zaman kemerdekaan

Download Zaman Kemerdekaan

Post on 10-Aug-2015

58 views

Category:

Documents

13 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ef

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN PENENTANGAN MALAYAN UNION

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU KESIMPULAN LAMPIRAN BIBLIOGRAFI

ZAMAN KEMERDEKAAN PENGENALAN Getir Perjuangan Kemerdekaan Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 merupakan saat bermulanya penentangan orang Melayu terhadap penjajahan kuasa luar. Selepas Belanda mengalahkan Portugis dan menduduki Melaka pada tahun 1641, perjuangan menentang penjajah oleh pemerintah dan rakyat tempatan berterusan seperti yang berlaku di Naning, Kuala Perak, Riau dan Kuala Selangor. Pada ketika ini, lahirlah tokoh seperti Raja Haji yang bangun berjuang dalam tahun 1784 menentang Belanda sehingga beliau akhirnya terkorban di Telok Ketapang. Kehadiran British ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1786 telah

menyemarakkan lagi usaha penentangan orang Melayu terhadap penjajah terutama apabila British mula mencampuri urusan pentadbiran tempatan. Penentangan bukan sahaja berlaku di Semenanjung Tanah Melayu malah juga di Sabah dan Sarawak. Kebangkitan gerakan antiBritish memperlihatkan gelombang penentangan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tempatan seperti Penghulu Dol Said di Naning, Datuk Siamang Gagap di Seri Menanti dan Yamtuan Tunku Antah di Sungai Ujong, Dato Maharajalela, Dato Sagor dan Sultan Abdullah di Perak, Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang, Tok Janggut di Kelantan, Raja Mahadi di Selangor, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Tok Moris, Tunku Kudin dan Tunku Muhammad Saad di Kedah, Rentap, Roslie Dhoby dan Sharif Mashor di Sarawak serta Mat Salleh, Antanum, Pak Musa dan Syarip Usman di Sabah. Walaupun penentangan mereka berakhir dengan kegagalan namun semangat juang mereka untuk mengembalikan hak dan kedaulatan tanah air wajar disanjung. Gelombang pertama seawal abad ke-20 menyaksikan pertukaran wacana penentangan terhadap kuasa asing dengan menggunakan mata pena. Arus kebangkitan nasionalisme pada peringkat awal dipelopori oleh tokoh-tokoh lepasan pengajian tinggi di Timur Tengah sekitar abad ke-20. Antaranya, Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh Al-Hadi, Sheik Muhammad Akil, Sheikh Awad Saidin dan Haji Abas Taha. Pelbagai akhbar dan majalah seperti Al-Imam, Neracha, Warta Malaya, Al-Ikhwan, Saudara dan lain-lain telah diterbitkan.

Kemunculan tokoh-tokoh agama ini diikuti pula oleh beberapa orang tokoh dari kalangan guru, wartawan serta pejuang bahasa dan sastera seperti Zainal Abidin Ahmad (Zaba), Harun Muhammad Amin, Abdul Hadi bin Hassan, Burhanuddin Al-Helmi dan Abdul Rahim Kajai. Dalam perkembangan seterusnya menyaksikan beberapa buah parti politik dan persatuan yang ditubuhkan bagi melahirkan gerakan penentangan yang lebih bersepadu. Serangan tentera Jepun ke Tanah Melayu pada bulan Disember 1941 dan pendudukan Jepun secara keseluruhannya di Tanah Melayu bermula Februari 1942 hingga September 1945 telah meninggalkan kesan dan pengalaman yang pahit kepada seluruh penduduk di negara ini. Mereka menjadi lebih peka dan sedar terhadap persekitaran dan perkembangan yang berlaku. Jepun turut menyemaikan semangat nasionalisme di kalangan penduduk Tanah Melayu supaya membenci British melalui cerapan ideologi Asia Untuk Asia. Arus kebangkitan semangat nasionalisme peringkat kedua telah diperlihatkan melalui gerakan penentangan hebat terhadap Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada 1 April 1946 setelah British mengambil alih semula pentadbiran Tanah Melayu dari tangan Jepun. Penubuhan PEKEMBAR (UMNO) pada 11 Mei 1946 menggabungkan suara pertubuhanpertubuhan Melayu untuk bangkit menentang Malayan Union. Penentangan secara bersepadu ini telah membuahkan hasil apabila Malayan Union dibubarkan. Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan pada 1 Februari 1948. Perubahan pucuk pimpinan UMNO dari Dato Onn kepada Tunku Abdul Rahman dilihat sebagai permulaan arus kebangkitan nasionalisme peringkat ketiga iaitu perjuangan menuntut kemerdekaan negara. Serentak itu, slogan Hidup Melayu diubah kepada Merdeka sesuai dengan perubahan matlamat perjuangan UMNO. Sebagaimana ucapan Tunku Abdul Rahman Putra di Persidangan Agong Pemuda UMNO pada 3 April 1953, cogan Hidup Melayu bermakna kita sedia duduk di bawah naungan British dan berjuang untuk menyelamatkan kedudukan bangsa kita serta merebut kelebihan bangsa kita dengan belas rahim British. Tetapi slogan Merdeka itu bermakna kita bebaskan diri kita dari naungan British dan berdiri di atas kaki kita sendiri. Bagi menyelamat dan mendapatkan kelebihan-kelebihan untuk bangsa kita, terpulanglah kepada kita sendiri dan tidak lagi berharapkan belas rahim British lagi.

Perjuangan menuntut kemerdekaan diperteguhkan dengan permuafakatan melalui PERIKATAN di antara orang-orang Melayu, Cina dan India di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman. Paduan tenaga setiap golongan masyarakat dalam ruang lingkup yang tersendiri seperti guru, wartawan dan penulis, ahli-ahli politik dan juga pihak istana semakin membakar semangat dan memperteguhkan lagi tekad untuk segera mendapatkan kemerdekaan bagi negara ini. Berbekalkan perpaduan suara rakyat dan desakan-desakan para pejuang maka pada awal tahun 1956, rombongan merdeka yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra telah berangkat ke London bagi mengadakan rundingan dengan pihak British. Rundingan ini membawa kepada termeterainya perjanjian kemerdekaan Tanah Melayu pada 8 Februari 1956. Kepulangan rombongan ini disambut meriah di Melaka. Padang Banda Hilir, Melaka menjadi saksi pada 20 Februari 1956 apabila Tunku mengisytiharkan Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan negara amat unik kerana ia dicapai melalui meja rundingan tanpa melibatkan penumpahan darah. Nyatalah, kemerdekaan yang dikecapi kini perlu dipertahankan kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi. Perjuangan menuntut kemerdekaan negara terpaksa melalui ranjau penuh duri dalam tempoh yang amat panjang. Justeru, semangat dan pengorbanan para pejuang lalu perlu dijadikan wadah untuk kita menghadapi cabaran mendatang demi mengekalkan maruah dan kedaulatan negara tercinta.

PENENTANGAN Penentangan Dol Said di Naning Naning adalah sebuah wilayah kecil di bahagian utara Melaka dan didiami oleh orang Minangkabau yang berasal dari Sumatera. Ia terletak antara Rembau dan Melaka. Semasa Melaka ditadbir oleh Belanda, Naning diletakkan di bawah naungan Belanda. Naning membayar ufti tahunan kepada Belanda. Pada 1824, British yang berjaya menguasai Melaka melalui Perjanjian Inggeris-Belanda dan menganggap Naning sebagai sebuah wilayah di bawah kekuasaannya. Penduduk Naning diarah menghantar ufti tahunan dan membayar cukai sebanyak satu persepuluh daripada hasil negeri kepada Melaka. Dol Said enggan membayar cukai tersebut. Beliau juga menentang campur tangan orang British dalam adat resam penduduk Naning. British bertindak memansuhkan jawatan penghulu dan ketua-ketua suku. Mereka yang terlibat dalam pemansuhan jawatan-jawatan tersebut dilantik sebagai pengutip cukai dalam negeri. Dol Said menganggap dirinya sebagai pemerintah bebas. Oleh itu, beliau menganggap tindak-tanduk British sebagai mencabar kekuasaannya. British mengambil keputusan

menyerang Naning apabila Dol Said enggan berjumpa dengan pegawai British dan mematuhi arahannya. Pada 1831, angkatan tentera British menyerang Naning tetapi gagal mengalahkan Naning. Kejayaan Dol Said menghadapi serangan British adalah kerana mendapat bantuan daripada negeri-negeri jiran seperti Rembau, Seri Menanti dan Sungai Ujong. Pada 1832, British sekali lagi menyerang Naning dengan satu angkatan perang yang lebih kuat. Naning dapat ditawan tetapi Dol Said berjaya melarikan diri. Kesan Penentangan Dol Said menyerah diri kepada British pada 1833. Beliau diberikan pencen dan sebuah rumah di Melaka. Beliau dibenarkan pulang ke Naning pada 1849 dan meninggal dunia pada tahun yang sama. Naning menjadi sebahagian wilayah pentadbiran Melaka. Jawatan Penghulu dimansuhkan dan digantikan dengan jawatan Penguasa (Superintenden). Penguasa bertugas memungut cukai, menjalankan undang-undang dan mengawal ketenteraman.

Perjuangan Dato' Maharaja Lela di Perak Nama sebenarnya ialah Pandak Lam. Beliau menyokong pemerintahan Sultan

Abdullah. Mengikut Perjanjian Pangkor 1874, Sultan Abdullah diiktirafkan sebagai Sultan Perak yang sah dengan seorang Residen British sebagai penasihat. Sultan Abdullah menerima J.W.W. Birch sebagai Residen British Perak tetapi Birch terlalu banyak mencampuri hal ehwal adat istiadat orang Melayu. Birch memulakan tugasnya dengan memperkenalkan banyak pembaharuan secara mendadak tanpa mempertimbangkan perasaan orang Melayu Perak. Beliau turut mencampuri adat resam orang Melayu berikutan tindakannya yang telah menamatkan hak Sultan dan pembesar-pembesar Melayu mengutip cukai tanpa bayaran ganti rugi. Birch juga menamatkan amalan pengabdian dan memberi perlindungan kepada hamba-hamba yang melarikan diri. Tindakannya membangkitkan kemarahan pembesar -pembesar Melayu kerana adat hamba hutang ini merupakan adat resam Melayu lama. Memungut cukai merupakan amalan tradisional pembesar-pembesar Melayu Perak tetapi tindakan Birch menyerahkan hak memungut cukai kepada pembesar-pembesar British menimbulkan kemarahan pembesar-pembesar Melayu. Pembaharuan-pembaharuan Birch melemahkan kedudukan Sultan dan para pembesar. Hubungan Birch dengan Sultan Abdullah menjadi tegang. Pembesar-pembesar yang menyokong Sultan Abdullah mendapati kuasa dan hak mereka semakin berkurangan. Pada Oktober 1875, Sultan Abdullah dipaksa menandatangani surat perisytiharan yang mengandungi persetujuan baginda menyerahkan kuasa pentadbiran kepada British. Perkara ini semakin memuncakkan lagi kemarahan orang-orang Melayu.

Kebangkitan di Perak 1875 Sultan dan pembesar-pembesar Hilir Perak berkomplot untuk membunuh Birch dan mengusir British dari Perak. Sultan Abdullah memerintahkan Dato' Maharaja Lela membunuh Birch. Baginda dan Raja Ismail menyediakan alat-alat senjata untuk mengusir British dari Perak. Pada