kertas kerja pembangunan makmal sains

6
KERTAS KERJA KECERIAAN BILIK SAINS SEKOLAH KEBANGSAAN TAPU 21040 HULU TERENGGANU

Upload: dato-aim-boing-boing

Post on 24-Nov-2015

361 views

Category:

Documents


29 download

DESCRIPTION

contoh

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA KECERIAAN BILIK SAINS

SEKOLAH KEBANGSAAN TAPU21040 HULU TERENGGANU

2014PENDAHULUAN

Makmal sains merupakan bilik khas yang terdapat di sekolah untuk memberikan murid dan guru peluang untuk menjalakan aktiviti dan penyiasatan berkenaan topik pelajaran sains di sekolah. Terdapat banyak kemudahan bahan dan alatan yang disedikan di dalam makmal untuk digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Pengurusan makmal yang sistematik serta persekitaran yang bersih dan ceria dapat meningkatkan lagi minat murid untuk mempelajari subjek sains. Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon dana bagi menambah kecerian bagi makmal komputer Sekolah Kebangsaan Tapu

RASIONAL DAN OBJEKTIF

Program ini adalah untuk :-

- Menjadikan persekitaran makmal lebih menarik Persediaan menjadi calon pertandingan makmal terbaik zon dan daerah bagi tahun 2014

Membuktikan bahawa sekolah pendalaman juga mampu mewujudkan satu bilik khas yang menarik

CADANGAN PENAMBAHAN KECERIAAN

(1)Menempah dua bidang banner untuk dilekatkan di dinding bahagian luar bilik sains. Banner tersebut akan mengandungi kata kata perangsang kepada murid bagi menarik minat murid dalam mata pelajaran sains. Cadangan kata kata adalah seperti berikut Sains ~ Setiap penemuan membawa minda anda ke satua aras lebih tinggi dari sebelumyawhar really makes science grow is new ideas including false ideasBanner bersaiz 8x3 akan dilekatkan di bahagian bawah dinding seperti gambar berikut:

(2)Menambah renda yang diperbuat dari kain pada meja didalam bilik sains. Ini bertujuan untuk menambahkan keceriaan dalam bilik sains dan dalam masa yang sama melatih murid untuk menjaga kebersihan. Meja bilik sains sekarang adalah seperti dibawah :

PERUNTUKAN DIPERLUKAN

(1) Banner 1kaki = RM 2.508 kaki x 3 kaki = 24 kaki x 2.50 = RM 60Rm 60 X 2 keping banner = RM 120.00

(2)Saiz sebuah meja bilik sains = 8 meter 8 meter x 9 buah meja = 72 meterHarga kain renda 1 meter = Rm 1.00 x 72 meter = Rm 72.00

60w Hot Glue Gun (Pistol Gam ) = Rm 32.0010 batang gam stick = Rm 20.00

RM 120.00 (Banner) RM 72.00 (Kain renda) RM 32.00 (Pistol Gam) + RM 20.00 ( Gam Stick)

JUMLAH DIPERLUKAN : RM 244.00

PENUTUPBesarlah harapan agar apa yang dirancangan ini beroleh sokongan dan peruntukan bagi menceriakan makmal komputer ini tercapai hendaknya. Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang diharapkan dalam melahirkan murid yang cemerlang dari semua sudut sama ada dari segi akademik dan kemahiran berfikir seiring perkembangan teknologi disamping memberi semangat kepada murid apabila kawasan pembelajaran lebih ceria dan produktif

Disediakan oleh,

.(TG MOHD FADLI TG YAHYA)Ketua Panitia SainsSekolah Kebangsaan Tapu21040 Hulu Terengganu