kertas kerja sekolah lestari 2014

8
MUKADIMAH Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar adalah program yang dicetuskan semasa Simposium Pendidikan Alam Sekitar untuk Pengetua-Pengetua Sekolah Peringkat Kebangsaan pada 27-30 Ogos 2001 di Melaka, yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) dengan kerjasama MaktabPerguruan Teknik, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pihak JAS, MOSTE dan KPM telah merangka draf Garis Panduan ke arah Pembentukan Sekolah Lestari dan draf ini dimurnikan dalam beberapa bengkel yang mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak iaitu agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan. Sekolah lestari adalah satu usaha bagi melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara. Dasar Alam Sekitar Negara mempunyai lapan prinsip dan tujuh strategi hijau. Strategi hijau pertama memfokuskan aspek pendidikan dan kesedaran yang memberi kefahaman tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari selaras dengan prinsip-prinsip pembangunan mampan. Pendidikan dan kesedaran terhadap alam sekitar memerlukan pengetahuan, kefahaman, perubahan sikap dan penyertaan masyarakat. Perkara ini perlu dipupuk seawal mungkin kerana ia akan menjadi faktor penentu ke arah amalan cara hidup yang mesra alam pada masa akan datang. Satu cara yang berkesan untuk memupuk kesedaran tentang alam sekitar adalah melalui

Upload: kadauwalee

Post on 19-Sep-2015

608 views

Category:

Documents


43 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

MUKADIMAHSekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar adalah program yang dicetuskan semasa Simposium Pendidikan Alam Sekitar untuk Pengetua-Pengetua Sekolah Peringkat Kebangsaan pada 27-30 Ogos 2001 di Melaka, yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) dengan kerjasama MaktabPerguruan Teknik, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pihak JAS, MOSTE dan KPM telah merangka draf Garis Panduan ke arah Pembentukan Sekolah Lestari dan draf ini dimurnikan dalam beberapa bengkel yang mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak iaitu agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan.Sekolah lestari adalah satu usaha bagi melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara. Dasar Alam Sekitar Negara mempunyai lapan prinsip dan tujuh strategi hijau. Strategi hijau pertama memfokuskan aspek pendidikan dan kesedaran yang memberi kefahaman tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari selaras dengan prinsip-prinsip pembangunan mampan.Pendidikan dan kesedaran terhadap alam sekitar memerlukan pengetahuan, kefahaman, perubahan sikap dan penyertaan masyarakat. Perkara ini perlu dipupuk seawal mungkin kerana ia akan menjadi faktor penentu ke arah amalan cara hidup yang mesra alam pada masa akan datang. Satu cara yang berkesan untuk memupuk kesedaran tentang alam sekitar adalah melalui institusi pendidikan terutamanya sekolah. Dalam usaha pembentukan sekolah mesra alam yang layak bergelar sekolah lestari-Anugerah Alam Sekitar, tumpuan perlu diberi kepada empat komponen asas iaitu Pengurusan, Kurikulum, Kokurikulum dan Penghijauan.

1. PROGRAM / PROJEKMembina tempat proses baja kompos

2. OBJEKTIF

2.1 Mewujudkan sebuah tempat pemprosesan baja kompos yang terletak di bahagian belakang surau sekolah.2.2 Menghasilkan baja kompos daripada najis kelawar yang akan diproses menjadi baja dengan campuran bahan lain.2.3 Mewujudkan jalinan dan kerjasama dengan Jabatan Pertanian dalam teknik penghasilan baja kompos.2.4 Menjimatkan penggunaan wang tanpa membeli baja kimia yang dijual dipasaran.

3. MATLAMAT

3.1 Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada warga sekolah betapa pentingnya alam sekitar kepada kehidupan sejagat.3.2 Mewujudkan kerjasama di antara semua warga sekolah dalam menguruskan sistem baja kompos yang dilaksanakan.3.3 Memberi ilmu pengetahuan kepada warga sekolah tentang cara atau kaedah pertanian yang terkini dan sistematik ke arah kehidupan yang lebih sejahtera.

4. AKTIVITI-AKTIVITI PROGRAM / PROJEK

4.1 Mengadakan kunjungan ke Pejabat Pertanian untuk mendapatkan info berkaitan teknik penghasilkan baja kompos.4.2 Kunjungan pegawai Jabatan Pertanian ke sekolah untuk melihat tempat yang sesuai bagi menghasilkan baja kompos.4.3 Memungut najis kelawar yang diperolehi dari kuarters guru dan kawasan sekolah.4.4 Mengumpul najis kelawar ditempat yang sesuai untuk dijadikan baja kompos.

5. STRATEGI PERLAKSANAANi)Merancang aktivitiii)Mesyuarat dan pembentukan jawatankuasa beserta senarai tugasiii)Perlaksanaan programiv)Post mortem, penilaian dan penambahbaikan.

6. SASARANMemastikan konsep kelestarian alam sekitar difahami dan dihayati dengan betul di kalangan warga sekolah. Membina hubungan dan jaringan dengan pihak luar yang berkepentingan dalam usaha mencapai matlamat menjadi sekolah lestari pada tahun 2016. Memanfaatkan penggunaan baja kompos dalam pertanian yang lebih selamat dan mengurangkan pencemaran alam sekitar.

7. TARIKH / MASA

BilTarikhAktiviti/Program

116.1.2014Kunjungan ke Jabatan Pertanian Kota Tinggi

220.1.2014Pegawai pertanian meninjau kawasan sekolah untuk menghasilkan baja kompos.

322.1.2014Ceramah penghasilan baja kompos (cadangan)

41.3.2014Pelaksanaan sistem penghasilan baja kompos di sekolah (cadangan)

8. KOS/PERBELANJAAN

BilPerkaraKos

1Upah penceramahRM100.00

2Makan minum peserta (60 orang x RM3)RM180.00

3BannerRM50.00

4Bahan untuk buat pondok (kayu,simen dan zink)RM800.00

5Upah RM300.00

6Makan minum pekerjaRM70.00

JumlahRM1500.00

9. SENARAI JAWATANKUASA

SK. LKTP SUNGAI SAYONGJAWATANKUASA KHUSUS SEKOLAH LESTARI PERINGKAT SK. LKTP SUNGAI SAYONG 2014

PENGERUSIEn. Md Yusoff bin AhmadiGuru Besar

TIM. PENGERUSIPn. Hjh Jawarmah bt Wagio GPK Kokurikulum

TIM. PENGERUSI 1En. Daud bin Jaafar (GPK HEM)

TIM. PENGERUSI 2En. Marozan bin AhmadGPK Kokurikulum

PENYELARASEn. Mohamed Asmadi bin Mohd Noor

SETIAUSAHAPn. Noratiqah bt Sohot

PENOLONG SETIAUSAHAPn. Yuzalitabinti Kamaruddin

BENDAHARIPn. Marina bt Mohamed

JAWATANKUASA PELAPORANPn. Azizah binti Suliman (Ketua)Pn. Norhaslinna binti SamsuriPn. Noratiqah bt Sohot

JAWATANKUASA PENGURUSANYM Raja Shaharudin bin Raja Abdullah (Ketua)En. Hairulnizam bin Ahmad

JAWATANKUASA KURIKULUMPn. Wan Sawiyah bt Wan Yusof (Ketua)Pn. Norlisa bt Yaacob

JAWATANKUASA KOKURIKULUMPn. Norafizah bt Yusof (Ketua)Pn. Hasifah bt Subtoo

JAWATANKUASA PENGHIJAUANEn. Salahuddin bin Abu Naim (Ketua)Pn. Zaiton bt Kadir

Disediakan oleh : Disahkan oleh : ..(Mohamed Asmadi Mohd Noor)Penyelaras Sekolah Lestari

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP SUNGAI SAYONG 81000 KULAIJAYA JOHOR DARUL TAKZIM

KERTAS CADANGANPROGRAM SEKOLAH LESTARI2013/2014

DENGAN KERJASAMAJABATAN PERTANIAN KOTA TINGGI