aa panduan perniagaan kedai bakeri

Upload: mohd-fakhrulradzi

Post on 02-Jun-2018

547 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    1/47

    PENGENALAN

    Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum

    sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas untuk membuatroti juga tidak banyak berubah walaupun teknologipembuatannya telah berubah dari masa ke semasa.

    Roti dalam berbagai bentuk digemari oleh kebanyakan orang.Baunya yang segar ketika dibakar membangkitkan selera

    mereka yang terhidu aromanya. Mengambil roti sebagaimakanan ruji juga merupakan sebahagian dari diet yang sihat.

    Roti mengandungi karbohidrat kompleks, gentian, protein,kumpulan vitamin-vitamin B dan beberapa jenis mineral.

    Secara amnya, industri bakeri boleh dibahagikan kepada dua,iaitu bakeri runcit dan bakeri borong. Bakeri runcit mengeluar

    dan menjual terus kepada pelanggan di premis merekaberbagai jenis roti, pastri dan kek yang dibuat dari bahan

    mentah atau bekalan yang dibeku. Bakeri borong pulamengeluarkan dan mengedarkan keluaran secara volum,termasuk berbagai jenis roti, rols, piza, kek, pai, donut, mufin,pastri, dan sebagainya.

    Bakeri runcit pada amnya pula boleh dibahagikan kepada duajenis utama, iaitu bakeri runcit barisan penuh(full-line)yang

    menyediakan berbagai jenis kek, roti, pastri dan biskut danbakeri runcit istimewa(specialty)yang menyediakan secara

    spesifik produk-produk tertentu sahaja seperti bagel, roti, kek,cookies, mufin, donut, dan lain-lain. Satu lagi bakeri jenis runcitialah bakeri dalam stor (in-store bakery) yang didapati di

    dalam pasar-pasar raya dan jenis ini didapati jarang diceburioleh usahawan-usahawan pada peringkat permulaan.

    Perniagaan-perniagaan ini juga boleh berbentuk bebas ataupunfrancais.

    1

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    2/47

    RM

    Terendah Pertengahan Tertinggi

    A. Pelaburan Permulaan

    B. Jualan Kasar (bulanan)

    20,000

    10,000

    100,000

    38,000

    350,000

    60,000

    Didapati juga ramai pengusaha bakeri memperolehi jualantambahan melalui jualan minuman ringan seperti jus, teh dankopi, makanan-makanan yang disejuk-beku seperti pastri-pastri

    lapis, karipap, dan sebagainya, kuih-muih dan berbagai jenisbiskut terutamanya semasa musim perayaan.

    Perolehan jualan serta keuntungan boleh mencapai tahap yangtinggi jika lokasi dan pasarannya adalah sesuai dan keluaranyang dihasilkan bermutu tinggi. Walau bagaimanapun pasaran

    bakeri adalah sangat kompetitif. Oleh itu, kerap terdapat

    premis-premis bakeri yang tidak dapat bertahan lama, terutama

    mereka yang di bandar-bandar besar. Hanya premis-premisbakeri yang mengeluarkan berbagai jenis produk yang menepatikehendak setempat, dengan harga yang berpatutan mampu

    bersaing di dalam pasaran-pasaran yang mencabar.

    Berdasarkan kajian profil industri kek, pastri dan roti oleh pihakKementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, didapati

    bahawa perniagaan bakeri runcit pada keseluruhannyamemerlukan pelaburan pada purata RM100,000 (terendahRM20,000 dan tertinggi RM350,000), dengan tahap pulangandalam lingkungan 25-30%. Perniagaan ini boleh dikategorikansebagai perniagaan yang sederhana stabil dengan tahap risikoyang rendah dengan pertumbuhan yang tinggi serta berpotensiuntuk dimajukan oleh usahawan sebagai perniagaan pemilikan

    sendiri.

    Pelaburan dan Potensi Keuntungan Perniagaan Bakeri Runcit

    2

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    3/47

    C. Untung Bersih sebelum

    cukai (bulanan)

    2,500 11,000 18,000

    D. Kestabilan Sederhana

    E. Faktor Risiko Rendah

    F. Prospek Pertumbuhan Industri Baik

    E. Potensi Pemilikan Ya

    Memulakan sesuatu perniagaan bukan sekadar mengubahkehidupan, tetapi merupakan pelaburan kewangan utama bagi

    seseorang usahawan. Justeru itu sebaik sahaja mengambil

    keputusan untuk berniaga, anda perlu menyedari sepenuhnyakomitmen yang perlu anda laksanakan.

    Oleh itu, anda perlu memperlengkapkan diri dengan maklumat-maklumat yang sesuai, yang tepat dan terkini berkaitan dengan

    perniagaan yang akan diceburi.

    Panduan memulakan perniagaan ini menyediakan beberapamaklumat yang diperlukan oleh seseorang usahawan untukmembuka perniagaan dan ianya dibahagikan kepada 12 bab.Setiap bab menumpukan kepada bahagian-bahagian tertentu

    dalam fasa permulaan sesebuah perniagaan bakeri runcit.

    PENYELIDIKAN PASARAN

    Sebelum memulakan perniagaan, anda perlu terlebih dahulumenyiasat dan meneliti kemungkinan permintaan bagi produkanda dan siapakah yang bakal menjadi pelanggan anda nanti.Ini memerlukan penyelidikan pasaran.

    Penyelidikan pasaran yang dibuat dengan teliti akan

    mengambarkan tahap daya maju perniagaan anda.

    3

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    4/47

    Penyelidikan juga dapat menganggarkan jumlah pelaburan yangdiperlukan, menentukan saiz permintaan bagi produk anda danmembantu anda mengenali lokasi yang terbaik.

    Setiap perniagaan biasanya mempunyai daya penarik kepadasekumpulan orang tertentu yang akan menjadi pelanggan-

    pelanggan utama mereka. Anda boleh mengkategorikanpelanggan-pelanggan anda kepada segmen-segmen pasaran

    yang jelas. Mengenalpasti segmen-segmen pasaran boleh

    membantu anda menganggarkan potensi saiz pasaran anda,mengenalpasti keperluan spesifik mereka dan membantu anda

    menyesuaikan perniagaan dan pemasaran untuk memenuhikeperluan mereka.

    Untuk memberikan anda idea tentang persaingan, anda jugaperlu menyelidiki lain-lain perniagaan yang sama dalam

    kawasan anda untuk mengenalpasti peluang-peluang danancaman-ancaman yang bakal dihadapi oleh perniagaan anda.

    Penyelidikan industri pula adalah berguna untuk memberigambaran yang lebih tepat mengenai industri dalam mana andabersaing termasuk faktor-faktor kejayaan utama, trend-trend,cabaran-cabaran dan peluang-peluang yang sedia wujud.

    Untuk memudahkan penyelidikan, anda dinasihatkan supayamemecahkan penyelidikan anda kepada dua bahagian yang

    berasingan:

    Penyelidikan tempatanPenyelidikan persekitaran lebih luas

    Penyelidikan tempatan melibatkan penilaian secara fizikalkebolehlaksanaan perniagaan anda dalam sesuatupersekitaran tertentu dan mungkin berbentuk pemerhatian

    4

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    5/47

    secara fizikal, temu ramah, dan perbincangan dengan rakanperniagaan tempatan.

    Penyelidikan persekitaran lebih luas melibatkan kajian faktor-faktor luaran yang boleh memberi kesan kepada kejayaanperniagaan anda merangkumi dari yang lebih luas seperti politik

    dan ekonomi kepada perubahan-perubahan dalam kawasanperniagaan tempatan. Rujukan yang biasa digunakan untuk

    mendapatkan maklumat termasuk dari Majlis Perbandaran

    Tempatan, persatuan-persatuan industri dan perniagaan, mediasecara umum dan Internet.

    Kaedah tinjauan atau survei secara formal boleh dilakukanmenggunakan beberapa cara termasuk temubual individu keindividu, surat menyurat secara terus, dan temu bual telefon.

    Walau bagaimanapun, setiap jenis tinjauan mempunyai

    kebaikan dan kelemahan tersendiri termasuk dari segi kos.

    PREMIS-PREMIS

    Lokasi merupakan faktor paling penting yang menentukankejayaan sesuatu perniagaan runcit. Sasaran pasaran anda dandemografi pengguna memainkan peranan yang sangat besardi dalam keputusan pemilihan lokasi.

    Dua aspek utama yang perlu diputuskan apabila memilih lokasiialah:

    menentukan sesuatu kawasan sama ada di bandar atausub-bandarmemilih tapak yang spesifik di dalam kawasan pilihan

    anda

    5

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    6/47

    Sama ada anda memilih kawasan di bandar atau sub-bandar,anda perlu bertanyakan pada diri anda soalan-soalan berikut:

    Adakah populasinya cukup besar untuk menampungperniagaan anda?Adakah lokasi tersebut mempunyai asas ekonomi yang

    stabil yang akan menggalakkan pengwujudanpersekitaran yang sihat untuk perniagaan anda?

    Adakah perincian-perincian demografinya bersesuaian

    dengan pasaran yang anda inginkan?

    Faktor-faktor lain yang harus dipertimbangkan termasukpenilaian aliran trafik pejalan-pejalan kaki, kewujudan ruang letakkereta yang mencukupi, lokasi pesaing-pesaing di persekitaranlokasi, dan pengezonan kawasan dan permit-permit yang

    diperlukan.

    Ada beberapa opsyen outlet runcit yang boleh dipertimbangkan

    untuk sesuatu perniagaan baru, termasuk pusat membeli-belah,bangunan bebas dan kawasan perindustrian. Pusat membeli-belah adalah popular di kalangan pengguna-pengguna tetapi

    kos pemasaran dan penyelenggaraan adalah tinggi. Meletakkanperniagaan anda di bangunan bebas, seperti di rumah kedai,

    adalah opsyen yang baik jika lokasinya sesuai dan kawasanperindustrian pula adalah paling sesuai untuk kilang bakeri yang

    besar atau jika perlu berdekatan dengan industri-industri lainkerana anda menjadi pembekal kepada mereka.

    Susunatur sesebuah bakeri mestilah menarik dan mudah dilihatkerana roti dan lain-lain produk yang dibakar mesti dijual dengancepat selepas dikeluarkan. Susunatur harus dirancang supaya

    50 peratus dari ruang dikhaskan untuk pengeluaran, 25 peratusuntuk ruang penyimpanan dan pejabat dan baki 25 peratus untukperkhidmatan pelanggan. Bahagian perkhidmatan pelanggan

    6

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    7/47

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    8/47

    Untuk sesebuah perniagaan baru, opsyen yang lebih baik ialahpajakan untuk tempoh satu hingga lima tahun dengan opsyenuntuk memperbaharui dua tempoh lanjutan, pada kadar sewa

    yang dipersetujui, kerana ia memberikan anda fleksibiliti untukpindah ke premis yang lain setelah tamat tempoh permulaanatau untuk sambung dengan suatu tempoh lanjutan di premis

    yang sama.

    Terma-terma dan syarat-syarat pajakan sebaiknya ditetapkan

    pada peringkat perundingan awal di antara pihak pemilikhartanah dan bakal penyewa. Adalah mustahak anda

    mengetahui kesemua terma-terma dan syarat-syarat perjanjian

    pajakan yang anda akan tandatangani.

    Sebelum anda menandatangani pajakan:

    pastikan janji-janji lisan yang dibuat telah dimasukkanke dalam dokumenperiksa hartanah dan ambil nota dan gambar sebagai

    bukti keadaan premis sebelum pindah, untuk mengelakpertikaian selepas tamat pajakan kelak

    berbual dengan penyewa-penyewa yang laintanyakantentang perhubungan mereka dengan tuan punya

    hartanah

    minta penyata kewangan yang diaudit untukperbelanjaan-perbelanjaan seperti penyelenggaraan,

    perkhidmatan dan iklan.pastikan anda tahu siapa dan dimana wang pendahuluan

    disimpan dan siapa yang akan mendapat faedah yangdiperolehi dari wang tersebut

    Membeli premis adalah satu lagi pilihan yang bolehdipertimbangkan, dan seperti juga memajak, mempunyai

    kebaikan-kebaikan dan keburukan-keburukan tersendiri.Membeli premis adalah suatu komitmen kewangan yang besar

    8

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    9/47

    dan akan mengikat modal yang mungkin boleh dilaburkandengan lebih baik di tempat lain di dalam perniagaan.

    Apabila membuat keputusan sama ada untuk membeli ataumenyewa, anda dinasihatkan mempertimbangkan dua perkaraberikut, iaitu arah tuju masa depan perniagaan dan pulangan

    yang anda jangka perolehi dari pelaburan anda.

    KELENGKAPAN

    Semua jenis perniagaan memerlukan kelengkapan danperalatan pada peringkat permulaan perniagaan. Sebelummendapatkan kelengkapan dan peralatan anda perlu

    memutuskan sama ada untuk membeli atau memajak.

    Pemajakan membolehkan anda untuk mendapatkan keperluankelengkapan anda tanpa wang pendahuluan yang besar.

    Dengan cara ini anda dapat mengurangkan keperluankewangan dan membolehkan modal digunakan untukperbelanjaan perniagaan yang lain. Bagi perniagaan baru,pemajakan adalah suatu alternatif yang baik.

    Apabila anda memajak kelengkapan, syarikat yang terlibat,sama ada ianya pembuat, peniaga, broker atau institusi

    kewangan, adalah pemilik kelengkapan tersebut. Syarikatpemajak akan memberikan kelengkapan tersebut kepada andadan anda perlu membayar setiap bulan kepada syarikat tersebut.Pada akhir tempoh pajakan, anda mempunyai pilihan sama ada

    untuk membelinya, memulangkannya atau menambah tempohpajakannya.

    Sebelum menandatangani sebarang pajakan pastikan bahawaterma dan syarat perjanjian telah difahami sepenuhnya.

    9

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    10/47

    Sekiranya selepas menandatangani perjanjian pajakan, andamendapati bahawa kelengkapan tersebut tidak sesuai, andaakan menghadapi kesukaran untuk menukar kelengkapan

    tersebut.

    Anda boleh membeli berbagai jenis kelengkapan terpakai untukberbagai jenis perniagaan dengan membayar hanya

    sebahagian harga barunya. Kelengkapan terpakai mungkinpeninggalan perniagaan yang telah gagal atau kelengkapanberlebihan yang tidak diperlukan lagi dan biasanya dijual melalui

    lelong atau iklan kecil di kebanyakan surat-surat khabar.

    Anda mungkin perlu melabur sebanyak RM100,000 untukkelengkapan-kelengkapan baru sebuah bakeri runcit. Jika anda

    ingin memulakan dengan peruntukan yang lebih kecil, andaboleh membeli pakej kelengkapan terpakai dengan harga yang

    lebih rendah.

    Kelengkapan-kelengkapan utama yang diperlukan oleh sebuahbakeri runcit ialah peti sejuk, almari-almari perhiasan, sink,pengadun doh, pembahagi doh, pembentuk doh, tempatpenaikan roti, penghiris roti, ketuhar berputar dua-rak atauketuhar berpusing.

    Pengadun doh digunakan untuk menghasilkan adunan doh dan

    boleh didapati dengan jenis berkuasa rendah, berkuasasederhana dan berkuasa tinggi. Apabila doh telah kembang,pembahagi doh digunakan untuk membahagikan doh kepadaketulan-ketulan mengikut berat yang diperlukan.

    Mesin pembentuk doh melaksanakan tiga operasi, iaitupengepingan untuk mengeluarkan lebihan gas dari doh,pengikalan untuk menghasilkan bentuk doh dan tegangan yang

    sesuai dalam doh dan pengedapan untuk mengedap hujung

    10

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    11/47

    roti. Tempat penaikan roti menaikan doh selepas ianya dibentukdan ketuhar jenis berputar atau rak digunakan untuk membakarroti.

    Pertimbangan juga harus diberikan kepada pemilihan dulang,sama ada menggunakan jenis aluminium, keluli biasa, plat

    timah atau steelumat, supaya dapat mencapai tahappemanasan dan jangka hayat yang maksimum pada kos yang

    minimum.

    Selain daripada kelengkapan-kelengkapan utama dan dulang-

    dulang, anda juga perlukan perkakas-perkakas dapur sepertirak-rak, alat-alat penimbang, dan lain-lain lagi.

    Penyelengaraan adalah penting untuk memastikankelengkapan-kelengkapan sentiasa didalam keadaan yang

    baik. Sistem penyelenggaraan kelengkapan yang baik harusmempunyai item-item seperti berikut:

    daftar logilembaran pemeriksaan

    kad-kad sejarahgambarajah mesin

    peralatan-peralatan, barang-barang ganti dan kepakaran

    teknikal

    Walaupun fokus utama anda ialah untuk melengkapkan premisdengan kelengkapan pengeluaran reroti, anda juga perlu

    memberi perhatian secukupnya kepada keperluan kelengkapanpejabat, termasuk meja dan kerusi, mesin faks, mesin daftartunai, mesin pencetak, mesin fotokopi, mesin pencicang, dankelengkapan berbilang fungsi.

    11

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    12/47

    Sekarang ini perniagaan boleh dihubungi dengan berbagai caratermasuk melalui telefon, telefon bimbit, pager, peti suara, e-mel, dan mesin penjawab, oleh itu pemilihan sistem komunikasi

    yang paling sesuai juga adalah penting.

    Kebanyakan perniagaan menggunakan komputer di dalamoperasi perniagaan mereka, termasuk untuk pakej akaun,

    pemprosesan kata, lembaran hamparan, perisian tempat jualdan pangkalan data pengurus kontak. Anda perlu mengambillangkah-langkah untuk melindungi data-data di dalam komputer

    termasuk perlindungan virus, penggunaan perisian sandaran

    fail dan perisian pendinding api.

    Setelah melabur dalam kelengkapan perniagaan, anda jugaharus pastikan yang anda telah memberi perlindungan yangsecukupnya. Peralatan-peralatan perlindungan yang boleh

    dipasang di premis anda termasuk penggera-penggera pencuri,cermin-cermin kedudukan strategik, pintu-pintu dan tingkap-

    tingkap keselamatan dan kamera litar tertutup.

    STOK DAN PEMBEKAL

    Stok dan perhubungan dengan pembekal memainkan perananyang penting di dalam sesebuah perniagaan runcit.

    Pengurusan stok merupakan suatu seni yang harus dapatmengimbangi kos menyimpan terlalu banyak dengan kos

    menyimpan terlalu sedikit stok. Menyimpan terlalu banyak stok

    akan menyusutkan tahap kewangan kerana wang tersangkut

    dalam bentuk stok, sebaliknya jika stok tidak mencukupi bolehmenyebabkan perniagaan kehilangan pendapatan keranakekurangan jualan dan pilihan untuk pelanggan-pelanggan.

    12

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    13/47

    Ramuan-ramuan utama didalam pembuatan reroti adalahtepung, rai dan lain-lain bijirin, air, yis, garam, minyak dan lemak,gluten, bahan pembaik roti, gula, produk-produk susu, telur,

    buah-buah kering, bahan-bahan soya dan pelbagai ramuan lainseperti kekeras-kekeras, keju, serbuk bawang putih, keping-keping bawang, biji bijan, kas-kas dan sebagainya.

    Tepung merupakan bahan utama didalam pengeluaran rerotidan rai merupakan bijirin yang kedua paling popular selepas

    gandum. Air ialah bahan utama doh dan seharusnya tidak

    mengandungi sebarang bakteria yang merbahaya, serta bebas

    dari bau, rasa dan warna.

    Yis memainkan peranan yang penting dalam pengeluaran rerotidan diedarkan dalam bentuk basah dan kering. Fermentasi yisdipengaruhi oleh garam dalam doh yang mengurangkan kadar

    pengeluaran gas. Bahan pembaik roti adalah campuran serbuksatu atau lebih agen-agen ubahsuaian gluten dan sangat penting

    untuk mengawal kualiti roti.Pemilihan bahan pembungkusan untuk produk makananbiasanya dibuat di atas dasar kos, hayat penyimpanan yang

    diperlukan, dan rupabentuk. Bahan-bahan mentah yangdigunakan secara meluas ialah politena, filem selulosa bersalut

    dan polipropilina berorientasi bersalut.

    Bantuan pemerosesan yang biasa digunakan di dalam bakeriialah agen-agen pelepas roti dan pelincir-pelincir untukpembahagi-pembahagi doh.

    Jenis dan banyaknya ramuan yang anda pesan akanbergantung kepada produk-produk yang anda jual.Kebiasaannya, anda harus peruntukkan sebanyak 35% daripendapatan kasar mingguan anda untuk stok. Lebih dariseparuh adalah diperlukan untuk membeli tepung dan jarak

    13

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    14/47

    pesanan terbaik ialah setiap minggu atau dua minggu dan ianyadibeli dari kilang atau pembekal-pembekal yang berdekatan.

    Apabila membeli stok terdapat dua perkara penting yang harusdipertimbangkan. Pertama, anda perlu mempunyai suatu sistemuntuk mengetahui stok yang perlu diganti serta kaedah untuk

    meramal bila stok akan berkurangan. Kedua, anda perlumemahami sistem penghantaran pembekal anda, seperti

    tempoh penghantaran dan kitaran penghantaran mereka.

    Anda akan menghadapi masalah kekurangan stok sekiranya

    anda tidak mengetahui kekangan-kekangan masa dan jadualpenghantaran pembekal-pembekal, terutamanya jika andamembuat pesanan terlalu lambat.

    Sistem pembelian stok yang biasa digunakan ialah pembeliansecara kegunaan semasa (just-in-time) dan pembelian secarapukal. Pilihan kaedah pembelian terbaik bergantung kepada

    kapasiti penyimpanan sedia ada dan modal kerja, sama adaitem tersebut boleh rosak apabila disimpan lama danpenjimatan kos yang boleh diperolehi jika membeli secara pukal.

    Sebagai perniagaan runcit anda sering berurusan denganpelbagai pembekal. Secara umumnya, pembekal-pembekaladalah terdiri daripada pengeluar-pengeluar, pemborong-

    pemborong, pembekal-pembekal bebas dan pengimport-pengimport.

    Beberapa tip penting yang harus dijadikan panduan didalammembuat pemilihan pembekal ialah:

    buat perbandingan diantara pembekal-pembekalcari bukti kebolehpercayaan pembekalcari bukti kualiti dan konsistensi produk

    14

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    15/47

    dapatkan masa pusingan pesanan pembekalbuat penilaian etika pembekalketahui opsyen-opsyen dan kaedah-kaedah kredit

    pembekal dan pembayaranbuat penilaian tentang jaminan kewangan pembekal

    Ambil kira beberapa tip berikut apabila berbincang hargadengan pembekal-pembekal:

    buat penilaian harga yang anda percaya boleh jual stokatau produk dalam perniagaan anda

    ketahui dengan jelas kadar harga yang anda berupayauntuk beli stokfahami tahap kecenderungan pembekal untuk dapatkanakaun andabertanyakan tentang sebarang subsidi

    pengiklanan,diskaun-diskaun kuantiti, rebat-rebat dansebagainya

    selesaikan kesemua isu sekali gus semasaperbincangan dengan pembekalbertanyakan tentang sebarang tawaran untuk stok-stok

    perabis

    Pembekal-pembekal yang boleh dipercayai adalah suatu asetkepada perniagaan anda. Sebagai perniagaan baru, anda perlu

    mewujudkan perhubungan yang baik dengan pembekal-pembekal. Walau bagaimanapun, jika tidak berpuas hati, andamempunyai pilihan untuk pindah kepada pembekal-pembekal

    lain. Sebagai langkah keselamatan, anda harus guna lebih dari

    satu pembekal untuk setiap barangan.

    Untuk mendapatkan kredit dari pembekal, anda perlumemberikan keyakinan kepada mereka melalui kejujuran anda

    15

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    16/47

    dan penyata kewangan peribadi anda. Berikut adalah beberapatip berguna bila berurusan melalui kredit perdagangan(pembekal):

    jika boleh, ambil sepenuhnya kesempatan terma kredityang ditawarkan oleh pembekal

    buat pembayaran awal, jika dibawah terma kredit, adadiberikan diskaun tunai untuk pembayaran awal

    jika anda jalin hubungan yang baik dengan pembekal,

    buat bayaran dalam jangka waktu yang ditetapkan dandianggap boleh dipercayai, anda boleh runding terma

    kredit yang lebih panjangsentiasa hormati pemuitang-pemuitang atau pembekal-

    pembekal perdagangan anda

    PERSONEL

    Anda perlu mengambil kakitangan-kakitangan untuk membantuanda untuk menjalankan perniagaan dengan berkesan.

    Apabila memulakan perniagaan, ramai pengusaha tertarikmendapatkan bantuan dari ahli keluarga dan kawan-kawankerana mereka mengenali dengan dekat kakitangan-kakitangan

    yang mereka bekerja dan ianya boleh membantu mengurangkan

    kos.Beberapa panduan umum jika anda berhasrat untuk bekerjabersama ahli keluarga dan kawan-kawan adalah seperti

    berikut:

    wujudkan peraturan-peraturan pengendalian perniagaandari mula dan nyatakan peranan masing-masing

    16

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    17/47

    wujudkan penghuraian kerja setiap orang untukmengurangkan masalah dan perselisihan fahamdikalangan pekerja-pekerja

    isu-isu yang berkaitan dengan kerja harus diselesaikandi tempat kerja dan tidak dibawa ke rumahjangan ambil ahli keluarga oleh kerana perhubungan

    keluarga atau kawan-kawan atas pertimbangan untuk

    membantu, pastikan mereka mempunyai minat dankelayakan yang diperlukan

    galakkan ahli keluarga mendapatkan pengalaman luar

    yang dapat membantu syarikat

    gariskan langkah-langkah untuk selesaikan pertikaian-pertikaian dalam syarikat

    Anda harus juga memberi pertimbangan sewajarnyamendapatkan orang luar untuk membantu anda terutamanya

    jika anda dapati bahawa ahli keluarga bukan opsyen yangterbaik untuk memajukan perniagaan anda.

    Pendekatan yang didapati paling berkesan di dalam perniagaanbakeri runcit ialah untuk mengambil seorang pembuat reroti/pengurus dan seorang pembantu pembuat reroti. Pembuatreroti/pengurus biasanya ditugaskan untuk membeli stok,berurusan dengan pembekal-pembekal dan menyeliapengeluaran sementara pembantu pembuat reroti akan bekerja

    secara shif. Jika boleh, anda harus juga mendapatkan seorangpenolong pengurus untuk membantu menyelia pengeluaran danmenjalankan operasi kedai.

    Tugas-tugas yang perlu dijalankan serta kekerapan andaperlukan sesuatu tugas dijalankan akan menentukan jawatan-

    jawatan dan terma-terma pekerjaan kakitangan. Anda haruspertimbangkan persoalan-persoalan berikut:

    17

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    18/47

    Adakah tugas berkenaan perlu dilaksanakan setiap hari?Adakah permintaan turun naik sepanjang hari atauminggu?

    Adakah permintaan tinggi untuk beberapa bulan ataupada masa-masa tertentu sepanjang tahun?Adakah ia memerlukan kepakaran-kepakaran tertentu?

    Jawapan kepada persoalan-persoalan di atas akan membantuanda menentukan masa yang seharusnya diperuntukkan untuk

    kerja-kerja tersebut. Jumlah wang yang anda peruntukkan untukkakitangan akan menentukan syarat-syarat pekerjaan

    kakitangan, termasuk sama ada ianya harus sepenuh masa,separuh masa atau kerja sambilan.

    Sebagai majikan, adalah penting anda memahami keperluanpekerja-pekerja separuh masa dan sambilan kerana terdapat

    beberapa pertimbangan undang-undang dan pencukaian yangberbeza.

    Pihak kerajaan menyediakan insentif dalam bentuk bantuankewangan kepada majikan-majikan untuk program-program

    perantisan dan pelatih. Anda harus menghubungi pihakPembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan Majlis

    Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) untuk menentukansama ada perniagaan anda layak mendapatkan bantuan

    kewangan.

    Setelah menetapkan jenis kakitangan yang diperlukan, andaharus menggariskan penghuraian kerja bagi jawatan-jawatan

    tersebut. Ini akan membantu anda untuk memilih orang yangpaling sesuai serta tahap kemahiran yang diperlukan.

    Perniagaan kecil boleh mendapat manfaat dari prosespenghuraian kerja kerana ia mampu menjelaskan dengan tepatapa dan bagaimana menjalankan kerja berkenaan.

    18

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    19/47

    Bahagian-bahagian yang terdapat di dalam penghuraian kerjaadalah seperti berikut:

    TajukRingkasanTugas-tugas utama

    Tugas-tugas sampingan

    Spesifikasi kerjaKeadaan kerja

    Kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan kakitangan

    termasuk:

    maklumat dari mulut ke mulutiklan melalui tingkap kedai atau papan notis awam

    iklan di surat khabar, majalah perdagangan atau industri

    laman web: melalui agensi-agensi pekerjaan Internetmengambil ahli keluarga atau kawan-kawan

    melalui agensi-agensi pekerjaan

    Resume adalah alat utama yang akan digunakan pada peringkatawal untuk menilai kakitangan yang berpotensi. Anda bolehmeminta pemohon menghantar resume mereka. Setelahmenerima resume, anda perlu mengisih pemohon-pemohonyang tidak sesuai, menyenarai pendek pemohon-pemohon

    untuk di temu duga, telefon mereka dan atur tarikh dan masatemu duga.

    Kebiasaannya di antara tiga hingga lima pemohon dipanggiluntuk temu duga. Selepas temu duga anda harus siapkansenarai pendek pemohon-pemohon berdasarkan kriteria-kriteria objektif seperti kelayakan-kelayakan, pengalaman-

    pengalaman dan prestasi masa lalu dan jika perlu telefon

    19

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    20/47

    perujuk-perujuk mereka untuk mendapatkan maklumat lanjuttentang pemohon yang anda pilih.

    Setelah membuat tawaran pekerjaan secara lisan dan tawarantersebut diterima, anda harus menyediakan surat perlantikanbertulis yang mengandungi terma-terma dan syarat-syarat

    perlantikan.

    Anda bebas untuk menentukan jumlah gaji dan upah yangdibayar kepada para pekerja. Walau bagaimanapun, undang-undang memerlukan para pekerja diberikan faedah perubatan,

    sumbangan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) danmembuat pemotongan cukai pendapatan pekerja. Masabekerja, hari rehat, cuti awam, kerja lebih masa, kerja shif pekerja

    adalah tertakluk kepada peruntukkan di dalam Akta Pekerjaan,

    1955.

    Anda harus menyimpan rekod-rekod peribadi para pekerjaanda, termasuk:

    data-data peribadi seperti nama, alamat, tarikh lahir, dansebagainyatarikh pengambilankelulusan-kelulusan dan pengalaman-pengalaman

    rekod-rekod latihanganjaran-ganjaran yang dibayar kepada pekerjamaklumat lengkap cuti yang diambil oleh pekerja

    maklumat lengkap penamatan pekerja

    Sebagai majikan, untuk mengekalkan khidmat pekerja-pekerjadan memastikan pengurusan kakitangan yang berkesan, andaharus mengambil langkah-langkah berikut:

    20

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    21/47

    menyediakan latihan yang secukupnyamelakukan penilaian prestasi pekerjamemberikan bonus-bonus dan insentif-insentif prestasi

    Jika anda perlu membuang pekerja, tanyakan diri anda soalan-soalan berikut:

    Sudahkah pekerja tersebut diberi peluang untukmembela diri?Sudahkah anda memberikan jangkamasa notis yang

    diperlukan?

    Bila memecat pekerja, anda harus pastikan telah melakukanperkara-perkara yang berikut:

    memberikan pekerja berkenaan pengesahan bertulistentang pemecatannyakecuali disebabkan salah laku serius, memberikan

    pekerja tersebut jangkamasa notis yang diperlukan oleh

    undang-undang atau bayaran sebagai gantikecuali jika mempunyai sebab-sebab tertentu, berikan

    pekerja berkenaan sebab-sebab pemecatan secararingkas dan bertulis.

    Jika pekerja yang meletakkan jawatan, anda harus memberiperhatian kepada perkara-perkara berikut:

    pemberhentian kerja dikemukakan didalam bentukbertulis

    penerimaan pemberhentian kerja juga didalam bentukbertulispekerja mesti memberi notis

    jika pekerja memberi notis yang kurang dari keperluan

    atau gagal mengikut tempoh notis yang dikehendaki,

    adalah terpulang kepada budi bicara anda sama adauntuk menerimanya.

    21

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    22/47

    OPERASI PERNIAGAAN

    Bagaimana anda mengendalikan operasi-operasi harian dan

    fungsi pentadbiran boleh menyumbang kepada kejayaankeseluruhan perniagaan anda.

    Pada dasarnya, pembentukan sebuku roti bermula dengantindakan yis ke atas ramuan-ramuan yang lain. Yis terdiri dari

    kulat-kulat kecil yang bercambah dan akan bertambah biak

    apabila dicampur dengan gula dan air. Proses penapaian akanmenukarkan gula kepada karbon dioksida dan alkohol. Doh

    dibentuk apabila gandum, garam, lelemak dan ramuan-ramuanyang lain dicampurkan dengan yis dan air. Yis bertindak sebagaiagen penaik yang akan menaikkan doh.

    Doh kemudiannya diuli, iaitu tindakan menggaul, menolak danmenarik, suatu proses yang membolehkan karbon dioksida yangterbentuk semasa fermentasi terlepas keluar supaya doh boleh

    naik. Doh kemudiannya diset dalam tempat yang hangat untukproses pengembangan. Pada peringkat ini, yis akanmengembangkan doh dan menjadikannya jisim yang lebihbesar.

    Setelah doh berkembang sepenuhnya, ia kemudian ditekankanuntuk mengeluarkan kesemua gas dan dibahagi kepada

    bahagian-bahagian yang diletakkan di atas dulang atau bekaspembakar. Akhir sekali, dulang atau bekas berisi doh ini

    diletakkan di tempat yang hangat sekali lagi sehingga saiz dohmengembang dua kali ganda sebelum ianya sedia untukdibakar.

    Didalam operasi komersil terdapat empat kaedah utamapembuatan reroti yang diamalkan oleh para pengusaha:

    22

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    23/47

    proses penapaian pukalproses span dan dohpembangunan doh mekanikal

    proses-proses doh cepat

    Kebanyakan pengusaha bakeri bersetuju bahawa di dalamperniagaan bakeri, yang melariskan jualan ialah tarikan

    pelanggan kepada produk-produk mereka. Oleh itu, kebanyakandaripada mereka mempunyai tingkap-tingkap kaca yang besaruntuk mempamerkan produk-produk mereka kepada

    pelanggan-pelanggan yang lalu lalang. Tetapi setelah

    pelanggan-pelanggan memasuki kedai, mereka akan dapatibahawa pilihan-pilihan yang disajikan adalah terhad dankebanyakan bakeri tidak akan melayan pesanan-pesanan khas.

    Pengusaha-pengusaha yang berpengalaman sudahmengetahui pilihan yang mendapat sambutan pelanggan melaluianalisis trend jualan yang lepas dan menggelak pesanan khas

    kerana persediaannya boleh memakan masa yang lama danpulangan kewangannya kurang memuaskan.

    Faktor kritikal dalam operasi mana-mana bakeri ialah masalahpengeluaran yang terkurang atau terlebih berbandingpermintaan pelanggan. Jika mengeluarkan terlalu sedikit, andaakan rugi sebab hilang peluang jualan dan jika mengeluarkan

    terlebih, anda akan juga rugi sebab bilangan item yang habistempoh terlalu tinggi. Anda perlu sentiasa mengimbangkan diantara pengeluaran dan permintaan oleh pelanggan untuk

    memaksimumkan keuntungan.

    Anda juga akan dapati bahawa kos pengeluaran anda adalahberkait rapat dengan jumlah produk yang dapat dikeluarkansetiap jam bekerja. Oleh itu, jika anda dapat meningkatkanpengeluaran dengan menambahkan bilangan pekerja serta

    23

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    24/47

    mesin, anda dapat mengurangkan kos pengeluaran setiap unitdan meningkatkan keuntungan perniagaan.

    Ramai pemilik perniagaan kecil mendapati bahawapengetahuan bagaimana perniagaan beroperasi setiap hariadalah sama pentingnya dengan perancangan untuk

    mewujudkannya. Walaupun modal adalah mencukupi, ramalankewangan dan belanjawan terbaik telah disediakan, dan produk

    anda popular, jika anda tidak tahu bagaimana untuk mengurus

    dengan baik operasi harian dan tugas-tugas pentadbiran, andamungkin akan gagal.

    Pertama sekali, anda harus mendapatkan bantuan seorangakauntan yang baik, ia boleh memberi kesan yang mendalamkepada kejayaan atau kegagalan perniagaan anda. Keduanya,

    anda perlu menentukan tugas-tugas pentadbiran dan operasi

    harian dan bagaimana untuk menguruskannya. Tugas-tugaspentadbiran termasuk berkaitan kewangan harian perniagaan,

    seperti perbankan dan penyimpanan rekod, dan tugas-tugasoperasi pula termasuk aspek-aspek perkhidmatan pelanggan,kawalan stok dan bekalan, pengwujudan sistem jualan dansebagainya. Setelah mengenalpasti tugas-tugas harian yangdiperlukan, anda harus merekabentuk dan melaksanakan

    sistem-sistem yang sesuai untuk memenuhi keperluan ini danmengimbangkan peranan dan tanggungjawab anda sebagai

    sebahagian dari aktiviti-aktiviti harian perniagaan.

    Penyimpanan rekod yang tepat dan sesuai adalah perlu untukmengurus simpan kira, aliran tunai, operasi-operasi kewanganharian dan isu undang-undang. Rekod-rekod ini menyediakan

    maklumat mengenai keadaan kewangan perniagaan danmembantu anda untuk mengenalpasti dan membetulkan

    sebarang masalah perbelanjaan sebelum ia menjadi lebihbesar. Rekod-rekod juga mesti disimpan untuk menentukan

    24

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    25/47

    liabiliti-liabiliti cukai perniagaan. Butiran berkenaan transaksi-transaksi perniagaan mesti disimpan untuk selama tujuh tahunmengikut peraturan pencukaian Malaysia.

    Anda perlu simpan rekod-rekod jualan dan rekod-rekodperbelanjaan operasi. Rekod-rekod jualan termasuk semua

    pendapatan yang diperolehi daripada jualan semua jenisproduk. Rekod-rekod perbelanjaan operasi juga disebut

    sebagai pembayaran-pembayaran atau akaun-akaun belum

    bayar. Semua pembayaran mesti dibuat dengan cek, supayadapat didokumenkan semua perbelanjaan perniagaan untuk

    tujuan-tujuan pencukaian. Jika pembayaran tunai diperlukan,resit untuk pembayaran atau sekurang-kurangnya peneranganmengenainya perlu dimasukkan ke dalam rekod-rekodperniagaan.

    Lain-lain rekod yang harus disimpan termasuk sebarangdokumen relevan bertujuan membuktikan pendapatan dan

    perbelanjaan bercukai, dokumen-dokumen yang mengandungimaklumat sebarang anggaran, penentuan atau perhitunganpencukaian, rekod-rekod berkaitan polisi-polisi insurans

    perniagaan, rekod-rekod senarai gaji semua kakitangantermasuk berkaitan PCB, KWSP dan PERKESO, dan rekod-

    rekod daftar aset yang anda beli secara tunai, sewa beli ataujenis kontrak pinjaman yang lain.

    Suatu dana runcit tunai perlu diwujudkan untuk perbelanjaan-perbelanjaan segera dan terlalu kecil untuk pembayaran melalui

    cek. Runcit tunai boleh disediakan dengan menunaikan cek

    dan meletakkan wang tersebut ke dalam peti besi atau kotakyang berkunci. Rekod kesemua item yang dibeli dari dana runcit

    tunai harus dicatit di dalam borang atau buku tunai runcit.

    25

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    26/47

    Anda perlu menyediakan sistem untuk mengendalikan tunai,cek dan transaksi-transaksi lain yang anda terima setiap hari.Kebanyakan perniagaan kecil mengendalikan urusan-urusan

    perbankan mereka setiap hari, untuk mengelak risikomenyimpan jumlah tunai yang besar di premis mereka.

    Sistem perakaunan yang baik memerlukan anda melakukanpenyesuaian bank dari masa ke semasa. Ianya penting untukmengetahui keadaan sebenar aliran tunai anda. Secara tradisi,

    penyesuaian disempurnakan setiap bulan setelah menerima

    penyata-penyata bank melalui pos. Penyesuaian bank

    membandingkan rekod aktiviti akaun bank dengan rekod-rekoddalaman/buku cek. Ia satu cara untuk memastikan bahawa

    jumlah tunai dalam buku-buku anda adalah tepat pada bila-bila

    masa. Proses ini bermula dengan baki akhir di dalam penyatabank. Baki ini kemudiannya diselaraskan dengan sebarang

    transaksi-transaksi yang belum dijelaskan di dalam akaun.Satu dari tugas harian yang paling penting ialah melayan

    pelanggan-pelanggan. Perhatian khas harus diberikan kepadaberbagai aspek perkhidmatan pelanggan yang anda berikan.Sebagai sebahagian dari operasi perniagaan, anda harus

    bersedia untuk menghampiri, menarik, menjual, melayan danmengekalkan para pelanggan anda. Justeru itu, pengwujudan

    polisi perkhidmatan pelanggan boleh membantu andamengabungkan kesemua aspek ini ke dalam suatu pendekatan

    perkhidmatan yang konsisten, menghapuskan kekeliruantentang apa yang perniagaan anda sediakan dan apa yang

    pelanggan anda boleh harapkan daripada anda.

    Pemungutan hutang pelanggan adalah diantara tugasperniagaan yang kurang menyenangkan, tetapi perlu dilakukan.

    Terdapat beberapa cara mengutip hutang tertangguh secarabijaksana yang mampu mendapatkan balik hutang dan masayang sama mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan.

    26

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    27/47

    Opsyen-opsyen termasuk menawarkan diskaun bagipembayaran awal, mengenakan caj-caj kredit dan mengejarpembayaran-pembayaran lewat.

    Pertikaian boleh berlaku di dalam mana-mana perniagaan.Pertikaian boleh berlaku dengan pelanggan-pelanggan ataupun

    pembekal-pembekal, termasuk pertikaian-pertikaiankontraktual kepada masalah-masalah dengan rakan-rakan

    perniagaan, bank-bank atau majlis-majlis perbandaran.

    Jika sesuatu pertikaian tidak boleh diselesaikan di antara kedua

    belah pihak secara baik, jalan penyelesaian yang paling baikselain menggunakan mahkamah yang memerlukanperbelanjaan guaman yang tinggi, ialah melalui pengantaraan(mediation)dan penimbangtaraan(arbitration).

    Pengantaraan ialah prosedur alternatif menyelesaikan berbagaijenis pertikaian di dalam bidang komersil, industri dan kerajaan

    dengan bantuan pihak ketiga yang berkemahiran dan bebassebagai pengantara. Penimbangtaraan adalah prosespenyelesaian formal di mana pihak-pihak terlibat merujuk

    pertikaian mereka kepada pihak ketiga yang bebas(penimbang tara) untuk ditentukan.

    Setelah bekerja keras mewujudkan perniagaan dan ianya

    beroperasi dengan jayanya, anda harus pastikan bahawaperniagaan anda telah diberi perlindungan yang secukupnya.Perlindungan disini bermakna mencari jalan untuk memastikan

    perniagaan berjalan dengan lancar, melindungi pelaburan anda

    dan meminimumkan kerugian-kerugian kewangan.

    Ini boleh dilakukan dengan beberapa cara dari mendapatkaninsurans kepada pemantauan terhadap kecurian danpemasangan alat-alat keselamatan yang sesuai.

    27

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    28/47

    PERKESO dan Insurans Kenderaan Bermotor Pihak Ketigaadalah wajib bagi semua perniagaan yang mempunyaikakitangan-kakitangan atau yang menggunakan kenderaan

    bermotor. Sebagai tambahan, anda harus mendapatkaninsurans untuk empat jenis risiko yang berikut:

    kehilangan atau kerosakan harta benda termasuk stok,kelengkapan perabot dan peralatan, kenderaanbermotor dan bangunan-bangunan

    kerugian disebabkan gangguan terhadap perniagaan

    anda akibat peristiwa yang telah diinsuranskan

    kecederaan peribadi dan kerosakan yang dialami olehorang awam atau harta benda mereka, disebabkan olehkecuaian anda atau produk yang rosak yang dikeluarkan

    atau dibekalkan oleh andakerugian yang dialami oleh perniagaan disebabkan oleh

    kematian atau ketidakupayaan kakitangan utama ataupekerja-pekerja

    Memastikan keselamatan perniagaan boleh dimulakan denganmemastikan bahawa anda telah melaksanakan perkara-

    perkara asas keselamatan yang diperlukan termasuk

    memasang kunci-kunci lokos pada semua pintu dan tingkappremis anda. Kemudian anda boleh pertimbang untuk

    menggantikan kaca-kaca tingkap dan pintu dengan kaca

    berlamina atau lekapkan filem tahan pecah kepada kaca-kacayang sedia ada. Anda boleh juga pasangkan gril kepadatingkap-tingkap dan pintu-pintu dan pastikan premis perniagaan

    anda dikunci setiap kali anda pulang.

    Setelah melaksanakan perkara-perkara asas keselamatan ini,anda boleh tingkatkan tahap keselamatan seterusnya denganmemasang penggera-penggera kecurian dan keselamatan.

    28

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    29/47

    Jenis sistem keselamatan yang anda harus pasang bergantungkepada kemampuan anda.

    Kecurian adalah masalah besar di dalam mana-mana industriperuncitan. Anda perlu ada polisi yang tegas terhadap kecurian.Apabila merekabentuk susunatur kedai, anda harus

    mengambilkira kemungkinan berlakunya kecurian denganmemastikan barangan-barangan dan pelanggan-pelanggan

    boleh dilihat dengan jelas tanpa halangan. Cermin-cermin,

    lubang-lubang intai atau televisyen litar tertutup pada tempat-tempat yang strategik adalah alat-alat pencegahan berguna

    yang dapat memberikan pengawasan penting.

    PENGIKLANAN DAN PROMOSI

    Setelah membuka perniagaan dan mengeluarkan barangan,anda perlu memberitahu orang ramai tentang barangan-

    barangan anda. Disini pengiklanan dan promosi memainkanperanan yang penting untuk memastikan barangan andamenjadi kegunaan ramai dan mendapat tempat di hati

    pelanggan.

    Kunci kepada suatu kempen pemasaran yang berjaya ialahmengenali para pelanggan anda, mewujudkan imej perniagaan

    yang kukuh dan menyelidik opsyen-opsyen pengiklanan danpromosi yang sedia ada.Pada peringkat permulaan, anda harus membuat keputusan

    sama ada untuk menyerahkan kempen anda kepada sebuah

    agensi pengiklanan atau untuk anda mengendalikannya sendiri.Jika menyerahkan kepada sebuah agensi, kosnya adalah tinggi

    tetapi jika mengendalikannya sendiri anda harus pastikanbahawa anda memahami bagaimana pengiklanan berfungsidan kaedah-kaedah pemasaran yang sedia ada.

    29

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    30/47

    Sebelum anda boleh mengiklan dan mempromosi, anda perlumewujudkan suatu imej perniagaan. Tanpa imej perniagaan,adalah sukar untuk memperkenalkan sesuatu perniagaan

    kepada orang ramai dan untuk bakal pelanggan menilaiperniagaan anda.

    Logo adalah suatu gambaran visual yang berupaya membinaimej sesuatu perniagaan. Rekabentuk tanda perniagaan di luar

    juga memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan

    imej perniagaan anda.

    Pengiklanan digunakan untuk meningkatkan kesedaran tentangperniagaan anda, merangsang jualan dan mewujudkan nicpasaran perniagaan anda. Perantaraan pengiklanan yang harus

    digunakan bergantung kepada matlamat serta pasaran anda.

    Didalam menilai perantaraan pengiklanan yang paling sesuai,anda harus mengambil kira faktor-faktor seperti berikut:

    Kesampaian: bilangan orang yang terdedah kepada produkanda dalam jangkamasa tertentu

    Kekerapan: purata bilangan kali sasaran audiens melihatatau mendengar mesej iklan anda

    Kos: bergantung kepada perantaraan pengiklanan yang

    dipilih.

    Impak: rayuan kepada deria yang sesuai, persembahanrekabentuk, penggunaan warna atau bunyiKebolehpilihan: setakat mana anda boleh menghadkan

    mesej kepada prospek dan pelanggan yang berpotensi.

    Anda mempunyai beberapa pilihan media cetak seperti surat-surat khabar, majalah-majalah, halaman kuning, surat-surat beritadan sebagainya. Untuk memaksimumkan perbelanjaan

    30

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    31/47

    pengiklanan, anda harus kaji di mana pesaing-pesaing andamengiklan produk-produk mereka.

    Anda juga boleh memilih untuk menggunakan media elektronikseperti radio dan televisyen. Oleh kerana anda terpaksamengulangi hebahan yang sama, anda harus memastikan

    bahawa iklan anda adalah kreatif dan tidak membosankan.

    Pengiklanan di luar adalah suatu bentuk pengiklanan yangefisien dan efektif. Anda boleh mengiklan di lokasi-lokasispesifik seperti di jalan-jalan raya, perhentian-perhentian bas

    atau menggunakan pengiklanan transit seperti di belakang bas,teksi dan keretapi.

    Setelah memilih perantaraan yang sesuai, anda bolehmenyediakan kempen pengiklanan yang bersesuaian dengan

    perantaraan dan kos yang telah ditetapkan.

    Bahan-bahan promosi boleh diperolehi dalam berbagai bentukdan merupakan cara yang berkesan dan tidak begitu mahaluntuk memasarkan perniagaan anda. Alat-alat promosi yang

    boleh digunakan termasuk:

    Risalah dan brosurMel terus

    Kad perniagaanPengakuan pelangganTele-pemasaran

    Pertunjukan perdagangan

    Rangkaian perniagaanPenajaan

    Satu cara yang baik untuk menarik perhatian pelangganberpotensi ialah melalui peruntukkan hadiah atau bahan promosi

    31

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    32/47

    percuma seperti kupon dan baucer, ganjaran frekuensi,pertandingan, dan pemberian sampel.

    Anda harus periksa keberkesanan pengiklanan dari masa kesemasa untuk mendapat gambaran prestasi kempen anda. Jikasesuatu cara pengiklanan didapati kurang berhasil, anda harus

    berhenti menggunakannya dan cuba cara pengiklanan yang lain.

    KEHENDAK UNDANG-UNDANG

    Sebelum memulakan perniagaan anda perlu memahami danmematuhi berbagai kewajipan dan keperluan undang-undang.Sebarang keputusan yang anda ambil diperingkat awal akan

    mempengaruhi aspek undang-undang pada jangka masapanjang.

    Diantara pertimbangan pertama ialah memilih struktur

    perniagaan yang paling sesuai untuk keperluan anda,menetapkan nama perniagaan dan mendaftarkan perniagaananda.

    Tiga struktur perniagaan yang paling biasa digunakan untukmenjalankan perniagaan ialah pemilikan perseorangan,

    perkongsian dan Syarikat Sendirian Berhad.

    Pemilikan perseorangan ialah struktur perniagaan yang palingmudah. Ia merujuk kepada perniagaan yang dimiliki dan

    dijalankan oleh seorang individu yang bertanggungjawab

    membuat keputusan dan memiliki semua keuntungannya.

    Perkongsian pula merujuk kepada suatu pakatan ataugabungan dengan sekurangnya dua atau lebih tetapi tidakmelebihi 20 orang untuk menjalankan sesuatu perniagaan.

    32

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    33/47

    Struktur ini adalah yang paling sesuai untuk menjalankanperniagaan dengan seorang atau lebih rakan kongsi.

    Syarikat Sendirian Berhad wujud sebagai sebuah entiti sah yangberasingan, bertanggungjawab membuat keputusannya sendiridan dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang. Akta

    Syarikat, 1965, adalah peruntukkan utama yang mengawal seliapembentukkan dan operasi syarikat.

    Setelah memutuskan struktur perniagaan yang paling sesuai,anda kemudian perlu menimbangkan nama perniagaan dan

    pendaftarannya. Kecuali jika anda memutuskan untuk beroperasidi bawah nama sendiri, anda diperlukan oleh undang-undanguntuk mendaftarkan nama ini sebelum memulakan perniagaan.

    Kemudian anda perlu memahami perkara-perkara berkaitantanda perniagaan, paten dan hak cipta, dan menentukankomponen harta intelek perniagaan yang seharusnya dilindungi.

    Keperihatinan anda mengenai hak-hak di sisi undang-undangdan pengambilan perlindungan sewajarnya, dapat membantumemastikan perniagaan anda tidak dieksploitasi atau diambil

    kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

    Tanda perdagangan adalah suatu tanda yang boleh dilihat danmerupakan alat berguna untuk mengenalpasti barangan atau

    perkhidmatan anda. Logo perniagaan ialah suatu contoh tandaperdagangan. Walaupun pendaftaran tanda perdagangan tidakwajib, anda dinasihatkan untuk mendaftarkannya untuk

    mendapatkan perlindungan undang-undang daripada

    persaingan yang tidak adil dan kegiatan peniru-peniru.

    Paten memberikan seseorang pencipta proses atau produk hakeksklusif untuk mengguna, membuat atau menjual ciptaannyadengan sah. Akta Paten, 1986, menyediakan peruntukan-

    33

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    34/47

    peruntukan untuk memohon dan mendaftar paten-paten diMalaysia.

    Hak cipta boleh digunakan kepada sebarang karya asli yangtelah ditulis, direka, dicipta atau direkabentuk. Untukmendapatkan perlindungan dibawah Akta Hak Cipta, 1987,

    karya tersebut mestilah di dalam bentuk yang nyata dan asli.Hak cipta boleh digunakan kepada semua jenis karya dari

    artikel-artikel surat khabar, kepada direktori-direktori

    perniagaan, iklan-iklan, buku-buku, gambar-gambar, lukisan-lukisan, program-program komputer, edisi-edisi karya yang

    diterbitkan dan sebagainya.Semua jenis perniagaan memerlukan lesen atau permitperniagaan apabila memulakan perniagaan. Untuk membukasebuah bakeri, anda perlu mendapatkan satu lesen perniagaan

    premis makanan daripada pihak berkuasa tempatan serta

    memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihakBomba dan Jabatan Kesihatan.

    Anda juga perlu mendapatkan permit papan tanda daripadapihak berkuasa tempatan. Sesetengah pihak berkuasa

    tempatan memerlukan para pekerja yang mengendalikanmakanan mendapatkan kad pengendalian makanan yang

    memerlukan mereka menghadiri kursus pengendalian makananserta mendapatkan suntikan demam kepialu terlebih dahulu.

    Anda juga perlu menghubungi pihak Jabatan Kastam DirajaMalaysia untuk memastikan sama ada anda perlu mendapatkan

    lesen cukai perkhidmatan.

    Sebagai seorang pemilik perniagaan, cara andamengendalikan perniagaan ditentukan oleh peraturan-peraturan

    dibawah undang-undang perlindungan pengguna. Pada masakini, Malaysia mempunyai sebanyak 29 undang-undang yangberhubungkait dengan perlindungan pengguna yang ditadbir di

    34

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    35/47

    bawah bidang kuasa berbagai Kementerian. Di antara yangpaling penting ialah Akta Perlindungan Pengguna, 1999, AktaPerihal Dagangan, 1972, Akta Kawalan Harga, 1946, Akta

    Kawalan Bekalan, 1961, Akta Kawalan Bekalan, 1961, dan AktaTimbang dan Sukat, 1972.

    Memilih dan berurusan dengan seorang peguam juga suatupengalaman yang unik kepada kebanyakan pemilik perniagaankecil. Jika anda memerlukan seorang peguam untuk tujuan

    berkaitan dengan perniagaan, adalah lebih baik anda

    mendapatkan khidmat seorang peguam yang biasa dengan

    kesemua aspek undang-undang berkaitan dengan perniagaankecil dan pencukaian.

    PENCUKAIAN

    Sistem pencukaian di Malaysia adalah kompleks, tetapi sedikit

    pengetahuan tentang sistem ini boleh membantu anda membuatkeputusan-keputusan yang lebih baik untuk perniagaan anda.

    Satu daripada isu utama pencukaian yang anda mungkin perlukendalikan ialah cukai perkhidmatan. Cukai perkhidmatan ialahsuatu cukai penggunaan yang dikenakan kepada pengguna

    yang menggunakan perkhidmatan yang ditetapkan

    berkuatkuasa mengikut peruntukan Akta Cukai Perkhidmatan1975.

    Perkhidmatan yang dikenakan cukai perkhidmatan termasukrestoran, bar, kedai kopi dan tempat menjual makanan dengan

    perolehan jualan tahunan berjumlah RM300,000 keatas.Permohonan lesen perlu dibuat di pejabat Kastam DirajaMalaysia yang terdekat. Cukai perkhidmatan dibayar kepadaJabatan Kastam apabila bayaran diterima daripada pelanggan.

    35

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    36/47

    Struktur perniagaan anda akan memberi kesan kepada caraanda membayar cukai. Pemilikan perseorangan danperkongsian dikenakan cukai sebagai perseorangan mengikut

    kadar progresif dan syarikat-syarikat pula dikenakan cukai padakadar tetap untuk syarikat. Di dalam Sistem Taksiran Sendiriyang baru dilaksanakan, anda perlu mengira dan membayar

    cukainya sendiri.

    Kewajipan anda sebagai pembayar cukai sekiranyamenjalankan perniagaan adalah seperti berikut:

    Menyimpan rekod perniagaan dengan lengkap mengenaisegala urusan jualan, belian, stok dan semua perbelanjaanperniagaan

    Menyimpan semua resit, bil, penyata bank dan keratan cekbagi menyokong rekod-rekod diatas

    Mendapatkan khidmat agen pencukaian yang bertauliah

    bagi membantu dalam penyediaan penyata akaun

    perniagaan untuk tujuan cukai pendapatan.

    Kewajipan anda sebagai majikan pula adalah seperti berikut:

    Menyedia penyata saraan bagi pekerja-pekerja bergaji lebihdari RM12,000 setahun setiap tahun

    Memberitahu kepada pihak Lembaga Hasil Dalam negeri

    setiap pekerja yang mula menggaji yang boleh atau mungkinboleh dikenakan cukai pendapatanMemberi notis pemberhentian pekerjaan kerana persaraan

    Memberi notis tentang pekerja yang akan meninggalkan

    Malaysia bagi tempoh tiga bulan atau lebihMenahan wang pekerja dalam keadaan dimana pekerja

    akan bersara atau meninggalkan Malaysia

    36

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    37/47

    Membuat potongan cukai setiap bulan daripada saraanpekerja-pekerja berdasarkan kapada Jadual PotonganCukai Bulanan (PCB)

    Perancangan cukai yang baik bukan sahaja berupayamengurangkan cukai anda, tetapi menjimatkan wang untuk anda

    dan perniagaan anda. Anda berhak menuntut sebarangpengurangan yang sah dan ini memerlukan perancangan yang

    teliti. Anda harus bincang peluang-peluang ini dengan akauntan

    atau penasihat pencukaian anda.

    PENGURUSAN KEWANGAN

    Pengurusan kewangan merujuk kepada pengurusan kesemuaaspek kewangan perniagaan secara cekap dan berkesan untuk

    meningkatkan prestasi perniagaan keseluruhannya.Pengurusan kewangan boleh dibahagikan kepada tiga aspek

    penting seperti berikut:

    Mendapatkan kewangan untuk membiayai perniagaanMenguruskan kewangan sebagai sebahagian dari operasiperniagaanMerancang untuk masa hadapan

    Mendapatkan kewangan untuk memulakan perniagaan danmenentukan jumlah pinjaman merupakan satu daripada cabaranpertama yang perlu dihadapi oleh pemilik perniagaan. Inimelibatkan penentuan:

    Kos-kos permulaanModal kerja

    37

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    38/47

    Kos-kos permulaan adalah kos-kos yang terlibat untukmenyediakan perniagaan anda sehingga peringkat ianya bolehbuka pintu dan mula berniaga. Ini biasanya adalah perbelanjaan-

    perbelanjaan yang diperlukan sekali sahaja dan termasuk:

    Kos-kos penyelidikanBayaran cengkeram untuk premis anda

    Kos-kos pengubahsuaian semulaKos-kos lekapan dan lengkapanYuran-yuran penyambungan telefon, air, lampu dan

    sebagainya

    Yuran-yuran perakaunan dan perundanganKos-kos kelengkapanKos pengiklanan dan pemasaran permulaan

    Pembelian stok permulaan dan lain-lain

    Modal kerja pula adalah wang yang digunakan di dalam sesuatuperniagaan untuk operasi-operasi biasanya. Ini termasuk

    perbelanjaan-perbelanjaan tetap, berubah dan operasi.

    Perbelanjaan-perbelanjaan tetap ialah kos-kos operasi tetap,seperti berikut:

    Sewa atau pembayaran balik gadai janjiFaedah dan pembayaran balik pinjaman

    Upah dan gajiInsuransCukai pintu, elektrik, gas, air dan sebagainya.

    Perbelanjaan-perbelanjaan berubah akan berubah mengikutjumlah jualan dan perniagaan yang dijalankan, dan ianyatermasuk:

    38

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    39/47

    Stok yang dibeli untuk jualan semulaKos-kos yang dibelanjakan untuk menyediakan produk untuk

    jualan

    Kos-kos perkapalan dan sebagainya

    Perbelanjaan-perbelanjaan operasi pula termasuk:

    Tunai runcitKos-kos pengiklanan

    Hutang-hutang lapukElaun untuk belanja-belanja yang tidak diramal

    Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan oleh seseorangusahawan memperolehi kewangan untuk menceburkan diri di

    dalam bidang perniagaan termasuk:

    Menggunakan wang simpanan sendiriMeminjam dari ahli keluarga dan kawan-kawan

    Meminjam dari institusi-institusi kewanganMendapatkan modal dari rakan kongsiMenjual ekuiti di dalam perniagaanMemperolehi geran-geran atau bantuan dari kerajaan

    Setiap satu daripada sumber-sumber kewangan ini mempunyaikebaikan-kebaikan dan keburukan-keburukan, dan anda harus

    mempertimbangkannya dengan teliti sebelum membuatsebarang keputusan.

    Anda harus pastikan bahawa anda mewujudkan perhubunganyang baik dengan pengurus bank anda dan apabila diperlukanmereka boleh membantu mendapatkan pinjaman atau

    menambah kemudahan kredit anda.

    39

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    40/47

    Setelah memperolehi modal permulaan yang diperlukan danperniagaan telah mula beroperasi, anda juga perlu sentiasamemantau wang yang masuk dan keluar daripada perniagaan

    anda. Ini sangat penting kerana maklumat-maklumat ini akanmembantu anda untuk lebih memahami perjalanan perniagaananda.

    Pengurusan kewangan yang baik meliputi lima prinsip utama:

    Pengurusan semua aset untuk memberi keuntungan terbaikPengurusan aset-aset semasa untuk memastikan pulangan

    yang maksimumPenjanaan modal tambahan untuk mendapatkan aset-asetseterusnyaPenilaian keperluan untuk aset-aset baru atau masa depanPembayaran hutang daripada modal operasi semasa

    Terdapat dua asas sistem perakaunan yang digunakan untuktujuan penyimpanan rekod, iaitu asas tunai dan asas akru. Yangmana lebih sesuai bergantung kepada keadaan perniagaan

    anda termasuk dari segi jumlah jualan, keperluan pencukaian,bagaimana anda memilih bentuk perniagaan anda dan sama

    ada anda memberikan kredit.

    Dalam perakaunan asas tunai, anda menjalankan perniagaandan membayar cukai berdasarkan aliran tunai masa sebenar.Pendapatan tunai dikenalpasti sebaik sahaja anda menerima

    bayaran, dan perbelanjaan apabila anda membuat bayaran.

    Kedua-dua pendapatan dan perbelanjaan diletakkan di dalambuku-buku dan dicaj pada tempoh ianya dibayar atau diterima.

    Di dalam perakaunan asas akru, pendapatan dan perbelanjaandicaj kepada tempoh dimana ianya diperolehi atau dibelanja,

    40

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    41/47

    tidak kira sama ada wang telah atau belum diterima ataudibayar. Perakaunan asas akru merupakan kaedah yang lebihpopular kerana ia mampu memberikan nilai pendapatan dan

    prestasi perniagaan yang lebih baik.

    Untuk memahami kedudukan kewangan perniagaan, andaharus merujuk kepada tiga penyata penting berikut:

    Kunci kira-kiraPenyata untung dan rugi atau pendapatan

    Penyata aliran tunai

    Kunci kira-kira ialah suatu jadual aset-aset dan liabiliti-liabilitiperniagaan serta modal atau ekuiti pemilik, pada sesuatu masa

    tertentu. Ianya biasa dihasilkan apabila buku-buku ditutupselepas tempoh tertentu.

    Penyata untung dan rugi menunjukkan perolehan-perolehan dan

    perbelanjaan-perbelanjaan perniagaan bagi sesuatu tempohtertentu dan adalah ukuran muktamad prestasi perniagaananda.

    Penyata aliran tunai menunjukkan perubahan-perubahankedudukan tunai perniagaan bagi tempoh tertentu, iaitu tahun

    kewangannya. Ia menunjukkan perubahan-perubahan kepada

    baki-baki tunai perniagaan, seperti tunai ditangan, di antarapermulaan dan akhir tempoh tersebut.

    Walaupun ketiga-tiga penyata ini menyediakan gambarankeseluruhan tentang kesihatan kewangan perniagaan anda,ianya mungkin tidak mampu memberitahu aspek-aspek tertentu

    perniagaan yang memerlukan analisis dan tafsiran yang lebihmendalam. Teknik-teknik analisis kewangan yang paling popular

    digunakan ialah analisis pulang modal dan analisis nisbah.

    41

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    42/47

    Analisis pulang modal ialah suatu konsep penting yangmenentukan titik dimana perniagaan anda mula membuatkeuntungan. Analisis pulang modal adalah paling penting pada

    peringkat perancangan perniagaan dan menunjukkan tahapjualan yang anda perlu capai untuk membayar semuaperbelanjaan anda.

    Analisis nisbah digunakan untuk menentukan kestabilanberbagai aspek kewangan sesuatu perniagaan melalui

    perhubungan diantara dua angka atau dua aspek perniagaan

    anda. Ukuran-ukuran ini termasuk nisbah-nisbah untuk

    mengukur kecairan, keuntungan dan kecekapan. Ia bolehmembantu mengenalpasti kelemahan-kelemahan dankekuatan-kekuatan kewangan, supaya anda boleh mengambil

    tindakan-tindakan yang sewajarnya.Akhir sekali, anda perlu menimbangkan aspek perancangan

    untuk masa depan supaya anda boleh membuat keputusan-keputusan yang bersesuaian dan mengambil langkah-langkah

    yang betul dari peringkat permulaan.

    Satu aspek penting perancangan sesuatu perniagaan baru ialahmeramal jangkaan untuk masa hadapan. Ini perlu dibuat denganteliti kerana berdasarkan ramalan ini anda akan membuatkeputusan-keputusan untuk:

    Menganggarkan jualan dan keuntunganMenganggarkan aliran tunaiBagaimana menggunakan keuntunganMengabungkan kesemua ini ke dalam suatu rancangan

    perniagaan.

    42

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    43/47

    MEMULAKAN PERNIAGAAN

    Apabila memulakan perniagaan, anda berhasrat meningkatkan

    kemungkinan kejayaan dan mengurangkan bilangan kesilapanyang dilakukan. Untuk mencapai tujuan ini, anak kunci utamanyaialah perancangan dan ianya perlu didokumenkan ke dalam

    suatu rancangan perniagaan.

    Rancangan perniagaan adalah suatu dokumen yang pentingkerana ia merupakan rangka tindakan yang boleh membantumembina perniagaan anda serta alat yang akan membantu

    memperolehi kewangan untuk perniagaan anda.

    Suatu rancangan perniagaan mempunyai seksyen-seksyenspesifik yang akan membantu anda memperjelaskan matlamat-

    matlamat perniagaan anda. Struktur keseluruhan rancangan

    perniagaan secara amnya adalah seperti berikut:

    Lembaran muka depanRingkasan Eksekutif atau Penyataan TujuanIsi Kandungan

    Deskripsi PerniagaanData Perniagaan

    LatarbelakangStruktur perniagaan

    Analisis SWOTAnalisis pasaran dan industri

    Strategi-strategi pemasaranAnalisis persainganPremis-premis dan lokasi

    Struktur pengurusanData Kewangan

    Ramalan aliran tunaiKunci Kira-kira

    43

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    44/47

    Penyata untung dan rugiSumber-sumber kewangan andaBelanjawan dan sararan-sasaran

    Ramalan jangkaan jualanDokumen-dokumen Sokongan

    Contoh seperti resume-resume peribadi, kunci kira-kiraperibadi, laporan-laporan kredit, surat-surat rujukan, salinan-salinan pajakan dan sebagainya.

    Lazimnya, suatu rancangan perniagaan harus memasukkan

    kesemua maklumat yang pemilik perniagaan perlukan untukmenjalankan perniagaan secara efisien. Rancangan perniagaanyang baik harus jelas, ringkas, dibentangkan secara logik, dannampak bersih, tepat dan profesional.

    Belanjawan pula boleh membantu anda untuk merancang danmengawal perniagaan anda. Secara tradisional, belanjawan

    ditetapkan untuk 12 bulan kehadapan, kadang kala dengan

    unjuran-unjuran suku tahun untuk selama tiga hingga empattahun kehadapan. Pengalaman menunjukkan bahawa pemilikperniagaan yang meluangkan masa untuk merancang aliran

    tunai mencapai kedudukan kewangan yang lebih baikberbanding mereka yang tidak melakukannya.

    Selain memulakan perniagaan sendiri dari peringkat awal, anda

    juga mempunyai opsyen untuk membeli perniagaan yang sediaada. Apabila membeli perniagaan, anda perlu pertama sekali

    mengenalpasti mengapa perniagaan itu dijual. Anda perlumendapat sebanyak mana maklumat berkenaan perniagaan

    tersebut dan mengenalpasti di mana letak kelemahannya danmenentukan sama ada perniagaan tersebut mempunyai potensi

    di masa hadapan. Setelah menyiasat dengan teliti dan

    membuat penilaian tentang nilai perniagaan tersebut, andabolehlah berunding harga dengan pihak penjual.

    44

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    45/47

    Tinjauan yang dilakukan menunjukkan bahawa sifat peribadiseseorang usahawan memainkan peranan yang sangat pentinguntuk menentukan kejayaan sesebuah perniagaan kecil. Kajian

    profil industri oleh pihak Kementerian Pembangunan Usahawandan Koperasi telah menekankan kepentingan sifat-sifat sabar,rajin, berdisiplin, dedikasi, jimat cermat dan tidak membazir.

    Kajian ini telah juga menekankan keperluan usahawan

    mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mencukupiserta mempunyai minat pada bidang yang hendak diceburi.

    Jika anda sentiasa memantau pelanggan-pelanggan dan

    pesaing-pesaing anda dan menjangka dengan lebih awalperubahan-perubahan yang diperlukan, anda seharusnya dapatmenjayakan perniagaan anda.

    Salah satu cara yang dapat membantu perniagaan andamenjadi lebih berdaya maju dan kompetitif ialah denganmenggunakan kaedah mengukur rujuk perniagaan. Proses

    mengukur rujuk(benchmarking)membolehkan anda membuatperbandingan di antara perniagaan anda dengan perniagaan-perniagaan yang lain di dalam industri yang sama atau yang

    lain untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan danmendapatkan strategi-strategi baru untuk mengatasinya.

    45

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    46/47

    KANDUNGAN

    Pengenalan ............................................................... 1

    Penyelidikan Pasaran............................................. 3

    Premis........................................................................ 5

    Kelengkapan............................................................. 9

    Stok & Pembekal......................................................12

    Personel..................................................................... 16

    Operasi Perniagaan.................................................22

    Pengiklanan & Promosi......................................... 29

    Kehendak Undang-Undang.................................. 32

    Percukaian................................................................ 35

    Pengurusan Kewangan......................................... 37

    Memulakan Perniagaan..........................................43

    i

  • 8/11/2019 AA Panduan Perniagaan Kedai Bakeri

    47/47