kertas kerja kedai komputer

14

Click here to load reader

Upload: branden-rutledge

Post on 12-Sep-2015

289 views

Category:

Documents


135 download

DESCRIPTION

komputer

TRANSCRIPT

  • RANCANGAN PERNIAGAAN

    Cyberzone Computers 123 Kampung Pisang Raja

    Air Itam Pulau Pinang

    Layari www.KoleksiKertasKerja.com - Himpunan Kertas Kerja Perniagaan & Pinjaman Terbaik

  • RINGKASAN EKSEKUTIF Baru! Berbeza! Diperbuat dari peralatan yang terbaik! Berapa kalikah kenyataan seperti ini timbul mengenai sesuatu produk di pasaran. Berapa kalikah telah anda kecewa setelah anda membeli produk sebegini. Jangan putus asa, teruskan membaca dan anda akan yakin bahawa Cyberzone Computers tidak akan mengecewakan anda. Cyberzone Computers pasti akan memenuhi apa yang dilaung dan akan berusaha untuk mengekalkan kepuasan anda. Cyberzone Computers adalah sebuah syarikat milik tunggal yang menjual perkakasan komputer dan perisian serta menawarkan perkhidmatan penyenggaraan komputer. Cik Siew Gaik, pemilik syarikat ini mempunyai 5 tahun pengalaman dalam perniagaan komputer. Walaupun tidak mempunyai kelayakan profesional namun beliau mempunyai pengalaman "hands on" yang lebih berguna semasa beliau bekerja di sektor perkilangan dan hartanah. Cik Siew Gaik pula dibantu oleh dua orang kakak, bapa dan abang iparnya. Syarikat ini adalah perniagaan milik keluarga disebabkan oleh persaingan yang sengit dari segi harga. Kedua-dua orang kakak beliau mempunyai pengalaman mengurus di sektor perkilangan. Sumbangan mereka dari segi pengalaman dan kreativiti berupaya untuk menjayakan syarikat ini. Manakala bapa beliau, Teong Eng pula membantu sebagai pekerja am. Encik Terry pula merupakan abang ipar Cik Siew Gaik, berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan, beliau mempunyai kelayakan profesional dan juga wawasan untuk memajukan syarikat dari segi keupayaan teknikal beliau dalam perkakasan dan perisian komputer. Tambahan pula beliau mempunyai ramai kenalan dalam dunia perniagaan yang dapat membantu dalam perkembangan syarikat ini. Sasaran pasaran kami adalah terdiri daripada 3 kumpulan iaitu pengguna akhir, sektor kerajaan dan juga pengedar kecil-kecilan. Termasuk dalam pelanggan potensi kami adalah mereka yang belum lagi memiliki komputer dan juga mereka yang sudah pun memiliki komputer tetapi tidak puashati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat langganan mereka sekarang. Komponen utama dalam strategi perniagaan kami adalah dari segi perkhidmatan, kami berusaha untuk memberikan perkhidamatan yang terbaik kepada pelanggan kami. Kaedah ini telah berjaya menarik lebih ramai pelanggan untuk berlanggan dengan syarikat ini. Kami juga tidak akan bersaing dari segi harga tetapi cuba menyedarkan pelanggan bahawa perkhidmatan selepas belian adalah juga sama penting. Semua sumber kewangan sebelum ini adalah dari simpanan pemilik dan juga ahli keluarganya. Dengan rancangan perkembangan yang dicadangkan kami rasakan kami memerlukan kewangan tambahan sebanyak RM150,000. Sumber ini bukanlah sebagai pinjaman jangka panjang (term loan) tetapi sebagai overdraf. Kami menjangka tidak akan menghadapi masalah dari segi pembayaran balik kerana jika dilihat dari segi ramalan jualan dan keuntungan syarikat, syarikat berupaya untuk terus maju dan membayar semua tanggungan syarikat tanpa apa-apa masalah. Cyberzone Computer adalah hasil misi syarikat untuk mengutamakan perkhidmatan kepada pelanggan dan bukan semata-mata untuk menjual produk sahaja. "Niche" yang diterokai ini berupaya untuk memberikan pulangan yang lumayan di masa akan datang.

    Layari www.KoleksiKertasKerja.com - Himpunan Kertas Kerja Perniagaan & Pinjaman Terbaik

  • LATARBELAKANG SYARIKAT Syarikat persendirian ini milik Cik Cheah Siew Gaik mula beroperasi pada 9/9/1992. Teras perniagaannya ialah perkakasan dan perisian komputer serta perkhidmatan penyenggaraan. Cik Cheah Siew Gaik mendapat ilham untuk menjalankan perniagaan ini apabila Kementerian Pendidikan mula memperkenalkan mata pelajaran komputer disekolah-sekolah dan juga minat rakyat Malaysia terhadap komputer. Perniagaan komputer dan perkhidmatan penyenggaraan komputer dijangka meningkat pada kadar pertumbuhan yang memberangsangkan pada masa akan datang. Cik Cheah Siew Gaik yang memiliki ijazah sarjana muda pengurusan dari USM berjaya meyakinkan ahli keluarganya, terutama dua adik perempuannya untuk turut melabur dan bersama-sama membangun syarikatnya. Pelanggannya setakat ini terhad kepada pelajar dan kakitangan USM. Dengan perlantikan suami kakaknya sebagai pengurus teknikal Cik Cheah Siew Gaik berharap untuk menerokai pasaran agensi kerajaan dan sektor perkilangan serta meningkatkan perkhidmatan penyenggaraan. Maklumat Pengurusan

    Cik Cheah Siew Gaik Cik Cheah Siew Chin Cik Cheah Siew Kim Encik Cheah Teong Eng En. Terry

    Pemilik Pengurus Eksekutif Jualan Pekerja Am Pengurus Teknikal

    Carta organisasi:

    Pemilik

    Perunding Teknikal

    Pengurus

    Pekerja Am Eksekutif Jualan Dalaman

    Layari www.KoleksiKertasKerja.com - Himpunan Kertas Kerja Perniagaan & Pinjaman Terbaik

  • Misi Perniagaan

    Kami Menawarkan Perkhidmatan Berkualiti Tinggi Yang Pantas, Efisyen Dan Boleh Dipercayai

    Analisis Pasaran Industri teknologi maklumat mula mencatat perkembangan yang pesat dengan meningkatnya kepentingan tknologi informasi (IT) dalam pelbagai aspek perniagaan dan pelajaran serta kehidupan harian. Teknologi e-mel dan interenet telah mengubah cara hidup manusia. Pembekal-pembekal peralatan komputer mula tumbuh bagai cendawan. Disekitar bangunan pusat jualan Cyberzone Computers sahaja terdapat 8 kedai komputer. Sejak akhir-akhir ini persaingan bertambah sengit apabila syarikat-syarikat peruncitan yang dahulunya menjual barangan perabut dan peralatan dapur mula menjual peralatan komputer pada kadar harga yang sangat rendah. Kami di Cyberzone Computers berpendapat kualiti perkhidmatan, bukannya saiz syarikat, yang akan menentukan kejayaan. Jadi perkhidmatan berkualiti adalah istilah keramat bagi syarikat kami. Komputer adalah barang yang sofistikated. Teknologi komputer dan semua produk yang bersangkut dengan komputer mengalami proses pembaharuan yang sangat pantas. Oleh kerana sesuatu produk itu boleh menjadi usang dalam masa yang singkat, maka para pengguna akan menghadapi masalah mengikuti perkembangan industri teknologi maklumat. Cyberzone Computers bersedia untuk menjadi pemangkin masyarakat dalam menghayati gelombang teknologi komputer. Ini akan dicapai dengan penawaran pakej komputer yang canggih dan disokong oleh perkhidmatan selepas jualan dan penyenggaraan yang efisyen dan boleh dipercayai. Syarikat ini bermula secara kecil-kecilan dengan membekal komputer kepada pelajar dan kakitangan USM. Perkembangan seterusnya ialah pembekalan komputer kepada beberapa pusat pengajian. Jualan terus meningkat dan perkhidmatan yang baik menggamit lebih ramai pelajar dan kakitangan USM untuk berlanggan dengan Cyberzone Computers. Syarikat bercadang meneroka pasaran baru - agensi kerajaan dan firm perkilangan di kawasan FTZ Bayan Baru. Disamping itu perkhidmatan penyenggaraan juga akan diberi penekanan. Syarikat ini juga ingin menjadi pembekal kepada pengedar komputer secara serius. Penerokaan segmen ini memerlukan modal yang banyak. Para pengedar pula sudah pasti akan meminta kemudahan kredit 30 hari. Pecahan Pasaran Sasaran

    Pengedar Kilang

    Kerajaan

    Pengguna

    Layari www.KoleksiKertasKerja.com - Himpunan Kertas Kerja Perniagaan & Pinjaman Terbaik

  • Kami memilih "perkhidmatan berkualiti" sebagi "niche" dan melancarkan strategi untuk menawan pelanggan dengan memberi perkhidmatan berkualiti selepas jualan berbanding dengan strategi harga yang rendah yang diamalkan oleh pesaing. Untuk melaksanakan strategi perkhidmatan, Cyberzone Computers juga memperkenalkan komputer klon. Pasaran komputer berjenama dikawal oleh syarikat gergasi. Oleh kerana kawalan harga yang ketat, margin keuntungan amat sedikit. Cyberzone Computers pula tidak dibenarkan mengusik atau cuba menyelenggara masalah yang berkaitan. Kalau ini dilakukan, maka waranti akan batal secara automatik. Komputer mestilah dihantar kepada pembekal untuk dibaikpulih. Rungutan pelanggan ialah masa yang diambil untuk kerja baikpulih terlalu lama. Pelanggan tidak sanggup berpisah terlalu lama dengan komputer mereka. Cyberzone Computers bercadang untuk menawarkan produk dan perkhidmatan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pengguna. Dengan memperkenalkan sistem komputer klon, Cyberzone Computers bebas memilih perkakas yang hendak digunakan. "Cyberzone Computers System" akan mengguna perkakas yang terkini dan harganya pula berpatutan. Strategi ini berjaya apabila Cyberzone Computers menerima banyak tempahan ekoran dari promosi "mulut" yang dilakukan oleh pelanggan Cyberzone Computers. Strategi perkhidmatan berkualiti telah membantu Cyberzone Computers menghadapi tekanan pesaing. Pesaing mengguna pendekatan "cash and carry". Harga rendah dan perkhidmatan tak menentu. Perkhidmatan berkualiti membolehkan Cyberzone Computers berhadapan dengan pesaing, malah menarik pelanggan yang kecewa dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pesaing. Jualan kembali meningkat dan pendapatan dari aktiviti penyenggaraan terus meningkat. Tindakan kerajaan memansuhkan duti import dan cukai jualan serta rebet cukai pendapatan memberi kesan yang positif. Segmen pasaran "isirumah" (household) diramalakn akan berkembang pesat. Seterusnya persaingan dikalangan syarikat yang menawarkan perkhidmatan INTERNET memanfaatkan pengguna dan mencetus permintaan kepada produk IT. Rancangan Pemasaran Promosi terhad kepada penyediaan risalah dan edaran dalam kedai dan juga aktiviti masyarakt kampus USM dan kerja amal. Namun oleh kerana perkhidamatan yang disediakan oleh Cyberzone Computers, terdapat beberapa pengedar besar yang telah melantik Cyberzone Computers sebagai pengedar sah mereka dan dalam pengiklanan produk mereka nama Cyberzone Computers juga sering dimasukkan. Ini juga merupakan satu bentuk penghargaan kepada Cyberzone Computers kerana walau masih muda sudah pun di beri kepercayaan untuk mengedar barangan jenama oleh pengedar yang besar. Harga ditetapkan dengan mengguna kaedah cost-plus. Margin keuntungan bagi setiap unit komputer ialah RM200 - RM300.00 . Harga juga berbeza jika bayarannya secari tunai. Cyberzone Computers tidak akan berlawan harga dengan kedai komputer lain. Cyberzone Computers akan meyakinkan pembeli bahawa perkhidmatan selepas jualan sama penting dengan harga. Dasar produk disesuaikan dengan citarasa dan permintaan pengguna. Iltizam Cyberzone Computers ialah untuk memasang komputer peribadi yang berlabelkan logo "Cyberzone

    Layari www.KoleksiKertasKerja.com - Himpunan Kertas Kerja Perniagaan & Pinjaman Terbaik

  • Computer System" dan disokong dengan perkhidmatan selepas jualan yang berkualiti. Untuk memberi pilihan kepada pelanggan, Cyberzone Computers juga menjual sistem komputer berjenama seperti ACER, NEC, HYUNDAI, SIEMENS, PACKARD BELL dan IBM atas dasar pesanan sahaja. Operasi Syarikat beroperasi ditingkat dua Bangunan Pintar yang menjadi tumpuan pelajar dan kakitangan USM. Kedudukan pejabat jualan tidaklah begitu strategik. Sungguhpun papantanda perniagaan dan risalah sering diedarkan dalam kampus, kajian menunjukkan ramai pelajar dan masyarakat sekeliling masih tidak tahu keujudan Cyberzone Computers. Cadangan dan tindakan segera ialah berpindah ketingkat bawah. Perjanjian telah dimeterai dengan pemilik kedai. Pelan pejabat jualan dan pameran di paparkan dalam Rajah 2. Tindakan ini juga dikira bertepatan kerana ramai pemilik-pemilik kondominium disekitar Bangunan Pintar telah mula berpindah masuk ke unit masing-masing. Pertambahan penduduk bermakna pasaran segmen isirumah juga meningkat.

    Layari www.KoleksiKertasKerja.com - Himpunan Kertas Kerja Perniagaan & Pinjaman Terbaik

  • Susunatur Kedai

    Setor

    Kawasan Baikpulih Komputer

    Kaunter Perkhidmatan

    Pelanggan

    Bilik Air

    Pejabat Pengurus

    Meja

    Pintu Masuk Utama

    Kom

    pute

    r

    Faks

    &

    Rak

    Pam

    iran

    Pe

    rkak

    asan

    K

    ompu

    ter

    Kaw

    asan

    Pa

    mir

    an

    Kom

    pute

    r

    Pam

    iran

    R

    ak

    Perk

    akas

    an

    Kom

    pute

    r

    Layari www.KoleksiKertasKerja.com - Himpunan Kertas Kerja Perniagaan & Pinjaman Terbaik

  • Kewangan Sejak dari penubuhannya, Cyberzone Computers telah berurusan dengan Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB). BBMB memberi kemudahan OD kepada Cyberzone Computers sebanyak RM50,000.00 . Berdasarkan cadangan diatas, Cik Cheah Siew Gaik memerlukan tambahan modal. Setakat ini sumber kewangan ialah dari simpanan sendiri, saudara mara, kredit dari pembekal dan kemudahan OD dari bank. Cik Cheah Siew Gaik berpendapat kemudahan OD sebanyak RM100,000.00 memadai untuk meluaskan operasinya. Jadual menunjukkan trend jualan untuk tahun 1996 - 1998. Jualan untuk tahun 1999 dijangka mencecah RM2 juta dan keuntungan bersih RM36,000.00 . Dengan rekod prestasi yang baik BBMB dijangka akan terus menyokong program perkembangan yang dirancangkan.

    Layari www.KoleksiKertasKerja.com - Himpunan Kertas Kerja Perniagaan & Pinjaman Terbaik

  • Jadual 1: Perangkaan Kewangan

    Tahun

    1993

    1994

    1995

    1996

    Jualan

    $81,922.10

    $527,766.90

    $1,160,525.60

    $1,750,000.00

    Keuntungan Sebelum Cukai

    $2,198.96

    $14,767.74

    $28,725.54

    $76,781.86

    Untung Bersih

    $2198.96

    $14,139.51

    $26,567.84

    $66,781.86

    Jadual 2: Nisbah Kewangan

    Tahun Nisbah Kecairan

    Nisbah Leveraj

    Pusing Ganti Aset

    1993

    1994

    1995

    1996

    64.62%

    3.64%

    90.55%

    90.55%

    2%

    25%

    1%

    1%

    2.62

    14.64

    18.76

    29.46

    Pusing Ganti Inventori

    2.74

    16.67

    61.62

    46.46

    Margin Keuntungan

    3%

    3%

    2%

    4%

    Pulangan atas Pelaburan

    7%

    39%

    43%

    112%

    Rajah 3: Jualan Tahunan 1993-1998

    2000000.00

    1500000.00

    1000000.00

    500000.00

    0.00 1993 1994 1995 1996 1997 1998

    Layari www.KoleksiKertasKerja.com - Himpunan Kertas Kerja Perniagaan & Pinjaman Terbaik

  • Rajah 4: Untung Selepas Cukai

    40000.00

    30000.00

    20000.00

    10000.00

    0.00 1993 1994 1995 1996 1997 1998

    Rajah 5: Nisbah Kecairan

    100.00 80.00

    60.00

    40.00 20.00

    0.00 1993 1994 1995 1996 1997 1998

    Rajah 6: Margin Keuntungan

    0.03

    0.02

    0.01

    0.00 1993 1994 1995 1996 1997 1998

    Layari www.KoleksiKertasKerja.com - Himpunan Kertas Kerja Perniagaan & Pinjaman Terbaik

  • Rajah 7: Nisbah Leveraj

    0.80

    0.60

    0.40

    0.20

    0.00 1993 1994 1995 1996 1997 1998

    Rajah 8: Nisbah Pusing Ganti Inventori

    80.00

    60.00

    40.00

    20.00

    0.00 1993 1994 1995 1996 1997 1998

    Rajah 9: Pulangan atas Modal (ROI)

    0.50 0.40

    0.30

    0.20

    0.10

    0.00 1993 1994 1995 1996 1997 1998

    Layari www.KoleksiKertasKerja.com - Himpunan Kertas Kerja Perniagaan & Pinjaman Terbaik

  • Rajah 10: Nisbah Pusing Ganti Aset

    20.00

    15.00

    10.00

    5.00

    0.00

    Jadual 3: Ramalan Jualan 5 tahun Cyberzone Computers

    YEAR

    PENGGUNA AKHIR KERAJAAN KILANG PENGEDAR

    JUMLAH

    1997

    1006250 402500 402500 201250

    2012500

    1998

    1157188 462875 462875 231438

    2314375

    1999

    1330766 532306 532306 266153

    2661531

    2000

    1530380 612152 612152 306076

    3060761

    2001

    1759938 703975 703975 351988

    3519875

    1993

    1994

    1995

    1996

    1997

    1998

    Layari www.KoleksiKertasKerja.com - Himpunan Kertas Kerja Perniagaan & Pinjaman Terbaik

  • Jadual 4: Penyata Pendapatan (Bagi Tahun 1997-2001)

    HASIL / JUALAN Jualan Kasar Tolak: pulangan + rosak

    Jualan Bersih

    KOS JUALAN Jumlah Kos Barang Dijual Untung (rugi) Kasar

    BELANJA OPERASI Jualan:

    Gaji Komisen Pengiklanan Lain-lain

    Jumlah Belanja Jualan

    Am dan Pentadbiran Gaji KWSP Sewa Utiliti Susutnilai Bekalan Pejabat Pengangkutan & Perjalanan Pos Faedah Caj Bank Perabut dan Peralatan Caj Perakaunan Lain-lain

    Jumlah Belanja Am & Pentadbiran

    Jumlah Belanja Operasi

    Untung Bersih Sebelum Cukai Cukai atas untung Untung Bersih Selepas Cukai

    1997 2012500

    10063 2002438

    1998 2314375

    11572 2302803

    1999 2661531

    13308 2648224

    2000 3060761

    15304 3045457

    2001 3519875

    17599 3502276

    1802194 200244

    2072523 230280

    2383401 264822

    2740911 304546

    3152048 350228

    9000 20024 10012

    4005 43041

    9600 23028 11514

    4606 48748

    10800 26482 13241

    5296 55820

    10200 30455 15227

    6091 61973

    10800 35023 17511

    7005 70339

    24000 3630

    14400 3600 4278 2500 3000

    1000 1000

    300 1000

    600 4005

    58708

    25200 3828

    14400 3780 4378 3000 3300

    1100 1000

    330 2000

    600 4606

    62316

    26400 4092

    18000 3960 4478 3500 3600

    1200 1000

    360 3000

    600 5296

    69590

    27600 4158

    18000 4140 4578 4000 3900

    1300 1000

    390 4000

    600 6091

    73066

    28800 4356

    18000 4320 4678 4500 4200

    1400 1000

    420 5000

    600 7005

    76674

    152111

    98494

    18513 79981

    111064

    119217

    24532 94685

    125410

    139413

    30793 108620

    135039

    169507

    40317 129190

    147013

    203215

    51104 152111

    Layari www.KoleksiKertasKerja.com - Himpunan Kertas Kerja Perniagaan & Pinjaman Terbaik

  • Rajah11: Gambaran Pencapaian Operasi

    OPERATING PERFORMANCE HIGHLIGHTS (ALL FIGURES IN RM)

    4000000

    3500000

    3000000

    2500000

    2000000

    1500000

    1000000

    500000

    1998

    NET SALES

    2000 2001

    NET INCOME

    (Graf di buat atas andaian Kadar Pertumbuhan Jualan Tahunan 15% dan Untung Kasar Sasaran sebanyak 10%)

    Layari www.KoleksiKertasKerja.com - Himpunan Kertas Kerja Perniagaan & Pinjaman Terbaik

    page 1CONTOH KEDAI KOMPUTER.pdf