kertas-kerja-projek peningkatan kualiti 3k sekolah
DESCRIPTION
kertas projekTRANSCRIPT
SK MAUKAB RANAU
JLN RANDAGONG HIMBAAN,
KARUNG BERKUNCI NO.2
89300, Ranau.
_______________________________________
KERTAS KERJA
PROGRAM PENINGKATAN KUALITI ‘ 3K ’ SEKOLAH
“KE ARAH SEKOLAH CEMERLANG 2015”
SK MAUKAB89300, RANAU, SABAH
1.0 NAMA PROGRAM
Program Peningkatan Kualiti “3K” Sekolah
2.0 TUJUAN
Program ini bertujuan untuk:
2.1 Menaiktaraf kemudahan sekolah dengan menyediakan pondok belajar murid
dan pondok rehat murid.
2.2 Menaiktaraf kualiti keceriaan landskap kawasan sekolah dengan lukisan
mural pada dinding bangunan, pembinaan kawasan taman, kolam ternakan
ikan, penyediaan papan tanda dan penanaman tanaman hiasan di sekitar
kawasan sekolah.
2.3 Menaiktaraf kualiti kebersihan kawasan sekolah dengan menyediakan
tempat pembuangan sampah di beberapa kawasan di sekolah dan
pengawasan terhadap aktiviti haiwan liar di kawasan sekolah.
2.4 Meningkatkan kualiti keselamatan warga sekolah dengan pembinaan pagar
sekolah, mewujudkan kawasan larangan, memasang papan tanda amaran
dan paparan undang-undang dan peraturan di sekolah.
2.5 Mewujudkan suasana sekolah yang berkualiti dengan membudayakan
kecemerlangan aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan.
2.6 Mewujudkan kawasan sekolah yang kondusif untuk perlaksanaan P&P di
dalam dan luar bilik darjah.
3.0 LATARBELAKANG
Sekolah merupakan tempat yang selamat dan selesa untuk menimba ilmu di dalam
suasana yang kondusif dan ceria.
4.0 RASIONAL
4.1 Program ini secara tidak langsung dapat membudayakan sikap
mementingkan keselamatan, menjaga kebersihan dan menceriakan kawasan
persekitaran khususnya kepada komuniti sekolah.
4.2 Program ini secara langsung akan memberikan rasa selamat dan selesa
kepada semua warga sekolah terutama murid-murid dan guru-guru apabila
berada di sekolah serta secara tidak langsung juga kepada pelawat.
4.3 Program ini juga mampu menyemai perasaan cintakan sekolah kepada
anggota komuniti.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Mencapai kualiti sekolah cemerlang melalui aspek keselamatan, kebersihan
dan keceriaan.
6.0 PELAKSANAAN
6.1 Sasaran : Bangunan RMT, Bangunan Bilik Darjah, Bilik Guru,
Dewan Sekolah & Kawasan Sekolah
6.2 Masa : Sepanjang tiga tahun bermula 2013 hingga 2015.
6.3 Tanggungjawab : Warga sekolah dan PIBG.
6.4 Tanggungjawab dan Tindakan.
Bil Aspek / Perkara Tindakan
01
1. KESELAMATAN SEKOLAH
1.1 Keselamatan murid di kawasan
sekolah
1.2 Keselamatan perbuatan dan
tingkahlaku murid.
- Guru-guru dan pengawal
keselamatan.
- Guru-guru dan Pengawal
keselamatan
1.3 Pemantauan aktiviti haiwan liar
1.4 Pengawasan murid-murid ketika awal
pagi dan semasa pulang.
1.5 Pembinaan tangga simen ke tandas.
- Pengawal keselamatan
- Pengawal keselamatan.
- Gotong-royong (semua
warga sekolah dan PIBG)
02
2. KEBERSIHAN SEKOLAH
2.1 Kebersihan bilik guru dan bilik
darjah.
2.2 Kebersihan sekitar bangunan.
2.3 Kebersihan kawasan persekitaran
sekolah.
2.4 Kebersihan tandas sekolah
- Guru-guru dan pekerja
pembersihan.
- Pekerja pembersihan.
- Semua warga sekolah.
- Pekerja pembersihan dan
semua warga sekolah.
03
3. KECERIAAN SEKOLAH
3.1 Lukisan mural dinding
3.2 Landskap dan tanaman hiasan
3.3 Pembinaan Pondok belajar dan
rehat
3.4 Pembinaan pagar kolam ikan
- Gotong-royong (warga
sekolah dan PIBG)
- Gotong–royong (warga
sekolah dan PIBG),
tukang kebun
- Gotong royong
- Gotong-royong (warga
sekolah)
7.0 ANGGARAN KOS
No. Tempat / program tindakan Bahan Peralatan Kos Jumlah
01. Bangunan RMT
a) Papan paparan adab dan
peraturan.
b) Mengecat dinding
bangunan
c) Lukisan Mural dinding.
Papan kenyataan
Cat dan berus cat
Cat dan berus
RM 150.00
RM 200.00
RM 100.00
RM 150.00
RM 200.00
RM 100.00
02. Kawasan sekolah
a) Papan tanda amaran
b) Papan tanda kawasan
larangan (5 unit )
c) Papan kenyataan undang-
undang dan peraturan
sekolah.
d) Pondok rehat dan belajar
(sebuah)
e) Taman
- Herba
- Permainan
f) Kolam ikan
g) Papan Tanda Nama
Papan kenyataan
Kertas dan plastic
leminate
papan kenyataan
Kayu, papan, zink,
cat
Pasu, Tanaman
herba
Pagar, tanaman
hiasan
Tiang, dawai pagar,
tanaman hiasan,
papan tanda
Papan tanda
RM 150.00
RM 30.00
RM 150.00
RM 450.00
RM300.00
RM 250.00
RM 150.00
RM 30.00
RM 150.00
RM 450.00
RM 300.00
RM 250.00
Sekolah
h) Tempat pembuangan
sampah
i) Tangga simen
j) Tanaman hiasan di sekitar
sekolah
k) Pagar sekolah
Tong sampah
Simen, pasir
Tanaman hiasan,
baja
RM 150.00
RM 50.00
RM 150.00
RM 50.00
03. Bangunan Bilik Guru dan
Dewan Sekolah
a) Lukisan Mural Dinding
b) Langsir dewan
Berus dan cat
Kain langsir, Tali
penyangkut
RM 100.00
RM 200.00
RM 100.00
RM 200.00
JUMLAH: RM
2,280.00
8.0 SUMBER KEWANGAN
i) PCG sekolahii) Sumbangan PIBGiii) Sumbangan NGOiv) Derma
9.0 PENUTUP
Keberkesanan program ini bergantung sepenuhnya kepada komitmen dan
kerjasama setiap warga sekolah dan PIBG melalui aktiviti gotong-royong.
Sumber kewangan yang agak terhad dan tidak menentu memungkinkan
penggunaan sumber semulajadi dan daripada bahan kitar semula.
Tanggungjawab pemantauan dan penjagaan rapi kemudahan yang diberi
bergantung sepenuhnya kepada pentadbir sekolah, guru-guru, murid-murid dan
staf sekolah.
“BERSEDIA BERKHIDMAT”
Disediakan oleh: Disahkan oleh:
__________________ ___________________
( ) ( )
Guru 3K Guru Besar
SK Maukab SK Maukab