contoh rancangan perniagaan kedai komputer

Upload: larkspur-delphinium

Post on 13-Jul-2015

3.714 views

Category:

Documents


71 download

TRANSCRIPT

CONTOH RANCANGAN PERNIAGAAN Cyberzone Computers adalah sebuah syarikat yang mengedar perkakasan dan perisian komputer serta perkhidmatan penyenggaraan. Cik Cheah Siew Gaik pemilik syarikat telah menyediakan rancangan perniagaan yang dibentangkan di bawah ini untuk memohon overdraf sebanyak RM150,000 dari bank beliau. Nama Syarikat: Alamat Berdaftar: Tapak Perniagaan: No. Telefon: No. Fax: E-mail: Website: Bank: Jenis Perniagaan: Cyberzone Computers 123 Kampung Pisang Raja, Air Itam, Pulau Pinang. Tingkat 2, Bangunan Pintar, Sungai Satu, Pulau Pinang

Bank Bumiputra Malaysia Berhad Pembekal perkakasan dan perisian komputer; perkhidmatan penyenggaraan

RINGKASAN EKSEKUTIF Baru! Berbeza! Diperbuat dari peralatan yang terbaik! Berapa kalikah kenyataan seperti ini timbul mengenai sesuatu produk di pasaran. Berapa kalikah telah anda kecewa setelah anda membeli produk sebegini. Jangan putus asa, teruskan membaca dan anda akan yakin bahawa Cyberzone Computers tidak akan mengecewakan anda. Cyberzone Computers pasti akan memenuhi apa yang dilaung dan akan berusaha untuk mengekalkan kepuasan anda. Cyberzone Computers adalah sebuah syarikat milik tunggal yang menjual perkakasan komputer dan perisian serta menawarkan perkhidmatan penyenggaraan komputer. Cik Siew Gaik, pemilik syarikat ini mempunyai 5 tahun pengalaman dalam perniagaan komputer. Walaupun tidak mempunyai kelayakan profesional namun beliau mempunyai pengalaman "hands on" yang lebih berguna semasa beliau bekerja di sektor perkilangan dan hartanah. Cik Siew Gaik pula dibantu oleh dua orang kakak, bapa dan abang iparnya. Syarikat ini adalah perniagaan milik keluarga disebabkan oleh persaingan yang sengit dari segi harga. Kedua-dua orang kakak beliau mempunyai pengalaman mengurus di sektor perkilangan. Sumbangan mereka dari segi pengalaman dan kreativiti berupaya untuk menjayakan syarikat ini. Manakala bapa beliau, Teong Eng pula membantu sebagai pekerja am. Encik Terry pula merupakan abang ipar Cik Siew Gaik, berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan, beliau mempunyai kelayakan profesional dan juga wawasan untuk memajukan syarikat dari segi keupayaan teknikal beliau dalam perkakasan dan perisian komputer. Tambahan pula beliau mempunyai ramai kenalan dalam dunia perniagaan yang dapat membantu dalam perkembangan syarikat ini. Sasaran pasaran kami adalah terdiri daripada 3 kumpulan iaitu pengguna akhir, sektor kerajaan dan juga pengedar kecil-kecilan. Termasuk dalam pelanggan potensi kami adalah mereka yang belum lagi memiliki komputer dan juga mereka yang sudah pun memiliki komputer tetapi tidak puashati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat langganan mereka sekarang.

9

Komponen utama dalam strategi perniagaan kami adalah dari segi perkhidmatan, kami berusaha untuk memberikan perkhidamatan yang terbaik kepada pelanggan kami. Kaedah ini telah berjaya menarik lebih ramai pelanggan untuk berlanggan dengan syarikat ini. Kami juga tidak akan bersaing dari segi harga tetapi cuba menyedarkan pelanggan bahawa perkhidmatan selepas belian adalah juga sama penting. Semua sumber kewangan sebelum ini adalah dari simpanan pemilik dan juga ahli keluarganya. Dengan rancangan perkembangan yang dicadangkan kami rasakan kami memerlukan kewangan tambahan sebanyak RM150,000. Sumber ini bukanlah sebagai pinjaman jangka panjang (term loan) tetapi sebagai overdraf. Kami menjangka tidak akan menghadapi masalah dari segi pembayaran balik kerana jika dilihat dari segi ramalan jualan dan keuntungan syarikat, syarikat berupaya untuk terus maju dan membayar semua tanggungan syarikat tanpa apa-apa masalah. Cyberzone Computer adalah hasil misi syarikat untuk mengutamakan perkhidmatan kepada pelanggan dan bukan semata-mata untuk menjual produk sahaja. "Niche" yang diterokai ini berupaya untuk memberikan pulangan yang lumayan di masa akan datang. LATARBELAKANG SYARIKAT Syarikat persendirian ini milik Cik Cheah Siew Gaik mula beroperasi pada 9/9/1992. Teras perniagaannya ialah perkakasan dan perisian komputer serta perkhidmatan penyenggaraan. Cik Cheah Siew Gaik mendapat ilham untuk menjalankan perniagaan ini apabila Kementerian Pendidikan mula memperkenalkan mata pelajaran komputer disekolah-sekolah dan juga minat rakyat Malaysia terhadap komputer. Perniagaan komputer dan perkhidmatan penyenggaraan komputer dijangka meningkat pada kadar pertumbuhan yang memberangsangkan pada masa akan datang. Cik Cheah Siew Gaik yang memiliki ijazah sarjana muda pengurusan dari USM berjaya meyakinkan ahli keluarganya, terutama dua adik perempuannya untuk turut melabur dan bersama-sama membangun syarikatnya. Pelanggannya setakat ini terhad kepada pelajar dan kakitangan USM. Dengan perlantikan suami kakaknya sebagai pengurus teknikal Cik Cheah Siew Gaik berharap untuk menerokai pasaran agensi kerajaan dan sektor perkilangan serta meningkatkan perkhidmatan penyenggaraan. Maklumat Pengurusan

Pengurusan:

Cik Cheah Siew Gaik Cik Cheah Siew Chin Cik Cheah Siew Kim Encik Cheah Teong Eng En. Terry

Pemilik Pengurus Eksekutif Jualan Pekerja Am Pengurus Teknikal

Carta organisasi dipaparkan dalam Rajah 1.

10

Rajah 1: Carta Organisasi Pemilik Perunding Teknikal Pengurus

Pekerja Am

Eksekutif Jualan Dalaman

Misi Perniagaan Kami Menawarkan Perkhidmatan Berkualiti Tinggi Yang Pantas, Efisyen Dan Boleh Dipercayai Analisis Pasaran Industri teknologi maklumat mula mencatat perkembangan yang pesat dengan meningkatnya kepentingan tknologi informasi (IT) dalam pelbagai aspek perniagaan dan pelajaran serta kehidupan harian. Teknologi e-mel dan interenet telah mengubah cara hidup manusia. Pembekal-pembekal peralatan komputer mula tumbuh bagai cendawan. Disekitar bangunan pusat jualan Cyberzone Computers sahaja terdapat 8 kedai komputer. Sejak akhir-akhir ini persaingan bertambah sengit apabila syarikat-syarikat peruncitan yang dahulunya menjual barangan perabut dan peralatan dapur mula menjual peralatan komputer pada kadar harga yang sangat rendah. Kami di Cyberzone Computers berpendapat kualiti perkhidmatan, bukannya saiz syarikat, yang akan menentukan kejayaan. Jadi perkhidmatan berkualiti adalah istilah keramat bagi syarikat kami. Komputer adalah barang yang sofistikated. Teknologi komputer dan semua produk yang bersangkut dengan komputer mengalami proses pembaharuan yang sangat pantas. Oleh kerana sesuatu produk itu boleh menjadi usang dalam masa yang singkat, maka para pengguna akan menghadapi masalah mengikuti perkembangan industri teknologi maklumat. Cyberzone Computers bersedia untuk menjadi pemangkin masyarakat dalam menghayati gelombang teknologi komputer. Ini akan dicapai dengan penawaran pakej komputer yang canggih dan disokong oleh perkhidmatan selepas jualan dan penyenggaraan yang efisyen dan boleh dipercayai. Syarikat ini bermula secara kecil-kecilan dengan membekal komputer kepada pelajar dan kakitangan USM. Perkembangan seterusnya ialah pembekalan komputer kepada beberapa pusat pengajian. Jualan terus meningkat dan perkhidmatan yang baik menggamit lebih ramai pelajar dan kakitangan USM untuk berlanggan dengan Cyberzone Computers.

11

Bahagian I : Kemahiran Dan Asas Pengurusan Perniagaan

Syarikat bercadang meneroka pasaran baru - agensi kerajaan dan firm perkilangan di kawasan FTZ Bayan Baru. Disamping itu perkhidmatan penyenggaraan juga akan diberi penekanan. Syarikat ini juga ingin menjadi pembekal kepada pengedar komputer secara serius. Penerokaan segmen ini memerlukan modal yang banyak. Para pengedar pula sudah pasti akan meminta kemudahan kredit 30 hari. Rajah 2: Pecahan Pasaran Sasaran

Pengedar Kilang Penggun a Kerajaan

Kami memilih "perkhidmatan berkualiti" sebagi "niche" dan melancarkan strategi untuk menawan pelanggan dengan memberi perkhidmatan berkualiti selepas jualan berbanding dengan strategi harga yang rendah yang diamalkan oleh pesaing. Untuk melaksanakan strategi perkhidmatan, Cyberzone Computers juga memperkenalkan komputer klon. Pasaran komputer berjenama dikawal oleh syarikat gergasi. Oleh kerana kawalan harga yang ketat, margin keuntungan amat sedikit. Cyberzone Computers pula tidak dibenarkan mengusik atau cuba menyelenggara masalah yang berkaitan. Kalau ini dilakukan, maka waranti akan batal secara automatik. Komputer mestilah dihantar kepada pembekal untuk dibaikpulih. Rungutan pelanggan ialah masa yang diambil untuk kerja baikpulih terlalu lama. Pelanggan tidak sanggup berpisah terlalu lama dengan komputer mereka. Cyberzone Computers bercadang untuk menawarkan produk dan perkhidmatan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pengguna. Dengan memperkenalkan sistem komputer klon, Cyberzone Computers bebas memilih perkakas yang hendak digunakan. "Cyberzone Computers System" akan mengguna perkakas yang terkini dan harganya pula berpatutan. Strategi ini berjaya apabila Cyberzone Computers menerima banyak tempahan ekoran dari promosi "mulut" yang dilakukan oleh pelanggan Cyberzone Computers. Strategi perkhidmatan berkualiti telah membantu Cyberzone Computers menghadapi tekanan pesaing. Pesaing mengguna pendekatan "cash and carry". Harga rendah dan perkhidmatan tak menentu. Perkhidmatan berkualiti membolehkan Cyberzone Computers berhadapan dengan pesaing, malah menarik pelanggan yang kecewa dengan perkhidmatan

12

yang ditawarkan oleh pesaing. Jualan kembali meningkat dan pendapatan dari aktiviti penyenggaraan terus meningkat. Tindakan kerajaan memansuhkan duti import dan cukai jualan serta rebet cukai pendapatan memberi kesan yang positif. Segmen pasaran "isirumah" (household) diramalakn akan berkembang pesat. Seterusnya persaingan dikalangan syarikat yang menawarkan perkhidmatan INTERNET memanfaatkan pengguna dan mencetus permintaan kepada produk IT. Rancangan Pemasaran Promosi terhad kepada penyediaan risalah dan edaran dalam kedai dan juga aktiviti masyarakt kampus USM dan kerja amal. Namun oleh kerana perkhidamatan yang disediakan oleh Cyberzone Computers, terdapat beberapa pengedar besar yang telah melantik Cyberzone Computers sebagai pengedar sah mereka dan dalam pengiklanan produk mereka nama Cyberzone Computers juga sering dimasukkan. Ini juga merupakan satu bentuk penghargaan kepada Cyberzone Computers kerana walau masih muda sudah pun di beri kepercayaan untuk mengedar barangan jenama oleh pengedar yang besar. Harga ditetapkan dengan mengguna kaedah cost-plus. Margin keuntungan bagi setiap unit komputer ialah RM200 - RM300.00 . Harga juga berbeza jika bayarannya secari tunai. Cyberzone Computers tidak akan berlawan harga dengan kedai komputer lain. Cyberzone Computers akan meyakinkan pembeli bahawa perkhidmatan selepas jualan sama penting dengan harga. Dasar produk disesuaikan dengan citarasa dan permintaan pengguna. Iltizam Cyberzone Computers ialah untuk memasang komputer peribadi yang berlabelkan logo "Cyberzone Computer System" dan disokong dengan perkhidmatan selepas jualan yang berkualiti. Untuk memberi pilihan kepada pelanggan, Cyberzone Computers juga menjual sistem komputer berjenama seperti ACER, NEC, HYUNDAI, SIEMENS, PACKARD BELL dan IBM atas dasar pesanan sahaja. Operasi Syarikat beroperasi ditingkat dua Bangunan Pintar yang menjadi tumpuan pelajar dan kakitangan USM. Kedudukan pejabat jualan tidaklah begitu strategik. Sungguhpun papantanda perniagaan dan risalah sering diedarkan dalam kampus, kajian menunjukkan ramai pelajar dan masyarakat sekeliling masih tidak tahu keujudan Cyberzone Computers. Cadangan dan tindakan segera ialah berpindah ketingkat bawah. Perjanjian telah dimeterai dengan pemilik kedai. Pelan pejabat jualan dan pameran di paparkan dalam Rajah 2. Tindakan ini juga dikira bertepatan kerana ramai pemilik-pemilik kondominium disekitar Bangunan Pintar telah mula berpindah masuk ke unit masing-masing. Pertambahan penduduk bermakna pasaran segmen isirumah juga meningkat.

13

Rajah 2: Susunatur Kedai

Bilik Air

Setor

Meja

Faks & Komputer

Pejabat Pengurus

Kawasan Baikpulih Komputer

Peti Ais

Kaunter Perkhidmatan Pelanggan

Komputer

Rak Pamiran Perkakasan

Pintu Masuk Utama

Kewangan Sejak dari penubuhannya, Cyberzone Computers telah berurusan dengan Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB). BBMB memberi kemudahan OD kepada Cyberzone Computers sebanyak RM50,000.00 . Berdasarkan cadangan diatas, Cik Cheah Siew Gaik memerlukan tambahan modal. Setakat ini sumber kewangan ialah dari simpanan sendiri, saudara mara, kredit dari pembekal dan kemudahan OD dari bank. Cik Cheah Siew Gaik berpendapat kemudahan OD sebanyak RM100,000.00 memadai untuk meluaskan operasinya. Jadual menunjukkan trend jualan untuk tahun 1996 - 1998. Jualan untuk tahun 1999 dijangka mencecah RM2 juta dan keuntungan bersih RM36,000.00 . Dengan rekod

Rak Pamiran Perkakasan Komputer

Kawasan Pamiran Komputer

14

prestasi yang baik BBMB dijangka akan terus menyokong program perkembangan yang dirancangkan. Jadual 1: Perangkaan Kewangan

Tahun 1993 1994 1995 1996

Jualan $81,922.10 $527,766.90 $1,160,525.60 $1,750,000.00

Keuntungan Sebelum Cukai $2,198.96 $14,767.74 $28,725.54 $76,781.86

Untung Bersih $2198.96 $14,139.51 $26,567.84 $66,781.86

Jadual 2: Nisbah Kewangan

Tahun

Nisbah Kecairan 64.62% 3.64% 90.55% 90.55%

Nisbah Leveraj 2% 25% 1% 1%

Pusing Ganti Aset 2.62 14.64 18.76 29.46

Pusing Ganti Inventori 2.74 16.67 61.62 46.46

Margin Keuntungan 3% 3% 2% 4%

Pulangan atas Pelaburan 7% 39% 43% 112%

1993 1994 1995 1996

Rajah 3: Jualan Tahunan 1993-1998

2000000.00 1500000.00 1000000.00 500000.00 0.00 1993 1994 1995 1996 1997 1998

15

Rajah 4: Untung Selepas Cukai

40000.00 30000.00 20000.00 10000.00 0.00 1993 1994 1995 1996 1997 1998

Rajah 5: Nisbah Kecairan

100.00 80.00 60.00 40.00 20.00 0.00 1993 1994 1995 1996 1997 1998

Rajah 6: Margin Keuntungan

0.03 0.02 0.01 0.00 1993 1994 1995 1996 1997 1998

16

Rajah 7: Nisbah Leveraj

0.80 0.60 0.40 0.20 0.00 1993 1994 1995 1996 1997 1998

Rajah 8: Nisbah Pusing Ganti Inventori

80.00 60.00 40.00 20.00 0.00 1993 1994 1995 1996 1997 1998

Rajah 9: Pulangan atas Modal (ROI)

0.50 0.40 0.30 0.20 0.10 0.00 1993 1994 1995 1996 1997 1998

17

Rajah 10: Nisbah Pusing Ganti Aset

20.00 15.00 10.00 5.00 0.001993 1994 1995 1996 1997 1998

Jadual 3: Ramalan Jualan 5 tahun Cyberzone Computers YEAR PENGGUNA AKHIR KERAJAAN KILANG PENGEDAR JUMLAH 1997 1006250 402500 402500 201250 2012500 1998 1157188 462875 462875 231438 2314375 1999 1330766 532306 532306 266153 2661531 2000 1530380 612152 612152 306076 3060761 2001 1759938 703975 703975 351988 3519875

Rujukan Linda Pinson, Jerry Jinnett , Anatomy of a Business Plan : (1999)A Step-By-Step Guide to Starting Smart, Building the Business, and Securing Your Company's Future (Anatomy of a Business), Dearborn Trade. Joseph A. Covello, Brian J. Hazelgren , The Complete Book of Business Plans : (1994)Simple Steps to Writing a Powerful Business Plan (Small Business Sourcebooks), Sourcebooks Trade. Eric S. Siegel, Brian R. Ford, Jay M. Bornstein, G. Young Ernst, The Ernst & Young Business Plan Guide, John Wiley & Sons. (1993) 18

Bahagian I : Kemahiran Dan Pengetahuan Asas Pengurusan Perniagaan

Jadual 4: Penyata Pendapatan (Bagi Tahun 1997-2001) HASIL / JUALAN Jualan Kasar Tolak: pulangan + rosak Jualan Bersih KOS JUALAN Jumlah Kos Barang Dijual Untung (rugi) Kasar BELANJA OPERASI Jualan: Gaji Komisen Pengiklanan Lain-lain Jumlah Belanja Jualan Am dan Pentadbiran Gaji KWSP Sewa Utiliti Susutnilai Bekalan Pejabat Pengangkutan & Perjalanan Pos Faedah Caj Bank Perabut dan Peralatan Caj Perakaunan Lain-lain Jumlah Belanja Am & Pentadbiran Jumlah Belanja Operasi Untung Bersih Sebelum Cukai Cukai atas untung Untung Bersih Selepas Cukai 1997 2012500 10063 2002438 1998 2314375 11572 2302803 1999 2661531 13308 2648224 2000 3060761 15304 3045457 2001 3519875 17599 3502276

1802194 200244

2072523 230280

2383401 264822

2740911 304546

3152048 350228

9000 20024 10012 4005 43041

9600 23028 11514 4606 48748

10800 26482 13241 5296 55820

10200 30455 15227 6091 61973

10800 35023 17511 7005 70339

24000 3630 14400 3600 4278 2500 3000 1000 1000 300 1000 600 4005 58708

25200 3828 14400 3780 4378 3000 3300 1100 1000 330 2000 600 4606 62316

26400 4092 18000 3960 4478 3500 3600 1200 1000 360 3000 600 5296 69590

27600 4158 18000 4140 4578 4000 3900 1300 1000 390 4000 600 6091 73066

28800 4356 18000 4320 4678 4500 4200 1400 1000 420 5000 600 7005 76674

152111 98494 18513 79981

111064 119217 24532 94685

125410 139413 30793 108620

135039 169507 40317 129190

147013 203215 51104 152111

19

_ _ ____ _ _ ____ ___ _ _ _ _ ___ ____ _ _ _ Operasi ___ _ Rajah11: ____ Gambaran Pencapaian _ ____ _ ___ ___ _ _ ____ ___ _ HIGHLIGHTS OPERATING PERFORMANCE (ALL FIGURES IN RM) _ _ ___ ____ ___ ____ _ ____ _ _ ____ ____ 4000000 _ ___ _ ___ _ ____ ____ _ _ 3500000 _ ____ ____ _ _ _ _ ___ _ ____ _ _ ___ ____ 3000000 _ ____ ____ _ ____ _ _ _ ____ ___ _ _ ___ ____ _ _ 2500000 ____ ____ _ _ _ _ _ _ _ ____ ____ ____ _ _ _ _ ___ _ _ 2000000 _ ____ _ _ _ ____ _ ___ ___ _ _ ____ _ _ _ ____ _ _ _ _ ____ _ 1500000 ___ ____ ____ _ _ _ _ _ _ _ _ ____ _ _ _ _ ____ ____ _ 1000000 _ _ ____ ____ ___ _ _ ____ _ ___ _ _ _ _ _ 500000 _ ____ ____ ____ ____ _ _ _ _ ____ _ ____ _ ____ ____ _ _ ____ _ _ _ 0 _ _1998 _ 1999 _ 2000 _ 2001 ____ ____ ____ ____ ____ _ _ _ ____ _ _ _ _ _YEAR _ ____ _ NET ___ GROSS PROFIT ___ _ _ ___ _NET INCOME____ _ _ _ _ _ _ _ SALES _ ____ _____ ____ ____ _ _ _ _ _ _ _ _____ ____ ____ ____ (Graf di buat atas andaian Kadar Pertumbuhan Jualan Tahunan 15% dan Untung _10%) _ _ _ ____ _ Kasar Sasaran sebanyak _ _____ ____ ____ ____ _ ____ _ _ _ _ _ _____ ____ ____ ____ _ _ ____ _ _ _ ____ ____ ____ ____ _ _ ____ _ _ _ ____ _ _ __ __ _ _ ____ _ _ _ _ _ _ ____ ___ ____ __ _ _ _ _1997 _ _ ____ _ ____ _ ____ ___ _ _ _ _ _ _ ____ ____ _ ____ ____ _ _ _ _ _ _ ____ ____ _ ____ ____ _ _ _ _ ___ ____ _ ____ _ ____ ____ _ _ _ _ ____ _ ____ _ ____ ____ ____ _ _ _ _ ___ _ __ __

Bahagian I : Kemahiran Dan Pengetahuan Asas Pengurusan Perniagaan

___

___ ____ ____ _

20

Bahagian I : Kemahiran Dan Pengetahuan Asas Pengurusan Perniagaan

Jadual 5: Aliran Tunai bagi Tahun 1997 Cyberzone Computers

Januari Baki Permulaan Tunai Tunai dari operasi Jumlah tunai yang ada Tolak: Belian Belanja Operasi Cukai Belum Bayar Jumlah Pembayaran Lebihan (Defisit) Tunai Sebelum Pembiayaan Fasiliti Overdraf Lebihan (Defisit) Tunai Selepas Pembiayaan Andaian:1. 2. 3. 4.

Februari

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

Sept

Oktober 24347 182695 207042 139012 8479 1543 149034 58008

Nov

Dec

17500 43653 61153 87307 8479 1543 97329 -36175 150000

113825 118405 101909 146079 215734 264484 87307 175647 8479 8479 1543 1543 97329 185669 118405 78815

78815 88647 64616 49869 2439 28344 155794 149950 168684 241846 274355 232403 234610 238597 233299 291715 276794 260747 135941 163959 173408 279254 238428 226379 8479 8479 8479 8479 8479 8479 1543 1543 1543 1543 1543 1543 145963 88647 173981 64616 183430 49869 289276 2439 248450 236400 28344 24347

58008 53955 133044 122813 191052 176768 127075 118550 8479 8479 1543 1543 137097 128572 53955 48196

113825

Jualan adalah 50% Tunai dan baki 50% dikutip pada bulan berikutnya Cukai perlu bayar di caj secara seragam bagi tempoh 12 bulan Perbelanjaan operasi di caj secara seragam bagi tempoh 12 bulan Kemudahan overdarf sebanyak RM150,000 diperolehi pada permulaan tahun 1997

21

Bahagian I : Kemahiran Dan Pengetahuan Asas Pengurusan Perniagaan

22