kaedah sembelihan menurut islam shafiqolbu

9
8/30/13 Kaedah Sembelihan Menurut Islam | Shafiqolbu shafiqolbu.wordpress.com/2011/11/07/kaedah-sembelihan-menurut-islam/ 1/11 Shafiqolbu SAMPAIKANLAH WALAUPUN HANYA SATU AYAT ! 7 NOV Kaedah Sembelihan Menurut Islam Posted 07/11/2011 by Shafi-Q in AMALAN, PANDUAN, Tahukah Anda?, Zulhijjah. Tagged: Kaedah / Cara Penyembelihan / Sembelihan Binatang Menurut Islam, Kaedah Yang Paling Baik Sembelihan. 6 Comments ﯿﻢ ﱠﺣ اﻟﺮ ـﻦ ﱠﺣ اﻟﺮ ب◌(http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/11/urat- sembelihan.png) Konsep sembelihan dalam Islam atau Zabihatelah meletakkan garis panduan dalam penyembelihan haiwan dengan baik dan teliti. Pengetahuan mendalam mengenai kaedah penyembelihan yang mengikut syariat amat penting kerana ia berkait rapat dengan faktor kerohanian dan kesihatan. Islam adalah agama ‘Rahmat – Kasih Sayang’ untuk seluruh manusia bahkan kepada haiwan. Islam sangat berhemah dalam penyembelihan binatang ternakan. . Sembelihan ialah mematikan binatang dan menghalalkan dagingnya. Sembelihan menurut bahasa ialah ‘Thayyib‘ iaitu mengelokkan. Pengertian kedua adalah ‘Tatmim’ membawa maksud menyempurnaan iaitu menyempurnakan apa yang diharuskan dengan cara sembelihan. . Sembelihan adalah salah satu cara untuk mematikan atau menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas berhala.” (Surah Al-Maidah: 3)

Upload: projek-kambing-muda

Post on 24-May-2015

2.997 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kaedah sembelihan menurut islam   shafiqolbu

8/30/13 Kaedah Sembelihan Menurut Islam | Shafiqolbu

shafiqolbu.wordpress.com/2011/11/07/kaedah-sembelihan-menurut-islam/ 1/11

Shafiqolbu SAMPAIKANLAH WALAUPUNHANYA SATU AYAT !

7 NOV

Kaedah Sembelihan Menurut Islam

Posted 07/11/2011 by Shafi-Q in AMALAN, PANDUAN, Tahukah Anda?, Zulhijjah. Tagged:Kaedah / Cara Penyembelihan / Sembelihan Binatang Menurut Islam, Kaedah Yang Paling BaikSembelihan. 6 Comments

ب◌سم هللا الرحمـن الرحیم

(http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/11/urat-sembelihan.png)Konsep sembelihan dalam Islam atau ‘Zabiha’ telahmeletakkan garis panduan dalam penyembelihan haiwan dengan baikdan teliti. Pengetahuan mendalam mengenai kaedah penyembelihanyang mengikut syariat amat penting kerana ia berkait rapat denganfaktor kerohanian dan kesihatan.

Islam adalah agama ‘Rahmat – Kasih Sayang’ untuk seluruh manusia bahkan kepada haiwan.Islam sangat berhemah dalam penyembelihan binatang ternakan.

.

Sembelihan ialah mematikan binatang dan menghalalkan dagingnya. Sembelihan menurutbahasa ialah ‘Thayyib‘ iaitu mengelokkan. Pengertian kedua adalah ‘Tatmim’ membawa maksudmenyempurnaan iaitu menyempurnakan apa yang diharuskan dengan cara sembelihan.

.

Sembelihan adalah salah satu cara untuk mematikan atau menghilangkan nyawa binatang yanghalal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marih dengan menggunakan alat yangtajam dengan niat kerana Allah.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yangtidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), danbinatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yangmati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang matidimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yangdisembelih atas berhala.” (Surah Al-Maidah: 3)

Page 2: Kaedah sembelihan menurut islam   shafiqolbu

8/30/13 Kaedah Sembelihan Menurut Islam | Shafiqolbu

shafiqolbu.wordpress.com/2011/11/07/kaedah-sembelihan-menurut-islam/ 2/11

.

Hukum sembelihan adalah wajib dan binatang yang mati tanpa disembelih adalah dianggapbangkai, najis dan haram dimakan. Allah SWT berfirman: “Dihalalkan bagi kamu segala yangbaik-baik”. (Surah Al-Maidah: 4)

.

.

A. Rukun Sembelihan

Ijma’ para fuqaha mengatakan rukun sembelihat terhadap binatang terbahagi kepada 4:

1. Penyembelih2. Binatang sembelihan3. Alat untuk menyembelih4. Keadaan (tempat / perbuatan) sembelihan.

.

.

B. Syarat-Syarat Sembelihan

.

1) Orang yang menyembelih

a) Hendaklah beragama Islam atau Ahli Kitab (Kitabiyah).b) Baligh; tidak sah jika kanak-kanak.c) berakal; tidak sah jika orang gilad) Tidak dalam ihram haji atau umrahe) Dengan sengaja membaca Basmalah.

.

Firman Allah SWT: “Maka makanlah haiwan (yang halal) yang disebut nama Allah ketikamenyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayatnya” (Surah al-An’aam, ayat 118).

.

.

2) Binatang Yang Disembelih

a) Binatang yang halal dimakanb) binatang itu masih hidupc) Mati dengan sekali sembelihand) wajib putus urat pernafasan (urat merih) dan urat tempat lalu makanan (halkum).

.

Page 3: Kaedah sembelihan menurut islam   shafiqolbu

8/30/13 Kaedah Sembelihan Menurut Islam | Shafiqolbu

shafiqolbu.wordpress.com/2011/11/07/kaedah-sembelihan-menurut-islam/ 3/11

.

3) Alat Sembelihan

a) Mestilah alat yang tajam seperti pisaub) Dibolehkan dari besi (logam), kayu, buluh, kaca, batu atau alat-alat lain yang ditajamkan.c) Tidak termasuk gigi, tulang dan kuku.

.

Sabda Rasulullah Shallallahu alaihi Wasallam dari Rafi’ ibnu khadij Radhiallahu ‘anhu: “Apa-apayang dapat mengalirkan darah serta disebut nama Allah padanya (waktu menyembelih), maka bolehkamu makan, kecuali gigi dan kuku, dan aku akan khabarkan kepada kamu sedemikian itu, (kerana)gigi adalah tulang dan kuku adalah pisau orang Habsyah.” (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)

.

Sabda Nabi Shallallahu alaihi Wasallam: “Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baikkepada sesuatu. Oleh itu jika kamu membunuh, maka perbaikilah cara membunuhnya, dan apabilakamu menyembelih maka perbaikilah cara menyembelihnya dan tajamkanlah pisaunya sertaselesakanlah haiwan sembelihannya itu” (Hadis riwayat Muslim).

.

.

4) Tempat Sembelihan

Terdapat 2 keadaan penyembelihan iaitu penyembelihan ke atas binatang yang berkuasakeatasnya dan penyembelihan ke atas binatang yang tidak berkuasa ke atasnya.

.

a) Penyembelihan ke atas binatang yang berkuasa (menangkap & menyembelih) keatasnya.

Wajib memutuskan dengan sempurna urat HALKUM dan urat MARIH. (Halkum ialah tempatsalur nafas pernafasan dan marih pula tempat salur makan dan minum.)

.

b) Penyembelihan ke atas binatang yang tidak berkuasa ke atasnya.

Binatang yang sukar ditangkap (buruan) atau binatang yang tidak dapat disembelih padalehernya seperti sembelihan biasa seperti binatang yang terjatuh ke dalam perigi dan sukardikeluarkan. Memadai dengan melukakan mana-mana bahagian pada tubuhnya hingga mampumenyebabkan mati.

.

Mazhab Syafi’e berpendapat hanya diwajibkan untuk memutuskan dua jenis urat iaitu urat

Page 4: Kaedah sembelihan menurut islam   shafiqolbu

8/30/13 Kaedah Sembelihan Menurut Islam | Shafiqolbu

shafiqolbu.wordpress.com/2011/11/07/kaedah-sembelihan-menurut-islam/ 4/11

Mazhab Syafi’e berpendapat hanya diwajibkan untuk memutuskan dua jenis urat iaitu urathalkum dan urat marih sahaja. Namun sunat hukumnya memutuskan 2 urat (salur) darahyang berada di kanan dan kiri leher binatang yang disembelih bagi mempercepatkan kematian.

.

.

GAMBARAJAH LEHER HAIWAN(http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/11/keratan-rentas-leher.png)

Gambarajah kedudukan URAT HALKUM (salur makan) dan URAT MARIH (salur nafas) bagihaiwan sembelihan.

.

(http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/11/keratan-rentas-leher1.png)Keratan rentas leherbinatang sembelihan.

Jelas kelihatan 2 salur makan dan salur pernafasan di tengah-tengah leher. Kawasan yang

Page 5: Kaedah sembelihan menurut islam   shafiqolbu

8/30/13 Kaedah Sembelihan Menurut Islam | Shafiqolbu

shafiqolbu.wordpress.com/2011/11/07/kaedah-sembelihan-menurut-islam/ 5/11

Jelas kelihatan 2 salur makan dan salur pernafasan di tengah-tengah leher. Kawasan yangberwarna merah pula adalah salur yang membawa darah dari jantung ke otak.

.

.

(http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/11/leher-ayam1.png)Gambarajah dalaman leherseekor ayam.

.

.

Page 6: Kaedah sembelihan menurut islam   shafiqolbu

8/30/13 Kaedah Sembelihan Menurut Islam | Shafiqolbu

shafiqolbu.wordpress.com/2011/11/07/kaedah-sembelihan-menurut-islam/ 6/11

(http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/11/bahagian-sembelihan-ayam-png1.png)Keadaanketika sembelihan dijalankan

.

.

Page 7: Kaedah sembelihan menurut islam   shafiqolbu

8/30/13 Kaedah Sembelihan Menurut Islam | Shafiqolbu

shafiqolbu.wordpress.com/2011/11/07/kaedah-sembelihan-menurut-islam/ 7/11

(http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/11/rajah-penyembelihan-lembu.png)

(http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/11/urat-leher-utama-lembu.png)

Gambarajah dalaman leher seekor lembu

.

.

(http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/11/rajah-penyembelihan-lembu.png)Keadaan ketikasembelihan dijalankan

.

.

C. Syarat Sah Sembelihan

1. Sembelihan dilakukan dengan niat menyembelih

Page 8: Kaedah sembelihan menurut islam   shafiqolbu

8/30/13 Kaedah Sembelihan Menurut Islam | Shafiqolbu

shafiqolbu.wordpress.com/2011/11/07/kaedah-sembelihan-menurut-islam/ 8/11

1. Sembelihan dilakukan dengan niat menyembelih2. Sembelihan dilakukan kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain seperti untuk disembahkepada jembalang dan sebagainya.3. Putus urat halkum (saluran penafasan) dan urat marih (saluran marih)4. Binatang tersebut halal dimakan dan masih hidup5. Binatang tersebut mati dengan sekali sembelihan6. Disembelih oleh orang Islam7. Menggunakan alat yang tajam selain daripada kuku, gigi dan tulang8. Binatang itu mati disembelih bukan kerana yang lain seperti mati terjut atau terjatuh dalamperigi ketika disembelih.

.

.

D. Sunat Sembelihan

1. Membaca Bismillah2. Berselawat ke atas nabi3. Mengadap kiblat4. Membaringkan binatang di rusuk kiri semasa menyembelih5. Menyembelih di pangkal leher binatang6. Memutuskan kedua-dua urat yang terletak di kiri dan kanan leher supaya binatang cepat mati.7. Melakukan sembelihan pada waktu siang.8. Menggunakan alat sembelihan yang paling tajam.

.

.

E. Makruh Sembelihan

1. Menggunakan alat yang tumpul2. Menampakkan alat sembelihan kepada binatang3. Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang4. Tidak menyebut nama Allah5. Tidak menghalakan binatang ke arah kiblat6. Melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang akan disembelih.

Jika putus tengkok atau leher ayam, tidak membatalkan syarat atau rukun sembelihan.Walaubagaimanapun perlu dilihat pula dari segi lain iaitu penyembelih itu berdosa jika dia sengajamemutuskan leher ayam tersebut yang boleh dikira melakukan satu kezaliman kepada ayamtersebut.

.

.

F. Cara Penyembelihan.

Disyaratkan penyembelihan itu:

Page 9: Kaedah sembelihan menurut islam   shafiqolbu

8/30/13 Kaedah Sembelihan Menurut Islam | Shafiqolbu

shafiqolbu.wordpress.com/2011/11/07/kaedah-sembelihan-menurut-islam/ 9/11

1. Memotong seluruh halqum (saluran nafas) dan seluruh marih (saluran makanan dan minuman).

2. Niat untuk menyembelih ketika melakukan penyembelihan.

3. Jika seseorang memegang pisau di tangannya dan terlepas pisau itu daripada tangannya, laluterkena leher binatang dan terputus seluruh halqum dan marihnya, tidaklah dikira sebagaipenyembelihan, kerana tidak ada niat untuk melakukan penyembelihan, maka tidak halalmemakan daging binatang tersebut.

4. Hendaklah binatang itu mati semata-mata disebabkan oleh penyembelihan (tidak dilakukansatu perbuatan lain yang boleh membawa maut kepada binatang itu ketika disembelih).

.

Apabila telah cukup segala rukun-rukun dan syarat-syarat penyembelihan yang tersebut, makahalal binatang itu, kecuali sembelihan yang dimaksudkan kepada selain Allah atau disebutkansewaktu menyembelihnya selain nama Allah, walaupun sembelihan itu mencukupi segala rukun-rukun dan syarat-syarat yang telah disebutkan.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: “Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu (memakan)bangkai, darah, daging babi, dan apa yang disembelih dengan menyebut selain nama Allah.” (SurahAl-Nahl: 115)

.

.

G. Hikmah Sembelihan

1. Boleh mematikan binatang dengan cara yang cepat dan selamat.2. Dapat mengeluarkan darah dan membersihkan daging darinya bagi menghindarkan penyakit.3. Memastikan daging bersih dan bermutu.4. Sebagai tanda penghormatan kepada makhluk-makhluk lain ciptaan Allah.5. Membezakan antara daging halal dan haram.6. Binatang yang disembelih tidak terseksa berbanding dengan cara lain.

.

Wallahua’lam bish showab

.

والسالم علبكم و رحمة هللا و بركاتھ

.

http://shafiqolbu.wordpress.com/ (http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/10/23/)

.