pemarkahan kertas upsr bm 2014

45
PENGUKURAN & PENILAIAN BAHASA MELAYU (SGDE 3013) TUGASAN KUMPULAN TAJUK: PEMARKAHAN KERTAS BM UPSR 2014 PENSYARAH: TUAN HJ ABU HASSAN B OTHMAN DISEDIAKAN OLEH: ZULKHAIRI BIN RAMLI (223588)

Upload: zulkhairi-ramli

Post on 07-Nov-2015

125 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

Cara memriksa kertas upsr BM

TRANSCRIPT

  • PENGUKURAN & PENILAIAN BAHASA MELAYU

    (SGDE 3013)TUGASAN KUMPULANTAJUK: PEMARKAHAN KERTAS BM UPSR 2014PENSYARAH:TUAN HJ ABU HASSAN B OTHMAN

    DISEDIAKAN OLEH:ZULKHAIRI BIN RAMLI (223588)

  • PEMARKAHAN KERTAS BM UPSR 2014 (KERTAS PENULISAN BAHASA MELAYU)ISI KANDUNGAN

    PENGENALANTEKNIK PEMARKAHANGARIS PANDUAN MEMERIKSA KERTAS PENYELARASANISUPENUTUP

  • 1. PENGENALAN

  • Soalan esei atau karangan dapat menjadi alat pengukuran yang berkesan jika mempunyai Peraturan Memberi Markah(PMM) yang sesuai.

    Diperiksa oleh pemeriksa yang cekap dan ada penyelarasan antara mereka.

  • Sambungan.PMM adalah perkara mesti bagi soalan esei walaupun pemeriksanya hanya seorang.

    PMM adalah untuk memastikan kebolehpercayaan pemarkahan.

  • Peraturan Memberi MarkahSebelum memeriksa esei kita perlu menyediakan PMM.

    Bagi ujian sumatif seperti Ujian Pecapaian Sekolah Rendah (UPSR),PMM telah disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab.Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)

  • Sambungan..Amnya terdapat dua teknik membina PMM

    Teknik Global (impresif,holistik,tanggapan)

    Teknik Analitikal (perincian)

  • 2. TEKNIK PEMARKAHAN

  • TEKNIK GLOBAL

    Global atau Holistik bermaksud menyeluruh.

    Pemeriksa melakukan penilaian secara keseluruhan terhadap sesuatu esei.

    Esei dibaca sekali lalu untuk menganggarkan prestasi calon berdasarkan skala seperti gred A hingga E

  • Sambungan.Cara ini amat subjektif.

    Memerlukan pemeriksa yang sangat mahir dan berkebolehan membaca esei secara kritikal.

    Amat subjektif bermakna kebolehpercayaan pemarkahan amat rendah.

    Pemarkahan dapat ditinggikan dengan peyelarasan antara pemeriksa dan penyediaan model jawapan untuk rujukan bersama.

  • TEKNIK ANALITIKAL

    Teknik ini adalah memberi markah secara terpeinci untuk sesebuah esei.

    Markah di beri berdasarkan kriteria tertentu.

    Sekiranya jawapan calon banyak unsur yang dinyatakan dalam kriteria itu,maka ini akan memberikan markah yang tinggi kepada calon tersebut.

  • Sambungan.Pemeriksa pula tidak semestinya pakar dalam bidang berkenaan.

    Teknik ini sesuai untuk ujian pencapaian dan ujian formatif kerana hasilnya dapat digunakan untuk tujuan diagnostik dan memberi maklumat semula kepada pelajar dan pengajar.

  • 3. GARIS PANDUAN MEMERIKSA KERTAS 012 (SECARA UMUM)

    PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

  • *PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH*Panduan dan Cara Memeriksa Kertas PenulisanPemeriksaan kertas Bahasa Malaysia Penulisan dilakukan secara holistik iaitu melihat secara keseluruhan.Pemarkahan atau penskoran dibuat mengikut kriteria yang ditentukan.Idea-idea yang diberi bagi setiap soalan merupakan panduan kepada guru mata pelajaran untuk menilai atau memberi markah.

    PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

  • *PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH*Langkah-langkah MemeriksaPemeriksa hendaklah membaca setiap ayat dalam sesebuah karangan dengan teliti untuk mendapatkan kesan (impression) daripada karangan tersebut.Selepas itu, nilai dan anggarkan tahap karangan tersebut.Tahap pencapaian karangan itu akan disesuaikan dengan kriteria yang telah ditentukan.

    PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

  • *PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH*Langkah-langkah MemeriksaPemeriksa hendaklah membaca karangan itu sekali lagi.Bacaan kali kedua diikuti dengan menurunkan tanda-tanda pemeriksaan dan menetapkan skor berdasarkan jadual kriteria pemarkahan atau penskoran.

    PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

  • *PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH*Tanda-tanda semakan Penulisan

    Bil.KesalahanSimbol1.Kesalahan Penggunaan kata/kosa kata/imbuhan _____2.Kesalahan Penggunaan kata/kosa kata/imbuhan yang berulang 3.Kesalahan Struktur Ayat4.Kesalahan Tanda Baca 5.Kesalahan Tanda Baca berulang

    PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

  • *PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH*Tanda-tanda semakan Penulisan

    Bil.KesalahanSimbol6.Ejaan 7.Ejaan berulang 8.Kesalahan idea/isi ( )9.Tanda Betul (Idea betul)

    PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

  • *PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH*Langkah-langkah MemeriksaKarangan yang tersasar dan terpesong ialah ayat dan karangan yang tiada kaitan langsung dengan tajuk, tema, dan tugasan yang disoal.Bagi karangan yang tersasar atau terpesong ini, lima (5) markah maksimum sahaja yang layak diberi.

    PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

  • *PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH*Langkah-langkah MemeriksaBagi karangan yang berformat khusus, jika karangan yang dihasilkan tidak mematuhi format, tolak dua (2) markah daripada markah keseluruhan.

    PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

  • *PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH*Langkah-langkah MemeriksaBagi karangan berformat umum tetapi ditulis dalam bentuk format khusus, ditolak markah.Format khusus tidak lengkap atau salah format khusus tersebut, tolak dua (2) markah daripada markah keseluruhan.

    PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

  • *PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH*Langkah-langkah MemeriksaPenilaian keseluruhan (impression) bagi karangan yang kurang jumlah perkataan yang telah ditetapkan akan diturunkan pemarkahan atau penskorannya.Bagi karangan yang melebihi jumlah perkataan pula akan terus dinilai tanpa menurunkan markahnya.

    PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

  • *PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH*Bahagian AMarkah akan diberi berdasarkan kemampuan murid-murid memahami arahan dan menjawab soalan berpandukan gambar. Terdapat 3 kata kunci dalam membina ayat-ayat yang gramatis berpandukan gambar, sama ada situasi, aktiviti atau ayat lengkap.

    PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

  • *PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH*Bahagian AJika soalan bertanyakan tentang aktiviti, murid-murid mesti membina ayat yang mengandungi kata kerja, contoh kata kerja seperti, memotong, menyiram, menyapu, mengecat dan sebagainya.Bina ayat berdasarkan tema gambar. Ayat yang tidak berdasarkan tema tidak diberi markah walaupun ayat tersebut ayat gramatis.Jangan membina lebih daripada lima (5) ayat. Ayat-ayat yang lebih tidak diberi markah.

    PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

  • Bahagian APemberatan jumlah ayat jika bukan gambar tunggal. Contoh: Jika 2 Gambar- 3:2 atau 2:3. Jika murid membina 4:1/1:4, skor akan menurun.Gambar bertema Jadikan tema sebagai ayat pertama atau yang terakhir..Contoh.

    *PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH*

    PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

  • Bahagian AJangan sesekali buat pernyataan umum.Contoh: Gambar di atas menunjukkanSetiap ayat MESTI dinomborkan.Jangan tonjol nilai negatif.Namakan watakBoleh???Hanya yang tersurat*PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH*

    PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

  • *PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH*Contoh soalan :Gambar di bawah menunjukkan suasana Hari Sukan Sekolah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

    PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

  • bersorak mengusung seorang peserta mengangkat

    bendera berlari membawa peti kecemasan

    1. _____________________________________________________________________________________________________________________________ 2. ________________________________________________________________________________________________________________________________ 3. ________________________________________________________________________________________________________________________________ 4. ______________________________________________________________________________________________________________________________ 5. ________________________________________________________________________________________________________________________________

    *PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH*

    PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

  • *PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH*Bahagian BMarkah akan diberi berdasarkan kemampuan murid-murid mempersembahkan idea minimum sebanyak tiga (3) idea penting.Idea karangan yang diikuti dengan keterangan, huraian dan contoh juga akan diberi markah.Karangan/karya yang dihasilkan juga mesti mempunyai pendahuluan dan penutup, jika tidak markah maksimum tidak akan diperoleh.Jumlah perkataan juga mesti tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

    PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

  • Bahagaian B Contoh soalan : Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 60 patah perkataan. Tulis sebuah karangan yang bertajuk Aku Sebuah Basikal. *PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH*Aku SebuahBasikal3- wanita datang- memilih- membayar harga- membawa pulang2- dibuat daripada besi- dilahirkan di kilang- siapdihantar kedai basikal4- menunggang ke sekolah- kotor- dicuci5 Penutup- bangga- tuan- baik

    PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

  • *PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH*Bahagian CMarkah akan diberi berdasarkan kemampuan murid-murid membuat rumusan atau ulasan tentang dua (2) perkara sama ada berbentuk pengajaran atau berbentuk nilai-nilai murni.Rumusan yang dinyatakan (pengajaran atau nilai-nilai murni) mesti mengandungi lima (5) isi layak memperoleh markah yang cemerlang.

    PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

  • *PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH*Bahagian CPengajaran atau nilai-nilai murni yang dinyatakan atau diulas mesti bertepatan dengan bahan atau teks yang diberi.Jumlah perkataan juga mesti tidak lebih daripada 50 patah perkataan.Mesti jelmakan nilai.Jangan mengambil/menyalin semula nilai yang diberi/terdapat dalam petikan.

    PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

  • Bahagian CPenggunaan kata bilangan dalam ulasan tidak digalakkan.Contoh : nilai murni yang pertamaAyat permulaan - boleh guna ayat terus.Contoh : Sebagai murid sekolah, kita wajar mengamalkan nilai kerajinan agar..

    *PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH*

    PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

  • Contoh soalan: Tulis empat nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan.Amran merupakan murid Tahun 6 Mawar. Dia sangat mengambil berat tentang pelajaran. Pada masa lapang, Amran mempunyai hobi mengumpul setem. Dia mempunyai lapan buah album setem. Dia menyimpan album setem di dalam sebuah almari yang berkunci di dalam bilik bacaan. Amran suka bertukar-tukar setem dari negeri-negeri lain dengan kawan-kawannya. Terdapat setem yang diberi oleh saudara-mara yang mengetahui tentang hobinya itu. Amran memperoleh pengetahuan yang berguna tentang kebudayaan, makanan dan tempat-tempat yang menarik melalui gambar yang terdapat pada setem. Amran gembira kerana hobinya itu dapat mengelakkan dirinya daripada membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfeadah.*PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH*

    PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

  • Tuliskan nilai berdasarkan huraian yang diberikan.*PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH*

    Bil.HuraianNilai1Dia sangat mengambil berat tentang pelajarannya.2Dia menyimpan album setem di dalam sebuah almari yang berkunci di dalam bilik bacaannya.3Terdapat setem yang diberi oleh saudara mara yang mengetahui tentang hobinya.4Amran suka bertukar-tukar setem dari negeri-negeri lain dengan kawan-kawannya.5Amran gembira kerana hobinya itu dapat mengelakkan dirinya daripada membuang masa.

    PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

  • Lengkapkan jadual di bawah :*PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH*

    Penanda wacanaKata ganti nama diriKata bantuNilai murniKata sendiHuraianKitamestilahsepertiSelain itu,Di samping itu,Akhir sekali,

    PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH

  • 4. PENYELARASAN

  • Penyelarasan pemarkahan item esei mesti dilakukan selepas pemarkahan dibuat.

    Penyelarasan ini elok dilakukan di sekolah bagi bagi kedua-dua jenis ujian sumatif dan formatif.

    Penyelarasan boleh meninggikan kebolehpercayaan pemarkahan.

    Sampel jawapan calon akan diperiksa semula semasa penyelarasan.

  • Sambungan.Membincangkan sebab-sebab markah diberi itu terlalu tinggi atau rendah.

    Melalui perbincangan dan pemeriksaan semula perbezaan markah antara pemeriksa dapat diminimumkan.

    Lazimnya penyesuaian dan moderasi markah dilakukan dalam penyelarasan apabila selisih markah antara pemeriksa melebihi 5%.

  • 5. Isu

  • Tidak adil

    Dialek

    Emosi pemeriksa

    Ramalan/penipuan

  • 6. Penutup

  • PMM dan pemarkahan adalah butiran subjektif yang menuntut kesungguhan dan bukan mudah.

    Pemeriksa mestilah melaksanakan tugasnya dengan profesional dan bersungguh-sungguh.

    Penguasaan yang mendalam terhadap subjek amat perlu.

    Pemeriksa terdedah kepada tuduhan tidak adil jika gagal mengesan kesilapan calon atau menyalahkan sesuatu yang sememangnya sudah betul.

  • Sambungan. Pemeriksa melakukan tugasnya semasa fikiran tenteram dan di tempat yang sesuai.Namun demikian,jika masih mendengar rugutan daripada calon walaupun setelah usaha dilakukan sebaik mungkin,pemeriksa dapat dengan bersahaja meluahkan rasa,Memang sudah adat benda subjektif !

    (Abu Bakar Nordin :1986)

  • SEKIAN TERIMA KASIH

    *