program 3k kumpulan 1

17
PROGRAM 3K (KONSEP DAN AMALAN) KUMPULAN 1 OLEH : SYAWAL IDHAM BIN SHAFEI (816072) KHAIRIL AZRI BIN MOHD HABIBOLLAH (816058) MOHAMAD ASYRAF BIN ABU HASSAN (815831)

Upload: bentscout

Post on 29-Jan-2016

373 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

3k

TRANSCRIPT

Page 1: Program 3k Kumpulan 1

PROGRAM 3K(KONSEP DAN AMALAN)

KUMPULAN 1OLEH :

SYAWAL IDHAM BIN SHAFEI (816072)

KHAIRIL AZRI BIN MOHD HABIBOLLAH (816058)

MOHAMAD ASYRAF BIN ABU HASSAN (815831)

Page 2: Program 3k Kumpulan 1

PENGENALAN

• Program 3K dimulakan pada tahun 1991, bertujuan memastikan semua sekolah mempunyai sistem yang mantap bagi menangani sebarang isu berkaitan dengan keselamatan, kesihatan serta keceriaan sekolah. Selepas 13 tahun perlaksanaannya, mulai tahun 2004, program ini tampil dengan konsep baharu yang menggabungkan tiga program berasingan menjadi satu program sahaja yang dikenali sebagai Insiatif Meningkatkan Keselamatan, Kesihatan dan Kecerian Sekolah atau Insiatif 3K meliputi Program Sekolah Selamat, Program Kesihatan dan Kebersihan serta Program Keceriaan dan Keindahan Sekolah.

• Penyusunan semula program 3K dilakukan untuk mengelakkan pertindihan objektif bagi dua program yang dilaksanakan sebelumnya iaitu Program 3K dan Program Peningkatan Keselamatan Sekolah. Pada tahun itu didapati sebanyak 90 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara menyertainya berbanding 30 sekolah pada tahun sebelumnya.

Page 3: Program 3k Kumpulan 1

• Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K) memberi peluang kepada mana-mana sekolah yang terpilih merasai hakikat bahawa keceriaan itu sememangnya ada dalam pendidikan. Tanpa mengira dalaman mahupun luaran, program 3K dilihat mampu menyerlahkan keceriaan sesebuah sekolah yang menyertainya menerusi penekanan kepada meningkatkan tiga aspek utama program tersebut. Sesebuah sekolah yang ‘ceria’ daripada pelbagai segi bukan sahaja sedap di pandang mata atau dibanggakan oleh warga masyarakat sekitarnya, malah yang lebih penting mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik.

• Program 3K yang dilaksanakan di sekolah bukan sahaja telah berjaya menambahkan keindahan dan keceriaan sekolahnya, malah turut merapatkan hubungan sesama pihak sekolah dan juga dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat setempat. Program inisiatif 3K ini diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 4: Program 3k Kumpulan 1

TAKRIFAN

• 1. KEBERSIHAN : Personaliti diri warga sekolah yang cemerlang dan persekitaran sekolah yang bersih, indah dan kondusif dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan.

• 2. KESIHATAN : Sihat, cergas dan cerdas dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek supaya murid dapat mengawal dan mengurus diri dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah diri.

• 3. KESELAMATAN : Suasana yang selamat sama ada di dalam atau di luar sekolah boleh meningkatkan keyakinan dan kekuatan dalaman diri (jati diri murid) daripada sebarang pengaruh dan ancaman luar.

Page 5: Program 3k Kumpulan 1

OBJEKTIF

• 1. Melahirkan modal insan yang berkepribadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan.

• 2. Membina dan memelihara diri, persekitaransekolah yang bersih, sihat dan selamat.

• 3. Meningkatkan jalinan permuafakatan strategik antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan bagi membentuk jalinan kerjasama dalam usaha merealisasikan Pelaksanaan Program 3K.

Page 6: Program 3k Kumpulan 1

PERANAN DAN PERLAKSANAAN

• Kerjasama antara warga sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta ahli masyarakat lain bagi meningkatkan tahap kesihatan warga sekolah adalah sangat penting. 

• Penglibatan masyarakat dalam pelbagai bentuk sama ada dengan memberi sumbangan kewangan, tenaga kepakaran atau pun bahan-bahan yang boleh digunakan oleh pihak sekolah dorongan dan sokongan moral kepada murid serta menjadi role-model yang baik kepada anak-anak dan murid sekolah.

• Penglibatan komuniti seharusnya berbentuk dua hala iaitu bukan sahaja komuniti yang datang ke sekolah tetapi pihak sekolah juga melibatkan warga mereka dalam aktiviti kemasyarakatan di sekitar sekolah.

Page 7: Program 3k Kumpulan 1

PERSEKITARAN FIZIKAL SEKOLAH YANG SIHAT DAN SELAMAT

• Keadaan sekolah yang mempunyai kemudahan asas dan fizikal yang sentiasa bersih, ceria, selamat dan sihat.

• Pihak sekolah seharusnya memastikan kemudahan asas/fizikal di sekolah seperti bekalan air, elektrik, pili bomba, dewan, bilik darjah, tandas, asrama, parit, padang, kantin dan lain-lain sentiasa dalam keadaan selamat, bersih, berfungsi bagi kegunaan murid-murid sekolah. 

• Selain dari itu persekitaran sekolah juga seharusnya bebas dari risiko jangkitan penyakit berjangkit seperti denggi dan lain-lain.

Page 8: Program 3k Kumpulan 1

PERSEKITARAN SOSIAL SEKOLAH YANG SIHAT DAN SELAMAT

• Persekitaran sekolah yang boleh membentuk sikap dan amalan ke arah membina sahsiah warga sekolah yang murni dan dapat mengatasi cabaran.

• Pihak sekolah seharusnya berusaha untuk menyediakan persekitaran yang lebih kondusif untuk perkembangan mental yang sihat dan mengurangkan tekanan di kalangan warga sekolah serta persekitaran sosial yang sihat untuk perkembangan murid yang seimbang dari segi JERIS.

Page 9: Program 3k Kumpulan 1

PERANAN PENGETUA ATAU GURU BESAR DAN PENTADBIR SEKOLAH• Memberi penerangan kepada guru-guru mengenai pelaksanaan amalan kebersihan di

sekolah.

• Menubuhkan Jawatankuasa kebersihan dengan dianggotai oleh guru-guru, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, wakil masyarakat setempat dan juga badan-badan bukan kerajaan.

• Merancang aktiviti dan program dengan mengambil kira keperluan warga sekolah bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga emosi serta keadaan persekitaran yang selamat.

• Pengalaman murid-murid dan guru-guru supaya dapat digabungkan untuk menjalankan aktiviti dan program amalan kebersihan dengan berkesan.

• Kemahiran kesihatan, kemahiran berfikir secara kritis dan bertanggungjawab terhadap masyarakat.

Page 10: Program 3k Kumpulan 1

PERANAN GURU

• Peranan guru dalam amalan kebersihan sekolah adalah, guru perlu memahami komponen-komponen amalan kebersihan sekolah. Guru juga perlu menyokong, melaksana dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti HPS yang dirancang oleh Jawatankuasa.

• Memberi cadangan aktiviti-aktiviti kebersihan yang boleh dilaksanakan kepada jawatankuasa. Menjadi contoh kepada murid-murid dan pelajar dalam mengamalkan Gaya Hidup Sihat.

• Menggalakkan murid-murid dan pelajar menyertai aktiviti atau program dengan aktif. Memberi penerangan kepada ibu bapa mengenai program amalan kebersihan.

Page 11: Program 3k Kumpulan 1

PERANAN MURID ATAU PELAJAR

• Murid atau pelajar berperanan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti atau program BPS yang dirancang. Murid juga perlu bertanggungjawab menjaga kesihatan diri sendiri serta menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dan masyarakat setempat mengenai aktiviti kesihatan dan program kebersihan yang dijalankan di sekolah

Page 12: Program 3k Kumpulan 1

PERANAN IBU BAPA/ PENJAGA

• Ibu bapa/ penjaga perlu melibatkan diri secara aktif dan menyokong aktiviti atau program HPS. Berilah bantuan kepakaran, kewangan, barangan dan sokongan moral serta galakan kepada anak-anak untuk sertai aktiviti HPS agar amalan kebersihan sekoalah ini dapat tercapai.

Page 13: Program 3k Kumpulan 1

AMALAN 3K : KESIHATAN

• Kempen Mencegah Wabak Denggi• Meningkatkan tahap kesedaran semua warga sekolah tentang bahaya

wabak denggi terhadap kesihatan

• Kempen Mencegah Wabak H1N1• Meningkatkan tahap kesedaran bahaya jangkitan wabak H1N1 kepada

semua warga sekolah

• Senamrobik dan Merentas Desa• Meningkatkan tahap kesedaran kepentingan mengamalkan gaya hidup

sihat dan mengekalkan kecergasan badan.

Page 14: Program 3k Kumpulan 1

AMALAN 3K : KESELAMATAN

• Latihan Kecemasan dan Kebakaran• Memastikan semua warga sekolah bergerak pantas

menyelamatkan diri mengikut laluan yang betul

• Kempen Keselamatan Di Jalan raya• Meningkatkan tahap kesedaran tentang kepentingan keselamatan

di jalan raya bagi murid yang menunggang motosikal ke sekolah.

Page 15: Program 3k Kumpulan 1

AMALAN 3K : KEBERSIHAN

• Gotong-royong Peringkat Sekolah• Memupuk semangat kerjasama menjaga kebersihan sekitar kawasan

sekolah

• Kempen Kitar Semula• Meningkatkan tahap kesedaran tentang kepentingan amalan kitar semula

barang buangan.

• Pertandingan Kelas Bersih• Murid menjaga kebersihan sekolah dan kelas dengan baik.

• Murid menceriakan bilik darjah agar suasana pembelajaran lebih kondusif

Page 16: Program 3k Kumpulan 1

PERKHIDMATAN DI SEKOLAH

Program-program perkhidmatan di sekolah adalah seperti berikut:

• Pendidikan Kesihatan.

• Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.

• Program Kesihatan Pergigian Sekolah.

• Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

• Program Susu Sekolah.

Page 17: Program 3k Kumpulan 1

PERKHIDMATAN DI SEKOLAH

• Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Sekolah (Program 3K).

• Pendidikan Pencegahan AIDS Di Sekolah.

• Program Anti Denggi Di Sekolah.

• Program Sekolah Bebas Daripada Asap Rokok.

• Program PROSTAR (Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja), dan sebagainya.

• Program-program Adhoc berdasarkan masalah kesihatan semasa, seperti program Anti Rubella, Program Pencegahan Taun dan sebagainya.