kertas kerja sambutan kemerdekaan 2015

4
Pendahuluan Unit Kokurikulum Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Seri Bedena akan mengadakan program Sambutan Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2015. Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Seri Bedena. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberi manfaat dan pendedahan kepada pelajar selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama di kalangan tenaga pengajar SMK Seri Bedena. Matlamat Matlamat utama penganjuran aktiviti sambutan bulan kemerdekaan adalah bagi menanam dan meningkatkan semangat patriotisme yang tinggi di kalangan pelajar dan tenaga pengajar Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Seri Bedena. Objektif 1. Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara. 2. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara. 3. Menanam rasa bangga dan menghormati Jalur Gemilang sebagai lambang kedaulatan negara. 4. Menyemai rasa syukur dan menghargai kebebasan dan kemerdekaan negara. Rasional Penganjuran aktiviti sambutan bulan kemerdekaan adalah sesuai dan menepati saranan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya pelajar mengetahui sejarah negara seterusnya memupuk semangat petriotisme. Di samping itu memenuhi program yang telah dirancang di dalam takwim SMK Seri Bedena. Cadangan Tarikh 26 Ogos 2015 hingga 28 Ogos 2015

Upload: takdir09

Post on 15-Apr-2016

294 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Sambutan Kemerdekaan 2015

Pendahuluan

Unit Kokurikulum Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Seri Bedena akan mengadakan program Sambutan Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2015. Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Seri Bedena. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberi manfaat dan pendedahan kepada pelajar selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama di kalangan tenaga pengajar SMK Seri Bedena.

Matlamat

Matlamat utama penganjuran aktiviti sambutan bulan kemerdekaan adalah bagi menanam dan meningkatkan semangat patriotisme yang tinggi di kalangan pelajar dan tenaga pengajar Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Seri Bedena.

Objektif

1. Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara.

2. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasatanggungjawab kepada sekolah dan negara.

3. Menanam rasa bangga dan menghormati Jalur Gemilang sebagai lambang kedaulatan negara.

4. Menyemai rasa syukur dan menghargai kebebasan dan kemerdekaan negara.

Rasional

Penganjuran aktiviti sambutan bulan kemerdekaan adalah sesuai dan menepati saranan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya pelajar mengetahui sejarah negara seterusnya memupuk semangat petriotisme. Di samping itu memenuhi program yang telah dirancang di dalam takwim SMK Seri Bedena.

Page 2: Kertas Kerja Sambutan Kemerdekaan 2015

Cadangan Tarikh

26 Ogos 2015 hingga 28 Ogos 2015

Tempat

Bangunan Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Seri Bedena

Kumpulan Sasaran

Semua pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Seri Bedena

JAWATANKUASA PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2015

Penasihat : Pn Zaifadzilah Bt Mahari(GPK Pentadbiran)Pn Lubna Bt Daman Huri(GPK Hal Ehwal Murid)Pn Hajah Norfaridah Binti Jajuli (GPK Kokurikulum)

Pengerusi : Pn Norhayati Bt Jupri(GPK Pendidikan Khas)

Setiusaha : En Shahrol Nizam Bin Mispan(Penyelaras Kokurikulum Pendidikan Khas)

Page 3: Kertas Kerja Sambutan Kemerdekaan 2015

AJK KECIL

Pertandingan MewarnaPn. Adlin Juliana bin JaafarPn. Siti Haslinda binti Mohammad

Pertandingan Membuat BannerEn. Muhamad Murizal bin JostiEn. Mohd Yusof bin Abd ManapTn. Hj Basri bin Arsat

Tempat & PeralatanPn. Norazma binti Saidina Abu BakarCik Nur Syafiqah Binti Ahmad

HadiahCik Aimi Farhana Binti Abu AshaariPn. Suhana binti Mohamed Royani

Buku ProgramEn. Shahrol Nizam bin Mispan

DokumentasiPn. Nor Azlina bt ShafiePn. Rulizah binti Norhatim

Kawalan DisiplinSemua guru

Aktiviti Sempena Program Sambutan Bulan Kemerdekaan 2015

Bil. Aktiviti Tarikh Pelaksanaan Tindakan/ Kawasan

1.

Perhimpunan Khas Pelancaran Bulan Kemerdekaan

- Ucapan pengerusi majlis- Nyanyian lagu Negaraku, Negeri

Selangor dan Sekolah- Ucapan Pengetua- Nanyian lagu patriotik- Bersurai

17 Ogos 2015

Guru bertugas mingguan / Tapak

perhimpunan

2. Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Membuat Banner

26 - 27 Ogos 2015

Penyelaras Kokurikulum /

Bangunan PPKI

3.Acara penutup Bulan Kemerdekaan 2015

- Penyampaian hadiah- Kuiz Kemerdekaan

28 Ogos 2015

Penyelaras Kokurikulum /

Bangunan PPKI

Page 4: Kertas Kerja Sambutan Kemerdekaan 2015

LAPORAN BERGAMBAR SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

2015

Page 5: Kertas Kerja Sambutan Kemerdekaan 2015