kertas kerja sambutan minggu antidadah skj 2015.doc

14
PROGRAM SAMBUTAN MINGGU ANTI DADAH KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN JERANSANG TAHUN 2015 PENGENALAN Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan dengan tema “Negara Bebas Dadah Tahun 2015. Aspek Pendidikan dan Pencegahan Dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara pelajar khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat awal perlu diterapkan dalam lapisan komuniti masyarakat. Selain itu, menerusi aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat. Program ini juga dibuat selaras dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah, Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah merealisasikan “1 Malaysia Membanteras Dadah”. Justeru itu Sekolah Kebangsaan Jeransang juga mengambil inisiatif ini untuk bersama berusaha ke arah membanteras gejala dadah di peringkat sekolah, semoga usaha murni ini akan memberi faedah yang berguna kepada pelajar, guru, kakitangan, ibu bapa dan masyarakat dan negara. RASIONAL Sambutan Pelancaran ini akan dapat memberi gambaran jelas kepada murid tentang bahaya dadah terhadap diri ,keluarga, masyarakat dan negara seterusnya memastikan 1

Upload: wan-nizamuddin

Post on 26-Sep-2015

50 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

SAMBUTAN PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2008

PROGRAM SAMBUTAN MINGGU ANTI DADAH KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN JERANSANGTAHUN 2015PENGENALAN

Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan dengan tema Negara Bebas Dadah Tahun 2015. Aspek Pendidikan dan Pencegahan Dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara pelajar khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat awal perlu diterapkan dalam lapisan komuniti masyarakat.

Selain itu, menerusi aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat.

Program ini juga dibuat selaras dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah, Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah merealisasikan 1 Malaysia Membanteras Dadah.

Justeru itu Sekolah Kebangsaan Jeransang juga mengambil inisiatif ini untuk bersama berusaha ke arah membanteras gejala dadah di peringkat sekolah, semoga usaha murni ini akan memberi faedah yang berguna kepada pelajar, guru, kakitangan, ibu bapa dan masyarakat dan negara. RASIONAL

Sambutan Pelancaran ini akan dapat memberi gambaran jelas kepada murid tentang bahaya dadah terhadap diri ,keluarga, masyarakat dan negara seterusnya memastikan murid-murid mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat dan mengamalkannya.OBJEKTIF

1. Mempastikan semua pelajar memahami bahaya dan kesan buruk penggunaan dadah serta mengambil langkah langkah menghindarinya.

2. Mempastikan semua pelajar memahami tentang undang undang yang ketat bersabit dengan kesalahan yang berkaitan dengan dadah.

3. Mempastikan semua pelajar dapat membina ketahanan diri yang tinggi untuk menjauhkan diri daripada dadah.4. Mempastikan semua sekolah bebas daripada dadah menjelang tahun 2015.

TEMA

1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAHKUMPULAN SASAR

1. Pentadbir Sekolah.2. Semua Guru

3. Semua Murid

4. Kakitangan dan Pekerja Swasta sekolahTARIKH

14 April hingga 17 April 2015JAWATANKUASA SAMBUTAN MINGGU ANTI DADAH PERINGKATSK JERANSANG TAHUN 2015JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT

: Pn. Hasmida Binti Mohamed

(Guru Besar SK Jeransang)

PENGERUSI

:En. Azman bin Wahab

( GPK Hal Ehwal Murid)

NAIB PENGERUSI I: Pn. Sardiyawati Binti Mohd Sadikin

(GPK Pentadbiran )

NAIB PENGERUSI II: Pn. Khairiah Binti Ab Samad

(GPK Ko- Kurikulum)

SETIAUSAHA: En. Wan Ahmad Nizamuddin Bin Wan Abdul Manap

(Guru PPDa SK Jeransang)BENDAHARI : Pn. Salmah Binti Abu Bakar

AJK

: Semua Guru Kelas

: Panitia Pendidikan Seni Visual

: Guru Panitia Bahasa Melayu

: Guru Panitia Pendidikan Jasmani / KesihatanJAWATANKUASA PELAKSANAPENYELARAS PROGRAM

: En. Wan Ahmad Nizamuddin Bin Wan Abdul

ManapPENYEDIAAN BAHAN/ GIMIK

: Cik Faridah Binti MajidPENGERUSI MAJLIS PELANCARAN : En. Mohd Zarfan Bin Abdullah ShamPEMBACAAN DOA

: En. Mohd Azrae Bin Abd Hamid

PERSIAPAN TEMPAT/ SIARAYA/

: En. Mohd Istaari Bin Mat Ali PAMERAN

: En. Kamaarifin Bin Mat Yatim

JURULATIH SAYEMBARA PUISI : Pn. Rozina Binti Yusof

: Pn. Nabilah Binti Jumal

HAKIM PERTANDINGAN MEWARNA: En. Mohd Zarfan Bin Abdullah Sham

DAN POSTER ANTI DADAH

HAKIM KUIZ

: Pn. Nabilah Binti Jumal

HAKIM SAYEMBARA PUISI

: Pn. Rozina Binti Yusof

: Pn. Ruhiah Binti Zakaria

SENAM ROBIK

: En. Mohd Nazri Bin Mohamed

: En. Mohd Norizaidi Bin Abdul Salam

KAWALAN MURID

: En. Mohd Azrae Bin Abd Hamid

: En. Saadon Bin Hassan

BUKU PROGRAM/ DOKUMENTASI: En. Suheil Almawardie Bin Mohd RoslanHADIAH/ CENDERAMATA

: Cik Ruhiah Binti ZakariaJAMUAN

: Pn. Rozina Binti Yusof

: Pn. Noraini Binti Abu Kassim

STRATEGI PELAKSANAAN / AKTIVITI YANG DIRANCANG

1. Mesyuarat Jawatankuasa

2. Persiapan untuk Majlis Pelancaran dan Aktiviti Minggu Anti Dadah

3. Majlis Pelancaran

4. Aktiviti Minggu Anti Dadah

5. Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah

BILAKTIVITITARIKHPENYELARASSASARAN

1.Mesyuarat Jawatankuasa20.02.15GPK HEMJK PPDa

2.Penyediaan Modul, Pamplet, Bahan penerbitan/ Gimik Pelancaran04.03.15Hingga

15.03.15Guru Bimbingan dan Kaunseling

3.Majlis Pelancaran14. 04.15Guru PPDaSemua Warga SK Jeransang

4. Aktiviti sepanjang Program Minggu Anti Dadah1) Pertandingan Mewarna2) Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah

3) Ceramah Anti Dadah

4) Pameran Anti Dadah

5) Senam Robik Perdana Sihat Tanpa Dadah.

6) Pertandingan Sayembara Puisi7) Kuiz Antidadah

14.04.15

14.04.15

15.04.1515.04.1516.04.1516.04.15Sepanjang minggu anti dadahGuru Pendidikan Seni

Guru Pendidikan Seni

AADK/ Guru

Bimb. dan Kaunseling

Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

PanitiaBahasa MelayuGuru PPDa dan Guru Bimbingan Kaunseling

Semua Tahap 1Semua Tahap 2

Semua Warga SK JeransangSemua Warga SK Jeransang

Semua muridSemua murid

5.Majlis Penutup dan penyampaian Hadiah17.04.15Guru PPDaSemua warga SK Jeransang

TENTATIF PROGRAM

TARIKHMASAAKTIVITISASARAN

14.04.2015(SELASA)7.45 pgSehingga waktu rehat

Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah Peringkat SK Jeransang 2015-Ucapan Pengerusi Majlis-Bacaan Ikrar Anti Dadah diketuai oleh Ketua Murid- Bacaan Perutusan Sambutan Anti Dadah oleh GPK HEM-Ucapan Perasmian dan Gimik -Pelancaran oleh Guru Besar

-Cuma 5 Minit-Edaran Pamplet Anti Dadah

-Edaran Kuiz Anti Dadah

-Cuma 5 Minit

-Pertandingan Mewarna

-Pertandingan Melukis PosterSemua Warga SK Jeransang

15.04.2015(RABU)9.00 pg -11.00 pg

-Ceramah Anti Dadah AADK

- Pameran AADK

Semua Warga SK Jeransang

16.04.2015(KHAMIS)8.00 pg-9.00 pg

11.15-Sehingga waktu pulang- Cuma 5 Minit-Senam Robik Perdana Sihat Tanpa Dadah-Pertandingan Sayembara PuisiSemua Murid

17.04.2015(JUMAAT)10.45 pg- 12.15 tghari-Cuma 5 minit

-Majlis Penutup

-Penyampaian HadiahSemua Murid

Semua Warga SK Jeransang

ANGGARAN PERBELANJAAN 1. Percetakan Kertas Lukisan

RM 10.00 Cetakan Bahan Pertandingan

RM 10.002. Hadiah-Pertandingan Mewarna Pra Sekolah

Pertama : RM 6.00 X 1

Kedua : RM 4.00 X 1

Ketiga : RM 2.00 X 1 -Pertandingan Mewarna Tahap 1

Pertama : RM 6.00 X 2 Kedua : RM 4.00 X 2

Ketiga : RM 2.00 X 2

-Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah Tahap 2 Pertama : RM 6.00 X 2

Kedua : RM 4.00 X 2

Ketiga : RM 2.00 X 2

-Pertandingan Sayembara Puisi Tahap 1 Pertama : RM 6.00 X 2

Kedua : RM 4.00 X 2

Ketiga : RM 2.00 X 2

-Pertandingan Sayembara Puisi Tahap 2 Pertama : RM 6.00 X 2

Kedua : RM 4.00 X 2

Ketiga : RM 2.00 X 2

JUMLAH : RM 108.003. Pamplet Cetakan Bahan Informasi

RM 20.00 Bahan Mentah Pameran

RM 50.00 Bahan Gimik Pelancaran RM 100.00 Banner RM 100.00JUMLAH RM 398.00SUMBER KEWANGAN

Unit Bimbingan dan Kaunseling

PENUTUP

Diharapkan aktiviti Minggu Anti Dadah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran untuk mencegah dan menghapuskan dadah. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada seluruh Warga SK Jeransang murid-murid khususnya.GAYA HIDUP SIHAT AMALAN KITA Disediakan oleh, Disahkan oleh,.. ..................................................( EN.WAN AHMAD NIZAMUDDIN (PN. HASMIDA BINTI

BIN WAN ABDUL MANAP) MOHAMED) Guru Pendidikan Pencegahan Dadah, Guru Besar,

SK Jeransang, Kuala Lipis, SK Jeransang, Kuala Lipis,

Pahang PahangLAMPIRAN 1TEKS PERUTUSAN SAMBUTAN ANTI DADAH PERUTUSANKETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

SEMPENAHARI ANTIDADAH KEBANGSAAN19 FEBRUARI 2015________________________________________________

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

1. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana atas limpah kurnia-Nya maka dapat kita berhimpun bagi mengadakan sambutan Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan. Pada setiap tahun, tanggal 19 Februari, kita akan mengadakan sambutan ini bertujuan menunjukkan bahawa kita masih komited untuk meneruskan usaha memerangi gejala dadah daripada terus berleluasa. Komitmen untuk membendung ancaman dadah ini perlu diteruskan bagi memastikan bangsa dan negara kita bebas daripada ancaman musuh nombor satu negara ini.

2. Justeru, sempena Hari Antidadah Kebangsaan ini, saya ingin mengajak semua warga pendidik bersama-sama memerangi penyalahgunaan dadah secara habis-habisan. Semoga usaha-usaha yang dilaksanakan oleh warga pendidik ini akan dapat merealisasikan agenda kerajaan iaitu Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012 dan Negara Bebas Dadah Tahun 2015.

3. Bagi merealisasikan aspirasi murni ini, pihak pentadbiran sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) perlu memastikan semua sekolah di negara ini bebas dadah melalui pelaksanaan program-program bersifat pencegahan di peringkat sekolah, daerah dan negeri.

Tuan-tuan/puan-puan dan murid-murid sekalian,

4. Pada tahun 2012, visi KPM adalah ke arah sekolah bebas dadah. Oleh itu, KPM telah merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di peringkat sekolah di seluruh negara. Tindakan pencegahan dan membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti kependidikan yang berfokus kepada pembinaan jati diri murid. Melalui aktiviti yang berfokus, diharapkan akan terbina disiplin kendiri yang kental dan utuh serta budi pekerti mulia dan terpuji dalam diri setiap murid.

5. Faktor utama yang menentukan kejayaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah sangat bergantung kepada komitmen murid-murid sendiri. Komitmen murid menghayati segala nilai murni sepanjang berada di bangku sekolah merupakan benteng yang ampuh bagi memerangi najis dadah. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti pendidikan bukan sahaja bermatlamat membanteras penyalahgunaan dadah tetapi turut membuka peluang kepada murid-murid untuk menonjolkan bakat dan potensi diri masing-masing melalui pelbagai aktiviti yang disediakan.

6. KPM amat menyedari bahawa masalah penyalahgunaan dadah pada hari ini semakin rumit dan telah melibatkan semua peringkat umur termasuklah golongan remaja dan murid-murid sekolah. Keadaan ini menjadi lebih serius disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah. Di samping itu, kes-kes penyeludupan dan pengedaran dadah juga semakin berleluasa seperti yang didedahkan dalam media massa. Keadaan ini menyebabkan murid sekolah sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Ini bermakna semua pihak perlu memainkan peranan secara bersungguh-sungguh dalam usaha memerangi gejala ini daripada terus berleluasa dan bermaharajalela.

7. Oleh yang demikian, saya menyeru agar semua pihak mempergiat usaha secara berterusan dalam memberikan pendidikan pencegahan awalan kepada murid. Saya percaya bahawa usaha-usaha tersebut mampu membimbing mereka untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah. Pencegahan penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid sekolah mempunyai kaitan rapat dengan usaha KPM untuk meningkatkan lagi taraf dan kualiti pendidikan. Sesungguhnya, murid-murid hari ini adalah generasi pemimpin negara pada masa depan yang perlu memiliki kualiti tinggi dalam aspek pemikiran analitik, kritis, kreatif dan seterusnya mampu membuat keputusan dan menyelesaikan pelbagai masalah.

Tuan-tuan/puan-puan dan murid-murid sekalian,

8. Walaupun KPM menetapkan visi 1 Malaysia Membanteras Dadah tetapi Perancangan Pendidikan Pencegahan Dadah Jangka Panjang terus dilaksanakan. Ini bermakna, pendidikan pencegahan dadah perlu diteruskan kerana saban hari dan setiap masa murid-murid kita akan sentiasa terdedah kepada gejala ini. Dalam hal ini, semua warga pendidikan perlu memainkan peranan masing-masing untuk memastikan tidak ada seorang pun warga sekolah terlibat dengan dadah. Pengurus sekolah, perlu melihat gejala penyalahgunaan dadah sebagai perkara yang serius dan perlu sentiasa diberi perhatian. Sesungguhnya, mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya. Kita tidak boleh membiarkan masalah dadah mengganggu-gugat proses pembelajaran, keselamatan dan kesejahteraan murid-murid ketika di sekolah.

9. Matlamat aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah bertujuan memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa tentang bahaya penyalahgunaan dadah. Aktiviti yang dilaksanakan di semua sekolah bagi memastikan warga sekolah berusaha menjauhi ancaman dadah. Saya sedar tugas dan tanggungjawab memerangi masalah dadah ini amat berat dan mencabar. Oleh itu, penglibatan dan kerjasama daripada pelbagai agensi harus dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Ini adalah kerana pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Dadah amat memerlukan kerjasama yang bersepadu dengan pelbagai agensi seperti Agensi Antidadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

Tuan-tuan/puan-puan dan murid-murid sekalian,

10. Akhir kata, sekali lagi saya menyeru kepada semua warga pendidikan agar sentiasa berusaha dan menyokong usaha kerajaan untuk menghapuskan gejala negatif ini. Semoga dengan kerjasama daripada semua pihak dalam memerangi penyalahgunaan dadah ini akan dapat memastikan generasi muda kita bebas daripada pengaruh dadah. Sesungguhnya, usaha yang kita laksanakan ini adalah untuk kebaikan dan kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara.

Sekian, terima kasih.IKRAR ANTI DADAH

Bahawasanya Kami RakyatMalaysia Berikrar Untuk Menjauhkan Diri Dari Dadah PadaSetiap Masa Dengan:Memenuhi Masa Lapang DenganKerja-Kerja Yang Berfaedah;Melibatkan Diri Dalam Aktiviti aktivitiYang Berguna Dan BerfungsiKepada Masyarakat;Menjadi Rakyat Berilmu,Berakhlak Mulia Dan MengamalCara Hidup Sihat Dan Cergas;Menyediakan Diri Untuk MengisiKeperluan Wawasan, Dan;Membantu Segala Usaha BagiMembebaskan Negara MalaysiaDari Ancaman Dadah

LAMPIRAN 2CONTOH POSTER ANTI DADAH DAN ROKOK

PAGE 10