kertas konsep bahas ala parlimen

22
8/14/2019 Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen http://slidepdf.com/reader/full/kertas-konsep-bahas-ala-parlimen 1/22 BAHAS ALA PARLIMEN KONSEP BAHAS ALA PARLIMEN Perbahasan sesuatu usul di Parlimen menjadi model kepada bentuk Perbahasan Ala Perlimen yang diperkenalkan oleh KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA . Dalam situasi sebenar di Parlimen, Pihak Kerajaan akan mengemukakan usul untuk dibentang dan dibahaskan. Usul tersebut merupakan cadangan yang berbentuk dasar kerajaan yang akan dilaksanakan di dalam negara. Wakil Rakyat daripada Pihak Kerajaan hendaklah mengemukakan hujah untuk menyokong usul tersebut manakala Wakil Rakyat daripada Pihak Pembangkang pula akan memberi hujah sama ada memperbaiki usul tersebut mahupun menolak langsung usul tersebut. Setelah perdebatan tersebut selesai dihujahkan maka pengundian pula dilakukan. Ahli Dewan terdiri daripada semua Wakil Rakyat (Parlimen) seluruh negara akan membuat pengundian sama ada menerima atau menolak usul Kerajaan tersebut. Usul kerajaan akan diterima sekiranya disokong oleh sekurang-kurangnya dua per tiga daripada Ahli Dewan. Sekiranya sokongan (undi) yang diterima kurang daripada dua pertiga daripada Ahli Dewan maka usul tersebut akan ditolak dan dengan sendirinya Pihak Kerajaan tiada mandat untuk melaksanakannya. Dalam Perbahasan Ala Parlimen, perdebatan / perbahasan di Parlimen seperti yang dijelaskan di atas menjadi model atau contohnya. Bahasa Ala Parlimen merujuk kepada bentuk perbahasan sesuatu usul ( cadangan ) di Parlimen (Dalam hal ini dirujuk Parlimen Malaysia). Dalam membahaskan sesuatu usul, Pihak Kerajaan yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri dan dibantu oleh dua menteri lain hendaklah membawa usul tersebut dan menterjemahkannya kepada beberapa isu untuk dibahaskan. Seterusnya mereka mengemukakan hujah, fakta serta contoh perihal sebab usul tersebut hendak dikemukakan dan seterusnya dilaksanakan di dalam negara sekiranya mendapat mandat 2/3 Ahli Dewan. Pihak Pembangkang (yang diketuai oleh Ketua Pembangkang) pula akan menterjemahkan usul ( melalui persepsi berlainan) dan cuba menghujah, memberi fakta dan contoh bantahan secara bersopan dan menjawab kenapa usul tersebut harus ditolak. Setelah sesuatu usul tersebut selesai diperdebatkan barulah Speaker Dewan ( atau Yang Dipertua Dewan ) mendapatkan pengundian. Dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen ini pengundian sebenarnya tidak berlaku tetapi keputusannya ditentukan oleh Hakim Bahas. Keputusan hendaklah diumumkan oleh Speaker Dewan Perbahasan sebagai mana pengumuman yang dibuat oleh Yang DiPertua Dewan Rakyat dalam Persidangan Dewan Rakyat / Parlimen. Speaker Dewan sesuatu Perbahasan Perbahasan Ala Parlimen akan mengumumkan keputusan perbahasan seperti berikut : Dengan ini diumumkan bahawa usul yang dibentang dan dibahaskan tadi, diterima @ Dengan ini diumumkan bahawa usul yang dibentang dan dibahaskan tadi, ditolak 1

Upload: enciktar

Post on 30-May-2018

528 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

8/14/2019 Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-konsep-bahas-ala-parlimen 1/22

BAHAS ALA PARLIMEN

KONSEP BAHAS ALA PARLIMEN

Perbahasan sesuatu usul di Parlimen menjadi model kepada bentuk PerbahasanAla Perlimen yang diperkenalkan oleh KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA .

Dalam situasi sebenar di Parlimen, Pihak Kerajaan akan mengemukakan usuluntuk dibentang dan dibahaskan. Usul tersebut merupakan cadangan yang berbentuk dasar kerajaan yang akan dilaksanakan di dalam negara. Wakil Rakyat daripada Pihak Kerajaan hendaklah mengemukakan hujah untuk menyokong usul tersebut manakalaWakil Rakyat daripada Pihak Pembangkang pula akan memberi hujah sama adamemperbaiki usul tersebut mahupun menolak langsung usul tersebut. Setelah perdebatantersebut selesai dihujahkan maka pengundian pula dilakukan. Ahli Dewan terdiri

daripada semua Wakil Rakyat (Parlimen) seluruh negara akan membuat pengundian samaada menerima atau menolak usul Kerajaan tersebut. Usul kerajaan akan diterimasekiranya disokong oleh sekurang-kurangnya dua per tiga daripada Ahli Dewan.Sekiranya sokongan (undi) yang diterima kurang daripada dua pertiga daripada AhliDewan maka usul tersebut akan ditolak dan dengan sendirinya Pihak Kerajaan tiadamandat untuk melaksanakannya.

Dalam Perbahasan Ala Parlimen, perdebatan / perbahasan di Parlimen sepertiyang dijelaskan di atas menjadi model atau contohnya. Bahasa Ala Parlimen merujuk kepada bentuk perbahasan sesuatu usul ( cadangan ) di Parlimen (Dalam hal ini dirujuk Parlimen Malaysia). Dalam membahaskan sesuatu usul, Pihak Kerajaan yang diketuai

oleh YAB Perdana Menteri dan dibantu oleh dua menteri lain hendaklah membawa usultersebut dan menterjemahkannya kepada beberapa isu untuk dibahaskan. Seterusnyamereka mengemukakan hujah, fakta serta contoh perihal sebab usul tersebut hendak dikemukakan dan seterusnya dilaksanakan di dalam negara sekiranya mendapat mandat2/3 Ahli Dewan. Pihak Pembangkang (yang diketuai oleh Ketua Pembangkang) pulaakan menterjemahkan usul ( melalui persepsi berlainan) dan cuba menghujah, memberifakta dan contoh bantahan secara bersopan dan menjawab kenapa usul tersebut harusditolak. Setelah sesuatu usul tersebut selesai diperdebatkan barulah Speaker Dewan ( atauYang Dipertua Dewan ) mendapatkan pengundian. Dalam Pertandingan Bahas AlaParlimen ini pengundian sebenarnya tidak berlaku tetapi keputusannya ditentukan olehHakim Bahas. Keputusan hendaklah diumumkan oleh Speaker Dewan Perbahasan

sebagai mana pengumuman yang dibuat oleh Yang DiPertua Dewan Rakyat dalamPersidangan Dewan Rakyat / Parlimen. Speaker Dewan sesuatu Perbahasan PerbahasanAla Parlimen akan mengumumkan keputusan perbahasan seperti berikut :

Dengan ini diumumkan bahawa usul yang dibentang dan dibahaskan tadi, diterima

@

Dengan ini diumumkan bahawa usul yang dibentang dan dibahaskan tadi, ditolak

1

Page 2: Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

8/14/2019 Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-konsep-bahas-ala-parlimen 2/22

SYARAT, PERATURAN & FORMAT BAHAS BAHASAMELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH-SEKOLAHMENENGAH MALAYSIA

1. OBJEKTIF :

1.1 Memperkenalkan satu format perbahasan yang menarik dan mencabar kepada para pelajar sesuai dengan institusi persekolahan sebagai pusatkecemerlangan.

1.2 Bagi melahirkan pelajar-pelajar yang bakal menjadi pemimpin yang beranidan berfikiran tajam serta mempunyai kemahiran berhujah secara spontan.

1.3 Melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran mengutarakan hujah-hujahyang bernas dan teratur.

2. RASIONAL

2.1 Format perbahasan yang diamalkan sekarang tidak pernah berubah semenjak diperkenalkan 23 tahun yang lalu. Lebih daripada 80% ucapan pendebatdalam format ini bergantung kepada teks yang telah disediakan lebih awal.Kemahiran membidas secara spontan tidak diberi penekanan utama. Dalamerti kata sebenar perbahasan, ucapan pendebat mestilah mengutamakan hujah-hujah untuk ‘mematahkan’ hujah-hujah pihak lawan dan mengukuhkan kes

pasukan sendiri dengan menyampaikan hujah yang tepat, rasional dan

berkesan. Perkara ini hanya dapat dilakukan jika penekanan dan ruang yang banyak diberikan kepada bidasan. Format bahas ala parlimen memberi penekanan kepada ruang bidasan tersebut.

2.2 Kemahiran berhujah secara spontan yang diutamakan melalui format bahasala parlimen lebih sesuai dan tepat dalam usaha kerajaan untuk melahirkan

pelajar-pelajar yang pintar dan cerdas dari segi kebolehan mental yangmembolehkan mereka bertindak secara aktif , kreatif dan kritis.

2

Page 3: Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

8/14/2019 Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-konsep-bahas-ala-parlimen 3/22

CIRI-CIRI PERBEZAAN BAHAS FORMAT LAMADENGAN FORMAT BAHAS ALA PARLIMEN

PERKARA BAHAS FORMAT LAMA BAHAS ALAPARLIMEN

ULASAN

1. TEKSPERBAHASAN

1. Para pendebat lebih banyak bergantung padaapa – apa yang merekatelah sediakan dan tidak

banyak mengambil kiraapa – apa perkara yangdiucapkan oleh pihak lawan dan menangkiskenyataan-kenyataan itudengan sewajarnya.

1. Tumpuan para pendebat lebih banyak kepada percubaan untuk menangkis apayang diucapkanoleh pihak lawanda kurang padaapa – apa yangtelah merekasediakan.

2. Para pendebatmengukuhkan

pendirian pasukanmereka denganmematahkanhujah-hujah pihak lawan.

1. Para pendebatsentiasa mencarihelah untuk membuktikankelemahan hujah-

hujah pihak lawandan menunjukkan

bagaimana hujah-hujah itu tidak dapat menggugat

pendirian pasukanmereka sendiri.

1. Format bahas alaParlimen lebih

bermakna dan berkesan kerana perbahasanmemerlukansemua para

pendebatmengikuti

perbahasan itusecara teliti dariawal hingga

akhir. Jikamereka tidak

berbuatdemikianmereka tidak dapat mengesankelemahanhujah-hujah

pihak lawanuntuk dibangkitkanatau dibidassecara spontan.

1. Format lamalebih banyak tertumpu pada

penghafalan teksyang telahdisediakan.

3

Page 4: Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

8/14/2019 Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-konsep-bahas-ala-parlimen 4/22

PERKARA BAHAS FORMAT LAMA BAHAS ALAPARLIMEN

ULASAN

2. BIDASAN

3.’IZINLALUAN’

‘Izin laluan’ialah

pertanyaan ataukenyataan yang

bolehdikemukakanoleh seseorang

pendebatsemasa pihak lawan sedang

berucap.

1. Para pendebat hanya boleh membidassemasa giliran mereka

berucap sahaja.

2. Masa dan markah untuk membidas adalah terhad(20%) daripadakeseluruhan masa danmarkah yangdiperuntukkan.

1. Dalam format lama,sebelum atau selepasgilirannya, seseorang

pendebat tidak boleh

menyoal atau memberi pandangannya terhadapapa – apa yang sedangdiucapkan oleh pihak lawan. Penglibatan

pendebat terhad kepadagiliran yang telahdtentukan untuknya.

1. Peratus masa danmarkah untuk membidas

semakin bertambah dari pendebat pertama hinggake pendebatketiga.

2. Semua pendebat boleh membuat bidasan secaraspontan melalui‘Izin Laluan’

pada bila-bilamasa semasa

pihak lawansedang berucap.

1. Melalui sistem‘Izin laluan’setiap pendebat

boleh bangununtuk menyoalatau membuatkenyataan yang

bersesuaian pada bila-bila masasemasa pihak lawan sedang

berucap.

1. Format baru inimemerlukan para

pendebat untuk

sentiasa prihatinkepada perbahasan dariawal hingga keakhir keranasetiap pendebatdiberi peluanguntuk membidasmelalui ‘IzinLaluan’

2. Format lamatidak banyak

memberi penekanankepada bidasan

jikadibandingkandengan format

baru.

1. ‘Izin laluan’memberi peluangkepada para

pendebat untuk terus mengambil

bahagian dariawal hinggaakhir.

4

Page 5: Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

8/14/2019 Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-konsep-bahas-ala-parlimen 5/22

PERKARA BAHAS FORMATLAMA

BAHAS ALAPARLIMEN

ULASAN

4. USULPERBAHASAN

1. Usul perbahasandiberi lebih awalsebelum perbahasan(Dari seminggusehingga sebulantempohnya).

2. Guru penasihat sama-sama terlibat dalam

penyediaan teksuntuk perbahasan.

1. Usul-usul perbahasan diberilebih kurang duaminggu sebelum

pertandingan bermula.

2. Pendirian sama ada pasukan tersebut mencadangatau membangkangditentukan 1 jam sebelum

perbahasan bermula.

3. Hanya pelajar dari pasukan yang samadibiarkan berada di dalam

bilik persediaan.

2. Format barumemberi lebih

banyak peluang

kepada para pendebat utuk menyampaikanidea atau

pertanyaansecara spontan.

3. Setiap pendebatmenjawab danmemberi ‘Izinlaluan’sepanjang

perbahasan itu.

1. Format barumelatih para

pelajar untuk beranimenghadapi

para penontonsemasa

berucap.

2. Format ini benar-benar memberi

peluang kepada para pelajar untuk mempamerkankebolehan

berbahas.

SYARAT-SYARAT & PERATURAN BAHASBAHASA MELAYU ALA PARLIMEN

5

Page 6: Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

8/14/2019 Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-konsep-bahas-ala-parlimen 6/22

SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA

1. NAMA

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen

Sekolah Sekolah Menengah Malaysia.

2. FORMAT

2.1 Satu pasukan bahas yang mewakili sekolah dianggotai oleh tiga orang pembahas utama dan dua orang pembahas simpanan.

2.2 Pasukan pencadang yang dikenali sebagai Pasukan Kerajaan akan bertandingdengan Pasukan Pembangkang.

2.3 Pembahas pertama daripada pihak kerajaan akan disebut YAB Perdana

Menteri, manakala dua orang lagi pembahas dalam pasukan tersebut akandisebut sebagai YB Menteri Kedua dan YB Menteri Ketiga. Pembahassimpanan pasukan kerajaan disebut sebagai YB Menteri Keempat dan MenteriKelima. Pembahas pertama daripada pihak pembangkang akan disebutsebagai YB Ketua Pembangkang, manakala dua orang lagi pembahas dalam

pasukan tersebut akan disebut sebagai YB Pembangkang Kedua dan YBPembangkang Ketiga. Pembahas simpanan pasukan pembangkang disebutsebagai YB Pembangkang Keempat dan Pembangkang Kelima.

2.4 Peruntukan masa dan giliran berbahas bagi kedua-dua pasukan adalah seperti berikut :

KERAJAAN PEMBANGKANG MASA1 Pertama 2 Pertama 8 minit3 Kedua 4 Kedua 8 minit5 Ketiga 6 Ketiga 8 minit8 Ucapan Menggulung

Pertama/Kedua7 Ucapan Menggulung

Pertama/Kedua4 minit

2.5 Pembahas pertama daripada kedua-dua pasukan akan hanya mengutarakansatu hujah , manakala pembahas kedua daripada kedua-dua pasukan akanmengutarakan dua hujah. Pembahas ketiga daripada kedua-dua pasukan tidak

mengutarakan hujah-hujah yang baharu. Tugas mereka adalah untuk membidas hujah pasukan lawan.

2.6 Semasa satu pihak berucap atau berhujah, ahli pasukan lawan boleh memohon‘Izin Laluan’. Pembahas ini boleh menerima atau menolak izin laluandaripada pihak lawan.

2.7 Selepas kesemua pembahas menyampaikan ucap utama, pembahas pertamaatau pembahas kedua daripada kedua-dua pasukan akan memberi ucapan

6

Page 7: Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

8/14/2019 Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-konsep-bahas-ala-parlimen 7/22

penggulungan dimulai oleh pasukan pembangkang dan diikuti oleh pasukankerajaan.

3. KELAYAKAN3.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid tingkatan satu hingga

tingkatan lima , sekolah-sekolah bantuan kerajaan di Malaysia yang berumur tidak termasuk Maktab Rendah Sains Mara dan Sekolah BerasramaPenuh.

3.2 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu pasukan untuk pertandingantersebut.

3.3 Sebuah sekolah hanya boleh diwakili oleh murid yang sedang belajar disekolah tersebut.

4. PENGHAKIMAN

4.1 Semua pertandingan akan diadili oleh panel hakim yang terdiri daripada tigaatau lima orang hakim.

4.2 Taklimat kepada panel hakim diberi sekurang-kurangnya 30 minit sebelum perbahasan bermula.

4.3 Setiap sekolah dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya seorang hakim bahas Bahasa Melayu ke pertandingan peringkat zon / daerah / negeri.

4.4 Seseorang hakim tidak boleh mengadili pertandingan yang melibatkansekolahnya sendiri.

4.5 Kemenangan tidak diperoleh dengan cara pengiraan jumlah markah. Pasukan bahas yang mendapat undi majoriti daripada panel hakim dipilih sebagai pemenang. Para hakim tidak dibenarkan berbincang untuk memilih pasukanyang menang.

4.6 Selepas selesai perbahasan, ketua hakim akan mengumpulkan danmerumuskan borang keputusan dan menyerahkan kepada tuan speaker untuk mengumumkan keputusan perbahasan.

4.7 Selepas borang keputusan diserahkan, para hakim berkumpul untuk berbincang dan memilih pembahas terbaik. Para hakim boleh merujuk kertascatatan hakim untuk membuat pemilihan pembahas terbaik. Dalam penentuan

pembahas terbaik, ucapan penggulungan tidak diambil kira.

4.8 Keputusan panel hakim adalah muktamad.5. TATACARA PERBAHASAN

7

Page 8: Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

8/14/2019 Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-konsep-bahas-ala-parlimen 8/22

5.1 Pengendalian Perbahasan5.1.1 Usul perbahasan akan diberi kepada pasukan yang bertanding

sekurang-kurangnya dua minggu sebelum bermulanya pertandingan peringkat zon dan kebangsaan.

5.1.2 Cabutan undi akan dijalankan di bilik urus setia untuk menentukan

pihak kerajaan dan pembangkang 1 jam sebelum pertandingan.5.1.3 Setelah mengetahui kedudukan mereka, pasukan-pasukan yang terlibatakan dikuarantinkan di bilik persediaan masing-masing.

5.1.4 Hanya para pelajar di dalam pasukan itu ( tiga pendebat utama dan duaorang simpanan ) yang dibenarkan berada di dalam bilik persediaan.Pihak lain seperti guru penasihat / jurulatih / ahli keluarga / penyokongadalah dilarang berada di bilik persediaan semasa pasukandikuarantinkan.

5.1.5 Pasukan boleh menggunakan bahan cetak sahaja sebagai bahanrujukan semasa kuarantin persediaan. Semua alat elektronik sepertikomputer dan telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam

bilik persediaan.5.1.6 Pasukan bahas dikehendaki berada di bilik pertandingan / perbahasanlima minit sebelum perbahasan bermula supaya pertandingan dapatdijalankan dengan lancar. Pasukan yang didapati melanggar peraturanini akan dibatalkan penyertaannya.

5.1.7 Setiap pembahas yang akan menyampaikan hujah dikehendaki keluar dari tempat duduknya dan berada di tempat yang disediakan.

5.2 Peranan Yang Arif Tuan Speaker / Yang Dipertuan Dewan.

5.2.1 Pertandingan bahas ini akan dipengerusikan oleh Yang BerhormatTuan Speaker dan dibantu oleh seorang penjaga masa. Beliau dapatmemastikan bahawa pertandingan bahas berjalan lancar tanpasebarang gangguan daripada pihak yang bertanding ataupun daripada

penonton yang juga disebut sidang dewan.5.2.2 Tuan Speaker akan membaca ringkasan peraturan perbahasan dan

memperkenalkan penjaga masa, panel hakim dan pembahas-pembahas.5.2.3 Tuan Speaker tidak dibenar membuat komen tentang usul perbahasan

ataupun pembahas-pembahas yang sedang bertanding.5.2.4 Tuan Speaker akan memastikan bahawa hakim telah bersedia sebelum

menjemput pembahas untuk berucap.5.2.5 Tuan Speaker akan mengumumkan keputusan pertandingan.

5.3 Peranan penjaga masa

8

Page 9: Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

8/14/2019 Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-konsep-bahas-ala-parlimen 9/22

5.3.1 Penjaga masa hendaklah memastikan bahawa lapan minitdiperuntukkan bagi ucap utama setiap pembahas dan empat minituntuk ucapan menggulung. Masa akan diambil kira dari permulaan

pembahas berucap.5.3.2 Penjaga masa akan membunyikan loceng sekali pada akhir minit

pertama dan akhir minit ketujuh untuk menandakan bahawa ruangterbuka kepada pasukan lawan membuat ‘Izin Laluan’. Loceng akandibunyikan dua kali pada minit kelapan sebagai tanda bahawab masauntuk pembahas berhujah telah tamat.

5.3.3 Bagi ucapan penggulungan, penjaga masa hendaklah memastikan bahawa kedua-dua pasukan diberi masa tiga minit sebagai masa persediaan sebelum pasukan-pasukan tersebut membuat penggulungan.

5.3.4 Pada minit ketiga masa penggulungan, penjaga masa akanmembunyikan loceng amaran dan pada minit keempat locengdibunyikan dua kali menandakan masa telah tamat untuk pembahas.

5.4 Larangan

5.4.1 Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang.

5.4.2 Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis untuk mengukuhkan hujahadalah dilarang sama sekali.

5.5 Peranan Pembahas

Pembahas Pertama Kerajaan (YAB. Perdana Menteri) – 8 Minit5.5.1 . Tugas pertama Perdana Menteri adalah untuk memberi definisi atau

penakrifan terhadap tajuk atau usul yang dibentangkan dalam perbahasan tersebut.

5.5.2 Tugas kedua adalah untuk menyatakan pendirian pihak kerajaan berhubung dengan usul yang dibentangkan.

5.5.3 Tugas ketiga Perdana Menteri adalah untuk menyatakan strategi pihak Kerajaan dan peranan yang akan dilakukan oleh Menteri Kedua danMenteri Ketiga bagi mengukuhkan pendirian pihak kerajaan.

5.5.4 Tugas keempat Perdana Menteri adalah untuk mengemukakan satuhujah dan memberi huraian / fakta untuk menyokong usul yang telahdibentangkan oleh pihak kerajaan.

5.5.5 Tugas keempat Perdana Menteri adalah untuk mempertegaskan pendirian pihak Kerajaan bagi menyokong usul yang telahdibentangkan.

5.5.6 Perdana Menteri boleh menerima dan memohon izin laluan pada masayang dibenarkan berbuat demikian.

9

Page 10: Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

8/14/2019 Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-konsep-bahas-ala-parlimen 10/22

Pembahas Pertama Pembangkang ( YB. Ketua Pembangkang )- 8 Minit

5.5.7. Tugas pertama Ketua Pembangkang ialah untuk menyatakan pendirian pihak pembangkang sama ada bersetuju dan menerima definisi usulyang telah diberikan oleh pihak kerajaan atau nenolak definisi tersebut.

Sekiranya pihak pembangkang menolak definisi tersebut, mereka boleh mengemukakan definisi mengikut takrifan mereka.5.5.8. Tugas kedua Ketua Pembangkang adalah untuk membidas pendirian

dan hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri (PembahasPertama Kerajaan).

5.5.9. Tugas ketiga Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan pendirian pihak pembangkang berhubung dengan usul yang diperdebatkan dalam perbahasan tersebut.

5.5.10. Tugas keempat Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan strategi pihak pembangkang dan peranan yang akan dilakukan oleh pembangkang kedua dan pembangkang ketiga bagi mengukuhkan

pendirian pihak pembangkang.5.5.11. Tugas kelima ketua pembangkang adalah untuk mengemukakan satuhujah dan memberi huraian / fakta berdasarkan pendirian pihak

pembangkang.5.5.12. Tugas keenam ketua pembangkang adalah untuk mempertegas

pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telahdibentangkan oleh kerajaan.

5.5.13. Ketua Pembangkang boleh menerima dan memohon izin laluan padamasa yang dibenarkan berbuat demikian.

Pembahas Kedua Kerajaan ( YB. Menteri Kedua)- 8 Minit

5.5.14 Tugas Pertama Menteri Kedua adalah untuk menyatakan pendirian pihak kerajaan sama ada bersetuju dan menerima definisi baru yangtelah diberikan oleh pihak pembangkang atau menolak definisitersebut. Sekiranya pihak kerajaan menolak definisi semula oleh pihak

pembangkang, Menteri Kedua hendaklah memberi penegasan tentangdefinisi yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri sebelum ini.

5.5.15 Tugas kedua adalah untuk membidas pendirian dan hujah yang telahdikemukakan oleh ketua pembangkang.

5.5.16 Tugas ketiga adalah untuk mengemukakan dua hujah dan memberihuraian / fakta untuk menyokong usaha yang telah dibentangkan oleh

pihak kerajaan.5.5.17 Tugas keempat Menteri Kedua adalah untuk mempertegas pendirian

pihak kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan.5.5.18. Menteri Kedua boleh menerima dan memohon izin laluan pada masa

yang dibenarkan berbuat demikian.

10

Page 11: Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

8/14/2019 Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-konsep-bahas-ala-parlimen 11/22

Pembahas Kedua Pembangkang (YB. Pembangkang Kedua)- 8 Minit

5.5.19 Tugas pertama Pembangkang Pertama adalah untuk membidas pendirian dan hujah yang telah dikemukakan oleh menteri kedua.

5.5.20 Tugas kedua Pembangkang Kedua adalah untuk membidas pendirian

dan hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri..5.5.21 Tugas ketiga adalah untuk mengemukakan dua hujah dan memberihuraian / fakta untuk menyokong usaha yang telah dibentangkan oleh

pihak pembangkang.5.5.22 Tugas keempat Pembangkang Pertama adalah untuk mempertegas

pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telahdibbentangkan oleh kerajaan.

5.5.23. Pembangkang Pertama boleh menerima dan memohon izin laluan padamasa yang dibenarkan berbuat demikian.

Pembahas Ketiga Kerajaan (YB. Menteri Ketiga)- 8 Minit

5.5.24 Tugas pertama Menteri Ketiga adalah untuk membidas pendirian danhujah yang telah dikemukakan oleh pembangkang kedua.

5.5.25 Tugas kedua Menteri Ketiga adalah untuk membidas pendirian danhujah yang telah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang.

5.5.26 Tugas ketiga Menteri Ketiga adalah memperkukuh usul yang telahdibawa oleh pihak kerajaan dan mempertegas pendirian pihak kerajaan

bagi menyokong usul yang telah dibentangkan.5.5.27 Menteri Ketiga boleh menerima dan memohon izin laluan pada masa

yang dibenarkan berbuat demikian.

Pembahas Ketiga Pembangkang ( YB. Pembangkang Ketiga)- 8 Minit

5.5.28 Tugas pertama Pembangkang Kedua adalah untuk membidas pendiriandan hujah yang telah dikemukakan oleh Menteri ketiga.

5.5.29 Tugas kedua Pembangkang Kedua adalah untuk membidas pendiriandan hujah yang telah dikemukakan oleh Menteri Kedua.

5.5.30 Tugas ketiga Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas pendiriandan hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri.

5.5.31 Tugas keempat Pembangkang Ketiga adalah untuk memperkukuh usul berdasarkan fakta-fakta pihak pembangkang dan mempertegas pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang telahdibentangkan oleh kerajaan.

5.5.32. Pembangkang Ketiga boleh menerima dan memohon izin laluan padamasa yang dibenarkan berbuat demikian.

5.6 Peranan Penggulung

11

Page 12: Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

8/14/2019 Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-konsep-bahas-ala-parlimen 12/22

Penggulung Pihak Pembangkang ( Pembahas Pertama/ Kedua)- 4 Minit

5.6.1 Tugas pertama penggulung pihak pembangkang adalah untuk membidas kes/usul dan fakta-fakta pihak kerajaan serta menyatakan kelemahan/ kesilapanyang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dalam membentangkan usul

tersebut.5.6.2 Tugas kedua penggulung pihak pembangkang adalah menggulung perbahasan bagi pihak pembangkang dan membuat penegasan untuk menutup kes pembangkang dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan olehkerajaan.

Penggulung Pihak Kerajaan ( Pembahas Pertama/ Kedua)- 4 Minit

5.6.3 Tugas pertama penggulung pihak Kerajaan adalah untuk membidas kes/ usuldan fakta-fakta pihak pembangkang dalam membahaskan usul tersebut.

5.6.4 Tugas kedua penggulung pihak Kerajaan adalah menggulung perbahasan bagi

pihak Kerajaan dan membuat penegasan untuk menutup kes Kerajaan dalammenyokong usul yang telah dibentangkan.

5.7 Peranan Pembahas Simpanan ( YB. Menteri Keempat / Menteri Kelima /Pembangkang Keempat / Pembangkang Kelima )

5.7.1 Tugas pembahas simpanan ( YB. Wakil Kerajaan Keempat dan Kelima dan

Pembangkang Keempat serta Kelima ) adalah untuk membantu membuatcatatan hujah pihak lawan / bidasan / izin laluan dan memberikan kepada

pasukannya.5.7.2 Tugas pembahas simpanan juga adalah untuk memberi idea dalam perbincangan untuk sesi penggulungan.

5.7.3 Markah akan dinilai daripada kerjasama sepasukan antara pembahassimpanan dengan pembahas utama. Markah maksimum 10 diberi kepada

pasukan.

6. IZIN LALUAN

6.1 Semasa seorang pembahas sedang menyampaikan ucap utama, pihak lawandibenarkan memohon untuk membuat izin laluan. Izin laluan ialah celahanformal yang ditujukan kepada pembahas yang sedang berucap. Izin laluan

boleh dilakukan dalam bentuk :•

soalan;• kenyataan;• fakta;• ayat-ayat pendek yang berkaitan dengan isi yang sedang diutarakan

oleh pembahas.

6.2 Tujuan utama izin laluan adalah untuk memberi atau meminta maklumatmengenai sesuatu isi yang sedang diucapkan. Pihak lawan boleh membetulkan

12

Page 13: Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

8/14/2019 Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-konsep-bahas-ala-parlimen 13/22

fakta yang dianggap telah terpesong. Izin laluan juga boleh digunakan untuk meminta penjelasan dan menyoal pihak lawan.

6.3 Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan bagi setiap izin laluan. Izin laluanharuslah padat dan bernas.

6.4 Izin laluan tidak boleh disalahgunakan untuk sengaja mengganggu pihak

lawan kerana terdapat etika yang wajib dipatuhi. Markah akan dikurangkan jika melanggar etika ini.6.5 Etika izin laluan.

6.5.1 Pasukan lawan hanya dibenarkan memohon izin laluan antara minitkedua dan minit ketujuh ucapan pembahas. Izin laluan tidak bolehdilakukan pada minit pertama dan minit terakhir semasa pembahassedang berucap. Loceng akan dibunyikan untuk menandakan

permulaan dan penutup masa yang ditetap untuk izin laluan.6.5.2 Tiada terdapat izin laluan semasa ucapan penggulungan.6.5.3 Isyarat-isyarat yang sopan dan hormat seperti mengangkat tangan atau

berdiri tegak hendaklah dilakukan semasa memohon izin laluan.

Pelakuan yang kasar dan biadap seperti menepuk-nepuk meja atautangan, memetik jari, melambai-lambai, bersiul, menjerit atau apa-apasahaja yang sengaja dilakukan untuk mengganggu pihak lawan akanmenyebabkan pengurangan markah.

6.5.4 Kata-kata yang diucapkan semasa izin laluan hendaklah halus dan berbudi bahasa serta mencerminkan tatasusila, adab dan budaya yangtinggi. Menjerit, marah-marah dan mengejek pihak lawan adalahdilarang.

6.5.5 Izin laluan dipohon dengan cara seseorang pembahas berdiri danmenyebut “ Izin Laluan ”. Pembahas yang sedang berucap tidak dimestikan menerima setiap izin laluan yang ditujukan kepadanya.Pembahas yang sedang berucap boleh:

• Meminta pihak lawannya untuk duduk dengan cara yanghormat;

• Menghabiskan ayatnya dan menerima izin laluan tersebut;• Menerima izin laluan tersebut ketika itu.

6.6 Memohon dan menerima izin laluan

6.6.1 Sepanjang perbahasan seorang pembahas DIWAJIBKAN memohonsekurang-kurangnya dua kali izin laluan. Pembahas ini juga mesti

menerima paling kurang dua kali izin laluan yang ditujukankepadanya.

6.6.2 Pembahas yang memohon izin laluan kurang daripada dua kali akankehilangan markah isi dan strategi .

13

Page 14: Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

8/14/2019 Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-konsep-bahas-ala-parlimen 14/22

• Markah isi ditolak kerana gagal mengambil peluang keemasan.• Markah strategi ditolak kerana tidak memenuhi peranan

sebagai pembahas.6.6.3 Pembahas yang tidak menjawab atau menerima izin laluan daripada

pihak lawan juga kehilangan markah isi dan strategi.

• Kehilangan markah dalam isi adalah disebabkan pembahastidak memberi peluang kepada pihal lawan.

• Kehilangan markah strategi adalah disebabkan pembahas tidak menjalankan peranan sebagai pembahas dan takut menghadapicabaran.

6.6.4 Panel hakim juga boleh menilai sama ada pembahas itu berdebatsecara spontan ataupun terikat pada teks perbahasannya denganmenilai daripada penglibatannya dalam izin laluan.RUJUKAN UNTUK BORANG PEMARKAHAN

1.0 Markah diberi kepada setiap pembahas adalah seperti berikut :

ISISTRATEGIGAYABAHASA

1.1 ISI

a. Hakim harus menilai isi daripada segi hujah yang disampaikan dan bukannya gaya menyampaikan hujah. Hakim sewajarnya menilai

ketepatan dan kemantapan hujah tanpa dipengaruhi oleh kepandaian pembahas berkata-kata.

b. Penilaian terhadap isi juga termasuk daripada segi ketepatan dankemantapan bidasan. Hakim dinasihati menilai mengikut tahapkemampuan murid sekolah menengah.

c. Tugas hakim adalah untuk menilai kemantapan serta ketepatan hujahdan bukannya kebolehan pasukan lawan membidas hujah yang diberi.

d. Jika hujah yang dikemukakan oleh sesebuah pasukan adalah lemah,dan hujah tersebut tidak dapat dibidas oleh pihak lawan, telahmelakukan kesilapan kerana tidak mengambil kesempatan membidashujah yang lemah tersebut. Namun begitu bidasan yang diberi harus

berdasarkan hujah dan bukan berdasarkan contoh sebagaimana yangdilakukan oleh sesetengah pembahas bagi mengelak diri daripadamembidas perkara-perkara yang lebih penting.

e. Hakim harus mengelakkan diri daripada dipengaruhi olehkepercayaan, prejudis atau pengetahuan dalam bidang kerjaya masing-masing. Contohnya, jika anda seorang peguam dan anda mengetahui

perkara yang diperkatakan oleh pembahas telah diumumkan oleh

14

Page 15: Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

8/14/2019 Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-konsep-bahas-ala-parlimen 15/22

Mahkmah Penghakiman Antarabangsa ( MPA ) pada minggu lepas,anda tidak seharusnya mengambil kira pengetahuan itu melainkan

pengumuman MPA itu telah diketahui umum dengan meluasnya.

1.2 STRATEGI

a. Strategi memerlukan perhatian yang lebih. Strategi meliputi dua konsep:

i) Struktur dan tempoh masa penghujahan .ii) Pemahaman pembahas tentang isu perbahasan.

b. Struktur Penghujahan yang bermutu mempunyai pendahuluan, huraian dan penutupyang jelas. Semasa penghujahan diberi, kata kunci akan diberi sebagai

panduan arah tuju pembahas. Penghujahan harus bersifat logik danmenunjukkan kesinambungan. Hal ini adalah penting terutamanya semasa

pembahas pertama mewakili kerajaan dan pembahas ketiga bagi pihak pembangkang menyampaikan hujah mereka. Oleh itu, gayamenyampaikan hujah merupakan salah satu komponen strategi.

c. Tempoh masa penghujahan adalah penting. Terdapat dua aspek berkenaandengan hal ini :

i. Berhujah dalam had masa yang dibenarkan.ii. Memberi tempoh masa yang secukupnya untuk isu penghujahan.

d. Pembahas sepatutnya memberi keutamaan kepada isu yang lebih pentingdan mengemudiankan yang kurang penting. Secara umumnya adalah lebih

baik jika pembahas menyatakan bidasannya sebelum menyatakan isu /hujah. Hal ini kerana, adalah lebih logik untuk menafikan pendirian pihak lawan sebelum menegak pendirian pembahas pula.

e. Oleh itu, hakim tidak harus menghakimi ketepatan dan kemantapan penghujahan sahaja, tetapi juga harus mengambil kira ketepatan masa dankeutamaan isu.

f. Pemahaman tentang isuPembahas harus memahami isu-isu penting dalam perbahasan. Membazir masa jika persoalan yang penting tidak dibidas. Pembahas tidak akanmendapat markah yang tinggi dalam bahagian strategi, sekiranya

pembahas tidak memahami isu penting dalam perbahasan itu. Sebaliknya, pembahas yang memahami isu yang dibahaskan dan dapat membidasdengan baik akan mendapat markah yang tinggi dalam bahagian strategi.

g. Hakim mesti memahami perbezaan antara strategi dan isi. Bayangkandalam sesuatu situasi, seorang pembahas yang cuba membidas isu / hujahakan mendapat markah yang rendah bagi isi kerana bidasannya lemah.Walau bagaimanapun pembahas itu akan mendapat markah agak baik untuk strategi kerana dapat membidas hujah tersebut.

15

Page 16: Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

8/14/2019 Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-konsep-bahas-ala-parlimen 16/22

1.3 GAYA

a. Hakim tidak seharusnya memilih pembahas dengan gaya yang keterlaluan. b. Gaya termasuk cara pembahas berhujah, iaitu:

i) sebutanii) bahasa gerak badan ( ‘body language’ )

Hakim dinasihati bertoleransi dengan cara penghujahan yang berbeza oleh pembahas.

c.Penggunaan nota dan kad nota dibenarkan dan tidak seharusnya didendakecuali jika pembahas ternyata membaca daripada nota.

d.Hakim dinasihati bertoleransi tentang gaya bertutur dan kepantasan

menyampaikan hujah dan markah hanya boleh dipotong jikalau gaya perbahasan melampaui batas.

1.4 BAHASA

a. Aspek bahasa yang harus diambil kira ialah:

i) Gaya bahasaii) Struktur ayat

iii) Tatabahasa

b. Hal ini juga termasuk:

i) sebutan bakuii) kelancaraniii) nadaiv) intonasi

Penggunaan sebutan baku diwajibkan. Oleh itu, hakim perlu memastikan bahawa pembahas berhujah dengan menggunakan sebutan baku serta struktur tatabahasa yang betul.

c. Penggunaan gaya bahasa yang menarik seperti pengunaan kiasan, peribahasadan sebagainya tepat mengikuti situasi,sewajarnya diberikan markah yang tinggidalam bahagian bahasa.

1.5 BIDASAN

a. Pembahas sepatutnya membidas hujah dan bukan membidas contoh. Misalnya, pembahas bagi pihak kerajaan telah memberi contoh yang lemah tetapi

16

Page 17: Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

8/14/2019 Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-konsep-bahas-ala-parlimen 17/22

Page 18: Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

8/14/2019 Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-konsep-bahas-ala-parlimen 18/22

1. UCAP UTAMA (JUMLAH = 100 MARKAH) – MASA – 8 MINIT

1.1 Setiap pembahas akan diberi markah mengikut pembahagian berikut:

(a) Isi = 30 markah

(b) Strategi = 30 markah(c) Gaya = 20 markah(d) Bahasa = 20 markah

1.2 GARIS PANDUAN / SKALA PEMBERIAN MARKAH(ANGGARAN)

NO MUTU/TAHAP ISI(30)

STRATEGI(30)

GAYA(20)

BAHASA(20)

JUMLAH(100)

1 Cemerlang 26- 30 26 – 30 18 – 20 18 – 20 86 – 1002 Sangat baik 21 – 25 21 – 25 15 -17 15 – 17 70 – 853 Baik 16 – 20 16 – 20 12 – 14 12 – 14 56 -694 Sederhana 11 – 15 11 – 15 9 – 11 9 -11 40 – 555 Lemah 6 – 10 6 – 10 6 – 8 6 – 8 24 – 39

1.3 PERTIMBANGAN PEMARKAHANISIa. Nilai isi dari segi hujah/fakta kes yang disampaikan berdasarkan:

- ketetapan hujah- kemantapan hujah

b. Nilaian ini juga termasuk ketepatan dan kemantapan bidasan.c. Elakkan daripada terpengaruh dengan gaya penyampaian hujah.d. Tugas hakim adalah menilai ketepatan dan kemantapan hujah dan

bukannya sama ada pasukan lawan boleh membidas hujah yang diberi.Begitulah sebaliknya.

Contohnya: USUL: Pengambilan Pekerja Asing PerluDiteruskan Di Malaysia

Hujah Pembankang : Pekerja asing telah menimbulkan pelbagaimasalah sosial.- Masalah jenayah – perogol bersiri

- pembunuh upahan- rompakan

- Mengganggu ketenteraman masyarakat- ganggu gadis- amalan dan tingkah laku

- Masalah setinggan- Amalan dan tingkah laku menjadi ikutan para

remajae. Jika hujah yang diberikan adalah lemah daripada segi ketepatan dan

kemantapan dan hujah itu tidak dibidas, justeru pihak yang tidak membidas hujah tersebut telah melakukan kesilapan yang lebih serius

berbanding dengan pihak yang menyampaikan hujah yang lemah itukerana gagal mengambil kesempatan membidas hujah yang lemah itu.

18

Page 19: Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

8/14/2019 Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-konsep-bahas-ala-parlimen 19/22

f. Bidasan yang dikemukakan hendaklah berdasarkan hujah dan bukannya berdasarkan contoh. Perkara-perkara penting yang terlebihdahulu perlu dibidas.

g. Hakim harus mengelak diri daripada terpengaruh oleh kepercayaandan prejudis atau pengetahuan dalam sesuatu bidang.

h. Mutu soalan / jawapan izin laluan boleh mempengaruhi markah isi.

i. Hakim hendaklah menilai penyampaian hujah / isi mengikut tahapkemampuan murid sekolah menengah.

STRATEGI

a. Strategi meliputi dua konsep:

i. Struktur dan tempoh masa penghujahan.ii. Pemahaman pembahas tentang isu perbahasan.

b. Struktur Penghujahan yang bermutu mempunyai pendahuluan, huraian dan penutupyang jelas. Semasa penghujahan, kata kunci diberi sebagai panduan arahtuju pembahas. Penghujahan harus bersifat logik dan ada kesinambungan.

c. Tempoh masa penghujahan terbahagi kepada dua aspek:i. Berhujah dalam masa yang dibenarkan.ii. Memperuntukkan masa yang secukupnya untuk aspek-aspek

penghujahan.

d. Susunan isi perlu dititikberatkan. Isi-isi yang penting perlu didahulukandan diikuti isi yang kurang penting.

e. Daripada segi strategi, adalah lebih wajar pembahas mengemukakan bidasannya sebelum menyatakan hujah / fakta.

f. Hakim perlu mengambil kira ketepatan masa dan keutamaan isu ketikamempertimbangkan markah strategi.

g. Pemahaman tentang isu.Pembahas harus memahami isu-isu penting dalam perbahasan. Persoalan

penting perlu dibidas. Pembahas yang tidak memahami isu penting dalam perbahasan tidak akan mendapat markah yang tinggi dalam bahagianstrategi.

19

Page 20: Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

8/14/2019 Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-konsep-bahas-ala-parlimen 20/22

Page 21: Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

8/14/2019 Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-konsep-bahas-ala-parlimen 21/22

i. gaya bahasaii. strtuktur ayatiii. tatabahasa

b. Aspek bahasa yang harus diambil kira ialah::

i. sebutan (baku)ii. kelancaraniii. nadaiv. intonasi

Penggunaan sebutan baku diwajibkan. Hakim perlu memastikan bahawa pembahas berhujah dengan menggunakan sebutan serta struktur ayat yang betul.

c. Gaya bahasa yang menarik seperti penggunaan bahasa kiasan, peribahasa

dan seumpamanya tepat mengikut situasi dan isi, sewajarnya diberimarkah tinggi dalam bahagian bahasa.

2. UCAPAN PENGGULUNGAN (JUMLAH = 50) – MASA = 4 MINIT

2.1 Markah diberi mengikut pembahagian berikut:

a. Isi = 15 markah b. Strategi = 15 markahc. Gaya = 10 markahd. Bahasa = 10 markah--------------------------------------------------

Jumlah 50 markah==============================

2.2 GARIS PANDUAN / SKALA PEMBERIAN MARKAH (ANGGARAN )

NO MUTU/TAHAP ISI(15)

STRATEGI(15)

GAYA(10)

BAHASA(10)

JUMLAH(50)

1 Cemerlang 14 – 15 14 – 15 9 – 10 9 – 10 46 – 502 Sangat baik 12 – 13 12 – 13 7 – 8 7 – 8 38 – 423 Baik 10 – 11 10 -11 5 – 6 5 – 6 30 – 354 Sederhana 8 – 9 8 – 9 4 4 24 – 295 Lemah 6 -7 6 -7 3 3 18 – 23

2.3 Pertimbangan Pemarkahan

ISIa. Isi dinilai daripada aspek:

21

Page 22: Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

8/14/2019 Kertas Konsep Bahas Ala Parlimen

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-konsep-bahas-ala-parlimen 22/22

i. Kemampuan pembahas merumus dan membidas hujah pihak lawan.

ii. Kemampuan pembahas menggulung dan menegaskan hujah pasukan.

b. Ketepatan dan kemantapan bidasan dan penggulungan yangdibentangkan oleh pembahas mempengaruhi markah isi.

c. Gaya penyampaian tidak mempengaruhi markah isi.

STRATEGI

a. Peruntukan masa yang secukupnya (seimbang) bagi tujuanmembidas dan menggulung kes pasukan mempengaruhi markahstrategi.

b. Pembahas perlu mendahulukan bidasan dan diikuti dengan penggulungan.

c. Bidasan biasanya didahului dengan rumusan hujah pihak lawan.

d. Keutamaan isu semasa membidas dan menggulung perlu diambilkira oleh hakim.

*** Perkara-perkara di atas adalah antara asas pemberianmarkah strategi semasa sesi penggulungan.

GAYA / BAHASA

a. Rujuk pertimbangan pemarkahan bahagian ucap utama.

22