kertas kerja murid cemerlang sahsiah

4

Click here to load reader

Upload: siti-aisyah-hassan

Post on 19-Nov-2015

589 views

Category:

Documents


29 download

DESCRIPTION

murid cemerlang sahsiah

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA MURID CEMERLANG SAHSIAHSK SRI LAYANG, 69000 GENTING

HIGHLANDS PROGRAM

: MURID CEMERLANG SAHSIAH

TEMPOH

: SETIAP MINGGU SEPANJANG TAHUN PENGENALAN Program Murid Cemerlang Sahsiah merupakan program tahunan sekolah yang diadakan pada setiap tahun. Program ini merupakan usahasama antara Unit Bina Insan dan Hal Ehwal Murid (HEM). Objektif utama program ini adalah untuk mencari murid yang boleh dijadikan contoh kepada murid yang lain daripada segi sikap, akhlak dan peningkatan prestasi pada setiap minggu. Pemilihan calon dilakukan oleh guru-guru kelas atau guru mata pelajaran pada setiap minggu. Guru-guru yang terlibat akan memantau perkembangan murid sepanjang minggu tersebut, murid yang dipilih akan diberikan nama mereka kepada guru yang bertugas untuk diumumkan sebagai murid cemerlang pada hari Isnin minggu berikutnya. Penghargaan dan ganjaran akan diberikan kepada murid cemerlang yang dipilih, murid-murid tersebut akan diberikan tag nama Murid Cemerlang dan juga hadiah yang berupa peralatan persekolahan. Tag nama Murid Cemerlang akan dipegang selama seminggu oleh murid tersebut. OBJEKTIF

1. Mengalakkan murid-murid supaya mengamalkan budi pekerti yang baik dalam kehidupan seharian. 2. Mewujudkan persaingan yang sihat antara murid dalam menunjukkan perkembangan prestasi akademik dan akhlak mereka.

3. Mewujudkan murid yang boleh dijadikan contoh daripada segi sikap, akhlak, peningkatan prestasi kepada murid-murid yang lain

CARA PELAKSANAAN Pemilihan murid cemerlang dilakukan oleh guru kelas atau guru mata pelajaran pada setiap minggu, berdasarkan kepada aspek perubahan sikap, akhlak dan prestasi pencapaian akademik. Murid Cemerlang akan dipilih seorang daripada setiap kelas daripada pra sekolah hingga tahun 6. Nama murid cemerlang akan diumumkan pada setiap hari Isnin sewaktu perhimpunan, murid-murid yang telah terpilih akan dipanggil ke hadapan tapak perhimpunan dan diberikan tag nama Murid Cemerlang dan juga hadiah yang berupa perlalatan sekolah. Tempoh untuk memegang tag nama Murid Cemerlang adalah selama seminggu, dan pada hari terakhir minggu tersebut akan diserahkan kepada guru kelas masing-masing.

SASARAN

Semua murid Tahap Satu dan Tahap 2.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

.------------------------------------- ------------------------------------------

(SITI AISYAH BINTI HASSAN)

(PN.ARBINA BT ABD RAHMAN)

Setiausaha Bina Insan, GPK HEM

SK Sri Layang, Genting Highlands

SK Sri Layang, Genting Highlands