kertas 3 - perlis 2014

32
1 1) KONSEP/MAKSUD DEMOKRASI BERPARLIMEN a) Konsep /maksud sistem demokrasi berparlimen b) Latar belakang sistem demokrasi berparlimen di Malaysia a) Konsep sistem demokrasi berparlimen membawa maksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan Negara. Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. b) Latar belakang sistem demokrasi berparlimen di Malaysia ialah sistem demokrasi berparlimen mula diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Sistem demokrasi berparlimen ini menjadikan perlembagaan Malaysia sebagai garis panduannya. Melalui sistem ini, rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Mereka berhak menyokong , mengekalkan dan menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihanraya. Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil. Selain itu, pindaan-pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa.

Upload: jason-ko

Post on 10-Dec-2015

293 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

good

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas 3 - Perlis 2014

1

1) KONSEP/MAKSUD DEMOKRASI BERPARLIMEN a) Konsep /maksud sistem demokrasi berparlimen b) Latar belakang sistem demokrasi berparlimen di Malaysia

a) Konsep sistem demokrasi berparlimen membawa maksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan Negara. Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.

b) Latar belakang sistem demokrasi berparlimen di Malaysia ialah sistem demokrasi berparlimen mula diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Sistem demokrasi berparlimen ini menjadikan perlembagaan Malaysia sebagai garis panduannya.

Melalui sistem ini, rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Mereka berhak menyokong , mengekalkan dan menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihanraya.

Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil. Selain itu, pindaan-pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa.

Page 2: Kertas 3 - Perlis 2014

2

2) CIRI-CIRI SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN

2i) PERLEMBAGAAN

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara dan menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya.

Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 September 1963 mengandungi 183 perkara. Perlembagaan ini mengandungi pelbagai peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Insitusi Yang di Pertuan Agong, ParlimenJemaah Menteri dan Badan Kehakiman. Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Negeri-negeri yang bergabung dalam Persekutuan Malaysia diberi hak,kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan Negeri.

Keluhuran Perlembagaan

Keluhuran berperlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara yang ketiga. Keluhuran berperlembagaan bermaksud keagungan dan ketinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi Yang di Pertuan Agong,Parlimen,Jemaah Menteri dan Mahkmah. Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembangaan Malaysia adalah tidak sah.

Selain itu, undang-undang negeri mestilah selaras dengan perlembagaan persekutuan. Perkara 75 menyatakan, undang-undang negeri yang bertentangan dengan perlembagaan persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya. Perlembagaan persekutuan memperuntukkan kuasa kepada mahkmah untuk membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa parlimen atau bercanggah dengan perlembagaan Malaysia. Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan ketinggian Perlembagaan Malaysia.

Kepentingan Perlembagaan

Perlembagaan berperanan menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Perlembagaan membantu dalam menjaminkan kecekapan,kejujuran,keadilan,ketelusan dan kelicinan pentadbiran. Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat.

Page 3: Kertas 3 - Perlis 2014

3

Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara. Rakyatnya memegangmatlamat yang sama supaya semangat patriotism dapat dibentuk. Perkara 24 perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaannya. Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada Negara ini. Tujuannya supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identity negara dan bangsa Malaysia.

Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di Negara ini. Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seprti berpersatuan ,beragama dan memiliki harta.

Perlembagaan Malaysia, dalam perkara 153 memperuntukkan peranan Yang di Pertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah. Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalm perkhidmatan awam,biasiswa,kemudahan pendidikan serta pemberian lessen perniagaan dan perdagangan. Walaupun bagaimanapun, perlembagaan juga memastikan perkara 153 tersebut dilaksanakan dengan berhati-hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum yang lain.

Perlembagaan Malaysia juga menjaminkerjasama,kesepakatan,keadilan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri. Dengan cara ini system pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan.Pembahagian ini menjelaskan perlembagaan Negeri pula tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.

Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak boleh dipersoalkan. Ini adalah jaminan yang ditetapkan oleh perlembagaan Malaysia sebelum Sarawak dan Sabah menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Kerajaan Persekutuan menggunakan senarai kuasannya dalm bidang pendidikan dan kesihatan untuk memesatkan pembangunan di negeri Sarawak dan Sabah.

Pindaan Perlembagaan

i) Faktor-faktor pindaan perlembagaan

Pindaan Perlembagaan bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat,menjaga keselamatan negara dan melicinkan urusan pentadbiran negara. Perlembagaan perlu dipinda supaya relevan dan sesuai dengan keperluan semasa. Perlembagaan dipinda bagi melarang perkara sensitive dipersoalkan secara terbuka. Pindaan ini menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah dan kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati.

Page 4: Kertas 3 - Perlis 2014

4

Perlembagaan juga telah dipinda bagi melarang perkara sensitive dalam perlembagaan yang tidak boleh dipersoalkan termasuklah pemerintahan beraja,agama islam,kedudukan bahasa melayu dan hak istimewa orang Melayu.

Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang mengehadkan seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya sehingga menyentuh perkara yang sensitive yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum di negara ini. Tujuaanya untuk memelihara keselamatan,ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita . Antara pindaan besar yang telah dibuat termasuklah pemansuh imuniti bagi Yang di Pertuan Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada kesalahan jenayah.

ii) Langkah /Kaedah Pindaan Perlembagaan

Terdapat empat cara pindaan perlembagaan. Kaedah pertama dengan persetujuan majoriti lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja.

Perkara pindaan kaedah pertama ialah tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja Melayu,kewarganegaraan, keutamaan Yang di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong,Raja-Raja dan Yang di Pertuan Negeri.

Kaedah kedua dengan peraetujuan majoriti lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen dan kelulusan Yang di Negeri Sarawak dan Sabah. Perkara pindaan kaedah kedua adalah keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggidi Sarawak dan Sabah.Hak dan kuasa kepada Kerajaan Negeri tentang kuasa menahan kemasukkan orang yang bukan dari Sarawak dan Sabah. Perkara pindaan kaedah kedua juga berkaitan perkara perundangan dan pemerintahan kuasa negeri,agama,bahasa dan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah.

Kaedah ketiga dengan persetujuan lebih suara du aper tiga Dewan Parlimen.Perkara-perkara yang tidak disebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan terkandung dalam kaedah pertama.

Kaedah keempat dengan persaetujuan lebih suara Dewan Parlimen. Perkara yang terkandung dalam kaedah keempat termasuk pindaan jadual 2,6 dan 7, bahagian III tentang kewarganegaraan,bentuk sumpah,ikrar,pemilihan dan persaraan ahli Dewan Negara serta persempananan pilihan raya. Pindaan perkara 74 dan 76 dalam perlembagaan. Dalam paerkara 74, Parlimen boleh membuat atau meminda undang-undang mengenai perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Hal yang sama juga boleh dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri bagi perkara yang berhubung dengan Senarai Negeri atau Senarai Berasama yang diperuntukkan oleh perlembagaan.

Dalam perkara 76, Parlimen boleh membuat undang-undang dalam Senarai Negeri yang melibatkan pelaksanaan persetiaan,perjanjian atau konvensyen antara persekutuan dengan mana-mana negara lain.

Page 5: Kertas 3 - Perlis 2014

5

2ii) RAJA BERPERLEMBAGAAN

Raja berpelembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Pelembagaan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri

Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Malaysia ialah sebagai ketua negara. Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman.

Yang di-Pertuan Agong juga merupakan satu daripada tiga unsur Parlimen. Baginda mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan Parlimen. Baginda juga merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata. Yang di-Pertuan Agong berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera.

Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu.

Yang di-Pertuan Agong ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah. Baginda juga mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri, berkuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.

Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah ‘Undang-undang X’ jika mendapati keselamatan negara terancam. Baginda juga berkuasa melantik Pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya pilihan Raya, ahli Perkhidmatan kehakiman, serta pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Baginda bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan Ketua Audit Negara bagi Persekutuan. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa tertinggi untuk mentauliahkan duta-duta negara kita

Page 6: Kertas 3 - Perlis 2014

6

2 iii) PARLIMEN

Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita.Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita. Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli. Ahli Dewan Negara yang digelar Senator ini mewakili setiap negeri dan mereka dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihan raya. Seseorang Senator memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun. Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen. Mereka boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri. Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahlinya terdiri daripada individu yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional, atau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian dan kebajikan, atau yang mewakili sesuatukumpulan minoriti seperti Orang Asli. Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh negara. Tempoh jawatan bagi anggota ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun. Tugas utama Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat. Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamai Akta dan undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamai Enakmen kecuali di Sarawak dan Sabah dinamai Ordinan. Proses Meluluskan Undang-undang di Parlimen

2 iv) PILIHAN RAYA

Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan. Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur. Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang. Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah. Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja Melayu. Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang. Tiga fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya, menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya soma ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia. Di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan. Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian, peletakan jawatan dan perlucutan jawatan. Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi

Page 7: Kertas 3 - Perlis 2014

7

Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagiSarawak dan Sabah selepas kekosongan itu. Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik yang mereka gemari. Mereka boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam pilihan raya. Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah. Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen atau ahli Dewan Undanga Negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM2000 dan belum mendapat pengampunan. Calon-calon dalam sesuatu pilihan raya boleh bertanding atas nama parti atau atas nama individu sebagai calon bebas. Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon. Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih. Menurut perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh mengundi dalam pilihan raya tersebut. Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja.Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai pengundi. Di negara kita, sebelum proses pengundian dijalankan, sama ada dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, calon daripada pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen. Tempoh berkempen adalah antara tujuh hingga lima belas hari sahaja. SPR telah menubuhkan urus setia yang diketuai oleh seorang setiausaha yang berperanan sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir urus setia. Mereka dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam. Urus setia SPR diwajibkan mengikuti garis panduan dan dasar SPR. Tujuannya untuk memastikan pilihan raya dijalankan dengan efektif dan adil. Pilihan raya penting kepada semua warganegara dalam sistem pemerintahan demokrasi. Setiap warganegara perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik semasa. Mereka harus melibatkan diri dalam proses memilih pemimpin negara serta menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya.

Page 8: Kertas 3 - Perlis 2014

8

2 v) KUASA PEMERINTAHAN

Malaysia merupakan negara demokrasi berparlimen yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Menurut konsep ini, kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang iaitu badan perundangan atau legislatif, badan pelaksana atau eksekutif dan badan kehakiman atau judisiari. Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.

Badan Perundangan atau Legislatif .

Perundangan merujuk pada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsi badan perundangan adalah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.

Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita. Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli. Ahli Dewan Negara digelar Senator. Mereka mewakili setiap negeri dan mereka dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihanraya. Seseorang Senator memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun. Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen. Mereka boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.

26 orang ahli Dewan Negara dipilih daripada 13 buah negeri iaitu dua orang setiap negeri. Ahli ini dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada bukan kalangan ahli DUN. Dua orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang lagi mewakili Wilayah Persekutuan Labuan. 40 ahli pula dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada individu yang telah berjasa dan cemerlang dalam bidang professional.

Page 9: Kertas 3 - Perlis 2014

9

Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahlinya terdiri daripada individu yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional atau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian dan kebajikan atau yang mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti Orang Asli.

Dewan Rakyat pula merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh negara. Tempoh jawatan bagi anggota ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun. Tugas utama Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat.

Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamai Akta dan undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamai Enakmen kecuali di Sarawak dan Sabah dinamai Ordinan.

Di Malaysia, sesuatu undang-undang yang hendak dilaksanakan perlu melalui proses meluluskan undang-undang di parlimen. Ianya bermula dengan cadangan oleh pihak kementerian. Seterusnya, penggubalan rang undang-undang oleh Jabatan Peguam Negara. Di Dewan Rakyat, pembacaan pertama akan dilakukan iaitu pembacaan tajuk rang undang-undang sahaja. Diikuti dengan pembacaan kedua dan rang undang-undang ini dibahaskan. Seterusnya, perbincangan secara terperinci tentang rang undang-undang ini pada peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat. Pembacaan ketiga kemudiannya akan dilakukan di Dewan Rakyat dan rang undang-undang ini dibahaskan sebelum diluluskan untuk dikemukakan ke Dewan Negara. Sekiranya rang undang-undang tersebut diluluskan, pembentangan rang undang-undang akan dibuat di Dewan Negara dan melalui proses yang sama seperti di Dewan Rakyat . Rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara akan diserahkan kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan dan diturunkan cap Mohor Negara. Proses berakhir dengan pewartaan atau pemberitahuan undang-undang ini dalam Warta Kerajaan.

Page 10: Kertas 3 - Perlis 2014

10

Badan Pelaksana atau Eksekutif

Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan. Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri atau Kabinet adalah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri.

Biasanya, Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri juga mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian. Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang serta menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita. Pada masa ini, terdapat 26 buah kementerian yang bertanggungjawab dalam semua perkara.

Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik. Seseorang Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio. Beliau akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.

Perkhidmatan awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Pada peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian. Beliau dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam. Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.

Jabatan kerajaan pula diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali dengan gelaran Ketua Pengarah. Sesebuah kementerian biasanya mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah.

Terdapat juga badan-badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun. Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu. Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan tersendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan. Badan berkanun ini mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang besar untuk mempercepat pentadbiran dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun kerajaan. Contoh badan berkanun ialah

Page 11: Kertas 3 - Perlis 2014

11

Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Beberapa suruhanjaya telah ditubuhkan di negara kita untuk mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam. Antaranya termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.

Badan Kehakiman atau Judisiari

Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan afidavit. Perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan. Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana. Badan Kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.

Sistem mahkamah telah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas kehakiman di negara ini. Mahkamah mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan negara, mentafsirkan undang-undang, mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa badan perundangan atau Parlimen.

Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid. Melalui sistem ini, individu atau kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan perjalanan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. Di Malaysia, mahkamah terbahagi kepada dua iaitu Mahkamah Rendah dan Mahkamah Atasan. Mahkamah Rendah terdiri daripada Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen. Mahkamah Atasan pula terdiri daripada Mahkamah Tinggi Malaya, Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Duli Yang

Page 12: Kertas 3 - Perlis 2014

12

Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Seseorang hakim tidak boleh dipecat dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah.

Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik. Tujuannya supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang.

Penasihat undang-undang kerajaan ialah Peguam Negara. Peguam Negara akan menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan. Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman.

Page 13: Kertas 3 - Perlis 2014

13

3 KONSEP PENGAGIHAN KUASA PENTADBIRAN DI MALAYSIA

3 a)

Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri.

Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam PelembagaanMalaysia.

Pengagihan kuasa pentadbiran Malaysia dapat dibahagikan kepada Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan senarai Bersama.

Senarai Persekutuan memuatkan bidang kuasa Persekutuan, iaitu Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya.

Antara bidang kuasa Persekutuan ialah hal ehwal luar negeri (hubungan luar), pertahanan dan keselamatan dalam negeri.

Selain itu, bidang kuasa lain ialah pentadbiran dan keadilan, kerakyatan negara dan pilihan raya negara.

Kerajaan Persekutuan juga berkuasa dalam bidang kewangan, perniagaan, perdagangan dan perusahaan.

Persekutuan juga berkuasa dalam bidang perkapalan, pelayaran dan pengangkutan.

Selain itu, Jabatan Ukur, penyelidikan, Kerja raya dan tenaga pusat juga terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Pelajaran, Kesihatan, orang asli, keselamatan buruh dan social turut terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Senarai Negeri mengandungi bidang kuasa yang diperuntukan kepada negeri, iaitu Kerajaan Negeri sahaja mempunyai kuasa terhadapnya.

Anatara bidang kuasa Negeri ialah undang-undang Islam, Tanah dan pertanian dan perhutanan.

Selain itu, bidang kuasa lain negeri ialah kerajaan tempatan dan perkhidmatan tempatan .

Kerajaan negeri, hari cuti negeri dan undang-undang negeri turut terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri.

Senarai Bersama pula menurunkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Dalam bidang kuasa ini, kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa terhadapnya.

Antara bidang kuasanya ialah kebajikan social, biasiswa dan Taman Negara.

Perancangan Bandar dan wilayah juga turut diletakkan di bawah senarai bersama.

Page 14: Kertas 3 - Perlis 2014

14

Bidang lain yang diletakkan di bawah senarai bersama ialah penjagaan haiwan, kesihatan dan kebersihan awam dan parit dan tali air.

Selain itu, pemulihan, hiburan awam dan perhubungan turut diletakkan di bawah Senarai Bersama.

3 (b) Jelaskan konsep pengagihan kuasa pemerintahan di Malaysia.

i) Badan Perundangan ii) Badan Pelaksana iii) Badan Kehakiman

i) Badan Perundangan

Konsep Badan Perundangan ialah merujuk pada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsi badan perundangan adalah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita. Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli. Ahli Dewan Negara yang digelar Senator ini mewakili setiap negeri dan mereka dilantik tanpa melalui pertandingan pilihan raya. Seorang Senator memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun. Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen. Mereka boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.

Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahlinya terdiri daripada individu yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional, atau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian dan kebajikan, atau yang mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti Orang Asli.

Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh negara. Tempoh jawatan bagi anggota ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun. Tugas utama Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat.

Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamakan Akta dan undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamai Enakmen kecuali di Sarawak dan Sabah dinamai Ordinan.

Page 15: Kertas 3 - Perlis 2014

15

ii) Badan Pelaksana

Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan. Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan. Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri atau kabinet ialah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri.

Biasanya, Perdana Menteri atau Timbalan Menteri juga mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian. Setiap kementerian bertanggungjawab menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita. Pada masa ini, terdapat 26 buah kementerian yang bertanggungjawab dalam semua perkara.

Setiap kemeterian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik. Seorang Menteri yang diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio. Beliau akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.

Perkhidmatan awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau bertanggungjawab mengawasi perjalanan kemnterian dan jabatan kerajaan. Pada peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian. Beliau dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam. Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.

Jabatan kerajaan pula diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali dengan gelaran Ketua Pengarah. Sesebuah kementerian biasanya mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah.

Terdapat juga badan-badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun. Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu. Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai peruntukan kewangan tersendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yaang bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan. Badan berkanun ini mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang besar untuk mempercepat pentadbiran dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun kerajaan.

Beberapa suruhanjaya telah ditubuhkan di negara kita untuk mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam. Antaranya termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.

Page 16: Kertas 3 - Perlis 2014

16

iii) Badan Kehakiman

Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan afidavit. Perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan. Badan kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh Badan Kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.

Sistem mahkamah telah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas kehakiman di negara ini. Mahkamah juga mempunyai kuasa mentafsirkan undang-undang, mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa badan perundangan atau Parlimen. Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid. Melalui sistem individu atau kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan perjalanan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.

Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Urusan Pelantikan, kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Duli Yang di-Pertuan Agong. Seseorang hakim tidak boleh dipecat dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah.

Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik. Tujuannya supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang.

Penasihat undang-undang kerajaan ialah Peguam Negara. Peguam Negara akan menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan. Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman.

Page 17: Kertas 3 - Perlis 2014

17

4 a) Syarat-syarat menjadi calon dan pengundi dalam pilihan raya.

Syarat –syarat bagi menjadi calon dalam pilihan raya ialah mereka mestilah warganegara Malaysia. Mana-mana yang bukan warganegara Malaysia tidak dibenarkan menjadi calon dalam pilihan raya di negara ini. Calon juga mestilah berumur 21 tahun ke atas dan mereka yang di bawah umur 21 tahun tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya. Semua calon mestilah yang bermastautin di Malaysia dan mereka yang tinggal di luar negara jika mahu bertanding mesti pulang dan bermastautin di Malaysia. Calon mestilah yang sempurna akal atau waras dan mereka yang tidak waras tidak dibenarkan bertanding. Seseorang yang muflis juga tidak dibenarkan bertanding. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya perbuatan rasuah apabila calon menang dalam pilihan raya. Mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan atau perkhidmatan awam tidak dibenarkan bertanding jika mereka mahu bertanding mereka mestilah melepaskan jawatan mereka. Hal ini bertujuan untuk mengelak daripada berlakunya salahguna kuasa semasa pilihan raya. Seseorang yang disabitkan dengan kesalahan mahkamah juga tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya iaitu hukuman penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau denda tidak kurang daripada RM2000.

Syarat- syarat untuk menjadi pengundi ialah mestilah berdaftar dalam senarai daftar pemilih yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Mereka yang tidak berdaftar tidak layak untuk menjadi pengundi. Pengundi juga mestilah warganegara Malaysia dan rakyat asing atau orang luar tidak layak untuk mengundi. Pengundi mestilah berumur 21 tahun ke atas dan mereka yang berumur kurang daripada 21 tahun tidak layak untuk mengundi. Pengundi mestilah bermastautin atau tidak bermastautin di mana-mana kawasan pilihan raya yang diadakan. Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam satu kawasan pilihan raya sahaja. Bagi pelajar luar negara atau pegawai kerajaan di luar negara mereka boleh mengundi melalui undi pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai pengundi. Anggota pasukan keselamatan seperti polis dan askar juga menggunakan undi pos. Seseorang pengundi juga mestilah waras atau tidak gila. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya masalah semasa pengundian dijalankan.

(15 markah)

Page 18: Kertas 3 - Perlis 2014

18

4b) Jelaskan tujuan penubuhan parti-parti politik di Malaysia sehingga tahun 1963.

Secara umumnya parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik untuk mencapai matlamat bersama. Parti-parti politik ini berjuang untuk mendapatkan kuasa. Ahli-ahlinya membayar yuran keahlian dan selalunya memberikan kesetiaan dan komitmen terhadap perjuangan parti.

Selain idelogi politik, sikap perkauman juga menjadi asas pempentukan dan penyatuan ahli-ahli parti.Contohnya Parti Pertubuhan KebangsaanMelayu Bersatu (UMNO), Parti Cina Se-Tanah Melayu (MCA) dan Kongres India Tanah Melayu(MIC) di Negara kita .Parti-parti ini ditubuhkan dengan matlamat untuk menyatukan dan memelihara kepentingan kaum masing-masing.

Malayan Democratic union (MDU), ditubuhkan oleh golongan professional Cina pada bulan Disember 1945.MDU merupakan pertubuhan bukan Melayu yang menentang Malayan Union kerana dianggap tidak demokratik.Tujuan penubuhannya adalah menentang Malayan Union.

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), ditubuhkan pada 11 Mei 1946 untuk menumbangkan gagasan Malayan Union. UMNO kemudian bekerjasama dengan parti MCA dan MIC menubuhkan Parti Perikatan. Antara tujuan penubuhan adalah untuk menyatukan orang Melayu menentang Malayan Union, melindungi dan menjaga kepentingan orang Melayu dan mencapai kemerdekaan.

Malayan Indian Congress (MIC) ditubuhkan pada bulan Ogos 1946 dan Yang di-Pertuanya ialah John Thivy. Antara tujuan parti ini ialah menjaga kepentingan orang India di Tanah Melayu dan memperjuangkan kemajuan politik bersama-sama kaum lain

Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu atau All Malayan Council of Joint Action (AMCJA), ditubuhkan oleh beberapa persatuan bukan Melayu pada bulan September 1946. Pengerusinya ialah Tan Cheng Lock dan setiausahanya ialah John Eber. Tujuan penubuhannya ialah menentang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, menyatukan Singapura dengan Tanah Melayu dan menuntut kewarganegaraan yang sama.

Hizbul Muslimin, merupakan pertubuhan politik yang pertama antara tahun 1948 hingga awal tahun 1950an. Hizbul Muslimin bermaksud Pertubuhan Kaum Muslimin.Pertubuhan ini diasaskan oleh Haji Abu Bakar al-Baqir. Perjuangan Hizbul Muslimin kemudian disambung oleh Parti Islam Se-tanah Melayu (PAS). Tujuan penubuhannya ialah menubuhkan sebuah kerajaan Islam di Tanah Melayu yang merdeka.

Malayan Chinese Association (MCA), ditubuhkan pada tahun 1949. Antara pengasasnya ialah Tan Cheng Lock,Yong Shock Lin, Kolonel Lee Hou Shik (H.S. Lee) dan Leong Yew Koh.

Page 19: Kertas 3 - Perlis 2014

19

Tujuan penubuhan parti ini ialah menjaga kepentingan politik kaum Cina di Tanah Melayu dan bekerjasama menentang keganasan komunis di Tanah Melayu.

Parti Kemerdekaan Tanah Melayu atau Independence Malaya Party (IMP), diasaskan oleh Dato’ Onn Ja’afar pada bulan Sepetember 1951. Ia merupakan parti berbilang bangsa. Parti ini tidak mendapat sambutan. Tujuan penubuhan parti ini adalah menuntut pilihan raya diadakan pada tahun 1955 dan mahukan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1961.

Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS), ditubuhkan pada 24 November 1951 di Kepala Batas, Seberang Perai. Diasaskan oleh Haji Ahmad Fuad bin Hassan. Tujuan penubuhan parti ini pula ialah untuk menubuhkan sebuah negara Islam di Tanah Melayu dan menjadikan Islam agama rasmi negara.

Parti Buruh Se-Tanah Melayu, ditubuhkan pada tahun 1952 dan Presiden pertamanya ialah Mohamad Sopiee Ibrahim. Tujuan penubuhannya ialah menentang keganasan komunis dan merancang kemerdekaan Tanah Melayu.

Parti Negara, diasaskan oleh Dato’ Onn bin Ja’afar pada bulan Februari 1954. Parti ini menekankan kepentingan orang Melayu kerana Dato’ Onn Ja’afar ingin mendapatkan sokongan semula masyarakat Melayu terhadapnya. Tujuan penubuhan parti ini ialah mendapat kemerdekaan Tanah Melayu dalam tempoh lima tahun dan memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

5 a) Manfaat atau kepentingan perlembagaan Malaysia

i) Manfaat atau kepentingan keluhuran perlembagaan dalam melicinkan pentadbiran

negara

Perlembagaan berperanan untuk memjamin kestabilan sesebuah negara dengan

menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Selain itu, ia juga menjamin

kecekapan, kejujuran, keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan

pemerintahan sesebuah kerajaan. Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa

memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi

rakyat. Perlembagaan juga menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi

kepada negara. Perkara 24 Perlembagaan menyatakan seseorang yang mempunyai

kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya. Manakala Perkara 25

pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika

Page 20: Kertas 3 - Perlis 2014

20

terbukti tidak setia kepada negara. Tujuannya adalah supaya rakyat memberikan

sepenuh ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa

Malaysia. Di samping itu, perlembagaan Malaysia juga menjamin hak asasi dan

kebebasan rakyat. Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti

berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Dalam Perkara 153 memperuntukkan

peranan Yang di Pertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta

kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak. Hak istimewa

tersebut ialah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan

pendidikan dan pemberian lessen perniagaan dan perdagangan. Ini dilaksana dengan

berhati-hati supaya tidak mengabaikan kaum-kaum lain. Perlembagaan Malaysia juga

penting untuk menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan kepentingan bersama

antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Ia menjadi rujukan utama

dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri. Dengan cara ini sistem

pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan. Pembahagian ini

menjelaskan Perlembagaan Negeri tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan

Malaysia. Perlembagaan juga menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan

bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak boleh dipersoalkan. Ini adalah jaminan yang

ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia sebelum Sarawak dan Sabah menyertai

persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Kerajaan Persekutuan menggunakan senarai

kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk membantu memesatkan

pembangunan di negeri Sarawak dan Sabah. Kesannya, berlaku pembangunan yang

pesat dalam bidang pendidikan dan kesihatan serta perkhidmatan pos, telekom dan

polis terutama di kawasan pedalaman.

Page 21: Kertas 3 - Perlis 2014

21

5 (a )

ii) Kejayaan demokrasi berparlimen.

Buktikan kejayaan negara melalui pengamalan sistem pentadbiran demokrasi berparlimen . Bukti kejayaan negara melalui pengamalan sstem pentadbiran demokrasi berparlimen ialah Malaysia diiktiraf sebagai antara negara yang aman dan selamat untuk dikunjungi. Kejayaan negara hasil pengamalan sistem pentadbiran demokrasi berparlimen dapat dilihat melalui kemajuan dalam sistem pengangkutan contohnya syarikat penerbangan Malaysian Airline System (MAS) telah mendapat pengiktirafan lima bintang dalam Anugerah Penerbangan Dunia SKYTRAX 2013 dalam kalangan 160 negara.MAS turut menerima Anugerah Makanan Utama Terbaik syarikat penerbangan untuk sajian sate yang merupakan sajian tradisional Negara. Malaysia turut diiktiraf sebagai hab kewangan Islam melalui sistem perbankan Islam dan sistem ekuiti Islam yang berlandaskan prinsip syariah.Kedudukan perbankan Islam adalah antara yang terkemuka di dunia . Kejayaan negara seterusnya hasil pengamalan sistem demokrasi berparlimen ialah Malaysia menjadi pelopor hab halal dunia dan Malaysia menjadi rujukan dunia terutama dalam industri pemakanan ,kosmetik dan farmaseutikal. Pensijilan halal Malaysia telah diiktiraf oleh pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertubuhan Kerjasama Islam. Kesan daripada pengamalan sistem demokrasi berparlimen ,teknologi getah dan kelapa sawit turut menjadi contoh Negara-negara di dunia. FELDA menjadi contoh kepada Myanmar,Kemboja,Indonesia dan Afrika Selatan kerana kejayaan dalam membasmi kemiskinan masyarakat di luar bandar. Pengamalan sistem demokrasi berparlimen menyebabkan imej negara kita dipandang tinggi di mata dunia melalui konsep memakmurkan sahabat melalui perkongsian kepakaran dan pengalaman bersama dengan negara lain. Kestabilan negara juga terjamin sehingga Malaysia berjaya mengelola beberapa pertandingan di peringkat antarabangsa seperti Formula One di Sepang dan Lima di Langkawi. Selain itu, dapat mengekalkan kesejahteraan negara dan perpaduan kaum

Page 22: Kertas 3 - Perlis 2014

22

seperti penerapan nilai-nilai murni seperti kerjasama, tolak ansur dan gotong royong selalu di amalkan. Negara kita juga telah membangun ke arah sebuah negara yang maju melalui kemakmuran ekonomi. Bukti lain ialah negara kita berjaya membentuk sebuah identiti negara tersendiri dengan konsep 1Malaysia dan dapat melahirkan rakyat yang taat dan setia kepada agama, bangsa dan negara. Negara berjaya melahirkan rakyat yang bijak memilih pemimpin melalui pilihan raya.. Wujudnya keadilan sosial dalam kalangan rakyat di negara ini juga merupakan bukti kejayaan demokrasi berparlimen.

5a)

iii) Manfaat/Kepentingan pindaan perlembagaan yang dapat melicinkan pentadbiran negara.

Sejak tahun 1957 Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali untuk melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara dan melicinkan urusan pentadbiran negara. Perlembagaan perlu dipinda supaya sentiasa releven dan sesuai dengan keperluan semasa. Pindaan ini juga menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah dan kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati. Perlembagaan juga telah dipinda bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka. Antara perkara sensitif dalam perlembagaan yang tidak boleh dipersoalkan ialah pemerintahan beraja, agama Islam, kedudukan bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu. Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang mengehadkan seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya sehingga menyentuh perkara yang sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum di negara ini. Tujuannya untuk memelihara keselamatan, ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita. Antara pindaan besar yang telah dibuat termasuklah pemansuhan imuniti (kekebalan) bagi Yang Di-Pertuan Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada kesalahan jenayah

Page 23: Kertas 3 - Perlis 2014

23

5(b) Buktikan pengamalan raja berpelembagaan dapat mengharmonikan kehidupan

masyarakat di negara Malaysia

Kejayaan negara melalui sistem raja berperlembagaan dapat mengharmonikan negara melalui bukti dengan terjalinnya hubungan perpaduan kaum yang terdapat di Malaysia. Selain itu, dapat mengukuh dan menstabilkan politik negara kita. Seterusnya, keamanan negara dapat dikecapi sehingga hari ini.

Raja berpelembagaan turut menjamin keselamatan rakyat hidup dalam keadaan yang harmoni. Kesucian agama di Malaysia terpelihara melalui bangsa lain bebas beragama dan agama Islam adalah agama rasmi negara. Negara menjadi aman dan makmur dengan tertegaknya kedaulatan undang-undang yang teguh. Kejayaan negara juga dapat dibuktikan dengan terpelihanya institusi kesultanan Melayu Melaka.

Justeru, pertahanan negara dapat ditingkatkan dan menjadi kuat. Institusi Raja-raja Melayu turut menjamin kedudukan istimewa orang Melayu di Malaysia. Sektor pelancongan negara dapat ditingkatkan. Malaysia menjadi rujukan dan model kepada negara-negara lain di dunia dalam mengekalkan keamanan. Kini, negara Malaysia menjadi lebih makmur dengan kekuatan politik yang stabil menuju negara maju.

Page 24: Kertas 3 - Perlis 2014

24

6 a) Manfaat dan kepentingan pilihan raya terhadap rakyat dan negara dalam

mengharmonikan negara Malaysia.

Manfaat dan kepentingan pilihan raya terhadap rakyat dan negara dalam

mengharmonikan negara Malaysia adalah pilihan raya dapat menjamin kebebasan rakyat

serta dapat menyatu padukan rakyat berbilang bangsa. Selain itu, rakyat dapat hidup

dalam keadaan aman dan sejahtera. Keselamatan rakyat terpelihara dan kebajikan rakyat

diutamakan. Pilihan raya dapat memastikan suara majoriti rakyat dihormati dalam

menentukan bentuk kerajaan. Pilihan raya dapat mewujudkan kesepakatan dan

pemuafakatan dalam kalangan rakyat . Pilihan raya juga dapat mengekalkan amalan

demokrasi yang dilaksanakan di negara kita. Di samping itu, melalui pilihan raya , rakyat

dapat memilih pemimpin yang adil dan berkaliber.Pilihan raya dapat melahirkan rakyat

yang memberi sokongan penuh kepada pemimpin .Pilihan raya juga menjamin pemimpin

yang amanah serta bertanggungjawab. Pilihan raya dapat membentuk sebuah negara yang

stabil dan makmur. Pilihan raya dapat mewujudkan negara yang aman. Negara kita akan

maju setanding dengan negara yang lain. Negara kita akan dikunjungi oleh ramai pelabur

asing dan meningkatkan ekonomi negara kita . Pelancong asing juga akan berkunjung ke

negara kita dan meningkatkan pendapatan negara melalui pertukaran wang asing. Pilihan

raya dapat menjamin hak asasi manusia serta melahirkan masyarakat yang tenteram dan

harmoni.

Page 25: Kertas 3 - Perlis 2014

25

6. (b) Pengagihan kuasa dapat melicinkan pentadbiran negara. Pengagihan kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri ini dapat melicinkan pentadbiran negara iaitu menyatupadukan pelbagai wilayah yang dahulunya wujud berasingan. Pengagihan kuasa dapat mewujudkan hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Selain itu, pengagihan kuasa juga dapat membentuk Kerajaan Persekutuan yang stabil dan berwibawa malah membantu mengurangkan perbalahan antara etnik.

Pengagihan kuasa dapat menjamin keharmonian. Melalui pengagihan kuasa pemimpin atau rakyat sentiasa dapat mengamalkan sikap toleransi untuk kepentingan bersama. Pengagihan kuasa berpandukan perlembagaan menjadi garis panduan untuk memerintah negara bagi membentuk kerajaan yang adil dan stabil. Pengagihan kuasa ini mengelakkan pemusatan kuasa. Pengagihan kuasa juga berperanan untuk mengimbangi check and balance antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Pengagihan kuasa dapat mengelakkan penindasan kepada rakyat. Pengagihan kuasa

menjamin kebebasan rakyat dan hak asasi rakyat dapat dilindungi. Seterusnya, pengagihan kuasa juga dapat menjadikan pentadbiran bersistematik dan mengurangkan bebanan tugas serta menjadikan pembangunan negara kita pantas berkembang. Selain itu, pengagihan kuasa juga menjamin keadilan, menjamin keharmonian dan mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia. Pengagihan kuasa mengelakkan salah guna kuasa dan dapat mengelakkan perbalahan antara rakyat berbilang kaum di Malaysia. Akhir sekali, pengagihan kuasa yang diamalkan di Malaysia dapat mengekalkan kedaulatan negara Malaysia.

[10 markah]

6. (c) Manfaat kebebasan asasi dalam mensejahterakan rakyat Malaysia. (10 markah)

Manfaat kebebasan asasi dalam mensejahteraan rakyat Malaysia ialah kebebasan berpersatuan yang mewujudkan keadilan dalam masyarakat. Rakyat mempunyai hak menyuarakan pandangan menerusi aktiviti berpersatuan. Contohnya, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.

Selain itu, rakyat juga mempunyai kebebasan bersuara. Melalui kebebasan bersuara, pandangan rakyat diutamakan oleh pemimpin. Keadaan ini mewujudkan negara yang aman. Politik negara juga akan stabil dan seterusnya mewujudkan negara yang maju.

Page 26: Kertas 3 - Perlis 2014

26

Kebebasan asasi memperuntukkan kebebasan beragama kepada rakyat. Kebebasan beragaman mewujudkan masyarakat yang harmoni. Ini membawa kepada masyarakat yang bertolak ansur antara kaum yang berbeza agama. Ini seterusnya memperkayakan budaya negara Malaysia. Rakyat turut bersatu padu melalui kepelbagaian perayaaan.

Akhir sekali ialah kebebasan memiliki harta. Kekayaan dikongsi bersama di mana ini dapat mengurangkan jurang kemiskinan di kalangan masyarakat. Di samping itu, lahirlah sikap berlumba-lumba untuk memajukan diri. Keadaan ini dapat melahirkan individu yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai antara individu yang paling kaya di dunia. Justeru itu, Malaysia dipandang tinggi di merata dunia. Contohnya ialah T. Ananda Krishnan.

6(d) Kepentingan warganegara Malaysia memahami nilai-nilai demokrasi berparlimen

Melalui demokrasi berparlimen dapat memberi peluang kepada rakyat bersama-sama mentadbir negara. Setiap pemerintah perlu memenuhi kehendak dan pemintaan rakyat untuk kesejahteraan hidup mereka. Rakyat juga dapat mengawal dan menyelia terhadap sesuatu dasar kerajaan yang dijalankan dalam sesebuah negara.

Rakyat juga boleh bertanggungjawab menentukan pemerintahan bagi sesebuah negara. Rakyat berpeluang membentuk sesebuah kerajaan bagi sebuah Negara. Rakyat berpeluang membentuk sesebuah kerajaan bagi sebuah Negara Malaysia. Rakyat boleh menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada.

Kerajaan dapat menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada. Kerajaan dapat memberi jaminan bahawa mereka dapat mengekalkan sebuah kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil. Dapat memastikan sesebuah kerajaan itu dapat memberi sebuah pemrintahan yang cekap, mantap dan berkesan.

Rakyat boleh memilih wakil mereka melalui pilihanraya yang diadakan 5 tahun sekali. Kerajaan yang dipilih mesti memerintah Negara berpandukan kepada perlembagaan yang dgubal dan dibentuk untuk Negara Malaysia. Apabila sesebuah kerajaan tidak menjalankan pemerintahan berdasarkan perlembagaan rakyat berkuasa menukar sesebuah kerajaan melalui pilihnraya.

Rakyat juga dapat menilai dan bertindak memepertahankan institusi raja yang mewakili keistimewaan orang melayu. Rakyat yang prihatin dengan demokrasi berparlimen dapat menonjolkan imej Negara kita yang baik di mata Negara-negara luar. Warganegara akan sentiasa memastikan perpaduan terjalin di antara kaum-kaum yang terdapat di Malaysia.

Page 27: Kertas 3 - Perlis 2014

27

6e) Kepentingan dan faedah sistem demokrasi berparlimen kepada kestabilan politik negara kita.

Kepentingan dan faedah demokrasi berparlimen kepada bangsa dan negara ialah pelaksanaan pilihanraya lima tahun sekali. Melalui pelaksanaan pilihanraya ini, rakyat diberi hak untuk memilih wakil rakyat dan membentuk kerajaan. Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihanraya.

Seterusnya ,kepentingan dan faedah demokrasi berparlimen kepada bangsa dan negaraa dalah menjamin sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Ini adalah kerana pemimpin yang dilantik akan lebih bertanggungjawab untuk memimpin negara kerana rakyat yang memilih mereka. Maka pemimpin-pemimpin akan terus menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat. Secara tidak langsung kestabilan politik Negara akan terjamin. Seterusnya, keamanan negara akan terjamin.

Kepentingan dan faedah demokrasi berparlimen kepada bangsa dan negara juga menjamin hak asasi rakyat. Ini adalah kerana rakyat berpeluang memilih kerajaan yang mereka kehendaki tanpa sebarang paksaan. Ini adalah kerana mereka melibatkan diri secara langsung untuk menentukan corak pemerintahan demokrasi berparlimen. Hak yang seterusnya ialah rakyat dapat bersuara melalui wakil yang dipilih oleh mereka.

Malahan pula melalui sistem pilihanraya ini, dapat merealisasikan generasi rakyat yang peka dalam politik semasa. Maka setiap rakyat akan melibatkan diri dalam apa jua perkembangan politik tanah air.

7a) Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk memantapkan sistem pentadbiran

negara dan langkah mengatasi cabaran tersebut

Antara cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memantapkan sistem pentadbiran negara adalah pencorobohan sempadan negara seperti peristiwa Pencerobohan Lahad Datu yang berlaku di Sabah. Cabaran seterusnya Malaysia telah dijadikan transit pengedaran dadah dari negara-negara Amerika Latin. Dadah telah diseludup melalui pintu masuk negara melalui jalan darat, laut

Page 28: Kertas 3 - Perlis 2014

28

dan udara. Pencerobohan pintu sempadan juga menyebabkan kemasukan pendatang-pendatang asing / PATI tanpa saluran yang sah.

Malaysia juga telah dijadikan negara untuk sindikat memperdagangkan manusia untuk tujuan pelacuran terutamanya dari China, Vietnam dan lain-lain negara. Kadar jenayah dalam negara juga semakin meningkat. Saban hari peristiwa jenayah seperti perompakan, perogolan, pembunuhan dan bermacam lagi telah menjadi berita utama di dada akhbar di negara kita. Penyalahgunaan media sosial seperti facebook, twitter, whatsup dan sebagainya telah mengancam keharmonian kehidupan rakyat Malaysia. Ramai yang berani mempertikaikan perlembagaan negara secara terbuka seperti menghina kedudukan raja-raja Melayu dan membangkitkan isu-isu perkauman serta mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu. Demostrasi jalanan tanpa permit juga merupakan cabaran yang terpaksa dihadapi o;eh pemerintah negara kita. Demostrasi telah mewujudkan keadaan yang tidak stabil dan boleh menjejaskan ekonomi negara apabila peristiwa ini disebarkan secara meluas di era globalisi dunia tanpa sempadan. Terdapat juga campurtangan kuasa-kuasa asing dalam politik negara dengan memihak mereka yang berkepentingan dengan menyalahkan pihak kerajaan dalam sesuatu isu atas kebebasan bersuara walaupun kadangkala tindakan mereka ini menggugat kedaulatan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Antara langkah yang telah diambil oleh kerajaan dalam isu pencerobohan Lahad Datu, kerajaan telah menubuhkan ESCOM dan memperkemaskan pertahanan negara dengan menghantar lebih ramai tentera ke kawasan tersebut untuk mengawal sempadan perairan negara. Kawalan pintu masuk ke negara kita telah diperketatkan untuk membendung kemasukan pendatang-pendatang asing tanpa izin. Perairan negara dan lapangan terbang telah diberi kawalan ketat dan sentiasa diawasi untuk membanteras penyeludupan dadah dan permerdagangan manusia.

Page 29: Kertas 3 - Perlis 2014

29

Kerajaan juga telah menguatkuasakan undang-undang jenayah dan menjalankan operasi bagi membanteras dan menurunkan kadar jenayah di negara kita. Pihak keselamatan seperti polis telah bertungkus-lumus dan sentiasa siapsiaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang dicetuskan oleh penjenayah. Kerajaan telah menggubal akta komunikasi melalui SKMM bagi menghadapi masalah penyalahgunaan media sosial.

Pihak sekolah dan ibu bapa juga berperanan untuk memantau kanak-kanak agar mereka tidak menyalahgunakan alam siber. Kerajaan telah mewujudkan pelbagai program seperti PLKN, IM4U, Gagasan 1 Malaysia untuk menangani isu perkauman dan masalah perpaduan.

Kerajan juga telah memberi permit dan menyediakan tempat-tempat khas seperti

stadium pihak-pihak tertentu untuk mengadakan demostrasi selaras dengan hak kebebasan bersuara seperti yang diperuntukkan dalam sistem demokrasi negara.

7 b)

Cabaran/Halangan/Masalah untuk mengekalkan demokrasi berparlimen

Cabaran yang pertama ialah parti yang di wakili oleh kerajaan kehilangan majoriti dalam pilihanraya. Selain itu sikap segelintir masyarakat yang terlalu percaya dengan provokasi untuk menjatuhkan kerajaan. Masalah seterusnya ialah tuntutan perkauman yang melampau oleh kaum-kaum tertentu yang boleh menggugatkan keharmonian kaum. Sikap segelintir masyarakat yang berkecenderungan untuk mempertikaikan keluhuran perlembagaan juga merupakan cabaran terhadap pentadbiran negara. .Kecanggihan teknologi maklumat yang tidak terkawal boleh menjejaskan pentadbiran demokrasi negara. Sikap keterbukaan yang terlalu bebas bersuara juga boleh menjejaskan kelancaran demokrasi berparlimen di negara kita.

Langkah untuk mengekalkan demokrasi berparlimen

Langkah yang pertama ialah kerajaan perlu meningkatkan keyakinan rakyat dengan menjaga kebajikan rakyat. Selain itu kerajaan perlu bertindak tegas terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyebarkan provokasi .Kerajaan perlu mengadakan program yang dapat memupuk toleransi dalam masyarakat. Selain itu program seperti gotong – royong perdana penting untuk meningkatkan perpaduan.Kerajaan melalui SKMM, perlu memantau bahan-bahan yang dimuat naik di laman sesawang untuk mengelakkan isu-isu sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian negara. Kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang untuk menghalang individu yang terlalu bebas menyuarakan pendapat .

Page 30: Kertas 3 - Perlis 2014

30

7 c) Cabaran dalam mewujudkan keamanan di negara kita dan langkah mengatasinya Cabaran dalam mewujudkan keamanan ialah institusi kekeluargaan yang semakin luntur

kerana kesibukan ibu bapa dalam urusan kerjaya. Seterusnya, segelintir pihak di Malaysia sering menyuarakan ketidakpuasan hati dengan melancarkan demonstrasi jalanan sehingga mengganggu pengguna jalan raya dan premis perniagaan. Selain itu, kadar kemiskinan yang masih tinggi di negara kita. Di samping itu, kadar pengangguran dalam masyarakat semakin meningkat. Masalah keruntuhan akhlak semakin meruncing seperti gejala samseng jalanan dan pergaulan bebas. Nilai – nilai kemanusiaan dalam kalangan masyarakat semakin pudar apabila masyarakat tidak prihatin dengan masalah persekitaran. Cabaran seterusnya masyarakat Malaysia mempunyai masyarakat pelbagai kaum yang berbeza dari segi budaya, bahasa dan agama. Akhir sekali penyalahgunaan dadah semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Langkah-langkah untuk mengekalkan keamanan ialah mengukuhkan institusi kekeluargaan khususnya melalui program keibubapaan. Demonstrasi jalanan boleh diatasi dengan cara penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas. Kerajaan seharusnya menyalurkan bantuan kepada rakyat tanpa mengira kaum untuk mengatasi masalah kemiskinan. Peluang pekerjaan boleh diwujudkan dengan lebih banyak sekiranya kerajaan berjaya meningkatkan kemasukan pelabur asing. Keruntuhan akhlak remaja boleh diatasi dengan mengadakan program peningkatan sahsiah. Kerajaan juga seharusnya menyediakan pelbagai program untuk meningkatkan jati diri. Perbezaan masyarakat pelbagai kaum boleh diatasi dengan melaksanakan program 1Malaysia. Akhir sekali, kerajaan seharusnya membanteras penyalahgunaan dadah secara menyeluruh dan berterusan.

Page 31: Kertas 3 - Perlis 2014

31

8)Nilai-nilai murni dan iktibar daripada pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi

Berparlimen.

8) Nilai murni dan iktibar daripada pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. ( 5 markah )

Antara nilai murni yang boleh dipraktikkan dalam negara demokrasi berparlimen ialah sikap setia kepada pemimpin dan negara. Kita juga harus mematuhi undang-undang untuk menjamin keamanan negara. Selain itu sikap menghargai jasa pemimpin negara terutama yang telah memberi sumbangan kepada negara . Sikap bekerjasama di antara kaum perlu dikekalkan.Sikap bertolak ansur perlu di praktikkan dalam masyarakat.Kita juga perlu berusaha untuk menjadi warganegara yang produktif untuk pembanguna negara.

Kita hendaklah bersatu padu dalam mempertahankan kedaulatan negara. Kita haruslah bijak menjalankan pentadbiran . Kita mestilah bertanggungjawab menjaga keamanan negara.Akhir sekali kita perlu membuktikan kesetiaan kepada negara dan sentiasa menghormati semua lambang-lambang kebesaran negara.

9) KESIMPULAN KESELURUHAN ISI YANG TELAH DIBINCANGKAN

( Pengetahuan ,Iktibar, Harapan )

Pengetahuan yang saya perolehi ialah negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Disamping itu juga saya dapat mengetahui tentang proses pilihanraya yang berlaku di Malaysia serta perlembagaan yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Saya juga dapat mengetahui tentang bidang kuasa Yang DiPertuan Agong .

Iktibar kepada diri saya ialah saya mestilah mematuhi undang-undang negara yang berlandaskan Perlembagaan Malaysia. Iktibar kepada bangsa ialah kita mestilah bekerjasama membangunkan negara . Manakala iktibar kepada negara pula ialah negara perlu mempunyai pemimpin yang bijak dan adil dalam menjalankan pemerintahan.

Harapan saya agar pentadbiran di Malaysia terus kukuh dan stabil ke arah keamanan dan kegemilangan Malaysia pada masa hadapan. Saya juga berharap negara kita akan setanding dengan negara-negara lain di mata dunia.

Page 32: Kertas 3 - Perlis 2014

32