kertas kerja mohon pendingin hawa di makmal komputer

5
______________________________________________________________ _____________ KERTAS KERJA PEMASANGAN 6 UNIT PENDINGIN HAWA DI MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASIK PUTERI, RAWANG, SELANGOR 1.0 PENDAHULUAN Makmal komputer Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri merupakan tempat para pelajar dan para guru menimba pelbagai ilmu pengetahuan dengan menggunakan teknologi yang telah dibekalkan oleh pihak kerajaan. Berdasarkan pertambahan satu aliran murid yang akan mempelajari mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), penggunaan makmal komputer akan bertambah. Walaubagaimanapun terdapat kekurangan di makmal komputer tersebut. Dua kekurangan utama iaitu pertama, tiada pendingin hawa bagi memastikan jangka hayat komputer lebih bertahan lama dan yang kedua ialah kurang keselesaan kepada para pengguna. Penghawa dingin sedia ada telah lama rosak. 2.0 Rasional Rasional keperluan mendesak pemasangan pendingin hawa seperti berikut : 2.1 Penjagaan Alatan Komputer 1 SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASIK PUTERI, 48000 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN. Tel : 03-60342978

Upload: mas-izwatulmariam-miswan

Post on 18-Jan-2016

1.977 views

Category:

Documents


164 download

DESCRIPTION

Makmal

TRANSCRIPT

___________________________________________________________________________

KERTAS KERJA

PEMASANGAN 6 UNIT PENDINGIN HAWA DI MAKMAL KOMPUTER

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASIK PUTERI, RAWANG,

SELANGOR

1.0 PENDAHULUAN

Makmal komputer Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri

merupakan tempat para pelajar dan para guru menimba pelbagai

ilmu pengetahuan dengan menggunakan teknologi yang telah

dibekalkan oleh pihak kerajaan. Berdasarkan pertambahan satu

aliran murid yang akan mempelajari mata pelajaran Teknologi

Maklumat dan Komunikasi (TMK), penggunaan makmal komputer

akan bertambah.

Walaubagaimanapun terdapat kekurangan di makmal komputer

tersebut. Dua kekurangan utama iaitu pertama, tiada pendingin

hawa bagi memastikan jangka hayat komputer lebih bertahan lama

dan yang kedua ialah kurang keselesaan kepada para pengguna.

Penghawa dingin sedia ada telah lama rosak.

2.0 Rasional

Rasional keperluan mendesak pemasangan pendingin hawa seperti

berikut :

2.1 Penjagaan Alatan Komputer

- 40 buah komputer (chrome book) memerlukan

pengudaraan yang sangat dingin bagi memastikan setiap

Komputer dalam keadaan sejuk. Jika tidak Unit

Pemprosesan Pusat setiap komputer meja tersebut akan

cepat rosak kerana terdedah dengan cuaca panas.

- Habuk juga mudah berterbangan dam masuk ke dalam

badan komputer.

1

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASIK PUTERI,48000 RAWANG,SELANGOR DARUL EHSAN. Tel : 03-60342978

Fax : 03-60344059

- Switch Hub perlu beroperasi 24 jam. Bagi memastikan

ianya tidak rosak sekurang-kurangnya ianya berada

dalam keadaan sejuk sepanjang sesi persekolahan.

2.2 Keselesaan Para Pengguna

- Disebabkan permintaan yang tinggi oleh pelajar untuk

menggunakan makmal komputer ini, maka amat

wajar para pengguna berada dalam keadaan yang selesa.

3.0 Kesan Buruk Jika Tiada Pendingin Hawa

Jika tiada pendingin hawa di makmal komputer dengan keperluan

segera, maka kos menyelenggara dan membaiki komputer dan

mengganti peralatannya lebih tinggi daripada kos pemasangan

pendingin hawa.

4.0 GAMBAR MAKMAL KOMPUTER

Seperti di lampiran

5.0 ANGGARAN KOS PEMASANGAN PENDINGIN HAWA

Dianggarkankan sebanyak RM 3,300.00 diperlukan bagi kos

membeli dan memasang satu unit pendingin hawa 2.5 HP. Sebanyak 6

pendingin hawa diperlukan untuk dipasang di dua makmal, 3 biji

pendingin hawa bagi setiap makmal komputer.

RM3,300.00 X 6 biji pendingin hawa = RM

19,800.00

6.0 AKTIVITI DICADANGKAN UNTUK MENGUMPUL DANA

2

Sehubungan dengan itu, unit ICT SK Bandar Tasik Puteri merancang

untuk melaksanakan beberapa program yang diharap dapat

mengumpulkan dana bagi menampung kos pembelian pendingin hawa ini.

6.1Sesi fotografi untuk setiap kelas, persatuan, kelab dan

unit beruniform dan setiap keping gambar dijual pada

harga RM3.00

6.2Jualan penanda buku

6.3Jualan semasa hari ko-kurikulum (setiap hari Rabu)

6.4Jualan semasa hari sukan

10.0 Penutup

Adalah diharap pihak pengurusan sekolah dan PIBG Sekolah wawasan

dapat menimbangkan permohonan ini utuk kemajuan para pelajar dan

sekolah.

Disediakan oleh, ,

____________________________

Pn. Mas Izwatulmariam binti Miswan

Penyelaras ICT

SK Bandar Tasik Puteri

Disokong oleh,

___________________________

Pn. Noraini binti Din

Guru Besar

SK Bandar Tasik Puteri, Rawang

Selangor

Lampiran:

3

Makmal 1 : sedang dalam proses pelupusan komputer-komputer

lama yang sudah rosak

Makmal 2 : Sedia untuk pembelajaran menggunakan Chrome Book

dalam keadaan kurang selesa

4