kertas kerja sembelihan sk batu 3

Upload: iklimah-sazali

Post on 07-Mar-2016

1.873 views

Category:

Documents


125 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 3,KM 5 JALAN MERSING, 86000 KLUANG, JOHOR

AKTIVITI :PROGRAM SEMBELIHAN DAN MEMASAK

TEMPAT :SK BATU 3

TARIKH :13 OKTOBER 2015

ANJURAN :GURU PELATIH IPGM KAMPUS TUN HUSSEIN ONN (IPGKTHO)PISMP PA 2 AMBILAN JANUARI 2012

1.0 PENDAHULUANFirman Allah swt:Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut namaAllah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya(Surat Al-Anam: 118)

Berdasarkan ayat di atas, penyembelihan adalah diwajibkan ke atas haiwan yang halal dimakan oleh orang Islam bagi memastikan daging binatang tersebut halal dimakan. Hasil tinjauan kepada sebahagian besar pelajar sekolah ini, didapati mereka tidak mengetahui cara penyembelihan menurut Islam dan mereka juga mengharapkan supaya mereka dapat didedahkan mengenainya. Jesteru itu, sebagai memenuhi prasyarat program internship ini, saya sukacita mencadangkan untuk menganjurkan bengkel yang berkaitan kaifiat penyembelihan mengikut hukum syarak.Tujuan utama bengkel ialah bagi memberikan pengetahuan seterusnya akan dapat melakukan penyembelihan menurut hukum syarak

2.0 OBJEKTIF2.1 Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara-cara melakukan sembelihan yang betul.2.2 Memberi peluang kepada para pelajar untuk mempraktikkan ilmu berkaitan dengan sembelihan yang telah dipelajari di dalam kelas.2.3 Memberi pengalaman yang berguna kepada para pelajar bermula dari proses sembelihan sehingga proses memasak.2.4 Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.

3.0 TARIKH & MASA13 Oktober 2015 (Selasa), 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

4.0 TEMPATSekolah Kebangsaan Batu 3, Kluang

5.0 SASARAN

5.1 Kesemua pelajar Tahun 66.0 JAWATANKUASA PERLAKSANA

PENGERUSI En. Kahar bin Abdullah

NAIB PENGERUSI Tn Hj Mazlani bin MohammadPn Khatijah bt Yusof

PENYELARAS SEMBELIHAN Siti Nurul Iklimah bt Sazali

SETIAUSAHA :Siti Zulaikha Binti Baharuddin

BENDAHARI :Pn. Hamidah bt Abu Bakar

KAWALAN MURIDPn. Hamidah bt. SamadPn. Patidah bt. AtiranPn. Rabtah bt. IsmailPn. Isma Noorbiha bt. TakariCik Siti Rohani bt. SharibanPn. Siti Noraisyah bt NordinUstaz Abd Aziz bin Ali

PERSEJARAHANPn. Alfizah bt SaatPn. Rosfaridah bt Abd RahimHAKIM PERTANDINGAN MEMASAKPn Noor Fadhilah bt CholanPn Rahmatunnisa bt Suian SuriPn Saadiah bt Ali

7.0 TENTATIF PROGRAM

MasaPerkaraTindakan

07.20 pagiPelajar berkumpul

08.00 pagiTaklimat program dan pembahagian ayam sembelihanPenyelaras

08.15 pagiPenerangan ringkas tentang teori sembelihan dan demonstrasi penyembelihanUstaz Mohd Halmi bin Jaapar

08.30 pagiPraktikal sembelihan oleh para pelajarSemua guru PAI

10.00 pagiRehat

10.30 pagi

Pelajar memasak ayam sembelihan masing-masingJK Pertandingan

12.30 tengahariPenilaianJK Pertandingan

01.00 petangBersurai

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BILPERKARAKuantitiJUMLAH

1Ayam 15 ekor x 21 kumpulanRM 90

2Hadiah (hamper)Tempat Pertama RM 50

Tempat Kedua RM 40

Tempat Ketiga RM 30

3Plastik Sampah2 peketRM 10

4Air Mineral JK PerlaksanaRM 1 x 30 botol RM 30

JUMLAHRM 250.00

Kami mengharapkan agar aktiviti ini dapat memberi manfaat yang berguna buat semua puhak yang terlibat dalam menjayakannya. Semoga usaha ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t.

Disediakan oleh,

..(SITI NURUL IKLIMAH BINTI SAZALI)Penyelaras Amali Sembelihan 2015 Sekolah Kebangsaan Batu 3,86000 Kluang, Johor.

Disokong/ tidak disokong,

..(PN. SANISAH BT ABU BAKAR)Guru Mentor InternshipSekolah Kebangsaan Batu 3,86000 Kluang, Johor.

Diluluskan/ Tidak diluluskan,

.(KAHAR BIN ABDULLAH)Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Batu 3,86000 Kluang, Johor.