kertas 3 spm 2014

Upload: ckg-rmy

Post on 02-Jun-2018

260 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    1/80

    HIMPUNAN CADANGAN SOALAN DAN JAWAPANSEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

    DISUSUN OLEH:CKGRMY KSAHALOR SETAR

    TEMA UMUM : Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat.

    Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan Malaysia telahdiperkemas berasaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    2/80

    Cadangan soalan dan jawapan Guru-guru daerah Sabak Bernam

    Aspek Perincian Markah

    Pengenalan 1. Demokrasi berparlimen di Malaysia 5 markah

    Isi danhuraian

    2. Ciri-ciri demokrasi berparlimen. 25 markah

    3. (soalan menganalisis salah satu dari ciri-ciri demokrasi berparlimen)

    (i). Perlembagaan melindungi kepentingan rakyat.a. Keluhuran perlembagaanb. Kepentingan perlembagaanc. Pindaan Perlembagaan

    (ii) Bidang kuasa Yang Dipertuan Agung (YDPA) mengikutPerlembagaan Malaysia .

    (iii) Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan dengan konseppengasingan kuasa.

    a. Badan Perundanganb. Badan Pelaksanac. Badan Kehakiman

    (iv) Sistem pilihan raya merupakan proses memilih wakil rakyat untukmemerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan.

    a. Fungsi SPR, Pilihan Raya Umum / Pilihan Raya Kecilb. Proses Pilihan Rayac. Syarat calon dan pengundi

    30 markah

    4. Peranan rakyat Malaysia dalam sebuah negara yangmengamalkan demokrasi berparlimen.

    10 markah

    5. Kejayaan negara melalui amalan sistem demokrasi berparlimen. 10 markah

    6. Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistempemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah untukmengatasi cabaran tersebut. 10 markah

    7. Nilai-nilai murni. 5 markah

    Kesimpulan 8. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan.a) Pengetahuan yang diperolehb) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara

    c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang lebihharmoni dan stabil.

    5 markah

    1. Demokrasi berparlimen di Malaysia ( 5 markah )

    Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan RajaBerperlembagaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Demokrasiberparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    3/80

    Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Dalam sistem pemerintahan demokrasiberparlimen rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melaluipilihan raya. Mereka berhak menyokong, mengekalkan, atau menukarkan kerajaan yang sediaada melalui pilihan raya. Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil.

    2. Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen ( 25 markah )

    1. PERLEMBAGAANMaksud perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada

    pembentukan sesebuah negara. Tujuan perlembagaan menjadi dokumen rasmi negara. Terdiridaripada segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakankuasanya dan mentadbir negara. Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tujupentadbiran negara. Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melaluiperuntukan yang terkandung di dalamnya. Perlembagaan Malaysia diperkenalkan pada 16September 1963 yang mempunyai 183 perkara. Perlembagaan ini terdiri daripada peruntukanseperti Senarai Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Senarai Bersama.Mempunyai institusiYang di Pertuan Agung, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman. Perlembagaan

    Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan KerajaanNegeri.

    2. RAJA BERPERLEMBAGAANMaksud Raja Berperlembagaan ialah sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan

    dalam Perlembagaan Malaysia. Jawatan Yang di Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957.Yang diPertuan Agong merupakan tonggak negara dan ketua utama negara. Simbol keutuhandan perpaduan rakyat. Yang di Pertuan Agong bertindak berdasarkan perlembagaan dan atasnasihat Pedana Menteri. Yang diPertuan Agong tidak boleh bertindak sendiri kecuali perkaratertentu yang memerlukan budi bicara baginda dalam membuat keputusan. Yang di PertuanAgong dipilih daripada kalangan sembilan orang raja Melayu daripada sembilan buah negerisecara bergilir-gilir. Pemilihan Yang di Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalamPerlembagaan Malaysia.

    3. KUASA PEMERINTAHANMalaysia merupakan negara Demokrasi Berparlimen yang mengamalkan konsep

    pengasingan kuasa. Kuasa pemerintahan dibahagi kepada tiga iaitu Badan Perundangan, BadanPelaksana dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegang oleh pihak yang berasinganuntuk mengelakkan pembolotan kuasa.

    4. PILIHAN RAYAPilihan raya adalah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada

    peringkat negeri atau persekutuan. Pemilihan dilakukan secara sulit dengan menggunakan

    prosedur yang telus dan teratur. Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannyadirekodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang. Pilihan raya merupakan ciripenting sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Pilihan raya di Malaysia dijalankan olehSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    5. PARTI-PARTI POLITIKParti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik, untuk

    mencapai matlamat bersama. Parti-parti politik ini berjuang untuk mendapatkan kuasa. Ahli-ahlinya membayar yuran keahlian dan selalunya memberi kesetiaan dan komitmen terhadapperjuangan parti. Sikap perkauman juga menjadi asas pembentukan dan penyatuan ahli-ahli

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    4/80

    parti. Parti-parti ini ditubuhkan dengan matlamat untuk menyatu dan memelihara kepentingankaum masing-masing. Contoh parti UMNO untuk mewakili orang Melayu, parti MCA mewakili kaumCina dan pati MIC mewakili orang India.

    3. (i) Perlembagaan melindungi kepentingan rakyat.

    a ) Keluhuran perlembagaanb ) Kepentingan perlembagaanc ) Pindaan Perlembagaan ( 30 markah )a) Keluhuran Perlembagaan

    Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara yang ketiga. KeluhuranPerlembagaan bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atauperlembagaan itu sendiri. Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi yang dipertuanAgong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah. Dengan itu, semua jenis undang-undangyang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah.

    Selain itu, undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.Perkara 75 menyatakan, undang-undang negeri yang bertentangan dengan PerlembagaanPerekutuan adalah terbatal dengan sendirinya. Perlembagaan Persekutuanmemperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk membatalkan akta yang diluluskan diluar bidang kuasa parlimen atau bercanggah dengan perlembagaan Malaysia. Mahkamahberkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran danketertinggian Perlembagaan Malaysia.

    b) Kepentingan perlembagaan

    Perlembagaan berperanan untuk menjamin kestabilan politik sesebuah negara denganmenentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Perlembagaan membantu dalam

    menjamin kecekapan, pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan. Setiap pemimpinmemerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendakperlembagaan dan aspirasi rakyat.

    Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepadasebuah negara. Rakyatnya yang memegang matlamat yang sama supaya semangatpatriotisme dapat dibentuk. Perkara 24 Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorangyang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya. Perkara25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jikaterbukti tidak setia kepada negara ini. Tujuaannya supaya rakyat memberikan sepenuhketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia.

    Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini. Setiapwarganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan, beragama danmemiliki harta. Dengan ini, rakyat mengetahui had kebebasan mereka disisi undang-undang.

    Perlembagaan Malaysia dalam Perkara 153 memperuntukkan peranan Yang di-PertuanAgong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu danbumiputera Sabah dan Sarawak. Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalamperkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan serta pemberian lessen perniagaandan perdagangan. Walaubagaimanapun, perlembagaan juga memastikan Pekara 153

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    5/80

    tersebut dilaksanakan dengan berhati-hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikankaum-kaum lain.

    Perlembagaan Malaysia juga menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan kepentinganbersama antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Negeri. Perlembagaan menjadirujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri. Dengan cara

    ini sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan.

    Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputeradi Sarawak dan Sabah tidak dipersoalkan. Ini adalah jaminan yang ditetapkan olehPerlembagaan Malaysia sebelum Sarawak dan Sabah menyertai Persekutuan Malaysiapada tahun 1963. Kerajaan Persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidangpendidikan dan kesihatan untuk membantu memesatkan pembangunan di negeri Sarawakdan Sabah.

    c) Pindaan Perlembagaan

    Sejak tahun 1957 Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali. Pindaan inibertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara danmelicinkan urusan pentadbiran Negara. Perlembagaan perlu dipinda supaya sentiasarelevan dan sesuai dengan keperluan semasa. Pindaan ini juga menjadikan perlembagaansebagai undang-undang yang munasabah dan kandungannya dipatuhi oleh rakyatdengan rela hati.

    Perlembagaan juga telah dipinda bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secaraterbuka. Antara perkara sensitif dalam perlembagaan yang tidak boleh dipersoalkantermasuklah pemerintahan beraja, agama Islam, kedudukan bahasa Melayu dan hakistimewa orang Melayu.

    Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang menghadkan seseorangindividu daripada bercakap sewenang-wenangnya sehingga menyentuh perkara yangsensitif yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum di negara ini. Tujuannya untukmemelihara keselamatan, ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dinegara kita. Antara pindaan terbesar yang telah dibuat termasuklah pemansuhan imuniti(kekebalan) bagi Yang di Pertuan Agong dan Raja yang memerintah negeri daripadakesalahan jenayah.

    Pindaan Perlembagaan terbahagi kepada 4 kaedah pindaan. Kaedah pertama denganpersetujuan majoriti lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen dan Persetujuan Majlis Raja-Raja. Antara perkara pindaan ialah tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja Melayu,kewarganegaraan, keutamaan Yang Di Pertuan Agong dan Raja Pemaisuri Agong, Raja-raja dan Yang di Pertua Negeri, Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputeraSarawak dan Sabah dan perubahan sempadan negeri.

    Kaedah kedua dengan persetujuan majoriti lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen dankelulusan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah. Antara perkara pindaan ialahkeanggotaan dan bidang kuasa mahkamah Tinggi di Sarawak dan Sabah. Seterusnya hakdan kuasa kepada kerajaan negeri tentang kuasa menahan kemasukan orang yang bukandari Sarawak dan Sabah.

    Kaedah ketiga dengan persetujuan lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen. Antaraperkara pindaan yang tidak di sebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    6/80

    Kaedah keempat ialah persetujuan lebih suara dewan parlimen. Antara pindaan yangboleh dibuat ialah pindaan perkara 74 dan 76 dalam perlembagaan. Dalam perkara 74,parlimen boleh membuat atau meminda undang-undang mengenai perkara yang disebutdalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Dalam perkara 76, parlimen bolehmembuat undang-undang dalam senarai Negeri yang melibatkan pelaksanaan, perjanjian

    atau konvensyen antara persekutuan dengan mana-mana negara lain.

    4. (ii) Bidang kuasa Yang Dipertuan Agung (YDPA) mengikut Perlembagaan Malaysia.( 30 markah )

    Mengikut Perlembagaan Malaysia, Yang Di-Pertuan Agung (YDPA) merupakan ketua negaradan mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan, Badan Pemerintah danBadan Kehakiman. YDPA merupakan satu daripada tiga unsur parlimen. Bagindamempunyai kuasa memanggil dan membubarkan parlimen. Selain itu, baginda merupakanKetua Tertinggi Angkatan Bersenjata. YDPA berkuasa mengampunkan dan menangguhkansesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera.

    Di samping itu, baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hakistimewa orang Melayu. Baginda boleh menitahkan majlis raja-raja Melayu mengadakanmesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaanraja-raja Melayu.

    Dalam pada itu, YDPA merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri baginda sendiri, PulauPinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak. Selain itu, YDPA mempunyaikuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Baginda juga, mempunyai kuasamelantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapatnasihat Perdana Menteri.

    Selain itu, YDPA boleh mengisytiharkan undang- undang darurat di bawah Undang-undangX jika mendapati keselamatan negara terancam. Baginda juga melantik pengerusi dan tigaorang ahli Suruhanjaya Pilihan raya, ahli Perkhidmatan Kehakiman, serta Pengerusi danTimbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Baginda juga bertanggungjawabmelantik peguam negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan. YDPAmempunyai kuasa tertinggi untuk mentauliahkan duta-duta negara kita.

    3. (iii) Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan dengan konsep pengasingan kuasa.a. Badan Perundanganb. Badan Pelaksanac. Badan Kehakiman ( 30 markah )

    a. Badan Perundangan

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    7/80

    Perundangan merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan perundanganyang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsinya ialah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen merupakan badanperundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang. Terdiri daripadaYang di Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

    Dewan NegaraMerupakan dewan tertinggi dalam system pemerintahan negara. Mempunyai 69 orangahli, 26 dipilih dari 13 buah negeri. Yang lain dilantik oleh Yang diPertuan Agong terdiridaripada individu yang member sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam,bidang professional atau bidang tertentu. 2 orang pula dilantik mewakili WilayahPersekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan. Ahli Dewan Negara digelarSenator dilantik tanpa bertanding dalam pilihanraya. Senator memegang jawatan bagitempuh 3 tahun dan berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama denganahli Parlimen dan boleh dilantik menjadi Jemaah Menteri.

    Dewan Rakyat

    Ahlinya dipilih melalui pilihanraya umum. Mempunyai 219 ahli yang mewakili semuakawasan pilihan diseluruh negara. Tempuh jawatan adalah 5 tahun. Tugasnya menggubaldan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat. Undang-undang yangdigubal oleh Parlimen dikenali sebagaiAkta, manakala yang digubal Dewan UndanganNegeri dinamakan Enakmen. Yang digubal di Dewan Undangan Negeri Sabah danSarawak dinamakan Ordinan.

    b. Badan Pelaksana

    Kabinet (Jemaah Menteri)Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan.Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri atau Kabinetialah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menterimerupakan Ketua Jemaah Menteri.

    KementerianPerdana Menteriatau Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuah atau beberapakementerian. Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan,merancang dan menyelaraskan program pembangunan ekonomi dan sosial negara kita.Pada masa ini terdapat dua puluh enam buah kementerian yang bertanggungjawabdalam semua perkara. Setiap kementerian diketuai oleh seorang menteri dan dibantuoleh timbalan menteri, setiausaha parlimen dan setia usaha politik. Seseorang menteriyang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak

    Berportfolio dan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.

    Perkhidmatan AwamPerkhidmatan Awam di Malaysia di ketuai oleh Ketua Setiausaha Negara yangbertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaaan. Padaperingkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementeriandibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan pegawai

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    8/80

    perkhidmatan awam. Kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dantugas yang ditetapkan oleh kerajaan.

    Jabatan Kerajaan

    Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Pengarah. Sesebuah kementerian padakebiasaannya mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah.

    Badan Berkanun

    Merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu.Iamempunyai peruntukan kewangan sendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuah lembagapengarah yang bertanggungjawab kepada menteri yang berkenaan. Merekamempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab untuk mempercepatkan pentadbirandan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun kerajaan. Contoh nyaLembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Institut Penyelidikan PerhutananMalaysia (FRIM).

    SuruhanjayaDitubuhkan untuk mengendalikan urusan perlantikan, kenaikan pangkat dan memantaudisiplin kakitangan awam. Contohnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan SuruhanjayaPerkhidmatan Pendidikan.

    c. Badan Kehakiman

    Mempunyai kuasa mendengar dan menetukan perkara sivil dan jenayah. Perkara sivilberkaitan dengan saman, manakala jenayah pula melibatkan kanun keseksaan.Menetukankesahihanundang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan badanpelaksana. Mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.

    Sistem mahkamah diwujudkan untuk melaksanakan tugas kehakiman. Tugas mahkamahpula mentafsir perlembagaan negara, mentafsir undang-undang, mengisytiharkanundang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mengisytiharkansesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang. Mahkamah tidak bolehmeminda undang-undang kerana pindaan tertakluk pada badan perundangan atauparlimen. Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hieraki piramid. Melalui sistemini, individu atau kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah bolehmembuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. Semua hakim dilantik oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Seorang hakim tidak boleh dipecat tanpasebarang sebab yang munasabah. Hakim tidak boleh mengambil bahagian dalam

    politik. Peguam Negara merupakan penasihat undang-undang kerajaan dibantu olehpegawai perkhidmatan undang-undang dan kehakiman.

    3. (iv) Sistem pilihan raya merupakan proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama adapada peringkat negeri atau persekutuan.

    a. Fungsi SPR, Pilihan Raya Umum / Pilihan Raya Kecilb. Proses Pilihan Rayac. Syarat calon dan pengundi ( 30 markah )

    a. Fungsi SPR, Pilihan Raya Umum / Pilihan Raya Kecil

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    9/80

    Fungsi SPR ialah menentukan semapadan-sempadan pilihanraya, menjalankanpendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya sama ada pilihanraya umum ataupilihan raya kecil. SPR juga menubuhkan urus setia yang di ketuai oleh seorang setiausahayang berperanan sebagai ketua eksekutif dan ketua pentadbir urus setia. Mereka dibantuoleh sekumpulan kakitangan awam. Urus Setia SPR diwajibkan mengikuti panduan dan

    dasar SPR. Tujuaannya untuk memastikan pilihan raya di jalankan dengan efektif dan adil.

    Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli dewan rakyat dan ahli dewan undangannegeri secara serentak di seluruh semenanjung Malaysia manakala di Sarawak dan Sabahpula di adadakan secara berasingan.

    Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasanparlimen atau Dewan Undangan Negeri. Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian, peletakan jawatan dan perlucutan jawatan. Pilihan rayakecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi semenanjung Malaysia dan 90 hari bagiSarawak dan Sabah selepas kekosongan itu.

    b. Proses Pilihan Raya

    Proses pilihan raya Malaysia bermula dengan penetapan tarikh penamaan calon danpengundian oleh SPR. Hari penamaan calon dijalankan. Parti yang bertandingmenyediakan manifesto dan pelancaran kempen pilihan raya di buat. Tempohberkempen adalah 7 hingga 15 hari sahaja. SPR mengumumkan tempat pengundian dantempat pengiraan undi. Pada hari mengundi, pengundi diberikan kertas undi yangmengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih ditempat pengundian. Pembuangundi dibuat oleh pengundi dengan memangkah calon pihannya pada kertas undi danmemasukkan kertas tersebut ke dalam peti undi. Selepas tamat tempoh pengundian,pengiraan undi dijalankan. Pegawai pilihan raya akan membuat pengumuman keputusanpilihan raya pada hari tersebut.

    c. Syarat calon dan pengundi

    Syarat menjadi calon pilihan raya ialah mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun,bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak memegang

    jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan olehmahkamah.

    Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli parlimen atau ahli dewanundangan negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidakkurang RM2000 dan belum mendapat pengampunan. Calon boleh bertanding atas namaparti atau atas nama individu sebagai calon bebas. Mereka harus mengemukakan kertaspenamaan calon pada hari penamaan calon.

    Seseorang yang layak mengundi namanya mesti didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih.Menurut Perkara 119 Perlembagaan Malaysia seseorang warganegara yang berumur 21tahun bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya,dewan rakyat atau dewan undangan negeri boleh mengundi. Seorang pengundi hanyaboleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja. Perlembagaanmembenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawaikerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama merekaterdaftar sebagai pengundi.

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    10/80

    4. Peranan rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasiberparlimen.

    ( 10 markah )

    Sebagai rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen kitaseharusnya mendaftarkan diri sebagai pengundi atau pemilih dan menjalankan tanggungjawabsebagai pengundi. Selain itu, kita haruslah mematuhi undang-undang negara dan menghormatiprinsip-prinsip Rukun Negara.Kita juga tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif yang boleh mengganggu keharmonian negara. Ibubapa haruslah menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Semua rakyatharuslah setia kepada raja dan negara.Sebagai warganegara Malaysia, kita juga harus mengamalkan amalan agama masing-masingdan menghormati amalan agama kaum-kaum lain. Di samping itu, kita haruslah membinahubungan mesra antara kaum di negara kita. Sebagai warganegara kita juga haruslah bersediamenerima dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan.

    5. Kejayaan negara melalui amalan sistem demokrasi berparlimen. @Bukti keberkesanan kejayaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita. @Mengapakah Malaysia memilih sistem demokrasi berparlimen.

    ( 10 markah ) Antara kejayaan negara melalui pengamalan sistem demokrasi berparlimen adalah dapatmemilih pemimpin yang berwibawa. Selain itu, rakyat hidup dalam keadaan aman. Dalam masayang sama, pembangunan ekonomi dapat berkembang dengan pesat. Selain itu, perpaduanantara kaum dapat dikekalkan. Dasar-dasar negara juga dapat diteruskan.Di samping itu, imej negara dapat ditingkatkan. Rakyat juga boleh mengemukakan pandanganmasing-masing. Demokrasi berparlimen memastikan pemimpin tidak berkuasa mutlak. Rakyat juga

    akan menjadikan perlembagaan sebagai panduan. Di samping itu, hak asasi rakyat terjamin.Selain itu, taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah dapat ditingkatkan dan prasarana luarbandar serta pedalaman dapat di perkasa. Akhir sekali, sistem demokrasi berparlimen juga dapatmelahirkan modal insan yang mempunyai jati diri.

    6. Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasiberparlimen dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.

    ( 10 markah ) Contoh Jawapan 1 Antara cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahandemokrasi berparlimen ialah penyebaran isu-isu sensitif yang boleh menggangguperpaduan kaum. Selain itu, gejala rasuah yang berleluasa dalam negara turut berlaku.Kalangan generasi muda juga, tiada kesedaran untuk menunaikan tanggungjawabsebagai pengundi. Kebebasan media massa turut memberi kesan negatif terhadapkeharmonian negara di samping campur tangan pihak luar. Akhir sekali, semangat cintaakan negara semakin luntur dalam diri generasi kini.

    Langkah-langkah untuk mengatasinya ialah melalui didikan ibu bapa tentang nilai-nilaimurni dan pengukuhan pengetahuan agama sejak kecil. Selain itu, penguatkuasaanterhadap penyalahgunaan media massa kepada pengguna yang tidak

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    11/80

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    12/80

    diplomasi antara pemimpin dan rakyat amat perlu untuk memelihara kepentinganbersama.

    8. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan.a) Pengetahuan yang diperolehb) Iktibar kepada diri, bangsa dan negarac) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang lebih harmoni dan stabil.

    ( 5 markah )Pengetahuan yang diperoleh ialah sistem pemerintahan demokrasi berparliman merupakansistem yang terbaik kerana memberikan ruang kepada rakyat untuk membuat keputusanmemilih pemimpin melalui sistem pilihan raya yang telus dan adil agar dapat membentukkerajaan yang mantap.

    Iktibar kepada diri, bangsa dan negara adalah kerjasama antara pemimpin dan rakyatmenjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.

    Harapan saya, saya mengharapkan Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat dan

    disegani di persada dunia.

    Pulau PinangAspek Perincian Markahp

    Pengenalan 1. Pengertian perlembagaan. 5 markah

    Isi dan Huraian

    2. Kepentingan perlembagaan 15 markah3. Proses pindaaan perlembagaan

    (a) Kaedah pindaan Perlembagaan

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    13/80

    Kesimpulan

    (b) Perkara pindaan Perlembagaan(c) Perkara yang tidak boleh dipersoalkan

    dalam Perlembagaan20 markah

    4. Institusi Raja Berperlembagaan(a) Yang di-Pertuan Agong(b) Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong

    20 markah

    5. Pengaruh Islam dalam institusi pemerintahan beraja

    10 markah

    6. Keunikan pemerintahan beraja dalam sistemdemokrasi di Malaysia

    10 markah

    7. Cabaran yang dihadapi untuk mengekal danmempertahankan institusi beraja serta langkahuntuk mengatasi cabaran tersebut

    10 markah

    8. Iktibar yang diperoleh daripada pengamalansistem Raja Berperlembagaan di Malaysia.

    5 markah

    9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telahdibincangkan

    (a) Pengetahuan yang diperoleh(b) Nilai-nilai murni yang diperoleh

    daripada prinsip kedua Rukun Negaraiaitu kesetiaan kepada raja dan Negara.

    (c) Harapan menjadikan bangsa dan negaraMalaysia cemerlang dan terbilang

    5 markah

    1. MAKSUD / PENGERTIAN PERLEMBAGAAN

    Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada

    pembentukan sesebuah kerajaan. Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan didalamnya

    terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan

    kuasanya dan mentadbir negara. Perlembagaan Malaysia diperkenalkan pada 16 September 1963

    dan mengandungi 183 perkara. Perlembagaan ini mengandungi pelbagai peruntukan seperti

    senarai kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, institusi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen,

    Jemaah Menteri dan badan Kehakiman. Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian

    kuasa antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Negeri.

    2. KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN

    Kepentingan perlembagaan adalah untuk menjamin kestabilan sesebuah negara denganmenentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Perlembagaan membantu dalam menjamin

    kecekapan, kejujuran, ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan.

    Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya menepati

    kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat.

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    14/80

    Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara.

    Rakyatnya memegang matlamat yang sama supaya semangat patriotisme dapat dibentuk.

    Perkara 24 Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara

    lain akan dilucutkan kewarganegaraannya. Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang

    warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini.

    Tujuannya supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan

    identiti negara dan bangsa Malaysia.

    Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini. Setiap

    warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan, beragama dan memiliki

    harta. Dengan ini rakyat mengetahui had kebebasan mereka di sisi undang-undang.

    Perlembagaan Malaysia, dalam Perkara 153 memperuntukkan peranan Yang di-Pertuan Agong

    dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera diSarawak dan Sabah. Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam,

    biasiswa, kemudahan pendidikan serta pemberian lesen perniagaan dan perdagangan. Walau

    bagaimanapun, perlembagaan juga memastikan Perkara 153 tersebut dilaksanakan dengan

    berhati-hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum yang lain.

    Perlembagaan Malaysia juga menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan kepentingan

    bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Perlembagaan menjadi rujukan

    utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri. Dengan cara ini sistem

    pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan. Pembahagian ini menjelaskan

    Perlembagaan Negeri pula tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.

    Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di

    Sarawak dan Sabah tidak dipersoalkan. Hal ini adalah jaminan yang ditetapkan oleh

    Perlembagaan Malaysia sebelum Sarawak dan Sabah menyertai persekutuan Malaysia pada

    tahun 1963.

    3. PROSES PINDAAN PERLEMBAGAAN

    A. KAEDAH PINDAAN PERLEMBAGAAN

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    15/80

    Kaedah Pindaan Perlembagaan yang pertama ialah berdasarkan persetujuan majoriti lebih suara

    dua pertiga Dewan Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja.

    Kaedah Kedua berdasarkan persetujuan majoriti lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen dan

    kelulusan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah.

    Kaedah Ketiga pula berdasarkan persetujuan lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen manakala

    Kaedah Keempat pula berdasarkan persetujuan lebih suara Dewan Parlimen.

    B. PERKARA PINDAAAN PERLEMBAGAAN

    Perkara-perkara pindaan bagi kaedah pindaan pertama melibatkan tugas dan kuasa Majlis Raja-

    Raja Melayu dan kewarganegaraan. Selain itu, ia juga berkaitan dengan keutamaan Yang di-

    Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Raja-Raja dan Yang Dipertuan Negeri. Ia juga

    melibatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah serta

    perubahan sempadan negeri.Pindaan perlembagaan dalam kaedah kedua melibatkan keanggotaan dan bidang kuasa

    Mahkamah Tinggi di Sarawak dan Sabah. Ia juga merangkumi hak dan kuasa kepada Kerajaan

    Negeri tentang kuasa menahan kemasukan orang yang bukan dari Sarawak dan Sabah iaitu

    dalam Akta Imigresen 1961. Perkara perundangan dan pemerintahan kuasa negeri, agama,

    bahasa dan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah juga merupakan

    perkara pindaan Kaedah Kedua.

    Perkara-perkara yang tidak disebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan adalah merupakan

    perkara pindaaan Kaedah Ketiga.

    Pindaan perlembagaan dalam Kaedah Keempat ialah pindaan jadual 2, 6 dan 7, bahagian 111

    tentang kewarganegaraan, bentuk sumpah, ikrar, pemilihan dan persaraan ahli Dewan Negara

    serta persempadanan pilihan raya.

    Perkara pindaan dalam Kaedah Keempat juga melibatkan pindaan Perkara 74 dan 76 dalam

    Perlembagaan. Dalam Perkara 74, Parlimen boleh membuat atau meminda undang-undang

    mengenai perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Hal yang sama

    juga boleh dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri bagi perkara yang berhubung dengan

    Senarai Negeri atau Senarai Bersama yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.

    Selain itu, pindaan perlembagaan dalam Kaedah Keempat juga terkandung dalam Perkara 76

    iaitu Parlimen boleh membuat undang-undang dalam Senarai Negeri yang melibatkan

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    16/80

    pelaksanaan persetiaan, perjanjian atau konvensyen antara persekutuan dengan mana-mana

    negara lain.

    C. PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIPERSOALKAN DALAM

    PERLEMBAGAAN

    Perkara yang tidak boleh dipersoalkan dalam Perlembagaan ialah perkara-perkara sensitif yang

    melibatkan pemerintahan beraja, agama Islam, kedudukan bahasa Melayu dan hak istimewa

    orang Melayu.

    Parlimen juga telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang mengehadkan seseorang

    individu daripada bercakap sewenang-wenangnya sehingga menyentuh perkara yang sensitif

    yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum di negara ini.

    4. INSTITUSI RAJA BERPELEMBAGAAN

    A. YANG DI-PERTUAN AGONG Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957. Yang di-Pertuan Agong

    merupakan tonggak negara dan ketua ulama negara. Selain itu, Yang di-Pertuan Agong

    merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di negara ini.

    Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana

    Menteri. Semasa menjalankan tugasnya, baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam

    perkara tertentu yang memerlukan budi bicara baginda untuk membuat keputusan.

    Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu daripada

    sembilan buah negeri Melayu secara bergilir-gilir. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat

    mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

    B. BIDANG KUASA YANG DI-PERTUAN AGONG

    Yang di-Pertuan Agong mempunyai bidang kuasa mengikut Perlembagaan Malaysia iaitu

    sebagai ketua negara, Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan kerajaan, iaitu Badan

    Perundangan (Legislatif), Badan Pemerintah (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari).

    Selain itu, Yang di-Pertuan Agong merupakan satu daripada tiga unsur Parlimen. Baginda

    mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan Parlimen.

    Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong juga ialah baginda merupakan Ketua Angkatan Bersenjata

    dan baginda juga berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap

    kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera.

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    17/80

    Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang-orang

    Melayu. Di samping itu, baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan

    mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja-

    Raja Melayu.

    Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau

    Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah. Baginda juga mempunyai kuasa

    budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Selain itu, baginda mempunyai kuasa melantik dan

    melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana

    Menteri.

    Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong yang lain ialah boleh mengisytiharkan undang-undang

    darurat di bawah Undang -undang X jika mendapati keselamatan negara terancam.

    Baginda melantik Pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, ahli PerkhidmatanKehakiman, serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhajaya Perkhidmatan Awam. Selain

    itu, baginda bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi

    persekutuan. Baginda juga mempunyai kuasa tertinggi untuk mentauliahkan duta-duta negara

    kita.

    5. PENGARUH ISLAM DALAM INSTITUSI PEMERINTAHAN BERAJA

    Pengaruh Islam dalam institusi beraja ialah peranan raja dan institusi raja dalam penyebaran

    agama Islam dan mempertahankan cara hidup Islam. Raja-raja Melayu mempunyai peranan

    yang sangat besar iaitu ketua agama Islam bagi negeri masing masing. Fakta Sejarah

    membuktikan, apabila raja sesebuah negeri memeluk agama Islam, rakyatnya akan mengikuti

    jejak langkah raja tersebut memeluk agama Islam. Raja-raja juga didapati telah menggunakan

    peluang memerintah untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan mengikut hukum syarak, antaranya

    adalah mendaulatkan undang-undang Islam. Raja-raja boleh memerintahkan agar diadakan

    pelbagai peraturan yang berkaitan dengan agama seperti menubuhkan sebuah majlis agama Islam

    yang berfungsi sebagai penasihat kepada raja raja Melayu terhadap perkara-perkara yang ada

    kaitannya dengan hukum hakam agama. Raja-raja Melayu mempunyai hubungan rapat dengan

    para pembesar negara dalam kalangan ulama. Hal ini membuktikan institusi beraja menerima

    pengaruh agama Islam. Pengaruh Islam juga dapat dilihat dalam istilah-istilah Islam yang pernah

    digunakan kepada raja raja Melayu. Contohnya ialah istilah al -muttawakkil yang tertulis pada

    dinar emas yang dijumpai di Kelantan pada tahun 1914. Al-Muttawakkil adalah gelaran raja

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    18/80

    yang bermaksud orang yang bertawakkal iaitu bertawakal kepada Allah s.w.t. Hal ini

    menjelaskan bahawa al-Muttawakil adalah gelaran kepada seorang raja yang pernah memerintah

    kerajaan Islam di Kelantan pada abad ke-12. Selain itu, raja-raja mempunyai gelaran lain yang

    berunsurkan Is lam seperti Sultan, Syah dan khalifah. Penggunaan khalifah dijumpai dalam

    Hukum Kanun Pahang.

    6. KEUNIKAN PEMERINTAHAN BERAJA DALAM SISTEM DEMOKRASI DI

    MALAYSIA

    Keunikan intitusi beraja adalah merupakan simbol ketamadunan bangsa yang diwarisi sejak

    zaman Kesultanan Melayu Melaka. Selain itu, institusi beraja juga adalah unik kerana jawatan

    raja sebagai ketua negara atau Yang di-Pertuan Agong adalah dilantik dalam kalangan sembilan

    sultan atau raja yang memerintah negeri dan bertukar mengikut giliran. Hal ini juga

    melambangkan keyakinan rakyat terhadap sistem demokrasi. Di samping itu , Yang di-PertuanAgong adalah individu yang terutama di Malaysia dan pelantikan baginda adalah dipilih oleh

    sembilan raja-raja Melayu pada persidangan Majlis Raja-raja Melayu untuk tempoh lima tahun.

    Takhta Yang di-Pertuan Agong adalah kekal walaupun rajanya silih berganti dan sistem

    pemilihan jawatan Yang di-Pertuan Agong tidak pernah diamalkan oleh mana- mana negara di

    dunia. Keunikan pemerintahan beraja juga berkaitan dengan kesalahan dibawah mana-mana

    undang-undang, Yang di-Pertuan Agong akan dibicarakan di mahkamah khas yang dibentuk oleh

    Majlis Raja-raja. Perlembagaan seterusnya memaktubkan bahawa Yang di-Pertuan Agong

    mempunyai kuasa perundangan, pemerintah dan kehakiman.

    Institusi pemerintahan beraja dalam sistem demokrasi di Malaysia amat unik kerana baginda juga

    berkuasa mengurniakan bintang-bintang kebesaran dan pingat kepada rakyat di semua peringkat.

    Keunikan pemerintahan beraja di Malaysia juga dapat dilihat melalui cara berpakaian iaitu warna

    kuning yang merupakan warna diraja dan bertutur dalam bahasa istana. Selain itu, baginda juga

    mempunyai lambang-lambang kekuasaan seperti cop mohor, pedang, keris, mahkota, cokmar

    dan nobat.

    7. CABARAN YANG DIHADAPI UNTUK MENGEKAL DAN

    MEMPERTAHANKAN INSTITUSI BERAJA SERTA LANGKAH UNTUK

    MENGATASI CABARAN TERSEBUT

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    19/80

    A) CABARAN

    Cabaran yang dihadapi untuk mengekal dan mempertahankan institusi beraja ialah raja sebagai

    simbol perpaduan rakyat dan raja juga sebagai tempat taat setia rakyat. Selain itu, mengekalkan

    raja sebagai lambang keutuhan negara dan memelihara kesucian agama Islam. Disamping itu,

    cabaran yang dihadapi ialah tanggungjawab baginda mengekalkan keharmornian dan lambang

    penyatuan orang Melayu. Media massa juga bertanggungjawab memainkan isu yang

    memperkotak-katikkan institusi beraja.

    B) LANGKAH

    Langkah untuk mengatasi cabaran tersebut ialah memupuk semangat cinta akan raja dalam

    kalangan murid melalui lawatan ke muzium diraja. Selain itu, mengambil tindakan undang-

    undang yang tegas terhadap mana-mana individu yang menggunakan medium media massa

    untuk mempertikaikan kredibiliti raja-raja Melayu. Di samping itu, melibatkan pihak istanadalam setiap program kerajaan bagi mendekatkan rakyat dengan istana melalui projek kembara

    diraja. Raja juga haruslah bijak berkomunikasi dalam ucapan-ucapan rasmi bagi membuktikan

    kewibawaan baginda. Raja juga hendaklah mempunyai pegangan agama kukuh dan menjadi

    imam bagi mengekalkan peranan raja dalam memelihara kesucian agama Islam.

    8. IKTIBAR YANG DIPEROLEH DARIPADA PENGAMALAN SISTEM RAJA

    BERPERLEMBAGAAN DI MALAYSIA

    Iktibar yang diperoleh daripada pengamalan sistem raja Berperlembagaan di Malaysia ialah

    dapat menjamin kedaulatan negara. Selain itu negara akan mencapai kestabilan politik.

    Pengamalan raja Berperlembagaan juga dapat menjamin peningkatan ekonomi. Negara juga akan

    dihormati oleh negara-negara luar. Selain itu, perpaduan dapat dijalinkan antara masyarakat

    pelbagai kaum malah dapat melicinkan pentadbiran negara dan undang-undang dapat

    didaulatkan.

    9. KESIMPULAN

    (a) Pengetahuan

    (b) Nilai Murni

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    20/80

    (c) Harapan

    Kesimpulannya, antara pengetahuan yang saya peroleh ialah Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

    merupakan tonggak keagungan Malaysia dan juga simbol perpaduan rakyat sejak merdeka

    sehingga kini. YDPA dipilih daripada kalangan sembilan raja-raja Melayu secara bergilir-gilir

    mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Perlis,

    Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak. Selain daripada memberi keseimbangan

    kepada raja dan rakyat yang dinaungi raja, YDPA juga membantu memantapkan kewibawaan

    institusi beraja di Malaysia.

    Seterusnya, nilai murni yang diperoleh daripada prinsip kedua Rukun Negara iaitu Kesetiaan

    kepada raja dan negara ialah rakyat haruslah taat dan setia kepada raja agar keamanan negaraterjamin. Selain itu, rakyat akan menghormati pemimpin-pemimpin negara supaya pembangunan

    negara bertambah mampan. Selain itu, raja yang adil dan saksama dapat menjamin perpaduan

    kaum di negara ini. Seterusnya wujud sikap saling hormat-menghormati antara raja dan rakyat

    agar hak-hak rakyat terjamin dan institusi raja kekal berdaulat.

    Akhir sekali, harapan saya semoga pengamalan sistem raja berpelembagaan di negara kita terus

    terpelihara dan dihormati. Hal ini penting kerana negara kita terdiri daripada masyarakat

    pelbagai kaum yang memerlukan satu simbol atau tonggak perpaduan.

    Aspek Perincian MarkahpPengenalan 1. Pengertian Demokrasi Berparlimen 5 markah

    2. Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen diMalaysia

    15 markah

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    21/80

    Isi dan Huraian

    Kesimpulan

    3. Ciri-ciri badan pentadbirana) Badan Perundangan (Legislatif)

    b) Badan Pelaksana (Eksekutif)c) Badan kehakiman (Judisiari)

    20 markah

    4. Pengagihan kuasa pentadbiran di

    Malaysiaa) Negara Persekutuan

    b) Kerajaan Persekutuanc) Kerajaan Negeri

    20 markah

    5.Peranan rakyat Malaysia untukmengekalkan sistem DemokrasiBerparlimen.

    10 markah

    6. Keistimewaan/Manfaat/Kebaikan yangdiperoleh melalui pengamalan sistemDemokrasi Berparlimen.

    10 markah

    7. Cabaran yang dihadapi untuk dalammengekalkan demokrasi Berparlimen danlangkah/usaha untuk mengatasinya.

    10 markah

    8. Iktibar yang diperoleh daripada sistemDemokrasi Berparlimen

    5 markah

    9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telahdibincangkan

    (d) Pengetahuan yang diperoleh(e) Nilai-nilai murni yang diperoleh

    daripada amalan sistem demokrasiBerparlimen

    (f) Harapan menjadikan bangsa dannegara Malaysia cemerlang danterbilang.

    5 markah

    1. MAKSUD / PENGERTIAN DEMOKRASI BERPARLIMEN Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Umumnya

    terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi iaitu sistem Raja Berperlembagaan dansistem Republik. Sistem Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintah yangmengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri. Pemerintah dibantu olehPerdana Menteri. Sistem Republik menolak institusi beraja yang mana kerajaan diketuai oleh

    presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Di Perancis, Korea Selatan, India danFilipina, presiden memegang dua jawatan iaitu sebagai ketua kerajaan dan ketua negara.

    Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimendan Raja Berperlembagaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. DemokrasiBerparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakalaRaja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Dalam sistem pemerintahan demokrasi

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    22/80

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    23/80

    memastikan undang-undang munasabah dan kandungannya dipatuhi rakyat dengan rela hati.Perlembagaan juga telah dipinda bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka.Antara perkara sensitif yang tidak boleh dipersoalkan ialah pemerintahan beraja, bahasa Melayusebagai bahasa kebangsaan dan agama Islam sebagai asama rasmi. Pindaan ini dilakukan

    bertujuan memelihara keselamatan, ketenteraman dan juga keharmonian masyarakat berbilang

    kaum di Malaysia. Bagi meminda perlembagaan terdapat beberapa kaedah yang perlu dipatuhi.Kaedah pertama memerlukan persetujuan majoriti lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen dan

    persetujuan Majlis Raja-raja, antara perkara yang tersenarai ialah kewarganegaraan dan perubahan sempadan negeri. Manakala kaedah kedua pula memerlukan persetujuan majoritilebih suara dua pertiga Dewan Parlimen dan kelulusan Yang Dipertua Negeri Sarawak danSabah. Antara kaedah yang memerlukan perkara tersebut ialah keanggotaan dan bidang kuasaMahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak. Kaedah seterusnya adalah kaedah ketiga di manakaedah ini hanya memerlukan lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen. Kaedah terakhir adalahkaedah keempat yang hanya memerlukan persetujuan lebih suara dewan parlimen.

    Ciri lain demokrasi berparlimen ialah Raja Perlembagaan. Raja Perlembagaan merupakan

    ciri unik yang hanya terdapat di negara kita. Raja Perlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan atas nasihat Perdana Menteri. Semasa bertugas bagindatidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu. Yang di-Pertuan Agong dipilihsecara bergilir-gilir mengikut peruntukan Perlembagaan Malaysia. Antara tugas Yang di-PertuanAgong ialah sebagai Ketua Negara, Ketua Tertinggi Angkatan Tentera serta memanggil danmembubarkan Parlimen. Sistem ini merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak kitamencapai kemerdekaan.

    Kuasa Pemerintahan juga merupakan satu ciri lain demokrasi berparlimen. Negara kitamengamalkan konsep pengasingan kuasa di mana kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tigacabang iaitu badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman. Fungsi badan

    perundangan adalah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraanrakyat. Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang dinegara kita. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan rakyat dan Dewan negara.

    Dewan Negara juga dikenali sebagai senat dan terdiri daripada 69 orang ahli yangdilantik oleh Yang di-Pertuan Agong manakala dewan rakyat terdiri daripada 219 ahli yangmewakili rakyat. Mereka dipilih melalui satu proses iaitu pilihan raya. Undang-undang yangdibuat di Parlimen dinamai Akta manakala Enakmen dibuat oleh Dewan Undangan Negerikecuali di Sabah dan Sarawak dinamai sebagai Ordinan.

    Badan pelaksana adalah badan yang melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Badan pelaksana terdiri daripada Jemaah Menteri atau kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri danmelaksanakan semua dasar-dasar kerajaan. Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteridan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik. Terdapat juga

    badan-badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun. Manakala suruhanjaya puladitubuhkan bagi mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplinkakitangan perkhidmatan awam

    Badan kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan afidavit manakala perkara

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    24/80

    jenayah pula melibatkan kanun keseksaan. Badan kehakiman boleh menentukan kesahihanundang-undang juga mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri di negarakita. Sistem mahkamah di negara kita disusun mengikut hieraki piramid. Semua hakim di negaraini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri.

    Pilihan raya juga merupakan satu ciri demokrasi berparlimen. Pilihan raya adalah proses

    memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan.Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur.Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusan akan direkodkan. Calon yang mendapat unditerbanyak di kira menang dan ini dikenali sebagai majoriti mudah. Suruhanjaya Pilihan Rayaadalah badan yang mengendalikan pilihan raya di Malaysia. Pilihan raya terdiri daripada pilihanraya umum dan juga pilihan raya kecil. Semua warganegara Malaysia yang berdaftar dan layak

    boleh mengundi dalam pilihan raya bagi memilih wakil mereka.

    3. TERANGKAN CIRI-CIRI BADAN PENTADBIRAN BERIKUT:A) BADAN PERUNDANGAN (LEGISLATIF)

    Perundangan merujuk pada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yangdipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsi badan perundangan adalah menggubalundang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen ialah badan

    perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen terdiridaripada Yang di Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dewan Negara merupakandewan tertinggi dan mengandungi 69 orang ahli. Ahli Dewan Negara digelar senator dan merekadilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihan raya. Senator memegang jawatan selama 3tahun dan mesti berumur sekurag-kurang 30 tahun. Taraf senator sama dengan Ahli Parlimen.Senator boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang mana senator telahmemberikan sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional atau bidangtertentu. Dewan rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam

    pilihan raya umum. Dewan rakyat mengandungi 219 orang ahli. Tempoh jawatan ahli DewanRakyat adalah lima tahun. Tugasnya adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada

    peringkat Dewan Rakyat. Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamai Akta dan undang-undang yang dibuat Dewan Undangan Negeri dinamai Enakmen kecuali di Sarawak dan Sabahdinamai Ordinan.B) BADAN PELAKSANA (EKSEKUTIF)

    Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan. Kabinetmerupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri atau Kabinet adalahmenggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua pekara. Perdana Menteri merupakan KetuaJemaah Menteri. Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuahkementerian. Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancangserta menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita. Terdapat 26 buahkementerian yang bertanggungjawab dalam semua pekara. Setiap kementerian diketuai seorangMenteri dan dibantu timbalan menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.

    Perkhidmatan Awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Pada peringkat

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    25/80

    kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian. Beliau dibantu olehkakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam. Semuakakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan olehkerajaan.

    Jabatan kerajaan pula diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali sebagai badan berkanun.

    Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu.Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan sendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuahLembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada menteri yang berkenaan. Badan berkanun inimempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang besar untuk mempercepat pentadbiran dan

    program pembangunan di bawah rancangan lima tahun kerajaan.Beberapa suruhanjaya telah ditubuhkan di negara kita untuk mengendalikan urusan

    pelantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam.Antaranya termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya PerkhidmatanPendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-Undang dan Kehakiman, Suruhanjaya PasukanPolis dan Majlis Angkatan Tentera.

    C) BADAN KEHAKIMAN (JUDISIARI)Badan kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan

    jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan afidavit. Perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan. Badan kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan badan pelaksana. Badan kehakiman juga

    berkuasa mentafsir Perlembagaan Perekutuan dan Perlembagaan Negeri. Sistem mahkamah telahdiwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas kehakiman di negara ini.Mahkamah mempunyai kuasa mentafsirkan undang-undang, mengisytiharkan undang-undang

    bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mempunyai kuasa mengisytiharkansesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang. Mahkamah tidak boleh memindaundang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa badan perundangan atau Parlimen. SistemMahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid. Melalui sistem ini individu ataukumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan perjalanan mahkamah boleh membuatrayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.

    Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri.Urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Duli YangMulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Seseorang hakim tidak boleh dipecatdengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah. Hakim tidak dibenarkanmengambil bahagian dalam politik. Tujuannya, supaya hakim dilindungi daripada pengaruh

    politik untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang. Penasihat undang-undangkerajaan ialah Peguam Negara. Peguam Negara akan menjadi pendakwaraya atau peguambela

    bagi kerajaan. Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-undang danKehakiman4. HURAIKAN / TERANGKAN PENGAGIHAN KUASA PENTADBIRAN DIMALAYSIAA) NEGARA PERSEKUTUANMalaysia ialah sebuah negara Persekutuan. Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buahnegeri yang mempunyai sebuah kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri.

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    26/80

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    27/80

    Contohnya menghormati institusi kesultanan dan tidak mengkritik institusi tersebut secaraterbuka seperti yang berlaku dalam media sosial pada hari ini. Seterusnya, rakyat Malaysia jugadilarang membocorkan maklumat dan rahsia negara kepada negara luar. Kita juga bolehmengamalkan semangat cinta akan negara bagi memastikan sistem demokrasi berparlimen dinegara ini terus terpelihara. Hal ini kerana, dengan menghayati sejarah negara, rakyat Malaysia

    akan sentiasa bersyukur dan mengutamakan kepentingan negara. Oleh itu, kita akan sentiasa berusaha mempertahan negara dari anasir asing yang cuba mengganggu gugat sistemdemokrasi berparlimen yang telah merealisasikan keamanan yang dinikmati selama ini.

    6. KEISTIMEWAAN / MANFAAT / KEBAIKAN YANG DIPEROLEH MELALUIPENGAMALAN SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN

    Pengamalan sistem demokrasi berparlimen memberi pelbagai manfaat untukkesejahteraan rakyat Malaysia. Kewujudan pilihan raya yang dijalankan lima tahun sekali dandikendalikan secara telus oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membolehkan kerajaan yangadil dapat dikekalkan. Di samping itu, rakyat juga diberi hak untuk memilih pemimpin yang

    disukai. Hal ini, dapat menjamin keamanan negara dan kesejahteraan masyarakat di negara ini.Selain itu, pemilihan Yang di-Pertuan Agong daripada sembilan raja-raja Melayu setiap

    lima tahun hanya wujud di Malaysia memperlihatkan keistimewaan amalan demokrasi . Malahsistem raja berperlembagaan dapat mempertahankan warisan kesultanan Melayu yang telahwujud sejak abad ke 16 lagi.

    Sistem pengasingan kuasa yang diamalkan membolehkan wujudnya sistem timbang tarayang dapat mengimbangi kuasa pemerintahan dalam pentadbiran kerajaan. Hal ini akanmenjamin sistem pentadbiran negara yang cekap . Malah amalan demokrasi berparlimen jugamengelakkan salah guna kuasa antara ketiga-tiga badan pentadbiran iaitu badan

    perundangan,badan pelaksana dan badan kehakiman..Kebebasan asasi yang diamalkan dalam demokrasi berparlimen memberi peluang

    kepada rakyat untuk hidup secara harmoni dan seterusnya mengukuhkan perpaduan dalamkalangan warganegara. Hak asasi setiap rakyat terjamin dalam perlembagaan Malaysia yangmenyeluruh. Secara tidak langsung amalan demokrasi berparlimen ini akan melahirkan rakyatyang taat dan setia serta sentiasa berusaha untuk kesejahteraan negara.

    7. CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENGEKALKAN DEMOKRASIBERPARLIMEN DAN LANGKAH /USAHA UNTUK MENGATASINYAA) CABARAN

    Cabaran yang dihadapi dalam mengekalkan demokrasi berparlimen Malaysia berkaitrapat dengan sejarah negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang mengamalkankepelbagaian adat resam, budaya dan agama. Kebebasan asasi yang dijamin dalam PerlembagaanMalaysia seringkali dipersoalkan oleh segolongan rakyat yang tidak berpuas hati dengan haksedia ada. Sebaliknya mereka mendesak diberikan kebebasan mutlak yang diperjuangkan sepertihak- hak bersuara dalam mencapai demokrasi permuafakatan dengan berkumpul danmendirikan persatuan, di samping rule of law dan sebagainya .

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    28/80

    Malah terdapat golongan yang sering membangkitkan isu-isu sensitif seperti hakkeistimewaan orang Melayu dan kaum peribumi. Ketidakpuasan hati ini dipamerkan melalui

    perhimpunan haram, demonstrasi jalanan dan sebagainya dianjurkan oleh pihak berkepentingan.Cabaran mengekalkan demokrasi berparlimen juga datang daripada kewujudan parti

    politik yang sentiasa menggunakan sentimen perkauman. Percaturan kuasa yang diamalkan oleh

    parti politik dalam menunjukkan kuasa dan pengaruh di negeri-negeri tertentu juga menyebabkan pilihan raya kecil lebih kerap dijalankan sejak pilihan raya tahun 2008.

    Selain itu cabaran mengekalkan demokrasi berparlimen juga berpunca daripada mediamassa alternatif seperti facebook, twitter dan lain-lain media alternatif lain. Kepantasan sebaranmaklumat berbaur perkauman dan anasir negatif tanpa tapisan dan tidak diketahui sumber danasas kebenarannya boleh memecah-belahkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

    B) LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI CABARAN DI ATAS.Antara langkah untuk mengatasi cabaran tersebut adalah rakyat Malaysia perlu

    menghayati dan mengamalkan Rukun Negara. Dengan penghayatan mendalam terhadap Rukun

    Negara, akan dapat melahirkan rakyat yang cinta akan negara, justeru rakyat akan sentiasa berusaha mempertahankan negara.Seterusnya, pengenalan Gagasan 1 Malaysia yang berpaksikan prin sip Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan juga merupakan antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasicabaran-cabaran di atas. Gagasan ini mementingkan asas keadilan untuk semua kaum. Oleh itu,nasib semua kaum akan terbela dan tidak ada pihak yang dipinggirkan. Hal ini seterusnya akandapat memupuk perpaduan dalam kalangan warganegara.

    Langkah yang seterusnya ialah pengenalan Akta Keharmonian Nasional yang akanmenggantikan Akta Hasutan 1948 juga dapat menangani cabaran- cabaran di atas. Antara

    peruntukan yang dicadangkan dalam akta ini akan memberi penekanan kepada pemupukan

    semangat harmoni dan saling menghormati dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Hal ini membolehkan kerajaan bertindak terhadap mana-mana pihak yangmenggunakan isu-isu sensitif untuk memecahbelahkan perpaduan nasional.

    Pengenalan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga dapat mengatasi cabaran yangdigariskan di atas. Dua peruntukan dalam akta ini iaitu Seksyen 211 dan Seksyen 233 yangmembolehkan tindakan penguatkuasaan diambil terhadap mereka yang menyalahguna mediasosial untuk tujuan merendah-rendahkan amalan demokrasi berparlimen di Malaysia.

    Akhir sekali, pemahaman yang mendalam mengenai sistem demokrasi berparlimen yangdiamalkan di negara ini boleh diterapkan dalam sukatan mata pelajaran tertentu pada peringkat

    sekolah lagi. Contohnya, dalam mata pelajaran sejarah dan pendidikan sivik dankewarganegaraan. Kefahaman yang jitu terhadap amalan demokrasi berparlimen dalam kalanganrakyat di negara ini membolehkan amalan tersebut dapat dilaksanakan dengan adil dan telus.

    8. IKTIBAR YANG DIPEROLEH DARIPADA SISTEM DEMOKRASIBERPARLIMEN

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    29/80

    Antara iktibar yang diperoleh daripada sistem demokrasi berparlimen ialah pengasingankuasa dapat melahirkan sebuah kerajaan yang cekap dan adil kepada rakyat. Oleh itu, kebajikandan hak rakyat Malaysia akan sentiasa terbela. Seterusnya kerjasama antara pemimpin danrakyat juga sangat penting demi merealisasikan kestabilan politik dan kemakmuran ekonominegara. Di samping itu, pemimpin negara harus bijak mengendalikan jentera pentadbiran agar

    negara terus maju dan boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara majuyang lain. Selain itu, perpaduan dalam kalangan rakyat juga sangat penting untuk memastikanagenda negara dapat dilaksanakan dengan adil dan telus. Akhir sekali, rakyat Malaysia harusbersyukur kerana dapat hidup dengan aman dan harmoni hasil keberkesanan sistem demokrasi

    berparlimen yang dilaksanakan di negara kita.

    9. KESIMPULANa) Pengetahuanb) Nilai murnic) Harapan

    Kesimpulannya antara pengetahuan yang saya peroleh ialah Malaysia merupakansebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Hal ini

    bermaksud, kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga badan pemerintahan iaitu badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman. Dalam hal ini, sokongan dan bantuan yangdihulurkan rakyat sangat penting untuk menjamin kelicinan pentadbiran negara.

    Seterusnya nilai murni yang diperoleh ialah rakyat haruslah terus mendokong dasarkerajaan agar aspirasi negara dapat direalisasikan. Selain itu, pemimpin negara juga bersikapamanah dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan demi kesejahteraan rakyat.Taat setia yang ditumpahkan oleh rakyat Malaysia dari dulu hingga kini juga telah melahirkansebuah negara yang maju dan berdaulat.

    Akhir sekali, harapan saya semoga sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan dinegara kita terus terpelihara. Hal ini penting kerana kestabilan yang dinikmati hasil pelaksanaansistem tersebut sangat penting bagi memastikan kemerdekaan negara terus kekal selamanya.

    JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAKFORMAT PERINCIAN MARKAH

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    30/80

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    31/80

    RUMUSANRUMUSAN

    i. Pengetahuan yang diperolehii. Iktibar kepada diri, bangsa dan negaraiii. Harapan untuk masa hadapan sistem demokrasi yang lebih

    cemerlang

    5 M

    KERTAS SOALAN TAMAT

    SOALAN 1

    (a) Maksud Demokrasi Berparlimen Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara,

    manakala Raja-raja Melayu pula menjadi lambang taat setia rakyat.

    Melalui sistem ini rakyat berpeluang untuk membentuk kerajaan. Rakyat juga bebas memilihperwakilan melalui proses sistem pilihan raya. Rakyat juga berhak menyokong, mengekalkan dan

    menukarkan kerajaan yang sedia ada semasa proses pengundian dalam pilihan raya.

    (b) Latar belakang sistem demokrasi berparlimen di MalaysiaMalaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak

    mencapai kemerdekaan pada 1957. Selepas pembentukan Malaysia pada 1963, jentera pentadbirankerajaan telah diperkemaskan lagi.

    Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Sistem Rajaberperlembagaan adalah suatu sistem pemerintahan yang mengekalkan peranan raja sebagaipemerintah tertinggi di peringkat negara dan negeri.

    Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan kepada sistem pemerintahan DemokrasiBerparlimen di Malaysia. Beberapa pindaan perlembagaan telah dibuat untuk menyesuaikan sistempentadbiran negara dengan perkembangan politik semasa.

    Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia telah berjaya mengekalkan kerajaan yang adil,sejahtera dan stabil.

    SOALAN 2

    a) Perlembagaan: Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi sesebuah negara. Ia menjadi asas kepada

    pembentukan sesebuah kerajaan. Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi kerajaan dan mengandungisegala peraturan serta prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dalammentadbir negara.

    Melalui perlembagaan, parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbirannegara. Perlembagaan menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melaluiperuntukan yang terkandung di dalamnya.

    Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 September 1963 yang mengandungi 183perkara. Perlembagaan ini mengandungi pelbagai peruntukan seperti senarai kerajaan persekutuan dansenarai kerajaan negeri, institusi Yang di-Pertuan Agong, parlimen, jemaah menteri dan badankehakiman.

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    32/80

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    33/80

    Malaysia ialah sebuah negara demokrasi berparlimen yang mengamalkan konsep pengasingankuasa. Menurut konsep ini, kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang, iaitu badanperundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihakyang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.

    Badan Perundangan (Legislatif)Perundangan merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang

    dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsi badan perundangan adalah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.

    Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang dinegara kita. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. DewanNegara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara.

    Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli. Ahli dewan negara yang digelar Senator ini mewakilisetiap negeri dan mereka dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihan raya. Seseorang Senatormemegang jawatan bagi tempoh tiga tahun dan berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senatorsama dengan Ahli Parlimen.

    Senator boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri. Senator dilantik oleh Yang di-Pertuan

    Agong terdiri daripada individu yang telah memberikan sumbangan cemerlang seperti dalamperkhidmatan awam atau bidang masing-masing.

    Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya umum. Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihanraya.Tempoh jawatan bagi anggota ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun.

    Tugas utama Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkarDewan Rakyat. Undang-undang yang digubal oleh Parlimen dinamai Akta dan undang-undang yangdigubal oleh Dewan Undangan Negeri dinamai Enakmenkecuali di Sarawak dan Sabah dinamai Ordinan.

    Badan Pelaksana ( Eksekutif )Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan. Kabinet

    merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri adalah menggubal dasar-dasarkerajaan dalam semua perkara.Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri. Perdana Menteri atau Timbalan Perdana

    Menteri juga mengetuai sesebuah kementerian atau lebih. Setiap kementerian bertanggungjawabmenggubal dasar-dasar kerajaan, merancang serta menyelaras program pembangunan negara .

    Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri,Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik. Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementeriantertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio. Beliau akan diberikan tugas-tugas tertentu olehPerdana Menteri.

    Perkhidmatan awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliaubertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Pada peringkatkementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha kementerian dan dibantu oleh kakitangankerajaan.

    Kakitangan kerajaan bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan olehkerajaan.Jabatan kerajaan pula diketuai oleh Ketua Pengarah. Sesebuah kementerian biasanyamempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah.

    Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomitertentu. Ia mempunyai peruntukan kewangan tersendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuah LembagaPengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan.

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    34/80

    Badan berkanun ini mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab untuk mempercepatpentadbiran dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun kerajaan. Beberapasuruhanjaya telah ditubuhkan untuk mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat danpemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan lain-lain.

    Badan Kehakiman ( Judisiari )

    Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah.Perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan afidavit. Perkara jenayah pula melibatkankanun keseksaan.

    Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badanperundangan dan pihak badan pelaksana. Badan kehakiman juga berkuasa mentafsir PerlembagaanPersekutuan dan Perlembagaan Negeri. Mahkamah mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaannegara, mentafsirkan undang-undang, mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuanatau Kerajaan Negeri.

    Mahkamah juga mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan yang tidak sah disisi undang-undang. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan

    kuasa badan perundangan atau Parlimen. Individu atau kumpulan yang tidak berpuas hati dengankeputusan perjalanan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.

    Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Urusanpelantikan, kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan hakim terletak di bawah kuasa Yang di-PertuanAgong. Seseorang hakim tidak boleh dipecat dengan sewenang-wenangnya.

    Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik dan dilindungi daripada pengaruhpolitik untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang. Penasihat undang-undang kerajaanialah Peguam Negara. Peguam Negara akan menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan.Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-Undang dan Kehakiman.

    d) Pilihan Raya

    Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkatnegeri atau persekutuan. Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telusdan teratur. Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan. Calon yang mendapatundi terbanyak dikira menang. Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah. Pilihan rayamerupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. Pilihan raya di Malaysia dijalankanoleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-RajaMelayu. Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpatekanan parti politik. Tiga fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihanraya, menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya. Pilihan raya umum diadakanuntuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri secara serentak di seluruhSemenanjung Malaysia.

    Di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeridiadakan secara berasingan. Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan Parlimen atau Undangan Negeri. Kekosongan itu berlaku disebabkan kematian,peletakan jawatan dan perlucutan jawatan. Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagiSemenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah. Warganegara Malaysia bebas memilih danmenganggotai mana-mana parti politik yang mereka gemari. Mereka boleh menjadi calon dan bebasuntuk bertanding dalam pilihan raya.

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    35/80

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    36/80

    Selain itu ,Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang melayu danbumiputera di Sabah dan Sarawak agar tidak dipersoalkan oleh kaum lain. Melalui Perlembagaan juga,Kerajaan Persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidang pendidikan untuk membantumemesatkan pembangunan di negeri Sarawak dan Sabah dalam bidang pendidikan, kesihatan,perkhidmatan pos, telekom dan polis terutama di kawasan pedalaman.

    3b) Kepentingan atau faedah Raja Berperlembagaan

    Kepentingan atau faedah Raja Berperlembagaan ialah Yang Dipertuan Agong (YDPA) sebagailambang taat setia rakyat . YDPA juga merupakan tonggak dan ketua negara di samping menjadisimbol keutuhan negara .Selain itu YDPA menjadi simbol perpaduan atau penyatuan rakyat.

    Sistem Raja Berperlembagaan membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negarakita.Seterusnya sistem ini memberi keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yangdinaungi oleh raja .

    Kepentingan yang lain ialah mengelakkan pertelingkahan atau perebutan kuasa kerana dipilihsecara bergilir-gilir. Peranan YDPA sebagai ketua angkatan bersenjata boleh mengelakkan rampasankuasa.

    YDPA penting bagi menjamin kedudukan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera.YDPA mentadbir negara berdasarkan nasihat Perdana Menteri . YDPA mempunyai bidang kuasa ataukuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri , Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri . Namunbaginda juga mempunyai kuasa melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelahmendapat nasihat Perdana Menteri.

    YDPA merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri , Pulau Pinang, Melaka,Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah . YDPA juga boleh mengisytiharkan undang-undang daruratdi bawah Undang -undang X jika mendapati negara terancam . YDPA mempunyai kuasa tertinggiuntuk mentauliahkan duta-duta negara.

    3 (c) Kepentingan atau faedah pilihan raya

    Pilihan raya ialah merupakan proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada diperingkat Negeri atau Persekutuan . Pilihanraya menjelaskan pemilihan wakil rakyat ini dilakukandengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur . Pilihan raya merupakan ciri penting sistemdemokrasi di Malaysia

    Pilihanraya penting untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri diseluruh semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Oleh itu , melalui pilihan raya rakyat berpeluangmembentuk sebuah kerajaan, menyokong kerajaan yang disukai dan berhak menukar kerajaan yangsedia ada .

    Pilihan raya juga penting untuk mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil. Rakyatdapat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara untuk menjamin kestabilan politik,kemakmuran ekonomi dan permuafakatan antara rakyat dengan kerajaan.

    Seterusnya pilihan raya mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen di sampingmemantapkan sistem pemerintahan demokrasi dengan sokongan rakyat . Kerajaan yang memerintahdapat menunaikan tanggungjawab terhadap rakyat yang diperintah .

    Melalui pilihan raya rakyat akan menyokong kerajaan mengekalkan keharmonian , menjaminkeamanan seterusnya mengekalkan kestabilan negara. Pilihanraya penting kepada semuawarganegara dalam sistem pemerintahan demokrasi kerana rakyat dapat menentukan bentuk kerajaan

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    37/80

    3 (d) Kepentingan atau faedah pengagihan kuasa pemerintahan di Malaysia

    Kepentingan atau faedah pengagihan kuasa pemerintahan di Malaysia ialah memperlihatkanMalaysia ialah sebuah negara persekutuan yang dapat menyatukan beberapa buah kerajaan negeridi bawah sebuah negara Persekutuan. Pengagihan kuasa membolehkan kerajaan Pesekutuan danKerajaan Negeri menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukan dalam perlembagaanMalaysia.

    Melalui pengagihan kuasa , wujud Senarai Persekutuan yang memuatkan bidang kuasapersekutuan iaitu hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya seperti Hal ehwal luarnegeri, Pertahanan, Keselamatan dalam negeri dan lain-lain.

    Senarai negeri pula mengandungi bidang kuasa yang diperuntukan kepada kerajaan negeri seperti Undang-undang Islam, Tanah ,Pertanian dan Perhutanan.

    Senarai Bersama pula menurunkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dimana kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa terhadapnya . Bidang kuasanya termasuklah kebajikansosial , biasiswa , Taman Negara , perancangan bandar dan wilayah

    Pengagihan kuasa penting bagi meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran agar lebihsistematik di samping memelihara keharmonian hubungan kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

    Seterusnya mengekalkan kedaulatan dan memelihara hak negeri .Pengagihan kuasa dapat mengelakkan perbalahan etnik kerana pemimpin dan rakyat akan

    sentiasa mengamalkan sikap toleransi untuk kepentingan bersama . Pengagihan kuasa memastikanhak bumiputera terpelihara.

    Pengagihan kuasa penting untuk mengurangkan beban kerajaan pusat supaya kerajaan pusatdapat menyatupadukan pelbagai wilayah yang berasingan . Pembentukan kerajaan Persekutuanyang stabil dan berwibawa dapat mengimbangi kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri .

    Kesannya akan memudahkan pembangunan ekonomi dan menyatupadukan pelbagaiwilayah dibawah satu jentera pentadbiran agar tradisi bangsa terpelihara .

    SOALAN 4 : ANALISIS

    4. (a) Keperluan pindaan perlembagaan dilaksanakan dalam sistem demokrasi berparlimen.

    Antara keperluan pindaan perlembagaan dilaksanakan adalah untuk melindungi kepentinganrakyat.Selain itu, pindaan perlembagaan penting untuk menjaga keselamatan negara. Di samping itu,pindaan perlembagaan boleh membantu melicinkan urusan pentadbiran negara. Hal ini juga dapatmemastikan perlembagaan itu sentiasa relevan dan sesuai dengan keperluan semasa. Seterusnya prosesini dapat memastikan perlembagaan tersebut sebagai undang-undang yang munasabah.

    Pindaan perlembagaan tersebut juga diharapkan dapat menjamin kandungannya dipatuhi olehrakyat dengan rela hati.Pindaan perlembagaan juga perlu dilakukan kerana kita dilarang mempersoalkanperkara-perkara sensitif secara terbuka. Antara perkara sensitif yang tidak boleh dipersoalkantermasuklah pemerintahan beraja,/ agama Islam,/ kedudukan bahasa Melayu /dan hak istimewa orangMelayu.

    Akta hasutan 1970 pula mengehadkan seseorang individu daripada bercakap perkara sensitifdengan sewenang-wenangnya.Pindaan perlembagaan juga perlu dilakukan demi mengelakkanperbalahan antara kaum di negara ini. Secara tidak langsung, ia akan membantu memeliharakeselamatan,/ ketenteraman /dan keharmonian masyarakat berbilang kaum

    Dengan adanya pindaan perlembagaan, kestabilan politik sesebuah negara dan kemakmuranekonominya dapat dijamin. Pindaan perlembagaan juga turut menjamin hak asasi dan kebebasan rakyatdalam negara demokrasi dipenuhi.

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    38/80

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    39/80

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    40/80

    Rakyat juga hendaklah bersama-sama mempertahankan kedaulatan Negara dan bergandingbahu untuk membangunkan ekonomi negara. Disamping itu,rakyat juga perlu berperanan menentukanhala tuju negara dan memastikan pentadbiran yang licin dan cekap. Rakyat juga perlu memastikanpengekalan hak asasi mereka serta mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian hidup rakyat yangberbilang kaum.

    5 (b) Peranan rakyat mematuhi undang-undang dan perlembagaan dapat menjamin keamanan negara

    Antara peranan rakyat dalam memastikan perlembagaan dan undang-undang dapat menjaminkeamanan negara ialah dengan menghormati kandungan perlembagaan negara tersebut keranaperlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara dan dokumen rasmi untuk melaksanakantugas pentadbiran. Selain itu, rakyat perlu menghormati kedudukan hak keistimewaan orang Melayudan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

    Pemilihan jawatan dilaksanakan secara bergilir-gilir daripada sembilan buah negeri. Rakyatperlu taat setia kepada Yang Di Pertuan Agong. Selain itu, rakyat berhak menentukan corakpemerintahan melalui pelaksanaan pilihan raya lima tahun sekali membolehkan pemimpin dipilihsecara aman. Rakyat berkuasa memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri.

    Rakyat juga perlu menghormati hak kebebasan rakyat demi perpaduan. Disamping itu, laranganmenyentuh isu sensitif dipersoal secara terbuka harus dielakkan demi perpaduan dan kehormaniannegara. Selain itu, rakyat juga perlu patuh kepada undang-undang bagi memastikan keamanan negaraterpelihara serta melaporkan sebarang kes perlanggaran undang-undang kepada pihak berkuasa. Rakyat juga perlu menjaga nama baik dan tidak memburukkan nama negara.

    5 (c): Peranan rakyat mengekalkan institusi beraja sebagai tonggak keagungan kerajaan

    Rakyat memainkan peranan penting dalam mengekalkan institusi beraja di Malaysia kerana rajamerupakan tonggak keagungan kerajaan . Antaranya rakyat harus setia kepada raja dan menghormatiinstitusi beraja. Selain itu, rakyat juga seharusnya tidak sekadar melafazkan Rukun Negara, sebaliknya

    perlu menghayati Rukun Negara . Kuasa Raja termaktub dalam perlembagaan, justeru rakyat perlumenjunjung perlembagaan . Secara tidak langsung, rakyat dapat menjamin kedaulatan raja .Untuk menunjukkan, kesetiaan kepada institusi beraja, rakyat perlu mengenali raja-raja

    antaranya dengan cara mengunjungi muzium di raja dan membuat buku skrap tentang institusi raja.Rakyat juga perlu menghadiri majlis-majlis yang dihadiri oleh raja , menyambut hari keputeraan rajaatau berkabung pada hari kemangkatan Sultan . Sebagai rakyat, kita juga harus menghormati perananraja , dan memelihara kemuliaan raja . Rakyat juga perlu menghormati Majlis Raja-raja Melayu.

    5 (d) Badan pemerintah menjamin kestabilan politik

    Badan pemerintah menjamin kestabilan politik, dengan adanya amalan konsep pengasingankuasa antara badan pelaksana, badan kehakiman dan badan perundangan. Setiap badan pula dipegangoleh pihak berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa mana-mana badan. Pembahagian kuasapemerintahan ini menjamin kestabilan politik negara kita.

    Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal Undang-undang dinegara kita yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat. Parlimen terdiri daripada Yang Di Pertuan Agong,Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Ahli-ahli Dewan Rakyat dipilih melalui pilihan raya . Ahli DewanNegara dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong . Kabinet menggubal dasar-dasar kerajaan ke arahkemajuan. Dasar-dasar kerajaan dilaksanakan oleh kakitangan awam untuk manfaat rakyat.

  • 8/10/2019 Kertas 3 Spm 2014

    41/80

    Pemerintah menubuhkan beberapa suruhanjaya untuk melantik dan memantau kaki tangan awamuntuk melicinkan pentadbiran.

    Penerapan nilai-nilai Islam seperti rajin dan bertanggungjawab meningkatkan integriti penjawatawam. Akta Hasutan dikekalkan untuk menjamin kestabilan politik supaya isu-isu sensitif tidakdipermainkan. Mahkamah pula berfungsi mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayahdalam sistem pemerintahan. Selain itu, mahkamah juga memberi hak kepada rakyat mendapatpembelaan dan keadilan.

    5 (e) : Bagaimana melaksanakan pilihan raya yang telus dan adil

    Pilihan raya yang telus dan adil dapat dilaksanakan jika rakyat Malaysia menghormati tarikhpenamaan calon dan tarikh pengundian oleh SPR . Selain itu, rakyat harus memahami manifesto partiyang bertanding dan mengenali calon-calon yang bertanding . Sebagai pengundi, rakyat diberi hakuntuk menghadiri kempen pilihan raya . Rakyat juga mengetahui tempat pengundian dan tempatpengiraan undi oleh SPR.

    Sebagai pengundi, mereka akan diberi kertas undi di pusat pengundian dan diberi hak untukmemilih dan memangkah calon yang bertanding. Mereka juga perlu memasukkan kertas undi ke dalam

    peti undi yang disediakan. Untuk memastikan ketelusan, seorang wakil parti dipilih semasa prosespengiraan undi. Selain itu, pengiraan undi dilakukan mengikut peraturan dan setiap undi adalah sulit .Untuk memastikan ketelusan, dakwat kekal digunakan untuk mengelakkan undi dua kali . Manakala,calon dilarang berkempen pada hari pembuangan undi.

    Pengumuman keputusan pilihan raya pula dilakukan oleh Pegawai Pilihan raya manakalapihak yang tidak berpuas hati boleh mengemukakan petisyen.

    5 (f) : Amalan pilihan raya di negara kita memberi manfaat kepada rakyat

    Amalan pilihan raya di negara kita memberi manfaat kepada rakyat kerana pilihan rayamembolehkan r akyat menjadi warganegara yang bertanggungjawab . Selain itu, rakyat bebas memilih

    pemimpin dalam pilihanraya. Rakyat juga bebas bersuara dan memberi pendapat. Selain itu, rakyat juga perlu berfikiran terbuka menerima pendapat orang lain. Hal ini secara tidak langsung,membolehkan rakyat menentukan hala tuju negara dan memastikan pentadbiran yang licin dan cekap. Amalan pilihan raya juga membolehkan rakyat berhak menjadi calon dan menentukan dasar negara. Rakyat dapat juga bermuafakat antara kaum . Amalan pilihan raya juga menjadikan rakyat patuhkepada peraturan dan rakyat dapat berusaha mengelakkan berlaku salah faham antara kaum .

    5 (g) Manfaat jentera pentadbiran kerajaan Malaysia yang cekap kepada rakyat/ licinkan pentadbiran

    Jentera pentadbiran kerajaan Malaysia yang cekap memberi manfaat kepada rakyat keranaadanya penerapan nilai-nilai Islam dalam sistem pentadbiran negara seperti amanah, bersih danbertanggungjawab. Selain itu, kerajaan juga mengamalkan Dasar Pandang Ke Timur dengan mengambilJepun dan Korea sebagai contoh untuk pembangunan negara. Amalan slogan Bersih, Cekap danAmanah juga menguntungkan rakyat kerana amalan ini melicinkan pentadbiran dan menjauhkanpegawai awam daripada rasuah. Seterusnya, penjawat awam mengamalkan budaya berintegriti danpatuh kepada pekerjaan dan tanggungjawab mereka.

    Penjawat awam d