kertas konsep kastek 2015.docx

23
KERTAS KONSEP KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI (KASTEK) PERINGKAT DAERAH SEMPORNA TAHUN 2015 TARIKH PELAKSANAAN: PENGELOLA : ANJURAN : PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEMPORNA DISEDIAKAN OLEH : BAHAGIAN KOKURIKULUM DAN KESENIAN UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEMPORNA

Upload: azzmanzz

Post on 11-Jan-2016

110 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KONSEP KASTEK  2015.docx

KERTAS KONSEPKARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI (KASTEK)

PERINGKAT DAERAH SEMPORNA TAHUN 2015

TARIKH PELAKSANAAN:

PENGELOLA :

ANJURAN :PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEMPORNA

DISEDIAKAN OLEH :BAHAGIAN KOKURIKULUM DAN KESENIAN

UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAANPEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEMPORNA

PENGENALAN

Page 2: KERTAS KONSEP KASTEK  2015.docx

Karnival Sains & Teknologi (KASTEK) merupakan satu program tahunan yang dianjurkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Semporna akan mengelolakan

pelbagai aktiviti/program yang dipertandingkan dalam karnival tersebut di peringkat daerah Semporna

yang melibatkan pertandingan-pertandingan seperti berikut:

1. Solar Car

2. Pelancaran Roket Air

3. Efficient Energy Cooking

4. Renewable Energy (RE) and Efficient Energy (EE) Beach House

5. Bercerita Sains Tahap 1 (Bahasa Inggeris)

OBJEKTIF

1. Meningkatkan kefahaman terhadap kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan konsep sains dan teknologi di kalangan pelajar.

2. Membimbing murid kepada kaedah penyelesaian masalah dan membina keyakinan diri.

3. Mencetus budaya rekacipta dan inovasi berunsurkan terma suria di peringkat sekolah lagi.

4. Meningkatkan daya kreativiti, sikap berdaya saing dan cuba jaya di kalangan murid.

5. Mengembangkan bakat dan potensi murid selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan PPPM.

6. Menggilap minat murid ke arah bidang kejuruteraan, arkitek dan seni bina.

7. Memupuk kejelikitan, semangat kerjasama dan berpasukan di kalangan pelajar.

8. Menyediakan aktiviti atau program merentas kurikulum dengan penggabungjalinan di bidang Sains, Matematik, Kemahiran Hidup, Pendidikan Seni Visual dan ICT.

TARIKH PELAKSANAAN :

PENGELOLA :

ANJURAN :

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEMPORNA

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI 2015SYARAT PERTANDINGAN SOLAR CAR COMPETITION

Page 3: KERTAS KONSEP KASTEK  2015.docx

1.0 TAJUK:PERTANDINGAN SOLAR CAR COMPETITION

2.0 TEMA:PENGGUNAAN TENAGA SOLAR SEBAGAI SUMBER ALTERNATIF BARU TENAGA

3.0 AKTIVITI:Pertandingan rekacipta model kereta yang dilengkapi dengan ciri-ciri kecekapan tenaga dengan menggunakan sumber tenaga solar secara optimum.

4.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:4.1 Terbuka kepada semua murid sekolah menengah Tingkatan 1 dan 5 .4.2 Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang peserta dengan

seorang guru pembimbing. 4.3 Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera kecuali pasukan

dari sekolah menengah jenis kebangsaan.4.4 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja. Peserta pasukan hendaklah terdiri

daripada pelajar dari sekolah yang sama.4.5 Semua penyertaan hendaklah mendapat kebenaran dan pengesahan Pengetua sekolah masing-

masing.4.6 Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan borang pendaftaran . Borang penyertaan yang

lengkap hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada tarikh yang telah ditetapkan. 4.7 Rekabentuk hendaklah berasaskan konsep sains dan mempunyai ciri-ciri aerodinamik. Saiz dan

berat model Solar Car Competition adalah bebas.4.8 Konsep kelajuan dan kedudukan sel solar akan diambil kira semasa penghakiman. Sebarang

penambahan dan penggunaan tenaga selain daripada cahaya matahari bagi menggerakkan model Solar Car Competition, adalah tidak dibenarkan.

4.9 Kuasa maksima setiap rekabentuk model Solar Car Competition tidak boleh melebihi 1 watt.4.10 Sel solar bagi penggunaan di peringkat daerah akan disediakan oleh pihak penganjur.4.11 Peralatan lain seperti alat gantian dan aksesori kereta seperti soldering iron, screw driver, motor,

tayar untuk kegunaan peringkat daerah juga akan disediakan oleh pihak penganjur.4.12 Hanya 1 sahaja alat tambahan elektronik dibenarkan dipasang pada model Solar Car Competition.

Jenis alat adalah bebas. Kit tambahan juga akan disediakan oleh pihak penganjur.4.13 Rekabentuk asas kereta terbahagi kepada 3 komponen iaitu: a) binaan badan b) chasis c) tayar (mengandungi sekurang-kurangnya 4 unit) 4.14 Pertukaran hanya dibenarkan untuk komponen tayar dan motor sahaja.4.15 Hiasan bagi tujuan menambah kecantikan model Solar Car Competition turut diambil kira. 4.16 Pertandingan ini terbahagi kepada 4 peringkat iaitu:a) Pembinaan dan pembangunan model kereta – 4 jamb) Persediaan persembahan Multimedia Power Point – 2 jamc) Persembahan multimedia – 10 minit

Page 4: KERTAS KONSEP KASTEK  2015.docx

d) Pertandingan Kelajuan

5.0 KAEDAH PENGHAKIMAN5.1 Pembinaan dan pembangunan kereta haruslah memenuhi kriteria berikut:5.1.1 Kemahiran Manipulatif5.1.2 Kemahiran Proses Sains

5.2 Persembahan dan Pembentangan:

Setiap pembentangan persembahan multimedia mestilah menggunakan format Power Point 2007 dan disediakan dalam Bahasa Inggeris. Format Kriteria pemarkahan adalah meliputi aspek-aspek berikut:5.2.1 Abstrak5.2.2 Objektif5.2.3 Inovasi5.2.4 Teori Saintifik5.2.5 Rekabentuk5.2.6 Trial Result5.2.7 Setiap pasukan dihadkan masa selama 10 minit sahaja

(termasuk 3 minit sesi soal jawab)

5.3 Bahagian 2 – Pertandingan Kelajuan

5.3.1 Trek bagi tujuan pertandingan kelajuan akan disediakan oleh pihak penganjur.5.3.2 Semua model Solar Car Competition akan disusun mengikut trek masing-masing sebelum

memulakan perlumbaan.5.3.3 Trek perlumbaan adalah berukuran 5m panjang X 45cm lebar.5.3.4 Pertandingan kelajuan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:a) saringan b) separuh akhir c) akhir5.3.5 Sebanyak 4 model Solar Car Competition akan diundi dan dikelompokkan dalam satu kumpulan.5.3.6 Setiap kumpulan akan berpeluang berlumba sebanyak 3 pusingan. 5.3.7 Masa akan dicatatkan bagi setiap perlumbaan.5.3.8 Jika terdapat model Solar Car Competition yang tidak mengikut trek yang telah ditetapkan semasa

perlumbaan, kereta berkenaan akan mengulangi semula perlumbaan dengan mengecualikan kereta yang telah mengalami pelanggaran.

5.3.9 Jika terdapat mana-mana model Solar Car Competition yang berlanggaran, catatan masa model berkenaan akan dibatalkan dan perlumbaan bagi pusingan berkenaan akan diulang semula tanpa melibatkan kereta yang telah berlanggaran itu.

5.3.10 Perlumbaan akan dijalankan hanya setelah light intensity mencapai tahap 600-700 Lux.

6.0 KAEDAH PERTANDINGAN6.1 Semua peserta yang berdaftar akan diberikan kod kereta K1, K2,...K16.

Page 5: KERTAS KONSEP KASTEK  2015.docx

6.2 Pertandingan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:

6.2.1 Saringan:a) Semua model Solar Car Competition akan dihakimi berdasarkan 2 justifikasi iaitu rekabentuk dan

kelajuan.b) Penghakiman rekabentuk akan dijalankan terlebih dahulu diikuti dengan penghakiman kelajuan.c) Markah rekabentuk dan kelajuan akan dijumlahkan bagi memilih model Solar Car Competition

yang terbaik untuk ke pusingan separuh akhir.

6.2.2 Separuh Akhir:a) Hanya pertandingan kelajuan sahaja yang akan dihakimi.b) 4 model Solar Car Competition paling laju akan terpilih ke pusingan akhir.

6.2.3 Akhir:a) Hanya pertandingan kelajuan sahaja yang akan dihakimi.b) Masa yang paling laju akan dicatat dan disusun semula bagi menentukan pemenang iaitu johan,

naib johan dan tempat ketiga.6.3 Kuasa semua model Solar Car Competition yang berjaya akan diuji semula sebelum ke peringkat

seterusnya bagi mengelakkan peserta membuat sebarang pengubahsuaian.

7.0 BANTAHAN 7.1 Keputusan hakim adalah muktamad.7.2 Bantahan hanya boleh dibuat kepada pihak urus setia Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi

Peringkat Daerah dalam tempoh 1 jam selepas pertandingan dengan melengkapkan yang telah disediakan oleh pihak penganjur

7.3 Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan wang cagaran berjumlah RM50.7.4 Sebarang bentuk bantahan terus kepada panel hakim pertandingan tidak akan dilayani.

8.0 HAL-HAL LAIN8.1 Guru pembimbing tidak dibenarkan sama sekali membantu pelajar sepanjang pertandingan

dijalankan.8.2 Para pelajar diwajibkan membawa komputer riba dan kamera digital bagi tujuan penyediaan

persembahan Multimedia Power Point.8.3 Para peserta dibenarkan memakai kemeja-T, topi, seluar dan kasut sukan semasa pertandingan

dijalankan.8.4 Jika pertandingan bahagian kelajuan tidak dapat dijalankan akibat cuaca redup atau hujan,

keputusan akan ditentukan oleh panel hakim.

BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN SOLAR CAR COMPETITIONNama Sekolah :

KRITERIA MARKAH PENUH MARKAH DITERIMA

Page 6: KERTAS KONSEP KASTEK  2015.docx

1. Kemahiran Manipulatif (semasa pembinaan dan pembangunan model kereta dijalankan)Menggunakan alatan yang betul dan bersesuaian 2Menggunakan alatan dengan cara yang betul 2Membersihkan dan menyimpan alatan dengan betul 22. Persembahan Multimedia Power Point:

Abstrak Objektif 2Inovasi rekabentuk 2Kelajuan maksimum pada kecerahan tertentu 3

Objektif Tujuan 2Objektif khusus 2

Teori Saintifik Penjanaan elektrik oleh sel suria 2

Inovasi

Penjelasan bergambar penyusunan sel suria 2Penjelasan bergambar rekabentuk aerodinamik 2Penjelasan pemilihan nisbah gear 2Penjelasan pemilihan bahan 2Penjelasan pemilihan tayar 2

Rekabentuk Pembuatan

Penerangan bergambar pembuatan kereta suria 2Penerangan spesifikasi model keretaa. tinggi 2b. lebar 2c. berat 2d. diameter tayar 2

Cuba JayaJadual percubaan ( tarikh, masa, kecerahan, kelajuan )

3

Perbincangan dan kesimpulan 33. Rekabentuk ModelBadan 3Hiasan 3Kereta ringan 3Aerodinamik 3Kesesuaian nisbah gear 3Kesesuaian tayar 3Memaksimumkan kuasa 3Nilai komersial (marketable) 44. Kelajuan

Kelajuan 30

JUMLAH MARKAH 100

Tanda tangan hakim: ……………………………………………. Disahkan oleh,Nama hakim : ……………………………………………. …………………….

( )Tarikh : …………………………………………….

SENARAI KEPERLUAN PERTANDINGAN SOLAR CAR COMPETITION** Senarai berikut adalah bahan untuk setiap satu pasukan

Page 7: KERTAS KONSEP KASTEK  2015.docx

BIL PERKARA KUANTITI

Page 8: KERTAS KONSEP KASTEK  2015.docx

1 Berus ½ inci 1 unit2 Botol minuman 2 unit3 Compress foam board (2’ x 3’) 1 unit4 Corrugated board (plastic) saiz A2 1 unit5 Double tape foam 1 inci 1 unit6 Gam UHU ( 33ml ) 1 unit7 Gandar 2 unit8 Gear besar ( 2 unit yang berbeza) 2 unit9 Gear kecil ( 2 unit yang berbeza) 2 unit10 Gunting 2 unit11 Hot Glue 1 unit12 Kertas A4 3 helai

13 Motor DC (3 – 6 VDC) 1 unit

14 Papan pemotong 1 unit15 Pelaka ( merah , kuning , hitam dan biru ) 4 unit16 Pemadam 1 unit17 Pembaris (30 cm) 2 unit18 Pemegang soldering iron 1 unit19 Pemotong poly foam 1 unit20 Pen biru, hitam dan merah 1 set21 Penjalur wayar 1 unit22 Pensel 2 unit23 Penyedut timah 1 unit24 Permanent Marker Pelbagai Warna 1 set25 Pisau (NT Cutter) besar 2 unit

26 Plastic cover warna A4 (pelbagai warna) 4 unit

27 Sel solar ( 1V, 80 mA ) 12 unit28 Soldering iron 1 unit29 Tayar (2 set tayar yang berbeza) 8 unit30 Timah 1 unit31 Twin-flex wire 2 meter

SYARAT-SYARAT TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET

PERATURAN UMUM 1. Pertandingan ini terbuka kepada semua sekolah menengah Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk sekolah menengah agama bantuan kerajaan.

Page 9: KERTAS KONSEP KASTEK  2015.docx

2. Setiap pasukan terdiri daripada 2 orang pelajar (berusia 13-16 tahun sahaja) dan diiringi oleh seorang guru pembimbing sahaja. 3. Pertukaran peserta dalam pasukan adalah TIDAK dibenarkan. 4. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori seperti berikut:

a) Kateogri R2 - Sasaran Terbaik (Best Target) b) Kategori R3 - Payung Terjun Terbaik (Best Parachute)

5. Festival Sains dan Teknologi menetapkan model roket siap bina sebelum pertandingan menggunakan botol plastik minuman berkarbonat 1.5 liter. Penggunaan botol berjenama kickkapoo, 7up dan pepsi tidak dibenarkan digunakan semasa pertandingan. 6. Setiap pasukan perlu kreatif dalam rekaan kon muncung dan sirip roket air dengan hanya menggunakan bahan yang berasaskan plastik dan bahan lembut sahaja. 7. Semua tenaga yang dibekalkan kepada roket air adalah kombinasi tekanan air dan udara sahaja. 8. Semua model roket air akan dilancarkan dengan menggunakan pelancar yang disediakan oleh pihak penganjur sahaja. 9. Semua syarat dan peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada perubahan semasa tanpa notis awal. 10. Keputusan panel hakim adalah muktamad bagi semua kategori pertandingan. 11. Pihak urusetia tidak bertanggugjawab ke atas sebarang kehilangan yang disebabkan oleh kecuaian peserta dan guru.

SYARAT KATEOGRI R2 - SASARAN TERBAIK (BEST TARGET)

1. Setiap pasukan dikehendaki melancarkan model roket air dan mengena sasaran untuk memperolehi markah maksimum. 2. Jarak sasaran, x dari tapak pelancar adalah ditetapkan 100m. Bagaimanapun, panel hakim pada hari pertandingan berhak menentukan jarak baru di antara 50m dan 100m. 3. Untuk memastikan roket air yang dilancarkan jatuh di sasaran, setiap pasukan perlu menentukan sendiri parameter seperti paras air dalam botol, tekanan udara dan sudut roket. 4. Semua roket air hanya dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 60 psi. 5. Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat 2 kali pelancaran sahaja. 6. Jarak roket air yang jatuh dalam zon-zon sasaran akan diambil dan markah akan ditentukan berdasarkan jarak terdekat roket air dari sasaran (bull’s-eye). 7. Sekiranya roket air berpecah kepada 2 bahagian selepas pelancaran, percubaan tersebut adalah dianggap gagal (tiada markah diberikan) dan hanya 1 percubaan lagi dibenarkan.

8. Gambarajah berikut menunjukkan rekabentuk tapak pelancaran, zon-zon sasaran dan markah bagi setiap zon:

Petunjuk: Zon I : 100 mata Zon III : 60 mata Zon V : 20 mata

Page 10: KERTAS KONSEP KASTEK  2015.docx

Zon II : 80 mata Zon IV : 40 mata

Page 11: KERTAS KONSEP KASTEK  2015.docx

SYARAT KATEGORI R3 - PAYUNG TERJUN TERBAIK (BEST PARACHUTE)

1. Setiap pasukan dikehendaki melancarkan model roket air yang dilengkapi payung terjun dan catatan masa roket di udara akan diambil. 2. Payung terjun mestilah diletakkan di bahagian atas komponen utama roket air. Sila rujuk Komponen Utama Roket Air. 3. Komponen utama roket air harus jatuh bersama payung terjun ke permukaan Bumi. 4. Setiap pasukan perlu menentukan sendiri parameter seperti paras air dalam botol dan tekanan udara. 5. Semua roket air hanya dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 60 psi. 6. Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat 2 kali pelancaran sahaja. 7. Masa akan mula diambil semasa roket air dilancarkan sehingga ianya: i. Jatuh ke permukaan Bumi; atau ii. Tersangkut di atas objek lain seperti pokok, bangunan atau pagar; atau iii. Hilang dari pemerhatian para hakim; atau iv. Terbang di udara selama 15 minit*.

KOMPONEN UTAMA ROKET AIR

Page 12: KERTAS KONSEP KASTEK  2015.docx

SYARAT PERTANDINGAN EFFICIENCY ENERGY COOKING COMPETITION (EECC)

1.0 TAJUK:PERTANDINGAN MEMASAK MENGGUNAKAN TENAGA SOLAR

2.0 TEMA:EFFICIENCY ENERGY COOKING

3.0 AKTIVITI:Pertandingan rekacipta peralatan memasak menggunakan sumber tenaga alternatif yang boleh diperbaharui secara optimum.

4.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:4.1 Pertandingan terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah rendah Tingkatan 1 hingga 3.4.2 Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang peserta dan

seorang guru pembimbing. 4.3 Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera kecuali

pasukan dari sekolah menengah jenis kebangsaan.4.4 Setiap negeri hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja. Peserta pasukan

hendaklah terdiri daripada sekolah yang sama.4.5 Semua penyertaan hendaklah mendapat kebenaran dan pengesahan Pengetua sekolah

masing-masing.4.6 Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan satu borang pendaftaran pertandingan.

Borang pendaftaran yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada pihak penganjur. 4.7 Peserta bebas menentukan rekabentuk, saiz atau bahan yang hendak digunakan.4.8 Bekas yang direka mestilah boleh menampung isipadu air sebanyak 500ml (air).4.9 Alat yang dibina haruslah berkemampuan memasak air atau makanan pejal. 4.10 Alat memasak yang dicipta hendaklah menggunakan tenaga solar sahaja tanpa sebarang

sokongan komponen elektrik tambahan untuk meningkatkan suhu.4.11 Hasil ciptaan hendaklah didokumentasikan dalam bentuk persembahan Multimedia Power

Point yang ditulis di dalam Bahasa Inggeris. 4.12 Persembahan perlulah mengandungi butiran seperti jenis bahan, kecekapan menyerap

tenaga solar, kebaikan dan sebagainya.4.13 Pihak penganjur berhak meminda sebarang syarat dan kriteria pertandingan dari masa ke

semasa demi kepentingan pengurusan serta objektif pertandingan setelah mendapat persetujuan daripada semua pengurus pasukan.

4.14 Pertandingan ini terbahagi kepada 4 peringkat iaitu:a) Pembinaan dan pembangunan dapur suria – 4 jamb) Persediaan persembahan Multimedia Power Point – 2 jamc) Persembahan multimedia – 10 minitd) Pengujian suhu dalam tempoh masa 1 jam

Page 13: KERTAS KONSEP KASTEK  2015.docx

5.0 KAEDAH PENGHAKIMAN5.1 Penghakiman akan dijalankan berdasarkan kepada kriteria berikut:5.1.1 Pengujian kebolehfungsian peralatan (25%)

- alat akan diuji dari segi kebolehupayaan memasak air dalam masa yang ditetapkan.5.1.2 Rekabentuk (25%)

- rekabentuk hendaklah praktikal dan mempunyai ciri-ciri mudah alih serta mudah mengisi dan mengeluarkan makanan dengan mengaplikasikan konsep-konsep sains.

5.1.3 Kekemasan (15%) - kekemasan dan kesempurnaan rekaan.

5.1.4 Persembahan (35%) - penerangan perlulah jelas dengan pengaplikasian fakta sains yang tepat.

6.0 PERSEMBAHAN MULTIMEDIASetiap pembentangan persembahan multimedia mestilah menggunakan format Power Point 2007 dan disediakan dalam Bahasa Inggeris. Kriteria pemarkahan adalah meliputi aspek-aspek berikut:6.1 Abstrak6.2 Objektif6.3 Pengenalan dan pernyataan masalah6.4 Teori Saintifik - pengumpulan haba6.5 Penjelasan mengenai pemilihan warna6.6 Penerangan bergambar semasa pembuatan6.7 Cuba jaya (Rekod Ujian Projek)6.8 Kesimpulan6.9 Setiap pasukan dihadkan masa selama 10 minit sahaja (termasuk 3 minit sesi soal jawab)

7.0 BANTAHAN7.1 Keputusan panel hakim adalah muktamad.7.2 Bantahan hanya boleh dibuat kepada pihak urus setia Karnival Pendidikan Sains dan

Teknologi Peringkat Kebangsaan dalam tempoh 1 jam selepas pertandingan dijalankan dengan melengkapkan Borang C3/B-EEC yang disediakan oleh pihak CETREE.

7.3 Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan wang cagaran berjumlah RM50.7.4 Sebarang bentuk bantahan terus kepada panel hakim pertandingan tidak akan dilayani.

8.0 HAL-HAL LAIN8.1 Semasa pertandingan berlangsung, guru pembimbing tidak dibenarkan membantu.8.2 Para pelajar diwajibkan membawa komputer riba dan digital kamera bagi tujuan

penyediaan persembahan Multimedia Power Point.8.3 Para peserta dibenarkan memakai kemeja-T, topi, seluar dan kasut sukan semasa

pertandingan dijalankan.8.4 Jika pertandingan bahagian kebolehfungsian peralatan tidak dapat dijalankan disebabkan

keadaan cuaca redup atau hujan, keputusan akan ditentukan oleh panel hakim.8.5 Untuk maklumat lanjut, peserta boleh melayari laman web :i. http://solarcooking.org/ ii. http://home.earthlink.net/

Page 14: KERTAS KONSEP KASTEK  2015.docx

BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN EEC Nama Sekolah :

KRITERIAMARKAH PENUH

MARKAHDITERIMA

Kebolehfungsian Projek Peningkatan suhu air signifikan(T1 = T2 = )

10

Mudah digunakan (mengisi/mengeluarkan air) 5Mudah alih (portable) 5Praktikal 5

Rekaan Aplikasi konsep sainsi. pantulanii. kesan rumah hijauiii. pembiasan

333

Rekabentuk menarik 3Kesesuaian saiz projek 3Pemilihan dan penyesuaian warna 3Insulator 3Nilai komersial (marketable) 4

Kekemasan Kekemasan dan Ketelitian 15Persembahan Multimedia Power Point

Abstrak 3Objektif 3Pengenalan dan pernyataan masalah 4Teori saintifik - pengumpulan haba 5Penjelasan mengenai pemilihan warna 3Penerangan bergambar semasa pembuatan 3

Cuba jaya (Rekod Ujian Projek)5

Kesimpulan 4Kerjasama Dalam Kumpulan

Pembuatan dan Perbincangan 5

JUMLAH 100

Tanda tangan hakim: ……………………………………………. Disahkan oleh,

Nama hakim : ……………………………………………. ……………………… ( )

Tarikh : ……………………………………………. Ketua Hakim

Page 15: KERTAS KONSEP KASTEK  2015.docx

SENARAI KEPERLUAN PERTANDINGAN EEC** Senarai berikut adalah bahan untuk setiap satu pasukan

BIL PERKARA KUANTITI1 Batu kelikir 1 bekas

2 Bekas air 500ml yang boleh menyerap haba 1 unit

3 Binding tape hitam:2 inci 4 unit4 D’Arte black matboard (saiz A1) 10 unit5 Foil paper - chrome 5 unit6 Gunting 2 unit7 Hot glue 1 unit8 Kanta 1 unit9 Kertas A4 3 helai10 Lidi 10 unit11 Papan pemotong 1 unit12 Pemadam 1 unit13 Pembalut buku plastic 2 meter14 Pembaris (30cm) 2 unit15 Pemotong poly foam 1 unit16 Pen biru, hitam dan merah 1 set17 Pensel 2 unit18 Pisau (NT Cutter) besar 2 unit19 Poly foam (1200 mm x 600 mm x 12 mm) 3 unit20 Spray paint : black no. 30 1 unit21 Spray paint : flat black no. 29 1 unit22 Thinner 1 unit

SYARAT PERTANDINGAN EUREKA RE & EE BEACH HOUSE

Page 16: KERTAS KONSEP KASTEK  2015.docx

1.0 TAJUK :EUREKA REEE

2.0 TEMA :RENEWABLE ENERGY AND ENERGY EFFICIENT BEACH HOUSE

3.0 AKTIVITI:Menghasilkan satu model rumah di tepi pantai yang dilengkapi dengan ciri-ciri kecekapan tenaga dan menggunakan sumber semulajadi secara optimum.

4.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Tahun 4 dan 5. 4.2 Setiap negeri dibenarkan menghantar 1 pasukan yang terdiri daripada 4 orang peserta. 4.3 Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera kecuali pasukan dari sekolah rendah jenis kebangsaan.4.4 Peserta pasukan hendaklah terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 2 murid perempuan kecuali sekolah yang hanya terdiri dari 1 jantina.4.5 Peserta hendaklah diiringi oleh seorang guru pembimbing. 4.6 Tema projek adalah Renewable Energy and Energy Efficiency (REEE) atau Tenaga

Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (TDKT). 4.7 Tajuk projek ialah Energy Efficient Beach House. 4.8 Setiap pasukan dikehendaki membina sebuah model rumah di tepi pantai yang mengaplikasikan konsep-konsep Renewable Energy and Energy Efficiency (REEE).4.9 Bahan-bahan pertandingan akan disediakan oleh pihak penganjur. 4.10 Hanya bahan dan alatan yang disediakan oleh pihak penganjur sahaja boleh digunakan untuk menghasilkan projek yang ditetapkan. 4.11 Penggunaan bahan, alatan atau apa juga bentuk bantuan dari luar boleh menyebabkan penyertaan pasukan dibatalkan. 4.12 Sebarang masalah yang dihadapi oleh para peserta berkaitan dengan alatan atau bahan hendaklah dirujuk kepada urus setia pertandingan.4.13 Peserta hendaklah mempunyai kemahiran menggunakan anti cutter.4.14 Pihak penganjur pertandingan akan memberi satu tugasan tambahan kepada para peserta sebaik saja pertandingan dimulakan (elemen of suprise) dan menggunakan kaedah penyelesaian masalah.4.15 Tugasan ini mengandungi arahan untuk menempatkan LED di bahagian tertentu di dalam

atau di luar rumah dan mestilah boleh menyala atau berfungsi dengan baik.4.16 Projek yang dihasilkan hendaklah dibuat dan disiapkan di tempat pertandingan. Setiap pasukan diminta membawa alat tulis masing-masing. Pihak penganjur akan menyediakan kertas putih A4 sahaja.4.17 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan persembahan multimedia yang disediakan

dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris di tempat dan semasa pertandingan dijalankan. Persembahan multimedia ini perlu menerangkan hasil projek yang merangkumi aplikasi konsep sains, fungsi dan peranan setiap bahagian-bahagian projek

yang dihasilkan serta aspek lain yang berkaitan. Kandungan persembahan multimedia

Page 17: KERTAS KONSEP KASTEK  2015.docx

mestilah merupakan penulisan yang merekodkan hasil kerja yang mengandungi lakaran ahli sendiri. Tampalan keratan dari mana-mana sumber adalah tidak dibenarkan.4.18 Semasa pertandingan dijalankan, guru pembimbing dibenarkan berada berhampiran pasukannya pada jarak yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur tetapi tidak dibenarkan menyentuh sebarang bahan atau alatan yang digunakan.4.19 Setiap kali guru pembimbing menyentuh barang atau alatan pertandingan, 1 markah akan ditolak.4.20 Setiap pasukan diberi masa 5 jam untuk menyempurnakan projek. 4.21 Peserta akan berehat selama 1 jam (3 jam sesi pagi dan 2 jam pada sesi petang).4.22 Penghakiman akan merujuk kepada kriteria-kriteria berikut:

i. Kebolehan kreatif - 20 markahii. Pemikiran saintifik - 20 markah

iii. Kemahiran saintifik - 20 markahiv. Kerja berpasukan - 10 markahv. Ketelitian dan kekemasan - 10 markah

vi. Komunikasi (soal jawab) - 10 markahvii. Persembahan multimedia - 10 markah

4.23 Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat atau kriteria pertandingan dari masa ke semasa demi kepentingan pengurusan dan objektif pertandingan berdasarkan keputusan mesyuarat bersama pengurus pasukan.

4.24 Model tersebut hendaklah berskala 1:25 atas tapak rumah di mana dimensinya adalah seperti berikut;

a) Keluasan Rumah : seratus meter persegi (100 m2). b) Mempunyai kemudahan:

2 bilik tidur1 bilik air1 dapur1 ruang makan1 ruang tamu

4.25 Penilaian hasil adalah berdasarkan daya kreatif reka bentuk rumah dan rupa bentuk elemen-elemen KT & TD.

5.0 PERSEMBAHAN MULTIMEDIASetiap pembentangan persembahan multimedia mestilah menggunakan format Power Point 2007 dan disediakan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Kriteria pemarkahan adalah meliputi aspek-aspek berikut:5.1 Objektif5.2 Metodologi/Kaedah5.3 Peralatan digunakan5.4 Pelan/layout5.5 Penerangan konsep EE5.6 Penerangan konsep RE5.7 Setiap pasukan dihadkan masa selama 10 minit sahaja

(termasuk 3 minit sesi soal jawab)6.0 BANTAHAN

Page 18: KERTAS KONSEP KASTEK  2015.docx

6.1 Keputusan panel hakim adalah muktamad.6.2 Bantahan hanya boleh dibuat kepada pihak urus setia Karnival Pendidikan Sains dan

Teknologi Peringkat Kebangsaan dalam tempoh 1 jam selepas pertandingan dijalankan menggunakan Borang C3/B-REEE yang disediakan oleh pihak CETREE.

6.3 Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan wang cagaran berjumlah RM50.6.4 Sebarang bentuk bantahan terus kepada panel hakim pertandingan tidak akan dilayani.

7.0 HAL-HAL LAIN7.1 Semasa pertandingan berlangsung, guru pembimbing tidak dibenarkan membantu.7.2 Para pelajar diwajibkan membawa komputer riba dan digital kamera bagi tujuan

penyediaan persembahan Multimedia Power Point.7.3 Para peserta dibenarkan memakai kemeja-T, topi, seluar dan kasut sukan semasa

pertandingan dijalankan.Pelan Rumah Eureka REEE : Energy Efficient Beach House

BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN EUREKA

PAGI

PETANG

15

m

15 m

ANGIN BAYU LAUT

PA

NT

AI

Sempadan tapak rumah

PELAN

KERATANCadangan Hasil Pertandingan

TAPAK RUMAHPANTAI

10

m

10 m

Page 19: KERTAS KONSEP KASTEK  2015.docx

Nama Sekolah:____________________________________________

KRITERIA MARKAH SKORTOLAK MARKAH

PERINGKAT 1 – PROSES PEMBINAAN MODEL RUMAH (30 MARKAH)Kerja berpasukan (10m) Agihan kerja bersesuaian 4 Identiti kerja berpasukan 1 Tiada bantuan luar 5Kemahiran saintifik (20m) Aspek keselamatan diutamakan 5 Aspek kebersihan diutamakan 5 Cara pemotongan mountain board 3 Cara pemotongan wayar 2 Penggunaan peralatan lain (paku, playar, benang, jarum, lidi) 5PERINGKAT 2 – PENILAIAN MODEL RUMAH & PERSEMBAHAN PELAJAR (60 MARKAH)Kebolehan kreatif (20m) Kesesuaian penggunaan bahan 5 Kebolehan menyalakan LED 5 Hiasan pada model 5 Label dan penerangan bertulis pada model 5Pemikiran saintifik (20m) Konsep pencahayaan pada rumah 2 Konsep pengudaraan pada rumah 2 Konsep ruang pada rumah 2 Penggunaan jenis bumbung 2 Konsep EE lain pada rumah

(i.e: cat, pokok, creepers, penebat bumbung, cermin tingkap dll)5

Konsep tenaga suria pada rumah 1 Konsep Biomass pada rumah 1 Konsep Tenaga Angin pada rumah 1 Konsep tenaga ombak 1 Penerangan konsep RE & EE secara saintifik 3Ketelitian dan kekemasan (10m) Ketepatan ukuran 3 Kekukuhan model 2 Bilik tidur 1 Dapur 1 Tandas 1 Ruang makan 1 Ruang tamu/istirehat 1Komunikasi (soal jawab) (10m) Kelancaran 2 Penglibatan semua ahli pasukan 4

Page 20: KERTAS KONSEP KASTEK  2015.docx

Penyampaian idea jelas 2 Kualiti jawapan soal jawab 2PERINGKAT 3 – PENILAIAN PERSEMBAHAN MULTIMEDIA POWER POINT (10 MARKAH)Persembahan Multimedia PowerPoint (10m) Objektif 2 Metodologi/Kaedah 1 Peralatan digunakan 1 Pelan/layout 2 Penerangan konsep EE 2 Penerangan konsep RE 2

JUMLAH MARKAH KESELURUHAN 100

Tandatangan hakim :…………………………………… Disahkan oleh,Nama hakim :…………………………………… ……………………Tarikh :…………………………………… ( )

SENARAI BAHAN DAN PERALATAN YANG DIBEKALKAN DI PERINGKAT DAERAH.** Senarai berikut adalah bahan untuk setiap satu pasukan.

Page 21: KERTAS KONSEP KASTEK  2015.docx

BIL PERKARA KUANTITI

Page 22: KERTAS KONSEP KASTEK  2015.docx

1 Benang 1 unit2 Corrugated board (paper) 1 keping3 Dawai (jika perlu) 1 meter4 Gam UHU ( 33ml ) 2 unit5 Gelang getah 20 unit6 Gunting 2 unit7 Jarum peniti 1 kotak8 Kad manila 2 keping9 LED 1 biji10 Lidi 10 unit11 Masking tape 2 unit12 Model board/ D’Arte matboard (saiz A1 & 0.1cm tebal) 5 unit13 Paku ½inci 1 kotak14 Paku tekan 1 kotak15 Papan pemotong 2 unit16 Pasir kongsi17 Pembaris ( 30 cm ) 1 unit18 Pembaris besi ( 30 cm ) 1 unit19 Pembaris meter 1 unit20 Pemutar skru Philips 1 unit21 Pemutar skru pipih 1 unit22 Pengasah pensel 1 unit23 Penjalur wayar 1 unit24 Pensel 2 unit25 Penyambung wayar (conector) 1 unit26 Permanent Marker Pelbagai Warna 1 set27 Pisau (NT Cutter) besar 2 unit28 Plasticine 1 unit29 Plastik transparensi 2 keping30 Playar 1 unit31 Playar muncung panjang 1 unit32 Sarung tangan 4 pasang33 Sel solar ( 1V, 80 mA ) 3 unit34 Tali No.4 1 unit35 Twin-flex wire 2 meter

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (BAHASA INGGERIS)

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN :

a) Pertandingan ini dibuka kepada murid sekolah rendah Tahap 1 sahaja (tahun 3 sahaja).

Page 23: KERTAS KONSEP KASTEK  2015.docx

b) Setiap sekolah dibenarkan menghantar seorang peserta sahaja dengan seorang guru pengiring. c) Pertandingan ini adalah secara individu dan hanya seorang peserta sahaja yang dibenarkan berada di pentas untuk mempersembahkan ceritanya. d) Tema cerita hendaklah berkaitan dengan sukatan pelajaran Sains Sekolah Rendah. e) Cerita hendaklah dipersembahkan dalam Bahasa Inggeris. f) Skrip cerita hendaklah diserahkan kepada urus setia pada hari pertama karnival. g) Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta membuat persembahan ialah 5 minit. Loceng akan dibunyikan seperti berikut :-

i Permulaan - 1 kali ii Minit keempat - 1 kali iii Minit kelima - 2 kali Markah tidak akan diberikan selepas loceng terakhir dibunyikan. h) Peralatan yang disediakan oleh pihak penganjur / pengelola ialah sistem pembesar suara dengan clip microphone. i) Penggunaan komputer dan LCD, OHP atau bahan sokongan lain untuk membantu persembahan adalah tidak dibenarkan. j) Peserta dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dengan watak atau cerita yang dibawa atau dipersembahkan. Props tambahan tidak dibenarkan. k) Markah untuk pertandingan ini adalah daripada aspek-aspek berikut :-

i Mesej dan isi fakta sains 40% ii Penyampaian/Persembahan 20% iii Bahasa 20% iv Kreativiti 15% v Penghayatan dan penampilan 5% l) Keputusan hakim adalah muktamad.