kertas kerja muamalat complete

8
1 BAI’-AL-INAH Pengertian al-bay dari segi istilah ialah pertukaran sesuatu barangan dengan sesuatu barangan yang lain. Manakala dari segi syara pula ialah pertukaran harta dengan harta yang lain malalui prosedur tertentu atau proses proses pertukaran sesuatu barangan yang disukai dengan sesuatu yang setimpal dengan cara tertentu yang sempurna. Melalui pengertian ini dapat disimpulkan bahawa al-bay ialah satu kontrak pertukaran harta dengan harta melalui prosedur tertentu iaitu mengandungi penawaran dan penerimaan(ijab dan qabul) yang melibatkan pemberian dan penerimaan milik serta mendapat persetujuan daripada kedua belah pihak. Manakala pengertian al-inah diambil daripada perkataan al-ain iaitu al-naqd yang bermaksud wang tunai. Oleh itu pengertian bai’al-inah adalah satu keadaan dimana seseorang memerlukan wang tunai lalu datang kepada seseorang yamg lain untuk memohon pinjaman. Pihak pemiutang(al- muqrid) enggan memberikan pinjaman kecuali beliau akan mendapat keuntungan daripada pinjaman itu dan dalam masa yang sama keuntungan tersebut akan membawa kepada berlakunya riba yang haram disisi islam. Oleh itu untuk mengelak daripada terjadinya riba maka pemiutang bertindak sebagai penjual dengan menjual serta mewujudkan sesuatu barangan kepada penghutang dengan harga tertentu dan dibayar secara kredit ataupun hutang. Selepas berlakunya proses penyerahan, penjual(pemiutang) membeli semula barangan yang telah dijualnya atau pembeli menjual semula kepada penjual asalnya secara tunai dengan harga yang lebih rendah. Oleh itu, transaksi ini mengandungi dua kontrak jual beli dimana kontrak mempunyai harganya yang tersendiri. Konsep bai’al-inah ini juga digunapakai di bank islam yang berada di Negara Brunei Darussalam. Pihak bank akan menjual aset(harta atau barangan) kepada pembeli secara harga tangguh atau hutang. Kemudian pihak bank akan membeli semula harta berkenaan dari pembeli dengan harga tunai. Dengan cara ini pembeli akan memperolehi wang tunai dan membayar balik hutangnya kepada pihak bank secara ansuran atau instalmen dalam tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Keuntungan pihak bank adalah berdasarkan perbezaan harga tunai dan harga tangguh. Peratus keuntungan yang dikenakan adalah berbeza berdasarkan tempoh penangguhan yang dipersetujui secara bersama.

Upload: erlinamohamad

Post on 14-Jul-2015

170 views

Category:

Presentations & Public Speaking


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja muamalat complete

1

BAI’-AL-INAH

Pengertian al-bay dari segi istilah ialah pertukaran sesuatu barangan dengan sesuatu barangan

yang lain. Manakala dari segi syara pula ialah pertukaran harta dengan harta yang lain malalui

prosedur tertentu atau proses proses pertukaran sesuatu barangan yang disukai dengan

sesuatu yang setimpal dengan cara tertentu yang sempurna.

Melalui pengertian ini dapat disimpulkan bahawa al-bay ialah satu kontrak pertukaran harta

dengan harta melalui prosedur tertentu iaitu mengandungi penawaran dan penerimaan(ijab

dan qabul) yang melibatkan pemberian dan penerimaan milik serta mendapat persetujuan

daripada kedua belah pihak.

Manakala pengertian al-inah diambil daripada perkataan al-ain iaitu al-naqd yang bermaksud

wang tunai.

Oleh itu pengertian bai’al-inah adalah satu keadaan dimana seseorang memerlukan wang tunai

lalu datang kepada seseorang yamg lain untuk memohon pinjaman. Pihak pemiutang(al-

muqrid) enggan memberikan pinjaman kecuali beliau akan mendapat keuntungan daripada

pinjaman itu dan dalam masa yang sama keuntungan tersebut akan membawa kepada

berlakunya riba yang haram disisi islam. Oleh itu untuk mengelak daripada terjadinya riba maka

pemiutang bertindak sebagai penjual dengan menjual serta mewujudkan sesuatu barangan

kepada penghutang dengan harga tertentu dan dibayar secara kredit ataupun hutang. Selepas

berlakunya proses penyerahan, penjual(pemiutang) membeli semula barangan yang telah

dijualnya atau pembeli menjual semula kepada penjual asalnya secara tunai dengan harga yang

lebih rendah. Oleh itu, transaksi ini mengandungi dua kontrak jual beli dimana kontrak

mempunyai harganya yang tersendiri.

Konsep bai’al-inah ini juga digunapakai di bank islam yang berada di Negara Brunei Darussalam.

Pihak bank akan menjual aset(harta atau barangan) kepada pembeli secara harga tangguh atau

hutang. Kemudian pihak bank akan membeli semula harta berkenaan dari pembeli dengan

harga tunai. Dengan cara ini pembeli akan memperolehi wang tunai dan membayar balik

hutangnya kepada pihak bank secara ansuran atau instalmen dalam tempoh yang dipersetujui

oleh kedua belah pihak. Keuntungan pihak bank adalah berdasarkan perbezaan harga tunai dan

harga tangguh. Peratus keuntungan yang dikenakan adalah berbeza berdasarkan tempoh

penangguhan yang dipersetujui secara bersama.

Page 2: Kertas kerja muamalat complete

2

Schema bai’al-inah

Contohnya:

Seseorang memerlukan wang tunai sebanyak $14,000 untuk kegunaan peribadi tetapi dia tidak

mempunyai sebarang harta untuk membuat pinjaman. Oleh itu dia telah memohon kepada

pihak bank untuk memohon pinjaman bai’al-inah. Setelah pihak bank meluluskan permohonan

tersebut maka pihak bank menjual asset yang berupa harta seperti bangunan, saham, rumah

ataupun sebagainya. Contohnya pihak bank menjual saham yang berharga $23,838.94. Oleh

kerana pembeli tersebut merupakan pelangan tetap di bank tersebut maka pihak bank

memberikan potongan harga sebanyak $1.037.12. Maka harga jualan saham setelah potongan

ialah $22,801.82. Disebabkan jualan dilakukan secara harga tangguh selama 7 tahun maka bank

akan mengambil keuntungan dengan kadar 7.7% yang bernilai sebanyak $7,985.82.

Kemudian bank akan membeli balik saham itu semula secara tunai dengan harga belian

sebanyak $14,816($816 adalah bayaran deposit sekuriti). Selepas transaksi melalui tandangan

pada boring kontrak, pembeli akan mendapatkan wang tunai sebanyak $14,000 tetapi masih

berhutang dengan pihak bank sebanyak $22,801.82 yang dibayar secara ansuran selama

tempoh tujuh tahun. Kaedah pengiraan adalah seperti berikut:

Tempoh bayaran secara ansuran: 84 bulan(12 bulan x 7 tahun)

Kadar keuntungan bank: 7.7% setahun

Page 3: Kertas kerja muamalat complete

3

Harga jualan yang kedua: $14,816

Harga jualan(bank): Jumlah yang dipohon + keuntungan

$14,816 + ($14,816 x 7.7% x 7 tahun)

= $ 22.801.82

Bayaran bulanan: Amaun + (amaun x kadar keuntungan x tahun) ÷ bulan

$14,816 + ($14,816 x 7.7% x 7 tahun) ÷ 84 bulan

= $272

Ini adalah contoh jual beli dengan cara bai’al-inah. Pada transaksi yamg pertama pihak bank

menjual asetnya pada harga $22,801.82 secara harga tangguh selama 84 bulan(7 tahun). Bank

akan menerima bayaran secara ansuran sebanyak $272 sebulan.

Terdapat persamaan dan perbezaan di antara bai’al-inah dengan konsep tawarruq.

Pengertian tawarruq dari segi bahasa ialah al-wariq yang berkmaksud wang perak,dirham atau

logam perak. Secara ringkasnya al-tawarruq ialah suatu kontrak yang melibatkan penjualan

sesuatu barangan kepada seseorang pembelisecara harha tertangguh(hutang). Pembeli

tersebut kemudiannya menjual barang tersebut kepada orang yang ketiga secara tunai pada

harga yang lebih kurang daripada harga tangguh dengan tujuan untuk mendapatkan wang

tunai. Ia dinamakan tawarruq kerana ketika membeli barang tersebut secara bayaran tangguh,

pembeli tidak berniat untuk menggunakan atau memanfaatkannya tetapi hanya ingin

menjadikannya laluan kearah memperolehi wang tunai.

Al-tawarruq boleh terjadi kepada dua keadaan yang berangsingan.keadaan yang pertama

dimana pembeli pertama membeli barangan secara ansuran atau tangguh dan menjualnya

kepada pihak yang ketiga secara tunai dengan harga yang rendah. Dalam keadaan ini pihak

ketiga langsung tidak mempunyai kaitan dengan penjualan yang pertama. Keadaan yang kedua

digunakan dalam sistem kewangan yang menjadikannya sebagai satu medium pembiayan yang

sistematik. Dalam hal ini, pembeli barangan yang terakhir tadi bertindak sebagai wakil kepada

penjual barangan pertama ataupun penjual pertama akan mewakili pembeli terakhir dalam

menguruskan kontrak.

Page 4: Kertas kerja muamalat complete

4

Schema tawarruq

Contohnya:

Seseorang membeli sesuatu barangan daripada penjual dengan harga $1000 secara tangguh

ataupun hutang dan kemudiannya menjual kembali barangan yang dibelinya kepada orang

lain(bukan penjual asal) dengan harga $900 secara tunai. Dalam hal ini, pembeli akan

mendapatkan wang tunai sebanyak $900 yang dikehendakinya dengan segera dan dalam masa

yang sama pembeli juga kekal menjadi penghutang kepada penjual asal sebanyak $1000.

Perbezaan bai’al-inah dengan tawarruq ialah bai’al-inah hanya melibatkan dua pihak sahaja

manakala al-tawarruq melibatkan tiga pihak.

HUKUM

Terdapat perbezaan pandangan terhadap hukum bai’al-inah ini.

Menurut pandangan yang pertama yang terdiri daripada jumhur fuqaha iaitu hanafi, maliki dan

hanbali. Dari kalangan para sahabat ialah saiditina Aisyah, ibn abbas dan anas ibn malik.

Manakala dikalangan tabi’in ialah al-hasan, ibn sirin, sya’bi dan nakhai’e.

Golongan ini berpendapat adalah jual beli dengan cara bai’al-inah adalah batil dan fasid.

Mereka mengharamkan jual beli dengan bai’al-inah adalah berdasarkan hadis rasullullah sallahu

alaihi wassalam yang member amaran keras terhadap muamalah bai’al-inah.

رع وتركتم الجهاد سلط للا تر تر إذا تبايعتم بالعينة وأخذتم أذناب البقر ورضيتم بالز جعوا إلر دينكم يليكم ذ ال ينزي

Page 5: Kertas kerja muamalat complete

5

Maksudnya:

“Apabila kalian telah berjual beli dengan cara Al-‘Inah dan kalian telah redha dengan

perkebunan dan kalian telah mengambil ekor-ekor sapi dan kalian meninggalkan jihad, maka

Allah akan menimpakan kepada kalian suatu kehinaan yang (Allah) tidak akan mencabutnya

sampai kalian kembali kepada agama kalian”. (Riwayat abu daud)

Hadis sahih di atas menunjukkan pengharaman bay‘ al-‘inah kerana akad ini merupakan antara

faktor turunnya bala Allah s.w.t. ke atas manusia. Dalam perbicangan ilmu Usul Fiqh, jika

sesuatu perkara atau perbuatan itu diikuti dengan ancaman dosa, azab atau bala maka ia

menunjukan bahawa perkara tersebut adalah ditegah dalam Islam.

Pengharaman bai’al-inah menurut golongan yang terdiri daripada kalangan para sahabat

seperti saiditina Aisyah:

سبيعي ، ين امرأت أنها دخلت يلر يائشة فدخلت معها أم ولد زيد بن أرقم فقالت : يا أم المؤمنين إني ين ابن إساق ال

بعت غالما من زيد بن أرقم بثمان مائة درهما نسيئة، وإني ابتعت من بست مائة نقدا. فقالت لها يائشة بئس ما شريت

سول للا صلر للا يلي وسلم إن لم يتب. وأفمت صابتنا فلم وبئس ما اشتريت ، أبلغي زيدا أن قد أبطل جهاده مع ر

تتكلم طويال ثم إنها سهل يليها فقالت : يا أم المؤمنين أرأيت إن لم آخذ إ رأس مالي؟ فتلت يليها: "فمن جآءه مويظة

... ”من رب فانتهر فل ما سلف وأمره إلر للا

Terjemahan : Daripada Ibn Ishaq al-Subay‘i, daripada isterinya bahawa dia telah menemui

‘A’isyah dan masuk bersamanya ummu walad Zayd Bin Arqam lalu berkata; “Wahai Ummu al-

Mu’minin, sesungguhnya aku telah menjual seorang hamba kepada Zayd Bin Arqam dengan

harga lapan ratus dirham secara tangguh. Dan aku kemudiannya membelinya semula dengan

harga enam ratus dirham secara tunai”. Maka berkata ‘A’isyah kepadanya; “Itu adalah seburuk-

buruk jual beli yang engkau lakukan. Sampaikan kepada Zayd bahawa dia telah membatalkan

(pahala) jihadnya bersama Rasulullah jika dia tidak bertaubat”. Perkataan ‘A’isyah itu telah

membuatkan sahabat kami terdiam lalu ia tidak berkata-kata agak lama. Kemudian setelah dia

menerima kata-kata ‘A’isyah itu lalu dia berkata; “Apakah pandangan puan jika saya hanya

mengambil modalku sahaja?” Lalu ‘A’isyah membacakan firman Allah yang bermaksud : maka

sesiapa yang telah didatangi akan peringatan daripada Tuhannya lalu ia

behenti(meninggalkannya) maka baginya adalah modalnya dan urusannya adalah diserahkan

kepada Allah [Al-Baqarah : 275].

Berdasarkan hadis di atas Ibnu Qudamah telah menegaskan bahawa bay‘ al-‘inah adalah

ditegah kerana Saidatina ‘A’isyah tidak akan berkata dengan sedemikian tegas kecuali kerana

adanya pengakuan yang beliau dengar sendiri daripada Rasulullah s.a.w.

Anas Bin Malik r.a:

Page 6: Kertas kerja muamalat complete

6

روي ين أنس ، أن سئل ين العينة فقال : إن للا يخدع ، هذا مما رم للا ورسول

Terjemahan:

Diriwayatkan daripada Anas, bahawa beliau telah ditanya berkenaan al-‘inah, maka beliau

berkata : Sesungguhnya Allah swt tidak boleh ditipudaya. Ini (al-‘inah) adalah daripada apa yang

diharamkan oleh Allah dan rasulNya.

Ibnu ‘Abbas r.a.

قال ابن يباس : اتقوا هذه العينة. تبع دراهم بدراهم وبينهما ريرة

Terjemahan:

Takutlah (hindarilah) akan al-‘inah. Janganlah kamu berjual-beli(bertukar) beberapa dirham

dengan beberapa dirham dan antara kedua-duanya ada secebis sutera (sebagai barang

perantara).

Pengharaman jual beli melalui bay’al-inah dalam dalil Ijma‘ berkata Ibn Qayyim :

“Sesungguhnya para sahabat seperti ‘A’isyah, Ibn ‘Abbas dan Anas telah memfatwakan keharaman bay‘

al-‘inah dan bersikap keras dalam perkara tersebut pada masa dan situasi yang berbeza-beza, dan tidak

datang daripada kalangan sahabat yang merukhsahkannya / memberi kelonggaran terhadap muamalah

ini, maka ini menunjukkan telah berlakunya ijma‘ di kalangan mereka dalam pengharaman bay‘ al-‘inah.”

Al-syatibi(1996) turut menjelaskan bahawa pengharaman bay’al-inah ini juga berasaskan

kepada tiga alas an iaitu:

1. Kontrak bai’al-inah secara kebiasaannya membawa kepoada menghalalkan riba. Ini

kerana majoritinya pihak yang berjual itu mempunyai niat untuk memperolehi riba.

2. Berdasarkan kaedah usul fiqh antara dua prinsip utama iaitu jual beli pada asalnya

diharuskan dan prinsip memelihara manusia dari kemudharatan. Apabila timbulnya

pertentangan antara dua prinsip ini, islam lebih mengutamakan prinsip kedua iaitu

memelihara manusia dari kemudharatan.

3. Terdapat banyak nas yang mengharamkan sesuatu perkara walaupun pada asalnya

ianya diizinkan sebab ianya selalu menimbulkan keburukan walaupun secara tidak pasti.

Page 7: Kertas kerja muamalat complete

7

Contohnya larangan wanita bermusafir tanpa mahramnya. Sehubungan itu,

pengharaman bay’al-inah adalah berdasarkan bentuk transaksi jual beli tersebut

dianggap membawa kepada kontrak pinjaman secara riba yang member manfaat

kepada penjual pertama ataupun diistillahkan sebagai pemiutang dalam kontak yang

sebenarnya. Perkara ini selaras dengan sabda rasullah sallahu alaihi wassalam:

“setiap hutang yang membawa manfaat material keoada pemiutang adalah riba.”

Menurut pandangan kedua berlainan dengan pendapat yang pertama yang mengharamkan

bai’al-inah.

Pandangan kedua yang terdiri daripada fuqaha maliki dan fuqaha syafie yang berpendapat

bay’al-inah adalah sah dan diharuskan sekiranya mencukupi rukun dan syarat jual beli tetapi

hukumnya boleh berubah menjadi makruh sekiranya disertai dengan niat yang fasid. Ianya juga

disokong oleh sebahagian fuqaha hanafi seperti abu yussof dan Muhammad Hassan al-syaibani.

Pendapat yang kedua yang mengharuskan bai’al-inah adalah berlandaskan firman allah:

“ Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”

[Al-Baqarah : 275]

Maka, hukum bay‘ al-‘inah adalah harus kerana ia merupakan satu bentuk jual beli.

Hadis Tamar Janib

ين أبي سعيد و أبي هريرة أن رسول للا صلر للا يلي وسلم استعمل رجال يلر خيبر فجاءه بتمر جنيب. فقال رسول للا

صلر للا يلي وسلم : أكل تمر خيبر هكذا؟ قال : إنا لنأخذ الصاع من هذا بالصايين ، والصايين بالثالثة . فقال رسول للا

.: تفعل ، بع الجمع بالدراهم ثم ابتع بالدراهم جنيبا صلر للا يلي وسلم

Terjemahan: Daripada Abi Sa‘id dan Abi Hurairah: Bahawa Rasulullah s.a.w. telah melantik

seorang lelaki (sebagai wakilnya) di Khaibar . Lalu dia mendatangi baginda dengan membawa

tamar janib . Nabi bertanya kepadanya, “Adakah semua tamar di Khaibar begini keadaannya?”

Lelaki itu menjawab, “Kami mengambil segantang tamar ini (janib) dengan dua gantang (tamar

al-jam‘) dan dua gantang (tamar janib) dengan tiga gantang (tamar al-jam‘) ”. Maka berkata

Rasulullah, “Jangan kamu lakukan demikian, tetapi juallah tamar al-jam‘ dengan dirham,

kemudian kamu belilah dengan dirham tersebut akan tamar janib”.

Page 8: Kertas kerja muamalat complete

8

Berdasarkan hadis di atas, Nabi menegah perbuatan wakil baginda di Khaibar yang menukarkan

tamar al-jam‘ untuk memperoleh tamar janib dengan sukatan yang berbeza kerana ia

merupakan riba yang diharamkan iaitu pertukaran barang ribawi yang sama jenis dengan

kuantiti (sukatan) yang berbeza. Kemudian Nabi telah memberikan penyelesaian dengan

mengarahkannya supaya menjual tamar al-jam‘ untuk mendapatkan dirham, lalu menggunakan

dirham tersebut untuk membeli tamar janib. Ini bermakna akad jual beli hanyalah sebagai

wasilah untuk merealisasikan tujuan sebenar iaitu mendapatkan tamar janib.

Lagipun di dalam hadis tersebut Nabi tidak memperincikan sama ada jual beli tersebut boleh

berlaku di antara dua pihak yang sama ataupun melibatkan pihak yang lain. Ini menunjukkan

bahawa harus wakil tersebut (A) menjual dua gantang tamar al-jam‘ dengan nilai dirham

kepada pembelinya (B), kemudian dia membeli pula satu gantang tamar janib daripada B

ataupun orang lain (C).

Jelaslah bahawa memperoleh dirham bukanlah maksud sebenar urusniaga tersebut, bahkan

akad jual beli hanyalah sebagai wasilah untuk mendapatkan tamar janib. Dalam konteks bay‘ al-

‘inah pula, akad jual beli barang adalah sebagai wasilah juga untuk mendapatkan duit tunai, dan

bukannya ma‘qud ‘alaih itu sendiri.

Penjelasan yang mengharuskan melalui Qiyas:

Para ulama’ sepakat bahawa jika suatu barang dijual dengan harga yang sama dengan harga jualan

pertama atau lebih tinggi, hukumnya adalah harus. Maka dalam konteks bay‘ al-‘inah, hukum menjual

barang yang sama dengan harga yang lebih rendah juga adalah harus apabila diqiyaskan dengan

masalah di atas.

Dalam hal ini Imam Syafie ada berkata:

“ Apabila sebahagian sahabat Nabi berselisih pendapat dalam suatu perkara, sebahagiannya

menyatakan begini, sebahagian yang lain pula mencanggahinya, maka usul yang kami pegang ialah kami

akan menerima pendapat yang disokong oleh qiyas….”