

    yang sedikit sebanyak telah berubah dah menjadi semakin seimbang, kadar kemiskinan yang

    menurun, dasar pecah dan perintah yang menjadi tunggak kepimpinan ekonomi pihak British

    telah dapat dilupuskan, tiada lagi had pekerjaan terhadap kaum, kemajuan ekonomi yang

    bertambah, banyaknya prasana dan kemudahan disediakan kepada rakyat, penubuhan pertubuhan

    serta peningkatan taraf hidup rakyat berbilang kaum.

    Ekonomi di antara kaum telah sedikit sebanyak menjadi seimbang lantaran daripada

    rancangan-rancangan pembangunan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan berteraskan dua

    objektif utama iaitu merapatkan jurang ekonomi antara kaum serta mengurangkan kadar

    kemiskinan terutama dikawasan luar bandar. Oleh itu, secara tidak lansung ekonomi semua kaum

    telah meningkat. Kadar kemiskinan yang membelenggu rakyat terutama kaum melayu yang

    tinggal di luar bandar telah berjaya dikurangkan. Walaupun kadar kemiskinan ini tidaklah seratus

    peratus berjaya dikurangkan, namun ia tetap membuahkan hasil berikutan pembangunan yang

    banyak menekankan pembangunan luar bandar.

    Dasar pecah dan perintah yang diamalkan pihak British juga telah berjaya dilenyapkan.

    Mengikut dasar pecah dan perintah, kaum melayu hanya menjalankan ekonomi di kampung,

    kaum india di ladang-ladang getah manakala kaum cina di bandar dan lombong. Hal ini bukan

    sahaja menyebabkan perpaduan yang tersekat malah jurang ekonomi yang jauh berbeza di antara

    kaum kerana kegiatan ekonomi lebih diutamakan di lombong dan bandar. Dengan pemerintahan

    ekonomi oleh pihak kerajaan, rakyat pelbagai kaum tidak lagi terikat untuk menjalankan

    ekonomi di tempat yang telah ditetapkan sahaja. Tiada lagi had pekerjaan terhadap kaumdilakukan. Mereka diberi peluang sama rata untuk mengembangkan ekonomi mereka di sektor

    lain juga. Sebagai contoh, kaum melayu dan india diberi kebebasan untuk melibatkan diri dalam

    perniagaan yang dahulunya hanya dihadkan kepada kaum cina dan sebaliknya.

  • 8/10/2019 Kesan Penjajahan Inggeris Terhadap Ekonomi Orang Melayu

    11/22

    Dari segi ekonomi pula, kita dapat lihat bahawa kemajuaan ekonomi itu sendiri semakin

    bertambah dengan adanya rancangan-rancangan ini. Sebagai bukti, sector pertanian negara tidak

    lagi hanya menjalankan pertanian tradisional tetapi sector pertanian negara telah menjalankan

    perdagangan yang lebih terbuka dan mengguna pakai kemajuan bioteknologi yang

    mempengaruhi kemajuan pertanian. Kerajaan juga telah menyediakan banyak kemudahan dan

    prasarana kepada rakyat. Perkembangan ekonomi telah membolehkan kerajaan menyediakan

    kemudahan serta prasarana yang lengkap sama ada di bandar mahupun luar bandar seperti

    sekolah dan dewan serbaguna untuk penduduknya berkumpul dan melakukan aktiviti bersama-

    sama dalam usaha merapatkan silaturrahim dan mengeratkan perpaduan antara kaum.

    Selain daripada itu, pertubuhan-pertubuhan lain yang berfungsi untuk turut meningkatkat

    kemajuan dan ekonomi rakyat telah berjaya ditubuhkan. Antara pertubuhan-pertubuhan tersebut

    adalah RIDA yang berperanan untuk membangunkan bidang ekonomi luar bandar serta FELDA

    yang berperanan untuk membangunkan tanah dan penempatan luar bandar. Akhirnya, rancangan-

    rancangan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan ini telah berjaya taraf hidup rakyat berbilang

    kaum walaupun bukan secara keseluhurannya. Seperti yang diketahui, taraf hidup kaum

    sangatlah tidak seimbang berikutan dasar pecah dan perintah terutamanya taraf hidup kaum

    melayu yang jauh terkebelakang kerana hanya menjalankan kegiatan pertanian tradisional dan

    tinggal di luar bandar. Namun dengan adanya rancangan-rancangan kerajaan yang menekan

    pembangunan luar bandar, taraf hidup kaum melayu secara khusunya telah dapat ditingkatkan.

  • 8/10/2019 Kesan Penjajahan Inggeris Terhadap Ekonomi Orang Melayu

    12/22

    Dasar ekonomi baru dalam mencapai matlamat mewujudkan perpaduan di Malaysia.

    3.1. Pendahuluan

    Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak

    iaitu Perdana Menteri Malaysia Kedua pada tahun 1970 selepas negara dikejutkan dengan

    peristiwa 13 Mei 19698. Dasar ekonomi baru telah dilancarkan sejajar dengan rancangan

    Malaysia kedua (RMK-2) yang dilaksanakan pada tahun 1971. Berdasarkan sejarah ekonomi

    Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan masyarakat secara plural melalui

    amalan pecah dan perintah. Pihak British menggalakkan kemasukan buruh dari negara China

    dan India sebagai sumber tenaga untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor

    perlombongan, perdagangan dan perladangan.

    Peristiwa rusuhan pada tahun 1969 merupakan kesan daripada kejutan sosiopolitik terhadap

    kehidupan masyarakat majmuk di negara yang dipisahkan oleh jurang sosioekonomi yang

    sangat ketara oleh penjajah tanpa diatasi sepenuhnya pemimpin terdahulu. Jurang ekonomi ini

    merupakan jurang ekonomi antara kaum Melayu, Cina dan India. Atas dasar demi kemakmuran

    dan keamanan yang perlu dikekalkan, maka kerajaan telah mengambil langkah bijak dengan

    usaha mengagihkan kekayaan negara kepada semua kaum terutama kaum bumiputera yang jauh

    ketinggalan dalam menikmati kemakmuran dalam negara sendiri menerusi DEB.

    Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan banyak

    kecelaruan dan pembahagian kelompok kaum mengikut ekonomi. Hal ini juga telah

    menyebabkan peningkatan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar.

    Selepas kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah diperkenalkan. Rancangan Malaya

    Pertama, Kedua dan Rancangan Malaysia Pertama dirancang untuk menitikberatkan kepada segi

    8Mohd. Shahari Ahmad Jabar et.al, 1983, Negara Kita : Sejarah, Pentadbiran dan Dasar Pembangunan (hal 172) ,

    Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara.

  • 8/10/2019 Kesan Penjajahan Inggeris Terhadap Ekonomi Orang Melayu

    13/22

  • 8/10/2019 Kesan Penjajahan Inggeris Terhadap Ekonomi Orang Melayu

    14/22

    masyarakat di negara kita. Kedua-dua matlamat ini mempunyai arah tuju yang sama iaitu

    mengintegrasikan masyarakat majmuk Malaysia.

    Untuk membasmi kemiskinan yang sangat ketara di antara kaum Melayu, Cina dan India

    maka kerajaan telah menyusun semula pemilikan harta dengan meningkatkan pemilikan saham

    bumiputera 30% menjelang tahun 1990. Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari

    semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin. Dari

    jumlah semua keluarga miskin 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar

    a) Membasmi kemiskinan

    Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan

    rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh

    menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar

    kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian

    tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek

    pembangunan telah dirangka supaya:

    Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.

    Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.

    Memodenkan kehidupan di luar bandar.

    Pembangunan seimbang untuk mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum

    kawasan bandar dan luar bandar serta antara wilayah.

    Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.

    Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia.

    Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan,

    kemudahan infra-struktur dan lain-lain.

  • 8/10/2019 Kesan Penjajahan Inggeris Terhadap Ekonomi Orang Melayu

    15/22

    Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya

    pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.

    b) Penyusunan semula masyarakat

    Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham / ekonomi

    Malaysiaakan melambangkan komposisi kepentingan kaum di Negara ini , di mana penyertaan

    Bumiputera sebanyak 30% , 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri dari pelabur-pelabur luar

    negeri. Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut

    telah disusun :

    Meningkatkan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses

    memodenkan kawasan luar bandar.

    Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya pada

    tahun 1990-an guna tenaga buruh mencerminkan bilangan kelompok etnik.

    Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal

    dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.

    Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang

    Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi

    dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi seperti MARA, Bank Pembangunan,

    Bank Bumiputera, dan Amanah Saham Nasional.

    Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah

    baru seperti DARA,KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.

    3.4. Pencapaian DEB

  • 8/10/2019 Kesan Penjajahan Inggeris Terhadap Ekonomi Orang Melayu

    16/22

    Dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru beberapa perkara telah tercapai antaranya:

    Keseluruhan kadar kemiskinan mutlak di Malaysia telah menurun daripada kadar 42.4%

    pada tahun 1976 kepada 17.1% pada tahun 1990.

    Bilangan isi rumah miskin di Malaysia telah berkurangan dengan banyak daripada kira-

    kira 1,100,000 isi rumah pada tahun 1970 kepada kira-kira 619,400 isi rumah pada tahun

    1990.

    Pemilikan modal saham Bumiputera dalam syarikat-syarikat turut bertambah daripada

    2.4% pada tahun 1970 kepada 19.4% pada tahun 1988 dan seterusnya meningkat kepada

    20.3% pada tahun 1990. Namun, angka ini masih rendah berbanding dengan sasaran 30%

    yang ingin dicapai.

    Peratusan penyertaan Bumiputera dalam lapangan profesional seperti akauntan, doktor,

    peguam dan arkitek dan sebagainya masih rendah iaitu 29% dan didapati kebanyakan

    daripada mereka bergantung pada pekerjaan dalam sektor kerajaan dan menguasai sektor

    berkenaan iaitu sebanyak 68.2%.

    Pendaftaran perniagaan baru milik tunggal kaum Bumiputera telah meningkat daripada

    889 buah pada tahun pada 1990 kepada 1119 buah pada tahun 1993. Dalam tempoh yang

    sama, perniagaan milikan tunggal kaum Cina meningkat daripada 2661 buah kepada

    3264 buah.

  • 8/10/2019 Kesan Penjajahan Inggeris Terhadap Ekonomi Orang Melayu

    17/22

  • 8/10/2019 Kesan Penjajahan Inggeris Terhadap Ekonomi Orang Melayu

    18/22

    1. KONSEP PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM ISLAM

    1.1DEFINISI DAN KONSEP PEMBANGUNAN EKONOMI

    Menurut AbulHasan Muhammad Sadeq, pembangunan ekonomi dalam perspektif Islam

    adalah satu usaha yang konsisten sama ada bersifat material ataupun tidak yang

    mendatangkan faedah kepada manusia.

    Pada pandangan Muhammad Abdul Manan pula, pembangunan ekonomi dalam

    perspektif Islam lebih luas berbanding dari perspektif moden yang mana hanya sekadar

    proses yang merujuk kepada penggunaan sumber sumber yang ada yang boleh meningkatkan

    perkhidmatan dan pengeluaran barangan disuatu tempat10

    . Manakala, Islam mementingkan

    pembangunan material dan pembangunan yang melibatkan moral, ekonomi, politik dan

    sosial11

    .

    Menurut pandangan Abdul Aziz bin Muhammad, pembangunan ekonomi dalam konsep

    tidak hanya mementingkan hubungan manusia dengan Tuhan dan hubungan manusia dengan

    manusia12

    tetapi juga konsep pembangunan mestilah berlandaskan kepada tauhid, al-adl,

    rububiyah, tazkiyah dan khilafah.

    10Muhammad Abdul Manan (1986) , Islamic Economics : Theory and Practice, c. 2. Cambridge : Islamic Academy,

    h. 373.11

    Ibid, h. 37412

    Abdul Aziz bin Muhammad (1993), Zakat and Rural Development in Malaysia. Kuala Lumpur : Berita Publishing,

    h. 17.

  • 8/10/2019 Kesan Penjajahan Inggeris Terhadap Ekonomi Orang Melayu

    19/22

    Oleh itu, asas falsafah konsep pembangunan ekonomi dalam Islam ialah Tazkiyah, Al-

    Falah, Tauhid, Rububiyah dan Khilafah13

    .

    13Ibid, h. 178-179.

  • 8/10/2019 Kesan Penjajahan Inggeris Terhadap Ekonomi Orang Melayu

    20/22

    1.2KONSEP PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM ISLAM

    Konsep pembangunan ekonomi dalam Islam yang pertama ialah Tauhid yang

    bermaksud Tuhan hanyalah Satu dan Maha Agung. Tauhid menetapkan hukum hubungan

    manusia dengan Tuhan dan hubungan manusia sesama manusia.

    Yang kedua ialah Rububiyah yang bermaksud susunan yang suci bagi

    pemakanan, kehidupan dan mengarahkan benda kea rah kesempurnaan mereka. Ia

    merupakan undang undang asas alam sejagat yang memberi pedoman tentang model

    yang suci bagi pembangunan sumber supaya menjadi berguna, saling menyokong dan

    saling berkongsi antara mereka dalam konteks susunan yang suci.

    Yang ketiga ialah Khilafah iaitu peranan manusia sebagai khalifah Allah didunia.

    Khilafah ini menetapkan status dan peranan manusia, yang mempunyai tanggungjawab

    sebagai seorang Islam dan sebagai umat Islam.

    Yang keempat ialah Tazkiyah yang bererti penyucian serta pertumbuhan. Urusan

    semua nabi yang diutuskan Allah adalah untuk menyempurnakan tazkiyah manusia

    dalam semua hubungannya dengan Allah, manusia, alam sekeliling, masyarakat dan

    Negara.

    Yang terakhir ialah Al-Falah iaitu kejayaan. Konsep kejayaan dalam Islam ialah

    kejayaan didunia dan diakhirat. Semua yang dilakukan didunia hendaklah selaras dengan

    kepentingan akhirat.

  • 8/10/2019 Kesan Penjajahan Inggeris Terhadap Ekonomi Orang Melayu

    21/22

    1.3KONSEP EKONOMI ISLAM

    Islam menekankan 3 konsep ekonomi yang dapat menjaga kepentingan individu

    dan masyarakat secara serentak iaitu merangkumi cara dan pendekatan aktiviti ekonomi.

    Yang pertama ialah cara pendekatan ekonomi itu dijalankan dimana Islam

    menghalalkan aktiviti ekonomi yang jujur, adil dan bertanggungjawab serta Islam

    meghalang aktiviti ekonomi seperti rasuah, menipu, sorok barang dan sebagainya.

    Yang kedua ialah cara perbelanjaan dan pengurusan. Islam menghalalkan segala

    perbelanjaan yang boleh mendatangkan kebaikan kepada manusia dan mewajibkan

    bayaran zakat untuk harta kekayaan yang telah cukup setahun. Islam juga menuntut

    supaya manusia membelanjakan harta ke jslan Allah seperti bersedekah.

    Yang terakhir ialah barangan yang terlibat dalam ekonomi. Islam menghalalkan

    barangan yang suci dan halal serta mengharamkan aktiviti ekonomi yang melibatkan

    barang yang boleh merosakkan akal fikiran manusia, mabahayakan nyawa seperti dadah.

  • 8/10/2019 Kesan Penjajahan Inggeris Terhadap Ekonomi Orang Melayu

    22/22

    Kesimpulan

    Daripada apa yang telah dikaji dan dicoretkan di atas, dapat kita simpulkan bahawa sebab

    utama ketidakseimbangan ekonomi serta kekurangan perpaduan di antara kaum yang pelbagai di

    Tanah Melayu adalah disebabkan oleh dasar pemerintahan yang dilakukan oleh pihak British

    iaitu dasar pecah dan perintah