kertas kerja kaswita 2014

14
KERTAS KERJA KARNIVAL APRESIASI WANITA (KASWITA) TEMASYA GEMILANG KOLEJ KERIS MAS SESI 2013 / 2014 TARIKH 28-29 MAC 2014 TEMPAT KOLEJ KERIS MAS, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ANJURAN EKSEKUTIF PEMBANGUNAN SISWI II MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP) KOLEJ KERIS MAS SESI 2013 / 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ”MEREALISASIKAN HARAPAN MELEGASI KEUNGGULAN SISWI”

Upload: atikah-yahya

Post on 29-Jul-2015

56 views

Category:

Lifestyle


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja kaswita 2014

KERTAS KERJA

KARNIVAL APRESIASI WANITA

(KASWITA)

TEMASYA GEMILANG KOLEJ KERIS MAS

SESI 2013 / 2014

TARIKH

28-29 MAC 2014

TEMPAT

KOLEJ KERIS MAS,

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ANJURAN

EKSEKUTIF PEMBANGUNAN SISWI II

MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP)

KOLEJ KERIS MAS SESI 2013 / 2014

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

”MEREALISASIKAN HARAPAN MELEGASI KEUNGGULAN SISWI”

Page 2: Kertas kerja kaswita 2014

KARNIVAL APRESIASI WANITA

TEMASYA GEMILANG KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

28-29 MAC 2014

“MEREALISASIKAN HARAPAN MELEGASI KEUNGGULAN SISWI”

1

KERTAS KERJA

KARNIVAL APRESIASI WANITA

TEMASYA GEMILANG KOLEJ KERIS MAS

SESI 2013/2014

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Pengusulan kertas kerja ini adalah bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan

serta bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar untuk mengadakan Karnival

Apresiasi Wanita Kolej Keris Mas sesi 2013/2014.

2.0 PENGENALAN

Karnival Apresiasi Wanita (KASWITA), dengan tema ‘Merealisasikan Harapan

Melegasi Keunggulan Siswi’ yang dianjurkan oleh Eksekutif Pembangunan Siswi II,

Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Keris Mas sesi 2013/2014, Universiti Kebangsaan

Malaysia adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada golongan wanita

terutamanya mahasiswi. Di samping itu, karnival ini juga akan dijalankan di sekitar

kawasan Kolej Keris Mas dengan menyasarkan pengunjung daripada penghuni Kolej

Keris Mas sendiri dan penghuni kolej kediaman di sekitar Universiti Kebangsaan

Malaysia. Penglibatan pelajar dalam Karnival ini dapat melahirkan modal insan yang

dimahukan negara serta mengangkat martabat wanita dalam segenap aspek. Tambahan

pula, karnival sebegini dapat menonjolkan keupayaan serta kemampuan mahasiswi dalam

melaksanakan impian dengan penuh dedikasi dan bercita-cita tinggi. Impak daripada

karnival ini diharapkan dapat menjadi platform kepada wanita untuk merealisasikan

setiap impian dengan harapan dapat meneruskan lagi legasi keunggulan wanita pada

masa akan datang.

3.0 MISI

Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk

memastikan kelancaran program ini dengan

3.1 Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti supaya

dapat membentuk mahasiswa/i yang berketrampilan dan berdisiplin.

3.2 Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian yang ditetapkan dan

objektif yang telah digariskan.

Page 3: Kertas kerja kaswita 2014

KARNIVAL APRESIASI WANITA

TEMASYA GEMILANG KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

28-29 MAC 2014

“MEREALISASIKAN HARAPAN MELEGASI KEUNGGULAN SISWI”

2

3.3 Menjaga nama baik universiti dan kolej sebelum, sepanjang dan selepas

pelaksanaan program.

4.0 MATLAMAT

Pihak jawatankuasa pelaksana telah menetapkan matlamat penganjuran program adalah

4.1 Menjalankan aktiviti yang berunsurkan kewanitaan sepanjang karnival ini

berlangsung dengan penyertaan daripada mahasiswi Universiti Kebangsaan

Malaysia.

4.2 Memupuk semangat kerjasama dalam pasukan serta melahirkan sifat kepimpinan

dalam kalangan urusetia dan peserta program.

4.3 Melaksanakan program yang dapat meningkatkan daya kreativiti dan inovasi

daripada mahasiswi.

5.0 OBJEKTIF

Objektif penganjuran adalah berasaskan 8 kemahiran di dalam kontrak pembelajaran/

learning contract (LC) seperti berikut :

5.1 Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban (HPP1) : Sifat memastikan setiap

perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil

lewa dan “acuh tak acuh” tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.

5.2 Kemahiran Komunikasi (HPP2) : Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat

mencapai status negara maju, rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya

ketepatan, termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam

melaksanakan semua tugas dan kewajipan.

5.3 Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (HPP3)

: Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya

memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk

sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu

sepanjang hayat.

Page 4: Kertas kerja kaswita 2014

KARNIVAL APRESIASI WANITA

TEMASYA GEMILANG KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

28-29 MAC 2014

“MEREALISASIKAN HARAPAN MELEGASI KEUNGGULAN SISWI”

3

5.4 Kemahiran Membina Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme (HPP4) : Rakyat

Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan

tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua

pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan

sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.

5.5 Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik

(HPP5): Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang.

Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu

memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua

bidang yang diceburi.

5.6 Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan (HPP6) : Kesetiaan sepenuhnya

kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negara

yang tercinta.

5.7 Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan (HPP7): Ialah cara berhadapan

dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku

perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang lain.

5.8 Kemahiran Kreatif dan Inovatif (HPP8) : Adalah kesediaan kita sebagai rakyat

Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang

kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu

menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk

kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa

bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai.

6.0 TEMA

“MEREALISASIKAN HARAPAN MELEGASI KEUNGGULAN SISWI”

Tema ini dipilih berdasarkan kesesuaian nama program, matlamat serta objektif

penganjuran program yang ingin memberi pernghargaan kepada semua siswi dan kaum

wanita dengan merealisasikan setiap keinginannya dalam program yang akan

ditonjolkan. Selain itu, tema ini juga berkonsepkan penerusan kepada keunggulan yang

telah dicapai oleh kaum wanita pada masa hadapan dengan intipati yang lebih baik serta

dapat mengangkat nama siswi di persada dunia.

Page 5: Kertas kerja kaswita 2014

KARNIVAL APRESIASI WANITA

TEMASYA GEMILANG KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

28-29 MAC 2014

“MEREALISASIKAN HARAPAN MELEGASI KEUNGGULAN SISWI”

4

7.0 ANJURAN

Eksekutif Pembangunan Siswi II

Majlis Eksekutif Pelajar

Kolej Keris Mas

Sesi 2013/2014

Universiti Kebangsaan Malaysia

8.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:

Tarikh : 28 - 29 Mac 2014

Hari : Jumaat - Sabtu

Masa : Rujuk Lampiran B

9.0 TEMPAT PROGRAM

Lokasi karnival yang dicadangkan ialah di sekitar kawasan Kolej Keris Mas.

10.0 PUBLISITI

Publisiti bagi majlis ini akan dilaksanakan sekitar Kolej Keris Mas & Universiti

Kebangsaan Malaysia melalui

Poster

Banner

flyers

Laman sosial seperti facebook dan twitter

Skrin besar UKM

Poster akan ditampal di setiap blok kediaman dan di bangunan pentadbiran. Banner dan

kain rentang akan digantung di sekitar kolej. Jawatankuasa pelaksana juga bercadang

menghebahkan mengenai program ini menggunakan Facebook Kolej Keris Mas beberapa

minggu sebelum program ini berlangsung. Selain itu, hebahan akan dilakukan melalui

skrin besar UKM untuk hebahan ke seluruh UKM.

Page 6: Kertas kerja kaswita 2014

KARNIVAL APRESIASI WANITA

TEMASYA GEMILANG KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

28-29 MAC 2014

“MEREALISASIKAN HARAPAN MELEGASI KEUNGGULAN SISWI”

5

11.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Anggaran bilangan pengunjung :

1,000 orang warga UKM

1,000 orang pengunjung luar

Bilangan urusetia

13 orang termasuk Majlis Eksekutif Pembangunan Siswi II

12.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

13.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

14.0 PERINCIAN PROGRAM

14.1 Fashion Show (KKM Runway)

Seramai 15 orang peserta terpilih untuk menyertai pertandingan memperagakan

pakaian tajaan mengikut tema yang telah ditetapkan. Penilaian juri adalah

berdasarkan keyakinan para peserta disamping keunikan dan kecantikan pakaian

yang digayakan oleh mereka. Peserta juga diberi peluang untuk menampilkan gaya

yang tersendiri bagi memikat hati juri di samping menjadi persembahan

pembukaan bagi Karnival Apresiasi Wanita pada kali ini. Terdapat penyanyi yang

akan membuat persembahan saringan semasa peserta mengayakan pakaian

masing-masing untuk meningkatkan suasana di malam peragaan tersebut. Salah

seorang juri yang dipilih adalah daripada pihak penaja pakaian.

14.2 Pertandingan Masakan (Ketuk-ketuk Keris Mas)

Peserta terdiri daripada 2 atau 3 orang dalam satu kumpulan dan mereka

dikehendaki memasak menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan. Masa

yang diberikan ialah 1 jam. Peserta akan dinilai mengikut kreativiti dan rasa

masakan yang dihasilkan. Selain itu, peserta juga dibenarkan untuk membawa

barang-barang masakan sendiri. Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat

masakan di kalangan mahasiswi dan memupuk kerjasama dalam kumpulan.

Page 7: Kertas kerja kaswita 2014

KARNIVAL APRESIASI WANITA

TEMASYA GEMILANG KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

28-29 MAC 2014

“MEREALISASIKAN HARAPAN MELEGASI KEUNGGULAN SISWI”

6

14.3 Beauty Grooming and Personality Workshop

20 peserta terawal akan menerima goodies bag berisi alat kecantikan wajah.

Program bermula dengan slot ‘know your skin’ yang bertujuan untuk mengenal

jenis-jenis bentuk muka, mengetahui punca dan cara mengatasi kulit berminyak

dan panduan untuk menjaga kulit. Slot ini akan berlangsung selama satu jam.

Bagi slot kedua pula ialah slot tata rias muka ‘wakeup makeup’ yang memberi

peluang kepada para peserta untuk mempelajari teknik menata rias wajah dengan

betul. Slot yang ketiga ialah slot penggayaan tudung dan rambut yang sesuai,

menarik dan ‘trending’.

14.4 Program Kesihatan

14.4.1 Senam Sihat Siswi

Semua mahasiswi Kolej Keris Mas diwajibkan untuk menyertai senam sihat

siswi. Mereka dikehendaki untuk memakai pakaian yang telah diberikan yang

mempunyai lambang warna yang simbolik dengan kanser servik & barah

payudara. Program ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kesedaran kepada siswi

untuk menjaga kesihatan secara berterusan. Senamrobik ini akan berjalan selama

1 jam dengan memuatkan pelbagai jenis senamrobik seperti senam seni.

14.4.2 Ceramah Kesihatan

Pakar kanser akan menerangkan dengan lebih lanjut berdasarkan tajuk yang akan

diberikan. Program ini bertujuan mewujudkan kesedaran awal kepada wanita

untuk mencegah diri dari penyakit yang berbahaya. Pesakit sebenar dijemput

untuk akan menceritakan pengalaman, rutin harian yang perlu dihadapi,

kesusahan serta pembedahan yang telah dijalani kepada penonton. Terdapat sesi

soal jawab dengan penonton. Ceramah kesihatan ini akan berlangsung selama 1

jam 30 minit.

14.4.3 Penyerahan Memo Sokongan

Ucapan akan disampaikan oleh perasmi dan pengetua Kolej Keris Mas. Memo

sokongan ini akan diserahkan kepada naib presiden MAKNA beserta dengan

sumbangan kepada pesakit. Memo ini akan dikutip disekitar UKM yang

mempamerkan bentuk ciuman pada kain rentang oleh mereka yang menyokong

pesakit kanser untuk meneruskan kehidupan.

Page 8: Kertas kerja kaswita 2014

KARNIVAL APRESIASI WANITA

TEMASYA GEMILANG KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

28-29 MAC 2014

“MEREALISASIKAN HARAPAN MELEGASI KEUNGGULAN SISWI”

7

15.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

16.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila

hubungi :

Pejabat MEP,

Aras 2, Pusat Kemudahan Kolej,

Kolej Keris Mas,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 UKM Bangi,

Selangor Darul Ehsan.

(Noor Shahidah Binti Hassan – 0145362132 / 01111745110)

Tel : 03-8921 4010

Faks : 03-8921 4009

E-mel : [email protected]

Page 9: Kertas kerja kaswita 2014

KARNIVAL APRESIASI WANITA

TEMASYA GEMILANG KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

28-29 MAC 2014

“MEREALISASIKAN HARAPAN MELEGASI KEUNGGULAN SISWI”

8

17.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar kertas kerja Karnival Apresiasi Wanita Kolej Keris Mas ini

mendapat bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar Universiti Kebangsaan

Malaysia. Selain itu, adalah menjadi harapan agar program ini dapat dijayakan dengan

lancar dan mencapai segala objektif yang telah digariskan.

Disediakan oleh,

NOOR SHAHIDAH BINTI HASSAN

Ketua Pengarah

Karnival Apresiasi Wanita

Kolej Keris Mas

Sesi 2013/2014

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Disemak oleh,

MOHD ZULFIQAR BIN MOHD NOR

Ketua Pengarah

Temasya Gemilang Kolej Keris Mas

Sesi 2013/2014

Kolej Keris Mas

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Disokong oleh,

YANG MAISARA BT ISMAIL

Felo Penasihat

Eksekutif Pembangunan Siswi

Majlis Eksekutif Pelajar,

Kolej Keris Mas

Sesi 2013/2014

Disahkan oleh,

DR. RUSLIN BIN AMIR

Pengetua

Kolej Keris Mas

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tel : 03-8921 4009 (pejabat);

019-2686865 (tel. Bimbit)

Page 10: Kertas kerja kaswita 2014

KARNIVAL APRESIASI WANITA

TEMASYA GEMILANG KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

28-29 MAC 2014

“MEREALISASIKAN HARAPAN MELEGASI KEUNGGULAN SISWI”

9

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

KARNIVAL APRESIASI WANITA (KASWITA)

KOLEJ KERIS MAS

SESI 2013/2014

Penaung

Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin

Naib Canselor, UKM

Pengerusi

Y.Bhg. Prof. Ir. Dr. Othman A. Karim

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM

Penyelaras

Tuan Haji Musa Zainal Abidin Othman

Timbalan Pendaftar, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM

Penasihat Utama

Dr. Ruslin Bin Amir

Pengetua Kolej Keris Mas

Penasihat

En Ishak Abdul Rahman

Timbalan Pengetua Kolej Keris Mas

Muhammad Hafiz bin Md Saad

Felo Kanan Kolej Keris Mas

Felo Penasihat

Yang Maisara Binti Ismail

Felo Penasihat Majlis Eksekutif Pembangunan Siswi

Ketua Pengarah

Noor Shahidah Binti Hassan

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 2

A140246

014-5362132

Page 11: Kertas kerja kaswita 2014

KARNIVAL APRESIASI WANITA

TEMASYA GEMILANG KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

28-29 MAC 2014

“MEREALISASIKAN HARAPAN MELEGASI KEUNGGULAN SISWI”

10

Timb. Pengarah

Nur Hayati Binti Saleh

Fakulti Ekonomi & Pengurusan / 2

A140197

010-7066746

Setiausaha

Sazlin Nafiera Binti Mat Nudin

Fakulti Ekonomi & Pengurusan / 1

A143453

013-2290650

Bendahari

Noor Safenah Binti Mohd Harun

Fakulti Sains & Teknologi / 1

A145581

019-4541584

Pengarah Aktiviti Kesihatan : Sarah Syahirah Binti Mohamad Daud

Fakulti Ekonomi & Pengurusan / 2

A139645

011-15321002

Pengarah Aktiviti ‘Grooming’ : Nor Hafizah Binti Isa

Fakulti Ekonomi & Pengurusan / 1

A143496

013-4319297

Pengarah Aktiviti Masakan : Nuurzalifah Binti Mohd Ghazali

Fakulti Pendidikan / 2

A141326

014-2999100

Pengarah Aktiviti ‘Fashion Show’ : Nurul Fatihah Binti Yusuf

Fakulti Ekonomi & Pengurusan / 1

A143481

013-5342973

Page 12: Kertas kerja kaswita 2014

KARNIVAL APRESIASI WANITA

TEMASYA GEMILANG KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

28-29 MAC 2014

“MEREALISASIKAN HARAPAN MELEGASI KEUNGGULAN SISWI”

11

Pengarah Cenderamata & Sijil : Nurul Darliana Bt Darwis

Fakulti Ekonomi & Pengurusan / 1

A143200

014-5687679

Pengarah Publisiti & Penerbitan : Nurul Amira Binti Ishak

Fakulti Pendidikan / 2

A141441

017-5478055

Pengarah Protokol & Persembahan : Nurul Atikah Binti Yahya

Fakulti Sains & Teknologi / 1

A146098

019-6546176

Pengarah Teknikal & ICT : Rozaini Binti Abd Latif

Fakulti Teknologi & Sains Maklumat / 2

A142132

014-5005480

Pengarah Jamuan & Kebajikan : Nor Intan Azlina Binti Abdul Aziz

Fakulti Ekonomi & Pengurusan / 1

A143229

013-4612334

AtikahEbook
Highlight
Page 13: Kertas kerja kaswita 2014

KARNIVAL APRESIASI WANITA

TEMASYA GEMILANG KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

28-29 MAC 2014

“MEREALISASIKAN HARAPAN MELEGASI KEUNGGULAN SISWI”

12

LAMPIRAN B

ATURCARA PROGRAM

28 MAC 2014 (JUMAAT)

MASA PROGRAM TEMPAT

9 PAGI – 1.00 PTG

BEAUTY GROOMING AND

PERSONALITY WORKSHOP

BILIK KONVENSYEN KKM

4.00 PTG – 6.00 PTG

PERTANDINGAN MASAKAN

(KETUK-KETUK KERIS MAS)

RUANG LEGAR KAFE

KKM

9.00 MLM – 11.00 MLM FASHION SHOW (KKM

RUNWAY)

PENTAS UTAMA TG2KM

29 MAC 2014 (SABTU)

MASA PROGRAM TEMPAT

9.00 PAGI – 10.00 PAGI

SENAM SIHAT SISWI

PENTAS UTAMA TG2KM

10.00 PAGI -11.30 PAGI

CERAMAH KESIHATAN

DEWAN BESAR KKM

12.00 TGH

PENYERAHAN MEMO

SOKONGAN

PENTAS UTAMA TG2KM

Page 14: Kertas kerja kaswita 2014

KARNIVAL APRESIASI WANITA

TEMASYA GEMILANG KOLEJ KERIS MAS

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

28-29 MAC 2014

“MEREALISASIKAN HARAPAN MELEGASI KEUNGGULAN SISWI”

13

LAMPIRAN C

BELANJAWAN

Anggaran Pendapatan

Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA RM

1.

2.

3.

Tabung Pengetua Kolej Keris Mas

Jabatan Perkhidmatan Pelajar

Pusat Kepimpinan Wanita UKM

RM 2000

RM 1000

RM 2500

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 5500

BIL PERKARA RM

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

Tugas-Tugas Khas

i) Backdrop

Sijil & Cenderamata

i) Cenderamata Penceramah

ii) Hamper

Pengurusan program

i) Alat tulis & kertas A4 ii) Salinan hard copy pembentangan

Publisiti

i) Poster A3 & A4

Bayaran penceramah & Pengadil

Jamuan

i) VIP

ii) AJK

Rencam & Aktiviti

250

1400

250

500

1500

600

1000

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN

5500